87
STAB 2033 EKOLOGI AIR TAWAR DAN SAMUDERA LAPORAN KERJA LAPANGAN TASIK CHINI & sungai hutan lipur ulu bendul 1-3 OKTOBER 2010 KUMPULAN 3 PROF MADYA DR AHMAD BIN ISMAIL PUSAT PENGAJIAN SAINS SEKITARAN DAN SUMBER ALAM FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

Full Report Tasik Chini

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Full Report Tasik Chini

STAB 2033EKOLOGI AIR TAWAR DAN SAMUDERA

LAPORAN KERJA LAPANGAN TASIK CHINI & sungai hutan lipur ulu bendul

1-3 OKTOBER 2010

KUMPULAN 3

PROF MADYA DR AHMAD BIN ISMAIL

PUSAT PENGAJIAN SAINS SEKITARAN DAN SUMBER ALAMFAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2010

Page 2: Full Report Tasik Chini

DARI KIRI: TASYA, TIRAH, NAIM, HIDAYAH, ADYLA

AHLI KUMPULAN 3

KHAIRUN NAIM BIN KAMARUZZAMAN A128407NUR ATIRAH BINTI HASMI A127553NURUL ADYLA BINTI MUHAMMAD NAZIR A128632NURULHIDAYAH BINTI MAT MUNI A127949WAN NATASYA BINTI WAN AHMED A128660

Page 3: Full Report Tasik Chini

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA

SURAT1. SEKALUNG PENGHARGAAN 1

2. PENGENALAN 2-3

3. LAGENDA 4-5

4. OBJEKTIF 6

5. JADUAL KERJA 7

TASIK CHINI

1. KELUTSINARAN AIR 8-9

2. KEDALAMAN (PURATA DAN MAKSIMUN) 10

3. BENTOS 11

4. Ph, NITRAT DAN FOSFAT 12-15

5. FITOPLANKTON 16-19

6. NEKTON 20-40

7. MAKROFIT AKUATIK 41-44

8. OKSIGEN TERLARUT DAN SUHU 45

SUNGAI ULU BENDUL

1. DISCAJ SUNGAI 46-49

2. BENTOS 50-52

3. NEUSTON/PLEUSTON 53-54

4. SARUNG LARVA TRICHOPTERA 55-56

5. TUGASAN 57-65

Page 4: Full Report Tasik Chini

SEKALUNG PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi dengan limpah kudrat dan inayahNya,

kumpulan kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah

ditetapkan dengan jayanya.

Oleh itu, di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad bin Ismail kerana telah banyak memberikan

tunjuk ajar, panduan dan bantuan tanp a rasa jemu sepanjang kami menjalankan tugasan di Tasik

Chini dan Ulu bendul, sekaligus membantu kami dalam menyiapkan laporan ini.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembantu utama

pensyarah kami iaitu Encik Syoib da n pembantu-pembantu lain yang terlibat secara lansung

atau tidak secara lansung dalam membantu kami menjalankan kajian di TAsik Chini dan Ulu

Bendul. Tidak lupa juga kepada Encik Man yang banyak memberi maklumat dan membantu

kumpulan kami semasa melakukan kerja-kerja pengukuran di Laut Chenahan.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan

laporan di Tasik Chini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada

masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman di Tasik Chini ini merupakan satu

pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan.

Page 5: Full Report Tasik Chini

PENGENALAN

TASIK CHINI

Lokasi yang kami pilih untuk menjalankan kajian kami ialah Tasik Chini. Tasik Chini

merupakan tasik semulajadi yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Tasik Chini

terletak kira- kira 100 kilometer dari Kuantan dengan kawasan tropika kira- kira 12600 ekar.

Tasik Chini yang terletak di tebing kanan Sungai Pahang dianugerahkan dengan keindahan yang

memukau dan airnya tenang.

Tasik Chini sebenarnya terdiri daripada 12 jasad air yang bersambungan antara satu sama

lain, iaitu Laut Gumum, Laut Pulau Balai, Laut Chenahan, Laut Tanjung Jerangking, Laut

Genting Teratai, Laut Mempitih, Laut Kenawar, Laut Serodong, Laut Melai, Laut Batu

Busuk, Laut Labuh, Laut Jembarau.

Kawasan Tasik Chini kaya dengan kepelbagaian sumber biologi dngan kehadiran 138

spesies bungan tempatan dan 380 spesies vetebrat bukan akuatik. Sistem air Tasik Chini juga

merupakan habitat bagi pelbagai enis tumbuhan akuatik dan 144 spesies ikan air tawar seperti

ikan toman, ikan loma, ikan ketutu, ikan terbul, ikan puling dan lain-lain. Penggemar / pemerhati

burung juga berpeluang memerhati lebih kurang 200 spesies burung yang direkodkan terdapat di

sini.

Dari bulan November hingga Januari, Tasik Chini merupakan tumpuan minat pemancing.

Ini disebabkan pada jangka masa tersebu merupakan musim monsoon tahunan yang akan

menambahkan kedalaman dan saiz tasik. Oleh itu, terdapat banyak ikan yang berkumpul di

dalam tasik. Dengan adanya perkhidmatan sewa bot dan alatan memancing, telah menarik lebih

banyak pemancing untuk mencuba nasib di sini.

Wujud juga perkampungan orang asli (suku Jakun) di Kampung Gumum iaitu yang

berhampiran dengan Laut Gumum. Orang asli di sini bergantung sepenuhnya kepada sumber air

di Tasik Chini untuk keperluan harian. Kegiatan ekonomi utama orang asli di sini ialah

penangkapan ikan di tasik.

Page 6: Full Report Tasik Chini

Untuk pelawat yang inginkan ketenangan, terdapat juga ‘Chalet’ dan ‘dorm’ yang

tersedia untuk penginapan sepanjang berada di Tasik Chini. Selain itu, terdapat juga restoran

yang menyediakan pelbagai hidangan dan juadah tempatan yang lazat dengan harga yang

berpatutan. Banyak bangsal atau tempat rehat yang di bina untuk kemudahan pengunjung berehat

dan bersantai. Terdapat juga kemudahan tandas awam dan surau

HUTAN LIPUR ULU BENDUL

Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan

Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi

setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai

Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai

bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.

Hutan Lipur Ulu Bendul merupakan kawasan pilihan yang utama dan menerima

kunjungan pengunjung teramai setiap tahun. Hutan lipur ini menyediakan pelbagai kemudahan

infrastuktur termasuk chalet dan tapak perkhemahan, kolam mandi, surau, gerai makan,

tandas, padang serta tempat letak kenderaan. Selain menyediakan landskap hijau yang menarik,

taman herba yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan begitu bermakna kepada mereka yang

ingin mengenali spesies-spesies herba terpilih.

Page 7: Full Report Tasik Chini

LAGENDA TASIK CHINI & ULU BENDUL

TASIK CHINI

Menurut lagenda tempatan, pada masa dahulu ada sekumpulan orang asli berasal

daripada suku kaum Jakun yang telah membuka satu kawasan untuk bercucuk tanam. Semasa

pembukaan tanah tersebut seorang wanita tua ganjil telah muncul serta menyatakan bahawa

mereka perlu meminta izin daripadanya untuk membersihkan tanah tersebut.

Selepas itu, wanita itu tersebut terus ghaib dan mencacakkan sebatang kayu ditengah-

tengah tanah tersebut serta memberi amaran sekiranya kayu tersebut dicabut maka tanah tersebut

akan mengalami malapetaka yang dashyat. Di ringkas cerita, tiba- tiba berlaku fenomena yang

ganjil dimana kawasan itu sering diganggu oleh salakan anjing walaupun di sekitar kawasan itu

tiada anjing. Apabila disiasat alangkah terkejutnya orang kampong apabila mengetahui punca

salakan tersebut datangnya dripada sebatang kayu hitam yang besar dan rapuh. Mereka

kemudian mengambil keputusan untuk memusnahkan kayu tersebut dengan membaling tugal ke

arah pohon tersebut. Darah merah tiba- tiba terpancut keluar dari pohon tersebut di ikuti dengan

segombolan awan hitam menyelubungi kawasan itu.

Keadaan panik menyelubungi orang kampung. Masing-masing berlari untuk

menyelamatkan diri. Dengan tidak sengaja, salah seorang dari mereka telah terlanggar kayu yang

terpacak di tengah- tengah bendang tersebut. air tersebut tidak berhenti-henti keluar

menyebabkan bendang yang selama ini lembap di tenggelami oleh air. Takungan air hujan itu

menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu

itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang

terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Tasik Chini terkenal dengan mitos yang dinyatakan terdapat kewujudan seekor naga di

tasik tersebut. Misteri Tasik Chini ini merupakan jawapan yang tepat kepada loch Ness. Lagenda

mengatakan bahawa tasik tersebut merupakan bekas tapak Bandar Khmer yang kini telah

Page 8: Full Report Tasik Chini

tenggelam sepenuhnya dan dijaga olh seekor naga. Namun, sehingga kini tiada bukti saintifik

yang dapat menyokong mitos tersebut.

