22
Bab 11 --> Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemaju Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kaw Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau. PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangk suhu di atmosfera. Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera. Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi. Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali bumi ke angkasa.

Geografi Folio

Embed Size (px)

Citation preview

Bab 11 --> Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan. Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan. Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau. PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangkan suhu di atmosfera. Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera. Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi. Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.

Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau. Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi. Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera. Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C. Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gasgas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya. Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi. Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan. Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%. Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api. Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.

Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah. Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah. Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara. Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol. Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.

PULAU HABA Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan. Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba. Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba. Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.

Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi. Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat. Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah. Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan. Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C. JEREBU Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara. Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad. Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat. Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api. Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.

Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan. Pada tahun 1990, 1994, dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang teruk. Keadaan berjerebu ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran. Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung atau terampai di atmosfera. Jerebu biasanya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam temph yang lama dan tiada angin bertiup. Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma. Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas. Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas. Kandungan asid dalam hujan juga bertambah. Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan.

PENIPISAN LAPISAN OZON Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.

Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi. Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi. Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi. Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa sebab : Penggunaan baja kimia berterusan menambahkan kandungan gas metana. CFC dilepaskan melalui bahan semburan aerosol (dalam penyembur racun serangga) dan gas penyejuk (dalam peti sejuk dan alat pendingin udara). Kapal terbang sepersonik yang membebaskan nitrogen oksida. Letupan bom nuklear dan ujian senjata nuklear yang mengeluarkan gas hidrogen dan nitrogen oksida. 6. Ahli sains telah mengesan satu lohong ozon di kawasan Antartika. 7. Keadaan ini membawa kesan-kesan seperti :

sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi bertambah. menyebabkan penyakit barah (kanser) kulit, sakit mata, katarak mata, dan melemahkan sistem pelalian badan. mengurangkan proses fotosintesis. memusnahkan sel and mikroorganisma dalam binatang dan tumbuhan , hasil tanaman berkurangan. berlaku perubahan iklim dunia; suhu meningkat, ais dari glasier mencari, banjir berlaku, kawasan rendah ditenggelami air.

HUJAN ASID Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gasgas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah

menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuhtumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

Kesan KegiatanPeningkatan suhuPenipisan Lapisan OzonKemarauPulau Haba BandarHujan AsidJerebu

Peningkatan SuhuFaktor: 1.Industri perkilangan - mengeluarkan bahan 2.pencemar udara (karbonmonoksida, hidrokarbon, oksida nitrogen, habuk dan debu) ygmenyerap lebih byk sinaran matahari gelombang pendek ke bumi. 3.Pembalakan menyebabkan peratus bahangan dan karbon dioksidabumi bertambah. Kesan: *Pencairan ais di kutub *banjir di kawasan rendah *kemarau *kemerosotan hasil tanaman *musim sejuk singkat dan lembap *musim panas panjang dan panas

Kesan Rumah HijauBumi dipanaskan oleh tenaga matahari dan apabilatenaga sampai ke atmosfera bumi, sebahagiannyadipantulkan semula ke angkasa lepas.

Gas di atmosfera berfungsi utk mengekalkan suhupurata bumi Gas rumah hijau : karbon dioksida, metana, wap air,nitrat dll.

Faktor:penggunaan bahan api fosil pembakaran sampah secara terbuka penebangan hutan Kesan: *meningkatkan suhu bumi - pencairan ais di kutub& menaikkan aras laut *perubahan cuaca yg melampau *kemarau

Jerebukeadaan apb tdapat debu,asap, abu, gas dan pepejal ygterapung di udara

Faktor:Industri perkilangan pembakaran terbuka asap drp kenderaanbermotor kebakaran hutan

Kesan:

*mengurangkan jarakpenglihatan *kerosakan penglihatan(sakit mata) *mengganggu pernafasan *radang paru-paru danbronkitis

