Upload
others
View
23
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKNOLOGI GRAFIK
Format Fail atau
Piawaian Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
2
Piawaian ataupun format fail bagi grafik menentukan
kualiti imej, saiz fail serta tujuan penggunaan
sesebuah imej.
Setiap piawaian mempunyai ciri-ciri, kelebihan serta
kelemahannya yang tersendiri.
Antara contoh format fail utama gafik digital ialah.......
FORMAT FAIL: PENGENALAN
3
FORMAT FAIL: PENGENALAN
Apa yang membezakan setiap format fail ini
dan bagaimana untuk memilih format fail yang ingin
digunakan ?
4
antara fail format yang paling lama wujud iaitu sejak
kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows
3.0.
Sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang
tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan
sesebuah imej tersebut.
Kesannya: mempunyai saiz fail yang agak besar.
Kelebihannya: kebanyakan perisian komputer boleh
menerima format fail ini.
Imej yang disimpan dalam format BMP ialah ianya
boleh dipaparkan terus pada skrin komputer dengan
pantas (Mengapa?)
BMP atau Bitmap
5
Sering digunakan di dalam pembangunan laman web.
Mengapa?
Fail imej yang disimpan dalam format GIF biasanya
menggunakan format grafik 8 bit atau 256 warna atau
yang lebih rendah (saiz fail kecil)
Format GIF tidak sesuai digunakan untuk menyimpan
imej yang mengandungi banyak warna seperti
gambar foto.
Sesuai untuk ikon, garis, butang atau imej-imej
berbentuk kartun/ilustrasi.
GIF (Graphics Interchange Format)
6
Paling sesuai digunakan bagi memadatkan sesebuah
imej sama ada yang berwarna mahupun yang hitam
putih. Ia juga sesuai untuk gambar foto, kerja seni
semulajadi dan sebagainya.
Kurang sesuai untuk huruf atau aksara mahupun kerja-
kerja melibatkan lakaran.
Sering digunakan bagi format fail untuk laman web
terutamanya bagi imej-imej yang mempunyai
pelbagai warna dan corak. Ini adalah kerana ia
mampu memadatkan fail dengan baik (sehingga 1: 20)
JPEG (Joint Photographic Experts Group)
7
TIFF atau Tag Image File Format telah dibangunkan
oleh Aldus Corporation pada tahun 1986.
Ianya khusus digunakan bagi menyimpan fail imej
bitmap yang diperoleh daripada peranti-peranti
penangkap imej seperti pengimbas imej, kamera
digital atau pemerangkap skrin komputer.
TIFF (Tag Image File Format )
8
TGA merupakan format fail grafik yang dibangunkan
oleh oleh syarikat Truevision untuk kegunaan bersama
produk keluaran mereka iaitu Targa dan Vista.
Ia kemudiannya digunakan secara meluas khususnya
di dalam perisian-perisian grafik penerbitan video
berkeupayaan tinggi.
Ini memandangkan format fail ini mampu menampung
imej dengan kedalaman warna yang tinggi (sehingga
24-bit atau 16 juta warna).
TGA
TEKNOLOGI GRAFIK
Panduan Memilih
Format Fail Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
10
Memandangkan terdapat banyak format fail bagi
grafik digital, timbul satu masalah iaitu bagaimana
untuk memilih format fail grafik yang bersesuaian
dengan keperluan tugas yang diperlukan ?
PENGENALAN
11
Setiap kategori grafik akan menyimpan fail imej
dalam format yang tersendiri.
Misalnya, grafik jenis bitmap biasanya disimpan
dalam format BMP, GIF, JPG, TIF dan sebagainya.
Grafik jenis vektor pula biasanya disimpan dalam
format seperti CGM, WMF, PCX dan sebagainya.
PANDUAN 1 : KATEGORI GRAFIK
12
Kita juga harus memahami mengenai ciri-ciri setiap
kategori grafik tersebut.
Mengapa ?
Ini bagi memastikan kita mengetahui kelebihan,
kelemahan setiap satunya.
Secara tidak langsung kita akan dapat menjangkakan
grafik jenis mana yang sesuai digunakan dalam situasi
yang diperlukan dan begitu juga sebaliknya.
