1
@Sinar ZULQARNAIN ABU HASSAN BERITABINTANG SINAR HARIAN • KHAMIS 18 APRIL 2019 47 B akat penyanyi remaja Ben Ladin mula dikesan ketika menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil musim kelima. Meskipun tidak bergelar juara, namun ramai yang mula buka mata. Selepas pertandingan itu, Ben cuba melebarkan sayapnya dalam lapangan seni suara namun rezekinya lebih menonjol dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya adalah Kahwin Muda, Amsyar dan Jangan Ikut Aku. Selepas lima tahun tidak menyanyi, akhirnya pada pertengahan tahun lalu, Ben Ladin atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 18, muncul dengan single pertama, Hikayat Benladin yang sehingga kini masih menjadi siulan di bibir peminat. Dalam perkembangan terbaharu, ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 di Ballroom Royale Palace, Shah Alam, Selangor, Ben berkata, dia akan muncul dengan single kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. “Sekarang ini saya dalam proses mendengar beberapa material yang sesuai dan mencari idea baharu untuk diketengahkan. Ben Ladin bersama Mira Filzah dalam program Resepi Mak Esah. Fouziah Gous lancar mesin minuman kesihatan pertama di Malaysia PELAKON, pengacara dan pengasas minuman kesihatan FG Walet, Datin Fouziah Gous melancarkan mesin minuman kesihatan pertama di Malaysia bertempat di Matrade, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Fouziah, buat pertama kalinya minuman sarang burung FG Walet yang kaya dengan khasiat itu boleh didapati dengan mudah, 24 jam sehari, bila-bila masa dan di mana sahaja. “Produk ini disimpan sejuk supaya pengguna boleh menikmati minuman sihat ini yang menyegarkan pada bila-bila masa diperlukan. “Mesin minuman ini dilengkapi dengan paparan LCD yang unik memberi maklumat mengenai produk dan manfaat kesihatan mengenai minuman sarang burung FG Walet. “Ia juga mempunyai teknologi terkini untuk pembayaran tanpa tunai seperti Pay Wave dengan kad kredit dan kad debit dari mana-mana bank,” ujarnya. Tambah Fouziah, mesin minuman sarang burung FG Walet ini boleh didapati di kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, stesen kereta api, stesen bas, perhentian R&R dan lapangan terbang. Fouziah bersama suaminya, Datuk Zhafran Yusof. Mesin minuman kesihatan FG Walet yang menjadi tumpuan. Serius dalam bidang nyanyian Ben Ladin makin sibuk Jika boleh, saya tak mahu genren yang terlalu jauh daripada single pertama saya. “Kalau berpeluang juga, saya mahu komposer sama seperti lagu Hikayat Benladin iaitu Malique dan Dedeq. “Semuanya masih dalam perancangan lagi. Namun apa yang pasti, single kedua ini akan dikeluarkan selepas hari raya. Kalau saya keluarkan pada bulan Ramadan, peminat mungkin tak berikan perhatian sebab masing-masing dalam mood bulan puasa dan selepas itu nak sambut raya. Jadi lebih baik saya keluarkan selepas raya,” katanya yakin. Tambah Ben, dia mahu serius semula dalam bidang seni suara selepas lima tahun tidak menyanyi. Walaupun gembira dengan kejayaan single pertama, namun perkara itu juga membuatkan dia berasa tertekan. “Bukan saya sahaja yang tertekan tetapi pihak label juga. Pendengar mengharapkan agar single kedua itu nanti lebih menarik dan istimewa daripada single pertama. “Oleh sebab itu, kami kena pastikan penghasilkan single kedua ini cantik segenap segi,” terangnya. Tolak tawaran berlakon Berbicara mengenai dunia lakonan, Ben mendedahkan dia terpaksa menolak beberapa drama besar termasuk telefilem kerana jadual yang padat. “Ada beberapa tawaran yang saya terpaksa tolak sebab setakat ini jadual persembahan pentas saya penuh sampai September. “Jadi kalau ada tawaran yang datang, saya bersama label muzik, Sony Music MY akan tengok terlebih dahulu dan susun jadual sebaik-baiknya supaya tidak bercanggah ataupun terlepas pandang," akuinya yang setakat ini sudah menolak tiga tawaran drama dan telefilem. Sedar akan tindakannya itu mampu mengundang risiko skeptikal seperti mungkin kurang berminat dalam dunia lakonan, Ben berkata, dia terpaksa akur dengan jadual yang telah disusun untuknya. “Dulu saya aktif dalam bidang lakonan dan sekarang saya mahu kembali aktif menyanyi. “Oleh sebab itu, bila saya kembali menyanyi secara serius pada kali ini, saya memang terpaksa tolak cara baik untuk bina nama saya semula sebagai penyanyi,” katanya jujur. Ben kini bekerjasama dengan Starvilion untuk kempen terbaharu, #StarvilionBalikRaya2019.

