36
F Falsafah Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek yang bererti cintakan hikmat. Pada pandangan Islam,hikmat bermaksud “segala ilmu yang menggunakan segala daya kemampuan akal manusia untuk mengkaji dan menyelidik perkara-perkara yang ada hubungan dengan kegiatan amali dalam hidup manusia. Oleh itu,falsafah mengikut pandangan Islam bermaksud cintakan semua ilmu yang diperolehi daripada kekeutan akal fikiran manusia yang digunakan untuk kegiatan dalam kehidupan manusia. Suruhan supaya mengkaji dan menyelidik dengan mengunakan kekuatan akal fikiran sebenarnya mempunyai matlamat yang tertentu,iaitu mengenal Allah S.W.T. 1 Fardu Ain Fardu Ain merupakan kewajipan setiap individu Islam yang mukalaf untuk melakukannya: seperti menuntut ilmu – ilmu yang menyentuh soal-soal akidah ,ibadat dan mengisi hati. Misalnya cara mengenal Allah,cara beribadat kepadanya –Nya dan cara membersihkan hati daripada segala maksiat batin. Fardu ain boleh dibahagikan kepeda empat bahagian: Pertama : Ilmu yang dikenali dengan ilmu enam perkara keimanan 1 Amir A.Rahman, 1990, Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 131

Fungsi Seni Khat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

senikhat

Citation preview

F

FalsafahPerkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek yang bererti cintakan hikmat. Pada pandangan Islam,hikmat bermaksud segala ilmu yang menggunakan segala daya kemampuan akal manusia untuk mengkaji dan menyelidik perkara-perkara yang ada hubungan dengan kegiatan amali dalam hidup manusia.

Oleh itu,falsafah mengikut pandangan Islam bermaksud cintakan semua ilmu yang diperolehi daripada kekeutan akal fikiran manusia yang digunakan untuk kegiatan dalam kehidupan manusia. Suruhan supaya mengkaji dan menyelidik dengan mengunakan kekuatan akal fikiran sebenarnya mempunyai matlamat yang tertentu,iaitu mengenal Allah S.W.T.

Fardu Ain

Fardu Ain merupakan kewajipan setiap individu Islam yang mukalaf untuk melakukannya: seperti menuntut ilmu ilmu yang menyentuh soal-soal akidah ,ibadat dan mengisi hati. Misalnya cara mengenal Allah,cara beribadat kepadanya Nya dan cara membersihkan hati daripada segala maksiat batin. Fardu ain boleh dibahagikan kepeda empat bahagian:Pertama : Ilmu yang dikenali dengan ilmu enam perkara keimanan

i. Beriman kepada Allah S.W.T

ii. Beriman kepada Malaikat

iii. Beriman kepada kitab-kitab Allah.

iv. Beriman kepada para Rasul Allah.

v. Beriman kepada hari Kiamat.

vi. Beriman kepada Qadak dan Qadar

Kedua : Ilmu yang berhubung dengan perundangan Islam

Ilmu yang mustahak dan wajib diketahui oleh setiap individu Muslim yang berkaitan dengan dirinya , tertumanya hal-hal ibadat sembahyang ,puasa,bersuci,berzakat,haji dan sebagainya dengan mengetahui segala syarat dan rukunnya, sah dan batalnya dan lain-lain lagiKetiga : Ilmu yang berhubung dengan lima perkara yang diharamkan

Perkara-perkara yang diharamkan ialah

i. Berzina, mencuri, membunuh, dan derhaka kepada ibu bapa.

ii. Membezakan perkara yang mendatangkan dosa dan pahala.iii. Melanggar hak atau mengambil hak seseorang dengan tiada kebenaranya

iv. Menyukutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

v. Memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak mengetahuinya.

Perkara perkara yang diharamkan oleh agama ini wajiblah bagi setiap individu Islam mengetahuinya dan mempelajarinya serta menghindarkannya. Keempat : Ilmu yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah

Ilmu yang berkaitan dengan perhubungan manusia sesama manusia dan muamalah mereka,sama ada berbentuk khusus atau umum. Perhubungan ini bersifat kemanusiaan dan martabat manusia itu sendiri, seperti kewajipan pemerintah terhadap semua lapisan masyarakat, hak-hak suami isteri dan anak-anak kewajipan anak terhadap ibu bapanya, hak-hak harga barangan,hak memilih dan sebagainya.

Fardu Kifayah

Fardu Kifayah pula kadang-kadang boleh menjadi Fardu Ain apabila prinsip ini diamalkan,iaitu apa yang tidak sempurna wajib kecuali denganya,maka dia adalah wajib. Oleh itu,fardu kifayah ini adalah ilmu-ilmu yang tidak termasuk dalam fardu ain, seperti mempelajari ilmu sains, kedoktoran, pertukangan, dan sebagai, yang dengan mempelajarinya boleh menjamin maslahat umat Islam sendiri dan ketenteraman mereka. Tetapi haruslah diawasi bahawa ilmu-ilmu ini hendaklah terikat dengan ilmu-ilmu dan kebudayaan syariat Islam.

