26
1 FORMAT LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR (PITA) Format : Laporan PITA format jurnal antarabangsa. Format Rujukan : Jurnal kejuruteraan terbitan American Society of Civil Engineers atau ASCE, Amerika Syarikat (rujukan utama) Jurnal saintifik terbitan Elsevier (rujukan kedua) Jurnal saintifik terbitan John Wiley & Sons (rujukan kedua) Pengenalan : Jurnal-jurnal tersebut di atas adalah jurnal ‘peer-reviewed’ yang bertaraf dunia. Sejajar dengan tahap akademik jurnal-jurnal terbitan ASCE, Elsevier dan John Wiley & Sons yang tinggi serta usaha untuk meningkatkan mutu penulisan ilmiah di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Sains Kejuruteraan FST, maka format jurnal-jurnal tersebut telah dipilih sebagai panduan asas untuk penulisan laporan PITA. Oleh demikian, ‘Journal of Hydrologic Engineering’, ‘Journal of Hydrology’ dan ‘Hydrological Processes’ adalah digunakan sebagai panduan umum untuk format penulisan laporan PITA. Jurnal-jurnal ini mengikuti format piawai yang digunapakai oleh jurnal-jurnal lain yang diterbitkan oleh penerbit masing-masing yang merangkumi pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Format jurnal-jurnal tersebut telah diolah supaya sesuai dengan tujuan penghasilan format laporan PITA. Kandungan Format Laporan : 1. Tajuk laporan 2. Nama dan afliasi pengarang 3. Abstrak 4. Tarikh penerimaan 5. Kata kunci 6. Teks laporan dan Penghargaan 7. Senarai rujukan dan rujukan dalam teks 8. Gambarajah dan jadual 9. Notasi, simbol saintifik, persamaan matematik dan lampiran 10. Rujukan jadual, gambarajah dan persamaan matematik 11. Sistem penomboran 12. Hakcipta dan etika penulisan 13. Arahan mencetak laporan Perhatian: Laporan mesti ditulis dengan jarak satu di antara barisan (single spacing) menggunakan fon Times New Roman. Saiz fon adalah bergantung kepada bahagian laporan yang tertentu. Semua selangan antara bahagian adalah berdasarkan selangan fon 12. Saiz kertas A4 sahaja yang akan diterima. Secara umum, margin atas dan bawah adalah 1 inci atau 2.54 cm daripada sisi kertas; margin kiri dan kanan pula adalah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas.

Format Laporan Pita UMT

  • Upload
    iser

  • View
    839

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Final year thesis format for Science And Engineering Faculty, UMT, Malaysia.

Citation preview

Page 1: Format Laporan Pita UMT

1

FORMAT LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR (PITA)

Format: Laporan PITA format jurnal antarabangsa.

Format Rujukan: Jurnal kejuruteraan terbitan American Society of Civil Engineers atau ASCE, Amerika Syarikat (rujukan utama)Jurnal saintifik terbitan Elsevier (rujukan kedua)Jurnal saintifik terbitan John Wiley & Sons (rujukan kedua)

Pengenalan:

Jurnal-jurnal tersebut di atas adalah jurnal ‘peer-reviewed’ yang bertaraf dunia. Sejajar dengan tahap akademik jurnal-jurnal terbitan ASCE, Elsevier dan John Wiley & Sons yang tinggi serta usaha untuk meningkatkan mutu penulisan ilmiah di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Sains Kejuruteraan FST, maka format jurnal-jurnal tersebut telah dipilih sebagai panduan asas untuk penulisan laporan PITA. Oleh demikian, ‘Journal of Hydrologic Engineering’, ‘Journal of Hydrology’ dan ‘Hydrological Processes’ adalah digunakan sebagai panduan umum untuk format penulisan laporan PITA. Jurnal-jurnal ini mengikuti format piawai yang digunapakai oleh jurnal-jurnal lain yang diterbitkan oleh penerbit masing-masing yang merangkumi pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Format jurnal-jurnal tersebuttelah diolah supaya sesuai dengan tujuan penghasilan format laporan PITA.

Kandungan Format Laporan:

1. Tajuk laporan2. Nama dan afliasi pengarang3. Abstrak4. Tarikh penerimaan5. Kata kunci6. Teks laporan dan Penghargaan7. Senarai rujukan dan rujukan dalam teks8. Gambarajah dan jadual9. Notasi, simbol saintifik, persamaan matematik dan lampiran10. Rujukan jadual, gambarajah dan persamaan matematik11. Sistem penomboran12. Hakcipta dan etika penulisan13. Arahan mencetak laporan

Perhatian: Laporan mesti ditulis dengan jarak satu di antara barisan (single spacing) menggunakan fon Times New Roman. Saiz fon adalah bergantung kepada bahagian laporan yang tertentu. Semua selangan antara bahagian adalah berdasarkan selangan fon 12. Saiz kertas A4 sahaja yang akan diterima. Secara umum, margin atas dan bawah adalah 1 inci atau 2.54 cm daripada sisi kertas; margin kiri dan kanan pula adalah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas.