Fouziah Gous - zhafou.my · lagi. Namun apa yang pasti, single kedua ini akan dikeluarkan selepas hari raya. Kalau saya keluarkan pada bulan Ramadan, peminat mungkin tak berikan perhatian

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

@Sin

ar

ZULQARNAIN ABU HASSANBERITABINTANG

SINAR HARIAN • KHAMIS 18 APRIL 2019 47

Bakat penyanyi remaja Ben Ladin mula dikesan ketika menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil musim kelima. Meskipun tidak bergelar juara, namun

ramai yang mula buka mata. Selepas pertandingan itu, Ben cuba

melebarkan sayapnya dalam lapangan seni suara namun rezekinya lebih menonjol dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya adalah Kahwin Muda, Amsyar dan Jangan Ikut Aku.

Selepas lima tahun tidak menyanyi, akhirnya pada pertengahan tahun lalu,

Ben Ladin atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 18,

muncul dengan single pertama, Hikayat Benladin yang sehingga kini masih menjadi siulan di bibir peminat.

Dalam perkembangan terbaharu, ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Starvilion Balik Raya 2019 di Ballroom Royale Palace, Shah Alam, Selangor, Ben berkata, dia akan muncul dengan single kedua selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Sekarang ini saya dalam proses mendengar beberapa material yang sesuai dan mencari idea baharu untuk diketengahkan.

Ben Ladin bersama

Mira Filzah dalam

program Resepi Mak

Esah.

Fouziah Gous lancar mesin minuman

kesihatan pertama di MalaysiaPELAKON, pengacara dan pengasas minuman kesihatan FG Walet, Datin Fouziah Gous melancarkan mesin minuman kesihatan pertama di Malaysia bertempat di Matrade, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fouziah, buat pertama kalinya minuman sarang burung FG Walet yang kaya dengan khasiat itu boleh didapati dengan mudah, 24 jam sehari, bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Produk ini disimpan sejuk supaya pengguna boleh menikmati minuman sihat ini yang menyegarkan pada bila-bila masa diperlukan.

“Mesin minuman ini

dilengkapi dengan paparan LCD yang unik memberi maklumat mengenai produk dan manfaat kesihatan mengenai minuman sarang burung FG Walet.

“Ia juga mempunyai teknologi terkini untuk pembayaran tanpa tunai seperti Pay Wave dengan kad kredit dan kad debit dari mana-mana bank,” ujarnya.

Tambah Fouziah, mesin minuman sarang burung FG Walet ini boleh didapati di kawasan tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, stesen kereta api, stesen bas, perhentian R&R dan lapangan terbang. Fouziah bersama suaminya, Datuk Zhafran Yusof. Mesin minuman kesihatan FG Walet yang menjadi tumpuan.

Serius

dalam bidang

nyanyian

Ben Ladin makin sibuk

Jika boleh, saya tak mahu genren yang terlalu jauh daripada single pertama saya.

“Kalau berpeluang juga, saya mahu komposer sama seperti lagu Hikayat Benladin iaitu Malique dan Dedeq.

“Semuanya masih dalam perancangan lagi. Namun apa yang pasti, single kedua ini akan dikeluarkan selepas hari raya. Kalau saya keluarkan pada bulan Ramadan, peminat mungkin tak berikan perhatian sebab masing-masing dalam mood bulan puasa dan selepas itu nak sambut raya. Jadi lebih baik saya keluarkan selepas raya,” katanya yakin.

Tambah Ben, dia mahu serius semula dalam bidang seni suara selepas lima tahun tidak menyanyi. Walaupun gembira dengan kejayaan single pertama, namun perkara itu juga membuatkan dia berasa tertekan.

“Bukan saya sahaja yang tertekan tetapi pihak label juga. Pendengar mengharapkan agar single kedua itu nanti lebih menarik dan istimewa daripada single pertama.

“Oleh sebab itu, kami kena pastikan penghasilkan single kedua ini cantik segenap segi,” terangnya.

Tolak tawaran berlakonBerbicara mengenai dunia lakonan, Ben

mendedahkan dia terpaksa menolak beberapa drama besar termasuk telefilem kerana jadual yang padat.

“Ada beberapa tawaran yang saya terpaksa tolak sebab setakat ini jadual persembahan pentas saya penuh sampai September.

“Jadi kalau ada tawaran yang datang, saya bersama label muzik, Sony Music MY akan tengok terlebih dahulu dan susun jadual sebaik-baiknya supaya tidak bercanggah ataupun terlepas pandang," akuinya yang setakat ini sudah menolak tiga tawaran drama dan telefilem.

Sedar akan tindakannya itu mampu mengundang risiko skeptikal seperti mungkin kurang berminat dalam dunia lakonan, Ben berkata, dia terpaksa akur dengan jadual yang telah disusun untuknya.

“Dulu saya aktif dalam bidang lakonan dan sekarang saya mahu kembali aktif menyanyi.

“Oleh sebab itu, bila saya kembali menyanyi secara serius pada kali ini, saya memang terpaksa tolak cara baik untuk bina nama saya semula sebagai penyanyi,” katanya jujur.

Ben kini bekerjasama dengan Starvilion untuk kempen terbaharu, #StarvilionBalikRaya2019.