Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    1/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    1 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    $ t Βu  ρãβθ ä 3 s  ?’  Î û 5βù' x  ©$ t Βu  ρ(# θ  è= ÷G s  ? çµ ÷Ζ ÏΒ  ÏΒ 5β#u ™ö   è%Ÿωu  ρt βθ  è= y  ϑ ÷è s  ?ô  ÏΒ @≅ y  ϑ t ãω Î)$ ̈Ζ à2ö  /  ä 3 ø‹  n = t æ# ·Š θ  åκ à −øŒ Î)t βθ àÒ ‹ Ï  è ?ϵ‹ Ïù 4 $ t Βu  ρÜ >â “ ÷è t ƒ  t ãy   7  Îi/¢ ‘  ÏΒÉΑ$ s ) ÷W ÏiΒ ;ο§ ‘s Œ†   Î ûÇ Úö ‘F{ $#Ÿωu  ρ’  Î ûÏ™ !$ y  ϑ ¡¡ 9 $#Iωu  ρt   t ó ô¹r &  ÏΒy   7 Ï9≡ s ŒIωu  ρu  y   9 ø . r &ω Î)’  Î û 5 =  ≈ t G Ï .  A  Î7 •Β∩∪ “Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu Surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah

    kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya, dan tidak akan hilang lenyap

    dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada

    yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.” [10:61]

    ‡ïyím æbšbš‡ïyím æbšbš‡ïyím æbšbš ïãbiŠ âbßgïãbiŠ âbßgïãbiŠ âbßg @ïãbrÛa@ÑÛc@†‡ª @ïãbrÛa@ÑÛc@†‡ª @ïãbrÛa@ÑÛc@†‡ª    @@@

             

     

      

     

             

      

      

             

     

      

     

             

      

      

             

     

      

     

             

      

      

       

     

    GGG a  a  a ggg a  a  a sss a  a  a nnn TTT a  a  a  w  w  w hhhiiiddd IIImmm a  a  a mmm R R R  a  a  a bbbbbb a  a  a nnniii MMMuuujjj a  a  a ddddddiiiddd A  A  A lllfff TTTsss a  a  a nnniii SSS y  y  y  a  a  a iiik k k hhh A  A  A hhhmmm a  a  a ddd FFF a  a  a r r r uuuq  q  q  iii SSSiiir r r hhhiiinnndddiii 

    Oleh:

    Hadhrat Dr. Burhan Ahmad Faruqi Al-MujaddidiTerjemahan Melayu:Hadhrat Fazli Bin Hamzah An-Naqsyabandi Al-Mujaddidi

    Suntingan & Nazhar Farmudah:

    Hadhrat Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Mujaddidi

    Terbitan & Edaran:Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits

    Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah MujaddidiyyahAkademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi, Kampung Sepakat Jaya,

     Wira Damai, Batu Caves, Gombak, Selangor Darul Ehsan1436H/2015M

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    2/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    2 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    ‡ïyím æbšbš ïãbiŠ âbßg@ïãbrÛa@ÑÛc@†‡ª    @         

                   

      

     

     

    Gagasan Tawhid 

    Imam RabbaniMujaddid Alf TsaniSyaikh Ahmad Faruqi Sirhindi

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    3/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    3 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Kandungan

    Kata Pengantar

    Permulaan

    Lakaran Biografi

    Masa Hidup Beliau

    Pencapaian Beliau

    Pengaruh Beliau

    Pengenalan – Prinsip Kesatuan Alam

    Bab I – Gagasan Tawhid Mujaddid

    1.  Wahdatul-Wujud Ibnu ‘Arabi Atau Kesatuan Wujud Dan Bantahan MujaddidKe Atasnya

    2.  Tawhid Mujaddid

    Bab II – Penerimaan Gagasan Tawhid Mujaddid

    1. 

    Syah Waliyullah2.  Khwajah Mir Nasir dan Khwajah Mir Dard

    3.  Maulawi Ghulam Yahya

    4.  Syah Rafi’uddin

    5. 

    Syah Sayyid Ahmad Barelwi

    Kesimpulan

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    4/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    4 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Prakata  

    alam karya ini Dr. Burhan Ahmad Faruqi telah menarik perhatian kita

    kepada pusat tumpuan Agama, Tashawwuf dan Falsafah. PengikraranSyaikh Akbar Ibnu ‘Arabi tentang Wahdatul-Wujud telah menjadi

    fahaman penerimaan luas di kalangan Para Shufi Islam. Syaikh Mujaddid dengantegas membantahnya dan berterusan dalam bantahannya di sepanjang kerjayanya,dan dia mendasarkan bantahannya bukan menurut pertimbangan-pertimbanganyang tiada kaitan, tetapi menurut pengalaman Shufi.

    Dr. Burhan telah merumuskan dan menerangkan isu di antara dua tokohShufi besar ini dengan teliti dan penerangan yang jelas yang patut diberikan pujian,dan beliau telah membawa Agama dan Falsafah untuk menyokongnya. Berdasarkanini, wacana beliau atas perbezaan Kesedaran Keagamaan dari Kesedaran Keshufian

    dan Kesedaran Spekulatif sesungguhnya sangat jelas, manakala di sebalik logikpertelagahan beliau dan daya meyakinkan daripada hujah-hujah beliau seolah-olahtiada kekurangan yang tinggal. Kini, setelah kembali lagi Keshufian Islam dalamWahdatul-Wujud, telah menjadi masanya bahawa kajian serius seperti ini perludiusahakan dan diteruskan dengan ciri ketelitian kerja Dr. Burhan Ahmad Faruqi.

    Perkhidmatan lain yang menonjol dari buku Dr. Burhan Ahmad Faruqiadalah, ia telah membawa kewibawaan Mujaddid dan pergerakannya yang luasdalam lingkungan skop Para Orientalis Barat. Tentu sangat menarik untuk diberiperhatian bagaimana dalamnya personaliti yang unik ini telah mempengaruhi urat

    saraf pemikiran Islam, terutamanya di India sepanjang tiga setengah kurun. Sayapercaya, kajian ini sekiranya diteruskan dan diperincikan lagi dengan lebih lanjutakan dikurnia balasan yang setimpal atas masa dan usaha ke atasnya.

    Ianya telah menjadi kehormatan bagi diri saya untuk melihat perkembangankarya yang bernilai ini pada setiap tahap pembangunannya. Saya boleh denganyakinnya mengesyorkan ia untuk semua Para ‘Ulama Islam dan Para OrientalisBarat sebagai kajian sokongan dan penyelidikan yang teliti.

    Sayyid Zafarul-HassanAligarh (30/9/1940)

    D D  

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    5/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    5 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Permulaanuraian ini adalah adalah suatu usaha ke arah memahami konsep

    Tawhid menurut kefahaman seorang Shufi Besar Islam iaitu HadhratSyaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘Alaihi yang secara

    umumnya digelar sebagai Mujaddid Alf Tsani yakni Pembaharu Islam di permulaanseribu tahun yang kedua era Islam. Hadhrat Syaikh Mujaddid telah diilhamkamdengan kepercayaan bahawa beliau adalah Mujaddid(1). Mulla ‘Abdul Hakim dariSialkot (m.1067H), seorang ‘Ulama terbilang pada zamannya dan juga Syaikhul-Islam di India merupakan orang yang pertama menggunakan gelaran kepadaHadhrat Syaikh Ahmad sebagai Mujaddid Alf Tsani(2). Sesungguhnya kesemua AhliMutakallimin Teologi dan Shufi terkemuka juga mengakui gelaran beliau. Sebagai

     Mujaddid: Perkataan Mujaddid boleh diterjemahkan sebagai Pemulih, Penjana atau Pembaharu. Erti

    Pembaharu adalah lebih sesuai. Idea tentang Mujaddid terdapat sumbernya daripada Hadits:“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan dalam kalangan Ummat ini pada permulaan setiapseratus tahun seseorang yang akan memperbaharukan bagi mereka akan urusan Agama mereka.”(Abu Daud 202-275H) Telah dikekalkan bahawa terdapat ramai Mujaddid yang telah dibangkitkanpada setiap kurun, iaitu ‘Umar Bin ‘Abdul ‘Aziz (m.101H) – Kurun Pertama, Imam Muhammad BinIdris Asy-Shafi’I (m.204H) – Kurun Kedua, Ibnu Suraij (m.306H) – Kurun Ketiga, Imam BaqillaniMuhammad Bin Thayyab (m.403H) atau Imam Asfrayyini Ahmad Bin Muhammad (m.406H) – KurunKeempat, Imam Ghazzali (m.505H) – Kurun Kelima, Imam Fakhruddin Ar-Razi (m.606H) – KurunKeenam, Ibnu Daqiq Al-‘Id Muhammad Bin ‘Ali (m.702H) – Kurun Ketujuh, Imam Bulqini Sirajuddin(m.905H) – Kurun Kelapan, Imam Jalaluddin As-Sayuthi (m.911H) – Kurun Kesembilan dan ramai

    lagi bagi kurun seterusnya. Walau bagaimanapun, perlulah diketahui bahawa hanya Syaikh AhmadSirhindi telah menggelarkan martabat Mujaddid Alf Tsani untuk dirinya. Khwajah KamaluddinMuhammad Ahsan telah menukilkan dua buah Hadits di dalam Kitab Raudhatul-Qayyumiyyah, 1)“Akan bangkit seorang lelaki pada permulaan seribu seratus tahun, dia adalah cahaya yang agung,namanya seperti namaku, dia bangkit di kalanganpara Sultan yang zalim, akan masuk Syurgadengan menerusi Syafa’atnya beribu-ribu Para Rijal.” (Jami’ud-Durar) 2) “Aka nada seorang lelaki dikalangan Ummatku yang digelarkan sebagai “Shilah”, akan masuk Syurga dengan Syafa’atnyasejumlah yang tidak terhingga.” (Jam’ul-Jawami’) Adalah dipercayai bahawa kenyataan ramalantersebut adalah merujuk kepada Syaikh Ahmad Sirhindi. Syaikh Ahmad Sirhindi sedar akankeperluan seorang Pembaharu Besar di dalam suratnya kepada anaknya Khwajah Muhammad Sadiq(1000-1025H). (Lihat Maktubat - Jilid I, Surat 234). Dan juga dengan pengakuan jelasnya sebagaiMujaddid Alf Tsani. (Lihat Maktubat - Jilid II, Surat 4). Juga suratnya kepada Khwajah Muhammad

    Ma’ashum (1009-1079H) beliau berkata: “Segala pujian bagi Allah yang telah menjadikanku sebagaiShilah antara dua lautan dan pendamai antara dua golongan.” (Lihat Maktubat - Jilid II, Surat 6).  Mujaddid Alf Tsani: Pembaharu Agama Islam untuk seribu tahun (Millennium) yang kedua. 

    H H  

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    6/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    6 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    contoh Syah Waliyullah(3)  dan anaknya Syah ‘Abdul ‘Aziz(4)  adalah di antarasejumlah besar yang lain apabila berbicara tentang beliau sentiasa menggunakangelaran Mujaddid Alf Tsani. Syah ‘Abdul-‘Aziz juga pernah mengatakan bahawa diantara kesemua Ahli Shufi Islam, Syaikh ‘Abdul-Qadir Jailani (470-560H) dan SyaikhAhmad Sirhindi adalah dua Ahli Shufi Islam yang terbesar, hanya beliau tidakmemutuskan siapakah di antara keduanya itu yang lebih besar.

    Syaikh Ahmad adalah Ahli Shufi pertama dan terbesar di antara kesemuaAhli Shufi Islam yang dengan terangnya dan cukup giat menentang KonsepsiTawhid Pantheistik yang dikenali sebagai Wahdatul-Wujud(5) atau Tawhid Wujudi.Gagasan ini telah menjadi hampir menyeluruh di kalangan seluruh Ahli Shufi Islam,terutamanya semenjak Ibnu ‘Arabi(6)  yang telah menulis ke atasnya secara meluasdan telah memberi kesan yang besar dalam mempengaruhi pemahaman Islamselepasnya, dan telah melonjakannya ke hadapan.

