Upload
ngohuong
View
277
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
K E M E N T E R I A N P E N G A J I A N T I N G G I M A L A Y S I A
P E G A W A I P E N D I D I K A N P E N G A J I A N T I N G G I
G A R I S P A N D U A N
K E N A I K A N P A N G K A T
EDISI CALONV E R S I 3
i Versi 3
MUKA SURAT
1.0 TUJUAN
1
2.0 LATAR BELAKANG
1
3.0 WAJARAN PEMARKAHAN
3
4.0 KRITERIA KECEMERLANGAN 4
4.1 Kriteria Kesepakaran 6
4.1.1 Teras Utama 7
4.1.2 Kepimpinan 8
4.1.3 Sumbangan 8
4.1.4 Pembangunan Diri 9
4.2 Penilaian Pelajar 9
4.3 Penilaian Referees 9
4.4 Penilaian Subordinat 10
4.3 Penilaian Panel Kesepakaran 10
5.0 SYARAT KENAIKAN PANGKAT 16
5.1 Proses Dan Prosedur Permohonan
Kenaikan Pangkat
17
5.2 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai-Pegawai
Kumpulan Sokongan (DH29 Hingga DH34)
21
5.2.1 Menyambung Pengajian ke Peringkat
Ijazah
21
5.2.2 Tidak Menyambung Pengajian 21
5.3 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan
Pengurusan Dan Profesional Yang
Mengikuti Program Pasca Siswazah
22
ii Versi 3
MUKA SURAT
5.4 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang
Sedang Berkhidmat Di Seberang Laut
22
5.5 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang
Sedang Berkhidmat Di Jawatan Terbuka
24
6.0 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN KENAIKAN
PANGKAT
6.1 Rayuan Kenaikan Pangkat
26
7.0 PENUTUP 28
SENARAI RUJUKAN 28
SENARAI LAMPIRAN : 29
Lampiran 1 - Unsur Penilaian Kategori I,II,III, IV
dan PPPT yang Sedang Melanjutkan Pelajaran
30
Lampiran 2 - Senarai Perjawatan Dalam Skim
PPPT
46
Lampiran 3 - Istilah ,Glosari, Dan Terminologi 50
Lampiran 4 - Sumbangan dan Pembangunan Diri
( Borang SPD )
74
Lampiran 5 – Garis Panduan Pelaksanaan
Coaching Dan Mentoring
80
Lampiran 6, Versi 3 - Panduan Penyediaan Folio
Kecemerlangan
88
Lampiran 7, Versi 3 - Nota Penjelasan Lanjut
Kepada Calon
93
iii Versi 3
“BUKU GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDI KAN PENGAJIAN TINGGI – EDISI CALON-VERSI 3”
adalah hasil usaha dan komitmen yang tidak ternilai daripada para pegawai di pelbagai Bahagian di peringkat Kementerian, Politeknik dan Kolej Komuniti.
PENAUNG
Mejar (K) Hj Md Nor Bin Yusof Ketua Pengarah,
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
PENGERUSI En Abdul Karim Bin Jaafar,
Pengarah, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya,
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
SETIAUSAHA En Aziz Zuddin Bin Othman
URUSETIA Pn. Normasita Binti Sulaiman
Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad
dan Staf Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya,
Jabatan Pengajian Politeknik
JAWATANKUASA KERJA
Tn. Hj. Abdul Aziz bin Bakar Tn. Hj. Che’ Nordin Bin Che’ Wan
Tn. Hj. Rosli Bin Hamid Tn. Hj. Mohd Pauzi Bin Ibrahim
Tn. Hj. Wan Izni Rashiddi Bin Wan Mohd Razalli En Mohamad Amin Bin Hamat Pn. Halimah Binti Che Hassan
En. Wan Mohd Hujjatullah Bin Wan Ghazali En. Tajuddin Bin Abdul Rashid
En. Rosli Bin Mohd Ariff En. Ishak Bin Hamid
En Abdul Hanif Bin Mustapha Pn. Surina Binti Hussin
Dr Nik Azida Binti Abdul Ghani Pn Hasimah Binti Hashim En. Ishanuddin Bin Hussin
PENULIS Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad
Pn. Normasita Binti Sulaiman
PENERBITAN Pn. Normasita Binti Sulaiman
Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad
iv Versi 3
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia :
YM Cik Ku Maharum Binti Ku Yaacob En. Md Sani Bin Latip
Pn. Norshahidawati Binti Abdullah En. Muhamad Fikrie Bin Ahmad
Jabatan Pengajian Politeknik : Tn. Hj. Mohd Ghaus Bin Ab. Kadir
En. Shabudin Bin Man Tn. Hj. Zulkifli Bin Salleh
Dr Abdul Rahim Bin Ahmad Pn. Siti Jariah Binti Ibrahim
En. Megat Nabil Mohsin Bin Megat Mohd Nor Pn. Halimah Binti Che Hassan
En. Azirin Bin Abdul Aziz
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti : En Mohd Nasir Bin AbdGhani
Pn. Zainab Binti Ahmad