Page 2: Format Laporan Pita UMT

2

1. Tajuk Laporan

Tajuk laporan mestilah tepat dan ringkas. Tepat bermaksud tajuk laporan mesti menepati tajuk penyelidikan. Panjang tajuk tidak boleh melebihi 100 huruf. Pastikan kata nama khas dan umum serta kata kerja dimulakan dengan huruf besar. Gunakan fon 16 jenis Times New Roman dan justifikasi tengah. Pastikan margin kanan dan kiri tajuk tidak melebihi 1.25 inci atau 3.2 cm setiap sisi serta margin atas adalah 1.25 inci juga.

Elakkan daripada memulakan tajuk laporan dengan perkataan yang umum atau kurang jelas seperti:

Suatu Analisis…..

Suatu Catatan Berkenaan….

Teori Tentang……..

Elakkan daripada memasukkan nombor ke dalam tajuk seperti:

Proses Penternakan 10 Jenis Udang….

3Parameter Optimum…..

Jika perlu memasukkan nombor, pastikan ia ditulis dalam bentuk ejaan:

Proses Penternakan Sepuluh Jenis Udang….

Tiga Parameter Optimum…...

Jika perlu memasukkan simbol, nilai berunit atau bernotasi, konvensyen biasapengunaan simbol unit atau notasi tersebut harus digunakan seperti:

Kesan Logam Berat Cu, Zn, Pb……….

Perubahan Kelikatan Minyak Soya pada Suhu Melebihi 100oC…….....

Proses Hakisan Dasar Sungai pada Luahan 1000 m3/s

Page 3: Format Laporan Pita UMT

3

Contoh tajuk kertas jurnal antarabangsa:

Contoh 1

Flood Forecasts for Urban Basin with Integrated Hydro-Meteorological Model

Contoh 2

Waste Minimization in a Bleach Plant

Contoh 3

The Pretreatment with Enhanced Coagulation and a UFMembrane for Seawater Desalination with Reverse Osmosis

Contoh 4

Performance Evaluation of a 10 kWp PV Power System Prototype for Isolated Building in Thailand

Contoh 5

Tolerance to Cadmium in Chlamydomonas sp. (Chlorophyta) Strains Isolated from an Extreme Acidic Environment, the Tinto

River (South West, Spain)

Perhatikan Contoh 5, nama saintifik organisme mesti ditulis dengan huruf italik.

2. Nama dan Afliasi Pengarang

Nama pengarang dan afliasi perlu dimuatkan selang 2 baris di bawah tajuk laporan.Adalah diperingatkan bahawa semua selangan dalam format laporan ini adalah berdasarkan selangan fon 12. Gunakan fon Times New Roman 12 untuk nama pengarang dan fon 10 (italik) untuk affliasi. Pastikan margin kanan dan kiri tajuk tidak melebihi 1.5 inci atau 3.81 cm setiap sisi.

Nama pengarang tidak boleh memuatkan gelaran seperti YM, Dr., Ir., Datuk dan sebagainya.Lihat contoh di bawah:

Jika pengarang ialah Dr. Edlic Sathiamurthy daripada Jabatan Sains Kejuruteraan, UMT, maka nama dan affliasi ditulis sebagai:

Page 4: Format Laporan Pita UMT

4

Submerged Lakes and Palaeo Channels on the Sunda Shelf

E. SathiamurthyDepartment of Engineering Science,Faculty of Science and TechnologyUniversity Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Malaysia

Jika nama pengarang ialah:

Iskandar Zulkarnain bin Aziz…… tulis sebagai …… I. Z. Aziz

Haji Qassim bin Haji Ismail ……. tulis sebagai ……... Q. Ismail

Santokh Singh…….. tulis sebagai ……. S. Singh

Pusphawathy a/p Thevan Rajah….. tulis sebagai …… P. Thevan Rajah

Gawing a/k Mugan…….. tulis sebagai ……… G. Mugan

Richard Ambrose Francis …….. tulis sebagai R. A. Francis

Wong Mei Ling ……… tulis sebagai, M. L. Wong

Thomas Tan Hock Seng …….. tulis sebagai ……… H. S. Thomas Tan

Thomas Chandran a/l Gunalan …….. tulis sebagai ……… T. C. Gunalan

Trevlyn Van Dort ……… tulis sebagai ……….. T. Van Dort

Perhatian: Jika lebih daripada seorang pengarang, nama setiap orang harus dimasukkan mengikut format yang sama juga bersama afliasi mereka. Nama para pengarang ini tidak boleh dimasukkan lagi di dalam bahagian ‘Penghargaan’. Pastikan nama setiap orang dan afliasi mereka dinomborkan. Contohnya para pengarang ialah: Thomas Tan Hock Seng, Abu Bakar bin Ismail dan Yacob Weissman

Groundwater Flow Modelling of Anse Aux Pins Catchments,Mahe, Seychelles

H. S. Thomas Tan1, A. B. Ismail2 and Y. Weissman3

1School of Hydrology and Hydraulic Engineering, Mahe, Seychelles

2Faculty of Civil Engineering, University of Technology, Malaysia, Skudai, Malaysia