Fungsi Seni Khat

Seni Khat disanjung tinggi kerana digunakan untuk menulis ayat-ayat al-Quran dalam bentuk yang paling indah .Seni khat juga digunakan di dalam semua bentuk seni bina yang ada kaitan dengan agama ,dengan cara ditulis di atas kertas, batu-batu, tembikar ,logam ,kaca,kain dan bahan-bahan lain

Seni Khat digunakan sebagai hiasan bangunan seperti masjid,makam dan istana dengan mengunakan susunan atau bata,ukiran batu, tembikar dan bahan-bahan lain antaranya ialah bangunan yang termasyur yang dihiasi denagn seni khat ialah Masjid Jamik Isfahan ,Iran (1072-1092) istana al Hamrak ,Granada, Sepanyol, dalam abad ke -14 . Dalam masa kurang daripada 100 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W .,Islam telah berkembang dengannya ialah seni khat sebagai alat penerangan dan bahan penyatuan seni.Tulisan Jawi yang digunakan di alam Islam Melayu berasaskan khat Arab dengan tambahan empat huruf .Contoh pengunaan khat yang tertua di Malaysia terdapat pada batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H = (1303 M), bermakna 671 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W.

Jenis-jenis Khat

Khat thuluth

Khat Nasakh

Khat al-Farsi

Khat al-Diwani

Khat al-Jali ad-Diwani

Khat Rakaah

Khat al-Ijazah

Fungsi MenaraTujuan asal menara dibina ialah untuk melantangkan lagi suara azan. Pada zaman Rasullah S.A.W., tukang azan Bilal bin Rabah naik ke atas bumbung rumah berhampiran masjid untuk memperdengar azan. Mengikut catatan sejarah menara mula dibina dalam abad kedua Hijrah. Kemudian penggunaan menara mula diluaskan lagi sebagai tempat mengintai gerak-geri musuh ,menjadi panduan kepada para kafilah dan menjadi hiasan bangunan dan istana pada zaman tersebut.

GGangga Negara

Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu Hindu pada suatu ketika dahulu. Setelah beberapa kajian dibuat, maka telah didapati bahawa kerajaan Gangga negara ini telah bertapak di sekitar kawasan Beruas dan Manjung, Perak sejak abad ke-8 lagi. Rangka kawasannya di antara selatan Gunung Bubu, dan timur Bukit Segari di tepi sungai Dinding. Pengasas kerajaan Gangga Negara ini ialah Raja Ganjil Sarjuna dan ada pendapat lain menyatakan kerajaan ini dibawa oleh Raja Khmers dari kemboja. Kebanyakan para penyelidik percaya kerajaan Gangga Negara ini telah runtuh akibat daripada serangan antara tahun 1025 dan 1026 oleh Raja Rajendra Cholal dari Coromandel, India Selatan. Banyak artifak yang telah dijumpai disekitar negeri Perak yang mengukuhkan lagi tentang kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Antara artifak-artifak berikut seperti meriam, keris pati, arca patung Buddha, patung gangsa dan banyak lagi. Kini artifak-artifak ini disimpan di Muzium Beruas, Perak.

Gua Hira

Gua hira adalah sebuah gua yang terletak di mekkah . Gua Hira juga dikenali sebagai jabal nur bagi kalangan orang-orang arab. Gua hira mencatatkan suatu kisah yang penting dalam agama islam. Di dalam gua hira inilah ,junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sering bertafakur dan mengasingkan diri daripada kaumnya. Tujuan baginda mengasingkan diri adalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Sewaktu beribadat, baginda sering memikirkan tentang kesesatan kaumnya dan cara untuk memimpin mereka.

Pada hari isnin, 17 ramadhan bersamaan 6 ogos 610 masihi telah berlaku suatu peristiwa iaitu penurunan wahyu yang pertama. Pada waktu itu, baginda berusia 40 tahun. ketika itu baginda telah didatangi oleh malaikat yang mengajar baginda membaca. Wahyu yang pertama diturunkan ialah surah al-Alaq yang membawa maksud bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan manusia. Bermula dari peristiwa inilah, wahyu diturunkan satu persatu sehingga dibentuk dan di susun menjadi kitab suci al-Quran Nur Karim, iaitu kitab suci bagi umat Islam. Menurut pandangan islam, sejak turunnya wahyu pertama bererti tamatlah zaman jahiliah dan bermulalah zaman al-Quran.

H

HIJAZ (KAWASAN BERGUNUNG- GANANG)

Kawasan yang terletak di utara Yaman (Timur Tihamah), memanjang dari kawasan Syam di utara hingga ke Najran di selatan. Kawasan ini sebelum kedatangan islam merupakan kawasan yang penuh dengan huru hara dan kejahilan.

HETEP SENOUSERT

Bandar ini diasaskan oleh Sesostris 111 di Fayyum dan diduduki selama lebih 50 tahun. Bandar ini dibahagikan kepada zon untuk golongan kaya dan golongan miskin. Kedua-dua zon dipisah oleh sebuah tembok. Rumah-rumah yang didirikan dalam zon miskin mempunyai bilik-bilik yang kecil manakala golongan kaya mempunyai bilik-bilik yang besar.

HAT WARET (AVARIS)

Terletak di kawasan delta dan merupakan pusat untuk Tuhan Seth. Ia dijadikan ibu kota untuk orang Hyksos. Avaris muncul kembali sebagai pusat pentadbiran semasa pemerintahan Ramses 11.

HELIOPOLIS

Bandar Heliopolis merupakan Bandar spiritual dan ibu kota kerajaan kuno yang wujud sejak zaman pra sejarah. Bandar ini merupakan tempat asal usul raja-raja Mesir dan pusat bagi pemujaan Tuhan Matahari.

