Folio Geografi Tingkatan Satu

Embed Size (px)

Citation preview

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

KANDUNGAN

M/S 2 3 4 5 9 10 12 13 23

1

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Puncak Alam, Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru geografi saya, Puan Hindon bte Mohamad Aspar yang memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian ini dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, sekalung penghargaan saya hulurkan kerana mereka yang secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki mutu folio ini. Bersama-sama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas dari saya.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

2

Saya Wan Nawal Jameelah bt Wan Mohd Azmin, murid Tingkatan Satu Gigih di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam. Saya telah menjalankan kajian tempatan bersama-sama dengan beberapa rakan saya. Tajuk kajian saya ialah Bentuk Muka Bumi Puncak Alam, Potensi dan Halangan Di Tempat Tinggal Saya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di kawasan ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui potensi pelbagai bentuk muka bumi di Puncak Alam ini.

3

OBJEKTIF KHUSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN INI DIJALANKAN ADALAH UNTUK :-> Mengenal pasti bentuk muka bumi Puncak Alam Mengetahui kepentingan dan potensi kawasan Puncak Alam Menilai kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Puncak Alam Memahami halangan dan masalah berkaitan bentuk muka bumi Puncak Alam Memberi cadangan cara-cara mengatasi halangan yang ada di kawasan Puncak Alam berkaitan dengan halangan bentuk muka bumi

4

TENTANG PUNCAK ALAM

Puncak Alam merupakan sebuah bandar dalam daerah Kuala Selangor, Malaysia. Ia terletak dalam lingkungan 20 kilometer ke arah barat laut bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor. Bermula sebagai sebuah estet kelapa sawit di bawah selenggaraan FELDA dalam kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah, bandar ini mula dibangunkan dalam tahun 1990-an di bawah pengurusan Bukit Cherakah Development Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Shah Alam. Bermula dari tarikh 15 Mei 2001, syarikat pemaju hartanah berkenaan telah bertukar nama kepada Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. dan berpindah operasi serta membuka pejabat jualan di kawasan Puncak Alam.

Pada peringkat awal pelancaran, luas keseluruhan kawasan Puncak Alam dianggarkan 14,000 ekar (57 km persegi). Walau bagaimanapun, kemelesetan ekonomi pada akhir 90-an telah menyaksikan pengecilan keluasan saiz sebenar bandar berkenaan, di mana tanah-tanah asal yang diperuntukkan kepada Puncak Alam telah dibangunkan secara usahasama dengan pemaju-pemaju hartanah yang lain sehingga terbitnya bandar-bandar/pakej kecil di bawah nama dan konsep-konsep yang berbeza misalnya Alam Perdana, Alam Jaya, Shah Alam 2, Ambang Suria dan beberapa sub-bandar lain.

5

PEMBANGUNAN MASA HADAPAN

Pelan pembangunan bertarikh 9 September 2008 yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Daerah Kuala Selangor, menyatakan bahawa pada masa hadapan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2014 dengan peruntukan kawasan seluas 1,085.75 ekar (43939 km persegi), meliputi 15 fakulti pengajian yang mampu menampung 40,000 siswa dan kakitangan. Dokumen yang sama menganggarkan tambahan sebanyak 65,798 unit kediaman akan disiapkan di Puncak Alam pada tahun 2015 yang mampu menampung 35,000 penduduk berbanding populasi sekarang yang dilaporkan pada jumlah 25,000 penduduk.

Dokumen Rancangan Tempatan Tahun 2015 yang diterbitkan oleh MDKS menyatakan bahawa terdapat perancangan untuk membangunkan sebuah Taman Tema Air di kawasan ini, serta kemudahan LRT (Light Rail Transit) yang akan menghubungkan Bestari Jaya, Puncak Alam dan Shah Alam.

6

PETA DAERAH SELANGOR

PETA: Kedudukan PUNCAK ALAM dalam Mukim Ijok, daerah Kuala Selangor, Selangor.

