Upload
mhafiz94
View
1.187
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
smk seri mahkota go go
Citation preview
Pekara Muka Surat
Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah:
1) Tuan Pengetua Puan Aluwiyah bt Osman kerana memberi keizinan kepada saya
untuk melaksanakan Kajian Geografi Tempatan.
2) Guru geografi saya, Puan Hamsiah bt Baim kerana memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan folio ini.
3) Ibu saya, Noora binti Ghazali kerana memberi dorongan kepada saya sehingga
selesai folio ini.
4) Bapa saya, Mohd Dasir bin Omar kerana memberi bantuan kewangan
5) Ketua kampung Pekan Jaya Gading kerana memberi kerjasama kepada saya
dalam memberi penerangan.
6) Ahli kumpulan saya seramai empat orang ahli yang telah membantu dalam
mencari maklumat secara berkumpulan.
7) Penduduk Pekan Jaya Gading yang telah menjadi responden saya dalam kajian
ini.
1
Nama saya Mohammad Hafiz Bin Mohd Dasir. Sebagai memenuhi keperluan mata
pelajaran geografi,saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan.Saya telah memilih
tajuk Petempatan Pekan Jaya Gading serta kawasan sekitarnya dan perbandingannya
dengan Negara Canada. Saya memilih negara ini kerana ciri iklimnya yang berbeza
dengan negara kita, tempat tinggal yang berlainan dan cara hidupnya berlainan dengan
petempatan Pekan Jaya Gading.
Saya memilih Pekan Jaya Gading kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya
yang memudahkan saya mendapatkan maklumat. Saya memilih St.lawrence, Canada
untuk perbandingan kerana disana terdapat juga banyak kemudahan dan aktiviti
perniagaan untuk dibandingkan dengan aktiviti di negara kita.
Saya diberi tempoh menjalankan kerja kursus ini selama lebih kurang selama sepuluh
minggu bermula pada minggu ini iaitu 6/3/09.
2
Kami menjalankan kajian ini untuk
Menyata dan menghuraikan jenis dan pola petempatan diPekan Jaya Gading dan
St. Lawrence, Canada
Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya
Gading dan St Lawrence, Canada
Menjelaskan fungsi-fungsi petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence,
Canada
Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Pekan
Jaya Gading dan St Lawrence, Canada
Mengenalpasti masalah petempatan di Pekan Jaya Gading dan St Lawrence,
Canada
Menyata dan mengamalkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme dalam
kehidupan saya dan masyarakat.
3
Kawasan yang saya jalankan ini ialah di Pekan Jaya Gading. Pekan ini dahulunya
sebuah penempatan kecil dan kini telah menjadi sebagai Pekan Jaya Gading. Bentuk
muka bumi pekan ini ialah tanah pamah dan beralun yang berpotensi sebagai pusat
petempatan, pertanian dan perniagaan.
Banyak kilang, stesen minyak,pasaraya, dan bank dibina untuk memajukan kawasan
Jaya Gading. Lokasi Pekan ini dari arah bandar Kuantan ialah dari baratdaya. Jarak
mutlak dari Kuantan ialah kira-kira 16km. Perjalanannya lebih kurang 30 minit
perjalanan menaiki teksi dan kos tambangnya ialah RM5.00 dari bandar. Lokasi kawasan
kajian saya adalah seperti rajah di sebelah.
Jumlah penduduk secara kasar yang terdapat di kawasan pekan ini ialah lebih kurang
10 000.Rata-rata penduduk di kawasan ini bekerja sebagai kakitangan kerajaan,
kakitangan swasta, buruh dan bekerja sendiri.
4
Antara kaedah yang saya gunakan ialah:
Kaedah Pemerhatian;
Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian di kawasan kajian saya sebanyak tiga
kali. Saya telah menjalankan pemerhatian keatas jenis bentuk muka bumi, jenis pola peta
petempatan, fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan.
Soal Selidik:
Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dan menemu bual 20 orang responden
(Rujuk di helaian lampiran) untuk mengetahui jenis bentuk muka bumi, jenis pola peta
petempatan, fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan.
Temu Bual:
Saya telah menemu ramah Tuan Hj Samad iaitu pengerusi dikampung Jaya Gading
untuk mengetahui fungsi-fungsi petempatan dan masalah petempatan dan cadangan
mengatasi masalah petempatan
Rujukan;
Saya telah menggunakan kaedah rujukan melalui buku Geografi tingkatan 2&5 dan
internet untuk mencari bahan-bahan yang di perlukan untuk kajian saya.
