Geografi Folio 2011 Complete Version

Embed Size (px)

Citation preview

Tugasan Isi Kandungan Penghargaan

Halaman M/S M/S

Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

M/S M/S M/S M/S M/S M/S M/S M/S

Saya Kalash Nanda Kumar, saya merupakan murid tingkatan 3a4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Oleh itu,saya diminta oleh guru matapelajaran Geografi iaitu.Pn.Noraini Bt Nordin untuk menjalankan kerja kursus Geografi yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Lunas untuk mencari maklumat yang diperlukan. Saya telah memilih kawasan kajian ini kerana kawasan tersebut merupakan tempat tinggal saya. Dengan ini saya tidak perlu bersusah payah untuk merugikan masa untuk mengkaji kawasan kajian yang lain. Di samping itu, ini memudahkan saya menemu bual jiran dan pihak lain di tempat tinggal saya. Saya dan rakan rakan saya telah mengambil tempoh masa selama 4 bulan untuk membolehkan saya mengkaji kawasan kajian ini mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan migrasi penduduk di Pekan Lunas. Kajian saya meliputi tentang pencemaran alam sekitar di kawasan taman perumahan saya iaitu Pekan Lunas. Oleh itu, kajian saya merangkumi pelbagai perkara antaranya ialah konsep pencemaran alam sekitar . Konsep pencemaran Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan

benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Di samping itu, kajian ini meliputi jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan Pekan Lunas. Memahami jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini membolehkan saya mengetahui masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan ini. Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Saya dapat mengenal pasti punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar berlainan, antaranya ialah pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanih dan pencemaran haba. Objektif kajian bagi kerja kursus ini juga bagi mengenalpasti kesan-kesan yang berlaku disebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.Saya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat yang tinggal di kawasan kajian akibat pencemaran alam sekitar. Akhir sekali, setiap maklumat yang diperolehi membolehkan untuk membuat cadangan untuk mengatasi kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Akhirnya, usaha yang sangat dipertimbangkan dalam kajian ini ialah penerapan nilai bersyukur dan semangat cinta akan negara.

Melalui kajian Geografi Tempatan saya dapat:-

1. Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar. 2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Seri Sentosa,Lunas Kedah. 3. Menyatakan punca pencemaran alam sekitar di Taman Seri Sentosa,Lunas Kedah. 4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Seri Sentosa,Lunas Kedah. 5. Mengemukakan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Seri Sentosa,Lunas Kedah. 6. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Pekan Lunas,Lunas Kedah.

Kawasan kajian saya ialah Pekan Lunas, Kedah. Pekan ini penuh dengan rumah tua yang banyak didirikan dan dikembangkan pada awal 1900 ketika tentera Inggeris menjajah Malaya. Selama tempoh itu, banyak warga tempatan termasuk pekerja asing China dan India bekerja di ladang getah yang sebelumnya dimiliki oleh British. Lunas adalah sub-daerah di Kulim,yang berada 45 minit dari Pulau Pinang. Pekan Lunas terletak di antara Butterworth dan Kulim dan koordinatnya 5 26N 100 32E.Keluasan kawasan kajian saya meliputi lebih kurang 100 kilometer persegi.Kedudukannya ialah kirakira 14.3 kilometer dari pusat bandar Kulim. Lokasi yang terletak 1.351 kilometer barat (285 ) dari pusat anggaran Malaysia dan 283 kilometer di sebelah utara barat (333 ) dari ibukota Kuala Lumpur.Sebuah wilayah 100 kilometer persegi di sekitar Lunas memiliki jumlah penduduk aproximate dari 1.593.656 (0,015937 orang per meter persegi) Pandang darat fizikal di kawasan kajian kami terdiri daripada kawasan tanah pamah. Kawasan di sekitar Pekan Lunas mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan pamah iaitu dengan ketinggian lebih kurang 84 meter dari aras laut. Tanah yang terdapat di kawasan ini ialah tanah laterit kerana terdapat tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan ini.Pekan Lunas terletak di sebelah barat laut dari pusat bandar Kulim. Pekan Lunas disempadani oleh Taman Sentosa, Taman Makmur, Taman Aman, Taman Gemilang dan Taman Desa Makmur. Perjalanan dengan menaiki bas awam dari pekan Lunas ke pusat bandar Kulim mengambil masa kira-kira 15 minit jika tiada kesesakan lalu lintas. Kos pengangkutan dengan menggunakan bas ialah RM1.20 . Jarak bandar Butterworth

dari Pekan Lunas adalah lebih kurang 25 kilometer, jarak pekan Lunas dengan pekan Padang Serai ialah 15 kilometer, dan jarak antara Lunas dengan bandar Bukit Mertajam adalah 22 kilometer. Pekan Lunas dihubungkan dengan Bandar Butterworth melalui Lebuhraya BKE (Butterworth-Kulim Expressway).