Hujan Asid1.berlaku apb gas 2.oksida spt nitrogen oksida, karbon monoksida, dansulfur dioksida yg bercampur dgn wap air di udara. Gas 1.ini larut dan jadi berasid dan turun ke bumi sbg

hujan asid. Faktor: Kesan:

Industri perkilangan

*kemusnahan hidupan akuatik *tanah berasid dan tidak sesuai dgn tanaman bangunan rosak *pencemaran air minuman *penyakit kulit terhadap manusia dan haiwan

Pulau Haba Bandarkeadaan di mana atmosferabandar mpunyai suhu lebih tinggidrp kawasan sekitarnya. Faktor: Bangunan konkrit, jln raya,besi yg byk menyerap haba bahan pencemar spt debu,habuk, gas menyerap haba proses perpeluhan kurangberlaku kerana kurang pokok haba drp kenderaanbermotor, kilang, danpembakaran sampah

Kesan: *peningkatan suhu bandar *pokok-pokok layu Penipisan Lapisan Ozon lapisan ozon berada pd paras 20-25km drpermukaan bumi kepentingan - melindungi hidupan bumi drpsinaran ultraungu (UV) yg berlebihan Faktor: penggunaan bahan klofluorokarbon dlmpenyembur serangga, sistem penyamanudara, dan peti sejuk

ujian senjata nuclear yg mengeluarkan gashidrogen dan nitrogen oksida penggunaan baja nitrogen yg mengeluarkannitrus oksida Kesan: *menyebabkan barah kulit *melemahkan sistem pelalian badan *katarak mata * merosakkan tanaman/hasil pertanian

KemarauTempoh kering yg berpanjangan dgn tdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung

Faktor:

pembalakan tidak terkawal pertanian pindah

Kesan:

meningkatkan suhu tumbuh-tumbuhan musnah, air minuman terhad, air pengairan & perindustrian berkurang

PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONIMI.Faktor cuaca dan iklim telah memberi pengaruh yang besar terhadap kegiatanekonomi penduduk Malaysia terutamanya kegiatan pertanian, perikanan, pelacongan, pembalakan dan perindustrian

1.

Ekonomi Pertanian*Iklim yang lembap dan panas sepanjang tahun dengan purata suhu 27oC *menggalakkan pertumbuhan pelbagai tanaman seperti kelapa sawit, getah, koko, ladahitam dan sebagainya. *Hujan lebat sepanjang tahun iaitu berjumlah 2060 mm telah membekalkan sumber air kepada tanaman. Keadaan ini amat sesuai untuk tanaman padi. *Suhu yang sederhana di sesetengah kawasan tinggi iaitu 18 oC C seperti di Ranau(Sabah), Tanah Tinngi Cameron (Pahang) telah menggalakkan tanaman hawasederhana, bunga-bungaan dan teh secara meluas. *Penanaman tembakau di Dataran Kelantan menjalankan proses menanam tembakau pada musim kemarau di kawasan sawah padi iaitu selepas padi dituai

2.Ekonomi PerikananCuaca dan iklim turut mempengaruhi kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung, pinggir laut Sarawak dan pantai

utara Sabah yang menangkap ikan di Laut ChinaSelatan dan Laut Sulu. .Mereka tidak dapat turun ke laut ketika tiupan angin monsun timur laut ('MusimTengkujuh") kerana tiupan angin kencang dan laut bergelora yang bolehmerbahayakan nelayan bot kecil. .Pada musim ini mereka melakukan kerja-kerja embaiki jaring, mengambil upah, bekerja sambilan atau berniaga kecil-kecilan. . Nelayan di pantai barat dapat menjalankan aktiviti menangkap ikan sepanjang tahundi perairan Selat Melaka kerana perairanya tenang sepanjang tahun. .Sekali-sekala terdapat tiupan angin kencang daripada angin Sumatera di perairanSelat Melaka yang berlaku ketika peralihan angin monsun iaitu antara bulan April-Oktober.

3.Ekonomi PelanconganKegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia panasdan lembap sepanjang tahun yang tidak mempunyai musim sejuk bersalji. Pelacong asing dan tempatan dapat melancong ke destinasi pelancongan sepanjangtahun seperti di Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Pulau Langkawi,Pulau Tioman dan sebagainya pada hujung minggu dan cuti sekolah.

4. Ekonomi PembalakanIklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.

Hutan ini menggalakkan perkembangan kegiatan penebangan pelbagai jenis kayu-kayan tropika seperti keruing, cengal, balau, mersawa dan meranti

5. Industri DesaPengusaha makanan ringan seperti keropok dan belacan bergantung kepada cuacayang panas dan bermatahari untuk menjemur bahan-bahan makanan tersebut

Negara kita telah memperkenalkan Dasar Penswastaan. Ada pelbagai impak dasar ini kepada negara walaupun mendapat bantahan pada peringkat awal pelaksanaannya. Terangkan kebaikan-kebaikan dasar ini. Dasar penswastaan telah dimulakan dalam era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed pada pertengahan 80-an. Dalam dasar ini agensi kerajaan telah dijual kepada syarikat untuk diuruskan sebagai sebuah syarikat. Dasar ini walaupun telah menerima pelbagai kritikan pada peringkat awalnya telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa kerana kejayaannya dalam beberapa aspek terutama kewangan. Kebaikan dasar ini yang ketara ialah kerajaan mampu mengurangkan perbelanjaannya dalam menguruskan negara. Peruntukan yang sepatutunya diberikan kepada agensi kerajaan yang sudah diswastakan itu boleh disalurkan untuk kegunaan projek pembangunan lain yang lebih penting. Keadaan ini memastikan bebanan kewangan negara tidak menjadi satu alasan untuk tidak menjalankan sesuatu projek pembangunan. Dasar ini turut memastikan semua projek pembangunan berjalan lancar. Malah, tahap perkhidmatan agensi kerajaan yang sudah diswastakan itu akan meningkat dengan drastik. Peningkatan ini berkaitan dengan konsep keuntungan yang dipentingkan dalam pengurusan sesebuah syarikat. Agensi yang telah diswastakan itu akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka ditingkatkan pada satu tahap yang jauh berbeza sebelum daripada dasar penswastaan dilaksanakan. Justeru itu, mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan menguntungkan mereka. Peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara amnya. Persaingan ini akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa sehingga menyebabkan produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa yang singkat. Sememangnya, pekerja akan bersaing untuk memastikan mereka terus relevan di dalam agensi yang diswastakan tersebut. Tambahan pula, persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan bertambah kerana sudah pasti lebih banyak peluang ekonomi terbuka dalam dunia yang penuh persaingan. Pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu tahap kemahiran kerja yang tinggi. Aspek ini mendorong pelbagai jenis pekerjaan baru terhasil di negara ini. Selain itu, dasar ini memberi satu suntikan baru kepada imej negara. Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif terutama dalam menguruskan negara. Kemampuan negara terjelma melalui sistem pentadbiran yang sistematik, pengangkutan awam yang menyeluruh, kemudahan bertaraf antarabangsa, dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi. Negara akan dianggap sebagai negara contoh dalam perbandingan pembangunannya. Secara amnya, memang dasar ini membawa kebaikan yang tidak terhingga. Syarikat seperti TELEKOM, TNB, dan POS MALAYSIA merupakan agensi kerajaan yang telah diswastakan dan telah menunjukkan peningkatan dalam perkhidmatan mereka. Perubahan ini dijangka akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang kerana sudah pasti mereka akan bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang turut mahu mengaut keuntungan seperti mereka.

erupakan keperluan peringkat ke dua yang mesti cicapai untuk tujuan keselamatan sebelum keperluan-keperluan dalam peringkat yang lebih tinggi dipenuhi. Rumah sebagai keperluan diri dan keluarga, ia merupakan sempadan fizikal yang memisahkan satukeluarga dengan keluarga yang lain. Perumahan pula didefinisikan sebagai satu siri rumah-rumah yang disatukan di sebuah kawasan petempatan. Di dalam unsure perumahan, terdapat beberapa subunsur rumah-rumah dengan segala kemudahan fizikal seperti kedai-kedai, sekolah dan sebagainya. Di kawasan perumahan, masyarakat hidup berkelompok dn bersosialisasi antara satu sama lain.

