folio geografi tingkatan 3 '2009

  • View
    2.471

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hehe..ni folio 2009, tjuk bentuk muka bumi di kudat n ngara perbndingan ny di bali.klu ada pa2 salah awk prbaiki je la k..ni folio ade lg yg sy lum bg msuk.jd korg cr la sndri yg kurng.

Text of folio geografi tingkatan 3 '2009

Bentuk muka bumi di Pekan Kudat dan perbandingannya dengan Bali Indonesia

senarai kandungan isi kandungan 1. tajuk 2. senarai kandungan 3. penghargaan 4. pendahuluan 5. objektif kajian 6. kawasan kajian peta kajian muka surat 1 2 3 4 5 6-8 9-11 12 13 14-15

7. kaedah kajian 8. dapatan kajian bentuk muka bumi potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 9. bahan grafik 10. lampiran 11. rumusan 12. rujukan 13. penilian umum

16-19 20-21 22-23

24-25 26-30 31-46 47 48 49

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya ingin bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugas folio geografi ini. Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan tugas ini. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Terima kasih kepada ibu bapa saya,JUNGKIN SALLEH dan CHRISNA MONOLINSING kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru geografi saya, Encik Mohd Nazri Bin Mat Ali kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih di ucapkan kepada rakanrakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.

PENDAHULUAN

Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang dikehendaki untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.Kawasan yang saya kaji ialah Pekan Kudat. Negara perbandingan nya ialah bali Indonesia.

Saya memilih kawasan kajian tersebut kerana jarak antara kawasan kajian dengan sekolah saya sangat dekat. Ini memudahkan saya untuk membuat kajian. Saya telah memilih Bali sebagai Negara perbandingan saya kerana saya ingin mengetahui tempat-tempat yang menarik dibali.

Kajian yang dibuat ini memakan masa bulan Mac- Jun. Saya menggunakan maklumat dan data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dapat mengkaji dan mengenalpasti di kawasan kajian saya iaitu di Pekan Kudat dan Negara perbanding dengan Negara bali Indonesia dari aspek :

Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia. Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Saya berbangga terhadap keindahan dan keistemewaan pinggir laut Negara Malaysia

KAWASAN KAJIAN

Pekan Kudat Latar belakang kawasan kajian Kudat berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandarbandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir. Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian, suluk, Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19% Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran/Suluk iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat

Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau tekudat atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

Perletakan kawasan kajian

Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 655'utara, garis bujur 11650'timur.

Lokasi kawasan kajian Pekan Kudat ini terletak di pingir laut.

Jarak dari Bandar atau pekan terdekat Kudat terletak di utara Sabah, perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pekan Kudat mengambil masa tiga jam perjalanan melalui jalan raya sejauh 201.25 KM

Bali indonesia Pulau Bali adalah bahagian dari Kepulauan Sunda Kecil sepanjang 153 km dan selebar 112 km sekitar 3,2 km dari Pulau Jawa. Bali terletak di 82523 Lintang Selatan dan 1151455 Lintang Timur yang membuatnya beriklim tropika seperti bahagian Indonesia yang lain. Di tengah-tengah Pulau Bali terbentang pegunungan yang memanjang dari barat ke timur dan diantara pergunungan tersebut terdapat gunung berapi iaitu Gunung Batur dan Gunung Agung serta gunung yang tidak berapi yaitu Gunung Merbuk, Gunung Patas, dan Gunung Seraya. Adanya pergunungan tersebut menyebabkan Daerah Bali secara Geografi terbagi menjadi 2 (dua) bagian yang tidak sama yaitu Bali Utara dengan dataran rendah yang sempit dan kurang landai, dan Bali Selatan dengan dataran rendah yang luas dan landai. . Gunung Agung adalah titik tertinggi di Bali setinggi 3.148 m. Gunung berapi ini terakhir meletus pada Maret 1963. Gunung Batur juga salah satu gunung yang ada di Bali. Sekitar 30.000 tahun yang lalu, Gunung Batur meletus dan menghasilkan bencana yang dahsyat di bumi. Berbeza dengan di bagian utara, bagian selatan Bali adalah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.

N

Sumber: http://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/PetaKudat_NamaKg.jpg

DAPATAN KAJIAN

8.1: Bentuk Muka Bumi Dan Cirinya

Pekan kudat Kawasan kajian saya adalah di Pekan Kudat. Pinggir laut adalah salah satu bentuk muka bumi yang jelas kelihatan di Pekan Kudat. Di sepanjang pinggir laut, terdapat pelbagai bentuk muka bumi fizikal seperti pantai, pulau dan tanjung. Pulau-pulau di kudat antaranya ialah Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali dan Matunggong. Pantai-pantai di kudat sesuai untuk tempat berkelah bersama keluarga. Antaranya ialah pantai bak-bak dan pantai kelambuh. Manakalah bentuk muka bumi fizikal seperti tanjung adalah merupakan tempat perlancongan. Tanjung yang ada di kudat adalah Tanjung simpang mengayau. Di sepanjang pinggir laut ini juga terdapat kampung-kampung nelayan. Kampung nelayan di kudat adalah seperti kampung tanjung kapor, kampung air, pengaraban, kampung landing ayang dan kampung pantai muhibah.

Bali Indonesia

Manakalah Negara perbandingan saya ialah di Bali Indonesia. Bentuk muka bumi di bali adalah sama seperti di kudat iaitu pinggir laut. Pulau- Pulau Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan di wilayah Kabupaten Klungkung, Pulau Serangan di wilayah Kota Denpasar, dan Pulau Menjangan di Kabupaten Buleleng. Pantai di bali ini sesuai dengan perlancongan. Pantai tersebut ialah Pantai Kuta. Selain itu, di bali juga mempunyai tanjung dan teluk . Tanjung ini sangat sesuai untuk perlancongan. Tanjung dan teluk itu di sebut sebagai teluk Benoa dan tanjung Benoa

Unsur-unsur patriotisme Saya amat bersyukur dan berbanga dengan adanya keindahan bentuk muka bumi negara Malaysia.

8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian

PEKAN KUDAT Perlancongan Perlancongan merupakan potensi di Pekan Kudat. Masa depan Kudat akan bergantung kepada pelancongan dan sedikit daripada perikanan dan pertanian. Ini adalah salah satu potensi yang menjadi harapan kepada Pekan Kudat Terdapat tempat-tempat yang menarik yang boleh di lawati di pekan kudat ini. Tempattempat menarik ini seperti pulau-pulau dan pantai-pantai. Contoh pulau-pulau yang menarik di Pekan Kudat ini seperti Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali dan Matunggong. Contoh pantai-pantai yang menarik seperti pantai bak-bak dan pantai kelambu. Selain itu terdapat tempat yang sesuai untuk perlancongan seperti simpang mengayau. Kawasan ini cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo.Tanjung yang terletak di Kudat, kira-kira tiga