5
Rajah petempatan berjajar
1)Jenis dan pola petempatan di kawasan Pekan Jaya Gading &
St.Lawrence
Kawasan Pekan Jaya Gading merupakan kawasan petempatan luar bandar. Terdapat dua
jenis pola petempatan di kawasan ini iaitu pola berjajar dan berpusat.
Kawasan St.Lawrence merupakan kawasan luar bandar. Terdapat dua jenis pola
petempatan iaitu berjajar dan berpusat.
a) Pola Petempatan Berjajar
Petempatan ini dikatakan berjajar kerana petempatan ini yang selari dengan
Jalan Jaya Gading iaitu Pekan Jaya Gading sepanjang Jalan Gambang.
Rajah 1: Petempatan Berjajar
B) Pola Petempatan Berpusat
Pola Petempatan Berpusat ialah seperti di kem tentera udara/darat, Taman Seri
Mahkota Aman, Taman Seri Mahkota Jaya.
Kawasan kem ini telah disediakan oleh kerajaan.Terdiri daripada kuaters
tentera, kedai, Sekolah Pangkalan Tentera, Padang Golf, tasik Padang Polo.
Manakala bagi petempatan di Taman Seri Mahkota Aman, Taman Seri
Mahkota Jaya terdiri daripada rumah teres, ters dua tingkat, rumah kedai.Kemudahan
awam pula ialah seperti masjid, pondok telefon, tadika, sekolah agama rakyat, bank,
rukun tetangga, stesen minyak.
Rajah 2: Petempatan Berpusat
-Saya bersyukur dan berbangga kerana kawasan petempatan Pekan Jaya Gading
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan yang diperlukan oleh
penduduk.
Rajah petempatan berpusat
6
7
Faktor-faktor yang mempengaruhi
petempatan dikawasan pekan Jaya Gading dan
St. Lawrence
Dasar Kerajaan Industri Kecil Sederhana
Rajah 3: Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan
Bentuk Muka Bumi Tanah pamah yang rata
Kegiatan Ekonomi Perkhidmatan Perniagaan Perindustrian Pertanian
Ketersampaian Kemudahan Pengangkutan
-Jalan raya, Lebuhraya, Lapangan kapal terbang
A
B
C
D
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya Gading dan St. Lawrence
8
A) Bentuk Muka Bumi
Kebanyakan petempatan luar bandar terletak dikawasan tanah pamah. Keadaan
bentuk muka bumi yang rata, beralun dan luas memudahkan pembinaan
petempatan perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan lain-lain.
Kawasan Pekan Jaya Gading, Taman Seri Mahkota Aman merupakan kawasan
tanah pamahyang memudahkan pembinaan petempatan, kawasan Tentera
Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, lapangan terbang, bangunan
pejabat, kuaters, dan sebagainya.
B) Kegiatan Ekonomi
Pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, dan
pertanian telah mempengaruhi penduduk di kawasan Jaya Gading.
Pada awalnya Taman Seri Mahkota Aman merupakan kawasan pertanian
kelapa sawit pada tahun 1992. Dan sekarang tanaman kelapa sawit telah
dibersihkan untuk digantikan dengan taman perumahan.
Aktivii pertanian sebahagian besarnya dijalankan oleh penduduk di kampung-
kampung Jaya Gading dengan tanaman sayur, buah-buahan.
Kegiatan perniagaan dan perindustrian ( kilang elektronik, IKS ) di Pekan Jaya
Gading mengalakkan pembukaan dan perkembangan taman-taman perumahan.
Kebanyakkan pekerja-pekerja kilang tersbut tinggal di kawasan perumahan di
sekitarnya
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan iaitu pusat perkhidmatan pejabat
pos.perkhidmatan klinik, perkhidmatan bank, dan lain-lain mengalakkan
petempatan penduduk di sekitar Pekan Jaya Gading. 9
C) Darjah Ketersampaian
Ketersapaian bermaksud mudah untuk sampai kesesuatu tempat. Pertempatan
Pekan Jaya Gading ini terletak berhampiran dengan jalan raya Kuantan-Gambang.
