31
1 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur 10 Julai 2017 GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN (NEGERI) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA NO TERBITAN: JKR 29300-0034-17

GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

  • Upload
    others

  • View
    150

  • Download
    43

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

1 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,

Kuala Lumpur 10 Julai 2017

GARIS PANDUAN

PENUBUHAN

PASUKAN PROJEK

PERSEKUTUAN (NEGERI)

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA NO TERBITAN: JKR 29300-0034-17

Page 2: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

2 | Garis Panduan Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) JKR

JABATAN KERJA RAYA

© 2017 Hak Cipta Terpelihara

Data dan maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah hak milik Jabatan

Kerja Raya Malaysia (JKR). Tidak dibenarkan memuat salinan, fotokopi, rakaman,

melalui komputer, storan atau sistem capaian semula mana-mana bahagian di

dalam penerbitan ini kecuali mendapat keizinan bertulis daripada pihak

Jabatan Kerja Raya Malaysia

Page 3: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

3 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Kawalan Dokumen 1.1 Status Pengeluaran Manual

Tarikh Ringkasan Perubahan 10/7/2017 Edisi Pertama

1.2 Pengesahan

Pengeluaran Garis Panduan ini telah disahkan oleh:

Tandatangan: … ………………........................... . Tarikh: ………..…………

(Jawatan)

Dikeluarkan kepada: ………………………………………………Kawalan Dokumen No JKR 29300-0034-17 (Jawatan) 1.3 Edaran

Edaran Kawalan Dokumen:

Salinan No: Dikeluarkan kepada:

1

2

3

4

5

6

7

Page 4: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

PRA KATA

Tujuan Garis Panduan ini adalah untuk menerangkan konsep

dan strategi pelaksanaan penubuhan Pasukan Projek

Persekutuan (Negeri) (PPP (N)). PPP (N) diletakkan bawah

pentadbiran Pengarah JKR Negeri dan membantu dalam

penyeliaan pembinaan projek persekutuan.

Penubuhan PPP (N) ini adalah berikutan penstrukturan semula JKR pada akhir 2014

dengan ketetapan bahawa Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat JKR

sebagai Pengurus Program dan tidak lagi sebagai Pegawai Penguasa (P.P.) projek.

Peranan P.P. diserahkan kepada Pasukan Projek Khas 1, Pasukan Projek Khas 2,

Pasukan Projek Khas, Pengarah JKR Negeri atau Jurutera Daerah sahaja.

Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016 bertarikh 2 Mac 2016 mengenai

Pelantikan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P.) Dan

Wakil P.P. telah diedarkan berikutan penstrukturan semula

JKR. Surat Arahan ini menggantikan Surat Arahan KPKR Bil.

6/2009 bertarikh 2 September 2009.

Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan ini ianya dapat membantu dalam

penubuhan PPP (N) serta memperkukuh kerja pengawasan dan penyampaian projek

JKR Negeri dalam RMKe 11. Selain daripada itu ianya juga meningkatkan kepercayaan

agensi lain terhadap kemampuan jabatan.

Page 5: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

5 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

PENGHARGAAN

Dato’ Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 Ibu Pejabat JKR Malaysia Mohd Rahim bin Hj. Kawangit AMP Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Ir. Hj. Yaakob bin Abdul Latif Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat JKR Malaysia Tn. Hj. Roslan bin Abdul Ghani Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Norrasmi bin Mohamed Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Kompleks Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Ibu Pejabat JKR Malaysia Ir. Hj. Hashim bin Buyu Jurutera Awam Penguasa Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (C REaTE) Ibu Pejabat JKR Malaysia

Page 6: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

6 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Ir. Dr. Zarabizan bin Zakaria Jurutera Daerah Seremban JKR Negeri Semblian Ahmad Zaki bin Bahari Jurutera Mekanikal Penguasa Norikhwan bin Hj. Abu Seman Jurutera Awam Kanan Izzuadi bin Ishak Jurutera Awam Kanan Sailah binti Mohd. Jamil Jurutera Awam Hj. Aidi bin Hj. Abu Kassim Arkitek Mohd Ismade bin Ismail Jurutera Awam Khairol Faizal bin Amir Jurutera Elektrik Nur Hidayah binti Mohammed Rusly Jurutera Mekanikal ‘Ainaa’ Adilah binti Zulkadri Jurutera Elektrik Serta Penyumbang Lain Secara Langsung atau Tidak L angsung

Page 7: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

7 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

KANDUNGAN

Bil.

Perkara

Muka Surat

1.0 Pengenalan 10

1.1 Kenyataan Masalah 11

1.2 Cabaran Dalam RMKe11 11

1.3 Pendekatan Selama Ini 12

2.0 Tujuan & Objektif 12

2.1 Tujuan Garis Panduan 12

2.2 Objektif Penubuhan PPP (N) 13

2.3 Manfaat Penubuhan PPP (N) 13

3.0 Konsep PPP (N) 14

3.1 Kajian Awal 15

3.2 Asas Cadangan 15

3.3 Core Team PPP (N) & Tambah Sentara

3.3.1 Projek yang diselia oleh perunding (kontrak reka dan bina/

konvensional perunding)

16

3.4 Penempatan Semula Pegawai Sediada Dalam Core

Team PPP (N)

17

3.5 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Core Team

3.5.1 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional

Dalaman)

3.5.2 Peranan dan tanggungjawab utama (Reka & Bina)

3.5.3 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional

Perunding)

