74
Tajuk: Nyatakan bagaimana guru boleh berperanan dalam melaksanakan strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu- ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaituphilos (bermakna kecintaan) dansophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal

fpk fpg

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: fpk fpg

Tajuk: Nyatakan bagaimana guru boleh berperanan dalam melaksanakan

strategi-strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) agar dapat diaplikasikan di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR)

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud

pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu

lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaituphilos

(bermakna kecintaan) dansophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan

berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh

diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun

1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun

1996 (Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara.

Page 2: fpk fpg

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal

ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah

selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan

membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka

melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang

betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut oleh guru-guru

sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-

empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada

intelek atau sebaliknya

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia

yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan

adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan

seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan

berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia

yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan

warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai

ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu

terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk

memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih

penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta

masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan

masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.

Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa

berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan

kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada

pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan

Page 3: fpk fpg

setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas

kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya

setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk

pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi

seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang

berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian

dan kemakmuran negara.

Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk

menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar, FPG menjelaskan

jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan

negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat

yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Mok, 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat

pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,

profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan

amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan

untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

[Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi

merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan

oleh negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap

murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian

ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model

dan teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai

Page 4: fpk fpg

sahsiah yang baik.

Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi

merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan

utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Guru dalam profesionnya untuk diaplikasikan dalam KBSR.

1.Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya

memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu

Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi

pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan

mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa.

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan

sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun

sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i)

Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti

pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan,

permainan, kelab dan unit beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk

mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan

sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh

membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang

mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati

falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan

pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan

jayanya.

Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata

pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk

Page 5: fpk fpg

menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,

mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta

mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan

manjayakan kurikulum yang terbentuk.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui

peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis

objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan

seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-

bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan

kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan

tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan

membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan

seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah

bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring

dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan

prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan

pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam

keadaan yang baik dan selamat

Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah

mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut

tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber

pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan

jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi

yang canggih seperti ICT telah diperkenalkan bagi penyediaan sistem

penyampaian yang berkesan. Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan, bahan

pengajaran dan pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan

Page 6: fpk fpg

pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk

aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan

sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti

pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus

melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru

sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-murid

supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti

membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid

supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik

darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan

dengan lebih berkesan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan

suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik

darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang

berkesan, seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen

pengurusan bilik darjah serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran

yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan

perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan

masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat

membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan

mahupun tenaga yang diperlukan

Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Bekas Ketua

Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk

“Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme

Keguruan” menyatakan:

“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi

penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana

Page 7: fpk fpg

ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu

antara satu sama lain. “

Saranan beliau itu amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi

pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut

oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting

untuk membawa kejayaan kepada sesebuah sistem pendidikan pada masa kini.

[Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara,

konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya

masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.

Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan

mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan

datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah:

(i)

mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang

mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti

supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan;

(ii)

penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan

mendidik generasi masa depan; dan

(iii)

masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui

sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang

ringgit. Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa

pelaksanaan konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah

yang memainkan peranan sebagai pencetus atau penggerak ke

arah permuafakatan dan perkongsian pintar.

[Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang anak,

mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi

dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak. Rakan

kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap kanak-

kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta peluang yang

lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru, pelajar dan

masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan kongsi di dalam

pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat.

Page 8: fpk fpg

Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat

dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah

dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat

membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun

tenaga yang diperlukan.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan komunikasi

yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati para ibu bapa

kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan hubungan mesra dan

kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga tanpa

mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru juga perlu

membina kepercayaan ibu bapa terhadap para guru dengan tidak memberikan

maklumat keadaan keluarga atau murid (yang diberikan oleh ibu bapa) kepada

orang yang tidak berhak.

Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan

memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa

sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Guru juga

perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu

bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Masyarakat, terutamanya ibu

bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti-aktiviti

sekolah supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa

mengenai peranan mereka dalam menjayakan hasrat FPK.

4.Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam

mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu

yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta

mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am.

Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah

serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui

suratkhabar, radio, televisyen dan internet.

Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang

guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan.

Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan

yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek

Page 9: fpk fpg

dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan

menilai murid-muridnya. Di samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan

yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai

sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan mengajar.

elbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu

kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam

meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah,

pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan

menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkan

prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada

diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG

Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral,

prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara

untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh

teladan.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya

dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma

masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh

itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan

kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa

berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,

sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-

tugasnya. Sehubungan dengan ini, guru haruslah berusaha menyemai dan

memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru

yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi

tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.

Di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai

bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa

Page 10: fpk fpg

mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan

pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan

mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah

diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik,

mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang guru yang berilmu

pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan, kebenaran dan keyakinan,

tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi menegakkan kebenaran dan

keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga,

masyarakat dan negara.

Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi

sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG,

khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat

yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai

matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik,

progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki

sikap kenegaraan.

Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip

dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM.

Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan, khasnya cinta dan taat

setia kepada negara, semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas.

[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh

dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran

seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara

tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana

murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-

Page 11: fpk fpg

menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi.

Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina

satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan

unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti

pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

Page 12: fpk fpg

KPLI-KDC-PEM

K2______________________________________________________

1.0

PENGENALAN

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa

1.1

Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan

negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses

penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era

globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan

dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat

merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan

pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang,

senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud

tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion

perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh

masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Di sini maksud Etika membawa maksud :

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan

(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994)

Page 13: fpk fpg

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion

terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul

berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

1.2

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,

produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan

memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta

tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang

benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain.

2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang

bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

1.3

Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion

perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku

dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk

dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru

terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas

tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan

lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua

amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

Page 14: fpk fpg

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat

melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara

lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat

dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana

kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan

secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati

tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai

matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. –

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam

menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan

perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod

etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara

bangsa.

KPLI-KDC-PEM

K2______________________________________________________

2.0

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan

etika agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan

mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang

hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia

hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini,

guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas

Page 15: fpk fpg

oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita

sedia maklum.

FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP

( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya

menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan

dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri

seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru

dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini

menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya,

kehidupan

yang

terlalu

bersifat

materialistik,

teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada

Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman

iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang

mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani

yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan

jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.

Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan

tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

7. Cabaran Profesion Keguruan - Presentation Transcript

1. Cabaran Profesion Perguruan

2. CABARAN PROFESION KEGURUAN Sekolah Berkualiti Pengurusan

perubahan Perubahan dalam pendidikan - Pembestarian pendidikan -

Globalisasi pendidikan

3. PENGENALAN • Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini

menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih •

Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran

Page 16: fpk fpg

dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti • Kemajuan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan

dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang

selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. Cabaran Profesion Keguruan • Perkembangan bidang sains dan Teknologi

pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih

canggih. • Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah

menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin

bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. • Situasi ini

seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan

pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah.

5. Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit

untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan

insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di

antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: • Perpaduan di antara pelajar,

guru, kakitangan dan ibu bapa • Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti

dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko. • Perkhidmatan

penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. •

Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk

melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan

asertif. • Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu

melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya

berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. • Sekolah penyayang yang

mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan

pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan ke tahap zero defect dan

sekolah pun menjadi tempat sebagai ”sekolahku, rumahku”. • Budaya

cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.

6. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Memperkembangkan potensi pelajar

secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan

emosi, melalui pendekatan strategik berikut: • Penyediaan kurikulum yang

relevan supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan

memperkembang sosial serta menguasai kemahiran yang bernilai dari segi k-

ekonomi. • Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar

memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). • Penyediaan

Page 17: fpk fpg

kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama,

Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf

negara maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan

dikalangan pelajar dalam semua aspek kehidupan. • Pemupukan patriotisme

melalui penerapan dalam semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan

khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat

bangga sebagai rakyat Malaysia.

7. 1. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk

sekolah melalui pendekatan strategik berikut: – Penyediaan input pendidikan

yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah. –

Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan

matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai. – Peningkatan

keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang

berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran

bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan

Multimedia.

8. Samb. • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang

pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan

penguasaan adalah supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi

Kementerian Pendidikan. • Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru

haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan

dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat

refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran

melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang

terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan.

9. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti • Beberapa definisi

pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan

dari berbagai sudut yang berlainan. • Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya

Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran

terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. • Pengajaran efektif sering

dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana keberkesanan pengajaran

bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan

melaksanakan sesuatu pelajaran. • David Ryans berpendapat guru yang

Page 18: fpk fpg

berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,

bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil,

tenang dan berkeyakinan.

10.Samb. • J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang

dapat: • Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi

manusia • Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran

serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. • Memperolehi

ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar. •

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid

menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

11.Samb. Perlakuan mengajar Mempunyai sifat –sifat mengajar yang positif

perancangan GURU YANG Pengajaran BERKESAN efektif Berilmu

pengetahuan pelaksanaan Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan

penilaian

12.Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan • Aktiviti pengajaran dapat

dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada

peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep,

penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti

peneguhan dan pengukuhan. • Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya

memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia

mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. • Konsep dan kemahiran baru

dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang susah daripada

yang konkrit kepada abstrak. • Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi

langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. •

Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid- murid

menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang

berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan

pendapat dalam aktiviti perbincangan.

13.Samb. • Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat

diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka

dapat mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah

tanpa kawalan daripada guru. • Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk

menyampaikan sesuatu konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk

menjalankan aktivti pembelajaran yang berkesan. • Strategi dan kaedah

Page 19: fpk fpg

mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti

pengayaan, manakala murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan.

• Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan

menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru. •

Aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa

perasaan kejayaan kepada murid-murid.

14.Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian • Aktiviti soal jawab sering

digunakan untuk membuat penilaian. • Guru boleh menggunakan hasil

penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku

dengan serta-merta. • Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan

pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru pada masa

hadapan.

15.Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan • Pengajaran efektif

mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan

pelajaran serta kebolehan murid- murid. • Isi pelajaran dalam rancangan

mengajar telah disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan

serta menarik. • Rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat

bantu mengajar. • Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah

diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti

pembelajaran murid. • Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah

mengajar yang lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang

lengkap. • Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

16.Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti • Ahli fungsionalisme

melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak

mengikut kehendak masyarakat mereka. • Sehubungan ini, sekolah adalah

dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam

pengekalan budaya masyarakat. • Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi

pendidikan dan latihan. • Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk

manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula

bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.

17.Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti • Ia dikenali sebagai iklim sekolah,

mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek

perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. • Aspek fizikal

Page 20: fpk fpg

merangkumi perkara-perkara seperti: • Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin

dan kawasan sekolah serta anggota sekolah; • Keselamatan anggota sekolah

dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan

yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti

pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; • Kemudahan

sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; •

Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara

segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan

pembelajaran: dan • Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga,

pokok serta perhiasan yang memberansangkan suasana keselesaan.

18.Samb. • Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti: • Hormat-

menghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah; •

Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; •

Berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan rela

menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. • Perpaduan

dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum

dan kokurikulum; • Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan

keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah; dan • Keadilan dimenifestasikan

dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta

pengagihan kerja dan tugas yang adil.

19.Samb. • Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti

semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan

sekolah. • Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul

dan jitu didalam dan di luar bilik darjah.

20.Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah • Ia biasanya dirancang dan

dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang

meliputi semua aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut: •

Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal seperti: – Menanam pokok bunga

di kawasan sekolah – Melukis mural sebagai perhiasan sekolah –

Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan – Membaiki perabot

yang rosak seperti meja dan kerusi murid – Mengadakan pertandingan

kebersihan kelas dan perhiasan bilik darjah

21.Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti: – Menganjurkan

aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum – Menggubal dan

Page 21: fpk fpg

melaksanaaan peraturan sekolah dengan adil – Mengagihkan kuasa dengan

memberi tugas kepada pemimpin kelab, persatuan, badan unit beruniform

semasa menganjur aktiviti Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu

seperti: – Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM sama ada di dalam

perhimpunan atau dipamerkan dalam papan kenyataan – Menganjurkan

aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu – Melengkapkan dengan

memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan sekolah – Melengkapkan

alat bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran – Menjalankan pencerapan dan penyeliaan

untuk meninkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran – Mengadakan

latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti

pengajaran mereka

22.Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa seperti: –

Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato

sebagai galakan penggunaan bahasa – Mengadakan peraturan yang boleh

menghalang murid menggunakan bahasa dialek di kawasan sekolah

23.Jenis Aktiviti Budaya Sekolah • Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti

seperti: • Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti

”Malaysia Berjaya” dalam perhimpunan sekolah • Membaca ikrar dalam

upacara rasmi seperti Hari Sukan, perhimpunan Pengakap dan sebagainya •

Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan

perhimpunan sekolah • Menjalankan kempen kebersihan sekolah •

Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu

24.Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: Ciri-Ciri Iklim Persekolahan Iklim sekolah yang

baik dan buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang Guru Besar /

Pengetua. Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat

dengan displin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan

murid- murid dan kakitangan dalam sekolah mereka. Iklim persekolahan yang

dikatakan baik mengandungi beberapa siri utama seperti: • Perhubungan yng

saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan muridnya •

Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan

oleh pihak pentadbiran sekolah • Kewujudan satu keadaan yang setiap murid

melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk

usaha menggunakan bahasa sengan betul dan sesuai • Kewujudan iklim

Page 22: fpk fpg

persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram • Kewujudan displin yang baik,

dengan zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah

pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada

masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.

