47
(1) LAMPIRAN 1 GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN KHUSUS Kedudukan Semasa Kerajaan mendapati ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran khusus bekerja di luar negara, sedangkan negara menghadapi kekurangan tenaga pekerja sedemikian. Pada masa ini, pendapatan yang dibawa balik daripada luar negara oleh individu adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. Bagi barangan persendirian, kecuali kereta, tidak dikenakan cukai. Sementara itu, status pemastautin tetap tidak diberi kepada suami berkerakyatan asing yang tidak berkemahiran. Bagi isteri berkerakyatan asing, status pemastautin tetap hanya boleh dipohon selepas 5 tahun setelah tinggal di Malaysia. Cadangan Bagi menggalakkan rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran yang diperlukan kembali berkhidmat di Malaysia, galakan berikut adalah dicadangkan: (i) pendapatan yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat ianya dibawa balik dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh tiba di Malaysia; (ii) dua buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import dan cukai jualan dengan syarat kereta tersebut telah didaftarkan atas nama suami/isteri/anak sekurang-kurangnya 6 bulan di negara asal; dan

GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

  • Upload
    vubao

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(1)

LAMPIRAN 1

GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYATMALAYSIA YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN KHUSUS

Kedudukan Semasa

Kerajaan mendapati ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran

khusus bekerja di luar negara, sedangkan negara menghadapi kekurangan

tenaga pekerja sedemikian. Pada masa ini, pendapatan yang dibawa balik

daripada luar negara oleh individu adalah tertakluk kepada cukai pendapatan.

Bagi barangan persendirian, kecuali kereta, tidak dikenakan cukai. Sementara

itu, status pemastautin tetap tidak diberi kepada suami berkerakyatan asing

yang tidak berkemahiran. Bagi isteri berkerakyatan asing, status pemastautin

tetap hanya boleh dipohon selepas 5 tahun setelah tinggal di Malaysia.

Cadangan

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran yang

diperlukan kembali berkhidmat di Malaysia, galakan berikut adalah

dicadangkan:

(i) pendapatan yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai

pendapatan dengan syarat ianya dibawa balik dalam tempoh 2

tahun daripada tarikh tiba di Malaysia;

(ii) dua buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti

import dan cukai jualan dengan syarat kereta tersebut telah

didaftarkan atas nama suami/isteri/anak sekurang-kurangnya 6

bulan di negara asal; dan

Page 2: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(2)

(iii) suami/isteri serta anak-anak kepada rakyat Malaysia tersebut

diberi taraf pemastautin tetap dalam tempoh 6 bulan daripada

tarikh tiba di Malaysia.

Bagi mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran yang

diperlukan, satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001.

Page 3: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(3)

LAMPIRAN 2

GALAKAN BAGI MEMPERLUASKAN AKSES RAKYATKEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, Kerajaan telahpun mengambil beberapa langkah untuk

memperluaskan akses rakyat kepada teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT). Antara langkah-langkah tersebut adalah:

(i) memberi rebat cukai sebanyak RM400 ke atas pembelian sebuah

komputer bagi satu keluarga. Rebat cukai ini dibenarkan 5 tahun

sekali;

(ii) kemudahan pinjaman pembelian komputer untuk kakitangan

Kerajaan diberi sekali sepanjang tempoh perkhidmatan; dan

(iii) pencarum KWSP layak mengeluarkan caruman mereka untuk

membeli komputer bagi kegunaan anak-anak yang berumur 10

tahun ke atas.

Walau bagaimanapun, sumbangan komputer oleh syarikat kepada

pekerjanya adalah dianggap sebagai manfaat berupa barangan (benefit in

kind) bagi penerima yang tertakluk kepada cukai pendapatan. Mengenai

perbelanjaan syarikat bagi pembelian komputer pula, perundangan semasa

tidak menyatakan dengan jelas sama ada boleh atau tidak dibenarkan sebagai

potongan untuk tujuan pengiraan cukai. Di samping itu, sumbangan kepada

projek pembudayaan ICT dalam komuniti tempatan juga tidak jelas sama ada

boleh atau tidak diberi potongan kepada penyumbang.

Page 4: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(4)

Cadangan

Sebagai langkah untuk memperluaskan akses rakyat kepada ICT,

adalah dicadangkan:

(i) pemberian komputer baru oleh syarikat kepada pekerjanya tidak

dianggap sebagai manfaat berupa barangan dan tidak tertakluk

kepada cukai pendapatan. Di samping itu, perbelanjaan syarikat

bagi pembelian komputer dibenarkan potongan untuk tujuan

pengiraan cukai pendapatan;

(ii) sumbangan dalam bentuk tunai dan bukan tunai kepada program

membudayakan ICT dalam komuniti tempatan dibenarkan

sebagai potongan untuk tujuan pengiraan cukai pendapatan;

(iii) pelepasan sehingga had maksimum RM500 setahun diberi

kepada pembayar cukai individu ke atas perbelanjaan membeli

buku termasuk buku teks;

(iv) kakitangan Kerajaan dibenarkan membuat pinjaman bagi

pembelian komputer setiap lima tahun; dan

(v) pencarum KWSP dibenar mengeluarkan wang caruman mereka

untuk membeli komputer bagi kegunaan sendiri.

Galakan (i) dan (ii) berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001 hingga

tahun taksiran 2003, galakan (iii) berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001 dan

galakan (iv) berkuatkuasa pada 28 Oktober 2000.

Page 5: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(5)

LAMPIRAN 3

GALAKAN CUKAI BAGI SYARIKAT MELABURDALAM SYARIKAT TEROKA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, syarikat yang melabur dalam syarikat teroka seperti

syarikat modal teroka (VCC) diberi pengecualian cukai pendapatan

sepenuhnya selama 10 tahun dengan syarat 70% daripada dana syarikat di

laburkan di peringkat start-up, seed capital dan early stage financing.