PANDUAN 2 : CIRI-CIRI KATEGORI IMEJ
13
Kita juga perlu mengetahui perisian grafik serta
perisian pembangunan aplikasi yang akan kita
gunakan.
Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan perisian
grafik seperti Adobe Photoshop atau Corel Paint, ianya
akan menghasilkan imej jenis bitmap.
Sekiranya kita menggunakan perisian grafik seperti
Adobe Ilustrator, CorelDraw atau Macromedia
Freehand pula, ianya akan menghasilkan imej jenis
vektor.
PANDUAN 3 : PERISIAN GRAFIK
14
Perisian pembangunan sama ada bagi tujuan
pembangunan aplikasi multimedia, laman web dan
sebagainya juga perlu diberi perhatian.
Semak keupayaan perisian pembangunan tersebut
terhadap format fail imej yang boleh diterimanya.
Contoh :
Bagi tujuan pembangunan aplikasi multimedia
menggunakan Macromedia Authorware ?
Bagi tujuan pembangunan laman web ?
PANDUAN 4 : PERISIAN PEMBANGUNAN
15
Faktor di mana fail imej atau grafik tersebut akan
digunakan juga akan memberi kesan terhadap
pemilihan format fail.
Misalnya, bagi tujuan pembangunan laman web,
format yang utama digunakan ialah GIF, JPG dan
PNG.
Format tersebut juga sering digunakan dalam banyak
situasi yang lain seperti pembangunan aplikasi
multimedia atau persembahan elektronik yang lain.
Mengapa ?
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN
16
Ini adalah kerana imej yang disimpan menggunakan
format fail tersebut agak kecil saiz failnya tetapi masih
berjaya mengekalkan kualiti imej.
Walaupun tidak secantik imej yang disimpan dalam
format BMP, TIFF atau TGA tetapi biasanya dengan
pandangan mata kasar, adalah agak sukar untuk
melihat perbezaannya.
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN ?
17
Format fail BMP biasanya sesuai untuk menyimpan
grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba
untuk memadatkan sesebuah imej tersebut.
Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang
menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang
agak besar.
Implikasi sekira ianya digunakan secara berlebihan
dalam pembangunan aplikasi multimedia ?
PANDUAN 5 : DI MANA DIGUNAKAN ?
18
Perkakasan yang digunakan bagi mendapatkan imej
juga ada kalanya turut mempengaruhi format fail imej
yang akan digunakan.
Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan
pengimbas imej, biasanya di dapati kebanyakan
perisian sokongan yang disediakan akan
mencadangkan fail imej hasil imbasan disimpan
dalam format TIFF atau TGA.
Mengapa ?
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
19
Ini memandangkan kedua-dua format fail tersebut
boleh menyimpan maklumat yang lebih banyak
mengenai sesuatu imej.
Ini kerana format tersebut mampu menyimpan imej
dengan kedalaman warna 24 bit.
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
20
Namun demikian biasanya saiz fail yang terbentuk
bagi imej tersebut adalah besar.
Oleh yang demikian kebanyakan pembangun
halaman web atau aplikasi multimedia akan
menggunakan perisian grafik seperti Adobe
Photoshop untuk menukar format fail asal imej yang
diimbas kepada format lain yang lebih kecil.
PANDUAN 6 : PERKAKASAN
21
Format fail yang dipilih juga memainkan peranan
dalam menentukan kualiti imej yang diperoleh.
Contoh :
GIF, JPG : Kualiti biasa
TGA, TIFF, BMP : Kualiti tinggi
Maka pemilihan format fail juga memainkan peranan
penting bagi membolehkan anda membuat pilihan
yang bersesuaian bagi memperoleh kualiti imej yang
diperlukan.
PANDUAN 7 : KUALITI IMEJ
22
Ringkasnya, terdapat banyak faktor yang perlu diberi
perhatian terhadap pemilihan format fail.
Biasanya pengalaman akan mengajar kita yang
mana satu format fail yang bersesuaian dengan
keperluan.
KESIMPULAN
23
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: dari Konsep kepada Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
RUJUKAN