3Department of Advanced Hydraulics, Indian Institute of Technology, Chennai, India

Page 5: Format Laporan Pita UMT

5

3. Abstrak

Abstrak adalah ringkasan laporan. Ia mesti berada dalam lingkungan 150-175 perkataan memuatkan secara ringkas dan padat:

- Pengenalan dan tujuan projek- Skop projek- Metodologi atau prosedur (jika sesuatu yang khas)- Hasil atau keputusan utama kajian- Kesimpulan utama

Abstrak tidak boleh mengandungi ‘jargon’. Ia harus ditulis dalam perkataan yang jelas maksudnya. Jangan memuatkan matematik dan rujukan kepada hasil penulisan dalam abstrak. Elakkan daripada menggunakan nama khas orang atau ganti nama seperti “saya”, “dia”, “beliau” (termasuk yang spesifik jantina kalau dalam bahasa Inggeris seperti “he”, “she”, “his”, “her” dan “hers”). Sebaliknya, gunakan ganti nama seperti “penulis” (“author”) dan “penyelidik” (“researcher”).

Margin kiri dan kanan mestilah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas dan selang 2 baris daripada baris terakhir afliasi penulis serta dipisahkan dengan garisan yang sama lebar dengan abstrak. Gunakan fon 11 Times New Roman dan teks mestilah dijustifikasikan kiri dan kanan. Pastikan perkataan ‘Abstrak’ dimasukkan.

Contoh

Abstract: The researchers describe a system for forecasting flood risk in the 370 km2, largely urban Kifissos Basin, Athens, Greece, located in moderate to steep terrain (3 h hydrologic response time). A 42 h flood forecast lead time is achieved through the use of an integrated hydro-meteorological system. Rainfall is forecast, on a 6 km grid, with a chain of nested numerical weather prediction models, consisting of a limited area model initialized with results of a global circulation model. Flood risk is assessed by driving a hydrologic model with the forecasted rainfall. The system’s forecast skill is evaluated for two recent, medium-size storm events. Results are encouraging for this initial operational stage, however, they also indicate that integrated hydro-meterological models are not yet mature tools. The weaker part of flood risk assessment is the rainfall forecast, which underestimated cumulative depths and maximum intensities and overestimated duration.

Abstrak: Lembah Rambai adalah sebuah dataran-banjir persisir pantai yang sering dilanda banjir. Sejak dua dekad yang lalu, lanskap pertaniannya telah berubah menjadi lanskap perbandaran. Melalui aplikasi teknologi GPS dan penderiaan jauh, perlakuan hidrologi Lembah Rambai akan disimulasikan berdasarkan litupan muka bumi masa kini lembah ini. Bagi tujuan permodelan hidrologi, kawasan kajian dibahagikan kepada suatu struktur sel saliran, kaskad dan sub-lembangan menggunakan Arc-View GIS. Data litupan bumi diekstrak daripada imej SPOT XS 2001. Imej SPOT dan data ruangan berkait diperbetulkan dan digabungkan dengan menggunakan puin-puin kawalan bumi GPS berkejituan tinggi yang diambil di puin-puin strategik seperti simpang-simpang jalan yang terletak di dalam kawasan kajian. Puin kawalan GPS diperbetulkan secara pembezaan menurut stesen pengkalan GPS MASS (dikelola oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan atau JUPM) yang terletak di Pulau Pinang, Arau dan Ipoh. Selain daripada digunakan sebagai puin kawalan bumi (GCP), titik tinggi GPS juga diukur bagi kawasan ynag tidak mempunyai data aras bumi. Oleh itu, perbezaan datum menegak di antara aras laut purata (MSL) dan datum ukur tanah 1921 (LSD 1921) telah dikaji juga. Perbezaan datum ini digunakan untuk menyelaraskan titik-titik tinggi GPS dengan data topografik daripada kerja ukur dan peta-peta yang sedia ada. Secara bersama, data litupan dan

Page 6: Format Laporan Pita UMT

6

ketinggian bumi diagihkan kepada sel-sel saliran dengan menggunakan Arc-View GIS. Di dalam persekitaran GIS, data-data ini digunakan untuk menghasilkan koefisien larian komposit dan menghitung tempoh aliran pada tahap sel untuk keseluruhan lembangan sungai. Koefisien larian dan tempoh aliran digunakan untuk menghitung luahan setiap sub-lembangan Lembah Rambai dengan menggunakan Kaedah Rational terubah.

4. Tarikh Penerimaan

Tarikh penerimaan adalah tarikh laporan anda diterima untuk cetakan akhir setelah disemak dan diperbaiki. Ia tidak merujuk kepada tarikh laporan anda dihantar untuk tujuan semakan. Tarikh penerimaan mesti ditulis selang satu baris daripada abstrak (lihat contoh yang berikutan). Format tarikh: hari, bulan (dieja) dan tahun, i.e. 12 Ogos 2006.

