Folio Geografi Tingkatan 3 2012 ( Aqil Afzal )

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU ( HUTAN BELUKAR ) BERHAMPIRAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYASENARAI KANDUNGANBil.PerkaraMuka Surat1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.Tajuk Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran11.RujukanPENGHARGAANPertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua sekolah iaitu Encik Rosidi Bin Ramley dan guru saya iaitu Encik Zulkifli Bin Aman kerana memberikan

Citation preview

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU ( HUTAN BELUKAR ) BERHAMPIRAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

SENARAI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

Muka Surat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Tajuk Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran

11.

Rujukan

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua sekolah iaitu Encik Rosidi Bin Ramley dan guru saya iaitu Encik Zulkifli Bin Aman kerana memberikan penjelasan yang terperinci kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Roslee Bin Mohamad dan Zaini Bt Ab. Rahman kerana turut memberikan galakan untak saya menyiapkan kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada kakak saya iaitu Ummi Afifah Binti Roslee yang telah memberi bantuan serta sokongan yang kuat kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini. Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Ekosistem Hutan Terganggu ( Hutan Belukar ) Berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah . Saya mempunyai beberapa sebab kerana memilih kawasan ini untuk kajian saya. Pertama sekali ialah kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya iaitu berdekatan bangunan makmal dan gelanggang bola keranjang. Selain itu, kawasan ini terdapat banyak tumbuhan flora dan fauna yang boleh saya kaji dengan lebih terperinci.Di samping itu, dapat menjimatkan masa saya untuk pergi ke tempat kajian dari asrama sekolah. Akhir sekali, tempoh masa bagi saya menyiapkan kajian saya ialah 10 Mac hingga 20 Julai.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang saya peroleh daripada kajian saya di hutan belukar ialah :

Menyatakan konsep ekosistem hutan Mengetahui kepentingan ekosistem hutan Mengenalpasti faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu Menyenaraikan kesan ekosistem hutan terganggu Mencadangkan cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu Menerapkan nilai-nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIAN Nama kawasan kajian saya ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Selain daripada itu, pandang jarak fizikal kawasan kajian ini ialah pada mulanya merupakan hutan, sedikit berbukit bukau dan ditumbuhi banyak tumbuh tumbuhan hijau yang menyamankan suasana. Kawasan ini juga dulu tempat penanaman kelapa sawit. Selepas beberapa tahun, kawasan ini dimajukan untuk menubuhkan Sekolah Sultan Alam Shah dan masih mepunyai sedikit kawasan hutan serta tumbuh tumbuhan. Akhir sekali, jarak kawasan kajian dari bandar pula ialah 2km dari pusat pentadbiran kerajaan dan kira-kira 25 km dari Kuala Lumpur.

PETA MAKRO

PETA LAKAR

KAEDAH KAJIAN Pemerhatian: Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu hutan belukar berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah bersama rakan-rakan dan guru saya untuk melihat ekosistem hutan belukar di situ. Saya dapat melihat banyak lalang tumbuh di situ dan denai-denai serta pokok-pokok menjalar yang tumbuh dengan banyak sekali. Di kawasan belukar juga dihuni dengan pelbagai jenis haiwan seperti monyet, ulat beluncas, burung, ular, kerengga dan lain-lain lagi.

Rujukan: Saya telah buat banyak rujukan di internet dan beberapa buku rujukan Geografi berkaitan dengan tajuk kajian saya serta mencari lebih banyak maklumat mengenai ekosistem hutan yang boleh saya masukkan dalam folio saya ini.

Temu Bual: Saya telah menemu bual 3 orang yang berada di sekolah Sultan Alam Shah untuk memberikan pandangan mereka terhadap hutan belukar berhampiran sekolah ini. Kebanyakkan daripada mereka memberikan respon yang a mat bagus kerana memberikan sumbangan dalam menyederhanakan suhu sekolah dan flora serta fauna tumbuh secara semulajadi.

DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep ekosistem hutan di kawasan kajian Konsep ekosistem hutan yang saya peroleh di laman web

http://pondoksiti.blogspot.com/2012/03/konsep-ekosistem-hutan.html ialah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan ekosistem. tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan

8.2 Kepentingan ekosistem hutan di kawasan kajian 1. Habitat Flora dan Fauna Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncas, ular dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan

kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.

2. Menyerap Karbon Dioksida Tumbuh-tumbuhan semulaadi berfungsi sebagai penyerap gas karbon dioksia yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Gas ini penting bagi tumbuhan hijau menjalani proses fotosintesis bagi menghasilkan oksigen. Selain itu, dapat menghalang kejadian pemanasan global .Oleh itu, kita mestilah bersyukur kerana mempunyai hutan yang penuh dengan pelbagai kegunaan.

3. Membekalkan oksigen Hutan belukar dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Oksigen yang dilepaskan amat penting kepada haiwan seperti ular, monyet, burung dan lain-lain bagi pernafasan.

4. Zon Penampan mengawal hakisan Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan

mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

Kita sepatutnya menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

8.3 Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian

1. Pembinaan petempatan

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Pembinaan sekolah berasrama penuh menyebabkan hutan dimusnahkan sehingga yang tinggal sedikit. . Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.