Cadangan

Bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor yang berisiko tinggi yang

diceburi oleh syarikat teroka, adalah dicadangkan pendapatan berkanun

syarikat yang melabur dalam syarikat teroka yang diluluskan di peringkat start-

up, seed capital dan early stage financing diberi potongan bersamaan dengan

jumlah pelaburannya. Sekiranya syarikat tidak mempunyai pendapatan

berkanun yang mencukupi untuk ditolak jumlah pelaburannya, syarikat

dibenarkan mendapat potongan di tahun-tahun hadapan. Galakan ini adalah

tertakluk kepada syarat pelabur tidak boleh menjual ekuitinya dalam syarikat

teroka sehingga syarikat teroka disenaraikan. Takrif syarikat teroka dan

peringkat pembiayaan adalah sebagaimana dalam garispanduan Suruhanjaya

Sekuriti mengenai galakan VCC.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 6: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(6)

LAMPIRAN 4

GALAKAN TAMBAHAN BAGI PELABURAN SEMULA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, semua syarikat pengilang dan pengeluar bahan

makanan yang digalakkan yang melabur semula dalam aktiviti pembesaran,

pemodenan, pelbagaian dan automasi layak diberikan galakan Elaun

Pelaburan Semula (EPS). Galakan ini adalah merupakan pengecualian cukai

pendapatan berasaskan 60% perbelanjaan modal yang dilakukan dalam

tempoh 5 tahun daripada tarikh perbelanjaan modal pertama dilakukan.

Pengecualian yang boleh dituntut setiap tahun taksiran dihadkan kepada 70%

daripada pendapatan berkanun syarikat kecuali bagi syarikat di kawasan yang

digalakkan, pengecualian setiap tahun taksiran adalah 100% daripada

pendapatan berkanun. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke

tahun berikutnya sehingga keseluruhan elaun digunakan sepenuhnya.

Pelaburan semula selepas 5 tahun tidak layak mendapat EPS.

Cadangan

Bagi menggalakkan syarikat pengilang produk yang digalakkan dan

pengeluar bahan makanan terpilih terus melabur semula, adalah dicadangkan

syarikat diberi galakan Elaun Modal Dipercepatkan selepas menikmati EPS.

Elaun Modal Dipercepatkan ini adalah bagi perbelanjaan modal dihapuskira

dalam tempoh 3 tahun.

Galakan ini hendaklah dituntut daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) dan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikemukakan hendaklah

disertakan dengan surat daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

Page 7: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(7)

(MIDA) yang mengesahkan syarikat mengilang produk atau mengeluarkan

bahan makanan yang digalakkan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 8: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(8)

LAMPIRAN 5

LANJUTAN INSENTIF BAGI KAWASAN DIGALAKKAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, projek pengilangan, pertanian dan pelancongan di

Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menikmati

galakan berikut:

(i) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 85%

daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun berbanding

dengan pengecualian 70% di luar koridor; atau

(ii) Elaun Cukai Pelaburan 80% daripada perbelanjaan modal yang

layak dengan pengecualian tahunan sebanyak 85% daripada

pendapatan berkanun berbanding dengan elaun 60% dengan

pengecualian 70% di luar koridor.

DAN

(iii) Elaun Infrastruktur 100% ke atas perbelanjaan modal berbentuk

infrastruktur seperti pembinaan jambatan, jalan raya atau

pelabuhan.

Galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan di atas akan tamat

pada 31 Disember 2000.

Cadangan

Sebagai langkah untuk meningkatkan pembangunan kawasan di Koridor

Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, adalah

dicadangkan skim galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan seperti di

atas dilanjutkan selama 5 tahun sehingga 31 Disember 2005.

Page 9: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(9)

LAMPIRAN 6

PENAMBAHAN REBATBAGI CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, rebat cukai sebanyak RM110.00 bagi pembayar cukai

dan RM60.00 bagi isteri diberikan kepada individu yang berada dalam

kumpulan pendapatan bercukai RM10,000 dan ke bawah.

Cadangan

Sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan

selanjutnya merangsang penggunaan, adalah dicadangkan kadar rebat

dinaikkan kepada RM350.00 bagi pembayar cukai dan RM350.00 bagi isteri.

Kumpulan pendapatan bercukai yang layak mendapat rebat ini juga

diperluaskan untuk meliputi kumpulan pendapatan bercukai sehingga

RM35,000.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 10: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(10)

LAMPIRAN 7

GALAKAN CUKAI BAGI SEKURITI BERSANDARKAN ASET

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, duti setem dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT)

berkaitan dengan urusniaga bagi menerbitkan sekuriti bersandarkan aset

adalah dikecualikan sehingga 31 Disember 2000.

Cadangan

Bagi memperkukuhkan pasaran bon, adalah dicadangkan urusniaga

berkaitan dengan pengeluaran sekuriti bersandarkan aset dikecualikan terus

daripada dikenakan duti setem dan CKHT.

Page 11: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(11)

LAMPIRAN 8

MENYERAGAMKAN KADAR DUTI SETEMKE ATAS SEMUA URUSNIAGA JUALBELI SAHAM

OLEH PELABUR ASING DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, nota kontrak bagi jualbeli saham oleh pelabur asing di

Bursa Saham Kuala Lumpur melalui syarikat broker saham asing dikenakan

duti setem maksimum RM200. Sebaliknya jika jualbeli saham oleh pelabur

asing dibuat melalui syarikat broker saham tempatan, duti setem yang

dikenakan adalah 0.1% daripada nilai saham.

Cadangan

Bagi memberi layanan yang sama ke atas jualbeli saham oleh pelabur

asing di Bursa Saham Kuala Lumpur, adalah dicadangkan duti setem yang

dikenakan ke atas nota kontrak bagi jualbeli saham oleh pelabur asing sama

ada melalui syarikat broker saham asing atau tempatan diseragamkan kepada

satu kadar iaitu maksimum RM200.

