26
FOLIO TINGKATAN 1 Tokoh yang Saya Sanjung Mata pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema: Tokoh yang Saya Sanjung Tajuk: Tokoh Tempatan Nama: Vurmila A/P Venggadasamy Tingkatan: 1 Pintar Sekolah: Sekolah Men Keb Methodist, Klang Nama Guru: Encik Yarha Sadeh

Folio Sivik Tingkatan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FOLIO TINGKATAN 1Tokoh yang Saya SanjungMata pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema: Tokoh yang Saya Sanjung Tajuk: Tokoh Tempatan Nama: Vurmila A/P Venggadasamy Tingkatan: 1 Pintar Sekolah: Sekolah Men Keb Methodist, Klang Nama Guru: Encik Yarha SadehPendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan 1PenghargaanPertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan fo

Citation preview

Page 1: Folio Sivik Tingkatan 1

FOLIO

TINGKATAN 1

Tokoh yang Saya Sanjung

Mata pelajaran: Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

Tema: Tokoh yang Saya Sanjung

Tajuk: Tokoh Tempatan

Nama: Vurmila A/P Venggadasamy

Tingkatan: 1 Pintar

Sekolah: Sekolah Men Keb Methodist, Klang

Nama Guru: Encik Yarha Sadeh

Page 2: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy i | M u k a s u r a t

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang

banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya ini. Ibu saya, Puan Mageswari adalah

merupakan sumber bagi folio saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Yarha Sadeh iaitu

Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya atas segala bimbingan

dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana

mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi

mutu folio saya ini.

Sekian, terima kasih.

Vurmila Venggadasamy

1 Pintar

Page 3: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1.0 Objektif

2.0 Pendahuluan

3.0 Biodata tokoh yang saya sanjungi

3.1 Butir-butir peribadi

3.2 Pencapaian di sekolah

3.3 Pencapaian di menara gading

3.4 Pencapaian dalam karier

3.5 Pencapaian sebagai seorang ibu dan seorang isteri

4.0 Penutup

5.0 Galeri Gambar

6.0 Lampiran Sijil-sijil

7.0 Rujukan

i

1

2

5

6

7

7

9

10

11

19

23

Page 4: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 1 | M u k a s u r a t

1.0 Objektif

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sivik dan Kewarganegaraan ini

mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut:

1. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat tokoh yang saya

sanjungi iaitu ibu saya

2. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada ibu saya atas segala kemajuan

yang dicapai olehnya

3. Saya dapat menjadikan kegigihan ibu saya dalam mencapai sesuatu kejayaan

sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan

kejayaan yang dikecapi olehnya agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja

4. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki seorang

ibu yang penyayang dan berdedikasi

5. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis

maklumat tentang tokoh yang saya sanjung

Cara-cara saya mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:

1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu saya iaitu

tokoh yang saya sanjung bagi mengetahui dengan lebih lanjut biodatanya. Saya

juga menemuramah bapa saya yang lebih mengenali ibu saya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan ibu saya dari

segi aktiviti yang beliau lakukan, hobi dan tingkah lakunya.

3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku

catatan harian ibu saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

Page 5: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 2 | M u k a s u r a t

2.0 Pendahuluan

Tokoh tempatan yang saya sanjungi tidak lain dan tidak bukan ialah ibu saya sendiri. Banyak

keistimewaan yang ada pada ibu saya menyebabkan saya memilihnya sebagai tokoh yang

saya sanjung dan sayang. Ibu saya boleh dikatakan seorang yang serba boleh, banyak

sungguh kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa yang mustahil dilakukan di

dunia ini asalkan kita mempunyai keyakinan bahawa apa yang kita lakukan adalah terarah

kepada perkara kebaikan dan kejayaan. Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi

sesuatu kerja yang dilakukan adalah hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah

mengaku kalah. Ibu saya mempunyai sifat yang gigih dan tidak pernah kenal erti putus asa.

Kecemerlangan ibu saya dalam bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah

lagi. Di samping cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang

aktif dalam bidang ko-kurikulum dan kepimpinan baik di peringkat sekolah mahupun

universiti. Disebabkan ibu saya suka membantu orang lain, beliau juga melibatkan diri dalam

banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti menderma

darah, bergotong-royong membersihkan kawasan kamsis dan kawasan yang didiami oleh

penduduk miskin. Pada keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa sikap ibu saya yang

sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di

dalam akademik dan kepimpinannya.

