46
1.0 Pengenalan Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran. Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk menentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan 1

Full Assignment

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Full Assignment

1.0 Pengenalan

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut

acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial,

keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah

untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran

mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang

bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yang

berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan

bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan

bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan

dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkan bidang

pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan, dan

perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat

pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untuk menentukan

tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan

cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif

membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan

perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.

Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu

pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru

menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat

perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan

dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B.

Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pendidikan

Malaysia juga telah melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk

sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati

ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Bidang pendidikan pada masa

1

Page 2: Full Assignment

kini telahpun berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,

sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan negara

serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi

profesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem dan

perundangan pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas

pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan profesionalisme guru

dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan

profesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan

dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang

rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion

keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber

utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam

pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru

harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan

pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri

memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.

Oleh itu, perundangan pendidikan yang mantap dan berkesan dapat member impak

yang sangat besar dalam profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan

keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan profesion peguruan juga,

perundangan pendidikan seharusnya digubal dengan penuh teliti dan mengambil kira

peredaran zaman dan masa supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan arus

permodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini, peranan guru amatlah

penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang sempurna kepada anak bangsa

yang bakal meneraju masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam

memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin kelancaran untuk masa

depan negara.

2.0 Konsep & pengertian

Menurut Kamus Dewan (2005) perundangan merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan

undang- undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat

2

Page 3: Full Assignment

sendiri sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-

undang yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara. Manakala ‘profesion’ ialah pekerjaan

terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam

bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Cemerlang’ pula

ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang. Dari kedua-dua pengertian

tersebut, ia memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah,

jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya

kepada generasi pelajar. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang

cemerlang, maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran

Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat ,

pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem

pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman , boleh

dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab

memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara

dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahap pendidikan

berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan

pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang dilaksanakan pihak

kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa perubahan berterusan

dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan yang telah dikeluarkan

pada tahun 1996 dan 1997. Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran

dan rintangan perlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama adalah

tanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari ibubapa

yang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap pendidik

apabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang diceburi

terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.

3

Page 4: Full Assignment

Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah Akta

Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu akta

untuk mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplin

pendidikan. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan

kebangsaan.

Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini

mengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di

peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan pendidikan

teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuat bagi

membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni selaras

dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global dan memfokuskan

teknologi maklumat.

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran

1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru ia menampilkan

kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada

perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan

kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkan yang masih

relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang digubal

setelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan konsep sistem

pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari

peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori

sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

3.1 Isu 1: Etika profesion keguruan

Dalam kamus dewan etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah

laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip

moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang

tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,

4

Page 5: Full Assignment

perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab

( kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat

penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri

seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi

yang baik dan Berjaya.

Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang

cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu mempunyai

kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami dan dikuasai murid.

Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara aktif akan menjadikan corak

pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid diberi perhatian dan dibantu bagi

mengatasi kelemahan masing-masing dan meningkatkan prestasi mereka dari sudut

peningkatan kemajuan akademik, tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun

tingkah laku mereka sendiri.

Guru pelu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian besar masa

guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat umumnya mengharapkan

guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah laku yang baik, rajin, bermoral tinggi

dan tidak melanggar norma-norma masyarakat.

Menurut Abd Rahim (2000), guru yang professional memerlukan mutu personal yang

sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi sahsiah dan

sikap, minat, kretiviti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-sifat kepimpinan,

pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang istimewa yang boleh

meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu personal guru memberikan kesan

buruk dan menjejaskan mutu dan keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang

kurang komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab penyebabkan imej guru dipandang

rendah oleh masyarakat.

Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk generasi masa

akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda yang terhasil daripada

sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan kesinambungannya pada masa akan datng.

5

Page 6: Full Assignment

Walaupun dilanda pelbagai perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru

seharusnya mampu untuk menjadi individu yang boleh bersaing di pesada dunia dan

menjadikan perguruan ini sebagai profesion yang sama dengan bidang kerjaya yang lain.

Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi pendidikan, maka

adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa ditambah nilai dan diasah

sesuai dengan perkembangan semasa. Menyatakan bagi menggunakan sumber manusia yang

ada secara berkesan, sesebuah organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia

untuk belajar pada setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang

mengetahui bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap

peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah mengubah

persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau bila perlu sebaliknya

menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau sepanjang hayat (long life

learning).

3.2 Isu 2: Percanggahan tiga pihak (guru, ibubapa dan pelajar)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha memartabatkan profesion perguruan

terdapat isu atau masalah yang timbul iaitu isu percanggahan antara ibu bapa, guru dan

pelajar itu sendiri. Guru merupakan “orang kedua” bagi pelajar selepas ibu bapa. Tugas dan

peranan seorang guru bukan sahaja mendidik, membimbing, dan mengajar pelajar tentang

ilmu-ilmu pengetahuan malah berfungsi sebagai pembentuk sahsiah dan peribadi seseorang

sehingga menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara kelak. Namun

mampukah guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri merealisasikan impian murni untuk

memartabatkan profesion perguruan sedangkan ketiga-tiga pihak yang berkenaan saling

menuding jari dan menghadapi masalah percanggahan dalam menyelesaikan sesuatu isu?

Misalnya kita sering terbaca, terpandang dan terdengar isu-isu yang berkaitan dengan

masalah disiplin pelajar sama ada di media massa mahupun media elektronik yang menjadi

bahang bicara ke arah memartabatkan profesion perguruan. Buktinya, masalah seperti kes

pelajar yang menendang guru. Kejadian ini berlaku di Kangar, Perlis iaitu seorang guru yang

mengajar mata pelajaran fizik di salah sebuah sekolah menengah mendakwa diserang oleh

sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali di perut oleh salah seorang pelajar di

6

Page 7: Full Assignment

dalam bilik darjah sekolah terbabit. Hal ini dikatakan berlaku kerana guru yang mengajar

subjek fizik tersebut (Cikgu Azahana Ibrahim yang berumur 27 tahun) menegur seorang

pelajar perempuan berhubung kelewatan menghantar tugasan yang diberikan.

Kejadian seperti ini akan menimbulkan konflik antara ibu bapa dengan guru kerana

sudah tentu ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka akan mempertahankan

anak-anak mereka walaupun mereka tahu kesalahan itu sebenarnya berpunca dari anak

mereka sendiri. Hal ini didorong oleh perasaan ibu bapa yang tidak mahu menerima kritikan

bahawa mereka gagal mendidik anak-anak mereka. Tambahan pula sikap anak-anak yang

memberikan keterangan palsu terhadap kes-kes seperti ini mendorong ibu bapa untuk lebih

mempercayai anak mereka berbanding guru yang mengajar. Oleh itu timbullah percanggahan

pendapat dan perbahasan antara guru dan ibu bapa terhadap sikap anak-anak yang tidak tahu

menghormati guru.

Tetapi kita tidak boleh pula menyalahkan pelajar semata-mata kerana terdapat juga

dalam kalangan guru yang bertindak sewenang-wenangnya seperti berkelakuan di luar etika

perlakuan seorang guru yang sebenar. Misalnya kes seperti yang berlaku di Kulim, Kedah

baru-baru ini. Kejadian berlaku pada 8 Februari 2010 di sebuah Sekolah Menengah (SM)

Lubuk Buntar iaitu seorang pelajar perempuan dipukul oleh seorang guru lelaki hanya

disebabkan oleh isu minyak wangi. Pelajar perempuan yang berusia 13 tahun itu mengalami

bengkak pada bahagian kepalanya akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan

menggunakan buku teks hanya kerana perbuatannya menegur sama ada guru itu memakai

minya wangi atau tidak. Pelajar perempuan itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar

kerana luka yang dialaminya agak parah.

Ibu bapa yang merupakan perantara di antara guru dan pelajar mempunyai alasan

yang tersendiri untuk mempertahankan anak mereka disebabkan isu yang berlaku dalam

profesion pendidikan. Percanggahan yang berlaku ini menjadi duri dalam daging ke arah

memartabatkan profesion perguruan. Masing-masing mempunyai hujah dan pendapat

tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga kadang-kadang ketiga-tiga pihak

sukar untuk mendapatkan kata putus dan keputusan yang memuaskan hati pihak yang

terlibat.