25.Samb. • Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup mengandungi

beberapa ciri utama seperti berikut: • Anggota sekolah sering menghadapi

ancaman tekanan dan konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah •

Perasaan kekitaan dan semangat kerjasma diantara anggota sekolah tidak

dapat diperlihatkan • Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan •

Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar

minimum sahaja • Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan

pasif • Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala guru

bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar

26.Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan Indeks organisasi

sekolah yang sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri berikut: • Mempunyai

pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah • Kesesuaian menyebar

kebudayaan dan ilmu pengetahuan • Berkongsi kuasa autoriti dalam

pengurusan sekolah • Keberkesanan dalam penggunaan sumber •

Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah • Anggota

sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan

untuk kemajuan sekolah • Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang

dapat menangani gangguan dari luar • Mempunyai daya penyesuaian yang

berupaya mengubahsuai dan menangani konflik di antara aspirasi

sekolahdengan organisasi luar • Mempunyai organisasi yang baik serta sistem

pengurusan yang rapi untuk menangani konflik dalaman

27.PENGURUSAN PERUBAHAN • Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah

perlulah menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan

akademik. Tambahnya lagi, murid-murid juga mesti mempunyai nilai yang

tinggi dalam pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. • Kementerian

Pendidikan telah melancarkan satu reformasi pendidikan dengan

mmperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan

KBSM pada tahun 1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada

tahun 2000 berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Wawasan 2020.

Page 23: fpk fpg

28.Wawasan 2020 • Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad

bekas Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991. Sembilan cabaran

utama ialah: a) Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu

padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama b) Cabaran 2 -

melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya c) Cabaran

3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi yang

matang d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan

etikanya e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat

liberal dan toleransi f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang

bersifat sains dan progresif serta berdaya cipta g) Cabaran 7 - membentuk

masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya penyayang h) Cabaran 8 -

menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi i) Cabaran 9 -

membentuk masyarakat yang makmur

29.Perubahan KBSR dan KBSM • Membaiki segala kelemahan tahun 1980an •

Reformasi pendidikan telah dilaksanakan: a) memperkenalkan komputer b)

sistem peperiksaan juga diubah c) sekolah bestari

30.Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan • Pendidikan Pra Sekolah - guru akan

ditambah - sistem monitor juga dibuat - kanak-kanak berumur 6-11 tahun

untuk mendapatkan pendidikan • Pendidikan Sekolah Menengah - tahun

2008, tempoh pendidikan sekolah menengah dikurangkan dari 7 tahun

menjadi 6 tahun - Perubahan yang paling penting ialah membaiki kelemahan

dalam penguasaan bahasa Inggeris

31. Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan • Inovasi Kurikulum atau

reformasi kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau

pemulihan terhadap kurikulum yang sedia ada • 3 faktor utama: a)

perkembangan sains dan teknologi b) keperluan masyarakat c)

perkembangan falsafah dan teori pendidikan • Penerapan nilai-nilai moral •

Kemahiran asas dikuasai guru • Amalan perdagangan diserap dalam

pengajaran dan pembelajaran • Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah

bersedia dengan cabaran globalisasi pendidikan

32.Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru • Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan

kepada guru dan buku • Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar

dan komputer • Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran

yang diajar - tahu teknik pengajarannya - memiliki sifat yang penyayang serta

Page 24: fpk fpg

bersabar - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - kecerdasan emosi

dan kekuatan fizikal serta rohani - role model kepada masyarakat, bangsa dan

negara • Sifat-sifat - membina tahap keyakinan diri • Beriltizam, berwawasan,

berpandangan global dan senantiasa berorientasikan maklumat.

33.Samb. • Guru - sedar perubahan yang berlaku • Berfikiran positif, bersikap

fleksibel, ada sifat kepimpinan dan memahirkan diri menggunakan komputer •

Guru bestari - melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat • Aplikasikan

pengetahuan yang ada di dalam bilik darjah

34.PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Pembestarian Pendidikan • Bestari -

maksud cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai budi

pekerti yang mulia • Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar

cerdas dan pintar • Objektif - melatih pelajar guna teknologi dalam

pembelajaran • Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pula “berpendapat

bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana

pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana

guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan

pembimbing kepada kepada murid-murid” • Komputer dan buku teks – alat

bantu mengajar

35. • Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications

dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC) • 4 MP

utama - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Matlamat

Sekolah Bestari • Budaya berfikir • Pengurusan yang efektif • Kaedah dan

teknik pengajaran dpt ditonjolkan • Belajar secara pasukan terarah kendiri

36.Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari • Makmal

komputer • Pusat media • Bilik khidmat • Studio • Pejabat pentadbiran •

Prasarana bilik darjah

37.Ciri-ciri Sekolah Bestari • Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan dan

gaya pembelajaran itu sendiri • Guru - mengadaptasikan kurikulum

kebangsaan berdasarkan keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran

individu • Penilaian pembelajaran – on line

38.Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari • Fasilitator • Mengurus rutin

harian bilik darjah • Merancang dan melaksana pembelajaran melalui

prasarana IT • Kemahiran dan penggunaan alat teknologi

Page 25: fpk fpg

39.Keperibadian Guru • Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji

Sewajarnya perlu ada kesesuaian di antara kata- kata guru dengan

perilakunya yang sebenar. • Memahami proses perkembangan remaja masa

kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan budaya negatif tetapi sukar

untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. • Akhlak seorang

pendidik sesuai dengan ajaran dan pengetahuan yang diajar kepada

pelajarnya.

40.Cabaran Profesion Perguruan AKHLAK ILMU TEKNIK & STRATEGI

MENGAJAR STAFF DAN KAKITANGAN SEKOLAH ALAT BANTU

MENGAJAR (ABM) PERLAKSANAAN PENCAPAIAN PENGAJARAN

41.AKHLAK • GURU berakhlak mulia. • GURU menjaga akhlak dan maruah diri. •

GURU mementingkan maruah pendidikan negara. • GURU berhadapan &

menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid. • GURU pembentuk akhlak

murid. ILMU • Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan

pembentukan Model Tret ) • Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya

dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba

memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi

sesuatu masyarakat • Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara

spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari.

