6

Click here to load reader

Forum 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Forum 2

Citation preview

Mengapa kajian tinjauan paling banyak dilaksanakan dalam kajian sains sosial?Jawab 1

Rohana (2003), iaitu sains sosial adalah merupakan bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana individu-individu atau kelompok-kelompok manusia berinteraksi antara satu dengan lain dan juga dengan atau sekeliling mereka. Lebih tepat lagi, sains sosial merupakan disiplin akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia. Justeru itu, kajian tinjauan adalah kaedah penyelidikan yang paling sesuai untuk mempelajari tingkahlaku manusia. Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).

Jawab 2

Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti berkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan memperoleh maklumat sebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif berbentuk bukan eksperimen dan popular di kalangan penyelidik. Ini bermakna tiada pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah yang sedia ada dalam persekitaran semula jadi. Penyelidikan tinjauan melibatkan pungutan data secara sistematik, sama ada melalui soal selidik yang dilengkapkan oleh responden secara kumpulan, soal selidik yang diposkan kepada responden, atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden secara terus atau melalui telefon. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi, ramai orang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama. Oleh itu, standardization penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang diminati boleh berbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan, ciri, tingkah laku lampau dan terkini, persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat yang diberitahu responden adalah pembolehubah. Penyelidikan tinjauan mengukur (mengkuantitikan) semua pembolehubah ini. Berbilang pembolehubah boleh diukur dan berbilang hipotesis boleh diuji melalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan bergantung pada responden membuat laporan kendiri berkenaan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, sikap, pandangan dan tingkah laku mereka. Dengan itu, kesahan dapatan penyelidikan tinjauan antara lain bergantung pada kejujuran mereka. Oleh itu kajian tinjauan paling sesuai dilaksanakan dalam sains sosial berdasarkan pandangan Rohana (2003), iaitu dalam penyelidikan sains sosial, adalah medan pengujian hipotesis terhadap kehidupan sebenar manusia ataupun peistiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Ianya adalah medan pengujian hipotesis yang sangat besar dan tidak mungkin boleh dibawa masuk ke dalam makmal. Penyelidik sains sosial perlu turun ke dalam masyarakat, duduk bersama mereka, membuat pemerhatian terhadap aktiviti-aktivit dalam masyarakat, memahami perbezaaan dan persamaan dalam budaya masyarakat, mengambil kira keunikan setiap masyarakat dalam usahanya untuk menguji sama ada hipotesis kajiannya itu benar ataupun salah. Ia adalah suatu usaha yang memakan masa, sangat memenatkan dan memerlukan penyelidik mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikajinya.Jawab 3

Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik. Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul perlu mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum tentang populasi secara keseluruhan. Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa mengumpul data, kawalan tidak dapat dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik. Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka. Ini sesuai untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman. Dan kaedah yang paling sesuai untuk mendapat jawapan ialah kajian tinjauan. Di mana Rohana (2003), menyatakan penyelidikan sains sosial para penyelidik mesti membuat cerapan dengan berhati-hati, membuat klasifikasi dan menganalisis data-data, membuat generalisasi dan berusaha untuk membina dan menguji hipotesis-hipotesis kajian untuk menjelaskan keputusan yang dikemukakan. Fakta-fakta yang berbentuk seperti ini adalah sukar untuk diklasifikasikan dan diinterpretasikan. Dengan itu, hasil kajian yang boleh untuk digeneralisasikan kepada persoalan yang sama ataupun yang hampir sama menjadi kurang tepat dan meyakinkan (less define and certain).Jawab 4

Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon.Terdapat dua jenis tinjauan iaitu tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal. Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan teori. Tujuan utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah. Manakala menurut Rohana (2003), dalam penyelidikan sains sosial, para penyelidik banyak berurusan dengan manusia dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya. Disebabkan para penyelidik juga manusia, mereka kadangkala mendapati amat sukar untuk mengetepikan perasaan sendiri tentang apa yang disukai dan tidak disukai, perasaan simpati, sikap prejudis dan rasa kecewa. Akibatnya, ada di kalangan penyelidik sains sosial yang terperangkap dalam hasrat untuk mencuba memperjelaskan harapannya sendiri, kepercayaan-kepercayaan dan pandangan-pandangan yang berat sebelah. Dalam keadaan ini penyelidik telah gagal untuk benar-benar mencari kebenaran yang hakiki tentang apa yang diselidikinya. (Hunt & Colander, 2002). Oleh itu kajian tinjauan amat sesuai di dalam kajian sains sosial. Jawab 5

Kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang paling popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Kelebihannya adalah mudah, cepat dan menyeluruh tetapi ia mempunyai kelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan pandangan atau pendapat sahaja. Selain itu juga, terdapat lima peringkat tinjauan iaitu meninjau reka bentuk dan persiapan rancangan, ujian awalan, reka bentuk tinjauan terakhir dan perancangan, pengumpulan data dan pengekodan. Bagi kegunaan penyelidikan tinjauan pula mempunyai tiga kegunaan iaitu deskriptif, penjelasan dan penerokaan. Kajian tinjauan paling banyak dilaksanakan dalam sains sosial berdasarkan pandangan Rohana (2003), bidang sains sosial tidaklah sesuatu perkara yang begitu asing bagi kebanyakan orang. Cuma mungkin apa yang dikaji adalah isu-isu yang penting tetapi tidak begitu dipedulikan sebab tiada kepentingan untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, orang kebanyakan masih boleh untuk membaca artikel yang ditulis dalam bidang ekonomi, sosiologi, antropologi, mahu pun bidang-bidang lain dalam sains sosial dan memahami kandungannya. Meski pun mungkin ada beberapa istilah-istilah teknikal yang digunakan di dalam artikel tersebut, akan tetapi ia tidaklah sesukar memahami istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Sains Tabii. Kajian tinjauan membolehkan orang kebanyakan (layman) masih boleh memahami artikel dalam bidang Sains Sosial yang dibacanya berbanding artikel dalam bidang Sains Tabii.