16
1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT DI KAWASAN TANAH GAMBUT 1.0 PENGENALAN Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam dan lain-lain. Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan tanah liat mineral. 2.0 TAKRIF TANAH GAMBUT Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran. Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT DI KAWASAN TANAH GAMBUT

1.0 PENGENALAN

Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan

keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang

diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan

tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda

bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan

tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam

dan lain-lain.

Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan

tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik

pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan

teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman

sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan

tanah liat mineral.

2.0 TAKRIF TANAH GAMBUT

Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan

lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang

melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang

mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran.

Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh

dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta

berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan

Page 2: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

2

pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan

agronomi tanaman sawit di tanah gambut.

Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan Tahap Pereputan Bahan Organik

Klasifikasi

Ciri

Fibric Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan organik belum mereput dan mudah dikelapasti. Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc) dan keupayaan pegangan air tinggi

Hemic Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric dan Sapric

Sapric Berwarna gelap, bahan organik telah mereput. Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan keupayaan pegangan air rendah

Sumber: Paramananthan, 2000

Tanah gambut Jenis Fibric Tanah gambut Jenis Sapric

Page 3: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

3

Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2

Klasifikasi

Kedalaman (sm)

Kesesuaian Agronomi

Cetek

50 - 100

Sangat sesuai

Sederhana dalam

100 - 150

Sesuai

Dalam

150 - 300

Sesuai

Tersangat dalam

> 300

Marginal

Sumber: 1 = Paramananthan et al., 1984

2 = Fairhurst et al., 1998

Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal

soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang

rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang

tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit

adalah:

• kepadatan pukal tanah rendah

• keronggaan tanah berlebihan

• susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal

pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan

pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar

terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak

• paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam)

• pH rendah (< 3.5)

• kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan

P dan nutrien mikro

Page 4: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

4

• pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam

gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan

• keupayaan penampanan tanah tinggi

3.0 PENANAMAN SEMULA POKOK SAWIT 3.1 Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit

Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan

berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut:

• Teknik pembakaran sempurna – pokok sawit tua ditumbangkan

beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar.

• Teknik pembakaran separa – pokok sawit tua yang mati diracun,

ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian

yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang

ditanam.

• Teknik pembakaran sifar – mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan

dari segi teknikal dan ekonomi.

• Teknik tanam bawahan – anak sawit ditanam antara barisan pokok

lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 12-

24 bulan selepas anak benih ditanam.

Page 5: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

5

Teknik pembakaran separa

Teknik pembakaran sifar Teknik tanam bawahan

Teknik pembakaran sempurna

Page 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

6

Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula

sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam

pemilihan tersebut:

i. Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah

sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna.

Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran

BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di

kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam

kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K)

daripada kawasan pembersihan sempurna

ii. Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah

gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga

mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik,

nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah

selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah

iii. Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak

dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam

Sekitar – kawalan Udara Bersih Tahun 1978

iv. Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak

dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil

rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan

pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan

v. Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan

sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan

vi. Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang

pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia

berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB

Page 7: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

7

21

43

Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit

7 8

65

Page 8: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

8

3.2 Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman Semula Sawit

Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan

biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. Dalam teknik ini

langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan:

• Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan

jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket

• Batang dan pelepah diracik 5 – 10 sm tebal dan pada sudut

45 – 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala

pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya

dikambus semula

• Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang

lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi

dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang

tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter

• Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan

rata 3 – 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati

dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok,

mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi

tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang

dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan

masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman

semula

Page 9: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

9

3.3 Sistem Parit Ladang

Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air

ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi

pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping

mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal

paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air

bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan

pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan

ladang.

Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi

setiap 40 – 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau

bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras

yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang

diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan

dikambus.

Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang

Spesifikasi &

Justifikasi Parit Besar Parit Utama Parit Pengumpul Parit Ladang

Fungsi

Menurunkan paras air sebelum kerja pembangunan dimulakan

Menyalir keluar air berlebihan dari ladang ke parit besar

Menyalir keluar air berlebihan dari blok tanaman ke parit utama

Menyalir keluar air berlebihan dari dalam blok ke parit pengumpul

Saiz (m) Lebar atas

Lebar bawah Dalam

4.0 – 6.0 2.0 – 3.0 3.0 – 4.0

3.0 – 5.0 1.5 – 2.0 2.0 – 2.5

1.5 – 2.5 0.5 – 1.0 1.5 – 2.0

1.0 – 1.5 0.5 – 1.0 0.5 – 1.0

Intensiti

(m/hektar)

Mengikut keperluan

10 - 15

45 - 50

150 - 300

Page 10: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

10

3.4 Sistem Jalan Ladang

Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan

spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan

peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina

selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan

dan parit ialah 2 hingga 4 meter:

• Jalan utama : selari dengan parit utama dengan ukuran lebarnya

4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar.

• Jalan ladang : selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya

3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar.

Pintu air Parit utama

Parit pengumpul Parit ladang

Page 11: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

11

3.5 Kepadatan Tanaman

Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung

kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang

tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan

yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB)

Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut

Jenis Tanah Gambut

Kepadatan Tanaman (bil. pokok/hektar)

Jarak (m)

Antara pokok Antara baris

Cetek 148 8.83 7.65

Sederhana dalam 160 8.50 7.36

Dalam 160 8.50 7.36

Jalan ladang

Page 12: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

12

3.6 Teknik Penanaman

• Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman

lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang

besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil

• Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan – teknik

penanaman lubang biasa

• Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah

gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS

kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas

lorong laluan dalam ladang.

Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di

tanah gambut dalam

Page 13: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

13

3.7 Penyediaan Lorong Tuai

• Paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan

pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang

• Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong

tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi

ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam

Lorong tuan secara cambering membolehkan sistem mekanisasi operasi ladang dilaksanakan

Teknik penyediaan lorong tuai yang salah memberi kesan terhadap arah kecondongan pokok sawit

Page 14: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

14

3.8 Tanaman Kacang Penutup Bumi

• Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi Mucuna

bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding

tanaman penutup bumi yang lain

• Keistimewaan tanaman ini ialah ianya tahan lindungan,

kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat

Mucuna bracteata

Page 15: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

15

4.0 PENUTUP

Penanaman sawit di kawasan tanah gambut terus berkembang

melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah

mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan dan

pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus

dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan

penghasilan di tanah mineral.

Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan

agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan

kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama

menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan

dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian.

Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di

lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh

pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun

kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok

condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan

cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.

Disediakan oleh

Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA

Page 16: GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

16

5.0 RUJUKAN:

1. Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah

Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.

2. Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan

Tanah Gambut