23
GARIS PANDUAN SISTEM KREDIT KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA 1. Pengenalan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang telah diluluskan oleh Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) pada 14 Januari 2005 merupakan titik rujukan dan persefahaman bersama yang jelas dan telus tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia. Kredit merupakan satu daripada kriteria MQF bagi membangun dan mengklasifikasikan kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. Ia menjelaskan keupayaan bagi tahap-tahap kelayakan, hasil pembelajaran bidang dan program serta profil kelayakan yang termasuk tujuan dan sifat kelayakan. Kriteria ini dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras mengikut amalan antarabangsa seperti European Credit Transfer System (ECTS) dan UK Credit System. Sistem kredit yang dipakai sekarang adalah berdasarkan jam kontak yang dikira mengikut jam pengajaran seminggu dalam sesuatu semester dan tidak mengambil kira pembelajaran sendiri yang perlu dilakukan oleh pelajar secara sistematik. Belum ada panduan yang diterima oleh semua pihak dalam menetapkan masa pembelajaran sendiri bagi setiap jam pertemuan. Masing-masing pemberi pendidikan tinggi menetapkan

Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bengkel Penulisan Hasil Pembelajaran di Hotel Everly Resort, Melaka pada 19-22 Jan 2009.

Citation preview

Page 1: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

GARIS PANDUAN SISTEM KREDITKERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA

1. Pengenalan

Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF)

yang telah diluluskan oleh Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) pada 14

Januari 2005 merupakan titik rujukan dan persefahaman bersama yang jelas dan

telus tentang Kelayakan Pengajian Tinggi yang dianugerah di Malaysia. Kredit

merupakan satu daripada kriteria MQF bagi membangun dan mengklasifikasikan

kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. Ia

menjelaskan keupayaan bagi tahap-tahap kelayakan, hasil pembelajaran bidang

dan program serta profil kelayakan yang termasuk tujuan dan sifat kelayakan.

Kriteria ini dipersetujui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras mengikut amalan

antarabangsa seperti European Credit Transfer System (ECTS) dan UK Credit

System.

Sistem kredit yang dipakai sekarang adalah berdasarkan jam kontak yang dikira

mengikut jam pengajaran seminggu dalam sesuatu semester dan tidak mengambil

kira pembelajaran sendiri yang perlu dilakukan oleh pelajar secara sistematik.

Belum ada panduan yang diterima oleh semua pihak dalam menetapkan masa

pembelajaran sendiri bagi setiap jam pertemuan. Masing-masing pemberi

pendidikan tinggi menetapkan jam kredit mengikut tafsiran mereka. Justeru sistem

kredit di sesebuah institusi pendidikan sukar diterima pakai di institusi lain.

Keadaan ini juga tidak membantu memudahkan proses pengumpulan dan

pemindahan kredit.

Bagi merealisasikan hasrat menyediakan laluan pendidikan yang menghubung

kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik dan bagi membolehkan

individu yang ingin memajukan diri dalam pendidikan tinggi mendapat faedah

melalui persefahaman tentang kredit, MQF menyediakan satu garis panduan

pengiraan kredit berdasarkan hasil pembelajaran program pengajian yang

berkenaan.

Page 2: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Adalah diharapkan pemberi pendidikan menggunakan garis panduan ini sebagai

rujukan ketika merekabentuk kurikulum, menetapkan beban pembelajaran yang

sesuai mengikut bidang, program dan kursus pengajian, serta ketika

mempertimbangkan keperluan individu pelajar yang berbeza-beza kebolehan agar

mereka mendapat faedah yang optimum daripada jumlah kredit yang diambil pada

setiap semester.

2. Definisi Istilah

2.1 Kredit

Kredit ialah pengukur kuantitatif yang melambangkan volum atau beban

pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pernyataan tentang perkara yang pelajar dikehendaki mengetahui,

memahami dan boleh melakukan setelah selesai sesuatu tempoh

pembelajaran. Hasil pembelajaran dinyatakan pada tiga peringkat, iaitu

peringkat tahap kelayakan, peringkat bidang dan peringkat program

pengajian.