Hari ini, masih banyak permata yang dijaga baik seperti rumah pra-perang, bungalo kayu tradisional pos dan juga bergaya kolonial Soon Cheng Sai rumah. Lunas dianggap bandar lebih dari 100 tahun tua. Pada tahun 2009, Lunas merayakan ulang tahun ke-120 nya. Lunas merupakan sebuah bandar multi-bangsa kecil. Penduduk berbangsa India merupakan penduduk terbesar di kawasan-kawasan Lunas dan banyak daripada mereka bekerja atau memiliki satu atau dua ladang getah, sedangkan sebahagian besar orang Cina tinggal di Lunas Street dan bekerja sebagai peruncit atau tinggal di daerah perumahan berhampiran bandar. Selain itu, orang Melayu banyak tinggal di daerah perumahan di dekatnya, termasuk di kampung dan bekerja dalam industri pertanian atau sebagai peruncit.

Lunas dihubungkan oleh satu jalan utama. Jalan utama hampir 90% dikelilingi oleh kedai dan beberapa telah ditukar menjadi perumahan. Lunas juga mempunyai dua pasar basah, satu adalah pasar basah tua yang terletak di jalan utama, sementara satu sama lain terletak di kawasan Sungai Seluang.

PETA MALAYSIA

U

PETA NEGERI KEDAH

U

P

K W

NK J

N ( P K N UN

)

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A) Temu Bual : Saya telah menemu-bual 3 orang daripada kawasan kajian saya iaitu Pekan Lunas , Kedah dan telah mendapat respond yang baik.

(B) Rujukan : Saya membuat rujukan dari risalah yang diterbitkan oleh Majlis Pembandaran Kulim untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Pekan Lunas , Kedah. Saya juga telah merujuk beberapa buah buku untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan kajian ini khasnya buku teks.

(C) Soal Selidik : Saya juga telah menyediakan borang soal selidik. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pencemaran alam sekitar di sekitar Pekan Lunas, Lunas Kedah.

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan.Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat perlaksanaan aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan mengkibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia kepada alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan

haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan dalam pelbagai bentuk pencemaran alam.Antaranya : 1. Pencemaran udara 2. Pencemaran air 3. Pencemaran bunyi 4. Pencemaran bau 5. Pencemaran tanih

Salah satu jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan Pekan Lunas ialah pencemaran udara. Pencemaran udara ini berlaku disebabkan oleh pelepasan asap yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida daripada kilang-kilang yang didirikan berhampiran Taman Desa Sentosa iaitu kawasan perusahaan Taman Makmur. Antara kilang yang terdapat di sini adalah seperti kilang tayar, kilang porselin, kilang kain dan kilang sarung tangan. Seterusnya, pencemaran bau juga berlaku di kawasan kajian saya. Pencemaran bau ialah keadaan di mana penduduk tidak dapat hidup dengan selesa kerana terhidu sesuatu yang kurang menyenangkan di kawasan tersebut. Pencemaran bau di kawasan kajian saya, iaitu Pekan Lunas berpunca daripada sampah-sarap yang bertaburan di tepi-tepi tong sampah yang disediakan serta sampah-sarap yang dibuang di merata tempat.

Akhirnya, pencemaran air lebih kerap berlaku di kawasan kajian. Kilang -kilang berhampiran dengan Pekan Lunas melepaskan sisa toksik ke dalam longkang dan sungai. Hal ini mencemarkan kualiti air dan sungai. Penduduk di kawasan kajian saya juga membuang sampah ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini juga menyumbang kepada pencemaran air.

Perkilangan Perkilangan merupakan faktor utama berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Desa Sentosa. Kedudukan kawasan kajian yang terletak bersebelahan kawasan Taman Makmur dan perusahaan tayar menyebabkan berlakunya pencemaran udara air dan bau. Di kawasan ini terdapat pelbagai jenis kilang. Antaranya industri pembuatan tayar, kilang pembuatan sarung tangan, kilang kain, kilang porselin, kilang baja dan kilang komponen komputer dan kejuruteraan mekanikal. Pelepasan gas-gas beracun seperti nitrogen oksida, sulfur oksida, karbon dioksida telah menyebabkan udara di kawasan ini tercemar. Selain itu, sisa kilang yang merupakan sisa toksid pula di alirkan ke dalam parit. Perbuatan ini, menyebabkan pencemaran air.

