Upload
mohd-kasman
View
5.194
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
PENDIDIKAN ABAD KE -21
Pelajar
12/2/2012
Tugasan Kumpulan
A. TEORI PEMBELAJARAN
I) SECARA UMUM
Teori pembelajaran secara umum dapat dibahagikan kepada lima iaitu:
A. Teori Behavioris
Teori Behavioris menganggap pembelajaran sebagai satu perubahan
tingkah laku yang kekal. Ia juga melihat perhubungan antara tindakan
belajar dengan rangsangan yang memperkukuhkannya. Teori ini terdiri
daripada Teori Pelaziman Watson, Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Thorndike dan Teori Pelaziman Skinner.
a) Teori Pelaziman Watson
Tingkah laku adalah suatu gerak balas terlazim terhadap
rangsangan dan persekitaran. Watson juga mengatakan bahawa
tujuan psikologi yang utama ialah untuk meramal dan mengawal
tingkah laku manusia.
b) Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Prinsip-prinsip asas dalam teori ini ialah:
Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan
gerak balas.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan
yang lain akan mendatangkan pembelajaran.
c) Teori Pelaziman Thorndike
Teori ini berasaskan prinsip-prinsip berikut:
Terdapat kaitan yang rapat antara rangsangan dan tindak
balas.
Ganjaran/peneguhan positif mendorong manusia melakukan
sesuatu gerak balas/tindak balas.
Denda/peneguhan negatif menghalang manusia dari
melakukan gerak balas/tindak balas. Organisma bertindak
dalam persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang positif
kerana mendapat peneguhan positif.
d) Teori Pelaziman Skinner
Teori ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Individu bertindak balas terhadap persekitaran dan boleh
mengubah persekitarannya.
Unsur motivasi dipentingkan.
2
Jika sesuatu tingkah laku diingini, ia hendaklah diberi
peneguhan, maka tingkah laku yang dikehendaki itu
diperkukuhkan.
B. Teori Kognitif
Teori kognitif menyatakan bahawa tingkah laku seseorang
ditentukan oleh persepsi serta pemahamannya tentang sesuatu situasi
yang berkaitan dengan dirinya. Belajar merupakan perubahan persepsi
dan pemahaman yang tidak selalu dapat dilihat sebagai tingkah laku yang
nampak.
Tokoh yang terkenal adalah Piaget dan Bruner. Menurut Piaget,
perkembangan kognitif seseorang adalah satu proses yang bersifat
genetik. Oleh sebab itu, semakin meningkatnya umur seseorang itu
semakin komplekslah susunan sel-sel saraf dan juga semakin
meningkatlah kemampuannya dalam bidang intelek.
Manakala menurut Bruner pula, teori ini mementingkan pemikiran secara
logical dan pemikiran analisis dan intuitif. Bruner mementingkan aspek-
aspek berikut dalam teori penemuannya:
Satu suasana pembelajaran yang kondusif.
Mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan
yang
sistematik.
C. Teori Sosialis
Teori ini berasaskan peneguhan behavioris dengan psikologi
kognitif dalam pembelajaran sistematik. Teori ini menekankan
pembelajaran melalui proses pemodelan iaitu pembelajaran melalui
pemerhatian atau peniruan.
D. Teori Humanistik
Teori ini menekankan keunikan dan individualiti seorang murid.
Setiap individu adalah unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta
perhubungan yang khusus dengan orang lain. Ia memfokus kepada
kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.
E. Teori Konstruktivis
Teori ini memfokuskan kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara
pengajaran oleh guru yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia
banyak menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti
3
penyelesaian masalah. Teori ini berdasarkan proses di mana murid
membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid membina makna tentang dunia dengan melakukan sintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.
II) JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Teori pembelajaran ini
memfokus kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran guru yang
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Teori ini banyak menekankan
pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.
Teori ini berdasarkan proses-proses di mana murid membina pengetahuan
mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea
mereka sendiri mengenai hampir setiap perkara, di mana ada yang betul dan
ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak
ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap
kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti
yang dikehendaki dan diberitahu oleh guru mereka.
Pendekatan konstruktivisme telah dipratikkan sekiranya:
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu
konsep.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Pelajaran berpusatkan murid.
Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'.
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk
mengukuhkan kefahaman idea tersebut.
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
4
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan
teori.
Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari
jawapan.