Cadangan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2001.

Page 12: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(12)

LAMPIRAN 9

PENGECUALIAN CUKAI KE ATASALAT GANTI DAN BAHAN GUNAHABIS

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, syarikat pengilangan diberi pengecualian duti import dan

cukai jualan ke atas alat ganti dan bahan gunahabis. Pengecualian ini diberi

sehingga 31 Disember 2000.

Cadangan

Bagi mengurangkan kos kendalian perniagaan dan memandangkan

sebahagian besar alat ganti dan bahan gunahabis masih tidak dapat

dikeluarkan dalam negara, adalah dicadangkan tempoh pengecualian duti

import dan cukai jualan ke atas alat ganti dan bahan gunahabis dilanjutkan.

Pengecualian ini juga diluaskan kepada syarikat perkhidmatan yang

digalakkan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Disember

2003.

Page 13: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(13)

LAMPIRAN 10

MENGURANGKAN KOS PERKHIDMATANPENGANGKUTAN KONTENA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, prime mover dan treler yang digunakan oleh industri

pengangkutan kontena tidak diberi apa-apa pengecualian cukai. Prime mover

tertakluk kepada duti import 30% sementara treler tertakluk kepada duti import

25%. Duti import yang tinggi dikenakan bagi melindungi pengeluar tempatan.

Di samping itu, prime mover dan treler juga adalah tertakluk kepada cukai

jualan sebanyak 10% sama ada bagi yang diimport atau yang dibeli daripada

pengeluar tempatan.

Cadangan

Pengangkutan kontena memainkan peranan yang penting dalam

menyediakan perkhidmatan pengedaran yang cekap dan moden bagi

menyokong sektor pengilangan dan perdagangan. Bagi tujuan mengurangkan

kos operasi, adalah dicadangkan supaya syarikat pengangkutan kontena diberi

pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas prime mover dan treler

dengan syarat jenis prime mover dan treler yang diperlukan tidak dikeluarkan

dalam negara. Bagi pembelian prime mover dan treler daripada pengeluar

tempatan, syarikat pengangkutan kontena diberi pengecualian cukai jualan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2000.

Page 14: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(14)

LAMPIRAN 11

PENGECUALIAN CUKAI KE ATASMESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, sektor perladangan yang sudah tertubuh seperti ladang

getah dan kelapa sawit tidak diberi pengecualian duti import dan cukai jualan

ke atas mesin dan peralatan yang digunakan.

Cadangan

Selaras dengan dasar Kerajaan untuk memodenkan sektor

perladangan, mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan meningkatkan

produktiviti, adalah dicadangkan sektor perladangan diberi pengecualian duti

import dan cukai jualan ke atas mesin dan peralatan yang digunakan. Bagi

yang ada dikeluarkan dalam negara, syarikat diberi pengecualian cukai jualan.

Permohonan pengecualian ini hendaklah dibuat melalui Lembaga Kemajuan

Perindustrian Malaysia (MIDA).

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2000.

Page 15: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(15)

LAMPIRAN 12

GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan penjimatan penggunaan tenaga

tidak diberi apa-apa galakan cukai.

Cadangan

Sebagai langkah untuk membantu syarikat mengurang kos menjalankan

perniagaan serta memulihara alam sekitar, adalah dicadangkan galakan cukai

diberi seperti berikut:

(A) Syarikat yang memberi perkhidmatan penjimatan penggunaan

tenaga:

(i) pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas

pendapatan berkanun selama 5 tahun atau Elaun

Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal

yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah

elaun yang dikurangkan bagi setiap tahun taksiran

dihadkan kepada 70% daripada pendapatan berkanun;

dan

(ii) peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan diberi

pengecualian duti import dan cukai jualan jika tidak

dikeluarkan dalam negara. Bagi peralatan yang dibeli

daripada pengeluar tempatan, diberikan pengecualian

cukai jualan.

Page 16: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(16)

Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Oktober

2000 hingga 31 Disember 2002 dan syarikat dikehendaki melaksanakan

projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh

galakan diluluskan.

(B) Syarikat yang membuat perbelanjaan modal bagi tujuan

penjimatan penggunaan tenaga syarikatnya sendiri:

(i) galakan Elaun Modal Dipercepatkan ke atas peralatan

berkaitan dihapuskira dalam tempoh 3 tahun; dan

(ii) peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan diberi

pengecualian duti import dan cukai jualan, jika tidak

dikeluarkan dalam negara. Bagi peralatan yang dibeli

daripada pengeluar tempatan, diberikan pengecualian

cukai jualan.

Galakan B(i) berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001 dan galakan B(ii)

berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2000.

Page 17: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(17)

LAMPIRAN 13

ELAUN MODAL KE ATAS KENDERAAN BERMOTORPERSENDIRIAN YANG DIGUNAKAN DALAM PERNIAGAAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, perbelanjaan maksimum yang layak dituntut oleh

syarikat sebagai elaun modal ke atas kenderaan bermotor yang tidak

dilesenkan untuk pengangkutan barang atau penumpang secara komersial

(kereta persendirian) adalah sebanyak RM50,000. Kenderaan yang dilesenkan

untuk pengangkutan barang atau penumpang secara komersial seperti lori,

bas, bas mini, van dan teksi diberikan elaun modal mengikut nilai sebenar

pembelian kenderaan tersebut.

Cadangan

Memandangkan jumlah elaun modal kenderaan motor persendirian telah

lama tidak dikaji semula dan bagi membantu mengurangkan kos perniagaan,

adalah dicadangkan jumlah elaun modal ke atas kenderaan bermotor

persendirian dinaikkan kepada RM100,000 dengan syarat kenderaan itu

adalah kenderaan baru dan harga atas jalan (on the road price) tidak melebihi

RM150,000. Bagi pembelian yang tidak mematuhi syarat ini, perbelanjaan

yang layak dituntut sebagai elaun modal dikekalkan pada RM50,000.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001 bagi kereta yang

dibeli pada atau selepas 28 Oktober 2000.

