14
GARIS LEHER KOLAR

Garis Leher

Embed Size (px)

DESCRIPTION

JAHITAN - NOTES

Citation preview

GARIS LEHER

KOLAR

7.1 DEFINISI KOLAR LURUS.

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.

7.2 KEGUNAAN KOLAR

Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian. Memberi gaya atau stail pada pakaian Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik Memberikan kepanasan kepada pakaian

7.3 CIRI-CIRI KOLAR LURUS

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik Permukaan kolar rata Kolar terletak rata dan kemas di garis leher Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang Kedua-dua hujung kolar sama lebar Cantuman kelim kolar tidak beralur

7.4 PERKARA YANG DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENJAHIT KOLAR LURUS

Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul. Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas. Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya garis leher itu tidak memberi. Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk yang baik. Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang melengkung dan penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar. Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata. Gunakan lapik dalam jika perlu. Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan. Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar disebelah luar supaya kedua dua lapis kolar itu sama rata.

RAJAH 7.1

7.5 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT KOLAR LURUS

CARA A

A. MENYEDIAKAN KOLAR LURUS

LANGKAH 1 - Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar. - Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher. - Buka jelujur- Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

RAJAH 7.1LANGKAH 2- Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika.- Jelujur di sekeliling tepi kolar- Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

RAJAH 7.2

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN

LANGKAH 1 - Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik.- Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

RAJAH 7.3LANGKAH 2 - Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.- Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan. Buka jelujur.- Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut hingga tinggal 6mm.

RAJAH 7.4LANGKAH 3 Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

RAJAH 7.5- Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan.- Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

RAJAH 7.6C MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN

LANGKAH 1

- Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

RAJAH 7.7

- Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur.- Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.- Snip basi penjahit 6mm 1.3cm jarak.

LANGKAH 2

- kolar keluar dari pakaian dan seterika.

RAJAH 7.8

- Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.- Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur- Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.

CARA BA. MENYEDIAKAN KOLAR

LANGKAH 1

- Seperti langkah 1 menyediakan kolar cara 1 tetapi apabila menjahit hujung kolar, jahit hingga tepi basi leher.

RAJAH 7.8

LANGKAH 2

- Seperti langkah 2 menyediakan kolar cara 1.

RAJAH 7.9

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN Seperti Langkah 1 menyediakan badan pakaian cara 1.

C. MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN LANGKAH 1

- Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

RAJAH 7.10

- Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga kelim bahu. - Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher- Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

LANGKAH 2 - Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan.- Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian.- Jahit mesin di atas garis leher.- Buka jelujur.- Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.- Snip basi penjahit 6mm 1.3mm jarak.

RAJAH 7.10

LANGKAH 3 - Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika.- Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.- Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas jahitan mesin. Jelujur.- Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.- Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

RAJAH 7.11MENJAHIT KOLAR DENGAN MENGGUNAKAN LAPIK BERBENTUK PADABAHAGIAN LEHER BELAKANG.

A. MENYEDIAKAN KOLAR.

Seperti menyediakan kolar CARA 2.

B. MENYEDIAKAN BADAN PAKAIAN

- Cantumkan sebelah luar hujung lapik badan ke sebelah luar hujung lapik leher belakang dengan kelim belah kangkung.

- Buat yang sama dengan sebelah yang kedua. Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm.

- Lipat tepi lapik badan dan lapik leher belakang ke sebelah dalam fabrik.

- Jelujur dan jahit tepi.