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
Murid bekerja dalam kumpulan.
Menurut Piaget, keupayaan menguruskan maklumat dan pengetahuan
berlaku secara berperingkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif. Struktur asas ini dinamakan sebagai skema. Pengetahuan
dibina apabila maklumat diserap masuk dan disesuaikan dalam struktur kognitif
melalui proses adaptasi. Dua proses adaptasi adalah:
1) Proses Asimilasi
Asimilasi ialah maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri
persamaan dengan maklumat sedia ada (skema). Ia akan diserap dengan
mudah dalam struktur kognitif dan menghasilkan keseimbangan.
2) Proses Akomodasi
Akomodasi ialah maklumat baharu yang tidak mempunyai
persamaan dengan maklumat sedia ada dan akan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Maklumat baru
akan diserap masuk melalui pembacaan dan perbincangan sekaligus akan
mencapai keseimbangan.
Proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku sepanjang hidup. Proses
adaptasi akan semakin kompleks, skema juga akan menjadi kompleks. Skema
yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Melalui proses
adaptasi juga, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk
disimpan dan digunakan apabila perlu.
Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p
konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole
(1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk
menghasilkan senarai berikut:
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih,
tutor dan pemudah cara.
Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawal
5
pembelajaran.
Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan
pengetahuannya yang lalu.
Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar
mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian
matlamatnya.
Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di
mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
b) Teori Kognitif
1.0. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF-JEAN PIAGET
Paiget telah membuat penyelidikan tentang perkembangan bayi dan
kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau
merumuskan semua pengetahuan kanak-kanak berasal daripada aksi dengan
persekitaran dan dengan memberi interpretasi tentang aksi tersebut.
Berasaskan permerhatian beliau, beliau telah mengemukakan teori
perkembangan kognitif kanak-kanak. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh
Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan
pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi
tahap. Paiget telah menggunakan metadologi kajian klinikal dalam mengkaji
proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka
pada setiap hari semenjak lahir sehingga peringkat remaja.
2.0. KONSEP ASAS PIAGET
Piaget(1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan
kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya.
Ketika umur bayi, mereka akan mengenali sesuatu objek melalui skema. Skema
ialah satu struktur kognitif dan ia terkumpul lebih dari satu akan membentuk
schemata. Manakala, skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi.
Organisasi dapat didefinisikan individu mencantumkan skema mata yang sedia
ada untuk membentuk schemata yang baru. Adaptasi pula ialah perubahan
semata-mata semasa menemui objek, maklumat dan pengalaman baru melalui
asimilasi dan akodomasi.
6
Skema Pemikiran Mental Kanak-Kanak
Asimilasi
Seseorang mengintegrasikan sesuatu persepsi atau stimulasi ke dalam
tingkah laku.
Asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata tetapi ianya
mempengaruhi terhadap pertumbuhan skemata.
Akomodasi
Penciptaan skemata baru
Asimilasi dan akomodasi saling memerlukan di antara satu sama lain
untuk membolehkan seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan
baik.
Proses ini perlu bagi pertumbuhan dan perkembangan kognitif.
Tahap Perkembangan
1. Deria motor (0-2 tahun)
2. Pra-operasi (2-7 tahun)
3. Operasi konkrit (7-12 tahun)
4. Operasi formal (12 tahun ke atas)
Deria Motor
Tahap perkembangan awal kognitif kanak-kanak.
Pada peringkat ini, mereka mula mengenal keadaan sekeliling dengan
menggunakan deria dan gerak balasnya.
Mereka tidak boleh berfikir tetapi boleh mengetahui benda yang wujud di
persekitarannya.
Pra-operasi
Mereka mula mampu menggunkan bahasa yang mudah dan simbol untuk
menggambarkan sesuatu.
Pada tahap ini, mereka tidak mampu lagi untuk berfikir mahupun
membuat perbandingan.
Pemikiran mereka dikatakan terbatas kerana dipengaruhi oleh
persekitaran semata-mata.
Operasi Konkrit
Pada peringkat ini, mereka mula dapat mengenal pasti ciri-ciri bagi
sesuatu objek dan boleh mengklasifikasikannya.
Operasi Formal
7
Mereka telah memasuki peringkat pemikiran abstrak.
Dikatakan mereka boleh berfikir serta membuat keputusan dengan
sendirinya.
Malah boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan
masalah secara logik.
3.0. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori
pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif
merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini
juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini
menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak
membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori
pembelajaran kognitif ini ia sekaligus memberikan implikasi-implikasi kepada
proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.
Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran
murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman
yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang
demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak
semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan
mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman ataupun
pengetahuan yang sedia ada seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini
tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid
mengingat semula. Pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-
perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi
sehingga ia dewasa. Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif
yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori
8
mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu
mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.
Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut
memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika
memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan
dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia
akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari
selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.
Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi
disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat
Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, empat tahap perkembangan
kognitif dapat memberi gambaran kepada guru agar isi pelajaran yang
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak .Hal ini kerana, pengetahuan dan
kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing.
Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada
bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang
kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut
mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka
dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.
c) Teori Behavioris
1.0 Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah:
a) Pastikan maklum balas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin,
dan berbentuk spesifik.
b) Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan
keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya
menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.
c) Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya
pembelajaran.
d) Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya
tingkah laku yang tidak diingini.
9
e) Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid
yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.
f) Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.
g) Mementingkan peneguhan.
Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor
tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik
darjah. Antaranya adalah:
a) Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan
kerangka soalan (ransangan) – jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip
pedagogi, iaitu secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat.
b) Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum
balas hendaklah diberi serta merta.
c) Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda
berupaya memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka
akan menerima pengukuhan positif.
d) Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan
pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan
sebagainya
B. PENDIDIKAN ABAD KE-21
I) Pengenalan
Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung
kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan
dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada
pemuda-pemudi kita. Selanjutnya, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan
‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in
school’? (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa
yang dipelajari di sekolah.) Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Barangkali
kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu
ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya,
lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, pendidikan seharusnya mengupayakan
seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and
10
Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut
dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah dan semakin
menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).
Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On
Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang
hidup harus berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar
untuk tahu); ‘Learning to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live
together’ (belajar untuk hidup bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar
untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi
seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan
pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu.
‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang
membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu.
Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu
diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar
yang begitu banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring
dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk
buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi
merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani
situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam
pelbagai konteks sosial dan kerja.
Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita sendiri bahawa, tidak kira
betapapun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi,
politik atau aspek-aspek yang lain, kita hidup di atas planet yang sama. Lambat
laun, suka atau tidak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang
lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk
melatih ‘belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal-ehwal semasa yang
berlaku di sekitar kita. Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar,
pembentukan struktur pentadbiran, perjawatanan, sehingga ke pelaksanaan di
peringkat sekolah, dengan sendirinya menjadi satu model (sama ada baik atau
tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’.
Usaha membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dapat
diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain,
apresiasi kepada keperluan saling bergantung (interdependence), pengurusan
konfik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistik dan saling
kesefahaman yang mementingkan keharmonian.
11
Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu
digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, guru-guru,
ibu bapa dan masyarakat secara umumya, ada peranan untuk membimbing
mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang
dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih
merupakan persepsi yang diakibatkan oleh prejudis dan akan menjadi
berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu.
Keyakinan positif ini harus diberi, tidak kira tahap keyakinan diri kita, demi untuk
mencipta satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar
dapat hidup bersama.
Selanjutnya, ‘belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan
yang gigih ke arah membangunkan modal insan yang mempunyai keperibadian
yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat
penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai
tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu
seseorang itu berkembang dengan optimum. Sekali lagi, perkara ini merupakan
satu usaha padu yang mencabar, yang memerlukan koordinasi semua pihak dan
semua peringkat yang koheren dan realistik.
Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Juga,
semua sekolah mempunyai unsur-unsur yang berlainan yang kadang-kadang
menyebabkan kaedah acuan ala kilang tidak terlaksana. Tahap ‘autonomi’ yang
berpatutan diberi kepada sekolah akan mempengaruhi usaha untuk
menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid
melalui program mengikut acuan tersendiri. Saling kesefahaman tentang hakikat
ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan poses
‘belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘belajar
untuk menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi
ruang dan peluang untuk perkembangan individulistik dan tanpa melalui
‘centralised mass command’’ yang terlalu kerap.
Akhir sekali, yang paling mencabar ialah bagaimana merealisasikan
segala yang dinyatakan di atas supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada
amalan, amalan dijadikan budaya, budaya membawa kejayaan, seruan menjadi
realiti. Apa yang kurang daripada itu ialah retorik sahaja.
II) Kemahiran Abad Ke-21
12
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar
serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat bahawa yang
dimaksudkan dengan kemahiran abad ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun
disimpulkan di dalam baik-baik falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad
ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi,
kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya
Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang
mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited
dalam menguasai pelbagai bidang. Hal ini kerana seseorang pendidik untuk
sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan
sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai
kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang
cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.
Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu
‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains
(Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan
seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka
(guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa
mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia
menghadapi pelbagai cabaran.
Seterusnya pula ialah mengikuti perkembangan tentang dasar dan Isu
pendidikan semasa. Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa
mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar
serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada
profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu
diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus
membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
13
Dengan pengetahuan ini, seseorang guru yang efektif akan sentiasa menerima
perubahan bagi membentuk cara pengajaran yang baru seiring peredaran masa.
Kemahiran dalam pedadogi atau pengajaran dan pembelajaran juga
ditekankan dalam membentuk kemahiran abad ke 21. Hal ini merupakan
kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi
berkemahiran abad-21. Hasrat ini juga bergantung kepada kecekapan seseorang
guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah
berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional di mana
sistem pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada guru sahaja
atau teachers-centred.
Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini,
seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi
teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya pembelajaran
berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru
mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif
kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Sebagai guru yang baru guru
harus mencuba pelbagai kaedah seperti pengunaan Blog, Wikipedia, Google,
Facebook, Twitter dan sebagainya untuk pengajaran yang lebih moden lagi.
Kemahiran seterusnya pula ialah guru harus mahir dalam menggunakan
teknologi terkini. Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan
mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi
maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja
dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi
juga bagi menyelesaikan pelbagai urusan seharian. Dalam pendidikan, guru
boleh mengunakan komputer dalam pengajaran dengan mengunaakan Power
Point dalam kelas. Pengunaan Power Point ini boleh direka dengan penuh kreatif
bagi menarik minat pelajar. Guru yang mahir juga boleh mengunakan gambar
yang banyak dan gabungan warna yang mernarik untuk memastikan kehadiran
100% pelajar dalam kelas nanti.
Guru juga boleh cuba menerapkan nilai-nilai murni atau akhlak di dalam
kelas. Nilai-nilai murni atau beretika merupakan satu elemen ini sangat penting
dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan
dan keharmonian sesebuah negara. Di samping pendedahan kepada teknologi,
14
seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan di sekolah. Dalam mengejar
pemodenan system pendidikan, hubungan sesama insan atau nilai-nilai murni
tidak boleh dipisahkan bagi menbentuk satu genarasi yang cukup seimbang. Hal
ini penting kerana hubungan sosial sangat diperlukan kerana kebanyakan pelajar
abad ke 21 tidak mahir dalam hubungan sosial. Jadi guru harus memikirkan
pelbagai cara dalam meningkatkan hubungan sosial ini supaya pelajar di negara
kita mampu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam meniti arus pembangunan yang
semakin maju.
III) Guru Abad ke -21
1.0 Pengenalan
Profesion guru pada zaman kini mempunyai beban tugas yang begitu
mencabar. Menurut Arend(2001) telah menyatakan bahawa guru-guru pada era
teknologi maklumat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam
proses pengajaran dan berperanan untuk membentuk yang akan diterima oleh
pelajar.
Guru yang baik akan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan
kepadanya. Sebaliknya, guru yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan
amanah yang diberikan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru-guru dalam abad ke-
21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta, kemantapan
idealisma dan kekuatan diri. Profesioanlisma dan disiplin kendiri yang positif
akan menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru
(Mohd Najib:1999).
2.0 Ciri-ciri guru Abad ke - 21
1. Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK).
Ø Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang
positif dan melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi dalam
pelbagai bidang.
15
2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran &
Pembelajaran)
Ø Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi
kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami
konteks persekitaran bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru
dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan
pedagogi subjek, pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan
terhadap pendekatan P&P yang digunakan.
Ø Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi
kukuh, illustrasi menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan
jelas, dan bermakna amat penting agar isi pelajaran dapat
difahami pelajar dengan mudah.