42.Teknik & Strategi Mengajar • Guru sebagai penyalur kemahiran dan

ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) • GURU mesti

mencari alternatif terbaik dalam teknik pengajaran . • GURU mempraktikkan

teknik & strategi pengajaran yang berkesan dan merangsang murid.

43.Staf & Kakitangan sekolah • GURU mesti bersedia dengan karenah staf &

kakitangan sekolah. Pendapat / penerimaan Emosi Kebolehanpercayaan

& pentafsiran. Pentadbiran Kerjasama.

44.Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang

TINGGI Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN.

45.Perlaksanaan • Wujud organisasi Pelaksana. • Perlaksanaan mengikut

TERTIB. • Hadapi kekangan dengan baik.

46.Pencapaian Pengajaran • Berjaya – Guru perlu mengekalkan Prestasi –

dihargai oleh penduduk sekitar. • Tidak berjaya – Guru WAJIB meningkatkan

prestasi. – Penduduk sekitar hilang kepercayaan terhadap profesion

Perguruan.

Page 26: fpk fpg

47.Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan

48.• Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah

diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka

memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan

utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh

KPM ialah: A). Meningkatkan Tahap Profesionalime 1. Program Diploma

Perguruan Khas Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti

di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua

sekolah menengah menjelang tahun 2005. 2. Program Diploma Perguruan

Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil

Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi

untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran

dalam dunia pendidikan hari ini.

49.3. Program Pensiswazahan Guru Kursus-kursus seperti Program Khas

Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah

menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang

diadakan secara usaha sama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open

University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki

untuk guru besar. 4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti •

Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman.

Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini.

Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat

utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia

sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan

sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa

program khas untuk memastikan ianya terus berkembang. • Latihan

pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki dalam

bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan

dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut

Aminuddin Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan

Australia.

50.B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat Selain dari meningkatkan diri dengan

penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan

Page 27: fpk fpg

ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak

seperti: •Pengetua Cemerlang •Guru Cemerlang •Jawatan Naik Pangkat

•Skim Gred Diploma

51.Mary Wong Siew Lian Maktab Perguruan Batu Lintang

52. Tumpuan Asas Sekolah Bestari Apakah Pembelajaran Bestari? Jenis-

Jenis Pembelajaran & Strategi P-P Bestari Penerapan Unsur-Unsur

Bestari Dalam P-P Sains

53.Sekolah Bestari Pekerja Berilmu SEKOLAH BESTARI MENYEDIAKAN

TENAGA Perkembangan PEKERJA BERILMU UTK Industri/R&D INDUSTRI

TEKNOLOGI TINGGI

54.KUASA MINDA menjadi modal, BUKAN wang/tanah/pekerja MSC – PUSAT

UNTUK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK

TEKNOLOGI TINGGI SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN

PELAJAR YG BERFIKIRAN KRITIS, CEKAP, MEMPUNYAI KREATIVITI

UNTUK MENCIPTA PRODUK BARU UNTUK PASARAN DUNIA

55.Pembelajaran di Sekolah Bestari harus dapat mencungkil bakat dan minat

pelajar supaya mereka boleh mencipta produk-produk baru atau mempelopori

proses-proses kerja atau perkhidmatan baru … seperti Wright brothers, Henry

Ford, Oppenheimer, Akio Morita, Bill Gates, Steven Spielberg, dan lain-lain …

56. Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah Kolaborasi dgn. rakan, bukan

berseorangan Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT Merentasi

pelbagai bidang ilmu Dapat memberi gambaran menyeluruh Menjana

pengetahuan/pemahaman baru

57.Projek, kajian, perbincangan, Tanpa IT kerja lapangan, temu bual,

eksperimen, dll Aktiviti kolaborasi melalui emel /’chat’ Akses maklumat dari

internet/TV Dengan IT CD-ROM/video/rakaman audio Aplikasi sofwer utk

laporan, Pembentangan, dll

58.David Perkins & colleagues, Harvard University Two guiding beliefs in their

Smart School Research (Harvard Project Zero): • Learning is a consequence

of thinking, and good thinking is learnable by all students • Learning should

include deep understanding, which involves the flexible, active use of

knowledge

Page 28: fpk fpg

59.SMART SCHOOL CLASSROOM CHARACTERISTICS AN ATMOSPHERE

OF RESPECT & RAPPORT . . . . POSITIVE TEACHER-STUDENT

STUDENT-STUDENT SEKOLAH BESTARI . . . INTERACTION

60.MANAGING STUDENT BEHAVIOUR CLEAR STANDARDS OF CONDUCT

(GROUND RULES) UNOBSTRUSIVE MONITORING OF STUDENT

BEHAVIOUR SENSITIVITY TO STUDENTS’ NEEDS

61.ESTABLISHING A CULTURE FOR LEARNING IMPORTANCE OF A

BALANCE BETWEEN PROCESS & CONTENT STUDENT PRIDE IN

WORK (OWNERSHIP OF LEARNING) SELF-REGULATION OF

LEARNING

62.RESPECT FOR STUDENT DIFFERENCES PROVIDING CLASSROOM

ENVIRONMENTS WHICH CAN CATER FOR DIFFERENT STUDENT

CHARACTERISTICS: - STUDENT LEARNING STYLES - MULTIPLE

INTELLIGENCES

63.STUDENT LEARNING STYLES Motivational interest or pattern that is

preferred when processing new information or experience (Kenneth & Dunn,

1984) Four Modalities: Visual Verbal learners Visual Nonverbal learners

Auditory learners Kinesthetic/tactile learners (Learning Styles Survey by Miller,

2000)

64.Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984) -gaya pembelajaran

seseorang pelajar bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya di bawah lima

perangsang: Perangsang Unsur Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu Emosi