Selain itu, kawasan ini terletak kira-kira 10kilometer dari Lapangan Terbang
Sultan Ahmad Shah dan kira-kira 8kilometer dari Lebuh Raya Pantai Timur.
Oleh itu, penduduk dikawasan ini tidak menghadapi masalah dari segi
pengangkutan sama ada ke Bandar Kuantan atau Bandar-bandar lain seperti
Jerantut, Rompin dan Pekan. Pengangkutan darat yang di sediakan ialah bas
express dan perkhidmatan udara juga seperti Mas, Firefly, dan Air Asia
Nilai Dan Unsur Patriotisme
Saya dan penduduk di Pekan Jaya Gading bersyukur kerana bentuk muka bumi di
kawasan ini sesuai untuk kegiatan ekonomi. Saya juga berbangga kerana kawasan
ini maju seperti kawasan lain.
3) Fungsi Ptempatan
10
a) Perniagaan
Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan Pekan Jaya Gading
Bil Jenis Perniagaan Jumlah(buah)1 Kedai makanan/minuman 17
2 Kedai runcit 12
3 Kedai Perabot 3
4 Kedai Telekomunikasi 8
5 Bengkel 4
6 Kedai Menjahit Pakaian 4
Jadual : Jenis perniagaan di Pekan Jaya GadingSumber: Pemerhatian
Perniagaan di Pekan Jaya Gading
0
5
10
15
20
25
Mak
anan
/Minu
man
Kedai
Runcit
Kedai
Perab
ut
Kedai
Teleko
mun
ikasi
Bengk
el
Kedai
Men
jahit P
akaia
n
Jenis PerniagaanGraf bar:Jenis Perniagaan di Pekan Jaya Gading
Bil
ang
an
Terdapat juga pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di St. Lawarence antaranya:
11
Bil Jenis Perniagaan Jumlah1 Makanan/Minuman 232 Kedai Runcit 143 Kedai Perabut 11Jadual : Jenis Perniagaan di St LawrenceSumber: Pemerhatian
Bilangan
0
5
10
15
20
25
Makanan/Minuman Kedai Runcit Kedai Perabut
Jenis PerniagaanGraf Bar: Jenis Perniagaan di St. Lawrence
Bil
ang
an
12
Kedai makanan menjual makanan untuk sarapan pagi. Ia di kunjungi oleh pekerja kilang,
tentera dan penduduk setempat. Harga makanan yang di jual tidak seberapa mahal
berbanding di tempat yang lain.
Kedai makanan ringan pula menjual makanan-makanan kesukaan kanak-kanak.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang di jual.
Kedai runcit menjual keperluan asas penduduk Pekan Jaya Gading. Terdapat juga
pasar tani pada sebelah pagi. Ia membekalkan ikan-ikan dan sayur-sayuran yang segar
kepada pengunjung mahupun penduduk di Pekan Jaya Gading.
Bengkel di Pekan Jaya Gading berfungsi bagi memudahkan pengunjung atau
penduduk menghantar kenderaan yang rosak untuk di baik pulih semula.
Kedai perabot pula menyediakan perabot yang menarik. Ia juga memudahkan
penduduk di Pekan Jaya Gading untuk membeli dan mempebaharui perabot di rumah
mereka.
Saya dan penduduk kampung Jaya Gading berbangga kerana perniagaan di Pekan
Jaya Gading berkembang maju seperti di tempat-tempat yang lain.
13
4) MASALAH PETEMPATAN DI PEKAN JAYA GADING DAN DI
LEMBANGAN ST.LAWRENCE
Pekan Jaya Gading
Pencemaran sampah :
Masalah petempatan di Pekan Jaya Gading ialah mengenai pencemaran sampah.
Banyak punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah penduduk tidak
membuang sampah di tempat yang di sediakan kerana tong sampah yang disediakan telah
di rosakkan. Selain itu, pekerja-pekerja alam flora juga tidak mengutip sampah mengikut
jadual. Kesannya akan mendatangkan penyakit kepada penduduk kampung Jaya Gading.
Kesesakan lalu lintas :
Kesesakan lalu lintas di Pekan Jaya Gading boleh menyebabkan pekerja lewat
untuk sampai ke tempat kerja. Apabila penduduk hendak membeli barangan dapur
mereka akan meletakkan kenderaan mereka di mana-mana sahaja kerana tiada
kekosongan di tempat letek kenderaan yang di sediakan.
