47
PENGAKUAN PELAJAR Saya Che Hamidi Bin Che Hassan no kad pengenalan 690123035491 dengan ini mengakui bahawa hasil karya yang diterbitkan ini adalah hasil daya usaha sendiri dan bukan palagiat daripada mana- mana sumber,kecuali sebagai rujukan untuk penghasilan lebih baik. 1

Fonologi hamidi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fonologi hamidi

PENGAKUAN PELAJAR

Saya Che Hamidi Bin Che Hassan no kad pengenalan 690123035491

dengan ini mengakui bahawa hasil karya yang diterbitkan ini adalah

hasil daya usaha sendiri dan bukan palagiat daripada mana-mana

sumber,kecuali sebagai rujukan untuk penghasilan lebih

baik.

1

Page 2: Fonologi hamidi

Pengenalan

Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan

Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau

sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu

digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama

bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi

menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali

menjadi Bahasa Malaysia.

Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika

bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering

digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India walaupun mereka termasuk

warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan BM

melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan

pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-

peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang

Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin digunakan di

mahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM.

Perubahan baru terjadi pada dekade 80-an, yakni ketika BM berhasil menjadi bahasa

pengantar di sekolah-sekolah, mulai taman kanak-kanak sampai perguruan tinggi.

Perubahan ini seiring dengan peran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP – diresmikan

pada tahun 1956) yang semakin gencar memasyarakatkan BM. Istilah-istilah teknis

yang selama dua dekade sebelumnya sulit ditemukan masuk menerobos bersama-

sama dengan gaya bahasa yang estetis, yang banyak digunakan dalam ragam bahasa

sastra,

2

Page 3: Fonologi hamidi

Pasca perubahan ini, BM akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki

oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai

bahasa resmi, sebagai bahasa perpaduan atau bahasa antaretnis, sebagai bahasa ilmu

pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan. BM yang memiliki wilayah sebar

tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbedaan-

perbedaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek

tersendiri, yang berbeda dengan daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di

Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak paling selatan, dialek

Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor,

dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak

yang terletak di Malaysia Timur atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan

Pulau Borneo.

Kata /kapal/ yang terdapat di dalam BM Piawai (standar) dapat dijadikan sebagai

contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan

Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan) menjadi /kapɛ/ dan di

Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mencolok perbedaannya

adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut

/pagɔ/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan

glotal atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir

kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeda-beda oleh dialek-dialek

ini dan justeru karena perbedaan-perbedaan kecil nan khas inilah mereka menjadi

dialek.

3

Page 4: Fonologi hamidi

Pendahuluan

Di antara tataran kebahasaan yang paling mendasar adalah tataran fonem. Tataran ini

berada pada tataran bunyi terkecil dari sebuah bahasa, yang juga memiliki sistemnya

sendiri. Di dalam ilmu linguistik, cabang ilmu yang mempelajari sistem fonem dalam

sebuah bahasa disebut Fonologi.  

Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

alat artikulasi manusia. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap

itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah

bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras makna tidak terjadi,

maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeda.

Kontras makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk

disebut sebagai fonem.

Satu unit ujaran yang bermakna (bisa morfem dan bisa pula kata) terdiri dari beberapa

satuan bunyi. Misalnya kata pagi. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi atau fonem

yaitu /p/, /a/, /g/ dan /i/. Terjadinya sebuah fonem bisa ditunjukkan dengan melakukan

perbandingan fitur. Anggapan bahwa bunyi p dan b masing-masing merupakan fonem

yang berbeda dapat diterima setelah membandingkan kedua bunyi tersebut pada kata

pagi dan bagi. Kata pagi menunjukkan waktu, dan kata bagi menunjukkan kata kerja.

Kedua-duanya secara makna berbeda. Dari perbedaan itu disimpulkan bahwa

anggapan p dan b berbeda adalah benar.

Fonologi BM diterangkan dengan terlebih dahulu membicarakan fonem. Fonem vokal,

konsonan, diftong dan beberapa alofon merupakan hal-hal yang dibicarakan.

Penjelasan kemudian diakhiri dengan menerangkan pola suku kata di dalam BM.

4

Page 5: Fonologi hamidi

1.0 DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di

dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai

bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.

Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang

ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,

jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ

pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu

pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui

bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang

fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang

fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu

bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken

form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics

“. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan

menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk

menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

5

Page 6: Fonologi hamidi

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji

fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang

berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara

pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi

bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan

bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang

fonetik.

2.0 DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman

( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam

semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa

dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik

auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal

tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana

pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-

ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik

mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik

bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan

simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik

Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan

klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ),

6

Page 7: Fonologi hamidi

mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula

mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi

ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang

maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula

mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit

yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya

dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan

disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya

dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah

sebagai fonemik.

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang

mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,

seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang

mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing

bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-

bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum

dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan

pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar

daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-

bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa

dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik

merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

7

Page 8: Fonologi hamidi

3.0 DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya

menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa

mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang

dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan

kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada

disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus

berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia

akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu.

Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri,

tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara

orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering

dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi.

Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang

berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur

dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu

seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan

perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan

peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29).

Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila

seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan

perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini

penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek

keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian,

puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu,

bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita

miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

8

Page 9: Fonologi hamidi

3.1 Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang

bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar

suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu

akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.

Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada

hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia

memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila

dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi

bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat

artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan

bunyi-bunyi bahasa.

3.2 Alat-alat Pertuturan

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang

pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik

mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi

pula mengkaji buyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

9

Page 10: Fonologi hamidi

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang

berikut :

10

Page 11: Fonologi hamidi

3.3 Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi

bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan

belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,

tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh

digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.

Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara

dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri

daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan 

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar

daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang

keluar daripada rongga mulut.

 

Gusi

11

Page 12: Fonologi hamidi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam

rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung

lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit

lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak

terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan

keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan

udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

12

Page 13: Fonologi hamidi

Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir

Gigi

Gusi Lelangit keras

Lelangit lembut

Anak tekak

Lidah

Rongga tekak

Rongga mulut

Rongga hidung

Paru-paru

Peti suara dan pita suara

 

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

13

Page 14: Fonologi hamidi

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat

diletakkan di beberapa kedudukan.

     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah

artikulator.

Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan

dan diftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam

rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat

atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk

bibir.Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan

sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau

dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.Selain dua golongan utama

itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan

beralih kepada bunyi vokal yag lain.Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada

bunyi vokal depan sempit [i]

Vokal

14

Page 15: Fonologi hamidi

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota

[a] anak, tanah, lada  

[è] ela, semak, sate  

[i] iring, kita, seri  

[] emak, betul X terdapat dihujung perkataan

[o] obor, botak, moto  

[u] ular, sultan, saku  

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan

pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan

iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had,

beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir

perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang

oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,  dan sebagainya dan

udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r],

[l], [w], [y]

Fonem

15

Page 16: Fonologi hamidi

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau

perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.Kata ini terdiri

daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.Jika p diganti

dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil

yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam

palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang

sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak

sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas,

fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata

ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan

konsonan.Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang

berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata lain ialah suku kata

tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh

16

Page 17: Fonologi hamidi

KV yu

VK am

KKVK draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata Contoh

V + KV ibu, ela, era

V + VK air, aib

V + KVK adat, emas

VK + KV anda, unta, angsa

VK +  KVK antah, untuk, ingkar,

KV + KVK bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata Contoh

KV+V+KV biasa, cuaca, suara

KV + V +KV kaedah

V + KV + V abai, usia

KV+KV+VK maruah, peluang

KV+KVK+KVK kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata

17

Page 18: Fonologi hamidi

Suku Kata Contoh

KV+KV+KV+KV panorama

KV+KV+KV+KVK masyarakakat

KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Dialek

Dialek (dari bahasa Yunani διάλεκτος, dialektos), adalah varian-varian sebuah bahasa

yang sama. Varian-varian ini berbeda satu sama lain, tetapi masih banyak

menunjukkan kemiripan satu sama lain sehingga belum pantas disebut bahasa-bahasa

yang berbeda.

Biasanya pemerian dialek adalah berdasarkan geografi, namun bisa berdasarkan faktor

lain, misalkan faktor sosial.