HUTAN LIPUR ULU BENDUL

Sejarah Ulu Bendul menurut orang perseorangan dan juga beberapa orang

penduduk di Ulu bendul itu sendiri dan telah pun diterima umum, kampung ini pada masa dahulu

dikelilingi oleh banjaran bukit dari kiri, kanan dan di sebelah barat. Lantaran itu, tanah tinggi itu

diibaratkan seperti “Bendul Alam”. Perkataan “Bendul” mengikut pengertian penduduk

Kampung Terachi ialah kayu pengapit lantai dan tinggi dari lantai. Disebabkan bukit tadi

dianggap “Bendul Alam” dan kedudukannya di hulu kampung, maka kampung ini di namakan

“Ulu Bendul”.

Menurut sejarah lagi Kampung Ulu Bendul dibuka oleh orang Minangkabau dari Terachi

dahulunya dikenali sebagai Padang Lebar dan Kampung Gedang. Mereka yang membuka

kampung ini terdiri daripada suku Seri Lemak Pahang, Seri Lemak Minangkabau dan Biduanda.

Kampung ini dibuka pada tahun 1800 dan awal tahun 1900. Selepas suku-suku ini meneroka,

datang pula suku Acheh di mana di Kampung Ulu Bendul kini kekal dengan suku Seri Lemak,

Biduanda dan Acheh. Tidak ketinggalan juga suku Tiga Batu yang datang dari Seri Menanti.

 

Page 9: Full Report Tasik Chini

OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kerjalapangan ini adalah:

menentukan kejernihan,kedalaman,pH serta kandungan nitrat dan fosfat pada air di Tasik

Chini.

Mengenalpasti dan mengecam kepelbagaian bentos, fitoplankton,nekton dan makrofit

akuatik yang terdapat di Tasik Chini.

Merasai sendiri pengalaman menjalankan kajian limnology

Mengetahui ciri fizikal sungai (Ulu bendul) dengan mengaplikasi formula untik

mengetahui discaj sungai.

Mengenali organism hidup di sungai (Ulu bendul) seperti bentos, neuston, pleuston dan

sarung larva trichoptera.

Menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama pelajar dan antara pensyarah dan

pembantu makmal.

Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari di bilik kuliah ke situasa sebenar.

Memupuk semangat kerjasama,menghargai masa,tanggungjawab menjaga keselamatan

diri dan cintakan alam sekitar

Merehatkan minda sambil menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Page 10: Full Report Tasik Chini

JADUAL KERJA

Masa Aktiviti

7.00 – 9.00am Bersiap dan sarapan

9.00 – 10.00am Taklimat Amali

10.00 - 11.00am Tugasan

11.00 – 12.00pm Kajian Tasik

12.00 – 2.00pm Makan Tengah Hari

2.00 – 3.00pm Fitoplanton dan Alga Bentik

3.00 – 4.00pm Nitrat dan Fosfat

4.00 – 5.00pm Nekton,Bentos dan Makrofit

6.00 – 7.00pm Peperiksaan Amali

7.00 – 9.00pm Makan Malam dan Bersiap

9.00 – 10.00pm Perbincangan

Page 11: Full Report Tasik Chini

KAWASAN KAJIAN PERTAMA

TASIK CHINI

KELUTSINARAN AIR

RADAS DAN BAHAN

1. Cakera Secchi

2. Pita ukur atau kayu ukur.

KAEDAH

1. Cakera Secchi diturunkan perlahan- lahan ke dalam air tasik sehingga warna putih yang

terdapat di cakera Secchi hilang dari pandangan.

2. Cakera Secchi ini dinaikkan semula perkahan- lahan sehingga ia kelihatan kembali. Kemudian

ia diturunkan kembali. Apabila warna putih cakera hilang kali ini, kedalaman dicatatkan. Ini

akan memberikan nilai kejernihan air.

3. Pengukuran ini dijalankan secara piawai( iaitu apabila keadaan bot tidak bergerak, pemerhati

berada dalam keadaan duduk , menggunakan mata yang sama, iaitu pemerhati yang sama dan

dilakukan pada bahagian bot yang sama).

4. Pengukuran kejernihan air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pengukuran lain untuk

mengelakkan air menjadi keruh dan menggangu pembacaan.

5. Waktu pengukuran, keadaan tasik (tenang, berombak) dan keadaan cuaca (gelap, kabus,dll)

dicatatkan juga untuk rujukan.

Page 12: Full Report Tasik Chini

Cakera Secchi

KEPUTUSAN

Waktu pengukuran: 11:20 a.m

Keadaan tasik: tenang

Keadaan cuaca: mendung

Kejenihan air:

Pengukuran

1 (m)

Pengukuran

2 (m)

Pengukuran

3 (m)

Pengukuran

4 (m)

Purata

pengukuran

(m)

0.76 0.81 0.74 0.70 0.75

PERBINCANGAN

Menurut pengukuran yang dibuat, didapati nilai kejernihan air bagi Luat Cenahan secara

puratanya adalah 0.75m. Kejernihan cakera secchi mempunyai kaitan yang rapat dengan

peratusan pemancaran cahaya. Kejernihan air amat penting bagi organisma akuatik. Air yang

jernih membolehkan cahaya matahari sampai ke kawasan yang lebih dalam. Kejadian ini

membolehkan organisma autotrof menerima cahaya yang lebih banyak untuk menjalankan

fotosintesis. Peningkatan penembusan cahaya ke dalam air akan meningkatkat kadar penghasilan

primer. Produktiviti yang tinggi ini akan meningkatkan diversiti hidupan.

Page 13: Full Report Tasik Chini

KEDALAMAN

RADAS DAN BAHAN

1. Speedtech instrument YCS 556

KAEDAH

1. Letakkan pernukaan instrument ini di atas permukaan air

2. Tarik picu

3. Kemudian celupkan sedikit sehingga permukaan kepalanya tenggelam

4. Kemudian lepaskan picu tersebut

5. Angkat ke darat dan hasil bacaan direkodkan

6. Kaedah ini diulangi sebanyak 5 kali

KEPUTUSAN

Bacaan 1 2 3 4 5 Purata

Kedalaman

air(m)

2.60 2.50 2.50 2.60 2.50 2.54

Page 14: Full Report Tasik Chini

BENTOS

RADAS DAN BAHAN

1. Pencekup tanah

2. Dulang

3. Penapis bentos ( jangan bawa ke dalam bot )

KAEDAH

1. Bentos boleh dikumpulkan dengan menggunakan pencekup tanah.

2. Pencekup tanah dipastikan dalam keadaan terbuka sebelum sampai ke dasaran.

3. Sedimen yang diperoleh dipindahkan ke dulang ( tray ) dan dibawa ke darat.

4. Di darat, sedimen ditapis dengan penapis bentos yang direndamkan dalam air.

5. Bentos yang ditemui diasingkan dengan menggunakan forsep.

6. Bentos dicamkan ke peringkat genus dan gambar diambil.

7. Buku yang disediakan boleh digunakan untuk kerja-kerja pengecaman.

8. Bilangan individu yang sama dikira.

9. Daripada data ini, kepadatan ( density ) bentos untuk satu hektar dikirakan.

KEPUTUSAN

Tiada sampel yang ditemui kerana tempoh masa yang diberikan tidak cukup dan tiada proses

pengelasan dibuat.

pH,NITRAT DAN FOSFAT

Page 15: Full Report Tasik Chini

(A) PENGUKURAN pH

RADAS DAN BAHAN

1. Multiparameter Ysi 556

KAEDAH

1. Prob multiparameter ini dijatuhkan perlahan-lahan ke dalam laut

2. Kemudian, bacaan yang tercatat direkod

KEPUTUSAN

pH Laut Cenahan ialah 5.3

PERBINCANGAN

Didapati nilai pH yang diperoleh ialah5.3 iaitu bersifat asidik. Ini disebabakan laut ini agak

keruh dan kandungan organiknya juga tinggi.

Page 16: Full Report Tasik Chini

(B) PENENTUAN KANDUNGAN NITRAT DENGAN HACH KIT

RADAS DAN BAHAN:

1. Botol sampel

2. Hatch Kit

KAEDAH

1. Spesimen air tasik diambil ketika berada di tasik

2. Kemudian, sampel air di bawa ke makmal untuk dianalisis.

I. Satu siri nombor program yang telah distorkan dimasukkan bagi kadar nitrogen

yang rendah sebelum air tasik digunkan untuk membuat penilaian. Tekan : 351

ENTER. Kemudian, akan dipaparkan : Dial nm To 507

II. Mesin dilaraskan sehingga 507nm.

III. Tekan : ENTER. Kemudian akan dipaparkan : unit ‘mg/1 N NO –L.

IV. 50ml campuran sampel air dimasukkan ke dalam bekas 30ml.

V. Serbuk Nitrat Ver 6 Nitrare Reagen Powder Pillow dimasukkan ke dalam sampel

air.

VI. Tekan : SHIFT TIMER. Seterusnya sampel air digoncang selama 3 minit secara

perlahan.

Page 17: Full Report Tasik Chini

VII. Selepas masa tamat, Tekan :SHIFT TIMER. Tunggu 2 minit untuk cadmium bercampur.

VIII. Selepas masa tamat 25ml sampel air dipindahkan ke dalam satu botol spesimen.

IX. Serbuk Nitrire Reageant Powder Pillow dimasukkan ke dalam botol spesimen tersebut

dan botol ditutup dengan penutup. Kemudian, botol tersebut digoncang untuk

melarutkannya

X. Tekan : ZERO. Akan dipaparkan : WAIT kemudian, :0.00mg/1 N NO –L

XI. Dalam masa 10 minit selepas mesin berbunyi botol spesimen digantikan dengan botol

spesimen yang disediakan tadi.

XII. Tekan : READ kemudian : ENTER. Akan dipaparkan : WAIT

Keputusan akan dipaparkan dalam unit mg/L.

X. Tekan : SHIFT TIMER. Botol spesimen digoncang bagi bertindak balas selama 10

Minit

XI. Mesin akan mengeluarkan bunyi .Akan dipaparkan : unit mg/1 N NO –L . Satu lagi

botol spesimen lain diisi dengan 25ml sampel air dan diletakkan ke dalam‘cell holder’

XII. Tekan : ZERO

Akan dipaparkan : WAIT kemudian, :0.00mg/1 N NO –L

XIII. Dalam masa 10 minit selepas mesin berbunyi botol spesimen digantikan dengan botol

spesimen yang disediakan tadi.

XIV. Tekan : READ kemudian : ENTER

Akan dipaparkan : WAIT

Keputusan akan dipaparkan dalam unit mg/L.

KEPUTUSAN

Bacaan nilai kandungan nitrat di dalam Laut Cenahan ialah 0.01 mg/L

Page 18: Full Report Tasik Chini

(C) PENENTUAN KANDUNGAN FOSFAT DENGAN HACH KIT

RADAS DAN BAHAN :

1. Sampel air

2. Botol sampel

3. Hatch Kit

KAEDAH

I. Tekan : 490 ENTER untuk unit mg/L PO4 - ,akan dipaparkan : DIAL nm TO 890.

II. Mesin dilaraskan sehingga 890.

III. Tekan : READ dan ENTER.akan dipaparkan : unit mg/L PO4 –

IV. Air diisi sebanyak 25ml ke dalam satu botol spesimen.

V. Phos Ver 3 Phosphate Powder Pillow di tambahkan ke dalam botol spesimen dan

digoncang.

VI. Tekan : SHIFT TIMER. Botol spesimen digoncang selama 2 minit.

VII. Semasa mesin berbunyi,akan dipaparkan : mg/1 P PV kemudian,

Tekan : ZERO, akan dipaparkan : WAIT dan diikuti : 0.00mg/L PO4 –pv.

VIII. Botol spesimen yang berada dalam cell holder digantikan dengan botol spesimen yang

disediakan tadi.

IX. Tekan : READ dan ENTER, akan dipaparkan : WAIT dan keputusan akan dipaparkan

dalam unit mg/L PO4 -.

KEPUTUSAN

Bacaan nilai kandungan fosfat di dalam Laut Cenahan ialah 0.00 mg/L

Page 19: Full Report Tasik Chini

FITOPLANKTON

Objektif:

Mengkaji dan mengenal pasti jenis-jenis genus fitoplankton yang terdapat di Laut No.3

Chenahan, Tasik Chini.

Kaedah:

1. Jaring plankton(plankton net) dilepaskan ke dalam air tasik.

2. Kemudian, jaring tersebut ditarik semasa bot berjalan dengan perlahan (1-2 knot), selama 10

minit.

3. Selepas 10 minit, jaring ditarik ke atas bot dan plankton yang terkumpul dimasukkan dalam

botol.

4. Botol dilabelkan mengikut tarikh pengumpulan dan tempat pengumpulan plankton.

5. Pengecaman jenis-jenis fitoplankton dilakukan dengan menggunakan mikroskop.

6. Setiap organisma fitoplankton yang ditemui dilukis atau diambil gambar, dan seterusnya

dicatat.

7. Nama genus untuk setiap fitoplankton dicamkan dengan bantuan buku rujukan yang

disediakan.

Alatan yang digunakan:

1. Jaring plankton

2. Botol sampel

3. Mikroskop

4. Slaid

5. Penutup slaid

6. Penitis

Page 22: Full Report Tasik Chini

Perbincangan:

Fitoplankton adalah komponen autotrof plankton. Autotrof adalah organisme yang

mampu mensintesis makanan sendiri yang berupa bahan organik dari bahan inorganik dengan

bantuan seperti tenaga matahari dan kimia. Komponen autotrof berfungsi sebagai produser.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Laut No.3 Tasik Chini, 11 genus fitoplankton

telah ditemui. Antaranya ialah Spondylosium, Arthrodesmus, Tetraedron trigonum, Scenedesmus,

Staurastrum, Cosmarium, Spirogyra, Spondylosium, Cosmarium, Eudorina, dan Micrasterias

hardyi.

Page 23: Full Report Tasik Chini

NEKTON

ALATAN YANG DIPERLUKAN:

1. Pengkapan ikan berelektrik (Electrofishing)

2. Jaring

3. Penimbang

4. Pembaris

KAEDAH:

1. Ikan ditangkap menggunakan kaedah ‘electrofishing’dan jala

2. Pengecaman dilakukan bagi setiap ekor ikan pada peringkat spesies dan nama tempatan

juga diberi

3. Buku rujukan digunakan bagi aktiviti pengecaman ikan-ikan

4. Gambar ikan-ikan diambil menggunakan kamera

5. Catatan mengenai diet ikan-ikan dibuat

6. Setiap ikan ditimbang menggunakan penimbang

7. Ukuran panjang penuh, panjang cabang ,lebar dan panjang piawai setiap ekor ikan dibuat

menggunakan pembaris

Page 24: Full Report Tasik Chini

KEPUTUSAN

SPESIES LEBAR

(CM)

PANJANG

PENUH (CM)

PANJANG

PIAWAI

(CM)

PANJANG

CABANG

(CM)

BERAT

(G)

         

LEMEK (Labiobarbus

ocellatus)

4.3 17.2 13.3 14.5 58.0

  5.0 17.3 13.8 14.6 62.4

  5.0 17.5 13.6 14.8 57.3

  4.3 17.0 13.5 14.3 54.7

  4.3 17.0 13.0 14.5 51.5

  4.3 17.0 13.5 14.3 60.3

  4.0 17.0 13.3 14.0 60.1

  4.3 16.5 13.0 13.5 48.4

  4.3 17.3 13.5 14.2 52.8

  4.4 16.5 13.0 14.0 57.2

  4.5 17.0 13.0 14.0 58.2

  5.0 16.8 13.3 14.5 53.3

  4.5 17.0 13.0 14.5 51.6

  4.5 16.5 13.3 14.0 51.3

  4.4 17.3 13.5 14.3 58.5

Page 25: Full Report Tasik Chini

  4.4 17.5 13.4 14.0 52.7

  4.5 17.2 13.5 14.3 88.1

  4.5 17.0 13.3 14.0 49.5

  4.4 17.2 13.5 14.3 58.6

  4.0 16.4 13.3 13.6 52.5

  4.5 16.4 13.3 13.5 61.6

PURATA 4.4 17.0 13.3 14.2 57.1

TAPAH BEMBAN (Ompok

hypophthalmus)

5.3 22.1 19.6 25.3 74.9

LAMPAN SUNGAI (Puntius

schwanenfeldii)

3.3 12.1 8.7 9.3 28.2

  4.5 15.0 11.0 12.0 41.2

  3.5 13.4 9.8 10.6 29.2

  3.8 13.0 9.3 10.6 29.8

  3.3 13.4 10.0 10.8 28.8

  3.3 12.8 9.3 10.7 29.8

  3.8 13.2 9.3 10.0 23.9

PURATA 3.6 13.3 9.6 10.6 30.1

LAIS (Ompok bimaculatus) 2.8 21.6 19.8 21.3 41.2

  3.2 16.1 14.5 16.2 21.5

PURATA 3.0 18.9 17.2 18.8 31.4

BAUNG (Mystus nigriceps) 3.3 23.4 20.1 20.6 117.4

Page 26: Full Report Tasik Chini

  3.4 22.3 18.4 18.8 87.9

PURATA 3.4 22.9 19.3 19.7 102.7

LOMA (Thynnichthys

thynnoides)

5.4 20.7 16.5 17.3 82.3

  4.8 20.9 15.5 16.5 88.7

  5.2 20.1 16.1 17.2 80.3

  5.2 19.5 15.5 16.0 100.5

  5.2 20.1 16.1 17.4 88.7

PURATA 5.2 20.3 15.9 16.9 88.1

PETULU (Barbichthys laevis) 6.8 21.2 18.6 19.7 71.3

  5.3 19.9 16.9 16.3 160.5

PURATA 6.1 20.6 17.8 18.0 115.9

KAWAN (Labiobarbus festiva) 6.4 22.8 18.2 19.1 145.9

  5.5 20.5 16.1 17.2 187.8

  6.3 24.3 19.3 20.6 98.8

  5.3 19.2 14.8 16.1 40.5

  5.2 18.7 14.4 15.1 80.1

  5.3 19.8 16.1 16.8 120.1

  5.6 21.1 16.8 18.2 102.3

  6.5 22.1 17.5 18.8 95.6

Page 27: Full Report Tasik Chini

  5.3 19.9 16.0 17.2 98.3

PURATA 5.8 21.1 16.7 17.7 108.9

KELABAU (Osteocheilus

melanopleura)

4.8 12.8 10.6 12.3 75.2

  4.8 14.2 10.4 12.5 71.6

  6.2 13.8 10.6 13.4 100.1

  6.2 15.2 9.8 11.3 76.3

  5.0 14.3 9.5 11.4 58.1

  5.0 14.5 9.5 10.5 59.5

  6.3 15.5 10.2 13.4 75.3

  5.0 13.2 10.5 13.2 102.1

  5.0 13.5 10.5 12.5 60.9

PURATA 5.4 14.1 10.2 12.3 75.5

TERBUL (Osteocheilus

hasselti)

4.8 13.5 13.8 16.7 62.3

  4.1 11.4 12.4 15.2 45.3

  4.7 11.5 12.3 15.1 41.5

  4.2 11.4 12.3 14.7 67.1

  5.3 12.3 14.5 16.5 38.1

  5.0 12.8 14.5 17.4 55.2

  5.0 12.4 13.9 16.2 42.1

  4.6 13.2 14.5 16.5 36.8

Page 28: Full Report Tasik Chini

  5.0 11.5 12.5 14.5 57.5

  4.0 12.3 13.3 14.5 47.3

  5.0 12.2 12.8 15.5 52.5

  4.6 11.5 13.5 14.5 34.1

  4.6 11.5 12.5 14.0 52.5

  4.0 11.6 12.5 14.0 60.5

PURATA 4.6 12.1 13.2 15.4 49.5

SEBARAU (Hampala

macrolepidota)

9.3 24.2 25.4 29.8 272.5

  4.2 14.3 16.3 18.5 140.4

  5.6 15.4 16.9 19.5 84.7

  5.2 19.0 21.2 24.5 106.3

  6.2 17.0 17.6 21.2 63

  5.0 15.2 16.3 20.0 53.2

  4.0 12.3 13.2 16.0 118.3

  4.5 13.1 14.0 16.4 79.5

PURATA 5.5 16.3 17.6 20.7 114.7

TOMAN (Channa

micropeltes)

4.8 20.1 18.3 23.2 112.5

  4.8 20.4 18.7 24.3 111.3

PURATA 4.8 20.3 18.5 23.8 111.9

Page 29: Full Report Tasik Chini

KELI (Clarias batrachus) 3.9 22.4 19.5 25.3 104.2

TENGGALAN (Puntius bulu) 5.0 13.2 13.4 17.2 44.3

  5.7 13.3 14.4 17.3 60.5

  4.7 11.0 12.3 17.5 63.8

  5.2 13.0 13.7 17.3 55.6

  5.3 13.0 14.0 17.2 62.9

  5.3 13.0 14.0 17.5 62.4

PURATA 5.2 12.8 13.6 17.3 58.3

PATUNG (Pristolepis grooti) 3.3 7.3 13.5 9.2 58.2

  3.5 7.3 13.8 9.3 24.9

  4.0 9.0 11.8 11.4 31.2

  3.2 7.3 12.6 9.3 36.6

  4.0 7.3 13.4 10.0 42.3

  4.7 9.0 10.5 11.0 32.5

  3.7 7.0 14.1 9.2 16.8

  4.7 9.0 11.7 11.5 42.8

PURATA 3.9 7.9 12.7 10.1 35.7

BELIDA ( Notopteru

notopterus)

3.8 12.3 10.6 13.4 58.1

  4.7 15.2 13.5 17.5 25.1

Page 30: Full Report Tasik Chini

  5.5 20.0 18.7 21.0 34.0

  5.2 15.5 14.2 17.0 36.6

  4.3 15.5 14.3 16.4 42.3

  4.0 15.5 14.6 17.0 32.5

  3.5 11.0 9.5 12.0 16.8

  4.0 15.0 13.5 16.4 42.8

  4.0 14.0 12.4 15.0 19.3

PURATA 4.3 14.9 13.5 16.2 34.2

JADUAL 1: NILAI DAN PURATA LEBAR, PANJANG PENUH, PANJANG PIAWAI,

PANJANG CABANG DAN BERAT IKAN

Page 31: Full Report Tasik Chini

Lemek Tapah Bemban

Lampan Sungai

Lais Baung Loma Petulu0

20

40

60

80

100

120

140

Purata lebar, panjang penuh, panjang piawai, panjang cabang dan berat ikan

Lebar (cm)Panjang penuh (cm)panjang piawai (cm)panjang cabang (cm0berat (g)

Jenis ikan

pura

ta

GRAF 1: PURATA LEBAR, PANJANG PENUH, PANJANG PIAWAI, PANJANG

CABANG DAN BERAT IKAN

Kawan

Kelabau

Terb

ul

Sebara

u

Toman Keli

Tengg

alan

Patung

Belida

020406080

100120140

Purata lebar, panjang penuh, panjang piawai, panjang cabang dan berat ikan

Lebar (cm)Panjang penuh (cm)panjang piawai (cm)panjang cabang (cm0berat (g)

Jenis ikan

Pura

ta

GRAF 1: PURATA LEBAR, PANJANG PENUH, PANJANG PIAWAI, PANJANG

CABANG DAN BERAT IKAN

Page 32: Full Report Tasik Chini

JENIS-JENIS IKAN DI TASIK CHINI

LEMEK (Labiobarbus ocellatus)

CIRI-CIRI:

- Berukuran antara 15-22 cm

- Lengkungan dorsal dengan satu lengkuk tajam yang terdapat pada bagian belakang

kepala

- Bintik hitam yang berada di antara garisan bawah lateral dan di atas bahagian tengah

pectoral

- Terdapat satu lagi bintik hitam di hujung garisan lateral

- Memakan detritus

Page 33: Full Report Tasik Chini

TAPAH BEMBAN (Ompok hypophthalmus)

CIRI-CIRI:

- Mempunyai misai

- Badan tidak bersisik

- Badan memanjang ke belakang

- Memakan ikan, krustacea dan udang

Page 34: Full Report Tasik Chini

LAMPAN SUNGAI (Puntius schwanenfeldii)

CIRI-CIRI:

- Sirip atas dan sirip bawah bewarna jingga dan merah

- Mempunyai sisik badan yang berkilat

- Makanan ikan ini ialah serangga dan alga

LAIS (Ompok bimaculatus)

Page 35: Full Report Tasik Chini

CIRI-CIRI:

- Badan memanjang ke belakang.

- Menyerupai ikan belida, tetapi mempunyai warna yang lebih cerah

- Sirip ventral dan sirip dubur bersambung

- Diet ikan ini ialah dengan memakan udang kecil atau ikan-ikan kecil

BAUNG (Mystus nigriceps)

CIRI-CIRI:

- Mempunyai misai yang panjang

- Tidak mempunyai sisik

- Mempunyai mulut yang besar

Page 36: Full Report Tasik Chini

LOMA (Thynnichthys thynnoides)

CIRI-CIRI:

- Mempunyai sisik yang halus

- Bahagian tengkuk ikan membengkak

- Makan fitoplankton, perifiton, alga dan zooplankton

PETULU (Barbichthys laevis)

Page 37: Full Report Tasik Chini

CIRI-CIRI:

- Mempunyai sirip yang tirus ke bawah yang bewarna oren dan hitam

- Badan yang memanjang ke belakang

- Ekor yang berbentuk huruf V

- Memakan alga, fitoplankton, krustacea dan ikan kecil

-

KAWAN (Labiobarbus festiva)

CIRI-CIRI:

- Kebiasannya panjangnya adalah sepanjang 15-18 cm

- Badan memanjang dengan dorsal cerah yang melengkung

- Muncung hidung adalah tumpul

- Sirip dorsal pertama adalah lebih dekat dengan sirip ventral berbanding dengan sirip

pektoral pertama

- Sirip kaudal terkelar

Page 38: Full Report Tasik Chini

KELABAU (Osteocheilus melanopleura)

CIRI-CIRI:

- Spesies tempatan osteochilus yang paling besar.

- setiap sisik dikeleilingi warna perak putih

- saiz boleh menjangkau sehingga 30 cm

- diet ikan ini ialah alga dan fitoplankton

TERBUL (Osteocheilus hasselti)

Page 39: Full Report Tasik Chini

CIRI-CIRI:

- Bersaiz antara 5- 15 cm dan kadangkala mampu mencecah sehingga 20 cm.

- Mulut ikan ini berbentuk muncung serta dilitupi dengan papillae

- Mempunyai mata yang kecil

- Terdapat bintik hitam berdekatan dengan sirip kaudal

- Diet ikan ini ialah jenis alga berfilamen

-

SEBARAU (Hampala macrolepidota)

CIRI-CIRI:

- Badan memanjang serta padat

- Muncung yang panjang

- Mempunyai garisan hitam memanjang di bahagian tengah badan

- Sirip dorsal terletak bertentangan dengan sirip ventral

- Memakan ikan kecil, udang kecil atau serangga kecil

Page 40: Full Report Tasik Chini

TOMAN (Channa micropeltes)

CIRI-CIRI:

- Ikan ini mempunyai garisan hitam pada tubuhnya

- Sirip dan ekor ikan bewarna hitam

- Bahagian perut bewarna putih

- Makanan ikan ini adalah ikan-ikan kecil

KELI (Clarias batrachus)

Page 41: Full Report Tasik Chini

CIRI-CIRI:

- Menyerupai ikan baung, tetapi warnanya lebih cerah

- Mempunyai misai

- Tidak mempunyai sisik

- Makan ikan kecil, molluska dan haiwan bertulang belakang lain termasuk detritus

-

TENGGALAN (Puntius bulu)

CIRI-CIRI:

- Mempunyai sirip yang memanjang ke atas

- Sirip kaudal yang panjang

- Bersisik sederhana besar

- Diet ikan ini adalah dengan memakan makrofit tenggelam atau alga berfilamen

Page 42: Full Report Tasik Chini

PATUNG ( Pristolepis grooti)

CIRI-CIRI:

- Warna badan kuning keperangan

- Terdapat 8-12 jalur hitam pada tubuh patung muda dan hilang setelah dewasa

- Garis halus terdapat di bawah dorsal lembut dan anus belakang

- Memakan ikan kecil, serangga, alga dan makrofit akuatik

Page 43: Full Report Tasik Chini

BELIDA (Notopterus notopterus)

CIRI-CIRI:

- Mempunyai badan yang termampat pada bahagian sisi dan ekor yang mempunyai bentuk

terjungkit ke atas

- Kaudal dan dubur bersambung

- Pada peringkat dewasa ikan ini mempunyai belang hitam di atas badan

- Memakan serangga, krustacea dan ikan kecil

Page 44: Full Report Tasik Chini

MAKROFIT AKUATIK

TEMPAT

- Laut 3 – Laut Chenanan, Tasik Chini

ALATAN YANG DIPERLUKAN:

1. Beg plastik

2. Kertas surat khabar

KAEDAH:

1. Tumbuhan akuatik yang dijumpai ketika berada di Laut Chenanan dikumpul

2. Setiap jenis tumbuhan akuatik dicamkan ke peringkat spesies dan nama tempatan

diperolehi

3. Gambar diambil menggunakan kamera

4. Buku rujukan digunakan bagi tujuan pengecaman

5. Tumbuhan akuatik dikelaskan di bawah kategori jenis muncul, daun terapung, makrofit

terapung atau tenggelam.

Page 45: Full Report Tasik Chini

HASIL

1. Teratai (Nelumbo nucifera)

a. Jenis daun terapung

b. Mempunyai bunga yang bewarna putih kemerahan

c. Mempunyai batang yang berongga

d. Mebiak melalui penyebaran biji benih dan umbisi

e. Biji boleh dimakan

Page 46: Full Report Tasik Chini

2. Rasau (Pandanus helicopus)

a. Makrofit jenis muncul

b. Tumbuhan separa akuatik

c. Daun menyerupai seperti daun pandan

d. Mempunyai duri di bahagian tepi daun

Page 47: Full Report Tasik Chini

3. Kercut (Lepironia articulata)

a. Seperti rumput

b. Makrofit jenis muncul.

c. Separa akuatik

d. Digunakan oleh orang asli di Tasik Chini untuk membuat kertas

Page 48: Full Report Tasik Chini

OKSIGEN DAN SUHU

RADAS DAN BAHAN

1. Multiparameter Ysi 556

CARA KERJA

1. Prob multiparameter diturunkan ke dasar laut dengan berhati-hati

2. Kemudian bacaan yang dipaparkan direkodkan

KEPUTUSAN

Suhu: 29.7°C

Ketelarutan Oksigen: 54.3%

Page 49: Full Report Tasik Chini

KAWASAN KAJIAN KEDUA

SUNGAI HUTAN LIPUR ULU BENDUL

DISCAJ SUNGAI

Objektif

a) Mengukur kedalaman, lebar, kelajuan air sungai Ulu Bendul

b) Mengukur discaj sungai melalui data-data yang diperolehi

c) Mempelajari cara-cara mngira discaj sungai dengan betul

Alatan

a) Meter arus ( current meter)

b) Pita ukur

c) Kayu pancang

Kaedah

1. Discaj sungai diukur dengan menggunakan formula berikut : Q = WDV

W = Lebar sungai

D = Kedalaman purata

V = Purata halaju air

2. Transek garisan dengan ukuran transek 5 meter dibuat di tebing sungai, kemudian kayu

dipacakkan pada kedua-dua hujung transek garis ini (A dan B)

3. Lebar sungai diukur dengan merentang tali ukur, merentas sungai (di X – Y). Ukuran

dibuat dengan menggunakan unit matriks

Page 50: Full Report Tasik Chini

4. Kelajuan air diukur dengan melepaskan sebiji bola di A. Pada masa ynag sama pengiraan

masa dimulakan. Semasa boal melepasi bahagian B, pengiraan masa diberhentikan.

Aktiviti ini kemudian diulang sebnayak tiga kali.

5. Kelajuan air dikira dengan membahagikan jarak dengan masa yang diambil. kelajuan

air sungai Ulu Bendul dengan menggunakan rumusan ini.

6. Kedalaman sungai diukur di 5 bahagian X-Y, daripada data ini, purata kedalaman sungai

diperolehi.

7. Kira discaj untuk Sungai Ulu Bendul.

Y

Arah air sungai mengalir

X

Lebar Sungai

5 MeterB A

Pancang Kayu Pancang Kayu

Page 51: Full Report Tasik Chini

KEPUTUSAN

Lebar sungai = 5 meter

Kedalaman sungai

Lokasi Kedalaman (m)

1 0.24

2 0.49

3 1.37

4 1.09

5 0.89

Jumlah kesuluruhan 4.08

Purata Kedalaman 0.82

Halaju Air

Lokasi Masa pergerakan

bola ping pong dari

titik A ke titik B

(saat)

Halaju Air (m s-1)

1 16 0.31

2 20 0.25

3 15 0.33

4 13 0.38

5 12 0.41

Jumlah keseluruhan 1.68

Purata halaju air (m s-1) 0.34

Page 52: Full Report Tasik Chini

Discaj sungai, Q = WDV

Q = 5 m x 0.82 m x 0.34 m s-1

= 1.394 m3 s-1

PERBINCANGAN

Discaj merujuk kepada jumlah isi padu air yang melintasi sesuatu bahagian sungai dalam

satu jangka masa tertentu. Discaj ditentukan oleh bentuk saluran, luas keratan rentas sungai dan

kecerunan sungai. Daripada faktor-faktor ini, discas sungai diungkapkan sebagai:

Q = WDV

W = Lebar sungai

D = Kedalaman purata

V = Purata halaju air

dengan discaj (Q) dihubungkan dengan purata kedalaman saluran (D), lebar sungai (W) dan

purata halaju (V). Berdasarkan rumus ini, Sungai Ulu Bendul mempunyai discaj sungai 1.394 m3

s-1.

Page 53: Full Report Tasik Chini

BENTOS

Ojektif:

1) Mengumpul bentos yg terkumpul di dasar sungai

2) Mengenal pasti jenis-jenis bentos yang te;ah di temui

3) Mengetahui cara-cara yg betul untuk menggunakan jarring Surber

Alatan :

1) Jaring Surber

2) Vial

3) Pita ukur

4) Formalin

Kaedah:

1) Saiz kuadrat jaring Surber di ukur

2) Kemudian jaring Surber di letakkan di dasar sungai pada tempat yg berbeza

3) Batu-batu hendaklah di alihkan supaya bentos yang tersenbunyi dapat masuk ke jaring

surber

4) Bagi dasar yang berpasir,dasar sungsai tersebut hendaklah dikocak-kocakkn supaya

bentos tertanggal dari substrat

5) Bentos yang terkumpul diasingkan kepada sepsis yang sama.