Masalah keselamatan di kedai/rumah :
Masalah kecurian sering berlaku di Pekan Jaya Gading. Ia melibatkan kedai dan
rumah penduduk. Selain itu, terdapat juga kecurian lain yang berlaku seperti pecah rumah
dan merompak kedai-kedai.
14
Lembangan St. Lawrence, Kanada
Tumpahan minyak dari kapal :
Sungai St. Lawrence adalah laluan kapal – kapal dagang yang berulang- alik ke tasik –
tasik Besar. Oleh itu, terdapat tumpahan minyak yang menyebabkan pencemaran air dan
memusnahkan ekosistem hidupan laut. Kesan daripada tumpahan minyak ini akan
mencatatkan keindahan Sungai St. Lawrence.
Kawasan padat :
Kawasan Lembangan St. Lawrence adalah kawasan yang sedang berkembang dari segi
perindustrian. Oleh itu, banyak kawasan telah digunakan untuk pembangunan sektor ini
sekaligus mengurangkan kawasan untuk pembinaan rumah.
15
5) Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Masalah
Petempatan Pekan Jaya Gading
Pekan Jaya Gading
Masalah pencemaran sampah :
Langkah-langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan lebih banyak
tong sampah. Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan tong sampah yang tahan
lasak. Bagi pekerja alam flora, mereka perlu perihatin ketika bekerja dan patuhi jadual
pengutipan sampah. Penduduk juga haruslah bergotong-royong membersihkan tempat
kediaman.
Kesesakan lalu lintas :
Langkah yang harus diambil ialah mengadakan satu tempat khas untuk meletak
kenderaan. Selain itu, untuk mencepatkan perjalanan dan menjimat masa kita boleh
menumpang kenderaan jiran atau rakan sekiranya hendak pergi ke Pekan Jaya Gading.
Masalah keselamatan di kedai/rumah :
Menubuhkan rukun tetangga (KRT) dan (SRS) di setiap kampung. Waktu
meronda dan berjaga pula hendaklah di tetapkan dengan rapi. Antara waktu untuk
bertugas ialah pada pukul 11.00 malam hingga 3.00 pagi.
16
Lembangan St. Lawrence, Kanada
Tumpahan minyak :
Masalah tumpahan minyak dari kapal boleh ditangani dengan menyedut minyak
yang ditumpahkan oleh kapal menggunakan pam penyedut minyak. Cara ini akan
membantu mengurangkan pencemaran air sekaligus menyelamatkan ekosistem laut
daripada musnah.
Kawasan padat :
Kekurangan tempat membina kawasan perumahan boleh diatasi dengan membina
rumah flat. Rumah flat yang dibina tidak memerlukan kawasan yang luas kerana ia dibina
bertingkat- tingkat dan akan menjimatkan keluasan tanah yang akan digunakan.
17
Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana berjaya menyiapkan kursus geografi PMR ini. Saya
telah mendapati jenis petempatan di Pekan Jaya Gading iaitu jenis petempatan luar
Bandar. Di Negara Canada pula ialah bandar. Pola petempatan di Pekan Jaya Gading pula
berjajar dan berpusat dan di Negara Canada sama seperti di Pekan Jaya Gading . Faktor-
faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jaya Gading ialah bentuk muka bumi,
kegiatan ekonomi ,darjah ketersampaian dan dasar kerajaan. Fungsi petempatan utama
ialah perniagaan, peridustrian dan perkhidmatan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah petempatan seperti pencemaran
sampah, kesesakan lalu lintas dan keselamatan manakala masalah di Lembangan St
Lawrence ialah kejadian tumpahan minyak dari kapal dan kawasan yang padat
Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan untuk mengatasi masalah telah telah di
kemukakan.
Saya dan penduduk di kawasan Pekan Jaya Gading perlu mengamalkan sikap
bekerjasama, tolong-menolong dan bersatu padu demi kesejahteraan dan keselesaan
penduduk.
18
1. Buku Teks Tingkatan 2 dan 5
2. Buku Rujukan
Chong Mui Seng, Ulangkaji Total PMR, 2005, Sasbadi Sdn. Bhd
L.H. Yong & Shaari Sulaiman, Kertas Model Aktual PMR , Sasbadi Sdn. Bhd
3. Internet
http//:www.
19