Page 18: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(18)

LAMPIRAN 14

POTONGAN BAGI PERBELANJAAN MENDAPATKANPERSIJILAN HALAL, KUALITI DAN AKREDITASI

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, perbelanjaan untuk mendapatkan persijilan halal, kualiti

dan akreditasi tidak dibenarkan sebagai potongan dalam pengiraan cukai

pendapatan.

Cadangan

Persijilan halal, kualiti dan akreditasi menjadi semakin penting dalam

meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pasaran global. Perbelanjaan

bagi persijilan tersebut amat tinggi. Bagi menggalakkan syarikat tempatan

berusaha mendapatkan persijilan halal, kualiti dan akreditasi, adalah

dicadangkan perbelanjaan bagi mendapatkan persijilan tersebut dibenarkan

sebagai potongan dalam pengiraan cukai pendapatan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 19: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(19)

LAMPIRAN 15

INSENTIF BAGI MEREKABENTUK PEMBUNGKUSAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, perbelanjaan yang layak untuk mendapat galakan

potongan dua kali untuk promosi eksport tidak termasuk perbelanjaan ke atas

bayaran khidmat profesional bagi merekabentuk pembungkusan untuk

menembusi pasaran eksport. Perbelanjaan yang layak adalah seperti berikut:

(i) pengiklanan di luar negeri;

(ii) pembekalan sampel percuma ke luar negeri;

(iii) penyelidikan pasaran eksport;

(iv) penyediaan tender untuk membekalkan barangan ke luar negeri;

(v) penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri;

(vi) barang-barang pameran dan/atau penyertaan dalam pameran

perdagangan atau perindustrian yang diadakan dalam negeri atau

di luar negeri yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI);

(vii) tambang perjalanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atas

urusan perniagaan;

(viii) perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga-

peniaga Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan

perniagaan tertakluk kepada potongan tambahan maksimum

RM200 sehari; dan

(ix) kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi

menggalakkan eksport.

Page 20: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(20)

Cadangan

Memandangkan rekabentuk pembungkusan adalah salah satu ciri

penting yang dapat membantu syarikat menembusi pasaran eksport, adalah

dicadangkan bayaran khidmat profesional bagi merekabentuk pembungkusan

dibenarkan untuk mendapat galakan potongan dua kali tertakluk kepada syarat

mutu barangan tersebut bertaraf eksport dan syarikat menggunakan khidmat

profesional tempatan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 21: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(21)

LAMPIRAN 16

KAJIAN SEMULA KADAR DUTI SETEMKE ATAS PINDAHMILIK HARTA TANAH

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, kadar duti setem ke atas suratcara pindahmilik harta

tanah adalah seperti berikut:-

(i) 1% bagi RM100,000 pertama;

(ii) 2% bagi RM400,000 berikutnya;

(iii) 3% bagi RM1,500,000 berikutnya; dan

(iv) 4% bagi baki selebihnya.

Pengenaan duti setem ini berasaskan nilai urusniaga harta tanah

tersebut atau nilai pasaran semasa, yang mana lebih tinggi.

Cadangan

Kebanyakan harta tanah yang bernilai tinggi digunakan untuk tujuan

perniagaan. Pengurangan kadar duti setem akan dapat mengurangkan kos

menjalankan perniagaan. Dengan yang demikian, adalah dicadangkan kadar

duti setem bagi suratcara pindahmilik harta tanah dikaji semula seperti berikut:

(i) 1% bagi RM100,000 pertama;

(ii) 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan

(iii) 3% bagi baki berikutnya.

Cadangan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2001.

Page 22: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(22)

LAMPIRAN 17

MENYERAGAMKAN KADAR DUTI SETEMKE ATAS INSTRUMEN TERTENTU

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, duti setem spesifik di bawah Jadual Pertama, Akta

Setem 1949 adalah berbeza-beza. Kadar duti setem terendah adalah 15 sen

iaitu bagi cek dan yang tertinggi adalah RM100.00 iaitu bagi Articles of

Association. Kadar duti setem yang berbeza-beza ini merumitkan proses untuk

disetemkan kerana setiap dokumen yang hendak disetemkan itu mestilah

terlebih dahulu diteliti dan dipastikan jenisnya bagi tujuan penentuan amaun

duti yang akan dikenakan.

Cadangan

Bagi membolehkan dokumen-dokumen disetemkan dengan lebih

mudah, cepat dan tepat, adalah dicadangkan kadar duti setem spesifik ke atas

semua jenis dokumen kecuali cek dan Articles of Association di bawah Jadual

Pertama, Akta Setem 1949, diseragamkan kepada satu kadar sahaja iaitu

RM10.00.

Cadangan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2001.

Page 23: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(23)

LAMPIRAN 18

POTONGAN CUKAI KE ATAS SUMBANGAN BAGIMEMBIAYAI PENGUBATAN RAWATAN PENYAKIT SERIUS

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, derma atau sumbangan yang dibuat secara terus oleh

syarikat atau individu bagi membiayai kos rawatan seseorang pesakit yang

mengidapi penyakit serius tidak dibenarkan sebagai potongan dalam pengiraan

cukai pendapatan.

Cadangan

Sebagai usaha untuk menggalakkan syarikat dan individu menderma

kepada pesakit yang kurang berkemampuan mendapat rawatan perubatan

bagi penyakit serius, adalah dicadangkan sumbangan atau derma tersebut

diberi potongan cukai pendapatan dengan syarat sumbangan itu disalurkan

kepada akaun yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 24: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(24)

LAMPIRAN 19

PERLUASAN SKOP PELEPASAN PERUBATAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, pelepasan cukai sehingga had maksimum RM5,000

setahun diberi kepada pembayar cukai individu ke atas perbelanjaan perubatan

bagi diri sendiri, pasangan dan anak yang mengidap penyakit serius iaitu

kanser, serangan jantung, pulmonary hypertension, sakit buah pinggang yang

kronik, sakit hati (liver) yang kronik, fulminant viral hepatitis, kecederaan kepala

akibat kemalangan, tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak, melepuh

dan melecur kerana kebakaran, pemindahan organ utama (seperti buah

pinggang, hati, jantung, paru-paru dan pancreas), penyakit Parkinson,

jangkitan HIV dan AIDS, pemotongan kaki dan/atau tangan.