    Penyanggahan yang dilakukan oleh Syaikh Ahmad terhadap Wahdatul-

    Wujud adalah bukan berdasarkan pada ajaran Teologi atau hujah Falsafah, tetapiatas dasar Kasyaf(7)  atau pengalaman keshufian secara langsung. Akibatnya,

     Syah Waliyullah (1114-1176H): Beliau adalah seorang ‘Alim yang terulung pada zamannya dan juga

    seorang Shufi. Beliau juga berasal dari Silsilah Naqsyabandi Mujaddidi. Beliau memperolehipengalaman keshufian daripada ayahandanya, Syah ‘Abdur Rahim dan dikatakan beliau merupakanMujaddid pada masanya. Beliau juga adalah pendiri aliran Hadits dan Tafsir. Beliau telahmenterjemahkan Al-Quran ke bahasa Farsi dan pengarang banyak kitab-kitab terkenal dalam bidangHadits, ‘Aqidah dan Tashawwuf.  Syah ‘Abdul-‘Aziz (1159-1248H): Adalah anak sulung Syah Waliyullah. Beliau merupakan ‘Ulama

    yang disanjungi pada masanya dan dihormati seperti ayahnya. Beliau telah mengajar Hadits kepadaSyah Sayyid Ahmad Barelwi dan juga membai’atkannya memasuki Thariqat Naqsyabandi. Beliautelah menulis banyak kitab tentang ‘Ilmu Kalam dan ‘Ilmu Hadits.  Wahdatul-Wujud atau Tawhid Wujudi ialah Kesatuan Wujud. Ia adalah fahaman kebanyakan Para

    Shufi Islam. Perbandingan yang tepat adalah Unitisme iaitu bahawa “Kewujudan adalah satu”.Kemudian ia menjadi Identisme, iaitu “Ia adalah serupa dengan segala-galanya”, yang berlanjutanmenuju kepada Panteisme iaitu “Ia adalah Tuhan dan Tuhan adalah segala-galanya”. Ianya jugadigelar Wujudiyyat. Justeru itu, Wujudiyyin atau Shufiya Wujudiyyah atau Muwahhidin adalahmereka yang percaya kepada Unitisme iaitu Kesatuan Wujud.   Ibnu ‘Arabi Muhiyuddin (560-638H) adalah seorang Ahli Shufi Besar yang terkemuka. Secara

    umumnya beliau digelar sebagai Syaikh Akbar iaitu Syaikh Terbesar. Beliau dilahirkan di Murcia,Sepanyol, tetapi kemudian berpindah ke Seville dan bermastautin selama tiga puluh tahun di sana.

    Pada tahun 598H beliau mengembara ke Timur, dan dari situ beliau tidak pernah kembali lagi ketempat asalnya. Beliau melawat Makkah dan Mosul. Kemasyhurannya menyertainya di mana-manasahaja. Akhirnya beliau menetap di Damsyik dan meninggal dunia di situ pada tahun 638H. Beliauadalah dari Mazhab Zhahiri, tetapi menolak Taqlid dalam perkara-perkara ‘Aqidah. Satu-satunyapanduan Ibnu ‘Arabi adalah Nur dalamannya yang beliau percaya telah diterangi dengan cara yangpaling istimewa. Beliau dikatakan mengarang sebanyak 400 kitab. Karyanya yang paling terkenaladalah Futuhat Al-Makkiyyah dan Fushush Al-Hikam. Dalam kitab keduanya beliau telahmembincangkan Konsep Tawhid Panteistik dengan panjang lebar. Beliau telah dikecam sebagaiZindiq di Mesir dan terdapat usaha untuk membunuhnya. Ibnu Taimiyyah (661-728H), salah seorang‘Ulama Besar Islam, telah mengkritik Ibnu ‘Arabi secara terang-terangan.  Kasyaf: Secara Harfiah bermaksud singkapan, ia adalah tanggapan fakta-fakta dan peristiwa-

    peristiwa serta kebenaran-kebenaran, Duniawi dan Samawi oleh penglihatan Batin atau Nur.

    Umumnya ia adalah simbolik. Syuhud adalah pemahaman langsung tentang kewujudan dan Shifat-shifat Allah. Ilham adalah inspirasi, secara teknikal ianya terbatas kepada Keshufian, ia adalahpenerimaan petunjuk atau ilham dari Alam Tinggi. Petunjuk yang diterima sama sekali tidak salah,

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    7/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    7 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    penyanggahan beliau terhadap Wahdatul-Wujud telah menghangatkan lagi suasanapertikaian di kalangan Ahli–ahli Shufi. Kebanyakan ‘Ulama dan Ahli–ahli Shufiyang terkenal mengambil sikap berkecuali di dalam mempertahankan beliausedangkan sebahagian yang lain dengan tegas mengakui kebenarannya. Ianyasangat bermanafaat untuk kita semua menyelusuri persoalan ini seterusnya dan kitaakan cuba sebaik mungkin untuk memutuskan kedudukannya yang sebenar.

    Lakaran BiografiLakaran biografi ringkas tentang Syaikh Ahmad dinukilkan di sini dengan rujukankhas terhadap masa kehidupannya.

    Syaikh Ahmad adalah keturunan Saiyyidina ‘Umar Radiallahu ‘Anhu. Beliaudilahirkan di Sirhind pada tahun 971H. Sirhind sebenarnya adalah Sahrand, yang

    bermaksud Rimba Harimau. Sewaktu Feroz Syah Tughlaq (752-790H) seorangMenteri Kewangan Diraja sedang melalui rimba ini bersama pengawal diraja sertaseorang Shufi Sahib Kasyaf(8) tiba ke suatu tempat di mana Sirhind terletak sekarangini, Sufi tersebut telah memperolehi ilham bahawa seorang Wali Besar akandilahirkan di situ. Berita ini telah sampai ke Raja dan dia telah memerintahkanpembinaan bandar di situ dan memberi kepercayaan tugas tersebut kepada ImamRafi’uddin(9), moyang Syaikh Ahmad. Sedang pembinaan berjalan, Syah Bu ‘AliQalandar(10) pula telah tiba untuk membantu dan telah mengkhabarkan kepadaImam Rafi’ bahawa Wali Besar yang telah diilhamkan tersebut adalah dariketurunan beliau.

    Syaikh Ahmad menerima pelajaran awal di rumah. Beliau telah mempelajariserta menghafaz Al-Quran sewaktu kecil. Kemudian beliau mempelajari ‘IlmuHadits, Tafsir dan Ma’aqul atau Falsafah dan telah berguru kepada beberapa ‘Ulamaterkenal di beberapa tempat. Apabila berada di Agra, beliau mempelajari ‘IlmuHadits dan Tafsir. Abul-Fadhzl dan Faidhzi, orang-orang kanan Raja Akbarmendengarkan kepintarannya, telah mencuba untuk menariknya ke lingkaran

    oleh itu ia tidak terikat kepada semua tetapi pada penerima sahaja, dengan syarat ia tidakbertentangan kepada mana-mana perintah yang diterima melalui Nabi. Wahi secara Harfiah

    bermaksud komunikasi atau perintah, secara teknikal ia adalah komunikasi yang disampaikan olehAllah Ta’ala kepada seseorang Nabi, bentuk tertinggi komunikasi ialah dengan menggunakanperantaraan Malaikat. Bimbingan yang diterima melaluinya adalah benar-benar dapat diyakini danmengikat kesemuanya. Secara umumnya Wahyu boleh dianggap sebagai kata yang sama denganWahi, tetapi makna yang tepat dari istilah ini adalah seperti yang dinyatakan di atas.  Sahib Kasyaf adalah wali, seseorang yang mempunyai cahaya kerohanian. 

     Imam Rafi’uddin adalah moyang yang keenam Mujaddid. Beliau merupakan adik kepada Khwajah

    Fatihullah Perdana Menteri daripada Feroz Syah Tughlaq dan pengikut Wali yang terkenal Sayyid Jalal Bukhari (707-750H) dikenali sebagai Makhdum Jahan. Imam Rafi’ telah diamanahkan denganpengurusan bandar Sirhind di mana beliau menetap selepas pembinaannya.   Sharfuddin Bu ‘Ali Syah Qalandar daripada Panipat adalah seorang Wali besar yang sangat mulia.

    Beliau telah datang dari Iraq ke Panipat, di mana beliau telah meninggal dunia pada tahun 724H. Ia

    ada kaitan bahawa dia telah membantu dalam pembinaan bandar Sirhind. Walau bagaimanapuntarikhnya tidak sama. Feroz Syah pada masa Sirhind telah dibina memulai pemerintahannya pada752H, iaitu 28 tahun selepas kematian Qalandar. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    8/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    8 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    mereka. Akan tetapi, persahabatan ini tidak berlangsung lama kerana Syaikhmemandang serius perwatakan Anti-Islam Abu Fadl. Adalah telah diriwayatkanbahawa sebahagian daripada kitab yang disanjung ramai tulisan Faidhzi yangbernama Sawathi’ Al-Ilham(11), telah ditulis oleh Syaikh. Setelah menamatkanpembelajaran pada usia yang muda, Syaikh telah menceburkan diri ke dalam bidangkeshufian di bawah bimbingan ayahandanya iaitu Hadhrat Syaikh ‘Abdul AhadSirhindi Rahmatullah ‘Alaih seorang Shufi yang terkenal serta telah menerimaKhilafat daripadanya dalam Slisilah Chisytiyyah dan Suhrawardiyyah. Apabilaumurnya 28 tahun, beliau telah pergi ke Delhi dan telah berbaiat dalam SilsilahThariqat Naqsyabandiyyah dan seterusnya menerima Khilafatnya(12)  daripadaHadhrat Khwajah Baqi Billah Rahmatullah ‘Alaih (972-1012H). Melalui KhwajahBaqi Billah Rahmatullah ‘Alaih, Silsilah Naqsyabandiyyah mula bertapak di India.Telah dikatakan bahawa Khwajah Baqi Billah Rahmatullah ‘Alaih telah dianugerahiilham untuk meninggalkan tempat asalnya Afghanistan, supaya pergi ke India danperlu mencari seseorang untuk dibai’at yang akan menjadi Shufi besar di dalamSilsilah Naqsyabandiyyah. Orang yang dimaksudkan itu ialah Syaikh AhmadSirhindi Rahmatullah ‘Alaih, yang dengan cepatnya menyempurnakan Maqamat-maqamat Suluk Shufi dan menjadi sangat cemerlang padanya, malahan Khwajahpernah duduk di hadapannya sebagai seorang Murid dan juga telah mengakubahawa menerusi bantuan keruhanian Syaikh Ahmad Sirhindi Rahmatullah ‘Alaih,beliau telah berjaya melepasi liku-liku Wahdatul-Wujud.

    Masa Kehidupan Beliau1 - Keshufian

    Ketika Mujaddid yang terbilang ini memulakan tugas pembaharuannya, beliaumendapati bahawa Tasawuf telah mempengaruhi kesemua jiwa orang-orang Islam.Satu fahaman Pantheistik(13) telah menggantikan fahaman Keesaan Tuhan, Tuhanyang bersifat Tanzih dalam Islam. Kepercayaan melampau terhadap Karamat ParaWali kebiasaannya telah terjadi. Banyak ilmu-ilmu baharu yang bukan dari Islamseperti penggunaan kuasa-kuasa ghaib telah diserapkan ke dalam Tashawwuf itusendiri. Shufi-shufi telah melampaui batas sehingga menafikan pegangan-peganganSyari’at atau undang-undang Islam yang secara umumnya telah termaktub. Danmenganggap Syari’at itu hanya ilmu luaran dan dangkal, melayan Sima’(14)  ataumendengar muzik adalah tuntutan masa ini. Mereka bercanggah dengan Sunnatatau contoh dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka juga

     Sawathi’ Al-Ilham dikenali sebagai Tafsir Bey Nuqat ialah komentar bagi Al-Quran dalam Bahasa

    Arab yang ditulis oleh Abul Faidhz Faidhzi, pemenang Syair Akbar yang mempunyai keanehan yangsangat sukar yang tidak mengandungi satu huruf bertitik. Perlu diketahui bahawa huruf Arabmempunyai I5 huruf bertitik.  Khilafat: Di dalam istilah Shufi secara umumnya pengiktirafan pemimpin ruhani bahawa murid

    telah melengkapkan perjalanan Ruhani dan telah mencapai perkembangan tahap yang tertinggi dan

    dia boleh dibenarkan untuk membimbing orang lain. 

     Panteistik: Kepercayaan bahawa Tuhan dan alam semesta adalah sama.  

     Sima’: Ertinya pendengaran muzik demi ke arah ekstasi Wajad, tersebar luas di dalam keshufian. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    9/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    9 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    memuja Sukr(15)  mengatasi Sahw. Dialog(16)  yang terjadi di antara Sultan Mahmuddari Ghazni dan Syaikh Abul-Hassan Kharqani Rahmatullah ‘Alaihi adalah contohpenting menunjukkan dengan jelas sejak dahulu lagi Shufi-shufi telahmemburukkan pertalian mereka dengan Islam dan Nabi Muhammad Shallallahu‘Alaihi Wasallam.