7

Page 8: Full Assignment

3.3 Isu 3: Status guru dalam pandangan masyarakat

Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan,

guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan guru pula berkaitan

dengan guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan

yang universal selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara

yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh

bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu tersebut.Pada awal tahun 60-an, guru

dianggap sebagai insan yang terpilih untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat

setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan

negara. Pada masa ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan

ilmu kepada masyarakat.

Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut pandangan

sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan yang terakhir.

Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat, Dr. Abdul Rahman

Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion perguruan adalah disebabkan

pandangan sesetengah individu yang menganggap kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada

golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Apatah lagi dengan timbulnya pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: “Those who can,

do: those who can’t teach”.(yang membawa maksud, mereka yang tahu akan melakukan:

mereka yang tidak dapat melakukan, akan mengajar adalah digolong dalam kategori orang-

orang yang tidak tahu melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat

pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan

lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka boleh menjadi guru sandaran

atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik

dari guru yang sedia ada. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku

masalah dalam masyarakat. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat

dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh

para pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, eragama dan beretika tinggi serta

8

Page 9: Full Assignment

penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin,

bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan dan seterusnya

masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu

untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang

tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak

mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001).

3.4 Isu 4: Beban tugas guru

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan “pendidikan sebagai

usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan

untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.” FPK ini jika dihayati sepenuhnya

menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu

berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar.

Secara amnya, guru dianggap sebagai ‘pakar’ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et

al.2002)

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang

melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan

mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara

yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban

tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira. Begitu juga

setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru

tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi

akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa

kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd. Rahim 1997).

Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas

yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan

9

Page 10: Full Assignment

ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan.

Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan

dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru

perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan

tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada

guru yang berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka

sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh

memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.

Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman

yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat

dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras dengan

perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran,

kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu

memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat

sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru

memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu

membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid,

menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat,

menghadiri kursu dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas

sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal

ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan

ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan kerja

guru bukan sahaja mengajar tetapi juda melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran,

menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan guru (PIBG).

Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru

memerlukan kompetensi pengurusan masa sbagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang

baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan perngurusan dengan cara yang

berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

10

Page 11: Full Assignment

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah

menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya

ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”.

Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang

keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang

guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul

Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu

mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan

emosi guru.

4.3 Cabaran 1

Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan di sekolah berjalan dengan

lancar. Guru sepatutnya mempunyai potensi dalam mendidik pelajar relevan dengan zaman

dan keadaan sekarang. Robiah sidin(1994) ada mencadangkan beberapa kriteria yang

sepatutnya ada pada seorang guru agar bersedia dalam mengajar dan mampu mengajar

seiring dengan perubahan zaman. Kriteria yang disenaraikan ialah Berupaya memimpin

perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas,mengutamakan daya pengeluaran tinggi

dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengikuti peredaran masa, memahami perkembangan

teknologi dan mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif.

Omar Hashim (1991) pula berkata bagi guru itu dapat melaksanakan kurikulum

dengan baik dan sesuai dengan perubahan zaman, guru perlu mempunyai ciri-ciri seperti

yang beliau nyatakan iaitu para guru harus mempunyai bekalan yang secukupnya dari segi

kemahiran dan pengetahuan. Guru kini mestilah boleh menjadi pendidik serba boleh serta

lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta

komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.

Guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehan dalam menggunakan ICT bagi

meningkatkan lagi profesionalisme guru tersebut. Penguasaan dalam bidang ICT sangat

penting kerana dunia kini merupakan dunia tanpa sempadan. Perkembangan sains dan

teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.

Bagi mengekalkan kualiti guru, guru hendaklah sentisa berusaha untuk mengaplikasikan IT

dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan agar guru sentiasa

mengemaskini sistem maklumat dan mengemaskini sistem kemahiran computer. Orinstein

11

Page 12: Full Assignment

dan Hunkins (1998) berkata cabaran guru dalam meningkatkan profesionalisme guru itu

sendiri sebenarnya banyak berkaitan dengan tumpuan dan cara guru itu menyampaikan ilmu

kepada pelajar.

Selain itu, seorang pendidik itu seharusnya menguasai penggunaan Bahasa Inggeris.

Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas memerlukan guru untuk menguasainya

dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dari masa ke semasa. Penggubalan semula

KBSR dan KBSM untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris memerlukan guru agar lebih menguasai dan mempraktikkan dalam komunikasi

antara guru mahupun sesama pelajar itu sendiri.

Guru merupakan contoh kepada pelajar. Akhlak dan kualiti guru adalah sangat

penting dalam memperbaiki akhlak pelajar. Pelajar sangat menghormati guru yang berakhlak

mulia kerana guru adalah sumber ilmu dan semangat mereka. Guru juga akan dijadikan

contoh yang baik kepada mereka. Bagaimana pula jika guru menunjukkan sikap yang kurang

baik kepada pelajar? Sudah tentu generasi pelajar itu akan sama seperti guru tersebut. Ini

akan mencerminkan sikap guru yang tidak berakhlak dan mempunyai sahsiah atau moral

yang baik.

Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan

lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antara peranan lain guru ialah

memberikan ilmu yang cukup dari segi jasmani mahupun rohani kepada pelajar bagi

mengembangkan potensi diri dan dapat ilmu yang disampaikan dapat berfungsi dengan baik.

Guru adalah pendidik dan mursyid disamping menyampaikan ilmu. Maka guru perlulah

memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai

pendidik (Al Ghazali, t.t).

Guru mesti mempunyai kebersihan peribadi iaitu dari segi percakapan, perlakuan,

tindakan atau perasaan. Kebersihan meliputi jasmani dan rohani. Guru juga mestilah bebas

daripada perasaan hasad dengki,riak, tamak, pemarah dan sebagainya. Hati seorang guru

yang menyampaikan ilmu mestilah bersih dan ikhlas. Ini kerana keikhlasan seorang guru

dalam menyampaikan ilmu terpancar melalui tindakannya.

4.2 Cabaran 2

12

Page 13: Full Assignment

Perkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini menjadikan bidang pendidikan

semakin bertambah canggih dan mencabar. Keadaan ini seterusnya menjadikan pengurusan

di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula masalah sekolah turut bertambah

berikutan pertambahan pelajar di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan

persediaan seorang guru untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang

sering berubah. Salah satu cabaran dalam memartabatkan profesion perguruan adalah sekolah

yang berkualiti.

Sekolah berkualiti memerlukan satu usaha pembangunan sumber pendidikan seperti

guru dan prasarana untuk sekolah melalui beberapa pendekatan yang strategik. Antara

cabaran tersebut adalah penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini

untuk semua peringkat sekolah dan program pendidikan mengikut perancangan dengan

memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia tercapai. Selain itu, peningkatan

keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta

iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja boleh diperolehi

daripada buku teks semata-mata malah boleh didapati melalui jaringan internet dan juga

kemudahan multimedia turut menjadi cabaran dalam menghasilkan sekolah berkualiti.

Bukan itu sahaja, dalam memartabatkan prosfesion perguruan, guru itu sendiri

berhadapan dengan cabaran untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam

bidang pendidikan khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran, pembelajaran dan

penguasaan supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan.

Misalnya untuk meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha untuk

meningkatakan taraf profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan

penyelidikan tindakan kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,

menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan

kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih efesien.

4.3 Cabaran 3

Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang rendah adalah kerana

pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena yang biasa berlaku sekarang

13

Page 14: Full Assignment

ialah para guru menunggu bas manakala murid menunggu pemandu peribadi mereka untuk

pulang apabila selesai sesi persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan

amat biasa murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik

menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang rendah oleh

pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap ibu bapa yang

menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media

juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul peljar sering dipilih untuk

dijadikan tajuk utama bagi media massa. Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan

penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka

lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera.

Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasionl dan tidak adil bagi para guru. Media massa pula

sering berpihk kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Pihak media massa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat

melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media massa Cuma mengutamakan

keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yan

dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan yang sering digunakan ialah ‘cedera’.

Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa

sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita

apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengr berita dari

media massa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu

dipukul. Kenapakah keadaan ini mesti berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat

para media massa begitu juga dengan masyarakat umumnya. Perkara ini secara tidak lansung

menjatuhkan status guru dalam pandangan masyarakat kini.