Jabatan Pengajian Tinggi : Dr. Naimah Binti Md. Khalil Dr. Zubaidah Binti Aman
En. Wan Mahtar Bin Wan Salleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Ahmad
En. Ismail Bin Mohamad
Politeknik dan Kolej Komuniti: Pn. Asmara Binti Sulong
Dato’ Abu Bakar Bin Ahmad Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman
Dr Arshad Bin Kassim Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Khalid
Tn. Hj. Abdul Aziz bin Bakar Mejar (K) Tn. Hj. Kharir Bin Mohd Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Sa’at Bin Abdul Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Abd.Latif Tn. Hj. Che’ Nordin Bin Che’ Wan
Tn. Hj. Rosli Bin Hamid Tn. Hj. Mohd Pauzi Bin Ibrahim
Pn Zainab Binti Ahmad En. Abdul Hanif Bin Mustapha
Tn. Hj. Dzulkarnain Goh Bin Abdullah Pn. Hanizah Binti Anaitullah
Jun 2012
1 Versi 3
GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI – EDISI CALON,
Versi 3
Buku garis panduan ini menjelaskan syarat-syarat kenaikan
pangkat, set kriteria kecemerlangan, prosedur dan proses
permohonan yang melibatkan kemajuan kerjaya seseorang penjawat
awam dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi (Skim Perkhidmatan PPPT).
Kerajaan telah melaksanakan Skim Perkhidmatan PPPT
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 : “Skim
Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi” dengan
menawarkan opsyen kepada semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah yang berkhidmat di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan
Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Politeknik
dan Kolej Komuniti. Dengan berkuatkuasanya skim ini pada 1
Januari 2008, pegawai-pegawai yang menerima opsyen Skim
Perkhidmatan PPPT telah diklasifikasikan sebagai Pegawai
Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dengan gred gaji DH 29, DH
31/32, DH 33/34, DH 41/42, DH 43/44, DH 47/48, DH 51/52, DH
53/54 dan Gred-gred utama (VU).
2 Versi 3
Di antara perbekalan yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan
PPPT ialah peluang kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai
Kumpulan Sokongan daripada gred DH 29 ke DH 32, DH 32 ke DH
34 dan semua kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional sehingga kepada Gred DH 54 adalah tanpa kekosongan
jawatan. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai berkenaan perlu
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan; termasuk beberapa kriteria
kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan
seperti yang dinyatakan dalam para 5 (f) dan (g) Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007.
Pekeliling tersebut telah secara jelas mengkategorikan
pegawai-pegawai kepada empat (4) kategori utama mengikut skop,
fungsi dan bidang tugas seperti berikut: (Sila Rujuk Lampiran 2:
Senarai Perjawatan Dalam Skim PPPT)
(a) Kategori I
PPPT Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH41/42,
DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di politeknik dan
kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga
pengajar,
(b) Kategori II
PPPT Gred DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di
politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas
sebagai tenaga pengajar di samping tugas-tugas
pengurusan,
3 Versi 3
(c) Kategori III
PPPT Gred DH41/42, DH43/44 dan DH47/48 di politeknik
dan kolej komuniti yang melaksanakan tugas-tugas
pengurusan,
(d) Kategori IV
PPPT Gred DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52,
DH53/54 di KPT yang melaksanakan tugas-tugas
pengurusan.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran melalui
mesyuaratnya Bilangan 9 Tahun 2009 pada 19 Oktober 2009 telah
meluluskan kriteria kecemerlangan bagi urusan kenaikan pangkat
Skim Perkhidmatan PPPT .
Justeru buku panduan ini bertujuan menerangkan secara
terperinci perkara-perkara asas dalam persiapan calon sebelum
mengemukakan permohonan kenaikan pangkat masing-masing.