Motivasi, ketabahan, tanggungjawab, struktur Sosiologi Sendiri, pasangan,

pasukan, pelbagai cara Fizikal Makan, minum, waktu, gerakan Psikologi

Global/analitik, otak kiri/kanan, impulsif/reflektif

65.MULTIPLE INTELLIGENCES VERBAL-LINGUISTIC LOGICAL-

MATHEMATICAL VISUAL-SPATIAL BODILY-KINESTHETIC

MUSICAL-RHYTHMIC INTERPERSONAL INTRAPERSONAL

NATURALIST

66.Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Bersifat Individu

Pembelajaran Berdaya Fikir Pembelajaran Berbantukan Teknologi

67. • Guru sebagai fasilitator • Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan pelajar

secara aktif dalam proses p-p • Pelajar diberi lebih banyak peluang utk: -

Page 29: fpk fpg

memilih tugasan & strategi pembelajaran - menguruskan masa - membuat

penilaian kendiri - mendapatkan sokongan rakan sebaya & guru

68. - Berkait rapat dengan pembelajaran berpusatkan pelajar - Mementingkan

perbezaan individu pelajar • Pembelajaran Masteri • Pembelajaran Kadar

Kendiri • Pembelajaran Akses Kendiri • Pembelajaran Terarah Kendiri

69. - Proses p-p yg memberi penekanan kpd. mewujudkan iklim bilik darjah yg

menggalakkan pelajar berfikir MEMPROSES MAKLUMAT SECARA

KOGNITIF - berfikir dengan kritis & kreatif - mengenalpasti isi-isi yg penting -

memilih maklumat - menyusun maklumat - membuat penilaian kendiri & rakan

sebaya - melakukan refleksi

70.Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam proses p-p: - alat visual (OHP,

kamera) - alat audio (radio, rakaman kaset) - alat audio visual (TV, video,

slaid, filem) - komputer (CD-Rom, internet, modul interaktif, emel, buletin

board, dll) untuk menjadikan p-p lebih menarik dan berkesan

71.STRATEGI DIREKTIF Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran

yg diberi oleh guru STRATEGI PEMERHATIAN Pelajar membuat pemerhatian

terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran

72.STRATEGI MEDIATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru

berperanan sebagai ‘mediator’, menggunakan dialog dalam membimbing

pemikiran pelajar kearah memahami konsep atau pengetahuan STRATEGI

GENERATIF Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti

sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka

73.STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF Satu proses pembelajaran yg

membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai

satu matlamat khusus STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti

di luar bilik darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu

bual, lawatan sambil belajar, dll yg berkaitan dengan kandungan pelajaran

74.STRATEGI METAKOGNITIF Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg

difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan

selanjutnya STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN Mendidik pelajar supaya

bersedia menghadapi cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan

pengumpulan maklumat, analisis trenda, ramalan, imaginasi, strategi

mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, dsbgnya

Page 30: fpk fpg

75.APPROACH TEACHER MENTOR FACILITA STUDENT STRATEGY -

CENTRED -TOR -CENTRED DIRECTIVE OBSERVATIONAL MEDIATIVE PE

M E AK NG NA TI LI MB F D BA A GENERATIVE LM TA HK . A N S AN KT

EC COOPERATIVE/ IV A R COLLABORATIVE IT A IP -P OUTSIDE-

CONTEXT METACOGNITIVE KAJIAN MASA DEPAN

76.PENERAPAN UNSUR BESTARI DALAM P-P SAINS SEKUEN

PENGAJARAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987)

77.FASA 1 - ORIENTASI TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan demonstrasi,

minat pelajar ilustrasi, soal-jawab, terhadap perbualan, petikan tajuk surat

khabar, kuiz, pelajaran teka-teki, dll

78.FASA 2 - PENCETUSAN IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengenal soal-jawab,

pasti perbincangan, pengetahuan pembentangan sedia ada pelajar

79.FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P

Menimbulkan perbincangan, kesedaran eksperimen, input tentang idea guru,

pemerhatian, baru / konflik pembelajaran kognitif kendiri, mengesan maklumat

dari CD,

80.TUJUAN AKTIVITI P-P Menguji, buku rujukan, mengkaji idea internet,

majalah, baru dan sumber lain Perubahan konseptual - penerimaan idea baru

81.AKTIVITI & SUMBER P-P PELBAGAI AKTIVITI P-P: • STESEN DINAMIK /

STATIK • PERBINCANGAN KUMPULAN • PROJEK • EKSPERIMEN •

KAJIAN LAPANGAN • KUIZ SAINS • LAWATAN • MEMBINA LAMAN WEB •

PORTFOLIO

82.PELBAGAI SUMBER P-P: • AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO,

SLAID, PITA RAKAMAN, OHP • OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN • BAHAN

BERCETAK - MAJALAH, BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT KHABAR,

CARTA, DLL • MEDIA KOMPUTER – CD-ROM, MODUL PEMBELAJARAN,

INTERNET, EMEL

83.AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal,

penilaian kendiri) JANGAN DILUPAKAN . . . KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN MANIPULATIF

84. ‘HANDS-ON & MINDS-ON’ PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT SECARA

AKTIF DARI SEGI FIZIKAL TETAPI DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA

PEMBELAJARAN YG BERMAKNA

Page 31: fpk fpg

85.FASA 4 - APLIKASI IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengukuhkan kuiz,

lembaran idea baru kerja, soal-jawab, melalui penyelesaian aplikasi dlm

masalah situasi baru / seharian

86.FASA 5 - REFLEKSI TUJUAN AKTIVITI P-P Merenung menulis jurnal /

tentang idea membuat catatan baru yg telah refleksi, berkongsi dipelajari

dengan kawan, jawab lembaran kerja

87.Globalisasi Pendidikan • Bermaksud merentasi sempadan atau media -

memdapatkan maklumat melalui internet Kepentingan Globalisasi Dalam

Pendidikan • Pelajar - mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar dengan

pantas dan meluas • Interaksi antara murid dan guru serta orang ramai

88.Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan • Peka kepada persekitaran

sekolah • Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku • Menghadiri kursus •

Memupuk nilai budaya ilmu pelajar • Meningkatkan hubungan interpersonal •

Merebut peluang Pendidikan a) Pendidikan Terbuka b) Pendidikan Jarak Jauh

89.Pekerja Ilmu • Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010 •

Mengintergrasikan teknologi maklumat • Meningkatkan penggunaan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi di kalangan murid-murid • Melahirkan pekerja ilmu

untuk pembangunan negara

90.KESIMPULAN • Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan

hampir sampai ke tahap meledak • Guru mestilah sentiasa bersedia

menyesuaikan diri dengan bidang yang semakin kompleks dan canggih ini

tidak kira di mana mereka berada • Mengejar ilmu pengetahuan melalui

Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan • Menguasai

kemahiran inovasi • Jayakan program pendidikan dalam era teknologi

maklumat dan komunikasi yang kian mencabar • Sesungguhnya, proses

pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus

beroperasi seumur hidup

91.SEKIAN TERIMA KASIH

92.1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305

bKERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( MTT2353 )

PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU PROSES PENGAJARAN

 

Page 32: fpk fpg

 

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang

lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya

atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa

individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau

keluarganya atau dengan rakan sebaya, seorang guru dengan murid-muridnya atau

seumpamanya.

Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara

manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal,

pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.

Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran

maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung

akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini

berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu

berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan

perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan

perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang

insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di

atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih

baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau

perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".

(Al-Baqarah: 263)

Page 33: fpk fpg

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani

mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka

katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri

dari sekelilingmu".