Sebuah dialek dibedakan berdasarkan kosa kata, tata bahasa, dan pengucapan

(fonologi, termasuk prosodi). Jika pembedaannya hanya berdasarkan pengucapan,

maka istilah yang tepat ialah aksen dan bukan dialek.

Variasi Bahasa 

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa

Melayu.

Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa

iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

18

Page 19: Fonologi hamidi

Dialek

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami

oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun

ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan

atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu

kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang

Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa

dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan

sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama

dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang

Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,

Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan

Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi

bahasa Melayu.

 

Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza

mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya,

dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang

formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan

19

Page 20: Fonologi hamidi

sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi,

iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang

berikut:

20

Page 21: Fonologi hamidi

21

Page 22: Fonologi hamidi

Contoh:

Imbuhan

Pengimbuhan yang berlaku kepada kata kerja di dalam dialek Kedah ini meliputi

imbuhan meN-, teR- dan beke-. Di antara semua jenis ini, imbuhan meN- lebih

merupakan gambaran daripada pengwujudan kata yang disengau dan tidak

disengaukan. Alomof me- yang disengaukan biasanya berlaku sebelum kosongan

sengau, konsonan sisian {i} dan konsonan fikatifuvular{r}.

 

Awalan meN-

Awalan meN- di dalam dialek Kedah seringnya membawa makna kebiasaan atau

perbuatan yang dilakukan dalam  batas waktu yang  agak panjang . Perkataan-

perkataan seperti:

  {memotong} {memukoy}{menanam} {mengaet} {menjait}

sudah jelas menunjukkan suatu perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dalam

22

Page 23: Fonologi hamidi

kehidupan penduduk penuturnya.

 

Pola meN-

Pola meN- sebenarnya tidak sahaja menunjukkan kebiasaan tetapi juga boleh

mengambarkan ciri-ciri tertentu pada nama yang dirujuk. Misalnya kata

{menyombong}dan {memakai}sudah dengan sendirinya mengambarkan sifat yang

dimiliki olah seseorang.

Kebiasaan seseorang itu pula tidak hanya dikaitkan dengan pelaku kerana kebiasaan

juga boleh berlaku dan dibina melalui tradisi masyarakat. Dan perlakuan pada satu-satu

ketika sudah menjadi adat dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Lihat saja kepada

perkataan-perkataan berikut:

    {menengok} {meminang}  {memangge}

Ketiga-tiga kata di atas jelas menjadi budaya kata di dalam masyarakat Kedah

sebelum  kenduri kahwin berlangsung.

 

Imbuhan meN-

Di dalam beberapa keadaan lain pula, imbuhan meN- boleh membentuk dua kelainan

kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhannya. Pola meN- + kata nama boleh

menerbitkan "kata kerja" dan sebaliknya pula meN + kata kerja telah menerbitkan "kata

nama". Perkara ini dapat dilihat pada contoh di bawah :

         meN + ekor                  {mengekoR}      -       menurut ke mana sahaja .

             {KN}                                {KK}

 

         meN + potong               {memotong }     -        menoreh getah

   23

Page 24: Fonologi hamidi

Awalan teR-

Awalan teR-, dan beR- pula mempunyai pola masing-masing mengikut rentak

penggunanya yang tertentu. Seperti di dalam dialek standard, imbuhan teR-

mendukung makna perbuatan yang tidak  sengaja berdasarkan kepada penyingkatan

dialek yang dituturkan. Dan sesuatu yang barangkali jelas membezakan  pola imbuhan

ini dengan imbuhan teR-dalam dialek standard ialah pengekalan 'te' sebagai imbuhan

tetap kepada teR-. Perhatikan contoh-contoh berikut:

 

       Ejaan   Standard                                  EjaanDialekKedah

 

       {tercabut}                                             {tecabut}

       {terjengul}                                            {tejengoy}

       {tergambar}                                          {tegambaR}

 

Imbuhan peR-

Keadaan ini juga sama dengan apa yang berlaku di dalam penentuan imbuhan peR-

yang lebih banyak meninggalkan fungsinya sebagai pengwujudan nilai sebab musabab

kepada penutur dialek ini. Misalnya:

 

                {peRangat}                                     {menghangatkan}

                {pebaik}                                          {memperbaiki}

                {pependek}                                    {memendekkan}

 

 

24

Page 25: Fonologi hamidi

Imbuhan beR-

Imbuhan beR- pula meninggalkan fungsi bila ia digabungkan dengan kata dasar yang

terdiri daripada kata kerja dan kata nama yang akan melahirkan makna kata yang

tertentu. Bunyi pengucap pada imbuhan beR- ini kerapkali tidak mengikut susunan

bunyi dialek standard yang nyata pegangannya. Dan kebiasaannya yang wujud

daripada cantuman imbuhanbeR- ini dapat dilihat pada aturan di bawah:

 

        i}beR- + kata kerja                                 perbuatan menyaling

           beR  + {gomoi}                                    {begomoi}-bergaduh seperti bergusti

           beR  + {hempas}                                  {beRempayh}-bertumbuk

       ii}beR  + kata kerja                                 perbuatan tanpa tujuan

          beR   +{kelewa}                                    {bekelewa}-merayau tanpa tujuan

          beR   +{serungas}                                  {beseungayh}-menjadikan tidak kemas

      iii}beR   +kata nama                                  memiliki atau mempunyai

          beR   +{baw}                                         {berbaw}-mempunyai bau

 

Imbuhan beke-

Imbuhan beke- pula barangkali merupakan imbuhan yang janggal kepada bahasa

standard. Tetapi di dalam dialek Kedah merupakan imbuhan biasa yang kerap pula

digunakan. Sebagai contohnya:

             {beketeia}              -    menangis  bersama-sama

             {bekemutih}            -   nampak  penuh  dengan  warna  putih

             {bekeseungayh}      -   nampak  tidak  kemas

 

25

Page 26: Fonologi hamidi

Suprasegmental Bahasa Melayu

Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat

bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental

hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang bunyi segmental.

Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan tetapi ciri

yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi penggalan.Terdapat empat unsur-

unsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek

Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau

lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah

atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk

tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu.

Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu

disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan dalam perkataan bahasa

Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan /ki’ta/,

/ba’pa/, /sa’tu/. Tekanan tidak membezakan makna.

contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalah seperti berikut :

Contohnya : 1. [am’boi ke’Лaŋ Rasa’]

2. [hai’-hai’ sa’yaŋ]

3. [hai’-hai’ sa’yang, in’tan pa’yung mai mai mai]

4. [sakit kaki? Kenapa’]

5. [a’wat ?]

6. [po’lis]

26

Page 27: Fonologi hamidi

Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi

sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik

bila ada tekan dan turun hingga 1.

Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti

berikut :

Contoh : 1. [ ³ amboi belaha? ² deRayëh ¹ nöh ]

2. [ ³ Sayaŋ ² intan payuŋ ¹ mai mai ]

Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara

unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang

digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah speksifikasi rakaman tersebut seperti

berikut :

Tajuk : TeleMovie slot Akasia “GRO”

Masa : Rakaman ditranskripsikan pada minit ke 6.25 saat

Dialek : Kedah

Bil. Watak : 2 orang

Watak : Nabil dan Fikri

27

Page 28: Fonologi hamidi

TeleMovie slot Akasia “GRO” ( AYAT DIALEK KEDAH )

Intro

Nabil : Hai dalam kuku pun ada kambin?

Fikri : Bek..

Nabil :Uit misin basoh. Hai misin basoh. Ish hang ni

Fikri : Misin basoh mai kot mana?

Nabil : Amboi mai tergedik-gedik, tergedik-gedik pasai pa. Awat?

Fikri : Hang tau malam ni aku pangge hang pasai apa?

Nabil: Tak tau..

Fikri: Aku nak bagi hang jadi GRO.

Nabil: GRO!! hehehe.. sukanya aku GRO. Abis dia orang tu macam mana?

Haa kalau nak tau tengok ni "Ushar Lagi".

............................................................................................................................................

..........

Di suatu tempat yang sunyi…

Nabil: Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah..

Fikri : Hoi..

Nabil: Oii misin basoh jatoh..

Fikri : Misin basoh jatoh kot mana? Amboi berlahak.. Deras noh...

Nabil : Hang. Gelocoh..

Fikri : Gelojoh tang mana?

Nabil : Awat lambat sangat?

Fikri : Aku pangge hang mai malam ni sebab aku nak bagi hang jadi GRO.

Nabil : GRO?Ai.. tak mau jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tak mau..