    2 - Ahli-Ahli Mutakallimin Teologi

    Seterusnya, Para ‘Ulama atau Ahli Mutakallimin Teologi telah beralih sepenuhnyakepada Fiqh atau Hukum Islam sebagai keseluruhan pembelajaran Agama; merekatelah menolak merujuk kepada Al-Quran dan Hadits iaitu sumber asal Islam.Akibatnya, hanya pandangan perundangan Islam sahaja yang hidup, sementara jiwaIslam telah mati. Kebanyakan Ahli Mutakallimin Teologi adalah jenis Makhdum Al-Mulk yang ingin mengelakkan membayar zakat atau cukai atas kekayaannya,

    memindahkan hartanya pada hujung tahun kepada isterinya dan memindahkankembali kepadanya sebelum masa bayaran zakat tahun hadapan. Mereka sibuk didalam perbalahan masalah-masalah halus Fiqh, sedangkan masalah yang amat kecilpun sudah cukup untuk didebatkan berterusan di antara mereka. Mereka, padaumumnya penuh dengan cita-cita dan sentiasa mengejar untuk kejayaan Duniawi.Mereka boleh didorong mengeluarkan Fatwa menghalalkan yang haram danmengharamkan yang halal. Dikatakan bahawa Makhdum Al-Mulk telahmengeluarkan satu Fatwa perintah menunaikan Haji tidak lagi terikat wajib keranaianya telah menjadi kemudharatan.

    3 - Polisi Akbar

    Polisi penyelarasan yang diterapkan oleh Maharaja Mughal Akbar disepanjangpemerintahannya (963-1013H) sebenarnya telah dikira untuk menyakiti danmelemahkan kesedaran keagamaan orang-orang Islam. Di dalam fasanya yangtertentu, beliau telah menimbulkan perasaan marah orang-orang Islam. Merekamerasakan Islam telah tidak dilaksanakan di India. Mulla ‘Abdul Qadir Badayuniseorang Ahli Sejarah di zaman itu serta seorang Islam yang taat telah menerangkankeadaan perkara-perkara yang dilaksanakan pada masa Akbar dan penerangannya

      Sukr: Ertinya kemabukan. Ia merupakan hal yang berlaku dalam fikiran seseorang Shufi yang

    dikuasai oleh kasih yang sangat kuat atau penglihatan atau kemabukan tentang Allah, dan seolah-olah hilang kawalan diri dan akal. Sahw bertentangan dengan Sukr iaitu ketenangan, adalah keadaanminda di mana manusia mempunyai kawalan penuh terhadap dirinya dan akalnya dan tidakdikuasai oleh emosi. Sahw dianggap sebagai hal yang lebih tinggi daripada Sukr.  Sultan Mahmud (m.421H) pernah melewati Kharqan. Beliau telah mendengar kemasyhuran Syaikh

    Abul Hasan Kharqani (m.419H). Beliau ingin melihat Syaikh. Jadi dia menghantarorang suruhannyakepada Syaikh meminta kebenaran untuk melawatnya. Sultan memerintahkan kepada orang suruhanitu jika Syaikh tidak bersedia untuk memberinya satu wawancara dia harus membaca Ayat Al-Quran:“Athi’uullahu Wa Athi’uu Rasul Wa Ulil Amri Minkum”  bermaksud, “Taatlah kamu kepada Allahdan taatlah kepada Rasul dan taat kepada Pemerintah di antara kamu”. Syaikh tidak

    memperdulikan perintah Sultan. Orang Suruhan itu membaca ayat berikut. Syaikh berkata: “Sayasangat sibuk dengan taat kepada Allah yang buat saya berasa malu kerana tidak taat kepadaRasulullah bagaimana saya boleh menuruti Tuanku?”

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    10/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    10 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    mencerminkan rasa gelisah yang merunsingkan yang telah dideritai oleh setiaporang-orang Islam pada masa itu. Mulla Badayuni berkata bahawa Maharaja mahumemenangi hati rakyat-rakyat Hindu beliau. Oleh itu beliau telah memalingkanwajahnya menentang Islam. Beliau mula menggalakkan ‘Ulama Suk, iaitu Para‘Ulama yang bertuhankan dunia, yang akan melakukan segalanya untukmemenangi hati Maharaja. Beliau telah berjaya melingkungi diri beliau denganorang-orang yang benar-benar tidak beriman kepada Wahyu Allah Ta’ala danperaturan Agama. Beriman kepada Wahyu Allah Ta’ala dianggap sebagai Taqlidatau menurut perintah membuta tuli, satu mentaliti jenis rendah dan hanya sesuaiuntuk yang tidak berpendidikan dan buta huruf. Tidak, bukan itu sahaja, tetapiMaharaja melangkah seterusnya. Beliau secara terbuka telah menentang Islam.Beliau telah menganggap perintah-perintah Islam sebagai sementara dan tidakrasional.

    Pada hari-hari sebegini, apabila keaiban dilemparkan kepada ajaran Islam

    dan semua pertanyaan yang berhubung dengannya, dan semenjak banyakkedurjanaan Hindu dan keislaman yang berbaur Hindu secara mutlak mencercaNabi, dan ‘Ulama jahat yang tidak beragama didalam tugas-tugas merekamengikrarkan kepercayaan kepada Maharaja, malah telah menyibukkan diri merekadengan membicarakan Kesatuan Tuhan, mereka seterusnya berbicara pelbagaigelaran Maharaja, dan tidak mempunyai keberanian untuk membicarakan namaNabi sedangkan Tuhan amat mengasihinya dan pengikut-pengikutnya, danmemberikan mereka keamanan; tidak ada sebarang alasan bagi pendusta; ini adalahkeadaan yang berlaku yang menjadi penyebab kehinaan umum, dan benihkerosakan akhlak dan kekacauan mula bercambah keluar di dalam empayar ini.

    Selain ini, rakyat yang hina tidak kira dari kelas yang lebih tinggi ataurendah, setelah meletakkan kolar ketaatan ruhani kepada Maharaja di atas leher-leher mereka, telah mengaku diri mereka sebagai pengikut-pengikutnya. Maharajatelah berhenti mempercayai Al-Quran; dia tidak percaya kepada kehidupan selepasmati, tidak juga tentang hari Qiyamat. Dia telah melampaui batas. Dia telahmengisytiharkan secara terbuka untuk menggunakan kalimat ini La Ilaha Illa Allah,Akbar Khalifah Allah yang bermaksud “Tiada Tuhan selain Allah, dan Akbar adalahKhalifah Allah.” Tetapi kerana ini telah membawa kekecohan, beliau fikir ia bijakuntuk menghadkan penggunaan formula ini untuk beberapa lingkungan orang yangmengharamkannya sahaja. Sajdah atau Sujud yang dipelihara oleh Islam untuk

    Allah Ta’ala sahaja, adalah diwajibkan di hadapan Maharaja. Arak telahdiisytiharkan Halal, dan lemak khinzir dibuat ramuan arak. Jizyah atau cukaitentera telah dimansuhkan dan daging lembu telah diisytiharkan haram. Khinzirdan anjing adalah dipelihara khas dan dianggap sebagai manifestasi-manifestasiTuhan. Shalat atau ketetapan Shalat, Shaum atau ketetapan puasa dan mengerjakanibadat Haji ke Makkah adalah dimansuhkan. Kalendar Islam telah digantikan olehbulan-bulan yang baharu dan tahun-tahunnya.

    Sesungguhnya Islam selepas seribu tahun telah dianggap tamat tempohnya;kajian bahasa ‘Arab dilihat seolah-olah ia adalah sesuatu yang menyalahi undang-

    undang; Hukum Islam atau Fiqh, Tafsir atau penafsiran Al-Quran dan Haditsadalah diperolok-olokan; dan orang-orang yang telah meneruskan pembelajaran ini

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    11/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    11 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    telah dipandang rendah dan layak mendapat penghinaan. Azan atau panggilanuntuk Shalat berjemaah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam yang ditawarkanlima kali sehari di Dewan Negeri telah diberhentikan. Nama seperti Ahmad,Muhammad dan Musthafa, pelbagai nama-nama Nabi Allah telah menjadipenghinaan kepada Maharaja, dan untuk mengucapkan nama-nama mulia tersebutadalah satu jenayah. Masjid-masjid dan surau-surau telah diubah menjadi bilik-biliksetor dan diubah kepada bilik-bilik pengawal Hindu. Islam berada dalam keadaanmendukacitakan. Orang-orang Kafir boleh secara terbuka mengejek dan mengutukIslam dan orang-orang Islam. Upacara-upacara agama Hindu telah disambut disetiap jalan dan sudut, manakala orang-orang Islam tidak dibenarkan untukmenjalankan tuntutan-tuntutan Islam. Orang-orang Hindu apabila mereka berpuasaboleh memaksa orang-orang Islam tidak makan dan minum di khalayak ramai,manakala mereka sendiri boleh makan dan minum secara terbuka pada bulanRamadhan. Di beberapa tempat orang-orang Islam telah membayar dengan nyawamereka sendiri untuk mengorbankan lembu ketika ‘Aidil Adha. Beberapa masjidtelah dimusnahkan oleh orang-orang Hindu dan kuil-kuil didirikan di tempatmereka. Ketika itu, masa telah menangisi bagi kehadiran seorang pembaharu besar.Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi adalah seorang Ahli Shufi dan pada usianya empatpuluhan, iaitu pada tahun 1011H, beliau berasa terpanggil. Dia telah diberi ilhambahawa dirinya adalah pembaharu bagi alaf kedua era Islam. Tetapi tugas dihadapannya adalah bukan kepalang. Lama beliau telah bekerja dengan penuhpengabdian dan usahanya yang berterusan untuk melawan arus. Beberapa daripadacara yang dia telah gunakan untuk tujuan ini ialah seperti berikut:

    1. 

    Pertamanya, dia telah menyediakan beberapa murid-muridnya untuk kerja

    tersebut dan menghantar mereka ke semua arah untuk mendakwahkanIslam yang sebenar, memberi penekanan kepada Ittiba’ Sunnat ataumencontohi Nabi , dan untuk membawa manusia kembali kepada ikatan-ikatan Syari’at. Kerja ini telah dilakukan dengan berkesan, bukan sahaja diIndia tetapi sehingga di luar sempadannya dengan jiran negara Islam yanglain.

    2. 

    Kedua, dia telah memulakan satu perhubungan yang luas dengan orang-orang yang masyhur di pelbagai bahagian negara. Surat-surat ini telahdiedarkan secara meluas. Ianya telah menjelaskan dengan terperincikebenaran Agama Islam dan meletakkan penekanan yang terbesar ke atas

    Ittiba’ Sunnat.

    3.  Ketiga, dia telah menyenaraikan orang-orang kenamaan besar daripadaIstana Maharaja sebagai murid-muridnya dan menggunakan mereka untukmembawa satu perubahan dalam kehidupan di lingkungan-lingkunganmereka, dan untuk mempengaruhi Maharaja supaya berubah hati.

    4.  Keempat, apabila Akbar telah meninggal dunia dan Jahangir sebagaipenggantinya, Syaikh telah memulakan kempennya. Rakyat terpaksaberikrar bahawa mereka tidak akan mematuhi mana-mana perintah yangbercanggah dengan Islam. Kempen telah dilanjutkan juga kepada tentera.

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    12/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    12 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Asaf Jah, Perdana Menteri telah menasihatkan Jahangir untuk mengawalSyaikh Ahmad yang pengaruhnya telah tersebar luas di India, Iran, Turan danBadakhshan. Beliau seterusnya telah menasihatkan untuk menghentikan tentera-tentera dari melawat Murid-murid Syaikh dan dari mengambil Bai’at, danseterusnya akan memenjarakan Syaikh. Jahangir telah mengeluarkan perintah danSyaikh Ahmad menjadi suspek politik. Jahangir juga telah memutuskan untukmenghantar Syaikh ke penjara. Tetapi tidak mudah untuk menyentuhnya. Orang-orang kenamaan besar Maharaja menyanjungi Syaikh dan mempercayainya. Jadi

     Jahangir menghantar mereka satu demi satu ke tempat-tempat yang jauh. Khan-i-Khanan ke Deccan, Sadr-i-Jahan ke Timur, Khan-i-Jahan ke Malwa, Khan-i-A’zam keGujrat dan Mahabat Khan ke Kabul.

    Setelah selesai dengannya, Jahangir telah memanggil Syaikh Ahmad dariSirhind dan telah menuduhnya atas penerbitan idea-idea Non-Islamik di dalamsurat-suratnya. Tetapi Syaikh telah menghadapi tuduhan-tuduhan itu dengan

    cemerlang. Jahangir telah terpaksa untuk mencari beberapa alasan lain. Beliau telahmenuntut Sajdah atau Sujud daripada Syaikh. Syaikh tidak bersetuju denganpermintaan itu, kerana Sajdah adalah semata-mata untuk Allah Ta’ala dan tidak adabagi yang lain. Sesudah itu Jahangir memenjarakan Syaikh dan menghantarnya keGwalior Fort, di mana beliau kekal sebagai banduan selama dua tahun. PemenjaraanSyaikh membuatkan Mahabat Khan di Kabul sangat marah dan dia telahmenghapuskan nama Jahangir dari Khutbah Jumaat dan duit syiling di Kabul dantelah menakluki India dengan tentera yang terpilih. Telah diriwayatkan bahawabeliau telah hampir mengambil Jahangir sebagai banduan di Jhelum. Mahabatmungkin akan melakukan lebih dari itu.Tetapi Syaikh telah mengutuskan arahan

    kepadanya untuk taat kepada Raja dan tidak menyebabkan kekacauan dalamkerajaan.