Ibu saya sangat berfikiran positif. Beliau sentiasa menyuburkan semangat saya dengan kata-

kata perangsang. Antara yang saya kagum mengenai sikap ibu ialah dia sangat rajin

mencari ilmu. Dari situ saya yakin ibu mempunyai semangat tabah, pemikirannya jauh ke

depan kerana berusaha menyiapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu walaupun sudah

berkahwin. Ibu amat menggalakkan kami belajar mencari ilmu. Hakikatnya, ibu saya adalah

individu yang sentiasa memberi sokongan padu dalam usaha saya menimba ilmu. Ibu selalu

menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh, memberi tumpuan ketika di dalam

kelas dan perlu bijak mengurus masa. Ibu selalu mengatakan “Waktu belajar, belajar, waktu

Page 6: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 3 | M u k a s u r a t

main, main.” Ibu juga sentiasa menggalakkan saya bergiat dalam persatuan atau unit

beruniform kerana menurutnya penglibatan seseorang pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum

bukanlah alasan untuknya gagal dalam akademik. Yang pentingnya, ialah pengurusan

masa dengan bijak.

Bagi ibu, ilmu itu merupakan kunci kejayaan hidup seseorang. Ibu selalu ingatkan, kerjalah

apa pun bila dewasa nanti, asalkan rezekinya halal. Ibu selalu menyatakan bahawa nasib

seorang buruh yang bekerja keras sepanjang hari mencari rezeki untuk keluarganya

mungkin kerana buruh itu tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan disebabkan

keluarganya susah ataupun buruh itu sendiri telah menghancurkan peluang yang diberikan.

Menurut ibu lagi, oleh kerana saya diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang cukup

baik, maka tidak ada sebab untuk saya gagal. Ibu juga mengingatkan kepada saya

bahawa jika hendak hidup selesa pada masa hadapan, kenalah bekerja keras,

bersengkang mata dan kurangkan berseronok-seronok.

Ibu saya adalah wanita yang sangat penyabar orangnya. Saya membesar dengan

mengambil iktibar daripada sifatnya yang penuh kelembutan . Selain beriltizam, ibu sangat

penyabar terutama dalam melayani kerenah saya dan adik saya. Walaupun pada satu

ketika dahulu ibu pernah bekerja sepenuh masa sebagai seorang editor buku dengan

mendapat gaji yang lumayan, tetapi kini ibu telah meninggalkan kerja tersebut demi untuk

membesarkan saya dan adik saya. Dia bekerja sebagai seorang penulis bebas dari rumah

bagi tidak mensiakan ilmu yang ada padanya. Pada waktu siang, ibu meluangkan masa

bersama saya dan adik saya dengan mengajar kami, menjaga makan dan minum kami

dan hal-hal rumah yang lain serta menghantar kami pergi dan balik dari sekolah dan kelas

tuisyen. Pada waktu malam pula selepas saya dan adik saya masuk tidur, ibu menggunakan

masanya untuk bekerja sehingga lewat malam. Walaupun pendapatan ibu saya tidak

seberapa berbanding dengan waktu beliau bekerja sepenuh masa, tetapi ibu tetap

gembira kerana bukan sahaja beliau dapat meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti

Page 7: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 4 | M u k a s u r a t

dengan anak-anaknya tetapi beliau dapat mengembangkan kemahirannya dalam menulis

buku.

Saya menyanjung, menghargai dan merasa bertuah mendapat ibu yang pengasih,

penyayang, berwawasan lagi bertanggung jawab .Walaupun pun ibu saya tidak pernah

dianugerahkan sebagai tokoh ibu mithali, namun beliau adalah ibu mithali kepada saya

dan adik saya. Bagi saya, ibu merupakan mentor dan idola untuk saya mengejar cita-cita

untuk berjaya dalam hidup.

Page 8: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 5 | M u k a s u r a t

3.0 Biodata tokoh yang saya sanjungi

3.1 Butir-butir peribadi

Nama tokoh yang saya sanjungi iaitu ibu saya ialah Mageswari. Beliau

dilahirkan di Hospital Kuantan, Pahang pada 9 April 1968. Ibu saya mendapat

pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Treacher Methodist, Taiping

dari tahun 1975 hingga tahun 1980. Seterusnya beliau menyambung

pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Treacher Methodist, Taiping

dari tahun 1981 hingga tahun 1985. Semasa di tingkatan 6 pula, beliau belajar

di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward (VII), Taiping. Keputusan

peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang baik melayakkan

beliau untuk menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) di Bangi selama 4 tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains

Makanan dan Pemakanan.