KenderaanPencemaran alam sekitar di kawasan kajian juga berlaku kerana pertambahan bilangan kenderaan di kawasan kulim dan juga pelepasan asap daripada kenderaan berat seperti bas-bas kilang. Kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas yang menggunakan minyak diesel telah menyebabkan udara tercemar dengan gas karbon monoksida. Pembakaran terbukaPembakaran terbuka seperti pembakaran sampah turut mengundang fenomena pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran udara. Terdapat segelintir penduduk

yang bertindak membakar sampah dan sisa-sisa domestic seperti kayu-kayu terbuang, rumput dan sebagainya. Kesannya udara dicemari dengan gas karbon dioksida. PerniagaanSelain itu, pencemaran alam sekitar turut berlaku di kawasan Taman Seri Sentosa yang berpunca daripada perniagaan pasar malam dan pasar minggu. Di kawasan kajian saya, perniagaan pasar mingguan adalah pada hari Ahad manakala pasar malam pula diadakan pada sebelah malam hari Selasa. Pencemaran akan bermula setelah berakhirnya jual beli. Kawasan ini akan dipenuhi sampah sarap dan juga sisa-sisa domestik. Keadaan ini menimbulkan bau busuk dan pemandangan yang tidak condusif. PetempatanPembinaan petempatan baru di kawasan tersebut telah menjadi punca kepada pencemaran yang berlaku.Petempatan yang dibina mengakibatkan pelbagai kesan buruk.Sebagai contoh, penduduk di petempatan tersebut telah membuang sampah di merata tempat.Keadaan ini menyebabkan pencemaran bau berlaku.

UNSUR PATRIOTISME

Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan berusaha bagi mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.Dunia yang indah ini akan terus tercemar sekiranya perbuatan yang terkutuk ini tidak dihentikan. Kerjasama antara penduduk setempat bagai aur dengan tebing akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. Secara konklusinya,masyarakat harus memelihara alam sekitar ini kerana alam merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Ingatlah kita hanya memimjam dari generasi yang akan datang dan kita tiada hak untak merosakkannya.

Hujan asidAktiviti perkilangan di kawasan industri tayar telah menyebabkan pembebasan

gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, nitrous oksida dan sulfur dioksida. Pembebasan gas ini boleh mencemari udara dalam 2 keadaan iaitu se bagai deposit basah dan kering. Deposit basah terdiri daripada hujan asid. Hujan asid berlaku apabila dua gas bertindak balas dengan wap air. Oksigen dan bahan kimia lain membentuk asid lemah. Hujan asid boleh mejejaskan kesihatan manusia. PenyakitKesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mangalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengakibatkan pelbagai penyakit. Bau busukAktiviti perkilangan di kawasan kajian turut menyebabkan pencemaran bau. Bau yang busuk ini disebabkan asap-asap yang dilepaskan kilang mengandungi gas-gas yang beracun. Antara kilang-kilang yang menyebabkan bau yang busuk seperti kilang tayar, kilang baja , dan kilang komponen elektrik. Asap-asap yang dilepaskan ini ketara sekali pada waktu malam dan petang. mengalami masalah. Ini

Kesuburan tanih terjejas-

Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang selalu digunakan oleh peladang dan pekebun berhampiran kawasan kajian saya. Ini menyebabkan mutu tanah terjejas. Tanah akan menjadi lebih berasid dan ia menyebabkan kebantutan tumbuh-tumbuhan yang ditanam.Selain itu , kilang-kilang berdekatan akan melepaskan gas-gas yang bahaya dan gas ini akan membentuk hujan asid.Hasilnya kesuburan tanih terjejas. Udara TercemarPenduduk di kawasan kajian saya iaitu di Pekan Lunas kerap melakukan pembakaran terbuka.Asap-asap yang dihasilkan oleh pembakaran tersebut menyebabkan penduduk lain tidak dapat bernafas dengan baik.Ini juga akan menyebabkan penduduk lain menghidapi penyakit yang bahaya.Gas yang dilepaskan daripada ekzos kenderaan juga menyebabakan penduduk Pekan Lunas tidak dapt bernafas dengan baik dan juga menyebabkan penduduk menghidap penyakit.

UNSUR PATRIOTISME

Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan berusaha bagi mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.Dunia yang indah ini akan terus tercemar sekiranya perbuatan yang terkutuk ini tidak dihentikan. Kerjasama antara penduduk setempat bagai aur dengan tebing akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. Secara konklusinya,masyarakat harus memelihara alam sekitar ini kerana alam merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Ingatlah kita hanya memimjam dari generasi yang akan datang dan kita tiada hak untak merosakkannya.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PEKAN LUNASKuat kuasa undang-undang :Pihak berwajib dan berautoriti seperti Jabatan Alam