HARAPPA

Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Bandar ini dibina mengikut pelan yang dengan bandar Mohenjo-Daro. Bandar ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian kubu dan bandar. Kubu didirikan di bahagian timur untuk mengelakkan serangan musuh dan mengatasi masalah banjir. Batu-batu yang digunakan bermutu tinggi dan bersaiz standard. Bangunan-bangunan dibina dalam bentuk blok-blok empat segi sepanjang jalan dan lorong. Jalan-jalan utama dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok yang berukuran 130 kaki x 65 kaki. Longkang tertutup dibina di sepanjang jalan utama dan dilengkapi lubang pemeriksaan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Kemudahan-kemudahan awam seperti tempat mandi dan tandas awam didirikan berhampiran jalan utama untuk kegunaan buruh dan hamba dan terdapat juga tangga yang dibina di kedua belah kolam menuju ke bahagian dasar kolam. Tangga ini dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.

HO-LA-TAN

Ho-La-Tan atau Aruteun ialah kerajaan di Jawa yang menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara dan Negara China. Kerajaan ini menghantar utusan ke Negara China pada tahun 430, 433,434,437 dan 452 M. Kerajaan ini mulai merosot selepas serangan Purnavarma dari Tarumanegara pada tahun 452 -528 M.

HO-LING (KALINGA)

Ho-Ling atau Kalinga ialah kerajaan yang terletak di Jawa Tengah atau di lembah Sungai Brantas di Jawa Timur. Kerajaan ini telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 647 M. Pada tahun 644 M, seorang pendeta bernama Hwi-Ning dari China telah melawat Ho-Ling dan menterjemahkan kitab suci Buddha-Hinayana dengan bantuan Jnanabhadra.

HAMMURABI

Empayar Babylon mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi yang berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan sistem pentadbiran yang teratur. Hammurabi berjaya menubuhkan empayar yang besar melalui dasar perluasan kuasa yang agresif. Selepas kematian Hammurabi, Empayar Babylon mulai runtuh ekoran serangan kaum Kasite.

HIPPOCRATES

Hippocrates dikenali sebagai Bapa Trigonometri kerana menghasilkan jadual trigonometri pertama dan membuat kajian tentang nisbah antara lengkok dengan garisan semua sudut.

HERON

Heron merupakan ahli geometri yang menghasilkan karya berjudul Metrika yang mengandungi cara-cara mengukur luas segi tiga, segi empat, poligon sekata, bulatan, segi empat elips, segmen parabola dan lain-lain.

HRABANUS MURUS

Hrabanus Murus merupakan tokoh matematik Jerman yang meneruskan kajian yang dilakukan oleh Bede dalam bidang matematik.

HUMANISME

Humanis ialah golongan Yng mengkaji tenteng manusia, idea agung dan kesenian klasik. Mereka juga lebih mementingkan kehidupan di bumi nyata daripada akhirat. Dua tokoh humanis terkenal ialah Petrarch (1304-74 M) dan Dante (1265-1321 M). Kedua tokoh ini mendapati masyarakat Greek dan Rom lebih mementingkan kehidupan dunia nyata daripada akhirat. Terdapat juga penulis humanis yang menulis untuk mendedahkan hipokrasi pemerintah dan gereja. Antara mereka ialah Erasmus melalui karyanya Praisev of Folly yang mengkritik kehidupan berpura-pura paderi gereja.

HANNU

Hannu mengetuai ekspedisi yang dihantar olehfiraun Mesir sekitar tahun 1750 S.M. Beliau diiringi oleh pasukan tentera seramai 3000 orang mempertahankan konvoi daripada serangan musuh. Ekspedisi tersebut bermula dari Coptos (terletak di utara Thebes) dan melalui kawasan gurun ke Seba yang terletak berhampiran Laut Merah. Setelah sampai di Seba, Hannu membina kapal besar untuk belayar ke Punt (terletak di Somolia) untuk membeli barang dagangan.

HARKHUF

Harkhuf ialah seorang pelayar Mesir yang hidup sekitar tahun 2300 S.M. Sesetengah sejarahwan menganggap Harkhuf sebagai the first known explorer Beliau mengetuai beberapa ekspedisi ke Yam yang terletak di selatan Nubia untuk mencari jalan perdagangan ke Yam. Harkhuf membawa balik barangan berharga seperti kapur barus, ebony,heknu,bijirin,gading gajah dan 300 keldai.

HERBERD READ

Herberd Read dalam bukunya The Meaning of Art mentakrifkan seni sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seorang ahli seni menghasilkan sesuatu objek dengan memberi penekanan kepada taga perkara, iaitu kecantikan, ekspresi (curahan perasaan) dan kegunaan. Keseniannya meliputi satu bidang yang luas. Antaranya kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, seni lukis, teater, kaligrafi,dan lain-lain. Keseniannya dibahagikan kepada dua iaitu seni halus dan seni gunaan.

HESOID

Penyair Hesoid menghasilkan puisi Theology yang mengisahkan asal usul manusia dan kehidupan Tuhan. Sementara dalam puisi Works and Days, dikisahkan cara menternak binatang.

HALLAJ

Hallaj telah memeperkenalkan doktrin hulul dan ittihad (hancur lebur hingga bersatu dirinya dengan tuhan), yakni,manusia dan Tuhan merupakan dua hakikat yang meresap dalam satu tubuh. Seterusnya beliau memperkenalkan ajaran Nur Muhammad yakni, daripada nur atau cahaya Nabi Muhammadlah terpancarnya segala makhluk.Hallaj telah dihukum bunuhpada tahun 922M oleh Khalifah al-Muqtadir yang menganut ajaran Sunni.