    Sesudah itu Mahabat membebaskan Jahangir. Tidak lama selepas itu diikutipelepasan Syaikh dari Gwalior (1028H). Maharaja telah berhasrat Syaikhmelawatnya. Syaikh tidak akan datang melainkan jika syarat-syarat tertentu telahditerima. Pertama, bahawa Maharaja akan menghapuskan Sajdah Ta’zhimi atausujud. Kedua, bahawa semua masjid yang telah ditutup, diroboh perlu didirikansemula. Ketiga, semua perintah melarang penyembelihan lembu harus dibatalkan.Keempatnya, jawatan Qadhi dan Mufti perlu dilantik semula untukmenguatkuasakan perintah Islam. Kelima, bahawa Jizyah atau cukai tentera perlu

    diperkenalkan semula. Keenamnya, semua Bid’at atau perkara-perkara baru perludiberhentikan serta-merta dan ajaran Syari’at atau undang-undang dikuatkuasakan.Dan ketujuhnya, semua banduan yang telah dihantar ke penjara kerana melanggarperkara di atas perlu dibebaskan segera. Maharaja telah menerima syarat-syarattersebut. Apabila Syaikh datang kepadanya, Maharaja telah menerimanya denganpenghormatan yang besar, memberinya Nadhr atau menawarkan kewangan sertaKhil’at atau jubah penghormatan. Seterusnya Syaikh, untuk baki enam tahun keakhir hayatnya menjadi Penasihat Khas Diraja.

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    13/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    13 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Pencapaian BeliauDemikianlah, yang pertama Mujaddid telah membawa Kerajaan Islam di Indiakembali kepada Islam. Yang kedua, telah mendorong kesucian Islam kepada

    pengajian Al-Quran dan Hadits yang telah diabaikan begitu lama. DalamTashawwuf dia telah memperbaharui fahaman keshufian Islam, telahmempersoalkan Panteisme dan membawa mereka kembali kepada Ittiba’ Sunnatiaitu mengikuti contoh Nabi . Selain itu, beliau telah meluaskan batas pengalamanAgama dengan menyedari dan menerangkan sebilangan besar Maqamat-maqamatyang lebih tinggi lagi yang belum dijelajahi dan tidak diketahui oleh parapendahulunya. Selanjutnya beliau telah membuat perlepasan asas dari fahamanShufi yang diamalkan dan dia juga mengemukakan bahawa Wilayat atau Kewalianpada dasarnya berbeza daripada Nubuwwat(17)  atau Kenabian, iaitu menurutmartabatnya adalah berbeza. Berhubungan dengan perkara-perkara ini adalah

    kedudukan yang telah dibentuk teguh oleh Syaikh yang sebelumnya sudah lamatersesat, iaitu Din atau Agama dan tidak Suluk Wa Tashawwuf(18)  atau Keshufianadalah perkara yang sangat diperlukan oleh seorang Islam. Ia adalah untuk sebabpembaharuan yang besar ini, bahawa dia telah digelar Mujaddid Alf Thani iaituPembaharu Milenium Kedua. Oleh sebab itu kita akan merujuk kepada beliau dalamteks ini sebagai Mujaddid.

    Pengaruh BeliauSebagai tambahan, boleh dikatakan pengaruh Mujaddid pada perkembanganselanjutnya juga amat besar. Menerusi beliaulah sebenarnya seruan “Kembalikepada Muhammad ” muncul dan telah meluas pengaruhnya. Selain konsepnyadaripada Tawhid yang akan dipertimbangkan dalam halaman berikutnya,panggilan seruan ini memang telah mempengaruhi fikiran Islam dan

      Nubuwwat: Ertinya kenabian yang darinya timbul perkataan Nabi. Tetapi dalam Islam ia

    bermakna tahap di mana seseorang yang dilantik Allah Ta’ala, berbanding dengan Wilayat oleh kasih

    karunia Allah Ta’ala, subjek dari kemurahan Ilahi dan ilham-ilham untuk panduan manusia telahdihantar kepadanya dari Allah Ta’ala. Wilayat ialah peringkat pembangunan Ruhani di mana Shufisedar bahawa dia telah berhasil untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Semua orang bolehmendapatkannya dengan berkat usaha berterusan dan berjuang, walaupun sebenarnya tidak tanpaRahmat dari Allah Ta’ala.   Suluk: Ialah kaedah pembangunan Ruhani. Ianya telah dianggap sebagai satu perjalanan atau

    ziarah menuju Allah Ta’ala, juga Sayr yang bermaksud persiaran perjalanan. Apabila Suluk telahdicapai pada tahap tertentu, Salik mula mengalami bayangan Zhilal dari Asma dan Syuyun iaitubayangan Nama-nama dan Hal Allah Ta’ala. Ini dipanggil Sayr Ilallah iaitu perjalanan menuju AllahTa’ala. Kemudian setelah melepasi peringkat ini Salik akan masuk ke dalam pengalaman dalam AllahTa’ala. Ini adalah dipanggil Sayr Fillah iaitu perjalanan di dalam Allah Ta’ala. Selepas itu Salik itukembali dari perjalanannya dan ini dipanggil Sayr ‘Anillah yakni perjalanan dari Allah Ta’ala.

    Kemudian dia menjalankan semula tugasnya sebagai manusia biasa selaras dengan ajaran Syari’atdan mencurahkan tenaganya seperti Nabi-Nabi untuk memimpin manusia.

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    14/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    14 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    memberikannya suatu nafas baru dalam Keshufian Islam dan juga dalam ‘IlmuKalam Teologi, ‘llmi Bathin dan ‘Ilmi Zahir(19). 

    Pertamanya, berkaitan dengan Keshufian telah timbul satu keinginan baruiaitu keinginan untuk memurnikan Keshufian dari unsur-unsur asing dan

    mengeluarkan secara khusus dari yang tulin dan punca mata air dari mana puncatimbulnya Islam, dalam erti kata lain suatu keinginan yang kuat untukmempelajarinya secara langsung dari Nabi Allah. Bertepatan dengannya, ia telahberlaku kepada Khwajah Mir Nasir(20) yang berasal dari Silsilah Thariqat Mujaddiditelah mengalami Fana yang berterusan selama seminggu penuh, dan Imam HassanRadhiyallahu ‘Anhu, cucu Nabi sendiri, seperti telah muncul di biliknya danmemperkenalkannya dengan suatu kaedah baru Shufi dan menegaskan bahawakaedah itu hendaklah digelar menurut Nama Nabi, “Muhammadi” kerana ia adalahkaedah sebenar Nabi Allah. Apabila Fana telah berakhir, Khwajah telah keluar daribiliknya dan orang pertama yang telah diajarkan kaedah baru tersebut ialah

    anaknya Khwajah Mir Dard(21) yang telah menerimanya dengan baik.Bapa dan anaknya ini telah mengarang berjilid-jilid kitab mengenai kaedah

    tersebut yang mereka percaya adalah kerja yang telah diilhamkan. Intipati kaedahini ialah: “Tinggalkan semua orang dan hanya hadir kepada Tuanmu iaituMuhammad dan terus beri perhatian kepadanya tanpa henti.” Dikhabarkan,intipati kaedah inilah yang telah menyebabkan berlaku pertikaian di kalanganorang-orang Islam. Kembali kepada Kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi, dan kasihsepenuhnya kepada Nabi. Itulah jalan yang sebenar. Sama juga terjadi dengan SyahSayyid Ahmad Barelwi(22).

      ‘Ilmi Zahir adalah pengetahuan secara umum seperti Tafsir, Hadits, Fiqh dan ‘Ilmu Kalam. ‘Ilmi

    Bathin adalah Ma’rifat yang dicapai melalui usaha Keshufian. Oleh itu perbezaan ‘Ulama Zhahir,orang-orang yang mahir dalam ‘Ilmu Agama, Mutakallimin Ahli Teologi dan Qadhi-Qadhi yangdipandu oleh firman Al-Quran dan lain-lain dan bukan keruhanian seperti yang telah dimulai olehAhli-ahli Shufi yang digelar ‘Ulama Bathin yang cuba untuk mempunyai pengalaman terus denganTuhan dan keabadian.  Khwajah Mir Nasir ‘Andalib (m.1172H) adalah dari keturunan Silsilah Wali terkenal Khwajah Syah

    Bahauddin yang mengasas Thariqat Naqsyabandiyyah. Pada mulanya Khwajah Mir Nasir adalahseorang tentera dalam pasukan Tentera Mughal. Kemudian dia meninggalkan tentera danmengasingkan diri. Beliau menjadi Ahli Shufi terkenal. Sesungguhnya beliau mengasaskan satuThariqat Keshufian baru yang digelar Thariqat Muhammadi atau Kaedah Muhammad. Beliau telah

    menulis sebuah kitab yang besar Nala Andalib pada 1153H dalam bentuk satu kisah yang beliautelah membincangkan sebahagian besar daripada fahaman-fahaman Keshufian.  Khwajah Mir Dard (1131-1190H) merupakan anak kedua Khwajah Mir Nasir. Pada usia lima belas

    tahun beliau telah menulis Risalah Asrar As-Shalat. Beliau adalah pengarang beberapa karyaKeshufian, contohnya Waridat-i-Dard, ‘llm-ul-Kitab dan lain-lain. Beliau telah dipandang besar dansehingga Maharaja Mughal Syah Alam pernah melawat majlis beliau atau berkumpul pada setiapbulan. Khwajah Mir Dard juga merupakan penyair terkenal Urdu dan mempunyai kedudukan yangdiiktiraf dalam sejarah kesusasteraan Urdu.   Syah Sayyid Ahmad Barelwi (1201-1246H) Dari awal zaman kanak-kanak ialah seseorang yang

    meminati Keshufian dan telah hadir dalam dirinya kecenderungan kuat untuk mengikuti hanya Nabi. Setelah mengikuti pendidikan di Lucknow, beliau telah pergi ke Delhi di mana beliau menjadi

    seorang Murid dari Syah ‘Abdul ‘Aziz. Walau bagaimanapun, beliau telah berpisah dengan Syah

    ‘Abdul ‘Aziz kerana amalan Tasawwur Syaikh iaitu menggambarkan Syaikh dalam khayalan, yangdianggap sebagai penyembahan berhala, dan telah meneruskan pembangunan Ruhaninyabersendirian. Kemajuan yang diperolehinya besar, sesungguhnya Syah ‘Abdul ‘Aziz sendiri ingin

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    15/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    15 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Beliau adalah berasal dari Silsilah Thariqat Mujaddid dan berkedudukantinggi di kalangan Para Shufi Islam. As-Sayyid mempercayai bahawa beliau telahmemperolehi pertalian khas kepada Nabi dan telah mendapat bimbingankeruhanian secara langsung daripadanya atau daripada Tuhan(23). Beliaumemperbaiki dan memulakan satu Thariqat baru yang beliau namakan, ThariqatNubuwwat(24) atau Thariqat Kenabian. Thariqat-thariqat lain menurut beliau hanyaThariqat Wilayat atau Thariqat-thariqat Shufi. Keunikan Thariqat baru ini adalahPara Shufi perlu terlebih dahulu memastikan kesemua perbuatannya benar-benarmematuhi hukum yang disampaikan oleh Rasulullah dan hanya setelah itumelakukan ingatan Zikir dan Fikir bertafakur. Zikir dalam Thariqat ini terdiri darimembaca Al-Quran dan membaca doa-doa yang diwarisi dari Nabi , manakalaFikir di dalam kaedah ini terdiri dari bertafakur akan kebaikan dan nikmat Tuhanyang dilimpahkan dengan banyaknya ke atas kita, dan membuat kehendak kitaseluruhnya di bawah kehendakNya, dan menyedari kehadiranNya pada setiapmasa. Bantuan yang paling bermanafaat untuk kesemua ini, menurut kaedah iniadalah bahawa Shufi perlu berkhidmat kepada sesama makhluk.