Wajaran pemarkahan untuk urusan pemangkuan dan kenaikan
pangkat ditetapkan pada 40 peratus (40%) penilaian Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir dan 60 peratus
4 Versi 3
(60%) penilaian kriteria kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Wajaran Pemarkahan Untuk Urusan Pemangkuan Dan
Kenaikan Pangkat
Kriteria kecemerlangan merupakan indikator bagi prestasi
yang perlu dicapai oleh seseorang PPPT untuk layak
dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat
Skim Perkhidmatan PPPT. Kerangka kriteria kecemerlangan yang
digubal ini mengambil kira penghuraian kerja PPPT seperti dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007. Sehubungan itu,
kriteria kecemerlangan adalah terpakai untuk semua kategori PPPT
(kategori I, II, III dan IV) dan merangkumi semua gred jawatan iaitu
daripada gred DH 29 sehingga ke Gred DH 54.
40%
60%
LNPT
Kriteria Kecemerlangan
Tahun Pertama : 45%
Tahun Kedua : 35% 40%
Tahun Ketiga : 20%
Jumlah : 100%
5 Versi 3
Pertimbangan yang teliti telah dilakukan ketika menetapkan
kriteria kecemerlangan kerana pegawai pada kategori yang
berlainan; melakukan tugas dan tanggungjawab yang berbeza;
mempunyai peluang yang sama untuk memohon apabila urusan
kenaikan pangkat dibuka.
Komposisi penilaian kriteria kecemerlangan dibahagi kepada (i)
panel kesepakaran, (ii) penilaian pelajar, dan (iii) penilaian referees.
Panel kesepakaran mengambil kira kompetensi pegawai dalam
empat (4) aspek kepakarannya iaitu:
(a) Teras Utama,
(b) Kepimpinan,
(c) Pembangunan Diri,dan
(d) Sumbangan.
Sebanyak 5% daripada jumlah markah penilaian diperuntukkan
sebagai penilaian pelajar keatas calon dari Kategori I dan II dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, calon daripada
semua kategori dikehendaki menamakan dua (2) orang pegawai
sebagai refereesnya.“Referees” hendaklah terdiri daripada pegawai
yang pernah atau sedang berkhidmat bersama calon dan berada
sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi. Rajah 2 memaparkan
kriteria penilaian berserta agihan markah penilaian bagi keempat-
empat kategori.
6 Versi 3
KRITERIA PENILAIAN MARKAH PENILAIAN (%)
KATEGORI
1. PANEL KESEPAKARAN I II III IV
a) Teras Utama 80 80 85 85
b) Kepimpinan
c) Pembangunan Diri
d) Sumbangan
2. PENILAIAN PELAJAR 5 5 - -
3. PENILAIAN REFEREES 15 15 15 15
JUMLAH 100
Rajah 2: Struktur Penilaian Bagi Kriteria Kecemerlangan
4.1 Kriteria Kesepakaran
Kriteria kesepakaran dibentuk setelah mengenal pasti empat
(4) aspek terpenting kompetensi pegawai PPPT, iaitu : (i) Teras
Utama, (ii) Kepimpinan, (iii) Sumbangan, dan (iv) Pembangunan Diri.
Pemberatan di antara keempat-empat aspek tersebut adalah tidak
sama. Aspek Kepimpinan mempunyai hubungan timbal balik dengan
aspek Teras Utama. Pemberatan aspek Kepimpinan akan meningkat
pada gred yang lebih tinggi manakala pemberatan aspek Teras
Utama akan menurun pada gred yang lebih tinggi. Ini ialah kerana
pengurangan tugas Teras Utama diimbangi dengan pertambahan
tugas Kepimpinan pada gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,
7 Versi 3
aspek Pembangunan Diri dan Sumbangan diberi penekanan yang
sama sepanjang kerjaya pegawai.
Rajah 3 : Konsep Pemberatan Kriteria Kesepakaran
4.1.1 Teras Utama
Aspek Teras Utama mencakupi pelbagai fungsi dan bidang
tugas yang tidak hanya tertumpu kepada pengajaran dan
pembelajaran sahaja tetapi juga merangkumi tugas-tugas lain
seperti berikut:
(a) Pengurusan pelajar,
(b) Pengurusan organisasi,
(c) Pengurusan dasar,
(d) penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat,
(e) jaringan dan kolaborasi,dan
(f) pengurusan sumber manusia.