(Al-'Imran : 159)

"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan

nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-

baiknya….." (An-Nahl : 125)

Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa

hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah

menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama

insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah

dilarang.

2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

ISU 1

Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd.

Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan

berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran

berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan

persekitarannya.

Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah

merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja

dalam firma swasta. Ekoran dari faktor ini, sebilangan besar siswazah gagal dalam

temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Didapati bahawa

kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud

Page 34: fpk fpg

masalah dari segi pergaulan, bekerjasama, cara berkomunikasi dan dalam

pengurusan konflik. (Rosli Abd. Rahman, 1997).

Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling

kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep

kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan

persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu

faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat

konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.

Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat

berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran

berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar

membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah.

ISU 2

Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah

diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi

melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata,

aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu

ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Menurut beliau, secara umumnya, 95 % proses pengajaran dan pembelajaran

sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi

pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan yang

kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan

minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR.

Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke

arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu

dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat

Page 35: fpk fpg

pada masa akan datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan

membincangkan dari beberapa aspek seperti :

kepentingan komunikasi bilik darjah

ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif

ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid

ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan

halangan-halangan komunikasi bilik darjah

cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi

cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru.

3.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL

Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi

untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan

ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi

sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah

dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling

berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-

guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan

persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran

mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-

Sagoff, 1988).

Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri

seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan

aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu.

Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu

untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada

keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk

Page 36: fpk fpg

menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi

membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat.

4.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH

4.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.

Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid

semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan

pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran,

ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid

dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan

salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan

menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif

yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi

pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara

murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat

menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu

terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak

bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak

langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu,

apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan

inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu

situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes",

1994).

4.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Page 37: fpk fpg

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis.

Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh

penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru,

komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan

untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam

atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah

diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat

penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan

bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan

bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan

menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid,

mengenakan denda dan sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi

bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan

bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah,

seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.

Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam

menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab

utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya

menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi

dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan

intergratif. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi

dengan murid-murid seperti berikut :

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

Enggan menerima langsung cadangan dari murid

Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara

murid dengan persekitaran bilik darjah

Page 38: fpk fpg

Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut

:

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif

lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid.

Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak

mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa

orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975

(dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara

tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama

dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Page 39: fpk fpg

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai

guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang

mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati.

Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru

sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan

puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka.

4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan

kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan

interaksi di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life,

1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab

yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan

interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan

beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan

murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu

interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas

apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar

terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan

pelajar

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka,

terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh

negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada

tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).

Page 40: fpk fpg

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang

berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil

dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah

telah disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid

dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk

mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri

komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan,

antaranya ialah :

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini

dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang

diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.

Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak

beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan

kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau

berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Page 41: fpk fpg

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau

pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau

maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan

atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi

boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara

murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih

sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah

(Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang

yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu

memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya

dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

 

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan

yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan

iaitu :

Faktor fizikal

Page 42: fpk fpg

Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal

Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang

atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta

faktor masa.

6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi,

terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan

kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru.

Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi

mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah :

Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan

murid dalam satu kelas

Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan

Pendekatan individu

Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja

kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan

sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa

saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat

dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru,

seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan

sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu

darjah.

 

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU

Page 43: fpk fpg

Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan

memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian

Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi

pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran

seterusnya.

Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja

guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus

memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina

sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan.

(Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah

mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat

dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan

sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar,

1992).

Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan,

dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula

tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses

pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah

yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan

di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada

Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah

yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991)

(dalam Rosli Abd. Rahman,1997).

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan

dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru

murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan

yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon

Page 44: fpk fpg

daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan

tersusun.

Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur

berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu

juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang

selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna

daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan

sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti

motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke

arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai

matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri

dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah :

Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara

individu

Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran

Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap

masa

Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui

pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan

pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

8.0 KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan

yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan

pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh

setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar

Page 45: fpk fpg

dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan

sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab

mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar

dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud,

Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu,

Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal

Dewan Bahasa, KL., DBP.

Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and

Philadepia: The Falmer Press.

Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid

Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian

Agama Islam.

Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,

Kuala Lumpur.

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan,

Kuala Lumpur, DBP.

Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap

Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda

Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

Page 46: fpk fpg

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to

Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

 

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK

http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html

__http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

 

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan agak berbeza dan lebih kompleks jika hendak

dibandingkan dengan profesion dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan

dan lain-lain. Dalam bidang pendidikan, tugas guru ialah mendidik dan membentuk

manusia yang mempunyai perbezaan daripada segi kebolehan kognitif, afektif dan

psikomotor. Ini bermakna pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza-beza

kebolehan intelek, kebolehan fizikal dan kesediaan emosi (Esah Sulaiman, 2003).

Golongan ilmuan adalah aset sangat berharga kepada negara. Peranan

mereka menjadi tanggungjawab penting bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat

negara untuk melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana memerlukan usaha

yang berterusan. Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat dan

kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara

penyampaian ilmu yang berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke

dalam

jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima

segala pelajaran yang dipelajari (Berita Harian, 23 Mei 2005).

2

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat

dititikberatkan dalam pendidikan. Pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara

Page 47: fpk fpg

kontekstual di sekolah menengah teknik adalah bertujuan untuk menangani masalah

kemerosoton minat pelajar dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Teknologi.

Kementerian Pelajaran berharap agar pelaksanaan pendekatan pembelajaran ini

akan

menarik minat lebih ramai pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan

Teknologi. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, hanya 20 peratus sahaja pelajar-pelajar

yang mengambil aliran sains dan teknikal walaupun dasar pendidikan menetapkan

kadar penyertaan pelajar pada 60 peratus Sains dan 40 peratus Sastera (Najib Tun

Abd. Razak, 1997).

Pendekatan pembelajaran secara kontekstual juga bertujuan untuk membina

asas yang kukuh dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknologi selain dari

menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ini (Hull dalam Nor Azizah, 2002).

Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran

sains yang bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian

harian. Oleh itu, konsep sains perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar

secara eksplisit. Kegiatan penyiasatan dan penemuan sains secara kontekstual

dapat

menggalakkan pelajar mengaplikasikan teori sains secara bermakna. Oleh itu,

pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati

kerelevanan

pembelajaran Sains dan Matemtik dengan kehidupannya sendiri.