Cadangan

Sebagai usaha untuk mencegah penyakit dan untuk mempertingkatkan

kesedaran kesihatan, adalah dicadangkan supaya skop pelepasan perubatan

kepada individu sebanyak RM5,000 diperluaskan untuk merangkumi

perbelanjaan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya bagi diri sendiri, pasangan

atau anak tertakluk kepada had RM500 setahun.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 25: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(25)

LAMPIRAN 20

INSENTIF TAMBAHAN BAGI MENGGALAKKANAKTIVITI KITARAN SEMULA SISA BUANGAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan diberi

kepada aktiviti kitaran semula sisa buangan yang mempunyai nilai tambah dan

berteknologi tinggi. Antara aktiviti kitaran semula sisa buangan yang kini diberi

galakan adalah seperti berikut:

(i) kitaran semula sisa buangan pertanian dan by-products

pertanian;

(ii) kitaran semula bahan kimia; dan

(iii) kitaran semula sisa buangan bahan kayu (reconstituted wood

based panel board or products)

Cadangan

Bagi menggalakkan pembangunan industri kitaran semula sisa buangan

yang lebih teratur dengan matlamat untuk memulihara alam sekitar, adalah

dicadangkan syarikat yang ditubuhkan khusus untuk menjalankan aktiviti

kitaran semula sisa buangan diberi galakan berikut:

(i) galakan Elaun Modal Dipercepatkan ke atas mesin dan peralatan

berkaitan supaya perbelanjaan dapat dituntut sepenuhnya dalam

tempoh 3 tahun; dan

Page 26: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(26)

(ii) mesin dan peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan

diberi pengecualian duti import dan cukai jualan jika tidak

dikeluarkan dalam negara. Bagi mesin dan peralatan yang dibeli

daripada pengeluar tempatan, diberikan pengecualian cukai

jualan.

Galakan (i) berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001 dan galakan (ii)

berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2000.

Page 27: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(27)

LAMPIRAN 21

GALAKAN BAGI PENGGUNAAN BIOMASSSEBAGAI SUMBER TENAGA BARU

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, Kerajaan melaksanakan strategi 4 sumber tenaga iaitu

air, minyak, gas dan arang batu dalam menjana tenaga elektrik negara. Bagi

memperluaskan sumber tenaga tersebut, Kerajaan ingin memajukan sumber

tenaga daripada biomass yang merupakan sumber tenaga yang tidak pupus

(renewable energy ) dan mesra alam.

Cadangan

Bagi menggalakkan aktiviti pengeluaran tenaga daripada biomass,

adalah dicadangkan syarikat yang mengeluarkan tenaga dengan

menggunakan biomass sebagai sumber tenaga diberi galakan cukai berikut:

(i) pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas

pendapatan berkanun selama 5 tahun atau Elaun Pelaburan

sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal yang dilakukan

dalam tempoh 5 tahun dengan elaun yang dikurangkan bagi

setiap tahun taksiran dihadkan kepada 70% daripada pendapatan

berkanun; dan

(ii) peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan diberi

pengecualian duti import dan cukai jualan jika tidak dikeluarkan

dalam negara. Bagi peralatan yang dibeli daripada pengeluar

tempatan, diberikan pengecualian cukai jualan.

Page 28: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(28)

Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima mulai 28 Oktober

2000 hingga 31 Disember 2002 dan syarikat dikehendaki melaksanakan

projek berkenaan dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh

galakan diluluskan.

Page 29: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(29)

LAMPIRAN 22

MENAIKKAN KADAR CUKAI JUALAN KE ATAS ROKOKDAN KELUARAN TEMBAKAU DAN MINUMAN KERAS

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, rokok dan minuman keras dikenakan cukai jualan pada

kadar 15%.

Cadangan

Sebagai langkah ke arah membentuk masyarakat yang mengamalkan

gaya hidup sihat dan bagi membanteras gejala sosial akibat ketagihan

merokok dan minuman keras, adalah dicadangkan kadar cukai jualan bagi

rokok dan keluaran tembakau dinaikkan kepada 25% manakala minuman

keras kepada 20% berkuatkuasa pada jam 4.00 petang pada 27 Oktober 2000.

Barangan terlibat adalah seperti berikut:

A. ROKOK DAN KELUARAN TEMBAKAU

KOD TARIF KETERANGAN

24.02

2402.10 000

2402.20 900

2402.90 100 200

Cigars, cheroots, cigarillos and cigarettes, of tobacco or of tobaccosubstitutes.

- Cigars, cheroots and cigarillos, containing tobacco

- Cigarettes containing tobacco: Other

- Other: Cigars, cheroots and cigarillos containing tobacco substitutes

- Cigarettes containing tobacco substitutes

Page 30: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(30)

B. MINUMAN KERAS

KOD TARIF KETERANGAN

21.06

2106.90

490

2203.00 100 900

22.04

2204.10 000

2204.21 100 200

2204.29 100 200

22.05

2205.10 000

2205.90 000

2206.00

100 200 300 400

Food preparations not elsewhere specified or included.

Alcoholic and non-alcoholic compound preparations (other than Those of heading No. 33.02) used for making beverages: other

Beer made from malt: Not exceeding 5.8% vol. Other

Wine of fresh grapes, including fortified wines; grape must other than that of heading No. 20.09.