Teras Utama
Kepimpinan
Sumbangan
Pembangunan Diri
DH29 DH54 DH41 DH48
8 Versi 3
Sila rujuk para 3. Ringkasan Tugas, Lampiran C Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007.
4.1.2 Kepimpinan
Aspek Kepimpinan mengandungi elemen kepimpinan institusi
dan instruksional termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan
dan bimbingan rakan sekerja seperti coaching dan mentoring.
Kriteria Kepimpinan bertujuan untuk mengesan pegawai-pegawai
yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah dan terasuh
serta berkebolehan menjawat jawatan yang lebih tinggi,
melaksana tugas yang berat, dan memikul tanggungjawab yang
lebih besar dan mencabar.
4.1.3 Sumbangan
Aspek Sumbangan membawa maksud inisiatif pegawai dalam
menabur bakti dari segi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
kepada organisasi yang dianggotainya, masyarakat setempat,
pihak industri atau agensi luar; di peringkat kementerian mahupun
negara. Indikator Sumbangan yang signifikan dikesan melalui
pengiktirafan dan penganugerahan daripada pihak-pihak tersebut.
9 Versi 3
4.1.4 Pembangunan Diri
Aspek Pembangunan Diri merangkumi aktiviti-aktiviti
perkembangan kerjaya dan peningkatan profesionalisme
berterusan seperti mengikuti program latihan, penglibatan dalam
aktiviti berasaskan keperluan tugas dan kelayakan ikhtisas
tambahan yang berkaitan. Tujuan kriteria Pembangunan Diri ialah
untuk membentuk tenaga kerja profesional yang responsif kepada
perubahan di samping menangani jurang kompetensi dan
kekurangan kemahiran sedia ada tenaga pengajar berbanding
amalan di industri.
4.2 Penilaian Pelajar
Maklumbalas pelajar tentang keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi pegawai kategori I dan II diambil kira sebagai
komponen Penilaian Pelajar. Kriteria penilaian ini mencerminkan
proses pengajaran dan pembelajaran sebenar yang berlangsung
setiap hari.
4.3 Penilaian Referees
Penilaian Referees adalah satu komponen baharu dalam
kriteria kecemerlangan di mana semua gred DH29 hingga DH52
perlu menyediakan penilaian ini. Ia bertujuan memberi peluang
kepada pemohon untuk mendapatkan sokongan individu-individu
yang mengenali diri dan kebolehannya.
10 Versi 3
4.4 Penilaian Subordinat
Penilaian Subordinat adalah satu komponen yang ditujukan
khas kepada calon kategori II dikalangan Pengarah Politeknik/ Kolej
Komuniti/ Kolej Komuniti Cawangan dan Timbalan Pengarah
Politeknik yang menguruskan P&P. Ia bertujuan memberi penilaian
daripada kakitangan di bawah seliaan kepada pegawai atasan.
4.5 Penilaian Panel Kesepakaran
Jadual 1 hingga 4 membentangkan penilaian kesepakaran bagi
setiap kategori. Pemohon dinasihat agar merujuk kepada Lampiran 1
bagi mendapatkan senarai kriteria kecemerlangan yang lengkap dan
bertepatan dengan gred dan kategori masing-masing.
11 Versi 3
PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI I
(a) Teras Utama
i. Pengajaran dan pembelajaran ii. Penyelidikan dan pembangunan iii. Penerbitan dan penulisan
(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pembangunan pengajaran serta
perkembangan profesionalisme ii. Pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti akademik
mengikut sesi pengajian dan penjadualan iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian
(c) Pembangunan
Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi
(KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH29/31/33/41/43/47/51/53
- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)
ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil
Kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah
(d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi/
Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)
ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat /agensi luar/ negara
Jadual 1: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori I
12 Versi 3
PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI II
(a) Teras Utama
i. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan
kolaborasi iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan
(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Politeknik/
Kolej Komuniti ii. Pemantauan pencapaian pelajar/ tenaga
pengajar/ staf sokongan iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian
(c) Pembangunan Diri
i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan
Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41/43/47/51/53
- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)
ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil
kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah
(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)
ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara
Jadual 2: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori II
13 Versi 3
PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI III
(a) Teras Utama
i. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan
kolaborasi iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan
(b) Kepimpinan i. Pengurusan Jabatan/ Unit di Politeknik/
Kolej Komuniti ii. Penglibatan dalam jawatan kuasa/ aktiviti di
peringkat Politeknik/ Kolej Komuniti iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian
(c) Pembangunan Diri
i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan
Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41 dan DH 43
- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)
ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil
kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah
(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)
ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara
Jadual 3: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori III
14 Versi 3
PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI IV
(a) Teras Utama
i. Penggubalan dan pelaksanaan dasar (pengoperasian)
ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan kolaborasi
iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan
(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Unit/ Bahagian/ Penyelarasan peringkat KPT
ii. Pemantauan pencapaian pegawai iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian
(c) Pembangunan Diri
i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan
Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41/43/ 47/ 51/ 53
- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)
ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil
kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah
(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)
ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara
Jadual 4: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori IV
Rajah 4 menunjukkan taburan markah keseluruhan kriteria
kecemerlangan mengikut kategori dan gred.