3.5.4 Keperluan Pegawai dan Peranan bagi projek dilaksanakan

secara Reka dan Bina/ Konvensional Perunding

19

19

22

22

3.6 Kriteria Pelaksanaan Projek 23

3.7 Penetapan Pegawai Penguasa (PP) dan Wakil

Pegawai Penguasa Utama (WPPU)

3.8 Pelaporan

3.9 Kaedah Pelaksanaan

3.10 Keperluan Asas PPP (N)

3.10.1 Tanggungjawab JKR Negeri

23

23

25

27

27

4.0 Mengukur Prestasi PPP (N) 28

5.0 Penutup

Rujukan

Glosari

28

31

32

Page 8: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

8 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Akronim & Singkatan

Akronim &

Singkatan

Keterangan

PPP(N) Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

RMKe11 Rancangan Malaysia Kesebelas

CDPK Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

CPAB Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

P.P. Pegawai Penguasa

W.P.P. Wakil Pegawai Penguasa

JAPK Jurutera Awam Penguasa Kanan

JAP Jurutera Awam Penguasa

JAK Jurutera Awam Kanan

JA Jurutera Awam

JMPK Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan

JMP Jurutera Mekanikal Penguasa

JMK Jurutera Mekanikal Kanan

JM Jurutera Mekanikal

JEPK Jurutera Elektrik Penguasa Kanan

JEP Jurutera Elektrik Penguasa

JEK Jurutera Elektrik Kanan

JE Jurutera Elektrik

A Arkitek

JUB Juruukur Bahan

KJEN Ketua Jurutera Elektrik Negeri

PBKP Pengurus Besar Kanan Pembinaan

PBP Pengurus Besar Pembinaan

Page 9: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

9 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Jadual & Gambarajah

Jadual & Gambar

Rajah

Tajuk Muka Surat

Gambar Rajah 1 Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred JUSA C

14

Gambar Rajah 2 Cadangan Carta Core Team Pengarah

Negeri Gred J54

15

Gambar Rajah 3 Konsep Core Team 16

Gambar Rajah 4 Konsep Core Team Penempatan

Semula Pegawai Sedia Ada

17

Gambar Rajah 5

Cadangan Carta Projek Yang Diselia

Oleh Perunding (Kontrak Reka Dan

Bina/ Konvensional Perunding)

20

Gambar Rajah 6 Strategi Pelaksanaan PPP (N) 24

Jadual 1 Cadangan perjawatan Core Team PPP

(N)

18

Jadual 2 Peranan dan Tanggungjawab Core

Team.(Konvensional Dalaman)

18 - 20

Jadual 3 Opsyen Pelantikan PP, WPPU, WPP

Pakar di JKR Negeri

23

Page 10: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

10 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

1.0 Pengenalan

Isu penyeliaan projek ditapak sering dibincangkan kerana ia

menentukan kejayaan mencapai objektif sesuatu projek. Aspek

sumber manusia menjadi penyumbang utama terhadap tugas-

tugas penyeliaan projek. Pelbagai model penyeliaan projek

telah digunapakai dalam projek-projek jabatan. Namun begitu

terdapat isu-isu kompetensi, pentadbiran kontrak, penutupan akaun

dan sebagainya yang masih tidak diatasi dengan sebaiknya.

Oleh itu, cadangan Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) (atau PPP(N))

telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan JKR Bil.

1/2016 pada 13 Januari 2016 dan Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil. 1/2016 pada

19 & 20 Januari 2016 dan diluluskan untuk pelaksanaan. Susulan daripada itu satu

Jawatankuasa Kerja Penubuhan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) telah ditubuhkan

pada 25 Februari 2016 bagi memastikan inisiatif baru ini dapat dilaksanakan dengan

teratur dan jayanya.

Garis Panduan PPP (N) ini menerangkan tatacara pelaksanaan penubuhan PPP (N) di

semua JKR Negeri. Garis Panduan ini mengandungi SOP, peranan dan carta alir. Garis

Panduan ini merupakan dokumen rujukan penempatan Pasukan Projek di dalam

pengurusan projek Persekutuan JKR. Dokumen ini telah disediakan oleh Bahagian

Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB),

Jabatan Kerja Raya selaku Urus Setia Jawatankuasa Kerja Penubuhan Pasukan Projek

Persekutuan (Negeri) dengan kerjasama beberapa Cawangan Sektor Pakar yang

berkaitan.

Page 11: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

11 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

1.1 Kenyataan Masalah

Susulan daripada penstrukturan semula JKR pada 2014, wujudnya jurang

terhadap peranan Pegawai Penguasa apabila Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat

JKR Malaysia tidak lagi dilantik menjadi Pegawai Penguasa (P.P.) projek.

Pengarah Negeri dibebani dengan tugas tambahan sebagai P.P. bagi projek-

projek yang masih di peringkat awal pembinaan dan juga projek-projek baru.

Dalam masa yang sama, penstrukturan semula tidak memperuntukkan

pertambahan pegawai yang seimbang bagi kerja-kerja menyelia pembinaan

projek-projek persekutuan di negeri.

Susulan daripada itu, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK)

menerima banyak permintaan bagi pewujudan pasukan projek daripada Sektor

Bisnes Ibu Pejabat JKR atau JKR Negeri. Permintaan mewujudkan pasukan projek

ini adalah secara ad hoc bagi penyeliaan peringkat pembinaan projek-projek

Persekutuan yang berskala besar/kompleks. Dalam hal ini, CDPK tidak berupaya

memenuhi kesemua permintaan tersebut disebabkan kekangan dalam bilangan

sumber manusia (kumpulan pengurusan dan professional dan sokongan).