6) Specimen terkumpol di bawa pulang untuk proses pengecaman

7) Kesemua specimen kemudian nya di awet

Page 54: Full Report Tasik Chini

Hasil

Berudu Larva coleoptera

Nimfa Mayfly (Ephemeroptera) Larva coleoptera

Nimfa Pepatung (Odonata) -hadapan Nimfa Pepatung (Odonata) -belakang

Page 55: Full Report Tasik Chini

Perbincangan :

Bentos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud dasar. Bentos juga dikenali sebagai

haiwan di dasaran. Nama lain nya adalah zoobentos atau fitobentos. Bentos adalah organisma

yang hidup, di, atau dekat dasar laut, yang juga dikenali sebagai zon bentik. Mereka tinggal di

persekitaran sedimen laut.

Terdapat pelbagai jenis bentos antaranya macrobentos, meiobentos, microbentos,

endobentos (dalam sedimen), epibentos (permukaan sedimen), cacing, moluska dan larva

serangga.

Banyak organisma ini menyesuaikan diri dengan tekanan dalam air kerana organism ini

tidak dapat bertahan hidup di bahagian atas permukaan air. Kerana cahaya tidak menembusi laut

yang sangat dalam, sumber tenaga untuk ekosistem bentik adalah bahan organik .

Istilah bentos berasal dari perkataan Greek , yang membawa maksud “kedalaman laut”.

Bentos juga digunakan dalam ekologi air tawar untuk merujuk kepada organism di bahagian

bawah dasar air tawar seperti tasik dan sungai.

Page 56: Full Report Tasik Chini

NEUSTON/PLEUSTON

Objektif

a. Mencari dan menangkap neuston/pleuston di Sungai Ulu bendulb. Mengenalpasti neuston/pleuston yang ditangkap

Alatan diperlukan

a.Tanggukb.Vialc.Formalin

Kaedah

1) Dengan menggunakan alatan yang bersesuaian, pleuston yang bergerak di permukaan air ditangkap.

2) Pleuston dibawa ke makmal untuk pengecaman.3) Pleuston (specimen) diawet.

Hasil

Nepa.sp Gerris.sp

Page 57: Full Report Tasik Chini

Hemiptera Stenonema

Stenonema

Perbincangan

Neuston adalah istilah untuk organisma yang terapung di atas air (epineuston) atau

tinggal tepat di bawah permukaan (hyponeuston). Neustons terdiri daripada beberapa jenis ikan,

kumbang , protozoa, bakteria dan labah-labah. Strider air adalah contoh umum ynag melompat

melintasi tegangan permukaan air.antara spesies neuston ynag telah dijumpai ialah Gerris sp. dan

Nepa sp. Kedua-dua sepsis ini tergolong dalam kumpulan serangga hemiptera. Selain itu, kami

juga telah menemukan stenonema.

Page 58: Full Report Tasik Chini

SARUNG LARVA TRICHOPTERA (Caddisfly)

Objektif

a. Mencari dan mengumpul sarung-sarung larva di Sungai Ulu Bendulb. Mengenalpasti jenis-jenis sarung larva yang terdapat di Sungai Ulu bendul

Kaedah

1) Batu-batu yang terdapat di dasar sungai dialihkan dan bahagian bawah batu tersebut diperhatikan untuk mengesan sarung larva.

2) Sarung-sarung ini diambil gambar.3) Sarung tersebut dipastikan sama ada mempunyai larva atau tidak dengan menekan sarung

itu.4) Larva-larva ini dimasukkan ke dalam vial.

Hasil

Page 59: Full Report Tasik Chini

Perbincangan

Caddisfly menjalankan proses metamorfosis lengkap dan boleh melengkapkan kitaran

hidup dalam masa setahun. Serangga ini bertelur di celah-celah tumbuhan atau di substrat yang

terendam. Kebanyakan larva caddisfly membina sarung yang cantik. Sarung ini biasanya

berbentuk kon memanjang atau silinder yang dibina daripada pasir, batu, serpihan daun dan

ranting. Jenis sarung boleh digunakan untuk proses pengecaman terutamanya pada peringkat

famili. Ada juga yang membina jaring untuk memerangkap mikroorganisma dan zarah detritus di

sungai.

Page 60: Full Report Tasik Chini

TUGASAN

A. KEJERNIHAN AIR

1. Cuba bandingkan nilai transparensi air antara satu ahli dengan ahli kumpulan yang lain. Adakah terdapat perbezaan bacaan? Mengapa? Terdapat perbezaan nilai transparensi air antara satu ahli dengan ahli kumpulan yang lain. Hal ini disebabkan beberapa faktor iaitu:Kawasan:- setiap kumpulan membuat kajian di tempat yang berbeza. Jadi kadar kekeruhan yang terdapat di kawasan kajian juga adalah berbeza. Air yang keruh mempunyai tahap kejernihan air yang rendah dan begitu juga sebaliknya.Ralat:- keamatan cahaya adalah berbeza mengikut waktu kajian diambil. Pada waktu tengahari keamatan cahaya adalah tinggi. Selain itu,penglihatan pemerhati juga mempengaruhi nilai yang diambil.Keadaan permukaan tasik: pemukaan yang tenang akan mngurangkan keamatan cahaya untuk menembusi air kerana pantulan cahaya ke luar manakala,permukaan yang berombak dapat menyerap cahaya lebih tinggi.

2. Mengapakah pengukuran kejernihan air perlu dilakukan dengan kelakuan piawai? Apakah factor-faktor yang mempengaruhi data yang diperolehi?Kelakuan piawai akan memberikan bacaan yang lebih tepat dan jitu. Faktor-faktor yang mempengaruhi data yang diperolehi adalah seperti faktor penglihatan pemerhati,kedudukan pemerhati samada berdiri atau duduk serta perubahan posisi. Selain itu, pergerakan bot yang menyebabkan pergerakan air dan masa juga turut mempengaruhi bacaannya.

3. Mengapakah pengukuran ini perlu dilakukan? Apakah pentingnya nilai ini?Pengukuran ini pelu dilakukan untuk menentukan tahap kejernihan air di setiap bahagian laut di Tasik Chini. Nilai ini penting untuk menentukan kadar pencemaran yang berlaku.

4. Kaedah cakera Secchi merupakan kaedah mudah untuk menentukan ciri optik sesuatu tasik. Adakah kaedah lain yang lebih tepat? Selain kaedah cakera secchi, kaedah lain yang lebih tepat untuk menentukan ciri optic sesuatu tasik ialah fotometer.

Page 61: Full Report Tasik Chini

5. Pada pendapat anda, bilakah nilai kejernihan ini lebih tinggi; pada musim kemarau atau pada musim hujan? Mengapa? Pada pendapat kami, nilai kejernihan adalah tinggi pada musim kemarau. Pada musim hujan, terdapat lumpur, puing organik, tanah dari bukit, bahan koloid, haiwan dan tumbuhan dari sekililing tasik akan dibawa masuk ke dalam sungai. Air tasik menjadi keruh dan seterusnya menurunkan nilai kejernihan air. Sebaliknya pada musim kemarau, air adalah tenang, Lumpur dan bahan- bahan lain akan mendap ke dasar dan air menjadi lebih jernih.

B. KEDALAMAN PURATA

1. Mengapakah kita perlu berhati-hati dalam menggunakan data kedalaman yang diperoleh daripada kajian lampau? Adakah kemungkinan kedalaman berubah mengikut masa? Kedalaman purata sangat berkemungkinan berubah mengikut masa. Ini mungkin disebabkan oleh kegiatan penerokaan tanah yang boleh membawa kepada hakisan tanah. Sedimen yang terendap ke dasar tasik yang terhasil menyebabkan tasik menjadi semakin cetek. Selain itu, organisma yang telah mati juga akan mereput dan akan turun ke dasar tasik. Hal ini boleh menyebabkan tasik semakin cetek.

2. Apakah pentingnya data kedalaman untuk kajian Limnologi? Data kedalaman boleh menentukan usia tasik. Semakin cetek tasik tersebut, semakin tua usianya. Ciri-ciri tasik dapat ditentukan daripada data kedalaman. Secara amnya, tasikyang mempunyai kedalaman purata melebihi 18m menunjukkan ciri tasik oligotrofi iaitu tasik yang mempunyai kandungan nutrient yang rendah. Tasik yang mempunyai kedalaman purata kurang darpada 18m dikenali sebagai tasik eutrofi. Tasik ini adalah lebih cetek dan kandungan nutrien yang tinggi dan lebih produktif.

3. Yang mana lebih produktif,tasik yang dalam atau yang cetek?Tasik yang cetek lebih produktif daripada tasik yang dalam. Kawasan ini mempunyai produktiviti yang tinggi dengan populasi fitoplanton dan zooplankton. Tasik ini mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi dan merupakan sumber makanan kepada ikan dan hidupan lain. Jadi, organisma hidup banyak terdapat di kawasan ini.

4. Apa itu indeks morfoedafik? Bagaimana indeks ini diukur?Indeks morfoedafik adalah merupakan salah satu cara untuk mengukur kedalaman purata tasik. Indeks morfoedafik (MEI)= jumlah bahan terlarut Kedalaman purata

Page 62: Full Report Tasik Chini

C. OKSIGEN & SUHU

1. Daripada graf yang didapati, bincangkan taburan oksigan di Tasik Chini. Mengapa keadaan ini wujud? Taburan oksigen berkadar songsang dengan kedalaman tasik. Ini disebabkan bilangan organisma semakin berkurangan apabila menuruni tasik. Bahagian lapisan atas tasik yang terdedah kepada cahaya dikenali sebagai zon eufotik. Tumbuhan aktif berfotosintesis dan kandungan oksigen adalah tinggi. Bahagian dasar dikenali sebagai zon afotik di mana kadar respirasi melebihi fotosintesis. Ini merupakan zon penguraian bahan organik oleh bakteria dan kulat.

2. Adakah terdapat perbezaan antara suhu di permukaan dan suhu di dasaran? Mengapa? Terdapat perbezaan suhu antara permukaan dan dasar. Bahagian atas tasik merupakan lapisan air panas kerana kawasan ini lebih terdedah kepada cahaya matahari. Sebaliknya pada bahagian dasaran, keadaan adalah sejuk kerana keamatan cahaya adalah rendah. Bahagian tengah pula akan membentuk satu halangan dan pemisahan yang berkesan di antara zon atas dan zon bawah dikenali sebagai zon pampasan.

3. Apakah hubungan antara suhu air dengan kadar resapan oksigen di permukaan? Kadar resapan oksigan berkadar songsang dengan suhu air di permukaan tasik. Semakin meningkat suhu, smakin menurun kadar kelarutan oksigan dalam air.

4. Pada pendapat anda, mengapakah kehadiran lapisan minyak di permukaan tasik boleh membunuh hidupan akuatik terutama ikan? Minyak menghalang penembusan cahaya matahari dan mengurangkan kelarutan oksigen ke dalam air. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada hidupan akuatik yang memerlukan cahaya dan oksigen untuk hidup. Ikan tidak dapat melakukan respirasi manakala tumbuhan akuatik pula tidak dapat melakukan fotosintesis.

5. Apakah faktor-faktor yang bertanggungjawab menyumbang oksigen terlarut dalam air? Faktor yang terlibat adalah suhu air, tekanan atmosfera, kepekatan garam terlarut dalam air dan aktiviti biologi organisma dalam air seperti proses fotosintesis oleh fitoplankton serta kadar kejernihan air tasik tersebut.

6. Bandingkan data oksigen yang didapati antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. Terdapat perbezaan atau tidak? Mengapa? Terdapat perbezaan data yang diperolehi antara setiap kumpulan. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca dan suhu air berbeza di tasik yang berlainan. Selain itu,lokasi tempat kajian yang berbeza juga memberi perbezaan pada data

7. Mengapakah fenomena kematian ikan (fishkill) boleh wujud dan apakah faktor yang bertanggungjawab?

Page 63: Full Report Tasik Chini

Fenomena kematian ikan (fishkill) wujud akibat pertumbuhan alga yang berlebihan (cetusan alga). Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan oksigen yang diperlukan oleh ikan. Selain itu, kadar pencemaran yang tinggi, kekurangan nutrient dan perubahan suhu yang mendadak juga merupakan faktor-faktor terjadinya fenomena ini. Hal ini kerana, kawasan tersebut sudah tidak sesuai untuk didiami ikan.

8. Selain daripada kaedah meter oksigen, bagaimanakah cara lain untuk menentukan kandungan oksigen terlarut di dalam air? Kaedah lain untuk menentukan kandungan oksigen terlarut di dalam air ialah Kaedah Iodometrik Winkler (penetration), Kaedah Polarografik dan Kaedah Potentiometrik. Selain itu, nilai B.O.D juga boleh menetukan kandungan oksigen yang terlarut di dalam air.

9. Mengapakah penentuan kandungan oksigen terlarut perlu dilakukan serta-merta di lapangan, tidak ditangguhkan sehingga ke makmal? Penentuan kandungan oksigen terlarut tidak boleh ditangguhkan sehingga ke makmal kerana berkemungkinan besar oksigen akan digunakan oleh fitoplankton untuk proses fotosintesis serta kemasukan oksigen dari luar secara resapan.

10. Adakah keperluan oksigen untuk organisma akuatik berbeza atau serupa antara satu sama lain? Mengapa? Keperluan oksigen untuk organisma akuatik adalah berbeza antara satu sama lain kerana keperluan oksigen sesuatu organism bergantung kepada saiz, kadar respirasi dan metabolism organism tersebut.

11. Sekiranya kita mendapati bahawa kandungan oksigen di dalam kolam ikan begitu rendah, bagaimanakah caranya yang boleh digunakan untuk mempertingkatkannya? Oksigen boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah kitar oksigen,menanam tumbuhan akuatik yang akan melakukan proses fotosintesis dan juga pembersihan kolam agar air dapat meresap oksigen dengan kadar yang lebih tinggi.

12. Adakah kandungan oksigen yang terlalu tinggi, baik untuk ikan? Kandungan oksigen yang tinggi baik untuk ikan. Kandungan oksigen yang terlalu tinggi menunjukkan kolam itu bebas daripada pencemaran. Oksigen yang tinggi juga memperlihatkan terdapat banyak tumbuhan yang mampu menjalankan fotosintesis dan membentuk siratan makanan yang baik untuk ikan.

13. Waktu manakah kandungan oksigen di tasikdijangka mencapai tahap yang paling rendah;subuh, tengah hari, petang, senja, malam atau tengah malam? Mengapa? Kandungan oksigen paling rendah adalah pada waktu malam kerana tiada proses fotosintesis berlaku sebaliknya berlaku proses respirasi yang menggunakan oksigen menyebabkan kandungan oksigen pada waktu malam berkurangan.

D. pH, NITRAT & FOSFAT

Page 64: Full Report Tasik Chini

1. Mengapakah ketiga- tiga parameter ini perlu diukur? Apakah kesignifikannya? Nilai pH, nitrat dan fosfat perlu diukur untuk mengetahui kadar pencemaran air dan untuk mengetahui jenis organism yang boleh hidup dalam nilai pH, nitrat dan fosfat tertentu.

2. Untuk persekitaran akuatik, kandungan fosfat dan nitrat pada amnya sangat rendah. Mengapa? Kandungan nitrat dan fosfat adalah rendah kerana organisma akuatik menggunakannya untuk pertumbuhan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan alga blum? Perkara ini baik atau buruk? Mengapa?Alga blum (cetusan alga) yang mana suatu keadaan apabila alga ini membentuk satu populasi terampai yang besar menutupi permukaan tasik yang boleh menyebabkan masalah kekurangan oksigen. Perkara ini buruk kerana boleh menyebabkan kematian ikan.

4. Apakah hubungan antara penggunaan baja dan detergen sabun) dengan blum alga (cetusan alga)? Penggunaan baja dan detergen menyebabkan terjadinya tasik eutrofikasi yang akan meningkatkan cetusan alga.

5. Sekiranya kita menemui nilai tinggi untuk fosfat dan nitrat, ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan bahawa tasik berkenaan telah mengalami pencemaran yang tinggi. Terjadinya tasik eutrofikasi.

6. Sekiranya kita ingin mengumpulkan alga Chara, di tasik yang manakah kita boleh memperolehnya, di tasik yang mempunyai nilai pH yang tinggi atau rendah? Kita boleh memperolehi alga Chara di tasik yang mempunyai pH rendah. Alga Chara merupakan makrofit akuatik yang menjalani fotosintesis dan menghasilkan oksigen yang menyebabkan nilai pH tasik rendah.

7. Apakah hubungan antara penggunaan baja dan detergen dengan cetusan alga? Penggunaan baja dan detergen menyebabkan terjadinya tasik eutrofikasi yang akan meningkatkan cetusan alga.

8. Fosforus merupakan eleman biologi aktif. Bahan ini berkitar melalui beberapa peringkat alam ekosistem akuatik. Kepekatannya bergantung kepada aktiviti sintesis dan pereputan. Bincangkan? Kepekatan fosforus berkurang ketika aktiviti sintesis berlaku kerana tumbuhan akuatik menggunakannya ketika pertumbuhan tetapi akan bertambah apabila tumbuhan tersebut mati dan proses pereputan berlaku yang akan menghasilkan fosforus.