    Syah Sayyid Ahmad menyangkal fahaman Kesatuan Tuhan dan ‘Alam danpercaya dalam Keesaan Tuhan. Dia meletakan Sahw atau kesedaran di atas Sukrkemabukan Ruhani. Dia mendakwahkan Jihad atau berperang pada Jalan Allahmenggantikan Sima’ atau mendengar muzik untuk tujuan menghasilkan Fana, danmenuntut khidmat kepada masyarakat daripada keterpencilan. Beliau sangat telitimengikut Kitab Al-Quran dan Sunnat mencontohi Nabi, dan beliau keras serta tegasmengecam Bid’at atau perkara-perkara baharu. Itulah sebabnya dia telah bangkitmenyusun orang-orang Islam dan telah menaikan darjat Jihad atau perang suci

    terhadap Sikh-sikh yang telah menumpukan orang-orang Islam di Punjab untukpenindasan Agama. Beliau telah berjuang lama dan berani dan dia sendiri telahterbunuh dalam Jihad (1246H) dan besertanya juga telah terbunuh Syah Isma’ilSyahid iaitu Ketua Leftenannya.

    menjadi pengikut beliau pada akhirnya. Seterusnya reputasinya merebak jauh dan Maulawi ‘AbdulHayy dan Syah Isma’il, dua orang yang berkait dengan Syah ‘Abdul ‘Aziz telah menyertai beliau.Beribu-ribu Ummat Islam menerima-pakai pandangannya dan di mana-mana saja dia telahdinobatkan sebagai Khalifah yang sebenar. Di salah satu biografi beliau, Maulawi ‘Abdul Ahadmenegaskan bahawa lebih daripada 40,000 penganut agama Hindu dan orang-orang Kafir telah

    memeluk Islam menerusi Dakwah beliau. Pada 1232H, Syah Sayyid Ahmad keluar dari bandarasalnya menunaikan Haji di Makkah, telah tinggal beberapa bulan di Calcutta di dalamperjalanannya. Dua tahun kemudian, sekembalinya ke India beliau mula membuat persediaan aktifuntuk Jihad atau perang suci atas Sikh dari Punjab untuk menyelamatkan orang-orang Islam diwilayah tersebut dari dizalimi mereka. Beliau membuat kempen tersebut selepas kempen terhadaporang Sikh, dan beliau mati Syahid berperang di pertempuran Balakot dalam tahun 1246H.   Dalam istilah Keshufian, untuk mendapatkan bimbingan terus dari keruhanian Nabi dipanggil

    Uwaisiyyat. Istilah ini berasal dari Uwais. Adalah dipercayai bahawa Uwais mendapat bimbingankeruhanian terus dari Nabi , walaupun beliau tidak pernah bertemu dengannya. Mujaddidberanggapan dirinya sebagai seorang Uwaisi, dan ia memang luar biasa kerana selepas Mujaddidsejumlah besar Ahli Shufi juga mendakwa diri mereka sebagai Uwaisi.  Thariqat Nubuwwat ialah kaedah pembangunan Ruhani yang bertujuan untuk membangunkan

    hanya akhlak-akhlak seumpama Nabi . Thariqat Wilayat adalah kaedah pembangunan Ruhani yangdigunakan oleh Keshufian Islam dan bertujuan untuk menjadi Ahli Shufi dalam kehidupan.Perbezaannya ialah sebagai mengikut Syari’at atau berbeza dengannya. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    16/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    16 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Keduanya, seruan Mujaddid telah mendorong ahli-ahli Mutakallimin Teologi,iaitu ahli-ahli di dalam ilmu-ilmu Agama untuk beralih kepada Hadits. SebelumMujaddid, pembelajaran Agama telah tertumpu penuh kepada perundangan atauFiqh. Tetapi Mujaddid telah mengalihkan gelombang tersebut kepada Kitab Al-Qur-an dan Sunnat Nabi . Manusia telah mula mempelajari Hadits, dan Syah Waliullahtelah menubuhkan Mazhab Hadits yang pertama di India. Dengan Shah SayyidAhmad Barelwi, mazhab tersebut telah ditukar menjadi Ahli Hadits (25)  atauTradisional atau Ahli Tradisi yang belum mempunyai ruang untuk dipengaruhiunsur kesufian di dalamnya.

    Kemudian, penekanan tersebut menimpa Taqlid atau mengikut buta mufti-mufti dan telah bangkitnya Ghair Muqallidin atau Ahli Hadits Tulin atauTradisional Tulin. Sehubungan dengan ini, kita juga boleh menyentuh tentangpembaharuan dan kecaman luas yang dimulai oleh Sir Sayyid Ahmad Khan(26). SirSayyid telah cenderung membuat kecaman terhadap Hadits dan secara paksa telah

    mengarahkan perhatian terhadap Kitab atau Al-Quran sebagai sumber sebenarIslam. Ini, dalam jangka masa panjang telah melahirkan Mazhab Ahli Quran atau“Quranists” yang didirikan oleh Maulawi ‘Abdullah(27).

    Sir Sayyid telah dididik di dalam aliran Mujaddid. Konsepsinya tentangTauhid atau Kesatuan Ilahi adalah Theistik(28) dan berkaitan dengan keshufian diatelah bertindak lebih jauh dan dengan jelasnya telah mengumumkan keshufianadalah tidak lebih daripada satu cara menyucikan jiwa dan akhlak-akhlak-sesuatuyang tersirat di dalam ajaran-ajaran Mujaddid, tetapi telah tidak sampai kepadakesedaran yang jelas. Kemudian, Sir Muhammad Iqbal(29) pula telah membantahPara Shufi Wahdatul-Wujud, serta memperbaharui Ruh Akhlak Islam dan telah

    mendakwahkan kehidupan berdasarkan usaha dan ikhtiar.

     Ahli Hadits: Orang-orang yang mengikuti hanya Hadits atau kata-kata dan perbuatan-perbuatan

    Nabi dan tidak Mazhab Fiqh atau Tawhid Mujtahid Islam. Semua pengumpul besar Hadits benar-benar berasal dari aliran pemikiran ini. Tetapi ia menjadi Mazhab di tangan ‘Abdul Wahhab dariNajd (m.1201H) dan meletakkan tapaknya di India melalui pengikutnya Syah Sayyid Ahmad Barelwi(m.1246H) dan Ketua Leftenan beliau Syah Isma’il Syahid (m.1246H). Ahli Quran: Orang-orang yanghanya mengikut Al-Quran dan menolak Hadits bersama-sama dengan Fiqh atau ‘Ulama juga.   Sir Sayyid Ahmad Khan (1232-1315H) muncul daripada keluarga yang berkaitan dengan

    Mahkamah Delhi. Kejatuhan Empayar Mughal pada tahun 1857M membuatnya berfikir dan dia telah

    membuat kerja pembaharuan orang-orang Islam di India. Akhirnya pada tahun 1875M beliaumengasaskan Universiti Islam Aligarh. Sir Sayyid, seperti kebiasaannya beliau dipanggil, telahmengenakan pengaruh yang besar, sesungguhnya terdapat hampir tidak ada pergerakan Agamaterpenting seperti politik, sosial, pendidikan dan kesusasteraan di kalangan orang-orang Islam Indiayang secara langsung atau tidak adalah berkait dengan beliau.  Sir Maulawi ‘Abdullah Chakralwi (m.1334H). Dia adalah seorang ‘Ulama besar dalam bidang Al-

    Quran, dan di permulaan abad era Kristian beliau telah mengasaskan Mazhab Ahli Quran. Beliaumenegaskan bahawa Al-Quran sahaja sumber asli untuk semua pegangan Islam, dan Qiyas, Ijma’ataupun Hadis tidak ada hak menghukum.  Theistik: Kepercayaan bahawa hanya ada satu Tuhan sebagai Pencipta dan Pentadbir alam.  

      Sir Muhammad Iqbal (1294-1357H) adalah seorang penyair yang hebat, ahli falsafah dan

    cendekiawan. Sejak beliau menulis Asrar-i-Khudi kira-kira 1333H, beliau menjadi satu kuasa yang

    mengubah pemikiran Islam dalam politik dan moral. Beliau telah menyerang fahaman Keshufianyang mengajarkan Fana dan menggantikan Khudi atau ikrar diri pada tempatnya. Beliau turutmembantah Wahdatul-Wujud atau Kesatuan Wujud. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    17/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    17 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Kini, Tawhid adalah permasaalahan yang mana Mujaddid telah meletakkanpenekanan yang utama dan telah membuat sumbangan yang besar dan tulin.Dengan demikian, dia telah melemahkan keseluruhan struktur keshufian padaprinsip dasarnya, iaitu Panteisme Kesatuan Wujudnya. Ianya adalah daripendasaran Mujaddid ini yang daku telah pilih sebagai tema disertasi ini.

    Disertasi ini telah dibahagikan kepada empat bahagian:

    1.   Pengenalan - membina bentuk-bentuk kekaburan Prinsip Kesatuan ‘Alamyang telah dihasilkan oleh Spekulatif(30) dan Kesedaran Agama di dalamperbezaan-perbezaan mereka dan menunjukkan bagaimana perbezaan-perbezaan tersebut cenderung untuk diluputkan dalam Kesedaran Keshufian.

     2. 

    Bab I  - menerangkan pendasaran Tawhid Mujaddid berbanding dengan, danbantahan terhadap pendasaran Panteistik Ibnu ‘Arabi.

    3. 

    Bab II  - mengesan bagaimana pendasaran Tawhid Mujaddid telah diterima di

    kalangan Para Shufi Islam. 

     4. 

     Kesimpulan - akan menjelaskan bahawa pendasaran Tawhid Panteistik atauKesatuan Wujud merupakan suatu kejadian perubahan dari Kesatuan Agamakepada Kesatuan Spekulatif, atau dengan kata lain kes pengenalan di antarakedua-dua kesatuan bahawa pendasaran Tawhid Mujaddid adalah selarasdengan kesedaran Agama dan beberapa usaha yang telah dibuat olehpengganti-pengganti Mujaddid untuk menegaskan lagi pendasaran TawhidPanteistik Kesatuan Wujud telah tidak berdasarkan kepada pengalamansecara langsung mahupun alasan-alasan rasional yang kukuh. 

     Spekulatif: Ahli Filsafat yang berfikir cara sistematik mengenai segala hal yang ada dan berharap

    melihat suatu hal secara keseluruhan. Berharap untuk mengerti bagaimana semua hal yang berbeza

    yang ditemukan secara bersamaan akan menghasilkan sesuatu yang sangat berarti secarakeseluruhan. Singkatnya, Filsafat Spekulatif adalah suatu usaha untuk menemukan hubungan darikeseluruhan aspek daripada fikiran dan pengalaman. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    18/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    18 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    PengenalanPrinsip Kesatuan Alam

    anusia mengambil sikap-sikap yang berbeza terhadap matlamat-matlamat pengalamannya. Sikap-sikap ini dipanggil pelbagaibentuk kesedaran. Teori Kesedaran adalah sikap yang akan dibawa

    oleh manusia ke arah objek-objek alam agar memperoleh pengetahuan tentangnya,dan Epistemologi(31) atau Logik adalah sains yang mengkaji sifat semulajadi dankesan-kesan kesedaran ini. Kesedaran moral adalah sikap yang lain yang dibawaseseorang, dia akan membawanya ke arah kemanusiaan; dan Etika(32) atau FalsafahMoral adalah ilmu sains yang menangani hukum-hukum yang timbul dalam bidangini dan kesan-kesan yang terhasil daripadanya. Begitu juga Kesedaran Agamaadalah sikap yang dibawa seseorang itu ke arah kebenaran Haqiqi; dan Theistik atauFalsafah Agama merupakan cabang ilmu yang mengkaji sifat semulajadi dan kesan-kesan kesedaran ini.

    Pelbagai bentuk kesedaran tersebut mempunyai batas-batas yang tetap, danmereka hanya sah dalam batas-batasnya. Tetapi terdapat kes-kes di mana pelbagaibentuk kesedaran tersebut kelihatan bertindih atau bercanggah di antara satu samalain. Adalah bagi Ilmu Falsafah untuk mempertimbangkan batas-batas bagi pelbagaibentuk ini dengan maksud untuk mengelakkan pertindihan dan percanggahanmereka, dan untuk mengesan kesalahan yang terkandung di dalamnya. Tambahan,ia perlu menentukan kemunasabahan bagi setiap yang sah. Prinsip Kesatuan Alamadalah satu kes dari jenis ini. Teori dan Kesedaran Agama seolah-olah bertindih

    berkenaan perkara ini. Teori atau Kesedaran spekulatif, seperti dinyatakan di atas,merupakan sikap pengetahuan manusia. Ia mempunyai satu pengetahuan yangsempurna. Ia berhasrat untuk merealisasikan kesempurnaan itu. Kesempurnaan iniberarah kepada memiliki gambaran kesatuan alam semesta. Ianya terdiri darimencari satu dasar kesatuan, yang darinya boleh timbul kesemua kemajmukan alamini, darinya semua kemajmukan akan dapat dideduksikan(33).