2. Pembinaan jalan raya Pembinaan jalan raya yang menghubungkan present-presint di Putrajaya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. Pembinaan jalan raya telah

menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitatnya.

3. Pertanian Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada.

4. Pertambahan penduduk Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

5. Perindustrian Pusat pengagihan penghawa dingin di presint1 didirikan bagi menyalurkan penghawa dingin ke bangunan-bangunan serta pejabat-pejabat kerajaan telah menjadi punca keluasan hutan di kawasan kajian semakin kecil dan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Pelepasan bahan klorofluorokarbon ( CFC ) daripada alat penyaman udara telah meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon.

Sebagai penduduk , kita mesti bersikap prihatin dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal saya terpelihara .

8.4 Kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian 1. Suhu Meningkat Melalui pemerhatian saya, saya dapati terdapat banyak kawasan yang masih dalam pembinaan. Perluasan kawasan tersebut telah menyebabkan kawasan huta kecil atau belukar di sini telah ditebang dan di terangkan. Ini mengurangkankan lagi kawasan hijau di kawasan kajian. Oleh itu, kurangnya kawasan hijau di sini telah menyebabkan proses penyerapan haba kurang berlaku. Kesannya, suhu akan meningkat dan kawasan sekitarnya semakin panas.

2. Hakisan Berlaku Penebangan hutan untuk membina petempatan di hutan yang terletakl berhampiran sekolah Sultan Alam Shah telah menyebabkan hakisan tanah. Kehilangan litupan tumbuhtumbuah akan terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan air lalu mengakibatkan hakisan tanah. Sebagai seorang pelajar , kita haruslah bertanggungawab menjaga alam sekitar ini.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian 1. Pendidikan Alam Sekitar Pihak pemaju perumahan perlulah bekerjasama dengan majlis daerah atau majlis pembandaran untuk membuat beberapa program kesedaran berkenaan pendidikan alam sekitar. Selain itu juga penduduk digalakkan menanam tumbuhan hijau disekeliling rumah dengan bantuan pemaju perumahan.

2. Pembangunan Terancang Pihak pemaju perumahan pula perlu menyusun semula segala pembangunan sesuatu tempat. Ini untuk mengelakkan sebarang hakisan akan berlaku . Mereka juga perlu bertindak cepat dengan menanam tumbuhan tutup bumi di semua kawasan lapang.

3. Kuat Kuasa Undang-undang Pihak kerajaan perlulah menghadkan pemberian permit kepada pemaju perumahan dalam mereroka kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Mereka perlu mengambil kira mengenai kawasan-kawasan hujau yang sangat berpotensi di masa hadapan.

Justeru, mari bersama-sama kita bergabung tenaga bekerjasama membina negara yang berfikiran jauh terhadap kebaikan negara dan generasi akan datang terhadap hutan di negara ini.

BAHAN GRAFIK Peta minda:

Jadual

RUMUSAN Setelah menjalankan kajian ini, Ekosistem Hutan Terganggu ( Belukar ) Berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, saya dapat memahami lebih mendalam mengenai ekosistem hutan belukar di tempat kajian saya. Saya juga dapat merealisasikan obektif kajian saya menerusi kerja kursus ini. Di samping itu, kaedah kajian yang saya telah lakukan melalui pemerhatian membantu lagi kajian saya untuk mendekati hutan belukar berhampiran tempat kajian saya dengan lebih dekat. Saya mendapati ekosistem di hutan belukar tersebut berlaku dengan adanya tumbuhtumbuhan serta haiwan yang bergantung antara satu sama lain dan menjadi penghuni di dalam hutan belukar itu. Selain itu, saya dapat mengetahui kepentingan ekosistem hutan di tempat kajian saya yang membantu sebagai kawasan tadahan hujan selain bertindak sebagai penutup bumi semulajadi untuk melindungi sekolah saya daripada kejadian tanah runtuh dan dapat membekalkan oksigen untuk hidupan di dalam hutan belukar tersebut.

Tambahan pula, faktor-faktor yang sangat jelas yang mengakibatkan ekosistem hutan terganggu daripada hasil aktiviti-aktiviti manusia yang tidak memikirkan kesan buruk kepada hidupan di dalam hutan belukar tersebut mahupun manusia yang tinggal berdekatannya. Mereka seharusnya bertanggungjawab atas tindakan yang telah mereka dilakukan ini. Pelbagai cadangan yang telah saya kemukakan bagi mengurangkan berlakunya perkaraperkara sebegini sebagai inisiatif untuk kehidupan yang lebih baik.

Akhir sekali, bersama-sama kita untuk bekerjasama untuk mengekalkan khazanah hutan di negara kita ini. Kita mestilah bersyukur kerana tinggal di negara yang dipenuhi hutan yang memberikan banyak kebaikan kepada hidupan di muka bumi ini.

RUJUKAN Internet : http://www.smktd2geografi.blogspot.com/

Buku Teks : Abdul Rahim Md Nor,2004,Geografi Tingkatan 3 , S h a h Alam ,Cerdik Publications

Buku Rujukan : Piara Singh, 2005, Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5, Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd