Upload
fazril-saleh
View
29
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Format dan Metodologi Menulis Jawapan Peperiksaan (Part 1)
Citation preview
FORMAT DAN METODOLOGI MENULIS JAWAPAN PEPERIKSAAN (ESEI)
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)
Kolej Dar al-Hikmah (KDH)
Pendahuluan
Manusia sukakan keindahan dan kecantikan. Ia mencari keindahan dan cuba sebaiknya untuk
menciptakan suasana yang indah dalam apa jua yang dilakukannya, samada yang bersifat
material mahupun konseptual. Salah satu kaedah untuk menciptakan keindahan ialah dengan
menyusun sesuatu secara baik dan sistematik. Penyusunan sesuatu secara terorganisasi dan
sistematik menjadikan sesuatu tugasan menjadi mudah. Secara logiknya, sesuatu yang tidak
tersusun dan tidak sistematik mengheret tugasan menjadi sukar dan celaru. Menulis jawapan
dalam peperiksaan di peringkat universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) juga wajar
menjadi sistematik dan terurus baik. Menulis jawapan secara sistematik akan menatijahkan
apresiasi dan penghargaan oleh pihak pemeriksa kertas jawapan. Tulisan ini berniat untuk
memandu para pelajar tentang bagaimana menulis jawapan secara baik, terurus dan
sistematik dalam peperiksaan. Ia merangkumi dua bahagian; format jawapan, dan metod
menulis jawapan. Kedua-dua bahagian ini akan dihuraikan secara berasingan.
Format Jawapan
Terdapat lima unsur utama yang akan membuatkan sesuatu penulisan atau pengucapan
menjadi efektif dan bermakna: 1) Pendahuluan, 2) Tema Pokok (Utama), 3) Aliran
Kontekstual, 4) Ketepatan pengistilahan, dan 5) Kesimpulan. Dalam usaha menyantuni
dan memanfaatkan kesemua unsur tersebut dalam penulisan, termasuk menulis jawapan
peperiksaan, penulis atau pelajar harus menggunakan format yang tertentu.
Komponen Format
Jawapan seharusnya ditulis menggunakan beberapa tajuk (headings): Pengenalan/
Pendahuluan, Poin-poin/ Isi-isi Utama, dan Kesimpulan/ Penutup. Dalam Pengenalan/
Pendahuluan, pelajar wajar menuliskannya seringkas mungkin dengan menyatakan apa yang
ia mahu lakukan atau bincangkan dalam keseluruhan penulisannya. Selepas Pengenalan/
Pendahuluan, pelajar harus meletakkan Poin/ Isi Utama yang Pertama – Isi 1 (the first
main point) sebagai tajuk besar diikuti dengan Poin/ Isi Utama yang Berikutnya – Isi 2, 3, 4
dll (subsequent points). Di akhir penulisan, pelajar harus menulis kesimpulan akhir dengan
tajuk ‘Kesimpulan’ atau ‘Penutup’ yang mana ia harus melakukan ringkasan terhadap
kesemua perbincangan yang telah dibuat sebelumnya.
Apa yang Perlu Dielakkan dalam Format Penulisan Esei
1. Pelajar tidak sewajarnya menulis jawapan dalam keadaan yang cacamerba dan tidak
terurus, seperti mengarang jawapan tanpa susunan; ayat panjang berjela; tidak jelas
antara isi utama dengan huraian.
2. Pelajar tidak sepatutnya menulis keseluruhan jawapan dalam satu perenggan. Setiap
satu poin/ isi perlu disusun dalam perenggan yang berbeza.
3. Pelajar tidak perlu menggunkan perkataan “Isi pertama/ Isi kedua/ Isi ketiga
adalah...”. Tiada keperluan untuk menulis pernyataan tersebut kerana penomboran itu
telah dilakukan pelajar dengan penulisan nombor pada tajuk (heading). Sewajarnya,
isi pertama anda ditulis seperti ini: 1- Faktor Lokasi yang Strategik untuk
Perlabuhan – tajuk (heading) ini sudah jelas menunjukkan poin/ isi pertama, dan tak
perlu diulang lagi dalam ayat seterusnya.
Kaedah Menulis Jawapan dalam Peperiksaan (Esei)
Menulis jawapan bagi soalan peperiksaan bukan seperti bercakap di kedai kopi. Ia adalah
latihan akademik, justeru ia perlu berdasarkan metodologi atau kaedah yang releven dan
wajar. Kaedah yang wajar bagi penulisan jawapan esei adalah seperti yang bakal diterangkan
di bawah.
Dua Komponen Jawapan yang Penting
Selepas menyatakan poin/ isi sebagai tajuk, pelajar perlu memfokuskan perbincangan kepada
apa yang telah dinyatakan. Seterusnya, pelajar perlu: 1) penjelasan dan penghuraian poin/
isi yang dinyatakan; 2) penghujahan atau memberikan bukti untuk menyokong jawapan
tersebut. Pelajar perlu sentiasa beringat bahawa penjelasan semata-mata akan menjadikan
jawapan anda separuh sahaja. Ini disebabkan penjelasan/ penghuraian adalah dakwaan yang
memerlukan hujah dan pembuktian. Sebagai contoh, soalan bertanyakan tentang
“Keunggulan Tamadun Islam”. Pelajar perlu mengenalpasti aspek-aspek keunggulan
tamadun Islam, kemudian susun dalam bentuk poin, seterusnya menjelaskan setiap poin, dan
masukkan bukti kukuh bagi menyokong isi dan penjelasan anda.
Sumber Penghujahan
Umumnya, bagi subjek-subjek Pengajian Islam, empat sumber digunakan sebagai
penghujahan: al-Qur’an, al-Hadith, sejarah, dan pandangan ulama/ sarjana. Manakala bagi
subjek-subjek Pengajian Am, dua sumber boleh digunakan: sejarah, dan pandangan ulama/
sarjana. Tidak semestinya kesemua sumber itu dimasukkan ke dalam jawapan sebagai
penghujahan, cukup sekadar satu atau dua sumber untuk satu atau dua bukti/ penghujahan.
Penghujahan Sebagai Penjelasan/ Penghuraian
Dalam keadaan tertentu, pelajar boleh terus kepada penghujahan anda bincangkannya secara
langsung. Ia masih dianggap mempunyai dua komponen jawapan yang penting, penjelasan
dan penghujahan.
Idea atau Maklumat Baharu
Aras pendidikan di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berbeza dengan aras pendidikan
peringkat sekolah, bukan sekadar dalam aspek metodologi dan kaedah, tetapi juga isi
kandungan dan informasi. Pelajar tidak seharusnya menjawab soalan peperiksaan dengan
menulis apa yang dipelajari daripada zaman sekolahnya, tetapi anda perlu berkongsi sesuatu
yang baharu. Idea dan maklumat yang baharu boleh didapatkan daripada buku teks universiti,
sumber akademik yang relevan, nota dalam kuliah dan sebagainya.
Ketepatan dan Kejituan Jawapan
Pelajar kadangkala menjawab soalan dengan pertimbangan pengetahuan am mereka. Tidak
dinafikan, pengetahuan am yang luas akan menjadi kelebihan jika dimanfaatkan dengan betul
dalam jawapan. Akan tetapi, selalunya, jawapan pelajar sangat umum. Soalan peperiksaan
mengkehendaki pelajar untuk menjawab secara spesifik dan khusus. Jawapan yang ditulis
dengan ‘common sense’ dan san
gat umum akan menyebabkan pelajar kehilangan markah yang besar. Pelajar perlu
menyandarkan jawapannya kepada informasi dan maklumat yang tepat seperti yang mereka
peroleh daripada sumber-sumber bacaan yang relevan atau maklumat yang disampaikan
dalam kuliah. Pernyataan yang umum, malah dengan banyak ayat-ayat berbunga tidak akan
membantu.
Kenalpasti Peruntukan Markah
Pelajar perlu mengenalpasti peruntukan markah yang diberi pada setiap soalan. Elakkan
jawapan dan huraian yang terlalu panjang bagi peruntukan markah yang sedikit, dan elakkan
juga jawapan yang terlalu pendek bagi peruntukan markah yang banyak.