- Sparkling wine

- Other wine; grape must with fermentation prevented or arrested bythe addition of alcohol:

- - In containers holding 2 litres or less: Wine

Grape must with fermentation prevented or arrested by theaddition of alcohol

- - Other: Wine Grape must with fermentation prevented or arrested by the addition of alcohol

Vermouth and other wine of fresh grapes flavoured with plants oraromatic substances.

- In containers holding 2 litres or less

- Other

Other fermented beverages (for example, cider, perry, mead); mixturesof fermented beverages and mixtures of fermented beverages and non-alcoholic beverages, not elsewhere specified or included: Cider and perry Rice wine (including sake and medicated rice wine) Mead

Wines obtained by the fermentation of fruit juices, other than juice offresh grapes (fig, date or berry wines), or of vegetable juices

Other:

Page 31: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(31)

KOD TARIF KETERANGAN

910 990

22.07

2207.10 000

2207.20 900

22.08

2208.20 100 900

2208.30 000

2208.40 000

2208.50 000

2208.60 000

2208.70 100 900

2208.90 100 200 300

910 990

toddy, bottled or canned other (excluding toddy, not bottled or canned)

- Undenatured ethyl alcohol of an alcoholic strength by volume of 80%vol. or higher; ethyl alcohol and other spirits, denatured, of anystrength

- Undenatured ethyl alcohol of an alcoholic strength by volume 80%vol. or higher

- Ethyl alcohol and other spirits, denatured, of any strength:Other

Undenatured ethyl alcohol of an alcoholic strength by volume of lessthan 80% vol.; spirits, liqueurs and other spirituous beverages.

- Spirits obtained by distilling grape wine or grape marc:Brandy

Other

- Whiskies

- Rum and tafia

- Gin and Geneva

- Vodka

- Liqueurs and cordials: Liqueurs and similar beverages not exceeding 57% vol.

Other

- Other: Samsu (including medicated samsu) Arrack and pineapple spirit Bitters Other spirituous beverages: exceeding 0.5% vol. but not exceeding 1.14% vol. Other

Page 32: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(32)

LAMPIRAN 23

PENGECUALIAN 50% DUTI EKSAISKE ATAS KENDERAAN ORANG CACAT ANGGOTA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, orang cacat anggota tidak diberi pengecualian duti

eksais bagi pembelian kenderaan bermotor. Struktur duti eksais bagi

kenderaan bermotor adalah seperti berikut:

(a) Kereta

Nilai (RM) Kadar Duti Eksais

Tidak melebihi RM7,000 25%

RM7,001 – RM10,000 30%

RM10,001 – RM13,000 35%

RM13,001 – RM20,000 50%

RM20,001 – RM25,000 60%

RM25,001 dan ke atas 65%

(b) Motosikal

Kapasiti Enjin (c.c.) Kadar Duti Eksais

150 dan kebawah 10%

151 – 200 20%

201 – 250 30%

251 – 500 30%

501 – 800 40%

801 dan ke atas 50%

Page 33: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(33)

Cadangan

Bagi membantu meringankan beban kewangan orang cacat anggota

yang ingin memiliki kenderaan untuk memudahkan pergerakan mereka, adalah

dicadangkan pengecualian 50% duti eksais diberi ke atas kereta dan motosikal

nasional tertakluk kepada syarat:

(i) pemohon berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(ii) pemohon memiliki lesen memandu yang sah;

(iii) kenderaan tidak boleh dijual atau ditukarmilik sehingga tamat

tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan;

dan

(iv) pengecualian ini hanya diberikan untuk sebuah kenderaan bagi

setiap 10 tahun.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 28 Oktober 2000.

Page 34: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(34)

LAMPIRAN 24

PENGHAPUSAN CUKAI KE ATASPERALATAN ORANG KURANG UPAYA

Kedudukan Semasa

Kebanyakan peralatan seperti wheelchair, pushbutton aluminium

crutches dan folding walker yang digunakan oleh orang kurang upaya tiada lagi

bercukai. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa peralatan seperti

berikut yang bercukai:

Duti CukaiImport Jualan

Kod Tariff Diskripsi Semasa Semasa

i) 6602.00 900 Walking Stick Nil 10%

ii) 6602.00 900 Aluminium Adjustable Nil 10%Folding Cane

iii) 7615.20 000 Aluminium Commode 25% 5%

iv) 8506.10 100 Battery for hearing aids 5% 10%

Cadangan

Sejajar dengan dasar masyarakat penyayang dan bagi memberi

keselesaan kepada orang kurang upaya, adalah dicadangkan duti import dan

cukai jualan ke atas peralatan tersebut di atas dihapuskan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 4.00 petang 27 Oktober 2000.

Page 35: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(35)

LAMPIRAN 25

MENYAMAKAN LAYANAN CUKAI DI ANTARAPEMBAYAR CUKAI LELAKI DAN WANITA

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, seorang isteri yang suaminya tidak mempunyai apa-apa

pendapatan akan hanya diberi pelepasan diri RM8,000 sahaja jika beliau

ditaksir berasingan. Sebaliknya suami yang mempunyai isteri yang tidak ada

apa-apa pendapatan dan ditaksir atas namanya akan menikmati pelepasan

sebanyak RM11,000 iaitu pelepasan diri RM8,000 dan pelepasan isteri

RM3,000. Walau bagaimanapun, pelepasan sepenuh sebanyak RM11,000

boleh dinikmati oleh suami dan isteri apabila isteri memilih taksiran bersama

atas nama suami yang tidak berpendapatan, iaitu pelepasan diri sebanyak

RM8,000 diberi kepada suami yang tidak berpendapatan sementara isteri

diberi pelepasan isteri RM3,000.

