Upload
doanduong
View
250
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
GAYA PEMBELAJARAN YANG PALING DOMINAN DENGAN PELAJAR
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SITI FATIMAH BINTI SAID
Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat abah dan mak tersayang,
Said bin Satari dan Habsah binti Hassan
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan
jua.
Buat abang dan adik yang dikasihi,
Sharul Izwan, Sharul Izzam, Siti Harianti
Muhammad Sharul Azizi, Mohammmad Khairul Ikmal
Terima kasih atas jasa dan pertolongan kalian sepanjang diriku berada di medan
perang ini untuk mengejar segulung ijazah. Jasa kalian akan kukenang hingga akhir
hayatku.
Buat tunang yang dicintai,
Saiful Amri Mohd Ali
Jasa dan pengorbananmu selama bersamaku akan ku kenang sampai akhirnya.
Terima kasih atas segala dorongan yang telah diberikan.
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT, saya telah berjaya
menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia kajian saya, Dr Amirmudin
bin Udin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat abah, mak, adik beradik serta
tunang tersayang yang tanpa jemu mendoakan kejayaan saya serta harapan yang
tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini ke menara gading.
Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
projek penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang
setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah, ianya akan
tetap dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam.
Siti Fatimah binti Said
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian
berbentuk deskriptif ini menggunakan soal selidik skala likert lima mata. Seramai
300 orang responden terlibat dalam kajian ini. Empat jenis gaya pembelajaran yang
dikaji ialah Aktivis, Teoris, Pragmatis dan Reflektor. Nilai Alpha Cronbach untuk
instrumen ini adalah 0.83. Data demografi di analisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16 sementara data dalam
bahagian B pula di analisis menggunakan perisian Analysis of Moment Structure
(AMOS) version 18.0. Hasil kajian mendapati tujuh belas item sahaja yang relevan
dalam kajian ini manakala yang selebihnya telah digugurkan kerana tidak relevan.
Gaya pembelajaran yang paling dominan mengikut urutan adalah Pragmatis, diikuti
oleh Reflektor, Aktivis dan Teoris. Bagi meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan
pembelajaran, pelajar disarankan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang
sebenar dalam diri mereka, tenaga pengajar pula perlu menorganisasikan sebuah
bengkel pemantapan diri untuk membantu para pelajar mengenalpasti gaya
pembelajaran dalam diri mereka. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu para
pelajar dan pensyarah khususnya dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify students' learning styles Bachelor
of Technology with Education Universiti Teknologi Malaysia (UTM). It is
Descriptive research using questionnaires with five points Likert scale. A total of 300
respondents involved in this study. Four types of learning styles are those Activists,
Teoris, Pragmatist and Reflector. Cronbach Alpha value for this instrument is 0.83.
Demographic data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
Version 16, while the data in part B were analyzed using Analysis of Moment
Structure (Amos) version 18.0. The results showed that only seventeen of the
relevant items in this study while the rest have been removed because irrelevant. The
most dominant learning style is Pragmatic, followed by a Reflector, Activist and
Teoris. To further improve the performance of teaching and learning, students are
recommended to identify the actual learning styles in themselves, trainers will need
to organize self-enhancement workshops to help students identify their learning style.
It is hoped that this study can help students and trainers, especially in education for
better teaching and learning process.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENGKAJI iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
ix
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Gaya 9
1.8.2 Pembelajaran 9
1.8.3 Gaya Pembelajaran 10
1.8.4 Pelajar 10
1.8.5 Aktivis 10
1.8.6 Reflektor 11
1.8.7 Teoris 11
1.8.8 Pragmatis 12
1.9 Kesimpulan 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Gaya Pembelajaran 15
2.3 Model Gaya Pembelajaran 15
2.3.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn
Dan Dunn
16
2.3.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 21
2.3.3 Model Gaya Pembelajaran Felder
Dan Silverman
22
2.3.4 Model Gaya Pembelajaran Canfield 23
x
2.4 Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford 24
2.4.1 Aktivis 26
2.4.2 Pragmatis 27
2.4.3 Teoris 27
2.4.4 Reflektor 28
2.5 Kajian Dalam Negara 29
2.6 Kajian Luar Negara 30
2.7 Kesimpulan 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Populasi Kajian 33
3.4 Sampel Kajian dan Persampelan 33
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Prosedur Kajian 39
3.6.1 Peringkat Pertama 39
3.6.2 Peringkat Kedua 39
3.7 Kajian Rintis 39
3.8 Analisis Data 40
3.8.1 Root Mean-Square Error of
Approximation (RMSEA)
43
3.8.2 Comparative Fit Index (CFI) 44
3.8.3 Maximum Likelihood 44
3.8.4 Discriminant Validity 44
xi
4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data Bahagian A 45
4.3 Analisis Data Bahagian B 47
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 52
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 56
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 60
4.4 Discriminant Validity 72
4.5 Analisis Kesahan Faktor bagi Gaya
Pembelajaran Honey dan Mumford.
73
4.6 Rumusan 74
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 77
5.3 Perbincangan 79
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden
79
5.3.2 Perbincangan Gaya Pembelajaran
Yang Signifikan dengan
Responden
80
5.4 Cadangan 83
5.4.1. Cadangan Kepada Pelajar 84
xii
5.4.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar 85
5.4.3 Cadangan Kepada Pihak
Pentadbiran
86
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 87
5.6 Penutup 88
RUJUKAN 89
LAMPIRAN 93
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Taburan Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan mengikut Kelas Kepujian dan Kos
4
2.1 Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 16
2.2 Gaya Pembelajaran Kolb 21
2.3 Dimensi Gaya pembelajaran Felder dan Silverman
22
2.4 Hubungan Di Antara Kitaran dan Gaya Pembelajaran Honey Dan Mumford.
25
3.1 Taburan Sampel Kajian 34
3.2 Jadual Menentukan Jumlah Sample Daripada Populasi
34
3.3 Kandungan Soal Selidik Kajian 37
3.4 Taburan Item Soal Selidik 37
3.5 Skala Likert Dengan Markah Skor 38
3.6 Skala Lima Likert Dengan Item Soal Selidik
38
3.7 Jadual Peratusan Skor 41
3.8 Kod-kod Pembolehubah dan Item Soalan Kajian
42
3.9 Kod Dan Nombor Item Soalan Kajian 42
xiv
3.10 Skala factor loading 43
3.11 Goodness of fit 43
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kursus
46
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
46
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahun Pengajian
47
4.4 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Aktivis
49
4.5 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Aras Pertama Gaya Pembelajaran Aktivis
50
4.6 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Aktivis
51
4.7 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Ubah Suai Aras Pertama Gaya Pembelajaran Aktivis
52
4.8 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Pragmatis
53
4.9 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Aras Pertama Gaya Pembelajaran Pragmatis
54
4.10 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Pragmatis
55
4.11 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Ubah Suai Aras Pertama Gaya Pembelajaran Pragmatis
56
4.12 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Teoris
57
4.13 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Aras Pertama Gaya Pembelajaran Teoris
58
xv
4.14 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Teoris
59
4.15 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Ubah Suai Aras Pertama Gaya Pembelajaran Teoris
60
4.16 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Reflektor
61
4.17 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Aras Pertama Gaya Pembelajaran Reflektor
62
4.18 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Reflektor
63
4.19 Standardized Residual Covariance bagi Model Pengukuran Ubah Suai Aras Pertama Gaya Pembelajaran Reflektor
64
4.20 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal (Aras ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
67
4.21 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai (Aras ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
