19
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009 JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN Nama Murid: ……………………………………………………….. Tingkatan: …...……………………………………………………… Nama Guru: …………………...……………………………………. Tandatangan Murid Tandatangan Guru …………………… ……………………

Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

  • Upload
    aidil42

  • View
    20.350

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

Nama Murid: ………………………………………………………..

Tingkatan: …...………………………………………………………

Nama Guru: …………………...…………………………………….

Tandatangan Murid Tandatangan Guru

…………………… ……………………

Page 2: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat

Senarai Kandungan 1

Penghargaan 2

Pendahuluan 2

Objektif Kajian 2

Kawasan Kajian 3

Kaedah Kajian 5

Dapatan Kajian 6

Rumusan 13

Rujukan 13

Lampiran 14

1

Page 3: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan riuan terima kasih kepada guru geografi saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya memberi sokongan dan dorongan dalam kajian ini. Kepada rakan yang membantu, saya melahirkan rasa besar hati atas pertolongan anda semasa melaksanakan kajian ini.

Pendahuluan

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, kami diberikan peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Saya memilih Jaringan Sistem Pengangkutan terhadap dan Jalan Maharajalela Kanada. Masa yang diberikan adalah selama 9 minggu. Sebab-sebab pemilihan saya ialah kerana Jalan Maharajalela adalah kurang daripada lingkungan 5 kilometer.

Objektif Kajian

- Mengkaji jenis-jenis pengangkutan di Jalan Maharajalela dan Kanada.- Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di dan

Kanada- Mengkaji kepentingan jaringan pengangkutan di Jalan Maharajalela dan Kanada.- Mengkaji langkah-langkah penyelesaian masalah jaringan pengangkutan di Jalan

Maharajalela dan Kanada.

Nilai Patriotisme:Meluahkan rasa kesyukuran terhadap system pengangkutan yang terurus dan cekap dengan cara mengenalinya.

2

Page 4: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Kawasan Kajian

Latar Belakang Jalan Maharajalela….Kawasan kajian saya adalah di Jalan Maharajalela. Jalan Maharajalela terletak

dibawah pentadbiran DBKL. Segala kemudahan infrastruktur dan awam dijaga oleh DBKL. Ia dikatakan diambil oleh nama seorang pahlawan iaitu Dato’ Maharajalela.

Latar Belakang Ottawa, KanadaIbu kota Kanada adalah Ottawa, tempat parlemen nasional dan juga tempat

tinggal Gubernur Jenderal dan Perdana Menteri. Merupakan bekas jajahan Perancis dan Britania Raya, Kanada adalah anggota La Francophonie dan Negara Persemakmuran.

Lokasi Jalan Maharajalela …..Jalan Maharajalela terletak tidak jauh dari Satdium Merdeka. Jalan Maharajalela

terletak diantara Jalan Hang Tuah dan Jalan Dewan Bahasa.

Kedudukan Geografi: 3.136671,101.703454

Lokasi Ottawa, Kanada….Kanada menempati setengah dari utara Amerika Utara. Ia berbatasan dengan AS

di selatan dan di barat laut dengan Alaska. Di utara terletak Laut Beaufort dan Samudra Arktik; Tanah Hijau terletak di timur laut.

Kedudukan Geografi: 45.423796,-75.697911

3

Page 5: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Ottawa, Kanada

4

Page 6: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Kaedah Kajian

1. Pemerhatian

2. Rujukan

a) PemerhatianSaya telah memerhatikan jaringan pengangkutan yang terdapat di Jalan Maharajalela. Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan saya tentang bentuk muka bumi.

b) RujukanSaya telah melayari internet untuk mencari isi-isi penting bagi menyiapkan kerja kursus ini.

5

Page 7: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Dapatan Kajian

Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Jalan Maharajalela…..

1. Jalan Persekutuan - digunakan oleh motosikal dan kereta yang kebiasaanya terdiri oleh penduduk

tempatan- Hak milik kerajaan

2. Kereta api LRT(STAR)- digunakan oleh pelajar dan guru-guru kerana berdekatan dengan sekolah-sekolah

3. Monorel

6

Page 8: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

- Monorel merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal.

- Monorel lebih senyap kerana kebanyakan monorel menggunakan roda getah di atas landasan konkrit.

- Kebiasaannya digunakan oleh pelajar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem jaringan pengangkutan

1. Kemajuan Teknologi- Kemajuan teknologi seperti pengangkutan yang sedia ada membantu dan

menyelesakan penguna.