5. Kata Kunci

Kata kunci merujuk kepada istilah-istilah umum yang dapat mengambarkan bidangdan tajuk kajian anda. Jangan memuatkan ‘jargon’ atau istilah khas. Masukkan lima kata kunci dalam laporan anda. Jika kajian anda merupakan kajian kes, maka nama wilayah, negeri atau negara perlu dimuatkan dalam kata kunci. Kata kunci mesti dimuatkan selang satu baris daripada tarikh penerimaan.

Abstrak, tarikh penerimaan dan kata kunci mestilah dipisahkan selang satu baris di atas garisan pemisah antara bahagian ini dengan teks laporan (lihat contoh yang berikutan).

Page 7: Format Laporan Pita UMT

7

Contoh abstrak dengan tajuk, nama pengarang, afliasi, tarikh pengesahan dan kata kunci

Perubahan Perlakuan Hidrodinamik akibat daripada Modifikasi Saluran di Muara Sungai Rambai,

Lembangan Sungai Juru, Pulau Pinang

E. Sathiamurthy1 dan N. W. Chan2

1 National Institute of Education, Nanyang Technological University, 637616 Singapore

2 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

____________________________________________________________________

Abstrak: Lembah Rambai terletak di dalam negeri Pulau Pinang. Ia merupakan dataran banjir persisir pantai yang sebahagiannya sudah diurbanisasi dan mudah dibanjiri. Lembah ini disalir oleh Sungai Rambai dan cawangan-cawangannya. Fluks paras air Sungai Rambai bergantung kepada kitaran air pasang surut harian kerana sungai ini bersambung terus ke laut melalui Sungai Juru. Semasa kejadian hujan lebat, interaksi di antara pergerakan masuk air pasang dan luahan puncak di dataran banjir persisir pantai ini mengakibatkan banjir berlaku. Pergerakan masuk air pasang menghalang luahan keluar yang berkesan menyebabkan berlakunya pengumpulan air luahan sehingga mengakibatkan banjir yang teruk. Oleh demikian, beberapa langkah pengurusan banjir telah diambil untuk memitigasi banjir. Salah satu daripada langkah struktural yang paling signifikan ialah pemodifikasian muara Sungai Rambai. Salur keluar sungai ini dahulunya merupakan sebuah pembentung kecil telah diganti dengan sebuah saluran terbuka yang besar pada awal 2003. Keberkesanan saluran ini dalam memitigasi banjir diperiksa dan dinilai. Keputusan penyelidikan ini mendapati bahawa saluran terbuka ini mungkin tidak merupakan langkah mitigasi banjir yang berkesan dan ia mungkin memburukkan lagi banjir di masa hadapan.

Tarikh Penerimaan : 31 Januari 2005

Kata kunci : hidrologi, hidrodinamik sungai, banjir, urbanisasi, Pulau Pinang_____________________________________________________________________

6. Teks Laporan

Teks laporan perlu mengandungi bahan-bahan yang berkait terus dengan tajuk laporan sahaja. Panjang teks laporan adalah diantara 5,000 hingga 10,000 perkataan termasuk abstrak dan rujukan. Ia mesti ditulis dalam satu kolum sahaja.

Margin kiri dan kanan mestilah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas dan selang satu baris daripada garisan pemisah yang sama lebar dengan abstrak. Gunakan fon 12 Times New Roman sahaja dan teks mestilah dijustifikasikan disebelah kiri dan kanan.

Teks laporan perlu dibahagikan kepada tajuk-tajuk yang sesuai. Tajuk mestilah dinomborkan dengan nombor Arab (kecuali Penghargaan, Rujukan dan Lampiran).

Page 8: Format Laporan Pita UMT

8

Sub-tajuk tidak boleh dinomborkan tetapi mesti ditulis dalam huruf italik. Sub-tajuk hanya dimasukkan jika perlu sahaja.

----------------------------------------------Contoh------------------------------------------------

1. Introduction

Hydrological modeling and hydrological models

Hydrological modeling forms the basis of much of modern hydrology (Watts 1997). This is because the heuristic capability of models has become a vital component of modern hydrology which is increasingly employing an applied and problem-driven approach (Wilby 1997). The applicative and problem-driven nature of modern hydrology requires a ‘tool’ that could simulate ‘What if?’ scenarios, for example, in predicting the hydrological impact due to changes in certain hydrological parameters (Watts 1997). Hence, model development has been a primary activity within the modern hydrological community.

Most hydrological models are mathematical models that provide quantification of systems behaviour (Watts 1997; Zoppou 2001; Singh 2002). The origin of mathematical modeling dates back to the Rational Method (1850) (Singh 2002). In general, mathematical models in hydrology have two purposes: testing hypotheses about processes and systems, and predicting systems behaviour. Thus, the process of mathematical modeling involves three stages (Freeze in Watts 1997).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Perhatikan contoh di atas. Jarak di antara tajuk, sub-tajuk dan perengan teks mestilah selang satu baris. Perengan-perengan teks tidak perlu dijarakkan tetapi baris pertama perengan perlu dijarakkan daripada margin kiri sebanyak 0.5 inci atau 1.27 cm(indentation).

Tajuk-tajuk yang dicadangkan:

- Pendahuluan – Bahagian ini merangkumi pengenalan kepada projek, tempat kajian (bagi kajian kes), objektif kajian dan ulasan literatur.