Kesannya, kualiti kerja pembinaan menurun dan bilangan projek bermasalah

meningkat. Di samping itu, JKR menghadapi kesukaran di peringkat penutupan

akaun apabila pasukan projek dibubarkan sebaik sahaja projek siap.

1.2 Cabaran Dalam RMKe11

Dalam pelaksanaan projek RMKe11 dan projek sambungan RMKe10 pada

dasarnya P.P. terdiri sama ada daripada :-

i) Pengarah Projek Khas 1;

ii) Pengarah Projek Khas 2;

iii) Pasukan Projek Khas;

iv) Pengarah Negeri; dan

v) Jurutera Daerah.

Page 12: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

12 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Pasukan yang akan menyelia projek RMKe11 perlu mempunyai pasukan yang

mantap dan berprestasi tinggi bagi mempastikan projek dapat diserahkan dengan

kualiti yang tinggi dan menepati masa. Penempatan pegawai tambahan secara ad

hoc bagi menyelia projek perlu dikaji semula dan dioptimumkan berikutan beban

tugas Pengarah Negeri selaku Pegawai Penguasa dijangka meningkat.

1.3 Pendekatan Selama Ini

Peranan Pegawai Penguasa pada masa ini adalah dipertanggungjawabkan

kepada Pengarah Cawangan, Pasukan Projek Khas, Pengarah Negeri dan

Jurutera Daerah. Amalan ini telah menimbulkan isu seperti ketidakcukupan

pegawai penyelia tapak disebabkan :-

i) bilangan pegawai terhad;

ii) pegawai tambahan dihantar secara ad hoc tanpa membuat kajian

menyeluruh keperluan sebenar sesuatu projek;

iii) pegawai yang dihantar kurang sesuai dari segi kompetensi dan

pengalaman.

2.0 Tujuan & Objektif

Tujuan dan objektif Garis Panduan ini adalah seperti berikut :

2.1 Tujuan Garis Panduan

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan konsep, peranan dan

tanggungjawab serta strategi pelaksanaan penubuhan PPP(N). Garis Panduan ini

boleh diguna sebagai panduan oleh pejabat-pejabat yang terlibat dalam

pembentukan dan pelaksanaan penubuhan PPP(N) umpamanya, pihak BPSK,

CDPK, Pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat Portfolio JKR Negeri, Pengurus

Program di Cawangan-cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia di negeri-negeri dan

sebagainya.

Page 13: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

13 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

2.2 Objektif Penubuhan PPP (N)

Objektif PPP(N) ditubuhkan adalah memantapkan lagi kaedah atau mekanisme

pemantauan projek di JKR lanjutan daripada jurang yang wujud sebagai Pegawai

Penguasa akibat penstrukturan semula JKR. Pindaan kepada Surat Arahan KPKR

Bil. 6/2009 bertarikh 2 September 2009 iaitu Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016

bertarikh 2 Mac 2016 mengenai Pelantikan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

(P.P.) dan Wakil P.P. adalah dirujuk. (Lampiran A). Pelantikan P.P. kini adalah di

kalangan:

i. Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan Projek Khas

ii. Pengurus Besar Kanan (J54/J52) Pasukan Projek Khas,

iii. Pengarah Pasukan Projek Khas 1,

iv. Pengarah Pasukan Projek Khas 2,

v. Pengarah JKR Negeri

vi. Jurutera Daerah.

2.3 Manfaat Penubuhan PPP (N)

Penubuhan PPP(N) ini akan memberi manfaat seperti berikut:-

i) Penempatan pasukan penyeliaan yang kekal dan penggunaan sumber

manusia yang optima;

ii) Pemantauan projek dibawah pegawai kanan yang berpengalaman –

keputusan tepat dapat dibuat dengan cepat;

iii) Penyeliaan tapak lebih rapi, dilaporkan terus kepada Pengarah Negeri dan

Pengurus Program;

iv) Projek terus diurus dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan sehingga

penutupan akaun.

Page 14: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

14 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.0 Konsep PPP (N)

Cadangan carta organisasi bagi Core Team adalah diketuai oleh Pengurus Besar

Kanan Pembinaan Gred J54 bagi Pengarah Negeri Gred JUSA C, manakala

Pengurus Besar Kanan Pembinaan Gred J52 bagi Pengarah Negeri Gred J54.

Jawatan bagi ketua PPP(N) merupakan jawatan terbuka (Awam/Arkitek/Ukur

Bahan/Elektrik/Mekanikal). Sila rujuk Gambar Rajah 1 dan 2. Terdapat kumpulan

penyelia tapak yang diketuai oleh J48 (Awam) dan dibarisi oleh beberapa J44/41

dan J36/29. Pasukan disokong secara dalaman oleh J48 (Arkitek) dan J48 (Ukur

Bahan). Bagi perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal, seorang Jurutera

Mekanikal dan Elektrik J44/41 serta kakitangan sokongan diperuntukkan tetapi

diletak bawah pengawasan Ketua Jurutera Elektrik Negeri dan Ketua Penolong

Pengarah Mekanikal JKR Negeri.

Gambar Rajah 1 – Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred JUSA C

Page 15: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

15 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Gambar Rajah 2 – Cadangan Carta Core Team Pengarah Negeri Gred J54

3.1 Kajian Awal

Satu kajian awal mengenai beban tugas optimum bagi setiap Jurutera gred J44/41

telah dijalankan oleh Ir. Abu Bakar Bin Mohamed Said pada tahun 2013. Kajian

mendapati beban tugas yang optimum bagi setiap seorang Jurutera gred J44/41

ialah 3 bilangan projek. Kajian awal ini telah digunakan sebagai asas dalam

penentuan pasukan projek PPP (N).

3.2 Asas Cadangan

• Konsep penubuhan merujuk kepada perjawatan Pasukan Projek

Sabah.

• Struktur PPP (N) diletakkan di bawah pentadbiran Pengarah JKR

Negeri.

• Ketua PPP (N) dilantik sebagai Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai

Penguasa sekiranya Pengarah JKR Negeri adalah Pegawai Penguasa.

• Mewujudkan core team PPP (N). Bilangan ahli pasukan bertambah

melalui tambah sentara.

Page 16: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

16 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.3 Core Team PPP (N) & Tambah sentara

Bilangan projek optimum bagi setiap Jurutera J41/44 adalah 3 projek. Konsep

Core Team secara umumnya adalah di mana setiap satu projek diselia oleh

pegawai tapak JA29/36 yang diletakkan di bawah J41/44. Ciri-ciri Core Team

adalah seperti berikut:-

i) Pasukan yang kekal;

ii) Sentiasa dalam pengawasan pegawai kanan & berpengalaman

(J54/J52);

iii) Penggunaan sumber manusia dioptima;

iv) Kesinambungan kawalan dan pemantauan dalam tempoh liabiliti,

termasuk proses penutupan akaun;

v) Elemen tambah sentara

Bagi Pengarah Negeri gred Jusa C, Core Team PPP(N) adalah terdiri daripada

seorang (1) pegawai J54, dua (2) pegawai J48, tiga (3) pegawai J41/44 dan tiga

(3) pegawai J29/36. Manakala bagi Pengarah Negeri gred J54 Core Team

PPP(N) adalah terdiri daripada seorang (1) pegawai J52, dua (2) pegawai J48,

tiga (3) pegawai J41/44 dan tiga (3) pegawai J29/36.

Komposisi core team ini akan ditambah apabila beban kerja bertambah. Rujuk

Gambar Rajah 3.

Gambar Rajah 3 - Konsep Core Team

3.3.1 Projek yang diselia oleh perunding (kontrak reka da n bina/

konvensional perunding)

Page 17: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

17 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Dicadangkan struktur Pasukan Projek adalah setakat gred J41/44 dan tiada

keperluan penempatan pegawai gred JA29/36. (Rujuk item 3.5.4 dan Gambar

Rajah 5)

3.4 Penempatan Semula Pegawai Sediada Dalam Core Team PPP (N)

Pengisian perjawatan Core Team PPP (N) dibuat melalui penyusunan dan

pemadanan semula pegawai sedia ada dari projek lain di negeri berkenaan. Sila

rujuk Gambar Rajah 4 di bawah.

Gambar Rajah 4 - Konsep Core Team Penempatan Semula Pegawai Sedia Ada

Cadangan perjawatan Core Team PPP (N) boleh dirujuk kepada Jadual 1 yang

menerangkan jumlah ahli pasukan projek di Negeri berdasarkan Gred Pengarah

Negeri.

Jadual 1 : Cadangan perjawatan Core Team PPP (N)

Page 18: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

18 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.5 Peranan & Tanggungjawab

3.5.1 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional Dalaman)

Jadual 2 menerangkan peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team. Bagi projek-projek

konvensional dalaman, Penolong Jurutera dalam Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) berperanan sebagai Pegawai Tapak

Bina dan diletakkan di tapak projek secara sepenuh masa untuk tujuan penyeliaan.

Bil Gelaran Jawatan Gred

Jawatan

Peranan Tanggungjawab

1 Pengurus Besar Kanan

Pembinaan (Awam) J54/J52(A) Mengetuai Pasukan.

Bertindak sebagai Pegawai Penguasa

(PP) atau Wakil Pegawai Penguasa

(WPP) Utama

Mengurus penyeliaan kerja pembinaan dan pentadbiran kontrak bagi

projek bangunan persekutuan bernilai RM20j – RM250j/RM500j. Melapor kepada Pengarah Negeri dan Pengurus Program di IPJKR

2 Pengurus Besar

Pembinaan (Awam) J48 (A) Mengetuai unit penyeliaan.

Bertindak sebagai WPP Utama jika

Pengurus Besar Kanan Pembinaan

(Awam) adalah PP

Membantu Pengurus Besar Kanan Pembinaan (Awam) mengurus

penyeliaan kerja pembinaan dan pentadbiran kontrak bagi projek

bangunan persekutuan bernilai RM20j – RM250j/RM500j

3 Penolong Pengurus

Besar Pembinaan

(Awam)

J44/41(A) Bertindak sebagai Jurutera Penyelia

Tapak Bina Memantau dan mengawal penyeliaan kerja pembinaan bagi projek

bangunan persekutuan

4 Penolong Jurutera

(Awam) JA36/29(A) Bertindak sebagai Pegawai Tapak Bina Menyelia kerja-kerja pembinaan di tapak bagi projek bangunan

persekutuan

5 Arkitek Kanan J48 (Ar) Mengetuai Unit Arkitek dan

penyelaras rekabentuk projek.

Bertindak sebagai WPP (Arkitek)

Mengurus kerja-kerja berkaitan dengan senibina termasuk koordinasi

rekabentuk lukisan pembinaan senibina bersama dengan struktur, awam,

mekanikal dan elektrikal dan penyeliaan kerja senibina di tapak.

Page 19: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

19 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Bil Gelaran Jawatan Gred

Jawatan

Peranan Tanggungjawab

6 Arkitek J44/41 (Ar) Arkitek Penyelaras Rekabentuk Tapak

Bina Membantu mengurus kerja-kerja berkaitan dengan senibina termasuk

koordinasi rekabentuk lukisan pembinaan senibina bersama dengan

struktur, awam, mekanikal dan elektrikal dan penyeliaan kerja senibina di

tapak. 7 Penolong Pegawai

Senibina JA36/29

(Ar) Pegawai tapak bina (Senibina) Menyelia kerja-kerja senibina di tapak.

8 Juruukur Bahan Kanan J48 (UB) Mengetuai Unit Ukur Bahan dan

penasihat hal berkaitan dengan

kehendak kontrak. Bertindak sebagai

WPP (Ukur Bahan)

Mengurus prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran akhir/akaun

muktamad seperti penilaian kemajuan kerja dan Perakuan Bayaran

Interim termasuk Bayaran Pendahuluan dan Penyerahan Hak dan

sebagainya serta mengetuai keurusetiaan Jawatankuasa Perubahan

Kerja, Pihak Berkuasa Melulus Bagi WPS dan Jawatankuasa Perakuan

Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT). 9 Juruukur Bahan J44/41 (UB) Juruukur Bahan tapak bina Membantu mengurus prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran

akhir/akaun muktamad seperti penilaian kemajuan kerja dan Perakuan

Bayaran Interim termasuk Bayaran Pendahuluan dan Penyerahan Hak

dan sebagainya serta urus setia kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja,

Pihak Berkuasa Melulus Bagi WPS dan Jawatankuasa Perakuan

Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT). 10 Penolong Juruukur

Bahan JA36/29

(UB) Pegawai tapak bina (Ukur Bahan) Melaksana prosedur pentadbiran kontrak sehingga bayaran akhir/akaun

muktamad

11 Jurutera Elektrik J44/41 (E) Jurutera Penyelia Tapak Bina (Elektrik)

(KJEN sebagai WPP (Elektrik)) Menyelia kerja-kerja elektrik dibawah pengawasan pejabat Ketua

Jurutera Elektrik Negeri (KJEN) yang bertindak sebagai wakil KJEN Negeri.

Tugas termasuk menilai kemajuan kerja, menyedia Perakuan Bayaran

Interim dan mengurus perubahan kerja elektrik.

12 Penolong Jurutera

(Elektrik) JA36/29 (E) Pegawai tapak bina (Elektrik) Membantu menyelia kerja-kerja elektrik di tapak.

Page 20: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

20 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Bil Gelaran Jawatan Gred

Jawatan

Peranan Tanggungjawab

13 Jurutera Mekanikal J44/41(M) Jurutera Penyelia Tapak Bina

(Mekanikal)

(Jurutera Mekanikal Negeri sebagai

WPP (Mekanikal))

Menyelia kerja-kerja mekanikal dibawah pengawasan pejabat Ketua

Jurutera Mekanikal Negeri yang bertindak sebagai wakil Jurutera

Mekanikal Negeri. Tugas termasuk menilai kemajuan kerja, menyedia

Perakuan Bayaran Interim dan mengurus perubahan kerja mekanikal.

14 Penolong Jurutera

(Mekanikal) JA36/29

(M) Pegawai tapak bina (Mekanikal) Membantu menyelia kerja-kerja mekanikal di tapak.

Jadual 2 : Peranan dan Tanggungjawab Core Team.(Konvensional Dalaman)

Gambar Rajah 5 : Cadangan Carta Projek yang diselia oleh perunding (Kontrak Reka dan Bina/ Konvensional Perunding)

Page 21: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

21 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.5.2 Peranan dan tanggungjawab utama (Reka & Bina)

Bagi projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team

adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina JKR 2007. Sila rujuk Arahan KPKR

Pemakaian Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina JKR Rujukan ( 34 )dlm.JKR.KPKR.020.050/03

Klt.7 bertarikh 5 Mac 2007.

3.5.3 Peranan dan tanggungjawab utama (Konvensional Perunding)

Bagi projek Konvensional Perunding pula peranan dan tanggungjawab utama bagi setiap ahli pasukan core team berdasarkan

TOR (Terms of Reference) dan CSA (Consultancy Service Agreement) perunding.

3.5.4 Keperluan Pegawai dan Peranan bagi projek dil aksanakan secara Reka dan Bina/ Konvensional Perund ing

Bagi projek-projek yang diselia oleh perunding (Kontrak Reka dan Bina/ Konvensional Perunding) pegawai JKR dalam

Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) berperanan sebagai Pegawai Audit dan bukannya sebagai Pegawai Tapak Bina dan

dengan demikian tiada keperluan untuk meletakkan mereka di tapak projek secara sepenuh masa untuk tujuan penyeliaan.

Oleh yang demikian bagi projek-projek sebegini, struktur Pasukan Projek adalah setakat gred J41/44 dan tiada keperluan

penempatan pegawai gred JA29/36.

Page 22: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

22 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.6 Kriteria Pelaksanaan Projek

PPP (N) melaksanakan projek sebagai mana di bawah :

i) Projek yang diselia adalah projek persekutuan mengikut had P.P. yang

ditetapkan (RM20j hingga RM500j). Sila rujuk Gambar Rajah 5.

ii) Projek yang bernilai dari RM20j hingga RM250j adalah bagi Pengarah

Negeri Gred J54. Manakala projek bernilai RM20j hingga RM500j adalah

bagi Pengarah Negeri Gred JUSA C.

iii) Jurutera Daerah dilantik sebagai P.P. bagi projek bernilai kurang daripada

RM20j. Bagi projek lebih RM20j, Ketua PPP(N) dilantik sebagai P.P. atau

W.P.P. Utama bagi meringankan beban Jurutera Daerah.

iv) Apabila bebanan kerja di Jurutera Daerah dan PPPN melebihi norma yang

ditetapkan, proses redeployment sumber manusia perlu dilaksanakan.

v) Projek yang bernilai di luar had P.P. PPP (N) akan diselia oleh Pasukan

Projek Khas 1, Pasukan Projek Khas 2 atau Pasukan Projek Khas.

3.7 Penetapan Pegawai Penguasa (PP) dan Wakil Pega wai Penguasa

Utama (WPPU)

Berdasarkan kepada Surat Arahan KPKR Bil. 7 Tahun 2016, terdapat beberapa

opsyen bagi menentukan pegawai penguasa/pengarah projek dan wakil pegawai

penguasa/pengarah seperti di Lampiran B.

Khusus bagi JKR Negeri, opsyen bagi pelantikan Pegawai Penguasa, Wakil

Pegawai Penguasa dan WPP Pakar adalah seperti berikut:-

Page 23: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

23 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Opsyen Pegawai

Penguasa

WPP

Utama

WPP

Pakar (Ar)

WPP

Pakar

(UB)

WPP

Pakar

(Elek)

WPP

Pakar

(Mek)

Nilai Projek

1 Pengarah Negeri (JUSA)

PBKP PPP(N)

J54

PBP (Ar) PPP(N) J48

PBP (UB) PPP(N)

J48

KJE Negeri

KJM Negeri

Nilai Projek sehingga

RM500j (sivil), RM100j (bgn)

2 Pengarah

Negeri (J54/52)

PBKP PPP(N)

J52

PBP (Ar) PPP(N)

J48

PBP (UB) PPP(N)

J48

KJE Negeri

KJM Negeri

Nilai Projek sehingga

RM250j (sivil), RM100j (bgn)

3 Pengarah

Negeri (JUSA/J54/52)

Jurutera Daerah

AP/AK Arkitek JKR

Negeri

JUBP/JUBK Ukur Bahan JKR

Negeri

KJE Negeri

KJM Negeri

Nilai Projek sehingga

RM250j (sivil), RM100j (bgn)

4 PBKP

PPP(N) J54/52

PBP PPP(N)

J48

PBP (Ar) PPP(N)

J48

PBP (UB) PPP(N)

J48

KJE Negeri

KJM Negeri

Nilai Projek sehingga

RM250 juta (sivil), RM100j

(bgn)

5 Jurutera Daerah

Jurutera Bangunan/

Jalan Daerah

AP/AK Arkitek JKR

Negeri

JUBP/JUBK Ukur Bahan JKR

Negeri

KJE Negeri

KJM Negeri

Nilai Projek sehingga RM20j

Jadual 3 : Opsyen Pelantikan PP, WPPU, WPP Pakar di JKR Negeri

Bagi projek-projek yang melebihi had nilai Pengarah Negeri untuk dilantik sebagai

Pegawai Penguasa, projek dicadangkan diselia oleh Pasukan Projek Khas yang

diketuai oleh;

i. pegawai JUSA C (WPPU bagi projek bernilai sehingga RM750 juta) atau

ii. J54/52 (WPPU bagi projek bernilai sehingga RM500 juta).

Strategi pelaksanaan dijelaskan dalam Gambar Rajah 6 dibawah:

Page 24: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

24 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Gambar Rajah 6 : Strategi Pelaksanaan PPP (N)

3.8 Pelaporan

Selaku Pengurus Fasa Pembinaan, Ketua PPP(N) hendaklah melapor

kemajuan projek dan hal-hal berkaitan dengan projek kepada:

a) Pengarah JKR Negeri melalui pejabat Portfolio Negeri dan

b) Pengurus Program di Cawangan berkaitan di Ibu Pejabat JKR

Pelaporan hendaklah secara berkala sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

Pengarah JKR Negeri atau Pengurus Program di Cawangan, Ibu Pejabat JKR.

3.9 Kaedah Pelaksanaan

Dalam merealisasikan penubuhan PPP (N) JKR Negeri perlu mengambil langkah-

langkah berikut :

i) Tentukan Core Team

• Perlu dikenalpasti Pengurus Besar Kanan Pembinaan sama ada J54/52

(Awam, Elektrik, Mekanikal, Arkitek atau Ukur Bahan)

Page 25: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

25 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

ii) Membuat kajian terhadap senarai projek dan P.P. yang sedia ada

• Senaraikan semua projek yang diselia oleh JKR Negeri dan pegawai

penguasa bagi setiap projek

• Kenalpasti projek-projek yang akan diletakkan di bawah PPP (N).

• Utamakan projek-projek Persekutuan

iii) Penetapan ahli pasukan

• Tetapkan ahli-ahli pasukan berdasarkan kepada model core team PPP(N)

mengikut gred jawatan Pengarah Negeri (Rujuk Jadual 1 : Komposisi PPP

(N))

iv) Pemadanan pegawai

• Membuat pemadanan dan penyusunan semula bagi pegawai sedia ada

untuk ditempatkan di Negeri yang sama beliau bertugas dan mengenalpasti

perjawatan tambahan bagi tujuan pengisian kekosongan oleh CDPK.

v) Mendapatkan kelulusan Pengarah CDPK terhadap cadangan struktur Pasukan

Projek Persekutuan (Negeri)

vi) CDPK mengeluarkan surat penempatan pegawai ke PPP(N)

vii) Jawatan tambah sentara (Jika perlu)

• Sekiranya terdapat pertambahan (lebihan) projek berbanding pegawai sedia

ada di core team PPP (N) diwujudkan jawatan berdasarkan tambah sentara

seperti perkara 3.3 item (e) (Rujuk Gambar Rajah 3)

• Pohon jawatan tambah sentara kepada CDPK.

• Cadangan penempatan pegawai dalam PPP (N) hendaklah dikemukakan

kepada BPSK, CDPK

viii) Penempatan semua ahli pasukan akan diputuskan oleh CDPK dalam

Mesyuarat Panel Sumber Manusia

• Surat lantikan/penempatan pegawai dikeluarkan untuk pegawai melapor diri

kepada Pengarah JKR Negeri

ix) Surat pelantikan semula Pegawai Penguasa dan Wakil Pegawai Penguasa

Utama dan sebagainya akan dikeluarkan oleh Pengurus Program projek

berkaitan

x) Kursus khas bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan ahli pasukan

PPP(N) akan dijalankan bagi memastikan semua ahli pasukan faham akan

peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing

Page 26: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

26 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

3.10 Keperluan Asas PPP (N)

Memandangkan PPP (N) merupakan pasukan tambahan kepada struktur JKR

Negeri, keperluan asas perlu disediakan untuk membolehkan PPP (N) berfungsi

dengan lancar dan berkesan. Antara keperluan asas yang perlu disediakan oleh

pentadbiran JKR Negeri adalah seperti berikut :

i) Ruang Pejabat;

ii) Perabot dan Peralatan Pejabat (komputer, mesin pencetak, dll);

iii) Kenderaan

3.10.1 Tanggungjawab JKR Negeri

Pegawai yang menganggotai PPP (N) merupakan pegawai perjawatan

pengurusan projek. Peruntukan emolumen dan elaun dari Ibu Pejabat JKR

Malaysia . Walaubagaimanapun urusan pembayaran oleh JKR Negeri

dilaksanakan melalui sub waran yang dihantar.

Segala urusan berkaitan tadbir urus (cuti, tuntutan, buku perkhidmatan, dsb.) juga

adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran JKR Negeri.

Page 27: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

27 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

4.0 Mengukur Prestasi PPP (N)

Sebelum PPP (N) memula tugas di JKR Negeri, satu kajian mengukur prestasi

PPP (N) bagi projek-projek yang diselia dijalankan. Kajian pengukuran prestasi

yang sama akan dijalankan selepas enam (6) bulan pertama penubuhan PPP (N),

dan seterusnya bagi setiap 6 bulan selepas itu. Tujuannya kajian ini dijalankan

adalah untuk memastikan PPP (N) benar-benar dapat memberi impak dalam

usaha menambahbaik penyampaian projek di JKR Negeri

Untuk itu, Ketua CPAB Negeri hendaklah menjalankan kajian dan analisis

terhadap hasil pengukuran prestasi PPP(N) bagi mendapatkan

a. Peratus peningkatan atau pengurangan projek lewat/sakit;

b. Peningkatan atau pengurangan isu-isu berulang yang dikaitkan dengan

teguran audit;

c. Tahap kepuasan pelanggan & pengurusan atasan JKR Negeri.

Metodologi dan alat yang boleh digunakan adalah temuramah, borang soal selidik,

laporan kemajuan projek, SKALA dan sebagainya.

Seterusnya, Ketua CPAB Negeri hendaklah menyediakan laporan kajian

keberkesanan dan syor penambahbaikan terhadap PPP (N) kepada BPSK, CDPK

dan BPPK, CPAB. Hasil daripada laporan keberkesanan ini, tindakan

penambahbaikan penubuhan dan pelaksanaan PPP (N) akan disyorkan kepada

pengurusan atasan JKR untuk dilaksanakan terhadap PPP (N) yang akan datang.

5.0 Penutup

Garis Panduan ini berpandukan kepada persetujuan awal Mesyuarat JPP. Ianya

akan dipinda dari masa ke semasa berdasarkan kajian semula dan syor

penambahbaikan. Ini bagi meningkatkan keberkesanan PPP (N) dalam

penyampaian projek dan ekspektasi pelanggan.

Page 28: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

28 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Lampiran ‘A’

PENENTUAN PEGAWAI PENGUASA /PENGARAH PROJEK

Bil. Jawatan

Nilai Kontrak

Pegawai Penguasa

(Konvensional)

Pengarah Projek

(Reka dan Bina)

1. KPKR Melebihi RM750 juta Melebihi RM750 juta

2. TPKPKR Sehingga RM750 juta (melebihi

RM750 juta atas budibicara KPKR)

Sehingga RM750 juta (melebihi

RM750 juta atas budibicara KPKR)

3. Pengarah Pembinaan

(JUSA)

Sehingga RM500 juta Sehingga RM500 juta

4. Pengarah Negeri/

Wilayah/ Unit Khas

(JUSA)

Sehingga RM500 juta Projek Sivil sehingga RM500 juta

Projek Bangunan sehingga RM100

juta

5. Pengurus Besar

Kanan Pembinaan

PPK (J54/J52)

Sehingga RM250 juta Sehingga RM250 juta

6. Pengarah Negeri/

Wilayah/ Unit Khas

(selain JUSA)

Sehingga RM250 juta Projek Sivil sehingga RM250 juta

Projek Bangunan sehingga RM100

juta

7. JMPK/JMP/JMK

(Mek) Negeri atau

JEPK/JEP/JEK (Elek)

Negeri

Sehingga RM20 juta bagi kontrak di

mana JMPK/JMP/JMK (Mek) Negeri

atau JEPK/JEP/JEK (Elek) Negeri

menjadi P.P.

Sehingga RM20 juta bagi:

(i.) kontrak di mana JMPK/JMP/JMK

(Mek) Negeri atau JEPK/JEP/JEK

(Elek) Negeri menjadi P.P.

(ii) kontrak penyenggaraan bagi kerja

pakar di mana JMPK/JMP/JMK (Mek)

Negeri atau JEPK/JEP/JEK (Elek)

Negeri menjadi P.P.(melebihi RM20

juta atas budibicara KPKR)

8. Jurutera Daerah

/Jajahan/ Wilayah

(Dengan Persetujuan

Pengarah Negeri)

Sehingga RM20 juta

-

9. JAPK/JAP/JAK di

peringkat Wilayah

Persekutuan

Sehingga RM20 juta

-

Nota:

Sebarang pengecualian daripada jadual di atas hendaklah mendapat kelulusan KPKR

Page 29: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

29 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Lampiran ‘B’

Opsyen Bagi Penentuan Pegawai Penguasa Dan Wakil Pe gawai Penguasa

(WPP) Utama Mengikut Had Nilai Projek

Nilai Projek No.

Opsyen Pegawai Penguasa Wakil Pegawai Penguasa Utama

Melebihi RM750 juta

1

KPKR

TKPR

2 Pengarah Projek Khas (Bangunan/Jalan)

3 Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan

Projek Khas (PPK)

Sehingga RM750 juta

4

TKPR

Pengarah Projek Khas (Bangunan/Jalan)

5 Pengarah Pembinaan (JUSA C) Pasukan Projek Khas (PPK)

6 Pengarah Negeri/Wilayah/Unit Khas

(JUSA)

Sehingga RM500 juta

(semua)

Sehingga RM100 juta

(R&B bangunan)

7

Pengarah (JUSA C)

• Pasukan Projek Khas 1

• Pasukan Projek Khas 2

• Pembinaan Pasukan Projek

Khas (PPK)

Pengurus Besar Kanan Pembinaan

PKB/PKJ/PPK (J54/J52)

8

Pengarah Negeri/Wilayah/Unit

Khas (JUSA)

KPPK/KPP Bangunan/Jalan

9 Pengurus Besar Kanan Pembinaan PPP

(N) J54

10 Jurutera Daerah

Sehingga RM250 juta

(semua)

Sehingga RM100 juta

(R&B bangunan )

11

Pengarah Negeri/Wilayah/Unit

Khas (e.g. KESEDAR) (J54/J52)

KPP/PPK Bangunan/Jalan

12 Pengurus Besar Kanan Pembinaan PPN

(N) J52

13 Jurutera Daerah

Sehingga RM250 juta

(semua)

14 Pengurus Besar Kanan

Pembinaan PPP (N) J54

Pengurus Besar Pembinaan PPP (N)

(J52/J48)

15 Pengurus Besar Kanan

Pembinaan PPK (J54/J52)

Pengurusan Besar Pembinaan PPK

(J52/J48)

Sehingga RM20 juta

16 JMPK/JMP/JMK (Mek) atau

JEPK/JEP/JEK (Elek) Negeri

JMP/JMK/Jurutera Mekanikal atau

JEP/JEK/Jurutera Elektrik

17 Jurutera Daerah Jurutera Bangunan/Jalan

18 JAPK/JAP/JAK di Wilayah

Persekutuan JAP/JAK/JA

Page 30: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

30 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Rujukan

1. Surat Arahan KPKR Bil. 7/2016 bertarikh 2 Mac 2016

2. Surat Arahan KPKR Ruj. (34)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt.7 bertarikh

5 Mac 2007

3. Surat Arahan SAKPKR Bil.21/2016 bertarikh 14 November 2016.

4. Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka & Bina JKR

bertarikh 5 Mac 2007

5. Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2016

Page 31: GARIS PANDUAN PENUBUHAN PASUKAN PROJEK …epsmg.jkr.gov.my/images/2/2a/GP_PPPN_100717.pdf4 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri) PRA KATA Tujuan Garis Panduan ini adalah

31 | Garis Panduan Pasukan Projek Persekutuan (Negeri)

Glosari

1. Kompetensi kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap

atau dengan jayanya

2. Tambah Sentara ahli pasukan yang ditambah untuk keperluan sementara

3. ad hoc bukan sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal

4. Core Team pasukan teras yang merangkumi beberapa ahli pasukan asas penting dari setiap

disiplin

5. Redeployment penugasan semula tenaga kerja

6. Metodologi sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu

kegiatan, disiplin