2.3 Beban Pembelajaran

Pengukur kuantitatif semua kegiatan pembelajaran yang diperlukan untuk

mencapai hasil pembelajaran. Contohnya menghadiri kuliah, tutorial dan

seminar, menjalankan kerja amali, latihan praktikal, belajar sendiri, mencari

maklumat, membuat kajian, menjalani kerja lapangan, membuat

persediaan untuk peperiksaan, menyiapkan kerja kursus dll.

2.4 Tahap Kelayakan

Merupakan peringkat anugerah yang dihuraikan dengan hasil-hasil generik

atau penghurai kelayakan yang mencirikan kelayakan-kelayakan tipikal di

dalamnya. Setiap tahap hasil generik membezakan keupayaan pelajar dari

segi kedalaman dan kompleksiti ilmu serta pemahamannya, aplikasi

2

Page 3: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

pengetahuan dan kemahiran, darjah autonomi dan kreativiti dalam

membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, keluasan dan

kecanggihan amalan dan sebagainya.

2.5 Bidang

Bidang pengajian adalah merujuk kepada jurusan pengajian yang

ditetapkan berdasarkan disiplin ilmu tertentu. Contohnya bidang sains,

teknologi, sains sosial, sastera, kemanusiaan, perubatan, kejururawatan,

kejuruteraan, ekonomi, perakaunan, seni halus dsb. Bidang biasanya

menentukan tumpuan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai dalam

sesuatu program pengajian.

2.6 Program

Program pengajian adalah merujuk kepada semua komponen kursus, unit

atau modul pembelajaran yang menstruktur hasil pembelajaran dan

membawa kepada gelaran kelayakan. Contoh: Sijil Penguirusan Pejabat,

Diploma Sains Kesetiausahaan, Bacelor Pengurusan Perniagaan

Antarabangsa dengan Kepujian, dsb.

3. Matlamat Sistem Kredit

Antara lain, matlamat sistem kredit MQF ialah:

i. Menangani ketidakseragaman sistem kredit sedia ada

Ketidakseragaman amalan pengiraan dan penetapan kredit menyukarkan

penyetaraan dan nilai taraf program dan kursus, hubungkait dan

pemindahan kredit dan pengiktirafan pengetahuan dan kemahiran yang

terkumpul dari pengalaman kerja dan pembelajaran seseorang pelajar.

Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, ketidakseragaman ini

menyukarkan proses pengiktirafan pengalaman pembelajaran terdahulu

(RPL).

3

Page 4: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

ii. Meningkatkan fleksibiliti

Berbanding sistem kredit berdasarkan jam pertemuan yang terikat dengan

jumlah minggu pengajian dalam sesuatu semester, sistem kredit

berasaskan beban pembelajaran lebih bersifat student centered. Justeru

sistem ini mengambil kira keanjalan dan autonomi kepada pemberi

pendidikan tinggi dari segi menentukan tempoh semester dan bilangan

semester setahun, mengatur pendekatan dan strategi penyampaian seperti

secara sepenuh atau separuh masa atau jarak jauh; menentukan kaedah

pengajaran dan pembelajaran termasuk e-pembelajaran dan lain-lain

kaedah inovatif yang sesuai. Oleh yang demikian, sistem kredit MQF adalah

mendokong proses pembelajaran sepanjang hayat yang dilalui secara

formal, informal dan non-formal.

iii. Mempraktik autonomi akademik

Dari segi amalan autonomi akademik, pemberi pendidikan tinggi bebas

menentukan jumlah kredit yang wajar bagi sesuatu program dan untuk

setiap unit atau mata pelajaran yang ditawarkan. Matlamat sesuatu program

ditunjukkan secara spesifik dalam bentuk hasil pembelajaran. Misalnya, bagi

mencapai hasil pembelajaran keusahawanan, ada IPT yang mengadakan

kursus keusahawanan dan ada yang menempatkan pelajar di tempat kerja.