- Prosedur Penyelidikan – Prosedur penyelidikan boleh dimuatkan jika prosedur anda merupakan sesuatu yang unik, baru atau pun sesuatu yang integral dalam penyelidikan anda.

- Metodologi – Ia merujuk kepada kaedah penyelidikan anda. Anda disyorkan supaya jangan terlalu terperinci dalam menjelaskan metodologi walau pun ia mungkin merupakan bahagian yang unik atau integral dalam kajian anda.

- Hasil Penyelidikan dan Perbincangan – Hasil kajian atau penyelidikanmerujuk kepada keputusan eksperimen, model, soal-selidik dan sebagainya. Hasil kajian perlu ditunjukkan secara graf atau jadual dengan penjelasannya di dalam teks. Perbincangan perlu menunjukkan kematangan berfikir (seimbang, logikal, rasional, kritikal, analitikal, sintetikal dsb.) dan ia mestilah berkait terus dengan tajuk laporan.

Page 9: Format Laporan Pita UMT

9

- Cadangan dan Kesimpulan – Cadangan hanya dimuatkan sekiranya perlu. Cadangan yang dikemukan perlu berkait terus dengan hasil kajian dan perbincangan dan bukannya tentang masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan. Contohnya sekiranya kajian anda adalah bertajuk ‘Proses Penghasilan Membran Nano-Filtration’, cadangan mestilah berkait dengan prosedur dan proses penghasilan membran itu dan bukannya masalah seperti kekurangan peralatan, masa atau peruntukan.

- Penghargaan – Bahagian ini wajib dimasukkan kerana setiap penyelidikan pasti mendapat bantuan atau nasihat daripada pihak-pihak tertentu. Jika penyelidikan telah dibuat dengan menggunakan geran penyelidikan, maklumat yang lengkap tentang geran tersebut mesti dimasukkan. Anda boleh dianggap berlaku tidak jujur jika tidak memberi penghargaan kepada pihak yang berkaitan.

Contoh

Acknowledgements

The first author would like to thank Associate Professor Michael Ian Bird for his supervision of this project. We also thank the National Institute of Education at Nanyang Technological University (Singapore), the Field Museum of Natural History (Chicago, Illinois, USA), and Chulalongkorn University (Bangkok, Thailand) for providing their support of this project. In addition, we are very grateful to the National Geophysical Data Centre (USA) for providing the ETOPO2 Global 2’Elevations data that made this work possible. In addition, we wish to thank Robert Inger, Daryl Karns, Fred Naggs, and Helen Voris for helpful comments and editorial suggestions.

Penghargaan

Pengarang pertama ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Goh Kim Chuan dan National Institute of Education, Nanyang Technological University kerana memberi penyeliaan dan biasiswa untuk penyelidikan kedoktorannya yang mendahului kertas kajian ini. Data dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran amatlah dihargai. Kedua pengarang ingin menghargai bantuan kewangan daripada Geran FRGS 203/PHUMANITI/670061 Universiti Sains Malaysia yang membolehkan mereka untuk menghasilkan kertas akhir ini.

7. Senarai Rujukan dan Rujukan Dalam Teks

Senarai rujukan yang lengkap mesti dimuatkan selepas Penghargaan. Segala bahan yang menjadi sumber rujukan sama ada di dalam teks, jadual atau graf mesti disenaraikan dengan menggunakan format dibawah. Rujukan tidak perlu dinomborkan tetapi mestilah disusun menurut giliran abjab. Rujukan perlu ditulis menggunakan fon 10 Times New Roman. Margin kiri dan kana adalah sama seperti teks laporan. Bahagian ini mesti dengan dimulakan dengan tajuk ‘Rujukan’. Tajuk ini mesti selang sebaris daripada baris akhir bahagian penghargaan dan baris pertama

Page 10: Format Laporan Pita UMT

10

senarai rujukan. Bahan rujukan perlu dijarakkan daripada margin kiri sebanyak 0.5 inci atau 1.27 cm kecuali barisan pertamanya.

Contoh senarai rujukan:

Penghargaan

Pengarang pertama ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Goh Kim Chuan dan National Institute of Education, Nanyang Technological University kerana memberi penyeliaan dan biasiswa untuk penyelidikan kedoktorannya yang mendahului kertas kajian ini. Data dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran amatlah dihargai. Kedua pengarang ingin menghargai bantuan kewangan daripada Geran FRGS 203/PHUMANITI/670061 Universiti Sains Malaysia yang membolehkan mereka untuk menghasilkan kertas akhir ini.

Rujukan

Anderson, M. G. and Burt, T. P. (1985). Modelling strategies. In: Anderson, M. G. and Burt, T. P. (eds) Hydrological forecasting. Wiley, New York, 1-12.

Chan, N. W. (1985). “Rainfall Variability in Northwest Peninsular Malaysia.” Malaysian Journal of Tropical Geography, 12, 9-19.

De Vries, J. J. (1980). "Effects of floodplain encroachment on peak flow." The Hydraulic Engineering Center, Davis.