2. Kerajaan\Governan- Dasar kerajaan menyediakan sekolan-sekolah telah mempengaruhi lebih banyak

sistem jaringan pengangkuatn

Nilai Patriotisme:Berasa sangat bangga kerana dapat berada dalam suasana yang selesa dan teratur.

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan

1. Jalan raya dan LRT memainkan peranan penting dalam mobiliti penduduk. LRT di jalan Maharajalela membenarkan pelajar dan pekerja balik dan pergi ke kerja dengan mudah malah pantas. Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di Kanada tetapi jarak diantara perjalanan di jalan maharajalela lebih pendek berbanding di Kanada.

7

Page 9: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

2. Monorel juga memainkan peranan penting dalam keselesaan pengguna. Bunyi yang dikeluarkan agak kurang daripada LRT. Di Kanada pula, penggunaan monorel agak kurang kerana saiz penduduknya adalah penduduk jarang. Oleh itu mereka membawa lebih sumber ekonomi daripada penduduk. Ini boleh dikatakan bahawa perbezaan yang ketara dengan penduduk di Malaysia.

Nilai Patriotisme: Sentiasa bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Kesan-kesan perkembangan jaringan pengangkutan di Jalan Maharajalela.

Kesan Positif:

1. Jalan Maharajalela menggunakan sistem kereta api yang cekap kerana tidak menghalang kesesakan lalu lintas.

2. LRT pula mewujudkan lanskap yang menarik malah boleh menarik pelabur luar Negara untuk melabur di negara kita. Hal ini demikian akan meningkatkan hasil ekonomi.

Kesan Negatif:

1. Perkembangan jaringan jalan rays telah menyebabkan banyak pokok ditebang. Hal ini akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosintesis.

2. Suhu akan bertambah tinggi kerana jalan raya yang bertar menambahkan bahang penduduk ketika waktu tengahari.

3. Asap kenderaan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

8

Page 10: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Perbandingan:

Keadaan negatif ini pula berbeza dengan Kanada. Mereka mengamalkan sikap cinta akan alam sekitar. Teknologi yang canggih di Kanada telah banyak membantu mengurangkan kesesakan jalan raya.

Nilai Patritisme: Sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk membantu mengurangkan masalah setiap hari seperti kesesakan lalu lintas.

Langkah-Langkah Penyelesaian

1. Penggunaan petrol tanpa plumbum merupakan salah satu langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah pencemaran di Jalan Maharajalela dan juga di Kanada. Petrol tanpa plumbum tidak akan menyebabkan pencemaran dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

2. Kanada boleh mempertingkatkan lagi system jaringan pengangkutannya dengan memaksimumkan penggunaan kenderaan elektrik. Bukan sahaja di Kanada malah rakyat Malaysia juga perlu sedar untuk memaksimumkan penggunaan kenderaan elektrik. Kenderaan ini mesra alam kerana tidak menggunakan sumber petroleum. Ia juga dapat mengawal kualiti udara agar tidak dicemari oleh gas-gas lain yang dikeluarkan oleh asap kenderaan.

Nilai Patritisme: Bekerjasama bersama masyarakat untuk menangani masalah yang dihadapi bersama.

9

Page 11: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Jumlah Pengguna Jalan Raya Dari Pukul 3 Petang Hingga 6 Petang

Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan

1 Kereta 421

2 Motosikal 227

3 Bas 52

4 Lori 31

5 Van 41

Jumlah 768

10

Page 12: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Carta Jumlah Pengguna Jalan Raya Dari Pukul 3 Petang Hingga 6 Petang

11

Page 13: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Langkah-Langkah Penyelesaian Masalah Jaringan Sistem Pengangkutan

12

Page 14: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

13

Page 15: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Rumusan

Kerja Kursus Geografi ini dijalankan untuk mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan di Jalan Maharajalela dan Negara Kanada. Selain itu, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Seterusnya, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Akhir sekali, kerja kursus ini dijalankan untuk mencari langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah akibat perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

Nilai Patriotisme:Mencintai tanah air sendiri

Rujukan

1. Laman web….

2. Buku Tek Geografi Tingkatan…

3. Guru Geografi…

14

Page 16: Folio Tingkatan 2 Geografi( Jaringan sistem pengangkutan)

Lampiran

15