TE
RA
SP
IMP
INS
UM
BA
NG
P.D
IRI
TE
RA
SP
IMP
INS
UM
BA
NG
P.D
IRI
TE
RA
SP
IMP
INS
UM
BA
NG
P.D
IRI
TE
RA
SP
IMP
INS
UM
BA
NG
P.D
IRI
129
ke
327
55
10
10
231
/32
ke 3
4 7
01
01
01
0
329
/31/
32/3
3/34
ke
42
441
/42
ke 4
4 6
51
51
01
06
51
51
01
06
51
51
01
0
543
/44
ke 4
86
02
01
01
06
02
01
01
06
02
01
01
06
02
01
01
0
647
/48
ke 5
25
52
51
01
05
52
51
01
05
52
51
01
05
52
51
01
0
751
/52
ke 5
4 5
03
01
01
05
03
01
01
05
03
01
01
0
8S
EM
UA
GR
ED
9S
EM
UA
GR
ED
RA
JA
H 4
: T
AB
UR
AN
MA
RK
AH
KE
SE
LU
RU
HA
N K
RIT
ER
IA
KE
CE
ME
RLA
NG
AN
SK
IM
PE
RK
HID
MA
TA
N P
PP
T
ME
NG
IK
UT
KA
TE
GO
RI &
GR
ED
JA
WA
TA
N
PE
NIL
AIA
N K
ES
EP
AK
AR
AN
ME
MP
ER
OL
EH
I IJ
AZ
AH
SA
RJA
NA
MU
DA
D
AN
ME
ME
NU
HI
KR
ITE
RIA
K
EC
EM
ER
LA
NG
AN
PA
DA
GR
ED
S
EM
AS
A
BIL
GR
ED
JA
WA
TA
NK
AT
EG
OR
I I (8
0%)
KA
TE
GO
RI I
I (80
%)
KA
TE
GO
RI I
II (8
5%)
KA
TE
GO
RI I
V (8
5%)
M
eru
juk k
epada P
ekeliling P
erk
hid
mata
n B
il 3
3/2007,
tiada j
aw
ata
n P
PPT d
i kate
gori
dan g
red ini.
KA
TE
GO
RI I
(15%
)K
AT
EG
OR
I II (
15%
)K
AT
EG
OR
I III
(15%
)K
AT
EG
OR
I IV
(15%
)
PE
NIL
AIA
N P
ELA
JAR
(5%
)
PE
NIL
AIA
N R
EF
ER
EE
S (
15%
)
KA
TE
GO
RI I
(5%
)K
AT
EG
OR
I II (
5%)
TID
AK
BE
RK
AIT
AN
16 Versi 3
Pada umumnya, kenaikan pangkat pegawai PPPT
tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi
berdasarkan permohonan.
Semua pegawai PPPT layak dipertimbangkan kenaikan
pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan
setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Syarat-syarat umum :
i. Telah disahkan dalam perkhidmatan,
ii. Mencapai tahap prestasi (LNPT) yang ditetapkan bagi
tempoh genap tiga tahun kalendar yang terkini berturut-
turut dalam gred semasa - perkiraan setahun adalah
bermula pada Januari sehingga Disember
iii. Mencapai markah purata Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) yang ditetapkan,
iv. Lulus CPCM dan PPK,
v. Bebas daripada hukuman tatatertib
vi. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia (SPRM).
17 Versi 3
(b) Syarat-syarat khusus :
i. Mencapai tahap mínimum kriteria kecemerlangan
perkhidmatan yang ditetapkan, dan
ii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.