Sumber rujukan dalam teks mesti menggunakan format berikut: Nama keluarga penulis diikuti tahun penerbitan dalam kurungan. Contohnya:

(Chong 2004) …… jika seorang penulis iaitu Chong Mei Ling

(Chong dan Salleh 2004)…. jika dua orang penulis iaitu Chong Mei Ling dan Ali bin Salleh

(Chong et al. 2004)….. jika lebih daripada dua penulis

(Chong dalam Salleh 2004).... jika sumber yang dirujuk merupakan suatu sumber yang dirujuk oleh penulis. Maksudnya Salleh merujuk kepada hasil kerja Chong Mei Ling dan anda sendang menggunakan bahan yang dikarang oleh Salleh. Versi Inggeris: (Chong in Salleh 2004).

(Chong 1980; Singh 1999; Salleh 2001)….. jika sumber rujukan adalah lebih daripada satu sumber.

Rujukan dalam teks mesti dimuatkan dihujung ayat. Contoh:

Most hydrological models are mathematical models that provide quantification of systems behaviour (Watts 1997; Zoppou 2001; Singh 2002). The origin of mathematical modeling dates back to the Rational Method (1850) (Singh 2002). In general, mathematical models in hydrology have two purposes: testing hypotheses about processes and systems, and predicting systems behaviour. Thus, the process of mathematical modeling involves three stages (Freeze in Watts 1997).

Page 11: Format Laporan Pita UMT

11

Format senarai rujukan adalah seperti di bawah. Nombor muka surat mesti dimuatkan di bahagian akhir (kecuali buku). Jika tidak ada nombor muka surat, maka harus ditulis ‘tiada nombor muka surat’ atau ‘no page number’. Jika bahan itu masih dalam proses penerbitan, maka harus ditulis ‘dalam penerbitan’ atau ‘in press’.

Jurnal:

Abraham, N. and Tiwari, K. N. (1999). “Modeling hydrological processes in hillslope watershed of humid tropics.” Journal of Irrigation and Drainage Engineering, 125(4), 203 – 233.

*Nama keluarga di tulis dahulu. Nama penerbit tidak perlu dimasukkan. Maklumat tentang jilid dan bilangan terbitan mesti ditulis (contohnya 125(4), 125 merujuk kepada jilid, 4 merujuk kepada bilangan).

Prosiding simposia dan konferens:

Abdullah, K. (1999). “Integrated river basin management.” In: Chan, N.W. (ed) Rivers: Towards Sustainable Development, Proc. National Conference on Rivers '99, Penang, Malaysia, 14-17 October 1999, Penang, Universiti Sains Malaysia, 3-14.

*Buku prosiding yang mempunyai editor.

Cabezas, M. and Torrence, L. (2002). “New methods of retrieval and analysis of rainfall data.” Proc. 7th Biennial Stormwater Research and Watershed Management Conference, Tampa, Florida, May 22-23 2002, Tampa, Southwest Florida Water Management District, 53-58.

*Buku prosiding tanpa editor.

Bahan yang tidak atau belum diterbitkan:

Bahan yang belum diterbitkan tetapi sudah diterima untuk penerbitan boleh dimasukkan dalam senarai rujukan. Contohnya:

Takamaka, L. (2007). “Surface to subsurface hydrochemical processes.” Journal of Environmental Chemistry, in press

Takamaka, L. (2007). Applied pneumatics and hydraulics. UMT, in press

Bahan yang tidak diterbitkan tidak perlu dimasukkan dalam senarai rujukan tetapi perlu dinyatakan dalam teks di hujung suatu ayat. Contohnya:

(John Smith, personal communication, November 3, 2006)….. jika maklumat yang diperolehi melalui komunikasi peribadi

(Smith, unpublished manuscript, 2002)…. jika sumber bercetak/elektronik tidak diterbitkan

Page 12: Format Laporan Pita UMT

12

(Smith et al., unpublished manuscript, 2002)… jika lebih daripada dua orang penulis

Buku:

Buku dengan edisi tertentu…….

ASCE (1996). Hydrology handbook. 2nd ed. ASCE, New York.

Buku asal (terbitan pertama)…….

Chorley, R. J. and Kennedy, B. A. (1971). Physical geography: A systems approach.Prentice Hall, London.

Buku yang diedit…….

Band, L. E. (1993). Extraction of channel networks and topographic parameters from digital elevation data. In: Beven, K. and Kirkby, M. J. (eds) Channel network hydrology. Wiley, New York, 13-40.

eds – lebih daripada seorang editor; ed – seorang editor sahaja. Nombor muka surat bab yang dirujuk mesti dimuatkan.

Laporan:

Azmi, M. J. and Zahari, O. (1989). Rational Method of flood estimation for rural catchments in Malaysia. Department of Drainage and Irrigation, Kuala Lumpur.

Drainage and Irrigation Department (1974). Sungai Lui representative basin: Report no. 1 for 1971/72 to 1973/74. Ministry of Agriculture, Kuala Lumpur.