    Bertitik tolak dari dua kebenaran yang tidak disangsikan dan di atas dasar itumenyimpulkan kebenaran yang ketiga. Nyata bahawa deduksi terlepas daripengetahuan inderawi. Itulah sebabnya Aristoteles menganggap deduksi adalahsebagai jalan sempurna menuju pengetahuan baru. Sebagai contoh, semua manusiaakan mati; Raja adalah seorang manusia; dari sebab itu Raja akan mati. Kesatuantersebut telah berlegar di dalam pemikiran setiap Ahli Metafizik. Hasrat merekabegitu hebat hingga menyebabkan Kesedaran Spekulatif tidak sabar-sabarcenderung untuk maju dan seterusnya mengakui kewujudan kesatuan ini;

      Epistemologi adalah teori atau ilmu pengetahuan tentang cara dan dasar-dasar pengetahuan,

    khususnya yang berhubungan dengan batas-batas pengetahuan dan sejauh mana ketepatan dankecermatan suatu alat ukur dalam melakukan fungsi ukurnya atau sah berlakunya pengetahuan itu.   Etika, adalah cabang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku atau perbuatan manusia

    dalam hubungannya yang baik atau buruk.  Deduksi adalah sebuah jalan pemikiran yang menggunakan argumen-argumen deduktif untukberalih dari andaian-andaian yang ada, yang dianggap benar, kepada kesimpulan-kesimpulan, yang

    mestinya benar apabila andaian-andaiannya benar. 

    M   

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    19/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    19 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    sememangnya ia masih akan maju dengan lebih jauh lagi dan menggapai intipatinya juga. Usaha-usaha yang telah dibuat ke arah ini mempunyai pelbagai bentuk hasildari pelbagai kecenderungan pemikir yang telah mencuba untuk memutuskankesatuan ini.

    Para pemikir Empirik(34)

      bermula dari pengalaman objek-objek, iaitukemajmukannya. Mereka ingin mencari sebahagian objek empirikal yang bolehdigunakan sebagai prinsip kesatuan bagi membentuk dasar semua kewujudan.Thales mencari kesatuan sebenar ini dalam “Air”, yang beliau dapatkan untukmenjadi prinsip segala sesuatu. Anaximander menemui ia dalam “Sesuatu yangtidak terbatas”. Anaximenes dalam “Udara”. Democritus menemui kesatuan disesuatu yang sangat kecil yang tidak terlihat iaitu “Al-Jawhar Al-Fard” yang berertiAtom. Sekolah Empirisme Inggeris menemui ia dalam “Idea dan pengalamanpancaindera”. Setiap satu daripada mereka cuba untuk menunjukkan bahawaintipati benda-benda terdiri dalam Entiti–entiti(35) tersebut. Kini, Entiti–entiti butiran

    tersebut, apabila diambil sebagai dasar-dasar kesatuan, sebenarnya hanya konsep–konsep. Setiap satu daripada percubaan ini sebenarnya adalah satu percubaan untukmemadu kesatuan sebagai satu dasar yang darinya kepelbagaian dapatdideduksikan secara logik. Kesatuan dalam setiap kes bukan sesuatu yangmelampaui Wujud dan lebih darinya, dan selain dari kemajmukan yang dideduksidarinya, tetapi hanya sebagai idea umum atau konsep. Para pemikir Rasionalis (36)

    berpegang dengan pendapat tersebut dan mengatakan Wujud pada dasarnya satu;atau pendapat tersebut adalah Haqiqat semua kewujudan. Mereka mencari satudasar kesatuan khususnya di dalam satu konsep atau satu sistem konsep-konsepyang darinya segala-galanya boleh dideduksikan secara logik.

    Parmanides mendapati bahawa konsep tersebut adalah “Yang Ada”; Platomendapatinya dalam “Idea-idea” atau “Idea yang baik”; Aristotle dalam ketulenan“Bentuk ‘. Spinoza merujuk “Jirim” sebagai konsep tersebut, dan Hegel dengan“Idea Mutlak” yang menyerap keseluruhan kategori sistem dengan sendirinya.Kedua-dua kecenderungan tersebut bersetuju dalam mengandaikan bahawaterdapat beberapa prinsip kesatuan dan bahawa perkara-perkara akan dapatdideduksi dari prinsip tersebut. Tetapi Falsafah Kritikal(37) menyangkalnya. Kant

     Pemikir Empirik adalah pencari kebenaran melalui pembuktian-pembuktian inderawi. Kebenaran

    belum dapat dikatakan kebenaran apabila tidak boleh dibuktikan secara inderawi, iaitu dilihat,didengar dan dirasa.Pemikir ini muncul kerana tidak berpuas hati dengan keunggulan akal.  Entiti–entiti: Sesuatu yang benar-benar wujud dengan sendirinya. 

     Rasionalis: adalah pencari kebenaran yang ditentukan melalui pembuktian,logika dan analisa yang

    berdasarkan fakta. Fahaman ini menjadi salah satu bahagian dari pencerahan di mana timbulperlawanan terhadap gereja yang menyebar ajaran dengan dogma-dogma yang tidak dapat diterimaoleh logika. Fahaman ini sangan menjujung tinggi akal sebagai sumber dari segala kebenaran. Segalasesuatu harus diukur dan dinilai berdasarkan logika yang jelas. Titik tolaknya pandangan inididasarkan kepada logika Matematik.  Falsafah kritikal: Pendekatan Kant kepada falsafah yang membezakan di antara perspektif yang

    berlainan dan kemudian menggunakan perbezaan itu untuk menyelesaikan pertikaian yang tidakdapat diselesaikan. Pendekatan Kritikal tidak semata-mata negatif, tetapi adalah suatu percubaan

    untuk mengadili sesuatu pertengkaran dengan menunjukkan cara-cara di mana kedua-dua pihakmempunyai ukuran yang sah, setelah perspektif mereka difahami dengan betul. Sistem FalsafahKritikal Kant menekankan kepentingan menyelidiki struktur dan had-had alasan itu sendiri. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    20/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    20 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    menghasilkan kesimpulan bahawa Kesatuan adalah hanya satu Idea Regulatif(38).Kita tidak boleh mengesahkan objektifnya dan kita tidak boleh mempertahankanbahawa pada dasarnya alam adalah satu. Sebagai satu “Idea Regulatif”, ianya hanyamembantu percubaan kita untuk membina satu sistem pengetahuan seragam, danoleh kerananya kita harus membuat percubaan selepas percubaan untuk menemuisatu hokum yang darinya semua hukum-hukum lain dapat dideduksikan atau dapatmenunjukan kelaziman yang berlaku; walaupun kita tahu bahawa selamanya kitatidak akan berjaya dalam percubaan ini. Sebaliknya satu dasar kesatuan adalahtonggak bagi kesedaran Agama. Kesedaran Agama ialah sikap seseorang manusiayang dibawanya menuju Kebenaran Haqiqi. Tetapi bagaimana Kesedaran Agamamelahirkan dasar ini? Sekarang, apa pula kedudukannya di sisi Agama? Manusiamendapati dirinya menempuh berbagai halangan yang tidak dapat diatasi di dalamperjalanan hidupnya. Pada satu sisinya dia berdiri dengan naluri semula jadinyamemburu keharmonian dengan realiti, memburu kesempurnaan moral dankebahagiaan, memburu pengetahuan dan memburu keindahan. Di sisi yang lainberdirinya alam semesta, bukan kepalang gelap dan kejam, penuh dosa dankeburukan, tidak mahu tunduk untuk berdamai dengan moralnya dan kehendakBatiniah, dan tidak mahu tunduk kepada tuntutan jiwanya. Dia mendapati dirinyatidak berdaya, putus-asa. Mesti ada satu kewujudan yang ada Kuasa, beserta adaKehendak untuk membantunya, jika dia ingin diselamatkan. Maka, ia adalahKesedaran Agama yang mengesahkan adanya kewujudan Zat tersebut. Dia yangboleh membantu dirinya di dalam kehendak nalurinya dan boleh memimpinnya ke

     jalan betul. Dia adalah Rabb atau Yang Maha Memelihara, dan Ar-Razzaq atau YangMaha Merezekikan; dan Dia adalah Ar-Rahman atau Yang Maha Pemurah untukDia memenuhi kehendak naluri dirinya. Dia adalah Al-Hadi atau Yang MahaPemberi Petunjuk, untuk memberi petunjuk kepadanya ke jalan lurus; dan Diaadalah Al-Ghafur Ar-Rahim atau Yang Maha Pegampun dan Yang MahaPenyayang, yang boleh memberinya keampunan dari beban yang tidak tertanggungdaripada dosanya dan sifatnya sebagai pendosa. Tetapi Dia boleh benar-benarmembantunya hanya sekiranya Dia mengetahui semua bukti yang nyata atautersembunyi, yang telah lalu atau masa hadapan. Oleh itu, Dia adalah As-Sami’ Al-Bashir atau Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Melihat, dan ‘Aalimul-GhaibiWasy-Syahadah atau Yang Maha Mengetahui Yang Tersembunyi atau Yang Nyata.Selanjutnya Dia mesti mempunyai Kuasa untuk melakukan apa-apa yang DiaKehendaki; Dia adalah Al-Qadir atau Yang Maha Kuasa dan  Fa’’aalul-Lima Yurid, Yang Maha Kuasa Melakukan Segala Yang Dia Kehendaki, Yang Maha Berkuasa.Tetapi Kuasa tersebut hanya dimiliki jika Dia adalah Pencipta alam dan manusia.Oleh itu, Dia adalah Al-Khaliq dan Al-Bari atau Pencipta. Lebih-lebih lagi Dia mestimempunyai Kehendak Yang Agung untuk menunjukan KesempurnaanNya; Diaadalah Dzul-Fadhlil-‘Azhim,  Yang Maha Melimpah RahmatNya. Maka, wajibKesempurnaan bagi DiriNya, Dia adalah Al-Quddus atau Yang Maha Suci.PertolonganNya adalah RahmatNya. Manusia tidak boleh menuntutNya sebagaihaknya.

     

    Idea Regulatif: menyediakan garis panduan penting untuk bagaimana pengetahuan bolehdigunakan, namun tidak secara sendirinya memainkan peranan asas dalam membentuk pengetahuanitu.

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    21/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    21 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Apabila manusia menyedari dirinya tiada daya upaya dan menyedariKekuasaan Zat tersebut, dia akan dibelenggu dengan kegerunan dan ketaatan, sertamemohon kepadaNya untuk bantuan dan bimbingan. Dia adalah Ma’bud atau YangDiibadatkan, dan Mujibud-Da’wat atau Pemakbul Doa manusia. Kesan selanjutnyayang menyelubungi kesedaran Agama, merujuk kepada keagungan kewujudantersebut dan keunggulan hak pengabdian kepadaNya, adalah bahawasanya Diaadalah Satu, Dia adalah Ahad atau Yang Esa, dan Ash-Shamad atau Yang MahaTertumpu Segala Sesuatu KepadaNya, Yang Kaya tidak memerlukan apa-apa dankepadaNyalah kembali sesiapa yang memerlukan pertolongan dalam setiapkeperluan. Ini semua adalah Shifat-shifat bagi kesatuan tersebut yang disahkan olehkesedaran Agama yang berhubungan dengan kita, dan yang kita faham dan tahu.

    Tetapi pada DiriNya secara keseluruhan dan Zat DiriNya, kita tidak dapatmemahamiNya, dengan pengertian mereka tidak mengetahuiNya; juga tidakmelalui kiasan, bagi ZatNya tiada sesuatu menyamaiNya:  Laitsa Kamtslihi Syaiun

    Wahuwa As-Sami’ul-Bashir,  “Tiada sesuatu semisal denganNya Dan Dia MahaMendengar Dan Maha Melihat. Dengan serba sedikit ilmu berkenaan denganNya,kesedaran Agama telah dipenuhi. Kini, ia adalah amat penting untuk menyedariperbezaan yang wujud di antara kedua-dua kesatuan ini, Spekulatif dan Agama. Didalam dua keadaan tersebut kita akan nampak bahawa:

    Pertamanya, Kesatuan Spekulatif adalah tidak Kualitatif(39), manakalaKesatuan Agama harus menjadi Kualitatif, iaitu sifat yang tertentu. Para PemikirEmpirikal mencari dasar kesatuan dalam “Air, dalam “sesuatu yang tidak terbatas”,dalam “Udara”, dalam “Atom”, dalam “Idea”, dalam “Pengalaman pancaindera”,dan dalam beberapa “Entiti Wujud”. Para Rasionalis pula menemukannya di dalam

    “Yang Ada”, dalam “Idea Kebaikan”, dalam “Bentuk", dalam “Maddah”, “Hayula”,“Jirim”, dalam “Idea Mutlak”dan dalam beberapa konsep. Ahli Falsafah Kritikalpula mencarinya dalam “Hukum Mujarad Abstrak”. Ini menunjukkan bahawakesedaran Spekulatif sebenarnya tidak peduli kepada sifat kesatuan. Ianya memadai

     jika kesatuan pengetahuan yang sempurna difahami. Semuanya adalah samakepadanya, sama ada kesatuan itu adalah air atau udara, atom atau idea, benda ataufikiran, sedar atau tidak sedar, mekanikal atau Teleologikal(40), ia boleh jadi apa-apa

     jua kualiti, atau ianya boleh jadi tanpa suatu kualiti pun. Satu-satunya kualiti yangia perlu punyai adalah daripadanya kepelbagaian dapat dideduksikan secara logik.Kesedaran spekulatif tiada kecenderungan langsung kepada satu kesatuan sahaja. Ia

    boleh menjadi satu dalam angka atau boleh jadi banyak. Tetapi kesedaran agamaadalah betul-betul dengan sepenuh hati menepati sifat kesatuan. Kesatuan itumestilah Rabb dan Ar-Razzaq, iaitu Pemelihara dan Yang Merezekikan, dan Diamesti Ar-Rahman atau Yang Maha Pemurah; lagi Dia mesti Al-Ghafur Ar-Rahimatau Yang Maha Pengampun lagi Yang Maha Pengasih dan Dia mesti Al-Hadi atau

     Kualitatif: Kualitatif digunakan untuk menjangkakan sikap sama ada pro atau kontra terhadap

    sesuatu maklumat dalam mencari struktur dalam pemikiran. Kualitatif melibatkan perangkaan.  Teleologikal: Perkataan Teleologi berasal daripada perkataan Yunani telos bermaksud akhir

    atau tujuan dan logos bermaksud kajian. Teori ini melihat baik atau buruknya sesuatu tindakan

    berdasarkan hasil atau kesan perbuatan tersebut. Pelbagai dimensi teleologi seperti mana Platomelihat perbuatan itu baik jika diakhir perbuatan terhasil kebaikan.