Sebaik sahaja tamat pengajiannya pada tahun 1992, ibu menjadi seorang

guru sementara di sebuah sekolah swasta sementara menunggu peluang

mendapat pekerjaan yang lebih baik. Pada tahun 1994, ibu mendapat

pekerjaan sebagai seorang editor buku di Longman, Malaysia dan ibu mula

meminati kerjanya walaupun tidak berkaitan dengan bidang pengajiannya.

Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1996, ibu ditawarkan untuk bekerja

dengan Federal Publications, Malaysia. Ibu bekerja di sini selama 8 tahun.

Melalui pengalaman kerja yang diperolehnya di situ, beliau telah berjaya

mendapatkan pekerjaan sebagai editor senior di Eastview Publication,

Malaysia pula. Pada tahun 2006, ibu berhenti bekerja dan menjadi penulis

buku bebas sehingga sekarang.

Page 9: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 6 | M u k a s u r a t

3.2 Pencapaian di sekolah

Sewaktu belajar di sekolah rendah, ibu saya merupakan seorang pelajar yang

cemerlang. Setiap hari penyampaian hadiah sekolahnya sepanjang tempoh beliau

belajar di situ, beliau pasti menerima hadiah kerana berjaya mendapat samada

tempat pertama, kedua atau ketiga dalam peperiksaan akhir tahun. Ibu juga

berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Darjah

5 (5A).

Beliau juga menyandang jawatan pengawas sejak berada dalam Darjah Dua dan

dipilih menjadi Penolong Ketua Pengawas semasa beliau berada dalam Darjah

Enam. Beliau mempunyai keperibadian yang ramah dan mudah mesra sehingga

disenangi oleh rakan-rakan juga guru. Minat ibu dalam bidang seni juga

menyebabkan beliau sentiasa menyertai persembahan pentas yang diadakan

pada hari penyampaian hadiah sekolah iaitu drama(darjah satu), tarian

melayu(darjah dua), pancaragam(darjah tiga), boria(darjah empat) dan koir(darjah

lima).

Sewaktu belajar di sekolah menengah pula, beliau tetap mengekalkan

kecemerlangannya sehingga berjaya menerima Anugerah Pelajar Terbaik

Peringkat Sekolah dalam Peperiksaan SRP (7A). Beliau juga mendapat keputusan

yang cemerlang dalam Peperiksaan SPM (6A) dan Peperiksaan STPM(5 Prinsipal).

Selain daripada kecemerlangan ibu dalam bidang akademik, beliau juga

merupakan seorang pelajar yang aktif dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang

tinggi. Semasa di peringkat sekolah menengah, beliau pernah memegang

jawatan sebagai Pengawas Sekolah (1981-1987), Ketua Pengawas (1985),

Pengerusi Persatuan Kraftangan (1985), Penolong Ketua Kumpulan Persatuan

Pandu Puteri (1985), Ketua Pasukan Rumah Biru (1985), Pengerusi Kelab

Kebudayaan India (1987), Naib Pengerusi Persatuan Pra-U(1987) dan Naib

Page 10: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 7 | M u k a s u r a t

Setiausaha Persatuan Sains(1987). Selain daripada itu, ibu yang berminat untuk

menyanyi pernah mewakili sekolah dalam pertandingan koir peringkat daerah

Larut dan Matang. Di luar waktu persekolahan pula, ibu menjadi ahli kelab belia

Tamil Taiping dan melakukan kerja-kerja kebajikan.

3.3 Pencapaian di menara gading

Semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ibu bekerja keras

mengekalkan kecemerlangannya dalam bidang akademik. Beliau sentiasa

memperoleh gred A atau B dalam setiap peperiksaan semester selama 4 tahun

belajar di situ. Akhirnya, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains

dengan Kepujian Kelas Dua Bahagian Atas dalam Sains Makanan dan Pemakanan.

