5
Forum 2 Salam sejahtera guru-guru sekalian. Saya sangat setuju dengan kenyataan “Kesahan dan kebolehpercayaan intrument kajian adalah perlu untuk mendapatkan kejituan data- data kajian. kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran. Kebolehpercayaan adalah syarat perlu tetapi tidak memadai untuk penentuan kesahan. Kebolehpercayaan yang rendah dianggap boleh membatasi darjah kesahan yang diperoleh, tetapi kebolehpercayaan yang tinggi tidak memberikan kepastian bahawa darjah kesahan yang tinggi terhasil. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan hanya menyediakan ketekalan yang memungkinkan kesahan. Pengukuran Rasch, kesahan bagi sesuatu instrumen dapat dikenal pasti dengan merujuk analisis-analisis utama seperti polariti item, peta item-individu, ketaksepadanan item- individu, pengasingan item-individu, unidimensi, kesepadanan item-individu dan skala pemeringkatan (Rasch 1980; Bond & Fox 2007). Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan bukti secara empirikal mengenai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e- Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. 19 Mar 2015 01:02:26 AM SUBATRA A/P KANAN Forum 2 Salam sejahtera cikgu. Saya setuju dengan kenyataan cikgu. Seperti 19 Mar 2015 SUBATRA A/P

Forum 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kesahan dan kebolehpercayaan intrument kajian adalah perlu untuk mendapatkan kejituan data-data kajian.

Citation preview

Page 1: Forum 2

Forum 2

Salam sejahtera guru-guru sekalian. Saya sangat setuju dengan kenyataan “Kesahan dan kebolehpercayaan intrument kajian adalah perlu untuk mendapatkan kejituan data-data kajian. ”

kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran. Kebolehpercayaan adalah syarat perlu tetapi tidak memadai untuk penentuan kesahan. Kebolehpercayaan yang rendah dianggap boleh membatasi darjah kesahan yang diperoleh, tetapi kebolehpercayaan yang tinggi tidak memberikan kepastian bahawa darjah kesahan yang tinggi terhasil. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan hanya menyediakan ketekalan yang memungkinkan kesahan.

Pengukuran Rasch, kesahan bagi sesuatu instrumen dapat dikenal pasti dengan merujuk analisis-analisis utama seperti polariti item, peta item-individu, ketaksepadanan item-individu, pengasingan item-individu, unidimensi, kesepadanan item-individu dan skala pemeringkatan (Rasch 1980; Bond & Fox 2007). Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan bukti secara empirikal mengenai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-Pembelajaran (eLSE) versi 8.1 dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch.

19 Mar 2015 01:02:26 AM SUBATRA A/P

KANAN

Forum 2 Salam sejahtera cikgu. Saya setuju dengan kenyataan cikgu. Seperti dalam kenyataan cikgu, kajian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan soal selidik daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, maka semakin jitu data yang diperoleh. Menurut Howard dan Henry (1988) ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan skor keputusan atau jawapan yang diberikan

19 Mar 2015

07:46:13 AM

SUBATRA A/P

KANAN

Page 2: Forum 2

adalah sama atau hampir sama.

Kesahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam soal selidik adalah penting. Data kajian juga penting dan perlu dipastikan ketepatan dan kemasukan datanya adalah seperti yang dimaksudkan kerana ia menyumbang kepada kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Jika nilai kebolehpercayaan atau kesahan soal selidik adalah tinggi, maka soal selidik tersebut boleh dipercayai dan sah. Walaupun sesuatu soal selidik yang telah digunakan oleh pengkaji terdahulu telah teruji kesahan dan kebolehpercayaannya.

Forum 2 Salam sejahtera Tuan dan guru-guru sekalian. Saya sangat setuju dengan kenyataan, ‘Kesahan dan kebolehpercayaan intrument kajian adalah perlu untuk mendapatkan kejituan data-data kajian.’ Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item (instrumen) agar bersifat ;

1. Defensibiliti (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)

2. Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)

3. Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian)

4. Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)

5. Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).

Seseorang penyelidik perlulah menitikberatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data kajian, kerana ia akan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Dicadangkan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian juga dokumen) digunakan sebagai instrumen pengumpulan data bagi menyokong dan mengukuhkan antara satu data dengan data yang lain, dengan harapan kelemahan data yang dipungut melalui soal selidik akan dineutralkan oleh data yang dikumpul daripada temu bual dan pemerhatian

19 Mar 2015

08:23:57 AM

SUBATRA A/P

KANAN

Page 3: Forum 2

atau sebaliknya, di samping penggunaan sampel yang bersifat hetrogenus yang mewakili seluruh Malaysia.

Forum 2 Salam sejahtera cikgu. Ya betul cikgu. Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan elemen yang amat penting dalam mempertahankan ketepatan instumen daripada terdedah kepada kecacatan.(Ghazali, 2008). Dalam menghasilkan suatu kajian yang berkualiti, ia memerlukan tahap kesahan dan kebolhpercayaan yang tinggi (Ghazali, 2008).

Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh mana ia memberikan jawapan yang pasti (Kirk & miller, 1986). Dalam memastikan kesahan  instrument kajian, ia juga adalah berdasarkan dengan soroton kajian lepas. Ini adalah sebagai panduan untuk mendapatkan kesahan data bagi menyokong hasil penemuan.

Kebolehpercayaan merujuk kepada kemantapan jawapan yang sama setiap kali suatu pengukuran itu dilakukan (Kirk & Miller, 1986). Hal ini dibuat untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk digunakan dalam sesuatu kajian.

30 Mar 2015

11:14:16 AM

SUBATRA A/P

KANAN

Forum 2 Ya betul cikgu. Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan.

Kebolehpercayaan pula dikaitkan dengan darjah konsistensi antara dua ukuran bagi perkara yang sama (Cresswell & Plano, 2007). Kebolehpercayaan juga merupakan

Page 4: Forum 2

darjah yang menunjukkan pengukuran yang dijalankan adalah bebas daripada kesilapan dan seterusnya menghasilkan keputusan yang konsisten. Pendekatan yang 55 digunakan untuk mengukur koefisien kebolehpercayaan item-item dalam instrumen adalah ketekalan dalaman (internal consistency). Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkan markah yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.