11
1 PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU KREATIVITI Datin Mariam binti Mehad SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia e-mail : [email protected] Bagi memudahkan kefahaman pelajar untuk mengembangkan isi, berikut dicadangkan satu rumus (formula) yang boleh dijadikan panduan. Rumus (formula) yang dimaksudkan ialah : ATAH ( 5W 1H 1I ) ACAS AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utama AH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W), bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I) AC (Ayat Contoh) - Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isi AS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan satu ayat bertaut dengan ayat yang berikutnya. Antaranya ialah menggunakan penanda wacana yang memang kaya dalam perbendaharaan Bahasa Melayu (Lihat Lampiran 1). Selain itu, tautan rujukan, tautan penggantian, tautan pengguguran, tautan pengulangan dan tautan berlawanan, seerti dan sekelas boleh digunakan. Satu perkara yang boleh dianggap sebagai kreativiti baru dalam pengembangan isi ini ialah tambahan satu I (If) dalam rumus yang diberikan. Satu I ini, merujuk kepada aspek kemahiran berfikir yang selama ini terabai. Kemahiran berfikir yang boleh dikaitkan dengan dengan satu I ialah kemahiran:

Formula perkembangan-isi-karangan

  • Upload
    moe

  • View
    626

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Formula perkembangan-isi-karangan

1

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU KREATIVITI

Datin Mariam binti Mehad

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia

e-mail : [email protected]

Bagi memudahkan kefahaman pelajar untuk mengembangkan isi, berikut dicadangkan satu rumus

(formula) yang boleh dijadikan panduan. Rumus (formula) yang dimaksudkan ialah :

ATAH ( 5W 1H 1I ) ACAS

AT (Ayat Tajuk) - Merujuk kepada isi utama

AH (Ayat Huraian) - Merujuk kepada binaan ayat yang wujud berdasarkan soalan

apa, siapa, bila, di mana, mengapa (5 W),

bagaimana (1 H) dan sekiranya (1I)

AC (Ayat Contoh) - Contoh atau bukti yang berkaitan dengan isi

AS (Ayat Simpul) - Merujuk kepada penutup perenggan

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan satu ayat bertaut dengan ayat yang

berikutnya. Antaranya ialah menggunakan penanda wacana yang memang kaya dalam perbendaharaan

Bahasa Melayu (Lihat Lampiran 1). Selain itu, tautan rujukan, tautan penggantian, tautan pengguguran,

tautan pengulangan dan tautan berlawanan, seerti dan sekelas boleh digunakan. Satu perkara yang

boleh dianggap sebagai kreativiti baru dalam pengembangan isi ini ialah tambahan satu I (If) dalam

rumus yang diberikan. Satu I ini, merujuk kepada aspek kemahiran berfikir yang selama ini terabai.

Kemahiran berfikir yang boleh dikaitkan dengan dengan satu I ialah kemahiran:

Page 2: Formula perkembangan-isi-karangan

2

Membuat kaitan dan perhubungan

Membanding dan membeza

Meramal

Membuat analogi

Contoh aplikasi rumus (formula) untuk mengembangkan isi yang dicadangkan ialah seperti berikut :

Teliti cara mengembangkan isi usaha yang pertama iaitu menabung.

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang

lagi.

(AH 1) Aktiviti ini perlu kita suburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda

negara.

Apa yang harus dilakukan?

(AH 2) Dengan adanya tabungan, kita pasti akan merasa terjamin terutama sekali dalam

masa kecemasan.

Mengapa?

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah

digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

Bagaimana?

Page 3: Formula perkembangan-isi-karangan

3

(AH 4) Malahan ramai sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan

kepada semua anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

Bila?

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank dan institusi

kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya terus menabung.

Siapa?

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap

aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.

(Sekiranya)

( AC ) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap,

simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

Di mana ?

( AS ) Jadi, pepatah nenek moyang yang berbunyi “ Beringat sebelum kena, berjimat

sebelum habis” patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

Usaha Kedua : Mengatur perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah

tiba masanya untuk setiap anggota keluarga mengatur perbelanjaan.

Page 4: Formula perkembangan-isi-karangan

4

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mengadakan buku catatan perbelanjaan

yang khas.

(Apa yang patut dilakukan?)

(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barangan yang akan dibeli pada

setiap bulan dengan harganya sekali.

(Bila?)

(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan teringat untuk berjimat

cermat dan memikirkan kemampuan masing-masing.

(Bagaimana?)

(AH 4) Malahan, kenaikan harga barangan utama sebenarnya memaksa setiap anggota

keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan.

(Siapa?)

(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barang-barang perlu yang patut dibeli dilaksanakan

setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat

dielakkan.

(Sekiranya)

(AC) Umpamanya, senarai teratas ialah beras, gula, susu, kopi, tepung, rempah-

ratus dan sebagainya.