Beliau juga aktif dalam bidang ko-kurikulum seperti menjadi ahli jawatankuasa kamsis

Dato Onn, ahli persatuan agama Hindu dan ahli jawatankuasa produksi Pesta

Ponggal. Ibu saya juga melibatkan diri dalam kerja amal seperti menderma darah,

bergotong-royong membersihkan kawasan kamsis dan kawasan estet berhampiran

universiti beliau.

3.4 Pencapaian dalam karier

Ibu saya merupakan seorang staf yang sangat dedikasi menjalankan tugas yang

diserahkan kepadanya semasa beliau bekerja sepenuh masa sebagai editor buku

sekolah di tiga buah syarikat penerbitan buku yang terkenal di Malaysia. Ibu sentiasa

berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap

kesempurnaan dalam tugas beliau. Beliau juga banyak menyumbangkan idea

dalam menghasilkan siri-siri buku yang bermutu dan mesra pelajar. Setiap kali

Page 11: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 8 | M u k a s u r a t

penerbit mengambil bahagian dalam tender buku teks Matematik dan Sains, ibu

saya akan diberikan tugas mengetuai kerja-kerja mengedit dan mengkoordinasi

projek tersebut sehingga siap sepenuhnya. Atas sebab-sebab ingin meluangkan

lebih banyak masa dengan keluarga, ibu memilih untuk bekerja dari rumah

beberapa tahun lepas. Tetapi ini tidak membantutkan pencapaian dalam kariernya.

Beliau masih melakukan kerja-kerja mengedit secara sambilan untuk beberapa

penerbit terkenal . Minat terpendam ibu dalam bidang penulisan sejak kecil lagi juga

telah mendorong beliau menulis banyak buku-buku kerja Sains dan Matematik.

Berikut adalah sebahagian daripada buku-buku hasil karya Ibu yang telah

diterbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan.

Page 12: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 9 | M u k a s u r a t

3.5 Pencapaian sebagai seorang ibu dan

seorang isteri

Tidak dapat dinafikan ibu memang seorang yang pandai menggalas kewajipan

dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu di rumah. Ibu amat menitikberatkan

hal pemakanan saya dan adik saya.Dia sentiasa memilih makanan yang dapat

membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan

daya kognitif anak-anaknya.

Sebagai seorang isteri pula, beliau tidak banyak bergantung kepada bapa saya

dalam hal –hal rumah dan keluarga. Semua kerja-kerja membeli barangan untuk

rumah, pembayaran bil-bil, hal-hal pendidikan dan kesihatan anak dipikul

sepenuhnya oleh ibu saya. Ini adalah kerana ibu saya amat memahami kesibukan

tugas bapa sebagai seorang pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi dan

keletihannya selepas balik dari kerja setiap hari.

Walaupun dari pagi sehinggalah malam, ibu sibuk mengurus hal ehwal rumahtangga

tetapi beliau masih boleh memperuntukkan masa untuk memperkembangkan karier

mengedit dan menulisnya kerana bijak menguruskan masanya. Bagi ibu saya,

seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari

rumah dan kejayaan yang dicapai olehnya mestilah seimbang di antara karier dan

keluarga.

Page 13: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 10 | M u k a s u r a t

4.0 Penutup

Kebanyakan ibu hanya tahu memarahi atau berleter tanpa mempedulikan perasaan atau

pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk dengan kerja rumah dan kerja

sambilannya, ibu saya sentiasa bercakap atau menegur dengan lembut jika anak-anaknya

melakukan sebarang kesalahan. Beliau sentiasa memperuntukkan masa yang berkualiti

bersama saya dan adik saya untuk berbincang sebarang masalah terutamanya masalah

yang berkait dengan pelajaran kami dan mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin.

Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada ibu saya ialah beliau sangat kreatif. Apa

sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan memastikan bahawa ia adalah kreatif iaitu

lain dari yang biasa dibuat oleh orang lain. Maka, ini menyebabkan saya sentiasa mencari

idea baru untuk melakukan sesuatu.

Banyak yang saya pelajari dari ibu kesayangan saya. Saya amat bersyukur mendapat ibu

yang cemerlang sepertinya, sememangnya beliau dipilih menjadi tokoh tempatan yang

saya sanjungi.