HIMYAR Kerajaan Himyar pada peringkat awalnya telah dikurniakan oleh Allah (swt) nikmat dan pengampunan. Akan tetapi setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah (swt), lalu Allah (swt) menurunkan bala terhadap mereka. Sejak itu tamadun Arab yang dibina berabad-abad lamanya di selatan Semenanjung Arab mengalami keruntuhan.

HAJAR AL-ASWAD

Hajar al-Aswad yang berada di Kaabah itu berpunca dari langit. Oleh sebab mereka ini menyembah bintang-bintang di langit menyebabkan Hajar al-Aswad di Kaabah turut disembah. Berhala-berhala untuk disembah diperbuat daripada batu, kayu, lagam seperti emas dan perak sama ada berbentuk asli atau berbentuk replika.. Antara berhala-berhala yang masyhur disebut dalam al-Quran ialah berhala al-Lat (di Taif), al-Uzza (di Nakhlah), al-Manar (antara Makkah dan Madinah) dan Hubal (di kota Makkah). Di sekeliling Kaabah terdapat sebanyak 360 buah berhala.

HABSYAH

Tentera Habsyah di Yaman yang disokong oleh kerajaan Rom telah mengancam ketenteraan politik dan pentadbiran kota Makkah dalam serangan yang dilakukan ke atas kota suci itu pada tahun Gajah. Ertinya walaupun pada mulanya kedudukan politik Makkah agar kukuh dan stabil, tetapi setelah ketibaan pengaruh penjajah, keadaannya menjadi gawat dan tidak tenteram.

HUKUM KANUN MELAKA

Hukum ini dikenali juga sebagai undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun. Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan berkuat kuasa di Melaka. Undang-undang ini telah diwarisi sejak turun temurun sama ada berbentuk tulisan atau lisan. Ia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Hanya di bahagian akhir sahaja terdapat pengaruh islam. Antara lain kandungannya adalah mengenai tanggungjawab raja serta pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, perhukuman kesalahan jenayah dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat dan hukum perhumaan.

HAMZAH FANSURI 321

Beliau dilahirkan di Baros atau Fansur pada pertengahan abad ke-16M. Beliau hidup pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah hingga ke zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1575-1625M). Beliau banyak mengembara dan mendapat pendidikan di Sumatera, Makkah, Madinah, Baghdad dan lain-lain. Hamzah dianggap sebagai seorang ulama dan pengarang yang terkenal pada zaman tersebut. Beliau menganuti tariqat Qadariyah jaga dipengaruhi oleh ajaran Ibn Arabi dan al-Hallaj. Satu daripada ajarannya ialah Wahdatul-Wujud yang ditentang oleh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang berlainan aliran Wahdatul-Syuhud.

HIJRAH

Perkataan hijrah bererti lari (flight). Kata mereka Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya telah melarikan diri dari Makkah ke Yathrib kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin Quraisy. Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar hajara ertinya berpindah dan kata terbitannya hijrah ertinya perpindahan. Tujuan hijrah bukanlah takut atau melarikan diri daripada kaum Quraisy, tetapi ai mempunyai tujuan dan objektifnya yang tersendiri. Objektif utama ialah untuk mematuhi perintah Allah (swt).

HWANG HO

Tamadun Hwang Ho bermula lebih kurang 5000 S.M dan lembahnya kaya dengan tanah loes yang subur untuk kegiatan pertanian. Pemerintahan adalah di bawah raja berkuasa mutlakyang diberi kuasa mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Dua dinasti penting dalam tamadun Hwang Ho ialah Dinasti Shang dan Dinasti Chou.

HIEROGLIF

Tulisan berbentuk gambar atau lambang yang mewakili objek yang ingin disampaikan. Ia dicipta di atas tulang, kayu, tembikar dan diukir di atas tulang, kayu dan tembikar. Penemuan pokok papyrus telah membawa kepada penciptaan kertas. Penulisan dengan menggunakan dakwat dan berus. Tujuannya adalah untuk merekodkan semua upacara keagamaan dan harta dalam kuil. Tulisan hieroglif di Batu Rosetta berjaya ditafsirkan oleh Sarjana Perancis, Champollion pada tahun 1822.

HISPANIOLA

Penjelajahan Christopher yang pertama membawanya ke Hispaniola (Haiti), di kepulauan Hindia Barat. Hispaniola dijadikan landasan dalam usaha melakukan beberapa misi penerokaan di kepulauan Hindia Barat. Hasilnya beberapa kejayaan diperolehi. Antaranya ialah mereka berjaya mendapat tanah jajahan seperti Cuba dan Puerto Rico, Maxico, di Amerika Tengah, Peru dan Chile, di Amerika Selatan dan lombong-lombong emas dan perak yang dibuka di Peru dan Granada di utara Amerika Selatan dan di Utara Maxico. Ini membawa kepada pembukaan penempatan tetap masyarakat Sepanyol.

I

Ibnu khaldun

Nama sebenar ialah Abdul al-Rahman bin Ibnu Muhammad Ibnu khaldun. Beliau telah dilahirkan pada 27 mei 1332 di Tunisia dan meninggal pada 17 mac 1406 di Kaherah, Mesir. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sains islam yang terulung.

Ibnu Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan persekitaran, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri. Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan. Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebenarnya berasal dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan Islam. Beliau berasal daripada kalangan keluarga berada. Ketika zaman kanak-kanaknya, ibnu Khaldun mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil dibantu sejarawan dan ulama Tunisia serta Sepanyol.

Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana mahu melarikan diri daripada kerajaan di Afrika Utara. Walau bagaimanapun, pada ketika itu keadaan politik Granada tidak stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah Arab). Di sini, beliau tinggal di sebuah kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama.