Cadangan

Sebagai langkah untuk menyamakan layanan cukai di kalangan

pembayar cukai individu tanpa membezakan jantina, adalah dicadangkan

supaya seorang isteri yang memilih taksiran atas namanya diberi pelepasan

suami sebanyak RM3,000. Lanjutan daripada itu, peruntukan mengenai

layanan cukai suami isteri adalah dipinda supaya layanan yang sama

diberikan. Antara pindaan tersebut adalah:

(i) membenarkan suami membuat pilihan untuk ditaksir bersama

atas nama isteri dan diberi pelepasan suami; dan

(ii) memberi rebat suami bersamaan dengan jumlah rebat isteri.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 36: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(36)

LAMPIRAN 26

GALAKAN TAMBAHAN BAGIPENGELUARAN BAHAN MAKANAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, beberapa galakan telah disediakan untuk menggalakkan

pengeluaran bahan makanan. Syarikat yang mengeluarkan bahan makanan

layak mendapat galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan di bawah

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 atau elaun modal 100% di bawah Jadual

4A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Cadangan

Sebagai usaha untuk terus meningkatkan pengeluaran bahan makanan,

adalah dicadangkan galakan cukai diberi kepada syarikat yang melabur dalam

syarikat subsidiari yang terlibat dalam pengeluaran bahan makanan dan juga

kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan

makanan tersebut. Galakan cukai yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Pilihan Pertama:

(i) syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang terlibat

dalam pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai

bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat

subsidiari tersebut; DAN

(ii) syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan

makanan diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas

pendapatan berkanun selama 10 tahun bermula dari tahun

pertama syarikat mendapat keuntungan di mana:

Page 37: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(37)

(a) kerugian sebelum bermula tempoh pengecualian cukai

dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh

pengecualian cukai 10 tahun;

(b) kerugian dalam tempoh pengecualian cukai juga

dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh

pengecualian cukai 10 tahun; dan

(c) dividen yang dibayar daripada pendapatan yang

dikecualikan cukai diberi pengecualian di peringkat

pemegang saham.

ATAU

Pilihan Kedua:

(i) syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang terlibat

dalam pengeluaran bahan makanan diberi group relief ke atas

kerugian syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan

makanan bagi tempoh sebelum syarikat pengeluar bahan

makanan tersebut membuat keuntungan; DAN

(ii) syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan

makanan diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100%

ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bermula dari

tahun pertama syarikat mendapat keuntungan dan:

(a) kerugian dalam tempoh pengecualian cukai dibenarkan

dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian cukai

10 tahun; dan

(b) dividen yang dibayar daripada pendapatan yang

dikecualikan cukai dikecualikan di peringkat pemegang

saham.

Page 38: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(38)

Galakan ini diberi dengan syarat:

(i) syarikat yang melabur hendaklah memiliki 100% syarikat yang

menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan tersebut;

(ii) bahan makanan yang layak adalah seperti yang diluluskan oleh

Menteri Kewangan. Sebagai permulaan, bahan makanan yang

diluluskan ialah kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba,

rempah ratus, akuakultur dan daging lembu dan kambing; dan

(iii) projek pengeluaran bahan makanan hendaklah dilaksanakan

dalam tempoh selewat-lewatnya satu tahun daripada tarikh

galakan diluluskan.

Permohonan bagi galakan ini hendaklah dikemukakan kepada

Kementerian Kewangan melalui Kementerian Pertanian sebelum 31 Disember

2003.

Page 39: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(39)

LAMPIRAN 27

INSENTIF BAGI SYARIKAT YANG MENYEDIAKANKEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN BILIK SEJUK

UNTUK KELUARAN BAHAN MAKANAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, tidak ada insentif cukai yang diberikan kepada syarikat

yang menyediakan kemudahan bilik sejuk dan kenderaan yang mempunyai

bilik sejuk dan perkhidmatan berkaitan seperti memungut dan merawat

keluaran bahan makanan tempatan yang mudah rosak.

Cadangan

Kemudahan bilik sejuk dan kenderaan yang mempunyai bilik sejuk serta

perkhidmatan berkaitan (jika perlu), akan dapat melanjutkan tempoh boleh

guna keluaran bahan makanan tempatan yang mudah rosak dan selanjutnya

membantu petani mendapat harga yang lebih berpatutan dan juga membantu

menstabilkan harga keluaran bahan makanan di pasaran. Bagi menggalakkan

syarikat menyediakan kemudahan tersebut, adalah dicadangkan syarikat

berkenaan diberi galakan berikut:

(i) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 70% ke atas

pendapatan berkanun bagi tempoh 5 tahun; atau

(ii) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% daripada perbelanjaan

modal yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dengan elaun yang

dikurangkan bagi setiap tahun taksiran dihadkan kepada 70%

daripada pendapatan berkanun.

Cadangan ini berkuatkuasa bagi permohonan yang diterima mulai 28

Oktober 2000.

Page 40: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(40)

LAMPIRAN 28

POTONGAN CUKAI BAGI PEMBERIANBIASISWA OLEH SYARIKAT

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, syarikat yang menderma kepada tabung yang diluluskan

bagi maksud pemberian biasiswa kepada pelajar layak mendapat potongan

cukai pendapatan sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 44(6) Akta

Cukai Pendapatan 1967. Walau bagaimanapun, pemberian biasiswa yang

tidak disalurkan melalui tabung yang diluluskan tidak layak diberi potongan

cukai pendapatan.

Cadangan

Sebagai usaha untuk meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam

program pembangunan sumber manusia, adalah dicadangkan biasiswa yang

diberi oleh syarikat dibenarkan potongan untuk tujuan pengiraan cukai

pendapatan, dengan syarat:

(i) biasiswa diberi kepada pelajar sepenuh masa di institusi

pendidikan tinggi tempatan (termasuk program berkembar

dengan universiti di luar negara) sehingga ke peringkat ijazah

lanjutan;

(ii) pelajar tidak mempunyai sebarang pendapatan; dan

(iii) pendapatan ibubapa/penjaga pelajar tidak melebihi RM5,000

sebulan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 41: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(41)

LAMPIRAN 29

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAIINDIVIDU KE ATAS YURAN PENGAJIAN DI

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI TEMPATAN

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, pelepasan sehingga had maksimum RM2,000 setahun

diberi kepada pembayar cukai individu ke atas yuran pengajian bagi

melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi tempatan dalam bidang

sains dan teknikal, vokasional dan pembangunan kemahiran perindustrian.