4.4 Cabaran 4

Jumlah pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan salah satu beban

yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan pelajar

baru semakin bertambah dan secara tidak lansung mewujudkan suasana bilik darjah yang

melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Dengan itu maka wujudlah rungutan daripada pelajar

14

Page 15: Full Assignment

berkenaan dengan situasi pembelajaran yang kurang selesa. Bilangan guru yang tidak

mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban

guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang

terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat

memberikan tumpuan sepunuhnya ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Akibat

terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup

untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang seterusnya.

Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara

rasmi di seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran

suara rungutan daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban

tugas mereka pada hari ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga

mendakwa bahawa KBSM yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka

bertambah, di mana jumlah waktu mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan

mereka terpaksa pulang lewat ke rumah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh

Shafie (1994), mengenai kesan KBSM ke atas beban tugas guru beliau mendapati bahawa

sejumlah 90% dalam kalangan responden mengatakan bahawa KBSM itu adalah

membebankan khususnya dari segi persediaan guru. Mereka berpendapat bahawa KBSM

terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia sangat menyusahkan, menghabiskan

banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa bahawa KBSM menambahkan

tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan perlaksanaannya.

Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan.

Situasi ini sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam,

memeriksa kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas

intensif dan sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat

digunakan oleh guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka

dikehendaki bertugas lebih masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut

Shahbudin (1986), cuti guru yang terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih

kurang 33 hari sahaja dalam setahun. Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar

para guru semakin berkurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan dilaksanakan

ketika waktu cuti persekolahan.

15

Page 16: Full Assignment

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan

pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian

membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan

terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul

Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan

dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada

pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat

kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini

bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah

murid” (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-

aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru

dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa

tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-

guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut

kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah

44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu

(jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih

memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti

mengajar dan menyemak latihan buku pelajar.

5.1 Pendekatan 1

Syarat pemilihan guru sepatutnya diperketatkan lagi. Selain itu, kriteria pengambilan guru

juga perlu diambil kira dengan lebih lagi. Calon boleh diuji melalui Ujian Pemilihan Calon

Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test-MTeST). Selain itu, temuduga individu

dan berkumpulan juga dilaksanakan dan menguji kebolehan calon menguasai bahasa inggeris

melalui ujian bertulis Bahasa Inggeris.

Selain itu juga, syarat tambahan bagi Kursus Lepasan Ijazah(KPLI) hendaklah yang

bersesuaian dengan keperluan opsyen. Calon juga hendaklah seorang yang aktif dalam

kokurikulum dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

16

Page 17: Full Assignment

Bagi pemilihan calon lepasan Sijil Pelajran Malaysia SPM pula hendaklah sekurang-

kurangnya mendapat enam kepujian pada peringkat SPM untuk subjek bahasa melayu,

bahasa inggeris, matematik atau matematik tambahan, sains atau sain tambahan, sejarah,

fizik atau kimia atau biologi atau kejuruteraan awam atau elektronik dan eloktronik atau

elektrik atau kejuruteraan mekanikal atau lukisan kujuruteraan atau teknologi kejuruteraan

dan satu mata pelajaran lain. Calon juga hendaklah Berjaya melepasi ujian Inventori Sahsiah

Guru dan melepasi ujian-ujian lain yang diberikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia KPM menaik taraf maktab perguruan kepada Institut

Perguruan Guru IPG yang menawarkan program pada peringkat sarjana muda pendidikan.

Selain itu, KPM juga membentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan

mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Mereka member penekanan elemen

baru kepada guru dalam kurikulum pendidikan guru dan membangunkan infrastruktur yang

meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT dan

sebagainya. Latihan dalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan pastoral

care juga diberikan. KPM juga memastikan setiap IPG mempunyai penkhususan dalam

bidang tertentu. Contohnya bidang Teknologi Maklumat, Bahasa, sains, Matematik dan

banyak lagi. Guru juga mesti diberikan penekanan dalam Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) bagi menjadikan guru sebagai penyelidik dan menjadikan budaya menyelidik sebagai

sifat mereka. Kerjasama anatara KPM dan IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan

haruslah dieratkan agar dapat memastikan kurikulum pendidikan yang digubal menepati

kehendak dan keperluan sistem pendidikan Negara.