28

Page 29: Fonologi hamidi

Fikri: Ni..ni.. Dak..dak. Mai sini dulu.. Dengaq aku cakap dulu tak abis lagi.. GRO bukan GRO hak dok nuhnuhnuh.. Bukan..

Nabil : Abis?

Fikri : GRO ni singkat daripada Gaya Ragut Orang..

Nabil: Ragut orang? Lagi nak mampuih.. Lolaq hang..

Fikri : Hang pukui aku lagi..

Nabil: Tak mau..

Fikri: Hai..Hai sayang.. Intan payung mai mai mai.. amboi panggil intan payung mai.. nih..

Nabil: Awat?

Fikri : Kita, hang mau duit dak?

Nabil : Hai duit mesti la nak..

Fikri : Nak kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik moto pun orang buleh ragut lani tak pa biar aku jadi mangsa, hang jadi..

Nabil: GRO..

Fikri: Tu.. GRO kot mana?

Nabil: GRO tu Gaya Ragut Orang.. hang yang kata tadi..

Fikri: Dak aih.

Nabil: Aku tak mau, aku nak ragut jugak mai..

Fikri: Oi belum lagi..

Nabil : Ha cepat-cepat hang jadi cepat..

Fikri: Aku jalan

Nabil : Ha aku nak ragut lekas

…………………………………………………………………………………………………

Lakonan ragut..

Fikri : Eh aduih, aduih, aduih..

Nabil : Ha nah makan bulu kaki

Fikri: Hoi, awat woi.. oii jangan lari.. amboi mai ni

29

Page 30: Fonologi hamidi

Nabil : Awat pulak

Fikri : Amboi hang pukui aku sakan noh. Hang tak tau aku sakit kaki ni

Nabil : Sakit kaki ? Kenapa?

Fikri : Hang tau kaki aku kena pa?

Nabil : Kena pa?

Fikri : Kena sengat ikan pari..

Nabil : Mai tang mana sengat ikan pari plak

Fikri : Hak ni bukan duri ikan pari hak ni paku..

Nabil : Paku?

Fikri: Allah.. botak!! Oi..oi.. malu kat orang botak.. ui malu-malu..

Nabil : Awat abang buat mcm ni

Fikri : Sabaq la..

…………………………………………………………………………………………………

Kedengaran bunyi siren..

Fikri : Hang dengaq dak, dengaq dak? dengaq dak ?

Nabil : Dengaq, dengaq? Ambulan..

Fikri: Ui.. bukan ambulan

Nabil : Haa?

Fikri : Polis!

Nabil : Ha polis?

Fikri : Polis....

Nabil :Polis....

30

Page 31: Fonologi hamidi

TeleMovie slot Akasia “GRO” ( SEBUTAN BAKU )

Intro

Nabil: Hai dalam kuku pun ada kambing?

Fikri : Bek..

Nabil :Uit mesin basuh. Hai mesin basuh. Ish kamu ini.

Fikri : Mesin basuh datang dari mana?

Nabil : Amboi datang tergedik-gedik, tergedik-gedik sebab apa. Kenapa?

Fikri : Kamu tahu malam ini saya panggil kamu sebab apa?

Nabil: Tidak tahu..

Fikri : Saya hendak kamu jadi GRO.

Nabil : GRO!! hehehe.. sukanya saya GRO. Habis mereka yang lain macam mana? Haa kalau hendak tahu, tengok ini "Ushar Lagi".

............................................................................................................................................ Di suatu tempat yang sunyi…

Nabil : Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah..

Fikri: Hoi..

Nabil: Oii mesin basuh jatuh..

Fikri: Mesin basuh jatuh dimana? Amboi berlahak.. Kuat bunyinya...

Nabil : Kamu.. Gelojoh..

Fikri : Di mana yang gelojoh?

Nabil: Kenapa lambat sangat?

Fikri : Saya panggil kamu datang malam ini sebab saya hendak bagi kamu jadi GRO.

Nabil: GRO? Ai.. tidak mahu jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tidak mahu..

31

Page 32: Fonologi hamidi

Fikri : Ini..ini.. Bukan-bukan. Datang sini dulu.. Dengar saya cakap dulu tidak habis lagi.. GRO bukan GRO yang seperti tuuuuuuuuuhhhhhhh.. Bukan..

Nabil : Habis?