Di situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab yang paling terkenal hasil tulisan beliau ialah kitab Mukaddimah. Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah. Kitab Mukaddimah menghuraikan beberapa peristiwa dalam kehidupan masyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain menerangkan beberapa perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.Karya Ibnu Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai Prolegomena.Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang mengisahkan pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia. Kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun bukan hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika itu, malah merangkumi sejarah umat terdahulu. Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai kadi ketika menetap di Mesir. Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.

Ibnu Khaldun juga memajukan konsep perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan.

Bukan itu sahaja, dari segi konsep ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Ilmu PengetahuanPerkataan ilmu banyak terdapat dalam al-Quran dan mempunyai makna-makna yang berbeza-beza. Bagi agama Islam ilmu dari sudut bahasa didefinisikan sebagai lihat atau perhati, ketahui atau mengetahui dan juga kebenaran dan keizinan. Manakala dari segi istilah, ilmu mempunyai makna umum, iaitu pengetahuan atau mendapat pengetahuan tentang sesuatu melalui pembelajaran. Di dalam kefarduan menuntut ilmu, islam telah menggariskan dua bahagian ilmu yang utama, iaitu fardu ain dan fardu kifayah.

Fardu Ain merupakan kewajipan setiap individu Islam yang mukalaf untuk melakukannya seperti menuntut ilmu-ilmu yang menyentuh soal-soal akidah, ibadah dan mengisi hati. Misalnya cara mengenal Allah, cara beribadat kepada Allah dan cara membersihkan hati daripada segala sifat maksiat batin mahupun zahir. Fardu ain dapat dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama ilmu yang dikenali sebagai ilmu enam perkara keimanan atau rukun iman. Kedua, Ilmu yang berhubung dengan perundangan islam atau syariah. Ketiga, ilmu yang berhubung dengan lima perkara yang diharamkan dan keempat, Ilmu yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah.

Manakala fardu kifayah pula merupakan tuntutan terhadap orang-orang Islam yang mukalaf melakukannya. Jika salah seorang melakukannya, sudah memadai dan yang lain tidak dituntut lagi. Ilmu-ilmu fardu kifayah antaranya ialah kedoktoran, kehakiman, kejuruteraan, ketenteraan dan sebagainya. mereka yang mempelajari ilmu fardu khifayah ini boleh menjamin maslahat umat islam dan masyarakat keseluruhannya. Akan tetapi, ilmu-ilmu yang dipelajari hendahlah terikat dengan kebudayaan dan syariat islam.

Imperialisme

Imperialisme adalah kegiatan sesebuah negara meluaskan wilayah dengan menguasai dan menjajah negara-negara yang lemah yang lain. Kuasa-kuasa Barat yang pernah melakukan imperialisme adalah Sepanyol, Belanda, Portugis, Inggeris dan banyak lagi. Terdapat banyak tujuan yang dapat dilihat daripada imperialisme ini, namun yang paling jelas ialah daripada sudut politik dan ekonomi.

Revolusi Perindustrian telah menyebabkan dasar kuasa-kuasa barat berubah. Mereka tidak perlu lagi membolot barang dagangan yang mahal sebaliknya menguasai kawasan yang bolej membekalkan bahan mentah untuk keperluan kilang perusahaan dan mendapat pasaran bagi hasil keluaran kilang.

Penguasaan penjajahan dari sudut ekonomi, iaitu memonopoli bahan dagangan dan bahan mentah serta menjadikan tanah jajahan sebagai kawasan pasaran. Bagi imperialisme barat, dorongan bagi meluaskan wilayah didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan revolusi perindustrian, pengenalan teknologi baru, kemajuan sistem perhubungan dan juga tanggapan, Beban Orang Putih.

Bukan sahaja Barat,akan tetapi Jepun juga pernah menjadi kuasa imperialis terutamanya di Asia Tenggara. Imperialisme Jepun adalah disebabkan oleh pemodenan oleh Maharaja Meiji, perkembangan pendidikan moden, keperluan industri iaitu bahan mentah serta kawasan pasaran dan juga menguji kekuatan ketenteraan. Disebabkan itu, Jepun telah menjajah beberapa bueh negara termasuk Tanah Melayu.

Islam

Allah telah mewahyukan agama islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantara malaikat Jibril Agama Islam adalah agama terakhir dan merupakan agama yang paling mulia sebelum hari kiamat. Dalam agama Islam terdapat dua aspek penting iaitu akidah dan syariah. Dari aspek akidah yang mana kepercayaan seluruh jiwa dan raga manusia terhadap keesaan Allah s.w.t. Manakala dari sudut syariah,ianya merangkumi undang-undang dan hukum Islam yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran dan hadis (sunnah rasulullah).

Al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan terjamin terpelihara hingga ke hari kiamat. Al-quran telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad yang mana telah diterima oleh Nabi Muhammad sewaktu baginda bertafakul di dalam Gua Hira. Wahyu yang pertama adalah ayat 1 hingga 5,surah al-Alaq. Manakala hadis pula ialah perkataan, perbuatan atau pengakuan yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Umat Islam haruslah percaya kepada Rukun Islam lima perkara dan Rukun Iman yang enam.