Ø Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman
ataupun pengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru
(teacher-centred). Sebaliknya, guru perlu bijak untuk
mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi
kesan positif terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar.
3. Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.
Ø Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti
perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan
tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan
memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan
ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa
sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang
berkualiti dan berkemahiran.
16
Ø Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian
lepas dan terkini bagi mengemaskini pengetahuan dan
kemahiran P&P guru. Guru boleh mengaplikasikan teknologi
maklumat(ICT) semasa P&P melalui Program SLE ( Smart Learning
Environment) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan
guru terhadap penggunaan ICT.
4. Menguasai pelbagai bidang.
Ø Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia
menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai
dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai
kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan
guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.
Ø Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai
pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan
pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang
berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai
cabaran.
5. Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak)
Ø Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga
harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di
dalam hubungan sesama masyarakat. Guru harus mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni
supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara
tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.
3.0 Ciri-ciri Guru berkualiti:
Bertindak Menyebar ilmu.
Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’.
Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu.
Mengamalkan kemahiran professional.
17
Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan.
Mengamalkan pengajaran efektif.
IV) Pelajar Abad Ke 21
Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja pada era ini, kebanyakan dari
kita memang tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung
kepentingan kemahiran abad ke-21. Secara ringkasnya, pendidikan atau
pembelajaran abad ke-21 berkitar pada pendapat bahawa persekolahan selama
150 lalu ialah ciptaan abad ke-19. Persekolahan kita harus diubah seiring dengan
permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran yang direka
untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi
perindustrian perlu pemikiran baharu.
Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang
yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan
teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut
memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-
ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan
mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT).
Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada
pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca,
menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru
memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta
mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era
digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu
pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu
dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan
projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan
komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai
projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi
18
pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau Blog. Sumber terbaik
bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan
peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity
(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter,
enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti
Wikipedia dan YouTube.
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar
memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh
berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan
di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di
kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula
program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah
pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan
amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah
pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama.
Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah
sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid
untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang
mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan
pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah
pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung
semata-mata kepada persekitaran.
C. PENGENALAN WEB
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001 adalah generasi pertama
web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat
satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi
pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi
komen atau pandangan. Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau
Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan
internet menjadi semakin mudah untuk digunakan. Waktu itu potensi laman
19
web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti
amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Web 1.0 adalah
merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world
wide web, atau ada yang menyebut web 1.0. sebagai www itu sendiri yang
banyak digunakan dalam situasi web yang bersifat personal. 1Beberapa ciri
atau karakteristik web 1.0. adalah:
1. Merupakan halaman web yang statis atau hanya berfungsi untuk
menampilkan.
2. Halaman masih di desgin sebagai html murni, yang ‘hanya’
memungkinkan orang untuk melihat tanpa ada interaksi.
3. Biasanya hanya menyediakan semacam buku tamu online tapi tidak
ada interaksi yang intense.
4. Masih menggunakan form-form yang dikirim melalui e-mail,
sehingga komunikasi biasanya baru satu arah.
Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 tidak dapat dikenal pasti dengan
jelas memandangkan ianya tidak mempunyai satu pembeza atau faktor yang
teguh antara satu sama yang lain. Ianya tidak seperti yang dapat kita lihat
pada perbezaan versi atau siri satu-satu perisian. Secara realitinya, web 2.0
merupakan satu ungkapan yang menerangkan perubahan penggunaan laman
web, cara dan corak interaksi pengguna dengan laman sejak bermulanya sejarah
internet.
Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya
pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan
paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya
menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan
kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain
menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan
sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan
berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang
dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku
di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang
halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan
1 http://jr-hiezkia.blogspot.com/2011/08/perkembangan-teknologi-web-10-web-20.html
20
negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun
hanya secara maya.
Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan
pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan
satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web
1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna.
Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan
fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka
seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung
menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi
pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra
pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia
mengandungi ciri-ciri ‘apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’
(WYSIWYG – What You See Is What You Get). 2
Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004.
Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu
O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang
merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan
kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa
sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis
perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan
web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula
kandungan dan sebagainya.
Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang
mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar
web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast,
Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter
dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang
membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia
ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung
semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain
View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di
2 http://hairilhazlan.com/2009/apa-itu-web-1-0-2-0-dan-web-3-0/
21
Malaysia malah pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time
Magazine's 50 Coolest Websites 2004 dan Coolest Inventions 2003.
Web semantik atau web 3.0 merupakan next generation web (web
generasi akan datang) yang mempunyai pautan dengan laman web www.
"Biasanya laman web menggunakan HTML manakala web semantik pula RDF
atau OWL dan memerlukan satu proses terjemahan untuk mengubah HTML
kepada RDF atau OWL," katanya. Teknik menterjemah HTML ke RDF atau OWL
boleh dilakukan sama ada secara manual, semi auto atau automatik.
Bagaimanapun, semantik web tidak akan menggantikan laman web www kerana
ia menggunakan pautan web www. Dr. Dickson menambah, teknologi semantik
boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, kesihatan,
pendidikan dan pengumpulan data. Manakala dalam pendidikan pula, web
semantik boleh digunakan sebagai landasan e-learning versi 3.4 berbanding
versi 2.0 sekarang. Jika dibandingkan versi 1.0 hanya memberikan maklumat,
versi 2.0 pula bukan saja memberikan maklumat tetapi juga berinteraksi seperti
laman web YouTube, Myspace dan Flickr. 3
Versi 3.0 pula merupakan aplikasi teknologi semantik dalam dunia web
yang melibatkan pencarian pintar dan aplikasi vertikal. Versi 3.0 merupakan
teknologi semantik yang telah dibangunkan tahun lalu sebagai persediaan bagi
ujian pada suku ke tiga tahun ini. Web 3.0 juga dikenali sebagai "web Semantik".
Ia termasuk beberapa teknologi untuk mengatur dan menstrukturkan data. Anda
boleh mencari di internet untuk membuat ia boleh didapati dan boleh digunakan
oleh program-program dan terima kasih perisian kepada sistem metadata.
Tujuannya adalah untuk membuat web dibaca oleh mesin dan bukan sahaja oleh
manusia. Ia bermula dengan Rangka Kerja Perihal Sumber (RDF) yang
memberikan spesifikasi seperti model data metadata. Ia juga merupakan Bahasa
Web Ontologi (OWL) dan catatan seperti RDF Skema (RDFS) serta SVG (Grafik
Vektor Diskala) adalah antara web 2.0 dan web 3.0. Banyak laman web yang
sudah menggunakan teknologi ini untuk memaparkan kandungan animasi.
3 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm&arc=hive#ixzz2DcWb2yZB © Utusan Melayu (M) Bhd
22
Animasi Flash sudah mengambil kesempatan daripada teknologi ini untuk
menyampaikan kandungan animasi maju tanpa berat "fail filem" yang biasa.
Platform e-learning yang diaplikasi daripada web semantik akan mengambil kira
sifat dan ciri-ciri seorang pelajar.
Pelajaran yang diajar secara e-learning ini berasaskan kognitif profil
seseorang pelajar sama ada pintar, pertengahan atau lembap. Semua profil
pelajar akan disimpan dan dianalisis sebelum disesuaikan dan diaplikasikan
kepada pelajar seperti animasi, arahan serta pelbagai konsep. "Konsep
pembelajaran ini ibarat membekalkan setiap pelajar seorang guru yang boleh
membimbing mereka," katanya yang membanding dengan sistem pembelajaran
sekarang, sebagai satu kurikulum untuk semua pelajar. Dalam peperiksaan pula
pelajar akan dibahagikan mengikut peringkat dan soalan yang diberikan.4
Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi web simbiotik
adalah bahawa sekali metadata adalah dianjurkan (web 3.0), manusia dan mesin
boleh berinteraksi dalam simbiosis. Maksudnya bahawa kita akan dapat
membina lebih kuat antara muka seperti antara muka minda dikawal bagi
contoh. Tetapi mari kita jelas, web 4.0 adalah masih idea bawah tanah dalam
kemajuan. Web 4.0 tidak ada definisi lagi. Orang juga bercakap tentang
kecerdasan web OS, ambien, kecerdasan buatan. Tidakpun disebut pada
konsortium web dunia yang luas, kita mungkin perlu menunggu beberapa tahun
sekurang-kurangnya sebelum melihat mana-mana web 3.0 dan lebih lama untuk
melihat web 4.0.
4 http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003
23
24