5.2 Pendekatan 2

Pelan Induk Pembanguan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007

adalah merupakan sebuah pelan perancangan pendidikan yang bersepadu, komprehensif, dan

menyeluruh serta memberi penekanan terhadap memartabatkan profesion keguruan.

Antara lain dasar dan matlamat  memartabatkan profesion perguruan adalah dengan

meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Bagi mencapai dasar dan

matlamat tersebut,  fokusnya adalah seperti menambah baik sistem pemilihan guru,

17

Page 18: Full Assignment

memantapkan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran

kerja dan kebajikan guru dan memantapkan perancangan  dan pengurusan sumber manusia.

Dasar dan matlamat yang telah digariskan adalah bersesuaian dengan perkembangan

dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan pada hari ini yang menuntut

perubahan perspektif masyarakat terhadap profesion keguruan. Masyarakat hari ini

menganggap guru bukan satu kerjaya tetapi mereka melihat guru sebagai insan yang

berkualiti, berketrampilan,  berkewibawaan, berkelayakan, berminat, beriltizam dan berjiwa

pendidik.

Program latihan perguruan telah diberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek seperti

mengetatkan syarat dan kriteria pengambilan guru. Calon-calon guru akan melalui proses

saringan seperti Malaysian Teachers Selection Test (M-Test), pencapaian Inventori Sahsiah,

Keguruan (INSAK), temuduga, ujian kesihatan, tapisan keselamatan dan mendapat

kecemerlangan pencapaian akademik. Selain usaha mengetatkan syarat kemasukan calon

guru, kementerian juga sedang dalam peringkat akhir menyediakan Standard Guru Malaysia

(SGM) sebagai rujukan piwaian kualiti guru di seluruh negara. SGM mengandungi dua

komponen standard ( nilai  dan amalan profesional keguruan, pengetahuan dan kefahaman

berkaitan bidang keguruan serta kemahiran P&P dan komponen keperluan) latihan meliputi

kelayakan memasuki program dan latihan, penaksiran dan penilaian, kolaborasi, infrastruktur

dan infostruktur.

Bermula 6 Mei 2006, Maktab dinaikkan taraf menjadi IPG dan ini diharapkan dapat

melahirkan guru-guru yang berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi

pendidik. Antara usaha memantapkan profesion ini termasuklah menaik taraf maktab

perguruan kepada Institut perguruan Guru (IPG). Dalam usaha meningkatkan jumlah guru

siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan untuk

melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil dan

diploma. Penaiktarafan maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk

meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah mampu memartabatkan profesion

keguruan. Guru yang layak ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat

sarjana dan doktor falsafah.

18

Page 19: Full Assignment

Bersesuaian dengan agenda tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

menambah jumlah biasiswa bagi para guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah

lanjutan merangkumi peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran di bawah Hadiah Latihan

Persekutuan ( HLP). IPG memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan pra dan

dalam perkhidmatan. Kini terdapat 27 buah IPG di seluruh negara dengan bilangan

pensyarah 3,129 orang dan enrolmen 28,755. Hal ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk

menyediakan 100% guru berijazah bagi sekolah menengah dan 50% bagi sekolah rendah

menjelang 2010.

5.3 Pendekatan 3

Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diwujudkan misalnya strategi  kerajaan

untuk memartabatkan profesion perguruan. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan

beberapa  strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha

mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama

bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah untuk

meningkatkan tahap profesional profesion guru. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa

untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan

dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-

guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap

pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

Terdapat enam pendekatan yang merangkumi dalam peningkatan tahap

profesionalisme. Salah satu daripadanya ialah memperkenalkan “Program Diploma

Perguruan Khas”. Program ini telah diperkenalkan tahun 1996. Tujuannya adalah untuk

menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah di semua

sekolah menengah menjelang tahun 2005. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

membuat satu penukaran iaitu menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma

Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras

dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari kini.

Seterusnya Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang

dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah. Di samping itu juga

19

Page 20: Full Assignment

kursus-kursus ini diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open

University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk  guru

besar. Perlu diingatkan bahawa bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut

peredaran zaman. Banyak  dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini.

Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah

iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut,

Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan

terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa

program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki

dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan

progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki

dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia. Skim latihan pegawai

juga penting kerana skim yang dikelolakan oleh Bahagian Biasiswa untuk membolehkan

pegawai-pegawai pendidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program

kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji penuh.

Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus dan

latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang memperbaiki diri

mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa kini.

Pendekatan yang dapat dilaksanakan seterusnya ialah dengan menubuhkan Universiti

Perguruan seperti Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan

namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk

memartabkan bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan

Idris pada tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan

dengan menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI).

Selain daripada itu, penubuhan Yayasan Guru Malaysia Berhad juga memainkan

peranan yang penting. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah

akta Syarikat 1965, pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Tujuan utama

penubuhan YGMB adalah untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik

20

Page 21: Full Assignment

dan anggota perkhidmatan pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan

ekonomi dan kebajian yang akan menjadi wahana utama. Objektif utama penubuhan  YGMB

ialah untuk memajukan kebajikan pendidik khasnya ahliu-ahli Yayasan melalui bencana dan

sebagainya di samping memajukan ekonomi  warga pendidik melalui aktiviti perniagaan

terutama dalam bidang kewangan, pengusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah,

pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

Penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat

menguatkan dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permuafakatan selaras

dengan kehendak profesion keguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permuafakatan

Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang meyeru agar setiap

warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di Negara ini. (Yazid,

2001).

Yazid Abd Manap (2001) menyatakan lagi bahawa dalam kerta kerjanya, polisi

sisitem pendidikan yang ada tidak menggalakkan usaha guru memperkembangkan kerjaya

mereka. Guru-guru yang memiliki ijazah sarjana muda melalui cara “Pendidikan Jarak Jauh”

kurang mendapat pengiktirafan dari pihak kementerian. Ramai guru yang mengikuti program

jenis ini kecewa dengan kenyataan pihak kementerian yang tidak akan menjanjikan apa-apa

jawatan yang lebih tinggi walaupun guru menamatkan pengajiaannya dengan cemerlang. Ada

pula guru yang sanggup berhenti pekerjaannya di tengah jalan kerana tidak ada apa-apa

peluang yang dijanjikan sedangkan pihak kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan

pelajaran untuk memperbaiki profesion keguruan ini.

Syarat-syarat dalam pemilihan guru juga perlu diperketatkan bagi memilih calon guru

yang benar-benar layak sahaja. Faktor keupayaan menyesuaikan  diri dengan persekitaran

kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila

jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca

kepada sikap tidak betminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973).

Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap

profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun

menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap

beberapa orang guru mengenai kejadian “guru suka datang lewat ke kelas” jelas

21

Page 22: Full Assignment

menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang

kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. (Wan Mohd Zahid

Nordin ).

Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya

diisi oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab

perguruan atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi

kekosongan tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat

terhadap  profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak

yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka

masoh boleh menjadi seorang guru.

Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang

proaktif terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di

sekolah dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.

Semestinya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru

yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah

rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma

dari maktab perguruan.

Kesimpulannya, profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat

mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan

masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus

dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk

diceburi juga adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar akan cabaran dan

bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan

memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan

profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari ini.

5.4 Pendekatan 4

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa

khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru

sekolah di seluruh negara. Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas

22

Page 23: Full Assignment

bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga

menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Jawatankuasa tersebut ditugaskan

mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari

penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh

piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari

negara kita untuk dicontohi.

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya

yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa

selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut

membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling

yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan

disebabkan guru terlibat dengan banyak aktiviti. Oleh itu, masalah ini akan diteliti bagi

memastikan tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap

kelas tidak terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Dasar baru

kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas

positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali

membebankan guru. Kementerian menubuhkan jawatankuasa ini tidak lain tidak bukan untuk

mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara

guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi

mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian

dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah

dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan

menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu

bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Awal tahun ini, Menteri

Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa kementerian akan

menyelesaikan kajian terperinci dalam tempoh setahun untuk mencari formula bagi

mengurangkan beban kerja guru dan memperbaiki persekitaran kerja guru di negara ini.

