3
Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform/Kelab/Persatuan 1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja kokurikulum masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal. 2. Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing. 3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. 4. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa kokurikulum untuk penyelarasan. 5. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit di laksanakan dengan sempurna. 6. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum untuk rekod sekolah. 7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikan program yang telah diatur. 8. Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai. 9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. Garis Panduan Tugas Penasihat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform 1. Mengadakan mesyuarat agung Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform pada sekurang-kurangnya minggu kedua bulan Januari untuk melantik AJK Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform. 2. Mengadakan peraturan/ perlembagaan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform. 3. Merancang kegiatan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform untuk setahun. 4. Memastikan ahli-ahli lulus ujian/ pengiktirafan dari badan induk.

Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform

Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform/Kelab/Persatuan

1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat unit gerak kerja kokurikulum

masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal.

2. Menyelaras pembahagian pelajar dalam unit masing-masing.

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

4. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada setiausaha

jawatankuasa kokurikulum untuk penyelarasan.

5. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit di

laksanakan dengan sempurna.

6. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha

Kokurikulum untuk rekod sekolah.

7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit dan jika perlu mengubahsuaikan

program yang telah diatur.

8. Merekod penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan yang disertai.

9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke

semasa.

Garis Panduan Tugas Penasihat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform

1. Mengadakan mesyuarat agung Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform pada

sekurang-kurangnya minggu kedua bulan Januari untuk melantik AJK Kelab/

Persatuan/ Unit Beruniform.

2. Mengadakan peraturan/ perlembagaan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform.

3. Merancang kegiatan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform untuk setahun.

4. Memastikan ahli-ahli lulus ujian/ pengiktirafan dari badan induk.

5. Memastikan perjalanan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform tidak menyalahi

peraturan sekolah dan tidak menyeleweng dari perlembagaan Persatuan

Kelab/ Badan Beruniform

6. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui

penyelaras unit kokurikulum masing-masing

i Perlembagaan

ii Senarai AJK

iii Rancangan/Kegiatan setahun

iv Anggaran perbelanjaan/keperluan

Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform

Page 2: Garis Panduan Tugas Penyelaras Unit Beruniform

7. Memastikan setiap aktiviti mengikut jadual berjalan lancar guru penasihat

hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan Kelab/ Persatuan/

Unit Beruniform

8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/ buku rekod kehadiran

selepas tamat perjumpaan.

9. Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan Kelab/ Persatuan/ Unit

Beruniform untuk mengelakkan di salahguna.

10. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menyediakan laporan

kegiatan mengikur format yang betul.

11. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh Kelab/ Persatuan/ Unit

Beruniform

12. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu pertandingan.

13. Menguruskan penyertaan ahli Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform dalam

kegiatan/ pertandingan di semua peringkat.

14. Memajukan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform dengan cara yang difikirkan

sesuai.

15. Melengkapkan pengetahuan sebagai jurulatih pasukan beruniform atau

penasihat kelab atau menjemput jurulatih/penasihat luar.

16. Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform hendaklah

mendapat kebenaran Pengetua.

17. Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga apabila pelajar diperlukan

untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah.

18. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar-pelajar yang

menyertai kegiatan di luar kawasan sekolah kepada PK HEM, Setiausaha

Kokurikulum, guru kelas dan sesiapa yang difikirkan perlu.

19. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan

memungut balik disimpan tempat yang selamat.

20. Menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar hendaklah dibuat

melalui Pengetua dan surat-surat dari luar hendaklah dirujuk kepada

Pengetua sebelum mengambil sebarang tindakan.

21. Bertanggungjawab membuat tempahan pengangkutan/ bas sekiranya

diperlukan.

22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke

semasa.