Iskandar Zulkarnain (Iskandar Agung)

Kisah Iskandar Zurkarnain terlipat dalam lipatan sejarah yang mana telah diceritakan di dalam kitab suci al-Quran mengenai kehebatannya. Iskandar Zulkarnain ialah seorang pahlawan agung yang mana mengamalkan ajaran agama Nabi Ibrahim. Beliau merupakan anak kepada Philip II dan beliau telah berjaya menyatukan seluruh Mekadonia dan Yunani. Beliau seorang pemerintah Islam yang berani dan mashur. Namun begitu, ada pihak yang telah mengubah fakta dan ingin membuat kekeliruan dengan menyamakan Iskandar Zurkarnain dengan Alexander The Great terutamanya barat yang nyata sekali berbeza.

Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok bagi memerangi yajuj dan majuj yang mana sesetengah kajian menyatakan bahawa tembok tersebut ialah tembok besar china dan yajuj dan majuj itu pula ialah golongan orang Gasar yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Iskandar Zurkarnain ini sesungguhnya mencipta banyak sejarah dalam perluasan empayar Islam sehinggakan kisahnya tercatat dalam surah al-Kahfi, ayat 89 hingga 99.

J

JAHILIAH

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahalatun yang bererti bodoh dn sesal. Al-Quran tidak memberikan batas masa bagi era jahiliah, hanya dinyatakan umum sahaja iaitu ungkapan Jahiliah yang dahulu. Begitu juga dengan kamus-kamus arab, hanya menyatakan pada zaman sebelum islam. Dalam konteks semenanjung Arab, zaman yang paling layak digelar zaman Jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba. Dengan perkataan lain, zaman Jahiliah berlaku tiga abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba peringkat ketiga atau peringkat akhir Himyar (Tubba) sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan nabi Muhammad (saw) pada tahun 610M.

Mengikut pemikiran Ahli sejarah iaitu P.K Hitti Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan, tetapi ilmu agama sahaja. Alasan beliau ailah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk. Maka orang Arab di selatan semenanjung Arab tidak boleh dianggap jahil dan bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat P.K Hitti berhubung dengan makna jahiliah hampir-hampir telah diterima oleh penulis-penulis moden, khususnya di kalangan penulis berbangsa Arab seperti Ahmad Syalabi dan Hasan Ibrahim Hasan

Sebenarnya, penyataan yang di kemukakan oleh P.K Hitti tidak tepat dari segi kronologi sejarah. Walaupun diakui selatan semenanjung Arab khususnya pada kegemilangan kerajaan Saba telah mencapai kemajuan, tetapi pada waktu itu ada seorang nabi, iaitu Nabi Sulaiman. Kerajaan Saba telah menerim a ajaran Baginda, maka ALLAH menganugerahkan kerajaan ini sebuah negeri yang makmur. Akan tetapi setelah kerajaan ini ingkar pada ALLAH, lalu ALLAH menurunkan bala ke atas mereka. Sejak itu kerajaan Saba yang dibina berabad-abad lamanya mengalami kehancuran.

JAHIL AGAMA

Masyarakat Arab mengalami kesesatan agama kerana ia mempunyai pertalian dengan zaman Jahiliah dan sifat gasar yang mencirikan keadaan mereka ketika itu. Pengaruh agama pada zaman itu tersebar kerana adanya hubungan perdagangan dan hubungan diplomatik dengan kuasa besar iatu Parsi dan Rom. Mereka berlumba-lumba menyebarkan agama masing-masing. Pihak Parsi menyebarkan Agama Manjusi sementara pihak Rom menyebarkan agama Nasrani. Sementara itu, Makkah kekel dengan agama menyembah berhala (Wathani). Golongan beragama boleh dikategorikan kepada lima bahagian iaitu Wathani, Majusi (menyembah api), Nasrani(Kristian), Yahudi dan Hanif. Agama Wathani paling popular di kalangan masyarakat arab.

JAHIL POLITIK

Pada zaman Jahiliah tidak terdapat sebuah pun kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa. Kedudukan politik mereka tergugat akibat penjajahan. Di sebelah utara Semenanjung Arab telah di jajah oleh kerajaan Rom dan Parsi. Di kawasan tengah seperti Makkah walaupun tidak di jajah, tetapi menerima kesan buruk penjajahan iaitu dalam peristiwa peperangan Fijar yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Parsi. Sementara itu akibat yang lebih buruk ialah pendudukan tentera Habsyah di Yaman. Mereka telah mengugatkan ketenteraman politik Kota Makkah. Pihak penjajah sentiasa mementingkan diri mereka daripada masyarakat yang di jajah. Dalam masyarakat yang mengamalkam sistem kabilah mereka sering berlaku peperangan bagi mendapatkan kuasa. Demikianlah keadaan politik pada zaman Islam.

JAHIL EKONOMI

Keruntuhan empayar Marib di Yaman telah membawa kemerosotan ekonomi masyarakat Arab. Hasil pertanian di selatan Semenanjung Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Ramai penduduk telah berpindah ke utara untuk mencari sumber-sumber yang ekonomi yang baru. Terdapat ramai kaum peniaga dari selatan Semenanjung Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Namun begitu, perniagaan mereka tidak menguntungkan kerana terdapat masalah pada masa itu.

Peristiwa percubaan tentera Habsyah di Yaman menawan Makkah telah memburukkan lagi situasi perdagangan. Dalam keadaan terdesak dan tertekan ini puak Quraisy Makkah telah mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan kepada kaum Badwi. Selain itu, ada juga yang bermusuhan yang ketara antara golongan kaya dan miskin dan menyebabkan ekonomi bertambah buruk.

JAHIL SOSIAL

Pada zaman Jahiliah mereka tertakluk kepada system kabilah. Kabilah merupakan satu unit social yang mengawal system pentadbiran masyarakat. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai asabiyah. Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.