Page 14: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 11 | M u k a s u r a t

5.0 Galeri Gambar

a. Nov 1975 - Ibu sedang menerima hadiah pada hari tahunan SRK(P) Treacher

Methodist, Taiping pada tahun 1975 kerana mendapat tempat pertama dalam

kelas dan seluruh Darjah 1 dalam peperiksaan akhir tahun

b. April 1979 - Ibu saya menyertai koir sekolah, salah satu persembahan pada hari

tahunan SRK(P) Treacher Methodist, Taiping semasa ibu dalam darjah lima. Ibu

juga menerima trofi kerana mendapat tempat pertama dalam kelas dalam

peperiksaan akhir tahun.

Page 15: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 12 | M u k a s u r a t

c. April 1980 - Ibu saya menyertai kumpulan boria yang telah memasuki rancangan

kanak-kanak yang popular di RTM pada tahun 1980 iaitu“Rasa Sayang” sempena

Hari Raya Aidil Fitri.

d. September 1980 -Ibu saya semasa belajar di Darjah 6 di SRK(P) Treacher

Methodist, Taiping. Pada masa itu, dia memegang jawatan Penolong Ketua

Pengawas.

Page 16: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 13 | M u k a s u r a t

e. May 1982 - Ibu saya di Tingkatan 2 bersama-sama guru kelas dan rakan-rakan

sekelasnya. Beliau menyandang jawatan Pengawas Muda sekolah.

f. Jan 1985 - Ibu sebagai ketua pengawas sedang menyampaikan ucapan pada

hari tahunan SMK(P) Treacher Methodist, Taiping pada tahun 1985 iaitu semasa

beliau di Tingkatan 5.

Page 17: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 14 | M u k a s u r a t

g. Julai 1985 - Ibu saya dengan rakan-rakan kumpulan Pandu Puteri Bunga Raya

pada tahun 1985.

h. Jun 1987 - Ibu saya dengan pengawas-pengawas yang lain semasa beliau

belajar di tingkatan 6 atas di SMK King Edward VII, Taiping pada tahun 1987.

Page 18: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 15 | M u k a s u r a t

i. Disember 1990 - Ibu saya dengan rakan-rakan universitinya sedang melakukan

kerja amal dengan mengecat dinding sebuah tadika di Ladang Ampar Tenang,

Dengkil.

j. Ogos 1992 - Ibu saya pada Majlis Konvokesyen ke-20 Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi pada 7 Ogos 1992. Beliau Berjaya memperoleh Ijazah Sarjana

Muda Sains dengan Kepujian Kelas Dua Bahagian Atas dalam Sains Makanan

dan Pemakanan.

Page 19: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 16 | M u k a s u r a t

k. Ibu saya semasa belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dalam Fakulti

Sains Hayat

l. September 1995 – Perkahwinan Ibu dan ayah saya yang berlangsung di Klang.

Ibu mengenali ayah selama 8 tahun sejak di Universiti sebelum berkahwin.

Page 20: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 17 | M u k a s u r a t

m. Jun 2000 - Gambar keluarga saya semasa adik saya baru berusia 3 bulan

n. Ogos 2000 - Ibu sedang menyuap kek yang disediakan olehnya pada hari jadi

saya yang ke-4.

Page 21: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 18 | M u k a s u r a t

o. Jun 2002 – Ibu saya bersama rakan-rakan sepejabat semasa beliau bertugas di

Jabatan Editorial, Federal Publications Malaysia sebagai editor Sains dan

Matematik pada tahun 1998. Gambar ini adalah sebelum ibu menapatkan

kariernya sebagai Editor.

Page 22: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 19 | M u k a s u r a t

6.0 Lampiran Sijil-sijil

a. Sijil Rendah Pelajaran (SPR – 1983)

Page 23: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 20 | M u k a s u r a t

b. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM – 1985)

Page 24: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 21 | M u k a s u r a t

c. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM – 1987)

Page 25: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 22 | M u k a s u r a t

d. Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian Kelas 2 Bahagian Atas

Dalam Sains Makanan dan Pemakanan (UKM – 1992)

Page 26: Folio Sivik Tingkatan 1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

Vurmila Venggadasamy 23 | M u k a s u r a t

7.0 Rujukan

1. Orang sumber iaitu ibu saya

2. Orang sumber yang lain iaitu bapa saya

3. Sijil lahir ibu saya

4. Sijil Peperiksaan Sekolah (SRP, SPM, STPM) ibu saya

5. Surat Akaun dan Sijil Berhenti Sekolah ibu saya

6. Kad Laporan Peperiksaan Sekolah ibu saya

7. Album keluarga