Definisi dan Konsep Rumah Kos Rendah Rumah kos rendah juga seringkali dikenali sebagai rumah kerajaan, rumah murah, rumah kilat dan sebagainya. Tidak ada satu pun nama khas untuk rumah jenis ini. Kajian mengenai perumahan kos rendah di Negara dunia ke tiga merumuskan terdapat dua jenis perumahan kos rendah iaitu jenis konvensional yang merangkumi perumahan awam dan swasta, manakala perumahan bukan konvensional pula iaitu perumahan setinggan di kawasan-kawasan sesak dan terbina. Masalah Perumahan di Malaysia Perumahan adalah satu masalah penting Negara yang melibatkan banyak perkara sosial, ekonomi dan politik. Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan perumahan yang menyebabkan kajian mengenainya adalah penting dan usaha untuk mengatasinya samada oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Perumahan kos rendah adalah satu usaha komprehensif kerajaan untuk mengatasi masalah golongan yang berpendapatan rendah. Malangnya sering menimbul dua masalah utama iaitu masalah pembinaan rumah kos rendah dan masalah perumahan kos rendah itu sendiri. Justeru,

masalah-masalah ini menyebabkan pelbagai kesulitan dalam pembinan dan penyediaannya terutama skim perumahan kos rendah. Masalah-masalah tersebut boleh diringkaskan sebagai yang berikut: Permintaan dan Penawaran Permintaan terhadap rumah kos rendah meningkat jauh lebih besar dari penawaran rumah tersebut semenjak dari Rancangan Malaysia ke tiga. Penawaran Rumah Kos Rendah Penawaran rumah kos rendah tidak pernah mncukupi. Pembinaan rumah kos rendah adalah tidak memuaskan berpunca dari kekurangan kapasiti, proses terkawal dalam mencari tanah ang bersesuaian dan penangguhan dalam menyediakan infrastruktur penggenap. Kekurangan tanah yang sesuai dan penawaran rumah yang terhad ini menyebabkan kawasan setinggan bertambah. Bahan Binanan Seringkali berlakunya kekurangan bahan mentah disebabkan oleh kenaikan mendadak industri pembinaan ini. Kekurangan Tanah Tanah seperti juga komoditi yang lain telah menjadi rebutan untuk tujuan spekulasi. Keadaan ini menyebabkan harga tanah meningkat dan seterusnya ia menjadi masalah yang paling utama yang dihadapi oleh sector swasta dan awam dalam pembinaan atau penyediaan rumah kos rendah Prosedur Birokratik Pembanguan perumahan yang aktif telah menyebabkan beban kerja yang bertambah kepada agensi kerajaan tertentu berkaitan dengan pembinaan perumahan, masalah kekurangankakitangan ini bertambah dengan prosedur yang panjang dan sukartelah menyebabkan tertangguhnya banyak projek dan kelulusan pelan.

MERUMAHKAN (menyediakan rumah kepada penghuni/dihuni) (i) (ii) (iii) (iv) (v) Bagi Kunci Struktur dan Isi ( structure and infill ) Rumah Teras ( core house ) Tapak dan Perkhidmatan ( site and survices ) Beri Tanah

1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan ManusiaPencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahanbahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuhtumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut. 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, hakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut. 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada

sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10. 1.2.6 Kejadian Hujan Asid Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12. 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal15. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.