Page 5: Formula perkembangan-isi-karangan

5

(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang

selebihnya disimpan sebagai tabungan seperti kata peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-

lama jadi bukit”

Kaedah yang sama boleh diteruskan untuk mengembangkan isi-isi atau idea yang lain mengikut

keutamaan. Jika kaedah ini digunakan, kita sebagai guru sebenarnya telah membiasakan pelajar

mengarang berdasarkan proses-proses bertahap berdasarkan soalan yang tersembunyi untuk membina

ayat. Walau bagaimanapun, teknik penyoalan yang tersembunyi ( 5W 1H 1I ) ini tidaklah semestinya

mengikut turutan. Pelajar-pelajar boleh memilih mengikut kreativiti masing-masing. Malahan ayat

contoh ( AC ) juga boleh dimasukkan lebih daripada satu dalam sesuatu perenggan.

KESIMPULAN

Amalan pengaplikasian rumus (formula) mudah tersebut telah mendorong pelajar-pelajar yang

sederhana dan berpotensi mencuba untuk mengembangkan isi secara seimbang dan terancang. Pelajar-

pelajar lebih yakin kerana mereka tahu dan faham akan proses-proses yang perlu dilakukan. Ringkasnya,

kemahiran mengembangkan isi atau idea merujuk kepada keupayaan pelajar memilih perkataan dan

ayat untuk mengeluarkan idea yang bernas lagi bertautan dan berkesinambungan perlu diajar secara

Page 6: Formula perkembangan-isi-karangan

6

sistematis. Lebih penting lagi, panduan-panduan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh para guru, pasti

akan merangsang pemikiran pelajar untuk menghasilkan penulisan yang lebih bermakna dan berkualiti.

ASSALAMUALAIKUM

MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA

DATIN MARIAM BINTI MEHAD

SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN

PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )

Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.

Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

OBJEKTIF KM TINGKATAN 4

Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan

dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)

OBJEKTIF KM TINGKATAN 5

Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang

gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas.

Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF

Syarahan

Ceramah/Ucapan

Perbahasan

Rencana

Laporan

Wawancara/Dialog

Perbincangan

Surat

Surat Tidak Rasmi

Berita

Penerangan Fakta

Komentar

Minit Mesyuarat

Ulasan/Kritikan

JENIS KARANGAN KREATIF

Cerpen

Skrip Drama

Sketsa

Cerita berdasarkan peribahasa

Page 7: Formula perkembangan-isi-karangan

7

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )

EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN

1.Bahasa yang gramatis

Tatabahasa Dewan

Daftar Ejaan Rumi

Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat

Variasi bahasa

Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea

Perhubungan yang erat ( kohesi )

Kejelekitan

Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas

Sebuah karangan yang lengkap

Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup

PERTAUTAN IDEA DARI SEGI

1. PERTAUTAN NAHUAN

2. PERTAUTAN LEKSIKAL

3. WACANA YANG KEMAS IAITU

“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”

-Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD

“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang

tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”

-Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD

“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat

bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu

ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”

– Khatijah binti Abdul Hamid, 1996

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN

TIGA PILIHAN PERENGGAN :

Perenggan Deduktif

Page 8: Formula perkembangan-isi-karangan

8

- ayat topik diikuti oleh ayat huraian

Perenggan Induktif

- ayat huraian diikuti oleh ayat topik

Perenggan Deduktif-Induktif

- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak

terutamanya institusi keluarga.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh

anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN

Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah

yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHAN

Pendahuluan Ayat Rangsangan

Ayat Fokus

Ayat Arah

Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung

Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan

Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru

Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran

Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga

Penutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

PENGEMBANGAN ISI

Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI

ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb

AT ( Ayat Topik ) Isi utama

AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa

( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)

AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi

AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )

Merujuk kepada KBKK

Page 9: Formula perkembangan-isi-karangan

9

- Kaitan atau perhubungan

- Membanding atau membeza

- Meramal

- pb merujuk kepada peribahasa

CONTOH APLIKASI RUMUS

Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi

tetapi caranya sahaja yang berbeza.

(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda

negara. (Apa yang harus dilakukan ?)

(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan

sudah memadai.

( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan

kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)

(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada

setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi

kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.

( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti

menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )

(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan

semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum

habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS

Merancang perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba

masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan

peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )

Page 10: Formula perkembangan-isi-karangan

10

(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap

hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )

(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua

anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )

(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga

merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)

(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap

kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan.

(Sekiranya )

(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku

pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.

(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang

selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama

jadi bukit.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN

ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :

ISI CUKUP DAN BERKEMBANG

SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI

GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN

ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb

SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN

BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI

PERENGGAN SEIMBANG

ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )

SATU ISI SATU PERENGGAN

KESIMPULAN

Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.

- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.

- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.

- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah

pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN

Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah

dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang

telah dibincangkan.

Page 11: Formula perkembangan-isi-karangan

11

Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu

yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi

gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.

Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk

mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan

yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis

dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima

hingga tujuh ayat.

SEKIAN

SELAMAT MENULIS

TERIMA KASIH.