5.1 Proses Dan Prosedur Permohonan Kenaikan Pangkat
Pelawaan untuk memohon kenaikan pangkat akan dilakukan
melalui edaran surat siaran secara media cetak dan media elektronik.
Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan secara atas
talian mengikut format yang disediakan. Manual pengguna bagi
permohonan secara atas talian kenaikan pangkat boleh dimuat turun
melalui laman web http://www.blpk.gov.my/esis2/. Setiap
permohonan yang memenuhi syarat-syarat hendaklah dikemukakan
melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Tanggungjawab Ketua Jabatan ialah menyemak, menyokong
dan mengesah permohonan pegawai sebelum memanjangkan
permohonan tersebut kepada Urusetia Kenaikan Pangkat di
peringkat Kementerian.
Urusetia Kenaikan Pangkat akan menapis semua permohonan
bagi memastikan syarat-syarat dipatuhi. Setiap permohonan perlulah
18 Versi 3
mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan untuk
layak dipertimbang ke proses selanjutnya.
Proses berikutnya melibatkan pengesahan pematuhan kepada
kriteria kecemerlangan. Tugas ini didokong oleh sekumpulan
pegawai yang dinamakan Ahli Panel Penilaian Kesepakaran.
Antara tugas ahli Panel Penilaian Kesepakaran ialah :
(a) menilai kualiti hasil kerja calon berdasarkan garis
panduan yang ditetapkan,
(b) mencerap/ membuat validasi/ menemuduga calon di
tempat bertugas,
(c) mengemukakan laporan penilaian, dan
(d) mencadangkan calon-calon yang sesuai untuk
dipertimbangkan.
Segala aktiviti dan pengurusan proses semakan dokumentasi
calon sehingga selesai langkah pencerapan, validasi dan temuduga
(yang mana berkaitan dengan calon) akan diurusetia kan oleh
Sekretariat Penilaian Kesepakaran.
Antara tugas utama Sekretariat Penilaian Kesepakaran ialah:
(a) menyemak kesahihan dokumen Sumbangan dan
Pembangunan Diri yang dikemukakan oleh calon,
(b) mengklasifikasikan permohonan mengikut kategori, gred
dan bidang pengkhususan,
19 Versi 3
(c) mengurus aktiviti pencerapan, validasi dan temuduga
yang perlu dijalankan oleh ahli Panel Penilaian
Kesepakaran .
Pemilihan ahli Panel Penilaian Kesepakaran dan Sekretariat
Penilaian Kesepakaran dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian
Kesepakaran yang diketuai oleh Ketua Perkhidmatan. Jawatankuasa
Penilaian Kesepakaran; jika perlu, boleh melantik ahli Panel
Penilaian Kesepakaran Luar, seperti ahli badan profesional yang
mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang pengkhususan. Tugas
ahli Panel Penilaian Kesepakaran Luar adalah menyamai tugas ahli
Panel Penilaian Kesepakaran dalaman iaitu bagi membantu menilai
kesesuaian calon dalam urusan kenaikan pangkat.
Carta Alir 1: menunjukkan beberapa langkah yang perlu dilalui dalam
proses kenaikan pangkat.
20 Versi 3
CARTA ALIR 1: PROSES KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
SEKRETARIAT PENILAI KESEPAKARAN
KURSUS CPCM DAN PPK
Tidak
INSTITUSI/ TEMPAT KERJA URUSETIA KENAIKAN PANGKAT
MULA
EDAR SURAT SIARAN
Calon memohon
Ketua Jabatan
menyemak dan
memperaku
permohonan
TAMAT
Memproses
permohonan –menepati
syarat?Dokumen
lengkap?
Tidak
Ya
BAHAGIAN LATIHAN&PEMBANGUNAN KERJAYA
CALON MELALUI
PENCERAPAN, VALIDASI DAN
TEMUDUGA
Berjaya dalam
penilaian
kesepakaran (kriteria
kecemerlangan)
Mencadangkan
calon yang layak
Berjaya
Penempatan Keputusan
muktamad
dan surat
TAMAT
RAYUAN DI LEMBAGA RAYUAN
KENAIKAN PANGKAT
PERKHIDMATAN PELAJARAN
Urusan perakuan
peringkat
kementerian
Perakuan LKPPP di
JPA
21 Versi 3
5.2 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan Sokongan
(DH29 Hingga DH34)
5.2.1 Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah
Skim Perkhidmatan PPPT telah memperuntukkan pegawai-
pegawai dalam kumpulan sokongan Gred DH29, DH31/32,
DH33/34 yang memperolehi ijazah semasa sedang berkhidmat
dan memenuhi syarat-syarat kriteria kecemerlangan yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan layak dinaikkan pangkat ke
Gred DH42 tanpa kekosongan jawatan.