Page 65: Full Report Tasik Chini

9. Untuk membina kolam ikan, kita perlu menentukan nilai pH tanah terlebih dahulu. Mengapa? Nilai pH tanah amat penting untuk membina kolam ikan kerana tanah yang berasid akan menghasilkan keadaan kolam yang berasid. Begitu juga sebaliknya. Kebanyakan ikan boleh hidup dalam air yang mempunyai pH 6-9. Jadi, pH tanah amat penting dalam mempengaruhi taburan ikan dalam kolam tersebut.

E. BENTOS

1. Bagaimana caranya bentos boleh digunakan sebagai organisma petanda ‘indicator organism’ untuk jasad air yang dicemari? Kenapa bentos lebih sesuai dijadikan organisma petanda daripada nekton?Bentos digunakan sebagai organisma petanda ‘indicator organism’ kerana bentos tidak bergerak dan hidup static di sesuatu tempat. Kadar pencemaran air tinggi boleh ditentukan apabila kadar bentos yang sukakan kebersihan adalah rendah. Nekton tidak sesuai dijadikan organisma petanda kerana ia boleh bergerak dan mencari tempat yang lebih sesuai untuk hidup.

2. Apakah kepentingan bentos dari segi ekologi? Dari segi ekologi, bentos merupakan sumber makanan bagi ikan- ikan kecil. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam penguraian bahan- bahan organik. Bentos juga berupaya membaiki sistem pengudaraan tanah.

3. Bagaimana caranya kita ingin menganggarkan kepadatan bentos per hektar?Kepadatan bentos boleh dianggarkan dengan menggunakan jaring surber.

F. ALGA DAN PERIFITON

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah perifiton?Perifiton adalah tumbuhan atau haiwan yang hiduo melekat pada substratum yang terendam.

2. Habitat yang bagaimanakah, komuniti perifiton boleh ditemui dengan banyak? Komuniti perifiton boleh ditemui dengan banyak dalam kawasan seperti sungai dan tasik yang mempunyai tumbuhan akuatik, batang kayu dan celah-celah batu.

3. Apakah peranan yang dimainkan oleh alga dari segi ekologi? Alga mempunyai peranan yang penting dari segi ekologi kerana ia melakukan proses fotosintesis yang dapat menghasilkan oksigen. Ia juga menjadi salah satu pengeluar utama untuk dijadikan makanan kepada hidupan akuatik.

Page 66: Full Report Tasik Chini

G. NEKTON

1. Daripada data ukuran saiz dan berat yang diperolehi, bolehkah kita mengetahui umur ikan itu? Apakah kaedah terbaik untuk mengetahui umur ikan secara lebih tepat?Kita boleh mengetahui umur ikan berdasarkan ukuran saiz dan berat ikan. Tetapi ia tidak begitu tepat. Pada umumnya, ikan kecil adalah muda manakala ikan besar adalah dewasa. Umur ikan boleh diketahui dengan memerhatikan morfologi ikan tersebut kerana morfologi ikan akan berubah sejajar dengan umurnya.

2. Bagaimanakah caranya untuk kita menentukan diet ikan yang ditangkap? Diet ikan yang ditangkap dapat ditentukan dengan mengetahui habitatnya. Selain itu, kedudukan mulut ikan dan bentuk badan juga membantu dalam penentuan diet.

3. Adakah terdapat perbezaan antara jenis ikan yang ditangkap dengan kaedah penangkapan yang digunakan? Adakah ikan yang ditangkap dengan jala sama dengan ikan yang ditangkap dengan bubu? Mengapa? Ya kerana bubu hanya digunakan untuk menangkap ikan yang hidup di kawasan air yang cetek manakala jala digunakan untuk menagkap ikan yang hidup di kawasan yang lebih dalam. Maka, jenis ikan yang diperolehi juga berbeza.

4. Adakah cara atau kaedah yang berkesan untuk mengetahui segala spesies ikan yang terdapat di sesuatu tasik? Mengapa? Tiada. Penggunaan pelbagai jenis alatan seperti jaring, penangkapan berelektrik, pancing, bubu, belat, rawai, pukat dan jala boleh digunakan untuk menangkap ikan di sesuatu tasik. Gabungan berbagai-bagai jenis alatan penangkapan membolehkan kita mengetahui spesies ikan yang terdapat di sesuatu tasik.

5. Sekiranya kita mendapati bahawa ikan yang kita perolehi dari sesuatu tasik bersaiz kecil tetapi wujud dalam bilangan yang banyak, ini menunjukkan apa? Ini menunjukkan bahawa bilangan populasi ikan adalah besar. Ini menyebabkan sumber makanan bagi spesies ikan tersebut berkurangan kerana wujud persaingan intraspesies untuk mendapatkan makanan dan habitat yang sama. Oleh itu, saiz ikan adalah kecil.

6. Apakah hubungan antara populasi ikan dengan tumbuhan akuatik? Sekiranya tasik dipenuhi dengan tumbuhan akuatik, adakah ikan banyak atau kurang? Tumbuhan akuatik adalah penting dalam populasi ikan kerana ia merupakan sumber makanan ikan. Populasi ikan meningkat apabila tumbuhan mikrofit meningkat. Selain itu, ikan juga bertelur dan berlindung di habitat yang disediakan oleh tumbuhan akuatik

.

7. Di Tasik Chini, spesies ikan apa yang paling banyak bilangannya? Sekiranya kita datang kembali ke Tasik Chini pada masa akan datang, adakah spesies ikan ini kekal menjadi ikan yang terbanyak? Mengapa?

Page 67: Full Report Tasik Chini

Spesies ikan yang paling banyak terdapat di Tasik Chini ialah ikan lemek (Labiobarbus ocellatus). Spesies ikan lemek ini mungkin akan bertambah pada masa akan dating jika Tasik Chini dijaga tetapi akan berkurangan jika tahap pencemaran Tasik Chini semakin bertambah.

8. Apa yang kita faham dengan istilah muatan pembawaan?Muatan pembawaan (carrying capacity) ialah bilangan/berat yang boleh ditampung oleh ekosistem. Keadaan ini memerlukan kehadiran pemangsa untuk mengawal spesies yang mudah membiak(prolifik).

9. Bolehkah warna ikan digunakan untuk mengecam ikan? Mengapa? Warna boleh digunakan untuk mengecam spesies ikan tertentu sahaja. Namun, pengecaman berdasarkan warna perlu dilakukan berhati-hati kerana warna ikan berubah mengikut tempat dan masa.

H. TUMBUHAN AKUATIK

1. Apakah yang kita faham dengan istilah rumpai? Di Tasik Chini, spesies tumbuhan akuatik yang mana boleh digolongkan sebagai rumpai? Mangapa?Rumpai ialah tumbuhan yang hidup di mana ia tidak dikehendaki. Ianya tidak ditanam tetapi tumbuh sendiri. Di Tasik Chini, tumbuhan ekor kucing boleh digolongkan sebagai rumpai kerana ia boleh menjadi habitat nyamuk dan siput. Selain itu, ia juga mengganggu pergerakan bot menyebabkan aktiviti rekreasi terhalang. Ia juga boleh mengeringkan sistem akuatik kerana meningkatkan sejat-transpirasi.

2. Sekiranya kita diminta membersihkan ekor kucing dari Tasik Chini, apakah kaedah yang boleh kita gunakan? Antara kaedah-kaedah ini,yang mana paling baik? Mengapa?Rumpai boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam penghasilan tanaman, dan keindahan alam sekitar. Oleh yang demikian rumpai perlulah dikawal pertumbuhannya. Terdapat pelbagai kaedah pengawalan rumpai yang boleh digunakan. Antaranya, kawalan secara mekanik, kawalan secara biologi, kawalan secara pencegahan melalui amalan yang baik dan kawalan secara menggunakan racun rumpai. Pencegahan melalui amalan yang baik merupakan kaedah yang terbaik. Pembiakan rumpai dapat dikurangkan jika beberapa langkah pengawalan telah dilakukan diperingkat awal-awal lagi. Ini seperti menggunakan biji benih yang bermutu tinggi dan bersih daripada biji benih rumpai. Menggunakan alat-alat pembajak, yang bersih dan dicuci selepas menggunakannya. Selain itu memastikan biji-biji rumpai yang telah di potong tidak dibuang dimerata-rata tempat sehingga boleh bercampur semula dengan biji benih tanaman.

Page 68: Full Report Tasik Chini

3. Apakah nilai ekonomi tumbuhan Rasau (pandanus helicopus)Tumbuhan rasau boleh dijadikan kraftangan dan boleh di eksport untuk menambah pendapatan.

4. Mengapakah populasi teratai semakin berkurangan di Tasik Chini?Populasi teratai semakin berkurangan adalah disebabkan oleh meningkatnya populasi tumbuhan ekor kucing yang tumbuh dengan banyaknya.

Page 69: Full Report Tasik Chini