23

Page 24: Full Assignment

Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi

menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji

purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang

mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu

meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan

masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman

Arshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di

sekolah melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos

tambahan kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya

peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor

swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar,

serta mewujudkan persatuan pesara guru. Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan

Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata

sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap pelaksanaan

konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.

Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan

aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru

memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang

dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah

yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal

pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah

berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah

rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus

mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang

pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi

pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh

dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu

24

Page 25: Full Assignment

pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad

kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah

menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah sekolah

untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah

menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru

diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan

idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk

dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

6.0 Penutup

Untuk merealisasikan aspirasi Negara iaitu untuk memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan. Guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah

Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran sepannjang hayat.

Kedua-dua Model Tyler dan Model Taba tergolong di bawah Model Objektif, di

mana kedua-dua model tersebut menekankan kepada tujuan pendidikan atau objektif

pengajaran (hasil pembelajaran). Model objektif adalah bersifat sistematik kerana

mempunyai komponen-komponen atau langkah-langkah pelaksaan tertentu ke arah

pencapaian tujuan pendidikan yang telah ditentukan. Kedua, objektif pengajaran yang ingin

dicapai digariskan dengan jelas. Dengan itu, maka kandungan dan kaedah mengajar lebih

terurus dan pencapaian murid lebih mudah dinilai.

Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang tinggi

merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara.

Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini telah

banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang terdidik

nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa

tertubuhnya pelbagai perundangan pendidikan di Malaysia yang mengikut peredaran zaman

dan dipinda dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin, peraturan

dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat

25

Page 26: Full Assignment

di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi murni yang

dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang akan datang akan

menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda, pelajar atau remaja

mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah. Dengan adanya Falsafah

Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara, pelaksanaan

disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lancar dan

mampu mencapai matlamat bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap

diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara serta mampu menjadi insan yang sanggup

menghadapi cabaran dan dugaan dalam era teknologi yang semakin pesat selaras dengan

Wawasan 2020.

Peningkatan martabat profesion keguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh

kerajaan juga dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya

Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat

dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini InsyaAllah akan dapat

menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui

masa-masa selepasnya. Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi

cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap

persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun berhadapan

dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme

guru dan tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh

dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan

satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik

untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik

tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir

untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan

bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan

memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan

profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

26

Page 27: Full Assignment

7.0 Bibliografi

1. Abdul Rahim M.Ali (2001) Ilmu pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan

psikologi Pendidikan (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication &

distributors Sdn.Bhd.

2. Abdullah Sani Yahaya (2003) Mengurus sekolah Bentong Pahang Darul Makmur

: Publication & distributor Sdn.Bhd

3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah pendidikan dan kurikulum

(Edisi Kedua) Tanjong Malim: Quantum books (1185725-V).

4. Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim:

Quantum Books.

5. Bakhtiar Mansor (1993) Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya dalam Jurnal

Pengurusan Pendidikan, , Kuala Lumpur: Perguruan Institut Aminuddin Baki.

6. Ee Ah Meng, (1994). Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

7. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

8. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008) Perlembangaan Persekutuan

Petaling Jaya Selangor : International law books services.

9. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

10. Omardin Ashaari (1996) Pengurusan sekolah, Kuala Lumpur: Utusan publication

distributors Sdn.Bhd.

11. Shafie Lugom (1994) Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Harapan dan

Kesesuaiannya Dalam Melahirkan Generasi Yang Seimbang Dari Segi Rohani,

Jasmani, Emosi dan Intelek. Kuching: Sadong m.s.34

12. Shahbudin Ngah (1986) Satu kajian mengenai tugas guru di dua buah sekolah

menengah di daerah Muar Johor, Johor. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya.

13. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (edisi keempat) Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

27

Page 28: Full Assignment

14. Shuib Dirwan & Johari Seman (2001) Profesion keguruan di Malaysia, sejauh

manakah martabatnya kini dalam bestari guru Johor: JPN Johor, m.s. 40-48.

15. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16. Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian

Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998.

17. Yazid Abdul Manap (2001) Memartabatkan profesion keguruan tanggungjawab

bersama dalam bestari koleksi guru Johor : JPN Johor, m.s. 15 - 33.

28