Pegawai yang ingin menyambung pengajian tidak
terkecuali daripada memenuhi semua aspek kriteria
kecemerlangan. Pegawai yang ingin menyambung pengajian
secara sepenuh masa disarankan mengumpul dokumen
kriteria kecemerlangan sebelum memulakan cuti belaj ar. Bagi
pegawai yang sedang menyambung pengajian secara sepenuh
masa, perlu menyediakan dokumen kriteria kecemerlangan
seperti di Lampiran 1E, Versi 3.
5.2.2 Tidak Menyambung Pengajian
Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan
Sokongan dari Gred DH29 ke DH32, dan Gred DH31/32 ke Gred
22 Versi 3
DH34 adalah tanpa kekosongan jawatan tetapi mereka perlu
memenuhi kriteria kecemerlangan.
5.3 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan Pengurus an Dan
Profesional Yang Mengikuti Program Pasca Siswazah
Pegawai yang sedang melanjutkan pengajian melebihi setahun
setengah sama ada di dalam negara mahupun di luar negara tidak
terkecuali daripada memenuhi semua aspek kriteria kecemerlangan
dan perlu menyediakan dokumen seperti di Lampiran 1E, Versi 3.
Pegawai yang ingin menyambung pengajian secara sepenuh masa
disarankan mengumpul dokumen kriteria kecemerlangan sebelum
memulakan cuti belajar .
Manakala, bagi pegawai yang menyambung pengajian secara
sambilan ; mereka mempunyai cukup masa dan peluang untuk
mengumpul dokumen kriteria kecemerlangan dan mematuhi
peraturan yang berkuatkuasa semasa membuat permohonan
kenaikan pangkat.
5.4 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Berkh idmat
Di Seberang Laut
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
sehingga kini mempunyai 14 buah pejabat Jabatan Penuntut
23 Versi 3
Malaysia dan empat buah pejabat Promosi Pendidikan di luar negara.
Terdapat beberapa orang pegawai Skim PPPT yang sedang
berkhidmat sebagai Pengarah, Atase Pendidikan, Pegawai Promosi
dan Warden di pejabat-pejabat tersebut.
Pegawai dalam kedudukan ini juga tidak terkecuali daripada
memenuhi semua aspek kriteria kecemerlangan termasuklah
menghadiri kursus wajib yang ditetapkan dalam aspek
Pembangunan Diri. Sehubungan itu, elaun dan tanggungan pegawai
untuk kembali ke tanah air bagi menghadiri kursus tersebut wajar
dituntut daripada pejabat masing-masing berdasarkan pekeliling dan
peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Walaubagaimanapun, pegawai dalam kedudukan ini juga boleh
memilih untuk menghadiri “kursus yang setara” di tempat mereka
bertugas dengan syarat:
(a) Mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis untuk
menghadiri kursus tersebut daripada Bahagian Latihan
dan Pembangunan Kerjaya, dan
(b) “Kursus yang setara” mempunyai persamaan isi
kandungan melebihi 70% kursus yang tersenarai sebagai
kursus wajib gred pegawai berkenaan bagi aspek
Pembangunan Diri.
(c) Memenuhi kriteria persetaraan seperti berikut: -
24 Versi 3
i) Persetaraan Program Peningkatan Kemahiran (PPK)
- Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar
berunsurkan kemahiran teknikal merujuk kepada senarai
inventori kursus PPK.
- Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada
tempoh modul PPK, iaitu;
(a) Tahap I : Minimum 19 jam
(dihadiri oleh PPPT gred jawatan DH29 dan DH41/42)
(b) Tahap 2 : Minimum 23 jam
(dihadiri oleh PPPT gred jawatan DH32, DH33/34 dan
DH43/44)
ii) Persetaraan Career Path Competency Matrix (CPCM)
- Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar
berunsurkan kemahiran generik merujuk kepada senarai
inventori kursus CPCM.
- Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada
tempoh modul CPCM iaitu 18 jam.
iii) Isi kandungan latihan perlu melebihi 80% daripada isi
kandungan sinopsis PPK dan CPCM mengikut anggaran
dan keputusan Jawatankuasa yang menentukannya
(sekiranya perlu).
25 Versi 3
iv) Kehadiran dan Waktu Latihan
Persetaraan akan mengambil kira tarikh pegawai menghadiri
latihan tersebut. Sebagai contoh, PPPT daripada gred jawatan
DH32 memohon kenaikan pangkat DH34, pegawai perlu
menghadiri latihan semasa berada di gred jawatan DH32 dan
bukan semasa berada di gred DH29 atau DH34.
v) Tempat Kursus & Penganjur Latihan
Semua latihan yang dianjurkan oleh semua agensi kerajaan atau
swasta sama ada di dalam atau di luar negara diambil kira untuk
persetaraan.
vi) Kumpulan Sasaran yang layak diberi persetaraan
Pegawai yang sedang berkhidmat di seberang laut yang telah
genap atau lebih daripada 2 tahun dalam gred jawatan semasa
pada waktu tawaran permohonan kenaikan pangkat ini dibuka,
layak diberi persetaraan kursus CPCM dan PPK.
5.5 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Berkh idmat
Di Jawatan Terbuka
Pegawai Skim PPPT yang sedang mengisi jawatan terbuka di
institusi, jabatan dan bahagian-bahagian di kementerian dan agensi
luar secara pinjaman atau kontrak juga layak memohon kenaikan
pangkat berdasarkan tugas dan tanggungjawab semasa. Kriteria
kecemerlangan dan unsur penilaian hendaklah dipadankan dengan
26 Versi 3
gred dan kategori yang paling hampir dengan jawatan terbuka
pegawai berkenaan.
Keputusan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat
adalah MUKTAMAD. Keputusan mengenainya akan dimaklumkan
kepada calon melalui Urusetia Kenaikan Pangkat sebaik sahaja
maklumat berkaitan diterima daripada Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Pelajaran.
6.1 RAYUAN KENAIKAN PANGKAT
Rayuan bagi calon yang gagal boleh dikemukakan kepada
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran(Rujuk
Carta Alir 2: Proses Rayuan Kenaikan Pangkat) di alamat seperti
berikut:
Alamat:
Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pengajian Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya Malaysia.
27 Versi 3
CARTA ALIR 2: PROSES RAYUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
INSTITUSI/ TEMPAT KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA
SEKRETARIAT PENILAI KESEPAKARAN /
PANEL KESEPAKARAN
BAHAGIAN LATIHAN DAN
PEMBANGUNAN KERJAYA
MULA
Calon memohon
Menerima
permohonan
RAYUAN
Menyemak
dokumen rayuan
Penilaian Rayuan
Kriteria
Kecemerlangan
Keputusan
Muktamad dan
surat siaran
Proses Penempatan
Perakuan
Rayuan dihantar
ke LKPP, JPA
TAMAT
Tidak
Berjaya
28 Versi 3
Buku garis panduan ini mengemukakan pemakaian kriteria
kecemerlangan dan wajaran pemarkahan bagi pegawai-pegawai yang
bernaung di bawah Skim Perkhidmatan PPPT seperti mana yang telah
diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran
melalui mesyuaratnya Bilangan 9 Tahun 2009 pada 19 Oktober 2009.
SENARAI RUJUKAN:
Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi: Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 (Muat turun dari
www.jpa.gov.my)
Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi: Edisi Calon, Disember 2009.
Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi: Edisi Calon, Versi 2, 2011.
Program Bersepadu Potensi dan Komptensi: Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2011
Code of Practice for Programme Accreditation, Agensi Kelayakan Malaysia, Disember 2008 Code of Practice for Institutional Audit, Agensi Kelayakan Malaysia, Februari 2009
29 Versi 3
Lampiran 1, Versi 3 - Unsur Penilaian Kategori I,II,III,IV dan PPPT
Sedang Melanjutkan Pelajaran
Lampiran 2, Versi 3 - Senarai Perjawatan Dalam Skim PPPT
Lampiran 3, Versi 3 - Glosari Terminologi Dan Istilah
Lampiran 4, Versi 3 - Borang SPD - Borang Sumbangan Dan
Pembangunan
Lampiran 5, Versi 3 - Borang Pelaksanaan Coaching Dan
Mentoring
Lampiran 6, Versi 3 - Panduan Penyediaan Folio Kecemerlangan
Lampiran 7, Versi 3 - Nota Penjelasan Lanjut Kepada Calon