Fikri : GRO ini singkat daripada Gaya Ragut Orang..

Nabil : Ragut orang? Lagi hendak mati.. Teruk betul kamu..

Fikri : Kamu pukul saya lagi..

Nabil : Tidak mahu..

Fikri : Hai..Hai sayang.. Intan payung datang, datang, datang.. amboi panggil intan payung datang.. ini..

Nabil : Kenapa?

Fikri : Kita, Kamu mahu duit kan?

Nabil : Hai duit mesti..

Fikri: Mahu kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik motor pun orang boleh ragut sekarang ini tidak apa biar saya jadi mangsa, kamu jadi..

Nabil: GRO..

Fikri: Itu.. GRO?

Nabil : GRO itu Gaya Ragut Orang.. kamu yang kata tadi..

Fikri: Bukan..

Nabil : Saya tidak mahu, saya hendak ragut juga sekarang..

Fikri : Oi belum lagi..

Nabil: Ha cepat-cepat kamu jadi cepat..

Fikri: Saya jalan..

Nabil: Ha Saya ragut sekarang

…………………………………………………………………………………………………

Lakonan ragut..

Fikri : Eh aduh, aduh, aduh..

Nabil: Ha makan bulu kaki..

Fikri: Hoi, Kenapa? Oii jangan lari.. amboi datang sini

32

Page 33: Fonologi hamidi

Nabil : Kenapa pula?

Fikri Amboi dasyat kamu pukul saya. Kamu tahu saya sakit kaki.

Nabil : Sakit kaki ? Kenapa?

Fikri: Kamu tahu kenapa dengan kaki saya?

Nabil : Kena apa?

Fikri : Kena sengat ikan pari..

Nabil : Datang mana sengat ikan pari?

Fikri: Hak ini bukan duri ikan pari hak ini paku..

Nabil : Paku?

Fikri : Allah.. botak!! Oi..oi.. malu dengan orang.. Botak.. ui malu-malu..

Nabil : Kenapa abang buat macam ini?

Fikri : Sabar..

…………………………………………………………………………………………………

Kedengaran bunyi siren..

Fikri: Kamu dengar tidak? Dengar tidak? Dengar tidak ?

Nabil : Dengar, dengar.. Ambulan..

Fikri: Ui.. bukan ambulan

Nabil : Haa?

Fikri: Polis!

Nabil : Ha polis?

Fikri: Polis....

Nabil :Polis....

33

Page 34: Fonologi hamidi

Penutup

Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa

Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna

yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan

fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi

bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan

struktur bunyi bahasa.

Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan

diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan

semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar

dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara

dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau

halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit

lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting dalam penghasilan bunyi

konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil

daripada penggabungan dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].

Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-

daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam

penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh

digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih

mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus

ini.

34

Page 35: Fonologi hamidi

Refleksi Tugasan

Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah

diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya

pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat

kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian

dan menaip hampir 10000 patah perkataan.

Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya pada

mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja,

tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa bahasa

Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri.

Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji

mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini

banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada

didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk

menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

35

Page 36: Fonologi hamidi

Bibliografi

Abdullah Hassan (1966), "Pertandingan Tatabahasa antara Dialek Kedah dan Dialek                    Perak" Kertas Kerja Iimiah Sarjana Muda Sastera, JPM UM.

Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas . Selangor : Penerbitan UKM

Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik

dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Asmah Hj Omar, (1980), "Persepsi dan Kenyataan seperti yang tergambar di dalam Dialek Kedah" dlm. Dewan Bahasa bil. 12 jld. 24.

Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, DBP.

Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977),  Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu,            Kuala Lumpur, DBP.

Farid Mohd Onn. (1980)." Perubahan Bahasa dan Kajian Dialek- satu pendekatan            tatabahasa Generatif " dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24.

Ismail Dahaman et al. (1997). Glosari dialek Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ismail Hussin. (1973)." Malay Dialect in Malay Penasular " dlm. Nusantara. jil.3{2}

J.K. Chambers et al. (1990). Dialektologi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM

36

Page 37: Fonologi hamidi

James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Suhendra Yusuf. (1998). Fonetik dan Fonologi . Jakarta : Penerbit PT Gramedia

Pustaka Utama.

Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental :

Penerapanya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan . Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm

http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html

http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html

http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

37