Cadangan

Sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing negara melalui

peningkatan kualiti tenaga manusia, adalah dicadangkan:

(i) had maksimum pelepasan cukai individu ke atas yuran pengajian

dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM5,000 setahun;

(ii) skop bidang pengajian yang layak diberi pelepasan diperluaskan

bagi meliputi kursus dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT); dan

(iii) peringkat pengajian diperluaskan sehingga ke peringkat ijazah

lanjutan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 42: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(42)

LAMPIRAN 30

INSENTIF EKSPORT BAGI PERKHIDMATAN PENERBITANDAN PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI (ICT)

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, perkhidmatan penerbitan dan perkhidmatan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) tidak layak mendapat insentif eksport dalam

bentuk pengecualian ke atas pendapatan berkanun sebanyak 10% daripada

nilai peningkatan pendapatan eksport. Bidang perkhidmatan yang layak

adalah:

(i) guaman;

(ii) perakaunan;

(iii) perunding kejuruteraan;

(iv) arkitek;

(v) pemasaran;

(vi) perunding perniagaan;

(vii) perkhidmatan pejabat;

(viii) pengurusan pembinaan;

(ix) pengurusan bangunan;

(x) pengurusan perladangan;

(xi) perubatan swasta; dan

(xii) pendidikan swasta.

Page 43: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(43)

Cadangan

Sebagai langkah untuk memajukan lagi industri perkhidmatan yang

mempunyai potensi eksport, adalah dicadangkan insentif semasa untuk

menggalakkan eksport perkhidmatan diperluaskan kepada perkhidmatan

penerbitan dan ICT.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2001.

Page 44: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(44)

LAMPIRAN 31

PENYELARASAN CUKAI PERKHIDMATANKE ATAS KEMUDAHAN PERMAINAN GOLF DAN

GOLF DRIVING RANGE

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, kemudahan permainan golf, golf driving range dan

perkhidmatan sokongan berkaitan yang disediakan oleh kelab persendirian

dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5%. Walau bagaimanapun,

perkhidmatan serupa yang disediakan oleh pihak selain daripada kelab

persendirian tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

Cadangan

Bagi tujuan memberikan layanan cukai yang sama ke atas perkhidmatan

yang serupa, adalah dicadangkan cukai perkhidmatan diselaraskan supaya

meliputi semua kemudahan permainan golf, golf driving range serta

perkhidmatan berkaitan dengannya yang disediakan oleh kelab persendirian

dan juga selain daripada kelab persendirian. Dengan demikian, semua

kemudahan seperti itu akan tertakluk kepada cukai perkhidmatan walau pun

pada masa sekarang ia tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan disebabkan

tidak mencapai threshold yang ditetapkan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001.

Page 45: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(45)

LAMPIRAN 32

PENYELARASAN CUKAI PERKHIDMATANKE ATAS SEMUA KELAS RUMAH AWAM DAN RUMAH BIR

Kedudukan Semasa

Rumah Awam Kelas Satu dan Rumah Bir Kelas Satu yang menyediakan

perkhidmatan minuman keras dan bir kini dikenakan cukai perkhidmatan pada

kadar 5% manakala Rumah Awam dan Rumah Bir kelas lain yang

menyediakan perkhidmatan yang sama tidak dikenakan cukai perkhidmatan.

Cadangan

Bagi tujuan menyelaras dan memudahkan pentadbiran Jabatan Kastam,

adalah dicadangkan semua kelas Rumah Awam dan Rumah Bir dikenakan

cukai perkhidmatan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001.

Page 46: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(46)

LAMPIRAN 33

PENYELARASAN CUKAI PERKHIDMATANKE ATAS AGEN PENGHANTAR

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, cukai perkhidmatan pada kadar 5% dikenakan ke atas

agen penghantar yang diberikan kebenaran di bawah Akta Kastam 1967 yang

mencapai jualan tahunan (threshold) melebihi RM150,000. Agen penghantar

yang tidak mencapai threshold tersebut tidak dikenakan cukai perkhidmatan

walaupun perkhidmatan yang disediakan adalah serupa.

Cadangan

Bagi tujuan memberikan layanan cukai yang sama ke atas perkhidmatan

yang serupa, adalah dicadangkan supaya cukai perkhidmatan diselaraskan

bagi meliputi semua syarikat agen penghantar yang dibenarkan di bawah Akta

Kastam 1967 dan threshold dimansuhkan.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001.

Page 47: GALAKAN BAGI MEMPELAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA … · MESIN DAN PERALATAN PERLADANGAN ... GALAKAN PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA Kedudukan Semasa Pada masa ini, aktiviti berkaitan dengan

(47)

LAMPIRAN 34

PENYELARASAN CUKAI PERKHIDMATAN KE ATASSEMUA JENIS PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

KECUALI INTERNET

Kedudukan Semasa

Pada masa ini, perkhidmatan telekomunikasi asas seperti telefon,

facsimile, telemail, paging, cellular phone dan telex telah dikenakan cukai

perkhidmatan pada kadar 5%. Kini perkhidmatan telekomunikasi telah

berkembang dengan pesatnya dan terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan

berkaitan dengannya yang digunakan tetapi tidak tertakluk kepada cukai

perkhidmatan. Contoh perkhidmatan jenis ini adalah perkhidmatan leased

lines/bandwidth dan value-added services.

Cadangan

Bagi tujuan memberikan layanan cukai yang sama ke atas

perkhidmatan yang serupa, adalah dicadangkan cukai perkhidmatan

diselaraskan supaya meliputi semua jenis perkhidmatan telekomunikasi kecuali

internet.

Cadangan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001.