Sejarah perkembangan sistem pendidikan secara kontekstual di Malaysia

adalah bermula pada tahun 1995. Pada tahun 1995 dan 1996 Jabatan Pendidikan

Teknikal telah menghantar sekumpulan pegawai ke Center Occupational Research

and Development (CORD) Waco, Texas di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus

bagi mendalami sistem pembelajaran secara kontekstual. Kaedah pembelajaran

secara kontekstual telah dilaksanakan secara perantis di semua sekolah menengah

teknik pada tahun 1998. Di mana dalam pelan jangka pendek Jabatan Teknikal telah

merancang untuk melaksanakan pendekatan secara kontekstual bagi mata pelajaran

seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (Wan Absah

Wan Kadir, 1997).

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru perlu menjadikan pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani

Page 48: fpk fpg

cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang

sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian

akademik pelajar yang berbeza.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) dan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan

mendapati guru cemerlang memiliki sikap prihatin terhadap gaya pembelajaran

sehingga berjaya mencerakinkan tahap kebolehan dan pencapaian pelajar (Hapidah

Mohamad, 2002).

Pada masa kini, begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi

pembelajaran `directive', `observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan,

latih tubi, pemerhatian dan perbincangan. Ini adalah kerana guru-guru terlalu

tertekan dengan kehendak peperiksaan. Jika proses pembelajaran ini berterusan

implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif

mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat

berpengetahuan tidak akan tercapai. Menurut Ng Kim Choy (1999), sistem

pendidikan yang berpusatkan guru serta mengutamakan pencapaian peperiksaan

boleh menimbulkan beberapa gejala yang kurang sihat seperti kebosanan, masalah

disiplin dan sebagainya.

Guru-guru perlu memperbaiki dan meningkatkan teknik pengajaran,

penggunaan alat bantuan mengajar dan pendekatan pengajaran mereka. Dalam

konteks pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) guru perlu bersedia dalam memahami lebih jelas

mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran.

4

Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar yang kurang berminat untuk

mengikuti kursus yang berasaskan aliran Matematik dan Sains. Di sekolah

menengah teknik ramai pelajar yang gagal dalam mata pelajaran berbentuk Sains

dan

Kejuruteraan. Jika kita amati pelajar yang gagal dalam peperiksaan bukanlah terdiri

daripada pelajar yang lemah tetapi pelajar yang tahap kepintarannya yang berada di

tahap sederhana.

Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan (1993), salah satu faktor yang

menyebabkan kemerosotan peratusan pelajar sains tulen ialah Sains sukar dipelajari

Page 49: fpk fpg

dan membosankan. Jadi kaedah pembelajaran secara kontekstual anjuran Jabatan

Pendidikan Teknikal telah diperkenalkan, yang mana kaedah ini menekankan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara dua hala iaitu di antara guru dan

pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Menurut Dr. Zolazlan Hamidin (2001), kontekstual jika diambil daripada ayat

asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum=woven)

bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.

Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut

konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga

memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

5

Menurut Hull (1997), tujuan pembelajaran secara kontekstual ialah untuk

membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selain

menggalakkan pelajar meminati mata pelajaran tersebut dan sekaligus

mempertingkatkan prestasi keputusan peperiksaan mata pelajaran berkenaan di

sekolah-sekolah menengah teknik. Kumpulan sasaran utama bagi konsep

pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini ialah pelajar-pelajar yang

mempunyai pencapaian sederhana.

Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi menarik lebih

minat para pelajar untuk mengikuti aliran sains tulen terutamanya daripada golongan

yang berprestasi sederhana. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan

alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Tugas guru bukan sekadar membantu pelajar mengetahui objektif spesifik

sesuatu unit matapelajaran. Mereka haruslah memahami proses pengajaran dan

pembelajaran supaya mereka dapat menghubungkaitkan pembelajaran dengan

kehidupan seharian pelajar. Dahulu peranan seorang guru hanyalah sebagai

Page 50: fpk fpg

penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pengajarannya. Tetapi

sekarang peranan guru lebih kepada pemudah cara atau fasilitator dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk membantu perkembangan

potensi pelajar yang maksimum (Mohd Hanafi Kamal, 2001).

Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual adalah penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik,

Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan kerana ianya menggunakan

situasi dan kaedah yang paling berkesan dan bermakna kepada pelajar. Konsep

yang

disampaikan dalam situasi berkonteks yang spesifik di mana pelajar dapat

mengalami dan membuatnya sendiri dan ini menjadikan pelajaran Sains dan

Matematik lebih menarik dan mudah difahami oleh mereka.

6

Komponen utama yang boleh dilihat dalam pembelajaran kontekstual ialah

aktiviti hands on dalam konteks yang relevan pada pelajar. Sains dan Matematik

yang menggunakan kaedah konteks adalah suatu set bahan-bahan pengajaran yang

berkaitan terus kepada dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Modul-modul

pengajaran ini membantu para pelajar mendapat pendidikan secara mantap dan

kontekstual dan ini seterusnya membantu serta memotivasikan pelajar mencapai

kejayaan.

Jadi di sini penyelidik ingin mengetahui adakah guru-guru yang mengajar

mata pelajaran Sains dan Matematik memahami konsep pendekatan pembelajaran

secara kontekstual dan melaksanakannya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

1.3 Pernyataan Masalah

Pendekatan pembelajaran kontekstual yang diperkenalkan pada tahun 1997 di

sekolah menengah teknik (SMT), berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik. Pembelajaran kontekstual adalah kaedah

menggabungkan pengetahuan secara teoritikal dan praktikal. Menurut bekas

Perdana

Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Utusan Malaysia, 27 April 1999), penilaian

berasaskan sekolah mendapati prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains

meningkat

20 peratus dan bagi mata pelajaran Matematik pula, peningkatan yang dicatatkan

Page 51: fpk fpg

ialah 22 peratus. Oleh itu pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini adalah

sesuai untuk memenuhi kehendak perlaksanaan kurikulum (KBSR) dan (KBSM).

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan

pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah teknik di daerah

1. Johor Bahru.

2.

3. Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut

4. dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.

5. Pengenalan

6. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh

Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran

untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi "Mewujudkan

bangsa

Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan

boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara

kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan"

7. Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan

dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah

Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai

wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan

tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama

antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang

kepada kesejahteraan Negara.

8. SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah

harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi

memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat

beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan

utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai

prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu,

terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah

Page 52: fpk fpg

lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan

Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam

manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

9. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan

memperkasakan sekolah dengan :

CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA

* INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI

* PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI

* IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT

* SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M

* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN

PELANGGAN

* PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN

* MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL

* PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG

* PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG

* SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI

* BERASPIRASI NASIONAL

10.Definisi

11.Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat

toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik

yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.

Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh

masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi

perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd

mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan

dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan

12.sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu

proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan

memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.