Hasil pembelajaran generik seperti kemahiran berfikir secara kritikis dan

kreatif boleh dicapai melalui pembelajaran berasaskan masalah (PBL)

seperti yang banyak diamalkan dalam program pengajian bidang

profesional. Menerusi Program Perubatan hasil pembelajaran akauntabiliti

sosial boleh dicapai dengan mengadakan kursus ”Kesihatan Masyarakat”

atau ”Perubatan Sosial” yang banyak bergantung kepada ”role modeling”.

Kaedah ini juga sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran profesionalisme

dan tingkah laku beretika.

iv. Menjejak perkembangan sistem kredit antarabangsa

Konsep kredit berasaskan usaha pembelajaran pelajar untuk mencapai

hasil pembelajaran tertentu, juga diguna pakai di kebanyakan negara-

negara lain di dunia. Ia termasuk negara-negara Kesatuan Eropah (United

Kingdom dan Ireland merupakan pengerak utama), Australia, New Zealand,

4

Page 5: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

dan Afrika Selatan. Kesatuan Eropah memasukkan definisi kredit ke dalam

Kerangka Kelayakan Eropah yang sudah pun diterima dalam Lisbon

Convention, iaitu konvension yang dianjurkan oleh UNESCO.

v. Memudahkan pemindahan kredit

Penggunaan definisi dan sistem yang sama membolehkan kredit diguna

pakai sebagai “mata wang ilmu” (knowledge currency) yang memudahkan

mobiliti pelajar di dalam dan di antara negara. Contohnya, semenjak

Sistem Pemindahan Kredit Eropah (ECTS) dilaksanakan, lebih sejuta

pelajar yang terlibt dengan amalan sistem ini telah mendapat faedah

memindahkan kredit pembelajaran mereka di institusi-institusi pendidikan

tinggi di Eropah.

vi. Meningkatkan kesefahaman

Penyeragaman sistem kredit membolehkan tercapainya kesefahaman

tentang makna nilai kredit dari segi menetapkan beban pembelajaran yang

diperlukan untuk mencapai sesuatu set hasil pembelajaran. Perkara ini

memudahkan urusan penyetaraan dan nilaitaraf program/kursus pengajian

dan pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman terkumpul dalam konteks

pembelajaran sepanjang hayat.

vii. Mengambil kira beban pembelajaran seminggu

Dari sudut pelajar, penetapan kredit minimum seminggu membolehkan

pelajar tidak terlalu terbeban dengan kerja pembelajaran. Pelajar boleh

mengaturkan jumlah kredit yang sesuai dengan kemampuan masing-

masing. Kefleksibelan ini akan mewujudkan suasana lebih selesa kepada

pelajar mengalami aktiviti pembelajaran mereka dan mencapai hasil

pembelajaran yang ditetapkan. Keselesaan belajar adalah penting untuk

mengembang dan meningkatkan kualiti pelajar.

5

Page 6: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

vii. Memantapkan tujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan

Implikasi dasar menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan serantau dan global, maka intensiti kemasukan pelajar luar dan

mobiliti guru / tenaga akademik, penyelidik dan pekerja sektor pendidikan

khususnya, semakin meningkat. Justeru, usaha mengiktiraf dan menyama

taraf kelayakan merentasi sempadan negara, kian diperlukan. Penggunaan

sistem kredit yang seragam di kalangan semua pemberi pendidikan tinggi

adalah antara usaha yang selari dengan senario tersebut.