7

PETA LAKAR KAWASAN PUNCAK ALAM

8

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan bagi kajian ini. Kaedah yang saya gunakan adalah:

KAEDAH KAJIAN a) Pemerhatian

KETERANGAN Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi kawasan Puncak Alam. Saya mendapati, pada keseluruhannya permukaan kawasan kajian terdiri daripada tanah tinggi dan cerun.

b) Temu bual

Saya menemu bual beberapa penduduk di kawasan ini untuk mengetahui maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Melalui kaedah ini, maklumat sebenar tentang sumbangan pelbagai bentuk muka bumi di Puncak Alam terhadap penduduk di kawasan kajian juga saya peroleh.

c) Rujukan

Saya melayari Internet untuk mendapatkan maklumat tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi di Puncak Alam ini. Internet merupakan bahan rujukan utama bagi saya dan rakan-rakan yang lain.

d) Soal selidik

Soal selidik saya gunakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya telah meminta responden iaitu penduduk di kawasan kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan lazim.

9

Daripada pemerhatian saya, sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan Puncak Alam adalah berbukit-bukau. Kawasan Puncak Alam ini adalah kawasan petempatan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam. Penduduk di sini pula terdiri daripada kaum India, Cina, dan Melayu. Mejoriti penduduk Bandar Puncak Alam ialah kaum Melayu.

Kawasan Puncak Alam adalah kawasan yang berpontensi untuk dibangunkan pada masa akan datang. Pembangunan yang sudah dan sedang dibina menampakkan bahawa kawasan ini akan menjadi kawasan yang penuh dengan pertempatan.

Halangan yang terdapat di Puncak Alam ialah penduduk seringkali membakar sampah dan ianya mengakibatkan terdapatnya jerebu yang tebal. Bukit-bukit pula ditarah untuk membuat pembangunan menyebabkan banjir dan terdapat lumpur di sana-sini selepas hujan. Pokokpokok semakin berkurangan dan kawasan ini bukan sahaja semakin panas, malah semakin sesak. Ini adalah kerana sikap penduduk yang memandang remeh terhadap kepentingan alam sekitar.

10

(%)

Guna tanah di Puncak Alam70 60 50 40 30 20 10 0 70 Pertempatan Perniagaan Taman rekreasi Lain-lain

11

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini adalah tanggungjawab kerajaan dan semua pihak. Penduduk memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak bekerjasama menangani masalah pencemaran, masalah yang timbul lebih mudah diatasi. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat.

Terdapat banyak potensi yang ada pada bentuk muka bumi Puncak Alam. Jika ia diabaikan dan dipandang ringan, ia akan menyebabkan potensi itu hilang dan musnah begitu sahaja. Potensi tersebut perlu digunakan dengan cara yang betul.

12

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN : BENTUK MUKA BUMI PUNCAK ALAM, POTENSI DAN HALANGANNYA

1. Nama: 2. Alamat: 3. Kaum: 4. Tahun menetap: 5. Potensi bentuk muka bumi: Petempatan Perniagaan Pertanian Penternakan

6. Halangan:

Tanah runtuh

Hakisan

Banjir

Penggondolan tanah tinggi

Tandakan ( ) pada ruang yang berkenaan.

13

HASIL PEMERHATIAN Penggunaan Tanah di Puncak Alam Jenis penggunaan Tanah 1. Pertanian Kelapa sawit Getah Kelapa Pisang Koko Kopi ADA TIADA CATATAN

Lain-lain (nyatakan): _________________ _________________ 2. Pembalakan 3. Perlombongan 4. Penternakan ikan air tawar 5. Pengangkutan Jalan raya Jalan kereta api 6. Petempatan 7. Lain- lain (nyatakan): _________________ _________________ Tandakan ( ) pada ruangan yang berkenaan.

14

Peta Puncak Alam

15

16

17

18

19

20

21

22

Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Kang Chai Yong, 2002. Geografi Tingkatan 1. Petaling Jaya: Media network Sdn. Bhd. http://wikipedia.org/wiki/Puncak_Alam http://www.bandarpuncakalam.com/v2/

23

24