3
26 Februari, 2010 11:24 AM Pendidikan Untuk 1Malaysia Oleh Nurul Halawati Azhari KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Menurut statistik yang dikeluarkan Unesco tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-11 dalam senarai 137 buah negara yang memperuntuk perbelanjaan paling tinggi kepada sektor pendidikan. Secara purata, peruntukan kepada sektor pendidikan di Malaysia bagi dekad ini ialah sekitar 25.2 peratus daripada keseluruhan bajet negara, menjadikan sektor pendidikan antara penerima peruntukan terbanyak daripada kerajaan. Dengan peruntukan yang besar sedemikian, sistem pendidikan di negara ini melalui proses transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Tidak lain tujuannya ialah untuk menjamin kualiti pendidikan di samping melahirkan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan daripada segala-galanya. Sebagai prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan, nilai pendidikan turut dijadikan sebagai satu daripada teras di dalam gagasan 1Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa proses pendidikan tidak hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Sebaliknya, proses itu ialah proses seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah. Ia akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka. Selain itu, nilai pendidikan ditekankan kerana kekuatan dan ketahanan sesebuah negara berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. MEMUPUK MASYARAKAT BERILMU Dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, bukan pendidikan secara formal sahaja yang perlu ditekankan. Sebaliknya pemupukan budaya membaca juga antara teras kepada masyarakat berilmu pengetahuan. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), menerusi Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005, menyatakan bahawa jumlah buku yang dibaca setiap individu rakyat Malaysia untuk tempoh 10 tahun, meningkat dua buah buku setahun berbanding dua buku secara purata pada tahun 1996. Sungguhpun menunjukkan peningkatan, namun ia masih sangat minimum untuk sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 28 juta. Semua orang perlu sedar bahawa budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Menyokong usaha ini, langkah pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama PNM meletakkan bahan-bahan bacaan umum di dalam setiap gerabaknya untuk perkhidmatan keretapi antara bandar ialah usaha yang wajar dipuji. PELUANG UNTUK SEMUA

Gagasan 1 Malaysia Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Gagasan 1 Malaysia Pendidikan

26 Februari, 2010 11:24 AM

Pendidikan Untuk 1Malaysia

Oleh Nurul Halawati Azhari

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Menurut statistik yang dikeluarkan Unesco tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-11 dalam senarai 137 buah negara yang memperuntuk perbelanjaan paling tinggi kepada sektor pendidikan.

Secara purata, peruntukan kepada sektor pendidikan di Malaysia bagi dekad ini ialah sekitar 25.2 peratus daripada keseluruhan bajet negara, menjadikan sektor pendidikan antara penerima peruntukan terbanyak daripada kerajaan.

Dengan peruntukan yang besar sedemikian, sistem pendidikan di negara ini melalui proses transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Tidak lain tujuannya ialah untuk menjamin kualiti pendidikan di samping melahirkan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan daripada segala-galanya.

Sebagai prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan, nilai pendidikan turut dijadikan sebagai satu daripada teras di dalam gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa proses pendidikan tidak hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Sebaliknya, proses itu ialah proses seumur hidup yang dilakukan di dalam dan luar bilik darjah.

Ia akan membentuk rakyat Malaysia yang berupaya berfikir dan bertindak tanpa terlalu mementingkan diri sendiri, malah lebih mementingkan masyarakat setempat mereka.

Selain itu, nilai pendidikan ditekankan kerana kekuatan dan ketahanan sesebuah negara berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

MEMUPUK MASYARAKAT BERILMU

Dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, bukan pendidikan secara formal sahaja yang perlu ditekankan. Sebaliknya pemupukan budaya membaca juga antara teras kepada masyarakat berilmu pengetahuan.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), menerusi Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005, menyatakan bahawa jumlah buku yang dibaca setiap individu rakyat Malaysia untuk tempoh 10 tahun, meningkat dua buah buku setahun berbanding dua buku secara purata pada tahun 1996.

Sungguhpun menunjukkan peningkatan, namun ia masih sangat minimum untuk sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai 28 juta. Semua orang perlu sedar bahawa budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Menyokong usaha ini, langkah pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama PNM meletakkan bahan-bahan bacaan umum di dalam setiap gerabaknya untuk perkhidmatan keretapi antara bandar ialah usaha yang wajar dipuji.

PELUANG UNTUK SEMUA

Selain itu, usaha pemupukan 1Malaysia di bidang pendidikan sangat wajar bermula dari zaman persekolahan kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.

Justeru itu kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran sekolah rendah juga hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia dan memberi ruang mereka berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) baru-baru ini berkata pengwujudan sekolah SBT sebagai sekolah model di negara ini bukanlah untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang lain.

Page 2: Gagasan 1 Malaysia Pendidikan

Tetapi kerajaan akan melaksanakan program yang dirangka khusus untuk mengekal dan melonjakkan pencapaian sekolah SBT di samping menekankan tangungjawab sosial sekolah-sekolah ini bagi membimbing sekolah lain meningkatkan prestasi masing-masing menerusi pelaksanaan program bimbingan.

Selain pendidikan, nilai meritokrasi juga ialah satu daripada nilai yang ditekankan dalam 1Malaysia. Mungkin ramai yang mengaitkannya dengan pendidikan sahaja terutama tentang kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Pada tahun 2002, sistem meritokrasi dilaksanakan buat pertama kalinya bagi menggantikan sistem kuota yang menetapkan sebanyak 55 peratus pelajar Bumiputera dan 45 peratus untuk (pelajar) bukan Bumiputera bagi kemasukan di IPTA.

Sistem yang memberi peluang kepada semua pihak mendapat hak pendidikan ini sebenarnya mahu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, masyarakat yang tidak hanya terus-menerus memikirkan tentang kepentingan kaum masing-masing tanpa mempedulikan kepentingan negara atau kepentingan bersama.

Benar jika semua pihak berfikiran untuk menambah ilmu, nilai ini amat berguna kerana setiap individu tidak dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna.

BUKAN HANYA DALAM PENDIDIKAN

Bagaimanapun, nilai meritokrasi bukan hanya ditekankan dalam bidang pendidikan. Tetapi maksud sebenar nilai meritokrasi dalam 1Malaysia yang dihasratkan Perdana Menteri, ialah satu hala tuju yang perlu diamalkan di dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria, berpeluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan ini.

Lebih jelas lagi, meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria itu, berhak dipilih.

Dalam pelaksanaannya, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Sebagai contoh dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilikan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini termasuk dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya yang wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi kecemerlangan masing-masing serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

Tujuannya ialah untuk membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

Kerana itu, semua pihak tidak seharusnya merasakan diri mereka tercicir kerana setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

-- BERNAMA