4. Hasil Pembelajaran dan Penetapan Kredit

Dalam MQF hasil pembelajaran dan penetapan kredit adalah dua perkara penting

yang amat berkaitan. Hasil pembelajaran menggariskan perkara yang sepatutnya

pelajar peroleh dan kuasai selepas tamat sesuatu unit kursus dan selepas tamat

mengikuti program pengajian. Kredit merupakan anggaran masa, jenis aktiviti dan

beban pembelajaran yang perlu dialami oleh seseorang pelajar bagi

membolehkannya mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Sekiranya hasil

pembelajaran itu memerlukan pelajar memahami sesuatu konsep, maka pelajar

perlu mengalami pembelajaran mendaptkan maklumat yang mencukupi, contoh

yang relevan dan situasi yang membolehkannya dapat membina tanggan yang

betul bagi konsep yang dimaksudkan.

4.1 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan rujukan utama bagi standard dan kualiti

serta pembangunan kurikulum dari segi kandungan, sistem penyampaian,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penetapan kredit dan penaksiran

pencapaian pelajar. Dalam MQF hasil pembelajaran dinyatakan pada tiga

peringkat, iaitu:

i. peringkat tahap iaitu sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan

doktor falsafah.

ii. peringkat bidang, contoh: Perubatan, Kejururawatan,

Perakaunan, Seni Bina, Kejuruteraan.

6

Page 7: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

iii. peringkat program, contoh: Sijil Pengurusan Pejabat, Diploma

Perniagaan Tani, Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan,

Sarjana Pengurusan Perniagaan.

MQF mencadangkan lapan domain pembelajaran yang penting bagi

Malaysia. Berdasarkannya, hasil pembelajaran boleh dijana mengikut

tahap, bidang dan program pengajian, serta diterjemahkan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap kursus atau unit

kursus pengajian. Domain tersebut ialah:

i. pengetahuan ilmu bidang

ii. kemahiran praktikal

iii. kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial

iv. nilai, sikap dan keprofesionalan

v. komunikasi, kepimpinan dan kemahiran berpasukan

vi. penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik

vii. pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang

hayat

viii. kemahiran mengurus dan keusahawanan

Berdasarkan lapan domain pembelajaran tersebut, jawatankuasa

kurikulum yang lazimnya diwakili pihak berkepentingan dari kalangan

akademia, industri, profesion, majikan, Kerajaan dan pihak lain yang

relevan, boleh merancang dan menetapkan hasil pembelajaran yang

sesuai mengikut tahap, bidang dan program pengajian yang akan

ditawarkan oleh pemberi pendidikan berkenaan.

Hasil pembelajaran adalah menekankan kepada “pelajar dan aktiviti

belajar”, iaitu menitikberatkan pencapaiannya di samping cara

mencapainya. Justeru kaedah mencapai hasil pembelajaran tidak terbatas

kepada interaksi pengajaran formal sahaja, tetapi ia membuka ruang

kepada penaksiran dan pengiktirafan pengetahuan dan pengalaman yang

diperoleh melalui aktiviti belajar sendiri yang dirancang sendiri, bersama

pengajar dan bersama kumpulan. Oleh yang demikian, pengiraan kredit

7

Page 8: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

hendaklah mengambil kira semua beban dan pengalaman pembelajaran

yang sepatutnya dilalui oleh pelajar yang mengikuti sesuatu program

pengajian.

4.2 Kredit Minimum Tahap

Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) telah menetapkan kredit

minimum bagi tahap-tahap kelayakan seperti yang ditunjukkan dalam

jadual 1.

Jadual 1: Jumlah Kredit Minimum Mengikut Tahap Kelayakan

Tahap Kredit Minimum

PhD Tidak ditaraf kredit

Sarjana 40

Sarjanamuda (Kepujian) 120

Diploma lanjutan 40

Diploma 90

Sijil 60

Sijil kemahiran 1, 2 & 3 Berasas kemahiran

Bagi kursus-kursus lain, misalnya kursus persediaan asas (foundation)

MQF menetapkan kredit minimumnya ialah 50 kredit.

4.3 Kredit Minimum Bidang Pengajian

MQF menetapkan bahawa kredit minimum sesuatu bidang Pengajian

adalah boleh lebih tetapi tidak boleh kurang daripada kredit minimum tahap

kelayakan. Sebagai contoh, bagi program sarjana muda (kepujian) ia tidak

boleh kurang daripada 120 kredit. Seterusnya, kredit minimum adalah

berbeza antara bidang ke bidang. Misalnya, bagi bidang Sarjana Muda

Kejuruteraan, kredit minimumnya adalah lebih tinggi daripada bidang

Sarjana Muda Ekonomi. Sebaliknya, kredit minimum bidang Sarjana Muda

Pengurusan Perniagaan sepatutnya lebih rendah berbanding kredit

minimum Sarjana Muda Perakaunan.

8

Page 9: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Kredit minimum bidang ditetapkan berdasarkan standard bidang dan

ditentukan oleh jawatankuasa teknikal disiplin bidang berkaitan. Keahlian

jawatankuasa ini seharusnya mewakili pemilik berkepentingan dari

kalangan akademia, sektor industri, jenis profesion, majikan, Kerajaan dan

pihak lain yang relevan.

4.4 Kredit Minimum Program Pengajian

Sama seperti kredit minimum bidang, penetapan kredit minimum program

adalah merujuk kepada standard bidang dan dibuat oleh jawatankuasa

teknikal disiplin bidang berkaitan. MQF memberi autonomi kepada IPT

menubuhkan jawatankuasa ini dan mengambil langkah perlu supaya

penetapan kredit minimum dalam kurikulum sesuatu program pengajian

yang ditawarkan adalah mengambil kira aspek bidang, beban

pembelajaran dan hasil pembelajaran.

Kredit minimum bagi sesuatu program pengajian hendaklah selaras

dengan agihan nisbah bidang program seperti berikut:

i. Program yang mempunyai satu bidang utama sahaja

sebagai major, kredit minimum keseluruhannya adalah

diberi ke atas bidang/major pengajian berkenaan.

ii. Program yang mengandungi bidang pengkhususan dalam

bidang utama, sekurang-kurangnya 25 peratus kredit

minimum hendaklah ditetapkan kepada pengkhususan.

iii. Program dwimajor, iaitu yang mempunyai komponen asas

yang sama banyak dalam dua bidang utama, kredit

minimumnya hendaklah dalam nisbah 50-50 peratus.

iv. Program major-minor, sekurang-kurangnya 25 peratus

kredit minimumnya dalam bidang lain yang dipilih sebagai

bidang minor.

9

Page 10: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

5. Menganggarkan Beban Pembelajaran

5.1 Garis Panduan Menganggarkan Beban Pembelajaran

Bagi mempastikan pelajar tidak terlalu terbeban dengan aktiviti

pembelajaran dalam sesuatu tempoh program pengajian (minggu,

semester, tahun akademik) beban pembelajaran yang sesuai untuk

keselesaan belajar perlu dianggarkan. Garis Panduan Menganggarkan

Beban Pembelajaran (Lampiran A) adalah rujukan utama dalam

menentukan beban pembelajaran pelajar bagi program Sarjana Muda

(Kepujian) dengan jumlah kredit minimum 120.

5.2 Beban Pembelajaran dan Anggaran Nilai Kredit Mata Pelajaran

MQF menetapkan 1 kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran.

Berdasarkan kajian, 40 jam kredit adalah notional credit yang paling

hampir dengan amalan sistem kredit di IPT. Oleh itu ia dianggap sesuai

kerana tidak banyak mengubah sistem kredit sedia ada.

Nilai kredit sesuatu mata pelajaran ditentukan dengan mengambil kira

kesemua jumlah jam aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau secara

formal, pembelajaran berpandu dan pembelajaran kendiri.

Contoh Pengiraan Kredit

Mata Pelajaran: Pengajian Malaysia (peringkat ijazah)

Objektif

Untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara,

berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi

cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati

peranan Malaysia di arena antarabangsa.

10

Page 11: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini pelajar sepatutnya dapat:

menerangkan sejarah negara dan bangsa

menyatakan perkembangan masyarakat dari aspek sosio budaya, politik dan ekonomi

menyenaraikan jasa tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara

menggunakan nilai-nilai patriotisme untuk meningkatkan jati diri sebagai rakyat Malaysia

mengaplikasikan hubungan harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik

menganalisis peranan serta sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa

Berdasarkan hasil pembelajaran yang tersebut di atas, anggaran beban

pembelajaran, pemilihan strategi penyampaian, aktiviti pengajaran

pembelajaran dan penilaian seharusnya mengambil pertimbangan situasi

yang membolehkan pelajar mengalami perlakuan seperti menerangkan,

menyatakan, menyenaraikan, menggunakan nilai-nilai patriotisme,

mengaplikasikan dan menganalisis dalam proses pembelajaran mereka di

samping penguasaan kemahiran generik sebagaimana yang ditetapkan

dalam lapan domain hasil pembelajaran MQF.

Berdasarkan garis panduan menganggarkan beban pembelajaran

(Lampiran A), Jadual 2 berikut adalah cadangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dialami oleh pelajar, anggaran jam / beban

pembelajaran dan jam kredit bagi kursus Pengajian Malaysia.

Jadual 2: Aktiviti Pengajaran Pembelajaran dan Anggaran Jam Kredit

11

Page 12: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Bil. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jam 1 Kuliah 28 2 Tutorial 10 3 Pembelajaran kendiri:

Persiapan sebelum kuliah seperti menyemak nota/muat-turun nota kuliah, membaca modul pembelajaran dll.

Selepas kuliah seperti mengemaskini nota, membuat rujukan tambahan, berbincang dengan rakan/pensyarah dll. 35

4 Persiapan tutorial 10 5 Menghadiri sesi ceramah jemputan 02 6 Membuat tugasan:

Mendapatkan, mengumpul dan memilih maklumat dari bahan rujukan di perpustakaan, internet dll.

Menulis essei Ulangkaji untuk peperiksaan dll. 32

7 Menduduki ujian 02 8 Menduduki peperiksaan 03

JUMLAH 122

Kredit bagi kursus Pengajian Malaysia ialah 122 jam ÷ 40 Jam = 3.05 (3 kredit)

5.3 Menganggarkan Beban Pembelajaran Bagi Minggu dan Semester 14

Minggu

Berdasarkan Garis Panduan Menganggarkan Beban Pembelajaran

(Lampiran A) beban pembelajaran pelajar setiap minggu dan setiap

semester boleh ditentukan sesuai dengan keperluan bidang dan program

pengajian. Sebagai contoh, ia dipaparkan dalam jadual berikut.

Jadual 3: Taburan Agihan Masa Beban Pembelajaran Seminggu

8 jam hujung minggu:

- ulangkaji kuliah, tugasan, carian maklumat, kemaskini nota

40 jam:

- 8 jam kuliah + 20 jam ulangkaji

- 4 jam tutorial

- 5 jam carian maklumat & kemaskini nota

- 2 – 3 jam kokurikulum

Jadual 4: Taburan Jam Aktiviti Pembelajaran Satu Semester

12

Page 13: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Kursus

Bersemuka

(Kuliah,

Amali,

Tutorial)

Pembelajaran

Kendiri (Kuliah,

Amali, Tutorial)

Pelbagai

Tugasan

Quiz/

Ujian

Jumlah Jam

Pembelajaran

Nilai

Kredit

Genetic 57 55 12 3 127 3

Biochem. 75 33 0 3 111 3

Cell Biology 57 49 12 3 121 3

Computer 57 57 10 2 126 3

English 52.5 44.5 20 2 119 3

Bahasa 42 28 42 2 114 3

JUMLAH 340.5 266.5 96 15 718 18

5.4 Menentukan Kredit Penyudah

Kredit penyudah atau kredit aras keluar (exit level credits) adalah jumlah

kredit yang seseorang pelajar itu perlu memenuhi apabila memindah

pengajian ke institusi lain. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pelajar

dianugerah kelayakan tanpa mengikuti kursus dengan cukupnya di

sesebuah institusi. Spesifikasi julat untuk kredit penyudah perlu

menghadkan jumlah kredit yang boleh dipindahkan. MQF menetapkan

sebanyak 30 peratus daripada jumlah kredit program mesti

disempurnakan di institusi di mana kredit dipindahkan.

Contoh:

Program : Sarjana Muda (Kepujian)

Kredit minimum tahap : 120

30 % daripada jumlah kredit program : 120 ÷ 30%

Kredit penyudah : 40 kredit*

*Nota: Pelajar yang memindah kredit mesti menyempurnakan minimum

40 kredit di institusi di mana kredit dipindahkan.

5.5 Memindah Kredit

13

Page 14: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Penggunaan sistem kredit yang seragam oleh semua IPT memudahkan

pemindahan kredit dilakukan sama ada antara program yang sama pada

peringkat tahap dan bidang atau yang berbeza, dalam sesebuah IPT atau

antara IPT, dalam negara atau dengan IPT luar negara. Pertimbangan

layak mendapat pindah kredit hendaklah mengambil kira aspek kesetaraan

perkara-perkara seperti berikut:

i. Hasil pembelajaran

ii. Isi kandungan silibus atau modul pembelajaran

iii. Kaedah penilaian termasuk jenis dan agihan peratus

tugasan dan peperiksaan, pemberian gred dan mata/nilai

gred dan gred lulus.

iv. Had pencapaian yang memuaskan, misalnya, minimum

gred B- bagi mata pelajaran teras dan gred C bagi mata

pelajaran lain.

Selain daripada itu, jumlah maksimum pindah kredit yang dibenarkan

hendaklah selaras dengan jumlah maksimum kredit penyudah atau kredit

aras keluar, iaitu 30 peratus daripada jumlah kredit sesuatu program

pengajian.

6. Rumusan

Garis panduan sistem kredit MQF memberi tumpuan kepada penetapan kredit

minimum mengikut tahap, bidang dan program pengajian. Perkiraan agihan jam

kredit seminggu, sesemester dan setahun adalah anggaran untuk rujukan IPT

ketika menentukan beban pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan pelajar

dan pembelajaran berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Pelajar perlu diberi panduan dalam mengaturkan jumlah kredit yang sesuai diambil

selaras dengan kemampuan masing-masing.

Koordinator kursus hendaklah menspesifikasikan dengan jelas jam pertemuan

formal dan jam pembelajaran kendiri atau kerja tambahan dalam huraian kursus.

Langkah ini dapat membimbing pelajar menyediakan perancangan pembelajaran

mereka secara sistematik dan memperoleh hasil pembelajaran berkesan.

14

Page 15: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

Penyeragaman sistem kredit akan mewujudkan kesefahaman yang lebih jelas

tentang makna nilai kredit dari segi menetapkan beban pembelajaran yang sesuai

dan diperlukan bagi mencapai sesuatu set hasil pembelajaran, memudahkan

urusan penyetaraan dan nilai taraf program atau kursus pengajian, memudahkan

pemindahan kredit dan mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman terkumpul

dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

MQF menetapkan pengiraan kredit berasaskan hasil dan beban pembelajaran.

Sehubungannya, IPT perlu mengubahsuai sistem pengiraan kredit yang terpakai

sekarang supaya ia selaras dengan dasar yang ditetapkan. IPT perlu mengaturkan

sesi taklimat dan bengkel bagi menjelaskan sistem kredit MQF kepada semua

kakitangan akademiknya di institusi masing-masing supaya kefahaman tentang

sistem kredit MQF adalah menyeluruh dan mencapai matlamat pelaksanaannya.

__________Dr Sood/Sistem Kredit MQF/Mac07

Lampiran A

15

Page 16: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

GARIS PANDUAN MENGANGGARKAN BEBAN PEMBELAJARAN

Jam yang dicadangkan hanyalah sebagai garis panduan dan ia amat bergantung kepada kompleksiti disiplin/mata pelajaran atau aktiviti. Rujukan juga perlu dibuat ke atas keperluan atau syarat disiplin/mata pelajaran.

1. Bagi setiap jam kuliah, tambah 1 – 2 jam waktu belajar sendiri. Mata pelajaran yang lebih kompleks mungkin memerlukan 3 jam atau lebih waktu belajar sendiri.

2. Bagi setiap jam tutorial (biasanya antara 1 – 2 jam) tambah 1 – 2 jam untuk masa persediaan.

3. Bagi setiap 3 jam waktu makmal biasanya termasuk masa untuk menulis laporan. Namun, bagi disiplin tertentu, misalnya Bioperubatan, Sains Kesihatan dan Kejuruteraan, 2 jam waktu makmal mungkin memerlukan 2 – 3 jam untuk menyediakan laporan.

4. Projek tahun akhir pada peringkat kepujian memerlukan kira-kira 240 – 400 jam untuk tugasan (6 – 10 kredit) dengan 1 – 2 jam pertemuan per minggu dengan penyeliaan, sama ada berdasarkan makmal, kerja amali atau kajian literatur atau kedua-duanya.

5. Pengiraan kredit untuk latihan industri seharusnya berdasarkan bilangan jam pembelajaran berkesan (effective learning) per hari didarab dengan bilangan hari per minggu dan bilangan minggu latihan industri.

6. Bagi kursus studio, tambah 2 jam untuk kerja-kerja sendiri bagi setiap 2 jam kerja studio.

7. Program yang lebih banyak berasaskan ”hands-on” atau kerja amali, memerlukan lebih masa untuk membina kemahiran spesifik melalui amalan berulang-ulang. Contohnya program Perubatan, Kejururawatan, kursus Bahasa, Juru Bina dan Seni Lakon; masa untuk aktiviti seperti lawatan ke ward dan menghadiri pengajaran klinikal, kajian, tunjukcara dan praktik seharusnya diperuntukkan masa secukupnya dalam pengiraan kredit. Tiada masa tambahan diperlukan untuk pembelajaran sendiri. Harus diingat bahawa kredit untuk kursus-kursus yang tersebut itu pada tahap diploma mungkin melebihi kredit minimum kursus pada tahap sarjana muda (kepujian).

8. Bagi setiap sesi (kira-kira 2 jam) pembelajaran berasaskan masalah (PBL), tambah 2 – 3 jam untuk pembelajaran arah-kendiri, disusuli dengan 2 jam lagi untuk diskusi kumpulan.

9. Bagi diskusi kumpulan kecil yang biasanya berakhir dalam 1 – 2 jam, tambah 1 jam untuk masa persediaan.

16

Page 17: Garis Panduan Sistem Kredit 2009

10. Bagi pembelajaran modul yang masanya ditetapkan (a fixed learning module -FLM) dalam program Perubatan atau e-pembelajaran, mungkin memerlukan 3 jam masa pelajar, tetapi ia hendaklah dianggap sebagai waktu belajar sendiri.

11. Bagi setiap 1 jam sesi pembentangan, peruntukkan 3 – 4 jam masa untuk persediaan.

12. Bagi menyiapkan kerja kursus bertulis sebanyak 2000 perkataan, peruntukkan kira-kira 10 – 12 jam.

13. Bagi penulisan kreatif (contoh: novel 100 – 150 halaman atau skrip 50 – 70 halaman) peruntukkan kira-kira 8 – 10 jam per hari sepanjang tempoh satu semester.

14. Bagi membuat rumusan kes, peruntukkan 3 jam ke atas setiap kes.

__________

17