Sekitar (JAS) hendaklah bertindak untuk mewartakan undang-undang larangan pembuangan bahan sisa secara tidak teratur. Pembuangan bahan sisa di Taman Sri Sentosa secara tidak teratur bukan sahaja boleh menjejaskan keindahan alam sekitar malah boleh mendatangkan kesan negatif seperti pencemaran bau, manjejaskan kesihatan dan banjir kilat yang serius. Pihak Majils Perbandaran Kulim Kedah hendaklah mengenakan caj yang tinggi kepada syarikat-syarikat yang mahu melupuskan sampah di tapak pembuangan sampah mereka. Langkah ini diyakini dapat mengurangkan sampah sarap di Pekan Lunas. Rawatan air kumbahan :Negara Malaysia perlu menggalakan Rawatan air kumbahan. Majikan kilang haruslah menjalankan program rawat semula air kumbahan bagi mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan domestik dan perindustrian. Pihak berkuasa tempatan seperti MPKK haruslah berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan kilang-kilang menjalankan rawatan tersebut dengan betul. Hal ini akan mengurangkan pencemaran air di Pekan Lunas. Pendidikan alam sekitar :Penduduk di Pekan Lunas perlulah dididik supaya menghargai anugerah Tuhan. Usaha ini patut diterapkan sejak peringkat kanak-kanak lagi, iaitu semasa mereka berada dalam alam persekolahan. Pendidikan tentang alam sekitar hendaklah diserapkan dalam silibus subjek-subjek tertentu seperti dalam subjek Geografi, Pendidikan Moral dan

Pendidikan Sivik. Dengan ini penduduk dapat menghargai khazanah alam.

Kempen Cintai Alam Sekitar :Langkah yang terakhir ialah melancarkan kempen kebersihan dan cinta akan alam sekitar. Kempen ini boleh diadakan di kawasan-kawasan taman yang bertujuan memberikan kesedaran sivik kepada orang ramai agar memahami kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Selain itu, kemudahan tempat membuang sampah yang lebih mudah dan strategik hendaklah diperbanyak. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka masa yang panjang, kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

UNSUR PATRIOTISME

Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan berusaha bagi mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.Dunia yang indah ini akan terus tercemar sekiranya perbuatan yang terkutuk ini tidak dihentikan. Kerjasama antara penduduk setempat bagai aur dengan tebing akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. Secara konklusinya,masyarakat harus memelihara alam sekitar ini kerana alam merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Ingatlah kita hanya memimjam dari generasi yang akan datang dan kita tiada hak untak merosakkannya.

Bunyi Kenderaan:

Kenderaan Yang Berdiesel menyebabkan Bunyi bising di Pekan Lunas.

Pencemaran Bunyi Di Pekan Lunas

Pengunaan hon kereta:Hon kereta digunakan tanpa kawalan sewaktu kesesakan lalu lintas.Hal ini,menyebabkan pencemaran bunyi di Pekan Lunas.

Peratus Pencemaran Alam Sekitar di Sekitar Pekan Lunas140%

120%

100%

80%

60%

40%

20%

0%

UDARA

AIR

BUNYI

TANIH

BAU

Peratus Pencemaran Alam Sekitar di Sekitar Pekan Lunas

20%

60%120%

UDARA AIR

UN I

TANIH 60%

AU

100%

Jalanraya yang tidak diturap dengan elok.

Salah satu daripada restoran yang popular di Pekan Lunas iaitu Restoran Itik Panggang Tan Kee

Lembu-Lembu sering berkeliaran di merata tempat dan menberi kesukaran kepada penduduk.

Sampah-sarap tidak dikutip dengan kerap dan sampah-sarap selalu berada di merata tempat yang akan melepaskan bau yang busuk.

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah -langkah drastik dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab yang mudah dan harus dilakukan oleh pihak kerajaan sahaja. Ini adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu masalah ini akan dapat dibendung atau dikurang secara berperingkat -peringkat. Alam sekitar yang bersih akan mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

.

UNSUR PATRIOTISME

Masyarakat hendaklah sentiasa peka dan berusaha bagi mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.Dunia yang indah ini akan terus tercemar sekiranya perbuatan yang terkutuk ini tidak dihentikan. Kerjasama antara penduduk setempat bagai aur dengan tebing akan membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. Secara konklusinya,masyarakat harus memelihara alam sekitar ini kerana alam merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Ingatlah kita hanya memimjam dari generasi yang akan datang dan kita tiada hak untak merosakkannya.

1.Orang Sumber a)Nama: Nanda Kumar a/l Gopinathan Menon b)Umur: 50 tahun c)Alamat: 145,Jalan Desa Sentosa 3,Taman Desa Sentosa ,09600 Lunas , Kedah Darul Aman. d)Tinggal selama: 20tahun 2.Buku Teks Geografi Tingkatan 1,Rapeah Bt Ahmed,Khalijah Bt Maimon,Azzizah bt Ismail,Foo Ho Loke, Arus Intelek Sdn.Bhd,Suite E-06-06,Plaza MontKiara,50480 Kuala Lumpur,Malaysia. 3.Internet Googlemaps.com.my