Page 53: fpk fpg

13.Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat

Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh

Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s

105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia

sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju,

mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika

rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau

rintangan yang dianggap sebagai cabaran.

14.Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu

diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa

depan

masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

* Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu

* Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang

* Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang

* Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.

* Pembentukan Masyarakat yang Toleran

* Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju

* Pembinaan Masyarakat Penyayang

* Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial

* Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur

15. Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

* Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

* Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar

utama

* Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur

Page 54: fpk fpg

16.disiplin yang diingini

* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

17.keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur

disiplin.

* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

18.Rang Undang Undang Pendidikan 1995

* Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan

bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan

kebangsaan

* Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan

kebangsaan

* Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

19.Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum

20.Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi

21.perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:

22."Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud

hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini

dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa

dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang

besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta

melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

23. (Penyata Razak, perenggan

Page 55: fpk fpg

24.12, 1956)

25. .Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing

dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran

kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan

bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem

pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka

berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang

menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan

kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk

mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.

Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,

kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan

ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan

mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-

26. laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976.

Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan

Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman

Talib.

27.Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan

Pembangunan Negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

28.Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan

bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu

padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:

29."Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan

30.mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

31.keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Page 56: fpk fpg

32.Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat

Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan

dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang

sama

serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

33.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu

pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga

dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang

diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana

Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun

1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,

Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang

diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat

mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling

menghormati sesama manusia.ega

ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

34.Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun

melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada

16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan

sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

35.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras

strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan

kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah

negara maju.

TERAS STRATEGIK PIPP

* Membina Negara Bangsa

* Membangunkan Modal Insan

* Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

* Merapatkan Jurang Pendidikan

Page 57: fpk fpg

* Memartabatkan Profesion Keguruan

* Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

36.Membina Negara Bangsa

37.Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama

bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara

maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa

melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal

persekolahan

dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung

dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina

Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,

meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid

Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan

sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di

kalangan pelajar.

38.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

39.Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan

menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama

masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan

kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan

elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan

udibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan

staf sokongan mengikut keperluan.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem

pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi

negara. Matlamat KPM ialah

* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera.

* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Page 58: fpk fpg

Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:

Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar

bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau

agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan

bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang

sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan

kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung

(link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran

yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai

kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai

aktiviti.

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-

bagai bangsa dan latar belakang

* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran

* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu

* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah

melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti

lain di sekolah

* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah

beroperasi dengan jayanya iaitu :

* Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

* Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

* Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

* Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

* Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010

Page 59: fpk fpg

Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun

pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi

Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini

merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara

yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga

yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran,

berfikiran maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan

Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha

menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang

Martabat Negara.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem

pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi

tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah

40.Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem

pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti

mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar

dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar

tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.

41.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa

ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke

tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju

mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah

negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

42. Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

43.Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih

tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan

sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan

penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan

syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk

memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan

Page 60: fpk fpg

pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada

semua peringkat pendidikan.

44.Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah

mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.

Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.

Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan

pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai

kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa

masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah

faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang

menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup

disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan

bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

45.Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa

hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan

rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai

di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai

sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting.

Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk

mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan

pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-

langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat

perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam

pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

46.Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan

Memperkasakan

47.SekolahPelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh

48.dijalankan di

peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

49.Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan

2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Bin Hají Ahmad

Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah

Page 61: fpk fpg

menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan

tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan,

50.pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar

terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat

perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -

51.Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah.

Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila

dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut

dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta

dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan

seluruh rakyat Malaysia.

Sekolah Penyayang -

52.Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan

konsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda

Disayangi" dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan

Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang

cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan

menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan

perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan

sesama ibubapa para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat -

53.Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat

setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat

hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, gotong royong membersih

tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada

penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama

dari

pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -

54.Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti

pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah

Page 62: fpk fpg

dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program

RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari

sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan

sekolah-sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum.

Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang

pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini

adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul

secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum -

55.Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,

permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan

pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di

pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang

berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa

mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa

dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan

jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat

serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan

adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan

membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang

berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan -

56.Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena

memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan

peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit

Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah

adan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan

penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan

dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang

dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar

berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran "Jalur

Gemilang", hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan

Page 63: fpk fpg

esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan

perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat

dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat

daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam

menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah

berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,

bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan

kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar -

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke

tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka,

Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama

anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak,

asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai

acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti

perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan,

pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil

Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri

pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik

sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil -

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan.

Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah

dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan

bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan

dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan

kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi

undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang

dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya

berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil

perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan.

Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah

Page 64: fpk fpg

mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan

untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar

terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan

tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba

pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif

di sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku" dapat

diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang,

peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi

dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa

menghormati dan mematuhinya.

Hari Keluarga dan Sukaneka -

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan

beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan

melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan

dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan

perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga

sekolah.

Acara kebudayaan dan kesenian-Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan

kesenian rakyat boleh

diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban,

berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan

guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami

dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum

harus digalakkan.

Perkhemahan Bina Insan -

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta

sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari

pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya.

Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan

jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan

riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah

Page 65: fpk fpg

sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan

kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat

kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina -

Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program

yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang

dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai

pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan

selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat

membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum

dalam dunia sekolah yang kecil.

Sistem Rumah -

Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah

dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat

berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar

sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para

warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini

berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi

semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam

situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan

berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah

yang mempunyai semangat bersatu padu.

Aktiviti Riadah di luar sekolah -

Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai

program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia

Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang

disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan

Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al Hijrah, Larian Merdeka dan

sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai

kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih

mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama

Page 66: fpk fpg

masyarakat.

Tabung kebajikan -

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga

pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga

diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan,

Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang

perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari

keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan,

wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian

atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan

simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan

seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Kesimpulan

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang

terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan.

Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai

pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih

untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk

kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk

dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar

pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin

negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai

perpaduan.

Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"

yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman

"Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan

nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk

mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu

kaedah terpenting.

Page 67: fpk fpg

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem

pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi

negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu

padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan

kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran

Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara

pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini

dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-

usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah

bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di

Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju

Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti

pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari

wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang

terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum

sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama

medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri

pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan

pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

Page 68: fpk fpg

57.h sekolah seluruh Malaysia.

58.Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di

59.semua sekolah rendah.

60.Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang

61.serius kepada pembangunan kemanusiaan.

62.Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah

menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah

seperti yang ternyata dalam huraian matlamat

pendidikan sekolah rendah di bawah: