of 13/13
Diterbitkan Oleh Disokong Oleh ERA CONSUMER MALAYSIA PERSATUAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN UNTUK PENGGUNA MALAYSIA AOA GATs

GATs - seacouncil.org · peraturan - peraturan perdagangan bebas di seluruh dunia. Semua ... GATs Sekarang ini di bawah GATs, air sudah menjadi komoditi perdagangan, maka kerajaan

  • View
    216

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of GATs - seacouncil.org · peraturan - peraturan perdagangan bebas di seluruh dunia. Semua ... GATs...

Diterbitkan Oleh Disokong Oleh

ERA CONSUMER MALAYSIA

PERSATUAN PENDIDIKANDAN PENYELIDIKANUNTUK PENGGUNA MALAYSIA

AOA

GATs

Diterbitkan oleh

ERA CONSUMER MALAYSIA[Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia]

Globalisasi danGlobalisasi danGlobalisasi danGlobalisasi danGlobalisasi danImpaknya ke atasImpaknya ke atasImpaknya ke atasImpaknya ke atasImpaknya ke atas

Para Petani diPara Petani diPara Petani diPara Petani diPara Petani diMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysia

ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapatkeuntungan. ERA memberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia,alam sekitar, hak-hak pengguna serta hak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama.

Disokong oleh

1

Pendahuluan

Perdagangan dunia bebas ataupun lebih dikenali sebagai globalisasibermaksud produk yang dihasilkan oleh sesebuah negara dapatmemasuki pasaran antarabangsa tanpa sebarang had. Dengan tidakadanya had perdagangan, para pengguna dapat membeli barang-barang dengan harga yang murah dan menikmati pelbagai jenisbarangan. Apakah yang akan terjadi dengan barangan tempatanhasil keluaran negara kita sekiranya kita membeli barangan importkerana ianya lebih murah? Apakah pula akan menimpa diri kitasekiranya kerajaan Malaysia terus menandatangani perjanjian-perjanjian WTO tanpa menilai baik buruknya?

Apapun pandangan kita, globalisasi telah pun dan akan terusmeninggalkan kesan yang mendalam ke atas semua lapisanmasyarakat. Ianya terpulang kepada diri kita untuk menilai baikburuknya sebelum kita membeli sesebuah barang atau pun membuatsesuatu keputusan.

Kami di ERA Consumer berpendapat bahawa proses globalisasiyang kompleks ini harus dijelaskan dengan ringkas agar masyarakatterutamanya para penduduk luar bandar dapat memahaminyadengan mudah. Kami berharap agar buku komik ini dengan sedikitsebanyak dapat menambahkan kesedaran para pengguna negaraMalaysia mengenai proses globalisasi.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SEACAkerana memberikan sumbangan wang untuk menjayakan projekini.

2

3

WTO ialah pertubuhan perdagangan sedunia yang telahwujud pada tahun 1994 sebagai lanjutan daripada GATT(Persetujuan umum tariff dan perdagangan). WTO menggariskanperaturan - peraturan perdagangan bebas di seluruh dunia. Semuaperjanjian yang dihasilkan oleh WTO bersifat mengikatanggotanya secara ketat dan sebarang kesalahan boleh membawakesan yang buruk kepada ekonomi sesebuah negara.

Tidak ada perlembagaan antarabangsa yang lain yangmempunyai kekuatan kuasa seperti WTO. WTO mewakilikepentingan negara-negara maju kerana kuasa perundinganterletak di tangan mereka. Mereka memiliki kuasa sebegitu besarkerana mereka mempunyai kewangan dan sumber-sumber asliyang lebih berbanding dengan negara-negara membangun sepertiAsia dan Afrika.

WTO

4

5

AOA

Perjanjian Pertanian di bawah WTO yang ditandatangani olehkerajaan Malaysia pada tahun 1995 telah membawa kesusahankepada para petani di negara ini. Oleh kerana hasil pertaniankeluaran negara asing adalah jauh lebih murah daripada hasilkeluaran para petani negara ini, maka keluaran tempatan tidak dapatbersaing dengan keluaran negara asing. Selain itu penyeludupanjuga semakin berleluasa sekarang.

Siapakah yang ingin mengerjakan sawah padi sedangkan duityang diperolehi cuma seberapa berbanding dengan kerja yangdilakukan? Apakah akan terjadi pada nasib petani kita pada masaakan datang apabila subsidi baja dan harga diberhentikan? Adakahmereka akan meninggalkan anak isteri dan bendang mereka untukberhijrah ke bandar agar mereka boleh mencari pendapatan yanglebih lumayan? Kalau begitu, siapakah yang akan menanammakanan untuk penduduk negara ini?

Sekiranya keadaan ini berlaku, maka negara ini akan susahkerana kerajaan Malaysia terpaksa bergantung ke atas negara lainuntuk menyuap penduduk-penduduknya.

6

7

TRIPs

Pada zaman nenek moyang kita, para petani menggunakanbiji benih tradisi di mana mereka boleh mengawet, menyimpandan berkongsi biji benih untuk musim yang akan datang. Denganmenjalankan aktiviti-aktiviti ini secara bersendirian ataubersama, para petani tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Dengan perjanjian TRIPs di bawah WTO, semuanya akanberubah. Setiap kali tibanya musim menanam, para petani akanterpaksa membeli biji benih yang baru. Mereka tidak bolehmenyimpan biji benih yang lama ataupun mendapatnya daripadapetani yang lain.

Para petani akan terpaksa membayar kepada syarikat yangmencipta biji benih ini (pemilik hak paten). Di samping itu,mereka tidak lagi boleh menggunakan ataupun berkongsi bijibenih ini dengan petani lain. Sekiranya, mereka melakukandemikian, mereka boleh dikenakan hukuman denda ataupundipenjara oleh pihak berkuasa.

8

9

GATs

Sekarang ini di bawah GATs, air sudah menjadi komoditiperdagangan, maka kerajaan tidak boleh mengawalperkhidmatan bekalan air. Dulu, kerajaan boleh memberikeutamaan perkhidmatan bekalan air kepada mereka yangmenyediakan air minuman, penjanaan kuasa elektrik dan untuktujuan irigasi, tetapi keutamaan seperti itu tidak wujud lagi. Kinisiapa yang boleh membayar untuk bekalan air yang digunakanakan diberi air. Orang yang tidak berkemampuan untukmembayar duit air tidak berhak untuk memperolehi bekalan air.Tiada belas kasihan lagi.

Perjanjian GATs ini juga merangkumi perkhidmatan asasyang lain seperti kesihatan dan pendidikan yang dahulunyadisediakan oleh kerajaan tetapi sekarang diswastakan. Fokusutama perkhidmatan yang diswastakan adalah untuk mengautkeuntungan dan bukan menjaga kebajikan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkankepada organisasi dan individu-individu

yang terlibat di dalam menghasilkan bukukomik ini:-

Marimuthu Nadason

Indrani Thuraisingham

Chubashini Suntharalingam

Che Aizawati Che Salleh

Nur Diyana Khalid

Amardip Kaur Soni

Fahmi Reza

Bina Swadaya, Indonesia

Pusat Komunikasi Masyarakat, Malaysia

ERA CONSUMER MALAYSIA[Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna, Malaysia]ERA CONSUMER adalah sebuah organisasi sukarela demokratik bukan bersifat politik dan tidak mendapat keuntungan. ERAmemberi tumpuan kepada isu-isu yang merangkumi jaminan makanan, hak asasi manusia, alam sekitar, hak-hak pengguna sertahak wanita untuk membina suatu masyarakat yang adil dan saksama.

PERSATUAN PENDIDIKAN DANPENYELIDIKAN UNTUK PENGGUNAMALAYSIA(ERA CONSUMER MALAYSIA)No 24, Jalan SS1/22A47300 Petaling JayaSelangor Darul EhsanTel (603) 7877 4741, 7876 4648Faks (603) 7873 0636Emel [email protected] Web www.eraconsumer.org

LatarBelakang ERA ConsumerMalaysia

Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia) adalah sebuahorganisasi sukarela, bersifat bukan politik yang ditubuhkan di Ipoh,Perak pada tahun 1985. ERA Consumer Malaysia adalah sebuahorganisasi kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta PertubuhanMalaysia 1966. Ia ditubuhkan untuk mempromosikan danmenjalankan aktiviti-aktiviti kritikal yang berkaitan denganmasyarakat awam.

ERA Consumer merupakan sebuah institusi dinamik yang seringmemberikan respon dan memperkembangkan perkhidmatannyamengikut kehendak dan pennintaan masyarakat. Era ConsumerMalaysia mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah organisasiuntuk masyarakat yang mampu berdikari dan membuat keputusansendiri dengan melibatkan diri secara aktif dalam melindungikepentingan pengguna sebagaimana mereka melindungi dirisendiri, disamping mengamalkan corak hidup dan penggunaanyang lestari dan bertindak secara adil dalam mengawal prosespentadbiran. Ia juga berperanan dalam memberi kesedarankepada orang ramai dalam isu-isu yang menekan kehidupanmereka melalui penyelidikan dan program pendidikan. ERAConsumer terlibat dalam membina perpaduan dan persefahamandengan badan-badan bukan kerajaan lain di Malaysia;mengeratkan hubungan Selatan-Selatan dan persefahamanUtara-Selatan. Komponen dan program utama ERA Consumeradalah penyelidikan, pendidikan dan perlindungan pengguna,pentadbiran bertanggungjawab dan pendidikan hak-hak asasimanusia serta pertanian mampan, jaminan makanan, danpembangunanpedalaman.

Diterbitkan oleh: