3
FUNGSI BANK PERDAGANGAN FUNGSI UTAMA BANK PERDAGANGAN - menerima simpanan - memberi pinjaman - membuat dan menerima bayaran - mengurus pertukaran wang asing - menawarkan perkhidmatan lain 1. MENERIMA SIMPANAN/ DEPOSIT Deposit Semasa/ Akaun Semasa - adalah akaun yang membolehkan pendeposit membuat bayaran dengan menggunakan cek - tidak membayar faedah - dikenakan bayaran perkhidmatan guna cek (caj Bank) - boleh mengeluarkan wang bila-bila masa melalui cek - boleh memohon kemudahan overdraf (mesti ada cagaran) - penyata bank dihantar setiap bulan - boleh guna kad juruwang elektronik (ATM) untuk : semak baki simpanan, buat simpanan melalui cek atau tunai, keluarkan tunai, buat bayaran autodebit Deposit Tabungan / Akaun tabungan - adalah akaun yang benarkan orang ramai menyimpan wang dalam jumlah kecil - terima faedah lebih rendah daripada akaun tetap - boleh keluarkan wang bila-bila masa - boleh guna kad juruwang elektronik - diberi Buku Akaun Simpanan Deposit Tetap / Akaun Tetap - adalah akaun untuk menyimpan sejumlah wang bagi suatu tempoh masa tertentu - dibayar kadar faedeh yang lebih tinggi - pengeluaran wng simpanan sebelum tempoh matang akan terima faedah kurang atau tiada faedah - diberi sijil akaun tetap 2. MEMBERI PINJAMAN Kemudahan Overdraf - ialah kemudahan pinjaman kepada pemegang akaun semasa yang layak untuk mengeluarkan wangnya melebihi jumlah baki tersimpan *pinjaman jangka pendek *dikenakan faedah atas jumlah wang dikeluarkan *jumlah faedah bergantung kepada bilangan hari wang digunakan *digunakan untuk beli stok, bayar beli, bayar perbelanjaan luar jangka (tidak pasti masa dan jumlah bayaran) Akaun Pinjaman 3 jenis pinjaman: i.)Pinjaman bercagar *ialah pinjaman yang diberi bagi suatu tempoh masa tertentu *tujuan untuk beli harta tetap bangunan, rumah, tanah, kilang *pinjaman jangka panjang *dikenakan kadar faedah atas keseluruhan jumlah pinjaman *perlu cagaran geran tanah, geran rumah, polisi insuran nyawa, syer *peminjam bayar pinjaman serta faedah secara ansuran bulanan selama tempoh disetujui ii.)Pinjaman Persendirian *ialah pinjaman jangka pendek kepada individu yang layak sahaja *tidak perlu cagaran

Fungsi-Bank-Perdagangan.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fungsi-Bank-Perdagangan.pdf

FUNGSI BANK PERDAGANGAN

FUNGSI UTAMA BANK PERDAGANGAN- menerima simpanan- memberi pinjaman- membuat dan menerima bayaran- mengurus pertukaran wang asing- menawarkan perkhidmatan lain

1. MENERIMA SIMPANAN/ DEPOSITDeposit Semasa/ Akaun Semasa- adalah akaun yang membolehkan pendeposit membuat bayaran dengan menggunakan cek- tidak membayar faedah- dikenakan bayaran perkhidmatan guna cek (caj Bank)- boleh mengeluarkan wang bila-bila masa melalui cek- boleh memohon kemudahan overdraf (mesti ada cagaran)- penyata bank dihantar setiap bulan - boleh guna kad juruwang elektronik (ATM) untuk : semak baki simpanan, buat simpanan melalui cek atau tunai, keluarkan tunai, buat bayaran autodebit

Deposit Tabungan / Akaun tabungan- adalah akaun yang benarkan orang ramai menyimpan wang dalam jumlah kecil- terima faedah lebih rendah daripada akaun tetap- boleh keluarkan wang bila-bila masa- boleh guna kad juruwang elektronik- diberi Buku Akaun Simpanan

Deposit Tetap / Akaun Tetap- adalah akaun untuk menyimpan sejumlah wang bagi suatu tempoh masa tertentu- dibayar kadar faedeh yang lebih tinggi - pengeluaran wng simpanan sebelum tempoh matang akan terima faedah kurang atau tiada faedah- diberi sijil akaun tetap

2. MEMBERI PINJAMANKemudahan Overdraf- ialah kemudahan pinjaman kepada pemegang akaun semasa yang layak untuk mengeluarkan wangnya melebihi jumlah baki tersimpan *pinjaman jangka pendek *dikenakan faedah atas jumlah wang dikeluarkan *jumlah faedah bergantung kepada bilangan hari wang digunakan *digunakan untuk beli stok, bayar beli, bayar perbelanjaan luar jangka (tidak pasti masa dan jumlah bayaran)

Akaun Pinjaman3 jenis pinjaman:i.)Pinjaman bercagar *ialah pinjaman yang diberi bagi suatu tempoh masa tertentu *tujuan untuk beli harta tetap bangunan, rumah, tanah, kilang *pinjaman jangka panjang *dikenakan kadar faedah atas keseluruhan jumlah pinjaman *perlu cagaran geran tanah, geran rumah, polisi insuran nyawa, syer *peminjam bayar pinjaman serta faedah secara ansuran bulanan selama tempoh disetujui

ii.)Pinjaman Persendirian *ialah pinjaman jangka pendek kepada individu yang layak sahaja *tidak perlu cagaran

Page 2: Fungsi-Bank-Perdagangan.pdf

*perlu penyata taksiran cukai pendapatan/ gaji & kemukakan penjamin *bayaran balik pinjamn beserta faedah secara ansuran bulanan

iii.)Pinjaman memlalui Kad Kredit *diberi kepada pemegang kad kredit untuk berbelanja ikut jumlah ditetapkan *pemegang kad boleh buat bayaran secara kredit(tanpa wang tunai) semasa membeli barangan *bank membayar terlebih dahulu dan pemegang kad akan bayar kepada bank *dikenakan kadar faedah tinggi atas kredit yang digunakan jika bayaran lewat daripada tempoh yang ditetapkan (sebab tidak perlu cagaran)

Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran- erti bank akan membeli bil pertukaran pada harga kurang daripada nilai muka(nilai nominal) bil sebelum tempoh matang beli.- perbezaan nilai muka bil dan harga diskaun ialah faedah yang dikenakan oleh bank- tujuan untuk bantu firma yang perlu modal segera *Bil Pertukaran - perjanjian yang dibuat oleh penghutang untuk bayar sejumlah wang kepada pemiutang pada masa depan yang ditentukan tarikhnya

3. MEMBUAT DAN MENERIMA BAYARANa. Cek (i)membuat bayaran -cek ialah arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk buat bayaran kepada pihak lain -bank akan bayar jumlah tertulis pada cek kepada penerima cek (ii)menerima bayaran -terima bayaran dalam bentuk cek untuk pendepositnya dengan memasukkan cek ke dalam akaun pendeposit

b. Arahan kepada Bank(i) Perintah sedia Ada/ Arahan kepada bank -ialah arahan daripada pemegang akaun tabungan & akaun semasa kepda bank untuk buat bayaran tetap yang berulang pada tarikh ditetapkan -arahan diberi sekali dan pindahan wang dilakukan berulang-ulang -bayaran dibuat dengan mendebitkan akaun pelanggan -cth bayaran : sewa, premium insurans, bayran ansuran sewabeli

(ii)Debit Langsung/ Debit Terus -ialah arahan pemegang akaun tabungan dan akaun semasa kepdad bank untuk bayar bil tanpa ambulkira jumlah apabila masa membayar bil tiba -tarikh bayaran tidak tetap -cth bayaran: bil elektrik, bil air

(iii)Pindahan Kredit -ialah cara bank perdagangan membuat bayarn terus ke dalam akaun penerima -pemegang akaun tabungan & akaun semasa arah bank memindahkan sejumlah wang daripda akaunnya kepada akaun pihak lain. (atau keluarkan cek kepada bank untuk dipindahkan kepada akaun pihak lain) -sesuai untuk : mengkreditkan gaji,bonus,komisen, & tuntutan perubatan pekerja

c. Kad Kredit- dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya yang membolehkan pemegang kad membeli barangan secara kredit- bank buat bayaran terlebih dahulu bagi pihak pelanggan kemudian bank hantar penyata bulanan kepada pemegang kad untuk membuat bayaran.- yuran tahun dan kadar faedah tinggi dikenakan atas baki kredit yang tidak dijelaskan

Page 3: Fungsi-Bank-Perdagangan.pdf

d. Draf Bank- cek dikeluarkan oleh bank perdagangan atas permintaan pelanggan sebagai bayaran kepada pihak tertentu- dijual pada harga yang sama dengan nilai muka cek dan ditambah yuran perkhidmatan- dijamin sepenuhnya oleh pihak bank yang mengeluarkannya- cth penggunaan : bayaran ketika membeli kereta, melanggan saham baru

e. Perkhidmatan Kad Juruwang Elektronik (ATM), Teleperbankan dan Internet- disediakan untuk pemegang akaun tabungan & akaun semasa untuk membuat bayaran Kad ATM - pelanggan melakukan urusniaga layan diri seperti keluar wang, buat simpanan, semak baki simpanan, pindahkan wang antara akaun, buat bayaran- berfungsi sebagai kad debit iaitu sebarang urusniaga didebitkan daripada akaun pemegang kad dan dikreditkan dalam akaun penjual secara automatik(beli-belah secara POS elektronik Point of Sale pemindahan wang secara elektronik) Teleperbankan - semakan baki akaun, bayran utiliti, bayaran zakat, maklumat pertukaran asing Internet - bayaran gaji, KWSP, pindahan wang antara akaun, bayaran insurans, beli-belah

f. Cek Kembara- Cek Kembara dikeluarkan untuk pelanggan yang ingin membuat bayaran semasa melawat negara asing- dijual dalam nilai mata wang asing dan ditunaikan dinegara yang dilawati

4. MENGURUS PERTUKARAN ASING- bank membeli matawang asing pada harga rendah dan menjualnya pada harga lebih tinggi - membuat kiriman wang dalam matawang asing ke luar negara bagi pihak pelanggan melalui draf bank, pindahan mail dan pindahan tali graphic.

5. PERKHIDMATAN LAINa. perkhidmatan peti simpanan selamat- disewa kepada pelanggan untuk menyimpan dokumen penting barang kemas sijil saham geran tanah

b. perkhidmatan nasihat dan perundingan - tentang perniagaan dan pelaburan kepada orang perseorangan dan syarikat perniagaan

c. Pemegang amanah - khidmat pengurusan wasiat dan pemegang amanah- bank bertindak ikut arahan yang diamanahkan oleh pelanggan dalam surat amanah pelanggan termasuk pembahagian harta