Jurutera Konsultant-SEA (1994). Feasibility studies and detailed design on river system of Sg. Prai-Sg.Juru and Sg. Jejawi- Sg. Tengah. Phase I, vol. 4: Hydrology. Drainage and Irrigation Department, Kuala Lumpur.

Perhatikan bahawa untuk laporan, nama penerbit mesti ditulis dengan penuh. Oleh itu, DID ditulis dengan penuh iaitu ‘Drainage and Irrigation Department’.

Laman web dan bahan ‘on-line’:

Chappel, N. A., Douglas, I., Walsh, R. P. D., McKenna, P., Bidin, K., Larenus, J. and Hanapi, M. J. (2003). “Upscaling water and sediment flows in disturbed rainforest mosaics to the lumped catchment unit.” Royal Society Southeast Asia Rainforest Research Programme, <http://www.es.lancs.ac.uk/rssea> (Jan. 15, 2004).

Burka, L. P. (2002). “A hypertext history of multiuser dimensions.” MUD history, <http://www.ccs.neu.edu> (Dec. 5, 2003).

Page 13: Format Laporan Pita UMT

13

Laman web atau bahan ‘on-line’ yang tidak dapat disahkan sumbernya (penulis, penerbit, institusi dsb.) tidak boleh digunakan.

CD ROM:

Liggett, J. A., and Caughey, D. A. (1998). “Fluid statics.” Fluid mechanics (CD-Rom), ASCE, Reston, Va.

Anda diperingatkan bahawa bahan-bahan daripada majalah hiburan dan surat khabar tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan kerana ia bukannya bahan ilmiah.

8. Jadual dan Gambarajah

Semua jadual dan gambarajah mestilah dirujuk dan berkait lansung dengan perbincangan di dalam teks laporan. Ia mesti mempunyai: nombor, tajuk dan sumber (jika jadual diadaptasikan dari sumber selain daripada hasil kajian sendiri). Jadual dan gambarajah mesti diletakkan sedekat mungkin pada perengan teks di mana ia dirujuk. Rujukan kepada jadual dan gambarajah dalam teks mestilah mengikut turutan. Contohnya, jangan merujuk kepada Jadual 3 atau Gambarajah 3 di muka surat 1 sekiranya tidak ada jadual/gambarajah lain yang telah dirujuk. Saiz fon yang boleh digunakan untuk tajuk jadual dan gambarajah ialah 12 Times New Roman sahaja.Bagi isi kandungan gambarajah, fon Arial atau Helvatica saiz 8 hingga 10 boleh digunakan dan bagi jadual fon Times New Roman. Margin kiri dan kanan adalah sama seperti teks laporan tetapi mesti gunakan justifikasi tengah. Jadual dan gambarajah mesti dijarakkan selang satu baris di atas dan bawah daripada teks.

Jadual atau ‘Table’ (diadaptasi daripada format jurnal ASCE):

Perhatikan contoh-contoh format jadual di bawah.

Page 14: Format Laporan Pita UMT

14

Page 15: Format Laporan Pita UMT

15

Contoh jadual jurnal ASCE:

Page 16: Format Laporan Pita UMT

16

Perhatikan bahawa nombor jadual dan gambarajah contohnya ‘Table 1’ dan ‘Fig. 1’ perlu ditulis dalam fon Arial atau Helvetica saiz 11 ‘bold’ (Table 1. Fig. 1). Sumber mesti dimuatkan sebagai sebahagian daripada nota kaki. Format rujukan sumber adalah sama seperti dalam teks laporan.

Gambarajah atau ‘Figure’ (adaptasi daripada format ASCE):

Pastikan simbol dan fon dalam gambarajah adalah sama saiz. Tajuk gambarajah mesti dimuatkan disebelah bawah.

Page 17: Format Laporan Pita UMT

17

Perhatikan bahawa gambar foto atau gambarajah seperti peta yang dimuatkan mesti dirujuk sumbernya. Jika bahan tersebut bukan dihasilkan oleh anda maka kebenaran pemilik bahan tersebut perlu diperolehi. Bagi tujuan PITA, adalah memadai jika anda merujuk kepada sumbernya sahaja sekiranya tidak digunakan untuk tujuan penerbitan.

Page 18: Format Laporan Pita UMT

18

Page 19: Format Laporan Pita UMT

19

9. Notasi, Simbol Saintifik, Persamaan Matematik dan Lampiran

Notasi:

Anda perlu menyenaraikan dengan jelas simbol matematik yang digunakan dalam turutan abjab. Simbol Yunani juga perlu disusun menurut turutan abjab Yunani.Notasi mesti dimuatkan selepas senarai rujukan. Contoh format untuk notasi:

Simbol saintifik:

Simbol yang piawai mesti digunakan. Semua unit mestilah dalam sistem metrik sahaja. Maklumat lanjut mengenai sistem metrik boleh didapati daripada NIST dihttp://physics.nist.gov/cuu/Units/index.html. Senarai simbol yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

Page 20: Format Laporan Pita UMT

20

Page 21: Format Laporan Pita UMT

21

Page 22: Format Laporan Pita UMT

22

Persamaan matematik:

Persamaan matematik mesti menggunakan sistem unit metrik dan simbol yang ditunjukkan di atas. Sekiranya persamaan matematik ditulis di dalam ayat maka ia harus ditulis dalam bentuk satu baris. Sekiranya ditulis di antara teks maka adalah digalakkan menulisnya dalam bentuk berlapis serta diberi nombor rujukan. Persamaan-persamaan matematik yang dimuatkan mesti dirujuk dalam laporan danberkait lansung dengan tajuk laporan. Simbol-simbol perlu dalam bentuk italik. Saiz fon adalah sama seperti teks laporan.