69
4.22 Analisis akhir Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Aras ke Dua Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
70
4.23 Discriminant validity bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
72
4.24 Persoalan Kajian Dan Jawapan Yang Signifikan
74
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Gaya Pembelajaran Canfield 24
2.2 Tahap-tahap Peredaran Proses Pembelajaran
25
4.1 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Aktivis
49
4.2 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Aktivis
51
4.3 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Pragmatis
53
4.4 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Pragmatis
55
4.5 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Teoris
57
4.6 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Teoris
59
4.7 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Reflektor
61
4.8 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi Gaya Pembelajaran Reflektor
63
4.9 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan
65
xvii
Mumford (Unstandardized Estimates)
4.10 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (Standardized Estimates)
66
4.11 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (Standardized Estimates)
68
4.12 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (Unstandardized Estimates)
69
4.13 Model Discriminant validity bagi gaya pembelajaran Honey & Mumford (standardzised estimates)
73
xviii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PNGK - Purata Himpunan Mata Nilai
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
LSQ - Learning Style Questionnare
SPSS - Statiscal Package for the Social Sciences
ILS - Index of Learning Style
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Elektrik
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan
Mekanikal
SPR - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Binaan Bangunan
SPQ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik &
Elektronik
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
AMOS - Analysis Of Moment Structure
RMSEA - Root Mean-Square Error of Approximation
CFI - Comparative Fit Index
IFI - Tucker-Lewis index
TLI - Incremental Fit Index
xix
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 93
B Fakulti Pendidikan Bilangan Pelajar Mengikut Tahun dan Kursus semester II 2010/2011
100
C Peta minda 103
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan bukan sahaja keperluan yang sangat penting di kalangan generasi
muda, malah ianya adalah tunggak kepada kejayaan sesebuah Negara yang pesat
membangun. Pencapaian akademik yang cemerlang kini menjadi matlamat utama
setiap pelajar, ibu bapa dan juga para pendidik. Bagi meningkatkan pencapaian yang
cemerlang, pelbagai elemen perlu dititikberatkan. Antaranya adalah gaya
pembelajaran yang digunakan, faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar, teknik pembelajaran yang diaplikasikan dan sebagainya. Di
samping itu juga, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu mencapai keberkesanan pembelajaran para pelajar. Salah satu ciri
pengajaran berkualiti adalah penggunaan kaedah mengajar dan tugasan oleh guru
yang memerlukan pelajar memainkan peranan aktif, bekerjasama dan
bertanggungjawab .
2
Gaya pembelajaran juga merupakan salah satu elemen yang penting bagi
memastikan sesuatu ilmu dan pembelajaran yang diterima lebih berkesan dan
tersusun. Gaya pembelajaran yang sesuai perlu dipraktikkan oleh semua para pelajar
kerana gaya pembelajaran merupakan keperluan yang begitu penting bagi mendapat
corak pembelajaran yang sebenar dalam diri setiap individu.
Pentingnya pendidikan dalam diri setiap insan juga ada dinyatakan dalam
sebuah hadis yang bermaksud:
“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”
(Hadis Riwayat Al-Thabrani & Abu Na’im)
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk
memperbaiki diri dan juga berkongsi ilmu yang kita ada. Mengetahui gaya
pembelajaran yang sebenar juga merupakan salah satu usaha untuk memperbaiki diri.
Terdapat pelbagai cara untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan diri
seperti mengetahui dan mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan,
mengetahui teknik-teknik pembelajaran yang betul, mengenalpasti ciri-ciri untuk
menjadi pelajar cemerlang, mengetahui gaya pembelajaran yang betul dalam diri dan
sebagainya.
Menurut Izuddin (2006), untuk menjadi pelajar yang cemerlang, setiap
pelajar haruslah mengetahui ciri-cirinya agar ia dapat diamalkan dalam kehidupan
seharian mereka. Antara ciri-ciri pelajar cemerlang yang dinyatakan adalah seperti
bermatlamat jitu, menggunakan masa dengan bijak, bijak mencari penyelesaian dan
memberikan tumpuan yang tinggi di dalam kelas. Selain itu juga, mempunyai daya
ingatan yang baik, menjadi pendengar yang aktif dan berani bertanya juga
merupakan antara lain ciri-ciri menjadi pelajar yang cemerlang.
3
Menjadi pelajar yang cemerlang juga perlu mengetahui gaya pembelajaran
yang berkesan. Menurut Sadler (1996), gaya pembelajaran merupakan suatu perkara
yang tersendiri dan berunsur tabiat dalam diri seseorang itu bagi memperolehi
pengetahuan, kemahiran dan sikap menerusi pembelajaran dan pengalaman.
Pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat di kalangan pelajar dan salah satu
daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan
aktiviti pembelajaran yang menarik. Oleh yang demikian, mengetahui gaya
pembelajaran yang betul dan bersesuaian merupakan perkara yang perlu
dititikberatkan. Gaya pembelajaran juga dapat mencorak cara individu memperolehi
pengetahuan. Gaya pembelajaran ini juga dikatakan telah wujud dalam diri setiap
individu sejak mereka dilahirkan lagi.
Jika kita selidiki, terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang diwujudkan
dalam pelbagai model. Antara model yang begitu terkenal adalah gaya pembelajaran
Honey dan Mumford, Dunn dan Dunn, Kolb, Canfield dan sebagainya. Setiap model
menggunakan pendekatan yang berbeza dan berlainan konsep. Dalam kajian ini,
pengkaji telah memilih model gaya pembelajaran Honey dan Mumford.
1.2 Latar Belakang Masalah
Tidak semua individu atau pelajar mengetahui gaya pembelajaran mereka.
Ianya didapati hasil daripada tinjaun dan temubual yang pengkaji jalankan dalam
kajian lapangan kepada beberapa orang pelajar. Mereka juga tidak pernah
mempertikaikan atau menyedari betapa pentingnya gaya pembelajaran yang sesuai
dengan diri mereka. Jika kita lihat dan perhatikan pentingnya pelajar universiti kini,
mengenalpasti gaya pembelajaran yang tersendiri dan bersesuian dalam diri. Ini
kerana, sistem pembelajaran di universiti semestinya berlainan dan lebih tinggi dari
segi aras kesukaran kerana di tahap ini, mereka mempelajari sesuatu ilmu itu dengan
lebih mendalam dan meluas. Menurut Abdul Ghani (1996), mereka yang tidak dapat
4
menyesuaikan diri dengan kehendak pembelajaran dan pengajaran di universiti,
biasanya akan ketinggalan berbanding dengan pelajar yang mempunyai kemahiran
belajar yang betul dan sesuai dengan keperluan universiti. Dengan itu, jelas
menunjukkan betapa pentingnya seseorang pelajar itu mengenalpasti gaya
pembelajaran yang sesuai dengan diri dan juga persekitarannya.
Selain itu juga, ianya merujuk kepada bilangan pelajar Universiti Teknologi
Malaysia yang memperolehi ijazah kelas pertama bagi Purata Himpunan Mata Nilai
iaitu dikenali juga sebagai (PNGK) dengan jumlah yang terhad berbanding bilangan
pelajar yang memperolehi kelas kedua tinggi dan kedua rendah. Jika kita lihat,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai hasrat yang tinggi untuk
melahirkan mahasiswa yang bersahsiah dan mempunyai pencapaian akademik yang
cemerlang. Oleh yang demikian, mahasiswa seharusnya mengenalpasti gaya
pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka bagi meningkatkan pencapaian
akademik dari masa ke semasa. Di bawah merupakan statistik pencapaian pelajar
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan pada konvokesyen ke 44 dan 45
Universiti Teknologi Malaysia.
Jadual 1.1 Taburan Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan mengikut
Kelas Kepujian dan Kos
Tahun/ kelas
Konvokesyen ke- Jumlah 44 45 44 45 44 45 44 45
SPH SPJ SPE SPA Kepujian Kelas
Pertama 0 4 0 1 0 3 - 7 15
Kepujian Kelas Kedua Tinggi
42 99 1 12 0 9 - 10 163
Kepujian Kelas Kedua Rendah
0 2 0 1 1 0 - 0 4
Jumlah 42 105 1 14 1 12 - 17 192
(Sumber: Majalah konvokesyen ke 44 dan ke 45, UTM)
5
Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan jumlah bagi pelajar yang
mendapat kepujian kelas pertama amat kurang dan seharusnya jumlah itu perlu
meningkat dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pengkaji amat berminat dan
tertarik untuk mengkaji gaya pembelajaran yang signifikan dengan Pelajar Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan. Dengan mengetahui gaya pembelajaran yang
bersesuaian dengan diri mereka, pengkaji percaya, ianya dapat meningkatkan lagi
pencapaian akademik mereka sekaligus meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat
ijazah kelas pertama.
1.3 Penyataan masalah
Pentingnya pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah mahupun
universiti tidak dapat dipertikaikan lagi. Dalam Falsafah UTM itu sendiri ada
menyatakan bahawa UTM berusaha dengan usaha yang menyeluruh dan bersatu
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi untuk keamanan
dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya. Di samping dapat mencorak
masa depan yang cemerlang, ianya juga dapat menaikkan lagi prestasi sesebuah
sekolah ataupun universiti. Selaras dengan falsafah UTM, pengkaji ingin melihat
gaya pembelajaran yang paling signifikan dengan Pelajar Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza. Selain itu juga, ianya memberi
satu laluan yang sebenar kepada pelajar untuk melalui satu proses yang lancar dalam
sistem pembelajaran dan juga dapat memperkembangkan potensi diri serta membaiki
kelemahan yang ada.
Selain itu juga, kajian ini dilakukan kerana terdapatnya perbezaan yang
begitu ketara di antara jumlah pelajar yang tamat belajar dengan keputusan yang
6
cemerlang dan kurang cemerlang. Ini dibuktikan lagi dengan statistik yang didapati
pada majalah konvokesyen kali ke 44 dan juga 45.
Jika kita lihat, pelbagai model gaya pembelajaran yang dapat digunakan bagi
menentukan gaya pembelajaran seseorang. Pengkaji menggunakan model gaya
pembelajaran Honey dan Mumford untuk mengenalpasti gaya pembelajaran di
kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan UTM, sama ada mereka
lebih bersikap Aktivis, Reflector, Teoris Atau Pragmatis. Dalam model ini, ianya
lebih menumpukan penerangan ke atas sikap dan tingkah laku belajar yang
diamalkan oleh setiap individu. Pengkaji merasakan ianya akan membantu mereka
untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang berkesan dan masih tidak ketara dalam
diri mereka.
Wajarnya pemilihan mereka sebagai responden adalah kerana, belum terdapat
lagi kajian yang dijalankan berkaitan gaya pembelajaran ini di kalangan pelajar-
pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan di UTM. Kewajaran kajian ini
juga, memberikan peluang kepada mereka untuk mengenalpasti gaya yang berkesan
dalam diri setiap individu. Dengan itu, mereka akan lebih mengetahui betapa
pentingnya mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian terhadap kehidupan
mereka sebagai seorang pelajar.
1.4 Objektif kajian
Terdapat hanya satu objektif yang difokuskan dalam kajian ini. Objektif
khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling
dominan di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia mengikut model gaya pembelajaran Honey dan
Mumford.
7
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan-persoalan seperti di bawah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam
objektif kajian iaitu:
i) Adakah pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia menggunakan gaya pembelajaran Aktivis?
ii) Adakah pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia menggunakan gaya pembelajaran Pragmatis?
iii) Adakah pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia menggunakan gaya pembelajaran Teoris?
iv) Adakah pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia menggunakan gaya pembelajaran Reflector?