Keadaan kejahilan mereka bertambah kompleks lagu apabila selalu berlaku peperangan sesame sendiri. Tujuannya adalah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta sebgai lambing kemegahan kabilah mereka. Pada zaman ini, kedudukan kaum wanita sangat rendah. Mereka kanak-kanak wanita apabila besar kelak akan member masalah kepada keluarga, oleh itu, mereka sanggup menanam bayi hidup-hidup.

JURUTEKNIK

Juruteknik islam yang masyur pada zaman Dinasti China berketurunan Arab iaitu Alaudin al-Mufari (A-Lao-wa-ting) dan Ismail as-Syam. Keduanya mahir membuat senjata meriam bagi tentera mongol.

JALAN LAUT DAN DARAT

Pada zama dahulu, jalan laut amat penting untuk melakukan perdagangan. Sebagai contoh, pada zaman Khalifah al-Walid bin abdul Malik (705-715M) tentera islam pimpinan Qutaybah bin Muslim telah berjaya memperluaskan jajahan takluk islam di sebelah timur hingga ke negeri China. Agama islam juga tersebar melalui dua jalan iaitu jalan air dan jalan darat. Jalan laut yang bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Arab hingga lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China. Kebanyakkan masyarakat yang menganut agama Islam melalui jalan laut adalah Mazhab Maliki.

Jalan yang kedua ialah jalan darat atau dikenali sebagai Silk Road ( jalan sutera) yang bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xian) dan Peking. Rata-rata penganut islan dari jalan darat ialah Mazhab Hanafi.

JAWA

Penentuan tarikh kedatangan islam di jawa sebenarnya masih belum begitu jelas. Walau babaimananpun, ahli-ahli sejarah telah mencari bukti-bukti tersebut melalui makam-makam yang di jumpai, catatan tarikh-tarikh dan nama-nama orang yang berkenaan. Namun demikian, ahli-ahli sejarah Indonesia tidak menolah kenyataan bahawa kedatangan islam ke Jawa melalui perdagangan. Bermula dengan kedatangan Maulana Malik Ibrahim, seorang daripada Wali Sogo atau wali Sembilan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya Islam di Jawa pada zaman Wali Sogo lebih banyak di serapakan melalui budaya tempatan iaitu wayang kulit gamelan dan lain-lain.ini kerana pada masa itu penduduk tebal dengan kebudayaan dan kepercayaan Hindu-Buddha yang telah lama mereka warisi.

JIZYAH

Jizyah ialah cukai perlindungan yang di kenakan ke atas kafir Zimmi iaitu oarng bukan islam yang bernaung di bawah pemerintahan islam. Mereka akan di kenakan Jizyah apabila sudah cukup syarat iaitu lelaki, merdeka (bukan hamba),akhil baligh, masih hidup dan berupaya. Kadar jizyah ialah antara 12-48 dirham setahun mengikut taraf kekayaan atau keupayaan masing-masing. Selain itu, kerajaan Bani Umayyah telah mengubah system ini dengan mengenakan juga cukai jizyah ini kepada orang islan bukan keturunan Arab( kaum Mawali).

JAWATAN BENDAHARA

Jawatan bendahara m atau dalam merupakan jawatan yang paling tinggi dan rapat dengan Sultan. Jawatan Bendahara berperanan sebagai penasihat Sultan sama ada yang melibatkan urusan luar atau dalam negeri. Ia juga di beri kuasa memperkatakan sesuatu yang pasti kesahihannya sebelum dirujuk kepada Sultan, di samping mengambil berat tentang undang-undang negeri.

Apabila Sultan mangkat tanpa meninggalkan waris pada ketika itu Bendahara akan menjadi Sultan sementara. Bendahara juga akan bersama sultan sekiranya sultan belum beristeri. Ia juga berkuasa dalam aspek ketenteraan walaupun ia tidak terlibat secara langsung dalam pertempuran, tetapi banyak memberi nasihat terutama yang melibatkan isu-isu besar.

JAWATAN PENGHULU BENDAHARI ATAU MENTERI KEWANGAN

Jawatan ini masih ada sehingga hari ini. Ia juga dikenali sebagai Seri Nara Diraja pada zaman Melaka. Ia juga menjadi ketua-ketua bendahari-bendahari raja, mengetuai pegawai-pegawai yang menguruskan hal-ehwal hasil Negara. Antara pegawai tersebut ialah pegawai kastam, pegawai pemungut, menyimpan dan mengagihkan hasil Negara. Beliau menduduki tempat kedua selepas Bendahara di istana pada zaman ini. Peranan yang di mainkan oleh penghulu bendahari itu menunjukkan ketinggian taraf dan kedudukannya.

JAWATAN TEMENGGUNG

Jawatan ini merupakan jawatan yang ketiga penting. Beliau bertindak sebagai ketua polis. Beliau bertanggungjawab memastikan keamanan dan keselamatan serta memastikan perlaksanaan undang-undang di seluruh Melaka. Bagi tugas awam beliau akan mengiringi Bendahara ketika menjalankan pendakwaan dan perbicaraan, serta memungut cukai. Beliau juga bertindak menjalankan hukuman bunuh. Di samping itu, beliau juga menentukan sukatan dan timbangan di pasar. Kebanyakan temenggung di lantik dari golongan hulubalang.

JAWATAN LAKSAMANA

Jawatan Laksama juga merupakan antara jawatan yang penting dalam system pentadbiran melayu Melaka. Fungsi utamanya adalah dalam bidang ketenteraan. Bertanggungjawab mengetuai angkatan tentera di darat sekirannya Bendahara tiada. Ia juga menjadi pegawal peribadi Sultan. Peranan Laksama jelas menunjukan kepentingan dalam system pentadbiran Melaka.

JAWATAN SYAHBANDAR

jika sekiranya Laksamana di beri gelaran raja di laut, maka Syahbandar pula di beri gelaran Raja Pelabuhan kerana peranannya di pelabuhan yang mengendalikan organisasi perkapalan. Perihal cukai, mengawal urus niaga dan dagangan. Beliau juga menjaga kebajikan para pedagang. Tugas Syahbandar jelas penting dalam menentukan kestabilan pelabuhan.

JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1721-1755M)

Jean-Jacques Rousseau ialah ahli falsafah yang terkenal menerusi risalah politik yang berjudul Social Contract. Menurut beliau, kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia sesame manusia dengan rela. Beliau menegaskan Negara dalam keadaan yang kejam tanpa undangundang dan moraliti. Dalam buku Nouvelle Heloise, beliau menyanjung hokum alam manusia. Beliau berpendapat segala yang berlaku di alam ini tanpa paksaan.

JOHN LOCKE (1632.1704M)

John Locke ialah ahli falsafah Inggeris yang berpendapat bahawa rakyat harus diberi pilihan menentukan kerajaan semdiri. Beliau berpendapat adalah perlu membentuk satu perlembagaan yang diberi kuasa oleh rakyat bagi memastikan undang-undang dipelihara. Dalam buku Two Treaties Of Goverment, beliau mengesyorkan bahawa kekuasaan tertinggi harus berada di tangan rakyat. Dalam buku Essay Concerning Human Understanding, beliau berpendapat manusia dilahirkan bebas daripada segala pandangan dan pegangan yang di sebut tabula rasa. Pemikiran, kepercayaan dan pandangan seseorang individu dipengaruhi oleh idea, pegangan dan institusi yang terdapat dalam masyarakat.

Jepun adalah sebuahnegara kepulauandiAsia Timuryang terletak di sebelah baratLautan Pasifik, di sebelah timurLaut Jepun , dan berjiran denganRepublik Rakyat China,Korea, danRusia. Pulau-pulau paling utara terletak diLaut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau-pulau kecil diLaut China Timuriaitu kawasan selatanOkinawayang berjiran denganTaiwan.

Menurutmitos tradisional, Jepun didirikan olehMaharaja Jimmupadaabad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistempemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota-anggota istana,shogun, pihak tentera, dan memasuki zaman modern, di tanganperdana menteri. MenurutPerlembagaan Jepuntahun 1947, Jepun ialah sebuah negara beraja berperlembagaandi bawah pimpinanMaharaja JepundanDiet Jepun.

JULIUS CAESER

Julius Caeser merupakan seorang panglima di Rom pada kurun ke-32M. Beliau bukan sahaja seorang tentera yang handal malah juga seorang negarawan yang pintar. Beliau adalah pemerintah Rom yang terkenal kerana pemerintahan di Rom secara mutlak. Selain itu, sumbangan beliau ialah perluasan kuasa dan kelendar yang telah diubahsuai dan mengambil nama bulan julai sempena nama beliau. Dalam proses penaklukan, kata-kata beliau yang terkenal ialah, veni, Vedi, Vinci, ( aku dating, aku lihat, dan aku takluk).

Amir A.Rahman, 1990, Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 131

Ibid hlm 110-111

Ibid hlm 140

Ibid hlm 142

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia, Pearson Education Malaysia Sd.Bhd. hlm 48

Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumanan, 2002, Tamadun Dunia, Oxford Fajar Sdn.Bhd. hlm 13

Ibid hlm 19

Ibid hlm 19

Ibid hlm 20

Ibid hlm 21

Ibid hlm 62

Ibid hlm 62

Ibid hlm 65

Ibid hlm 219

Ibid hlm 219

Ibid hlm 219

Ibid hlm 244

Ibid hlm 265

Ibid hlm 265

Ibid hlm 275

Ibid hlm 285

Mahayudin Hj.Yahya, 1998, Tamadun Islam, Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm xx

Ibid hlm 5

Ibid hlm 8

Ibid hlm 9

Ibid hlm 191-194

Ibid hlm 321

Ibid hlm 394

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia Tingkatan 4, Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd. hlm 8

Ibid hlm 14

Ibid hlm 104

http:// tokoh.blogspot.com/2005/09/Ibnu-Khaldun.

Amir A.Rahman, 1991, Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 108

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia Tingkatan 4, Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd. hlm 162

Ibid hlm 30-31

Ibid hlm 38

Mahayudin Hj. Yahya,1998,Tamadun islam,Syarikat penerbit Fajar Bakti, hlm 5

Ibid hlm 6-7

Ibid hlm 5

Ibid hlm 7

Ibid hlm 9

Ibid hlm 10

Ibid hlm 10

Ibid hlm 11

Ibid hlm 13

Ibid hlm 88

Ibid hlm 87

Ibid hlm 96

Ibid hlm 124

Ibid hlm 244

Ibid hlm 190

Ibid hlm 190

Ibid hlm 190

Ibid hlm 190

Ibid hlm 191

Ibid hlm 191

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,2007,Tamadun dunia,Oxford fajar Sdn.Bhd,hlm 205

Ibid hlm 206

Sumber internet,http://ms.wikipedia.org/wiki/jepun

Siti salmah & Zarina Abdullah,1999, sejarah dunia tingkatan 4, longman,hlm 18.