Contoh 1(formula yang dieja):

Page 23: Format Laporan Pita UMT

23

Contoh 2 (integrasi):

Contoh 3 (pembezaan):

Contoh 4 (matriks):

Page 24: Format Laporan Pita UMT

24

Contoh 5 (formula yang panjang):

Contoh 6 (formula dalam ayat):

Lampiran:

Lampiran hanya dimuatkan sekiranya perlu selepas bahagian senarai rujukan tetapi anda tidak digalakkan memuatkan lampiran. Bahan-bahan yang dimuatkan dalam lampiran mesti dirujuk dalam teks laporan. Format untuk jadual, gambarajah dan persamaan matematik adalah sama seperti yang digunakan dalam teks laporan. Anda perlu menanda bahan-bahan lampiran dengan abjab, contohnya: Table A, Fig. A dsb.

Page 25: Format Laporan Pita UMT

25

10. Rujukan Jadual, Gambarajah dan Persamaan Matematik

Semua jadual, gambarajah dan persamaan matematik yang dimuatkan dalam laporan mestilah dirujuk dalam teks laporan. Contoh:

Dalam Per. (3), D perlu dihitung….. berdasarkan parameter yand disenaraikan (Jd. 2). Hasil keputusan boleh ditunjukkan dalam bentuk graf polinomial (Gb. 1).

In Eq. (3), D should be calculated…..based on the listed parameters (Tab. 2). The results can be shown in shape of a polynomial graph (Fig. 1).

D was calculated using the parameters listed in Tab. 1 using a dynamic wave model (Eq. 3). The results are shown in Fig. 1.

Nota: Per. dan Eq. – singkatan untuk persamaan matermatik; Jd. dan Tab. – singkatan untuk jadual; Gb. dan Fig. – singkatan untuk gambarajah.

11. Sistem Penomboran

Setiap muka surat mesti dinomborkan di penjuru bawah sebelah kanan. Gunakan fon 10 Arial. Format penomboran adalah seperti berikut:

LAPORAN TEKNIKAL – JAB. SAINS KEJ. / (bulan dan tahun)/ (nombor muka surat ‘bold’)

Contoh:

LAPORAN TEKNIKAL – JAB. SAINS KEJ. / JANUARI 2007 / 1

11. Hakcipta dan Etika Penulisan

Segala bahan yang menjadi sumber rujukan harus disenaraikan dalam senarai rujukan bagi menghormati hakcipta orang atau institusi yang menghasilkannya. Kegagalan berbuat demikian boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak beretika iaitu plagiarisme. Ia boleh menyebabkan anda kehilangan kredibiliti sebagai penyelidik dan dalam keadaan tertentu anda boleh didakwa di mahkamah. Sebagai penyelidik yang beretika anda perlu memastikan segala fakta terkandung dalam laporan anda adalah sahih. Sekiranya sesuatu pernyataan tidak dapat disokong dengan fakta yang sahih, anda dinasihatkan supaya jangan memuatkannya dalam penulisan anda.

13. Arahan Mencetak Laporan

Anda mesti mencetak laporan dalam saiz kertas A4 sahaja. Untuk memastikan printer anda mencetak mengikut margin yang dikehendaki, PASTIKAN:

Page 26: Format Laporan Pita UMT

26

- Saiz kertas yang dipilih semasa menaip laporan dalam komputer ialah A4 dan BUKAN saiz ‘Letter’ yang merupakan saiz ‘default’ dalam perisian Word

- Sebelum mencetak, saiz kertas dalam ‘Properties’ di dalam halaman ‘Print’ diubah menjadi saiz A4 dan arahan ‘Allow A4/Letter paper resizing’ dalam ‘Options’ dimatikan

Pastikan juga bahan grafik berwarna di dalam laporan anda dicetak dalam bentuk berwarna juga. Laporan anda tidak akan diterima jika tidak dicetak dalam format yang tepat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh penuh format ini diberikan dalam lampiran.

Sebagai penghargaan, saya ingin nyatakan bahawa format laporan PITA ini telah disediakan dengan merujuk buku dan artikel jurnal yang tercatat di bawah:

-ASCE Authors’ Guide to Journals and Practice Periodicals-Journal of Hydrologic Engineering (ASCE)-Journal of Hydrology (Elsevier)-Hydrological Processes (Wiley)

Disediakan oleh:

Dr. Edlic Sathiamurthy Jabatan Sains Kejuruteraan,Fakulti Sains dan Teknologi,Universiti Malaysia Terengganu3 Feb. 2007