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    22/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    22 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    Yang Maha Memberi Petunjuk. Selain itu, Dia mesti ‘Aalimul-Ghaibi Wasy-Syahadah  atau Yang Maha Mengetahui Yang Tersembunyi atau Yang Nyata, danDia seterusnya mesti  Fa’’aalul Lima Yurid   atau Yang Maha Kuasa MelakukanSegala Yang Dia Kehendaki. Dia mesti seterusnya menjadi Al-Khaliq dan Al-Bariatau Pencipta Alam Semesta dan Al-Quddus atau Yang Maha Suci, dan Dzul-Fadhzlatau Yang Melimpah RahmatNya. Dan lebih-lebih lagi, Dia mesti mempunyai hakkekhususan pengabdian kepada DiriNya daripada manusia, iaitu Dia mestilah satu-satunya Ma’bud atau Yang Diibadatkan; dan Dia mesti Satu atau Ahad.Sesungguhnya kesedaran Agama begitu cenderung ke atas shifat kesatuan tersebutsehingga ia menuntut keesaan bagi kesatuan itu hanya kerana Shifat-shifatNya. Iaadalah sebaliknya, shifat-shifat yang menuntut kesatuan yang dipersoalkan untukmenjadi satu, dan kemudian sahaja ia dengan sendirinya memberi kepuasan untuksesuatu yang ianya telah didalilkan.

    Kedua, Kesatuan Spekulatif secara semula jadi mesti Tasybih sebaliknya

    Kesatuan Agama mestilah Tanzih. Bahawa Kesatuan Spekulatif tersebut adalahTasybih bermakna bahawa ia tidak wujud melampau atas kepelbagaian tetapi hanyadalam kepelbagaian yang sesungguhnya hanyalah satu bentuk danpengubahsuaiannya. Difikirkan secara Empirikal, kesatuan adalah beberapakewujudan makhluk, misalnya, “udara”, “perkara yang belum ditentukan” dan“atom”. Kesatuan di sini adalah konsep semata-mata. Ia tidak wujud melampauidan di atas benda-benda yang telah ada. Ianya telah tenat dalam letusannya.Dibayangi cara rasionalistik pula, ia terbukti sebagai konsep mujarad abstrak,contohnya, “Yang Ada” sebagai konsep Parmenides. Ia hanya wujud di dalamkonsep dan tiada kewujudan sendiri. Ia menjadi nyata hanya dalam benda-benda,

    kerana dikandungi benda-benda sebagai misal-misalnya. Walaupun berfikiransecara kritikal, kesatuan hanya dasar sesuatu konsep, satu hukum. Oleh itu ia adalahMujarad Abstrak; ia tidak mempunyai kewujudannya yang tersendiri, dan ia hanyawujud dalam kegunaan-kegunaannya. Oleh itu kesatuan bentuk spekulatif dalamketiga-tiga jenis tersebut adalah seperti tiada apa-apa selain dari kesatuan dariKonsep Mujarad Abstrak; tiada satu pun kes ianya adalah kesatuan kewujudansesuatu. Konsep ini bagaimanapun sama ada tidak mempunyai apa-apa kewujudansama sekali, iaitu dalam pengertian kata wujud; atau jika ia mempunyai sesuatukewujudan, ia lupus di dalam kewujudan misal bagi yang diterapkannya. Oleh ituKesatuan yang Spekulatif, jika ia wujud sama sekali, semestinya ia Imanen(41).

    Sebaliknya, Kesatuan Agama mesti terpisah, Mujarrad dan Transenden(42). Ia harusmelampaui dan di atas alam dan manusia. Ia mestilah menyeluruh dan selainnya.Kerana manusia yang kecewa di tengah-tengah halangan-halangan yang berasaldari sifatnya sendiri dan yang berasal dari alam disekelilingnya, menuntut bantuanharus datang dari satu sumber yang lain daripada sumber kesusahan yangdialaminya serta yang mempunyai kawalan penuh ke atas seluruh alam manusiadan selainnya. Sesungguhnya pertolongan dari sumber yang melampaui dan di atas

     Imanen: Pemikiran tentang sesuatu di dalam ‘alam semesta yang boleh difahami dan tak terpisah

    dengan ‘alam.(Tashbih) 

      Transenden: Pemikiran tentang sesuatu yang melampaui alam semesta, melampaui pemikiran,

    tidak tebatas dan mustahil difahami. (Tanzih) 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    23/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    23 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    alam adalah maksud bagi kesedaran Agama mendalilkan kewujudan Zat tersebut.Itulah sebabnya Kesatuan Agama adalah semestinya melampaui segalanya.

    Ketiga, Kesatuan Spekulatif semestinya Monistik(43), manakala KesatuanAgama adalah Dualistik(44). Sehubungan dengan Imanen dan Transenden yang telah

    secara umum dibicara di atas, Kesatuan Spekulatif tidak mempunyai kewujudanyang lebih dan di atas kemajmukan. Ini adalah Monisme; baginya bermaksud YangSatu dan yang banyak tiada wujud berasingan. Namun ia bermaksud lebih daripadaitu; ia bermaksud hanya Yang Satu wujud, dan bahawa yang banyak tidakmempunyai kewujudan di sisi Yang Satu. Kini, Kesatuan Spekulatif adalah bersifatseperti ini; bagi Kesedaran Spekulatif muncul untuk menggambarkan alam adalahsatu atau sebagai pembezaan bagi Yang Satu (perubahan dari Yang Satu ke banyak).Setakat ini ia adalah Monisme Kualitatif(45). Tetapi pada peringkat tertentuKesedaran Spekulatif tidak berpuas hati dengan semata-mata Monisme Kualitatif; ia

     juga akan bertukar ke Monisme Kuantitatif(46). Yang Haqq adalah satu, tunggal,

    individu, Ia adalah satu. Pada peringkat itu kesatuan akan difahami sama ada secarakeseluruhan atau sebagai satu jirim atau sebagai satu Ruh. Tetapi keseluruhan itu,satu individu tunggal tidak akan wujud melampaui dan di atas bahagian-bahagiannya, ia hanya pengelola bagi bahagian-bahagian tersebut dan tidak mampuuntuk wujud dengan haknya sendiri. Kedudukan itu kekal sebagai Imanen semata-mata. Kesatuan seterusnya dinaikkan kepada martabat sesuatu jirim. Sekarang yangbanyak hanya menjadi keragaman jirim tersebut, manifestasi-manifestasinya, sifat-sifatnya; mereka tidak ada sebarang kewujudan sendiri. Apabila kesatuan difahami,tidak semata-mata sebagai jirim tetapi sebagai Ruh, ia adalah Ruh Yang TidakTerbatas; dan Ruh-ruh yang terbatas dianggap jumlah yang serupa dengannya.

    Mereka tidak ada sebarang kewujudan mereka sendiri; manakala dunia materialistiktelah difahami sama ada sebagai tidak nyata, atau bersama-sama dengan Ruh-ruhyang terbatas sebagai hasil pembiakan semula atau kewujudan semula Ruh YangTidak Terbatas itu sendiri. Tetapi, Kesatuan Agama mesti menjadi keperluanDualistik. Untuk keadaan ini yang telah menimbulkan pembuktian kewujudan ZatIlahi, ialah tatkala manusia itu kecewa terhadap dirinya dan sifat dunia. Tiada satupun daripada mereka yang mampu memberi apa-apa bantuan kepadanya sewaktukesusahan. Dia percaya akan kewujudan Zat Yang Maha Ghaib. Untukmenghasilkan keharmonian denganNya sahaja akan membolehkan dirinya untukmenyedari hasrat-hasrat dirinya. Ini menunjukkan bahawa Tuhan berada pada satu

    pihak, dan alam semesta dan manusia pada pihak yang lain, semulajadinya mestilahberbeza pada dasarnya. Satu Yang Maha Sempurna, sementara yang satu lagi tidaksempurna. Kedua-duanya wujud, mereka wujud sangat hampir. Satu adalah lain

      Monistik: Atau Keesaan Wujud iaitu hanya ada satu wujud dan tiada sesuatu yang wujud

    disampingnya.  Dualistik: Dua wujud iaitu Khaliq dan Makhluq 

     Monisme Kualitatif: Satu pandangan yang menganggap bahawa kenyataan kenyataan terbentuk

    hanya dari satu jenis objek.Misalnya dalam pandangan Materialisme kenyataan hanya terdiri atasbahan; dalam pandangan Idealisme dari idea-idea.  Monisme Kuantitatif: Satu pandangan yang menganggap bahawa kenyataan adalah ‘satu’, suatukesuluruhan yang terpadu di mana segala sesuatu yang nampak sebagai objek-objek yang terpisah-

    pisah ini disokong dan disatukan. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    24/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    24 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    dari yang satu lagi. Sebaliknya pula, jika Kesatuan Agama dianggap sebagai satukesatuan, ia hanya akan menjadi satu sudut atau perhubungan dari kemajmukantersebut; ia tidak wujud atas haknya sendiri, hanya kemajmukannya akan wujudsebagai haknya sendiri; dan jika ianya dianggap sebagai sesuatu jirim atau Ruh,dunia dan manusia akan dirumuskan sebagai Imanen dan dengan itu padadasarnya, sama denganNya, tidak akan ada ruang untuk manusia menjadi wujudyang berasingan dan sehingga tiada ruang untuk hasrat-hasrat beragama;maksudnya sudah menjadi fakta yang diketahui atau akan semestinya diketahuitanpa susah payah dan apa-apa jenis bantuan dari luar. Sekiranya demikian,memang tiada keperluan kepada agama atau hasrat untuk beragama. Itulahsebabnya Kesedaran Agama tidak boleh Monistik; ia mesti Dualistik, ia mestimenegaskan kewujudan yang tidak sempurna pada satu pihak dan untuk YangMaha Sempurna di pihak yang lain. Ia tidak boleh melenyapkan sama sekali satu,atau yang lain.

    Keempat, Kesatuan Agama mestilah peribadi, manakala Kesatuan Spekulatiftidak perlu peribadi, sesungguhnya ia cenderung untuk tidak melibatkan peribadi.Personaliti menandakan kesedaran; bahkan lebih dari itu, ia menandakan kesedarantentang DiriNya sebagai lebih dan di atas yang lain daripada sesuatu, iaitu seolah-olah menjangkaui mereka. Tetapi kita boleh membayangkan satu Diri yang sedarakan dirinya, akan tetapi ia tidak berhak digelar personaliti sehingga ia dapatmemutuskan tindakannya sendiri telah mengikut prinsip-prinsip moral, iaitumelainkan jika ianya bebas. Sekali lagi, satu Diri seperti itu mungkin benar ada; iaboleh dianggap suci. Tetapi itu tidak cukup; ia kemudiannya akan hanya menjadifahaman “Karma”(47). Kita mahu yang lebih dari itu. Ia harus mampu bukan sahaja

    dari KeadilanNya tetapi juga RahmatNya. Ia adalah Rahmat yang membentuk ciri-ciri perbezaan sesuatu keperibadian. Seseorang yang sentiasa memberi kepada andamalahan tiada memberi balasan kepada anda, akan dianggap oleh anda sebagaiseseorang yang kekurangan unsur-unsur peribadi. Kini, Kesedaran Agama mencarisatu kesatuan yang nyata peribadi. Ia mencari bahawa Tuhan perlu menyedarikeadaan sebenar diriku dan bahawa Dia harus tahu keinginan diriku. Selanjutnya,Dia perlu mempunyai Rahmat dan harus mampu memuaskan keinginan dirikuwalaupun ada kelemahan pada diriku walaupun daku gagal untuk menikmati apayang daku inginkan. Dengan kata lain, Kesatuan Agama mestilah bersifat peribadisepenuhnya. Tidak begitu bagi Kesedaran Spekulatif. Ia tidak berminat dalam

    keperibadian. Ia hanya mahu kesatuan yang sama ada peribadi atau tidak peribadiadalah tidak penting kepadanya. Seperti yang dinyatakan di atas dalammembincangkan ciri keserupaan dan ketidak-serupaan, dan juga Monisme danDualisme, Kesedaran Spekulatif telah melahirkan kesatuannya dengan sebenarsebagai tidak peribadi. Selagi kesatuan hanya satu Kualitatif, isu ini adalah jelas.Tetapi apabila ia menjadi satu Kesatuan Kuantitatif keseluruhannya, jirim, Ruh,

     Karma: menyatakan bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang

    berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknyabergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama. Sekiranya peristiwa pertama berlaku

    bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapatkenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segalasifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah. 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    25/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    25 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    meskipun begitu, kesedaran spekulasi tidak cenderung untuk melahirkan kesatuansebagai bersifat peribadi. Secara keseluruhan, ia boleh menjadi apa-apa jeniskesatuan; sebagai satu jirim ia boleh menjadi apa-apa jirim sahaja. Sesungguhnya, iaadalah, seperti menurut Spinoza dan Schelling, sesuatu yang lain daripadakesedaran diri. Hanya sebagai Ruh, ia kelihatan seperti seseorang. Di sini tugaskepada Agama berfungsi. Walau bagaimanapun, pensifatannya kepada dari jeniskeserupaan kepada Ruh ternyata menjadi kecil; ia kehilangan dirinya dalamtuntutannya, seperti yang terkandung dalam Kesedaran Spekulatif, iaitu untuk cirikeserupaan. Ruh ini bukan lain daripada yang lain-lain, atau tidak ada makhluk punyang selain dari Ruh tersebut. Ini menjadikan kesedaran diri sendiri dalamkeraguan; justeru kaum idealis pun amat cenderung untuk menolak memberikeperibadian kepadanya. Selain dari itu kesedaran spekulatif enggan untukmenganggap kebebasan kepadanya, atau ia akan menafsirkan kebebasan sebagaiserupa dengan keperluan; untuk keperluan sahaja memenuhi kehendak KesedaranSpekulatif, sesungguhnya ia mahukan kesatuan dan keperluan. Dengan keperluantidak akan ada ruang untuk Rahmat. Oleh itu semua unsur-unsur keperibadian telahdibahayakan oleh tuntutan kehendak Kesedaran Spekulatif.

    Kelima, Kesatuan Agama mestilah bebas benar-benar bebas, dan ia mestimengakui manusia bebas berakhlak; manakala Kesatuan Spekulatif sendiri tidaksemesti bebas atau perlu mengakui kebebasan manusia. Kebebasan adalahbermakna, secara positifnya ialah sesuatu objek yang digelar memiliki sifat bebasuntuk menentukan cara kegiatannya sendiri; dan secara negatifnya, bermaknasesuatu objek itu tiada ada kekangan luaran atau desakan dalaman dalamtindakannya. Kesedaran Agama memahami kesatuan itu sebagai satu Zat Yang

    Maha Sempurna. Oleh itu, Dia mesti sempurna dari segi sifatNya, memiliki Rahmatdan Maha Kaya. Natijahnya, shifat sudah semestinya melibatkan kebebasan. SangIlahi, jika Dia adalah sempurna dari segi ShifatNya, Dia mestilah bebas sepenuhnya.Selanjutnya Dia mesti memiliki Rahmat, satu shifat yang sangat pasti dituntut olehKesedaran Agama, Dia mesti memiliki Kebebasan; jika tidak, Rahmat dalam bentuk-bentuknya yang tertentu, seperti Pemurah, Pemberi Rezeki, Petunjuk, Belas Kasihan,Keampunan dan Pahala adalah suatu shifat yang wajib bagiNya, maka Dia akansampai kepada kita dengan tanpa kita menginginkannya, dan seterusnya Dia tidaklayak dinamai Ar-Rahman kerana Dia akan jadi dari sudut pandangan jenis yanglebih rendah daripada Shifat Pemurah yang mampu manusia pamirkan. Selain itu,

    kebebasan adalah syarat bagi Shifat ShamadiyyatNya atau Shifat Tertumpu SegalaSesuatu kepadaNya. Dia tidak berkehendak kepada sesuatu; walaupun berkehendakuntuk mempamirkan sebarang ShifatNya atau PerbuatanNya terhadap makhluklain. Apa yang Dia perbuat untuk manusia, sesungguhnya sama sekali tiadakepentingan untuk DiriNya, dan hatta semata-mata bebas. Dan ada ruang untukkebebasan manusia, kerana manusia itu harus bebas, sekiranya manusia diciptakanolehNya untuk menghasilkan kesempurnaan akhlak dan untuk mendapatkanRahmatNya. Sebaliknya, Kesedaran Spekulatif betul-betul menginginkan kepadakewajiban, ia akan mempunyai satu kesatuan yang darinya semua kepelbagaianboleh dideduksikan dengan setepat-tepatnya. Oleh itu tidak akan ada kebebasan di

    dalam kesatuannya, tidak juga dalam kepelbagaian yang berpunca darikesatuannya. Apabila Kesedaran Spekulatif terkandung kesatuan sebagai objek yang

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    26/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    26 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    wujud, contohnya dalam Materialisme dan lain-lain, kesatuan itu difahami sebagaisatu penyebab, darinya seluruh proses dunia berasal dan berpunca di atas dasar‘Illat Ma’lul sebab akibat Mekanikal(48). Ketika Kesedaran Spekulatif memahamikesatuan sebagai satu konsep rasional, contohnya, konsep monisma Spinoza(49),prinsip yang di atas apa ia bertindak dan di atas apa kepelbagaiannya diperolehiadalah merupakan prinsip asas ‘Ilmu Logik Akibat. Apabila kesedaran spekulasiseolah-olah maju lebih jauh dan menerima kesatuan sebagai Ruh, maka iamempunyai rupa untuk mengesahkan kebebasan dalam kesatuan dan padamanusia. Tetapi kemudian apa yang benar-benar dimaksudkan hanya tanpakekangan luaran, dan kebebasan dikenalpasti dengan keperluan dalaman yangsebenarnya tiada wujud kebebasan.

    Keenam, keabadian adalah satu lagi tumpuan yang terikat bagi KesedaranAgama dan kesatuannya, tetapi tiada sebarang kesan dari sudut pandanganKesatuan Spekulatif. Kesedaran Agama mengingini kesempurnaan iaitu

    kesempurnaan yang kekurangan dalam setiap orang, dan untuk melahirkankesemuanya tidak mungkin dalam tempoh kehidupan yang singkat ini; juga bukandengan ikhtiarnya, melainkan keseluruhan sistem realiti berubah menjadi satusistem baru. Ia adalah untuk sebab ini keabadian beserta kewujudan Zat Ilahi telahdisyaratkan olehnya. Kedua-dua adalah sebenarnya dua fasa yang muncul dari satudan syarat yang sama, yang terdahulu adalah keadaan subjektif dan yangkemudiannya adalah keadaan objektif dari satu kehendak yang sama. Tetapi untukKesedaran Spekulasi kedua-dua syarat ini tidak perlu. Ia tidak peduli satu sifatKualitatif yang jelas bagi kesatuan, dan tidak pula kehidupan Ruh manusia selepasmati. Ini kerana ia bukan minat Kesedaran Spekulasi bahawa kemajmukan, atau

    sebetulnya kesatuan itu perlu mempunyai shifat tertentu. Tumpuan masalahnyauntuk mencari kesatuan itu yang darinya kemajmukan sepertinya dapatdideduksikan. Justeru itu, ianya hanyalah tertumpu kepada percubaan-percubaanuntuk menentukan Kesatuan Spekulatif tersebut dan mengesan kemajmukan yangtumbuh daripadanya dan tidak berminat dengan keabadian Ruh manusia. Merekabukan sahaja tidak berminat tentang keabadian Ruh manusia, malah lebihcenderung untuk menafikannya. Jika kesatuan itu hanya satu Kualitatif sahaja, makaRuh juga adalah satu mod hal sementara dari jirim tersebut. Bahawa ia di dalamsetiap kes adalah pembentukan shifat. Malah apabila ia seolah-olah telah mencapai

      Sebab Akibat Mekanikal: Dapat di jelaskan seperti berikut iaitu kesan 2 objek A=Melancarkan

    Pergerakan, B=Penyerahan Pergerakan dari A. Katakan A bergerak dan menyerahkan pergerakannyakepada B, yang menyebabkan B bertukar kedudukannya disebabkan A. Oleh sebab itu berlaku satupenciptaan pergerakan baru B yang berbeza kedua-duanya dengan pergerakan awal A, akan tetapisecara keseluruhannya berkaitan dengan A. Dengan itu pergerakan B adalah lanjutan ataupenciptaan baru dari pergerakan A. Demikianlah adalah tabiat-tabiat yang wajib ada di dalamkejadian yang digelar “Sebab Akibat Mekanikal” dan berdasarkan inilah kesemua idea-idea SebabAkibat Mekanikal didasarkan.   Konsep Monisma Spinoza: Filsafat Spinoza menyamakan Tuhan dengan alam. Tidak ada beza

    antara Tuhan dan alam. Tuhan bukan merupakan Pencipta, tetapi ia adalah alam itu sendiri. Jadi,pembezaan antara Pencipta dan ciptaan “Allah” dengan “’alam” adalah ilusi. Pendirian ini ialah

    Panteisme. Namun, dalam salah satu tulisannya, Spinoza menyangkal telah mengatakan tentangkesatuan Tuhan itu ada di alam, Dia tidak terpisah dari alam dan alam pun tidak terpisah dariNya,karena tidak ada keterpisahan dari “tanpa kesudahan” (yakni Tuhan).’ 

  • 8/20/2019 Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani

    27/61

    Gagasan Tawhid Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani 

    27 | © 1436H/2015M N a q s y a b a n d i A k a d e m i Q u r a n S u n n a h H a d i t s  

    kehidupan sendiri seperti dalam Idealisme, kehidupannya selepas mati adalahkehidupan ingatannya atau idea dalam Tuhan atau kehidupan unsur yang biasakepada semua Ruh-ruh, iaitu idea umum mereka, dalam setiap kes ia adalahpenyerapan semula ke dalam Tuhan.

    Ketujuhnya, Kesatuan Spekulatif mestilah diketahui secara mutlak, sementaraKesatuan Agama tidak perlu dapat diketahui secara mutlak. Kesatuan Spekulatifmempunyai asalnya dalam hasrat untuk mengetahui realiti kenyataan. KesedaranSpekulatif adalah kesedaran pengetahuan. Ia menganggap bahawa reality padamulanya diketahui oleh manusia. Justeru, apabila para pemikir Empirikal tiba untuktugas Metafizik, mereka memahami reality selaku asasnya jirim, bahan, fizikalsebagai objek langsung dari persepsi dekat atau sebagai perasaan-perasaan danidea-idea, psikik, mental, sekali lagi sebagai sesuatu yang difahami terus padapengamatan mental dan perasaan seseorang. Gambaran alam yang telah terbinadarinya adalah Materialisme atau Idealisme Subjektif. Sekiranya tugas Metafizik(50)

    dilakukan oleh para pemikir Rasionalistik, alam akan difahami sebagai satu sistemkonsep-konsep atau kategori-kategori objek pemikiran yang sepatutnya dan bolehdifahami oleh intelek tanpa ada yang tertinggal. Gambaran alam yang terhasildemikian ialah Idealisme dan lain-lain. Tetapi jika percubaan dibuat secara kritikal,iaitu atas Prinsip Kant, kesatuan itu akan difahami sebagai satu hukum yangdarinya semua hukum-hukum lain boleh diperolehi dengan setepat-tepatnya,hukum yang sekali lagi satu objek Mujarad Abstrak dan difahami sepenuhnya olehfikiran. Namun demikian, bagi Kant ia hanya satu Idea Regulatif dan tiada sebarangobjektif. Dengan demikian, kita melihat ia tidak membezakan apa jenis kesatuanyang diambil sebagai kesatuan alam oleh Kesedaran Spekulatif, ia adalah melalui

    sesuatu yang telah diketahui dan yang boleh diketahui. Tetapi, Kesatuan Agamahanya boleh diketahui sebahagian sahaja, ia tidak semestinya boleh diketahuisepenuhnya, memang ia tidak boleh d