31
GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF

GEOGRAFI TINGKATAN 1

  • Upload
    rowa

  • View
    422

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GEOGRAFI TINGKATAN 1. UNIT 4: GRAF. OBJEKTIF PEMBELAJARAN. Dalam unit ini pelajar akan dapat : Mengumpul dan merekod data. Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual . Membina graf bar mudah dan graf garisan . Mentafsirkan jadual , graf bar mudah dan graf garisan. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: GEOGRAFI TINGKATAN 1

GEOGRAFI TINGKATAN 1

UNIT 4: GRAF

Page 2: GEOGRAFI TINGKATAN 1

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Dalam unit ini pelajar akan dapat:• Mengumpul dan merekod data. • Memilih data dan menyusun maklumat dalam

bentuk jadual. • Membina graf bar mudah dan graf garisan. • Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf

garisan.

Page 3: GEOGRAFI TINGKATAN 1

PENGENALAN

• Graf ialah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini, kita akan mempelajari bagaimana data dikumpulkan dalam bentuk jadual, kemudian dipersembahkan dalam bentuk graf seperti contoh diberi.

Page 4: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Contoh Bentuk Graf

Tempat tinggal pelajar Tingkatan 1 Bestari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik

Page 5: GEOGRAFI TINGKATAN 1

MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA

• Data ialah butir-butir atau maklumat yang dikumpulkan semasa kerja luar untuk direkodkan dalam sesuatu bentuk.

• Di antara contoh data yang digunakan dalam geografi ialah data jarak, bilangan penduduk, hujan, suhu dan lain-lain.

• Biasanya jadual dan graf digunakan untuk menyusun data supaya lebih tersusun, lebih mudah difahami dan kelihatan menarik.

Page 6: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Kaedah Pengumpulan Maklumat

Kaedah Pemerhatian• Kaedah yang paling cepat dan mudah dilakukan.• Maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi dengan cara melihat dan

mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki.

Kaedah Temu Bual• Merupakan kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan

bersoal jawab dengan seseorang. • Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkaitan

dengan berita, pendapat, atau nasihat. • Orang yang ditemu bual akan dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan

maklumat yang hendak dikumpulkan.

Banci•Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan jumlah sesuatu data atau maklumat yang dihitung. •Contohnya ialah jumlah penduduk atau kenderaan yang lalu- lalang di sesuatu jalan.

Page 7: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Kaedah Pengumpulan Maklumat

Soal Selidik / Tinjau Siasat / Survei•Merupakan satu kaedah melalui pengedaran borang soal selidik kepada orang ramaia atau responden (iaitu orang yang memberikan maklumat dalam sesuatu kaji selidik). •Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula untuk dianalisakan. •Contoh borang soal selidik adal seperti di bawah

Rujukan ( Daripada pelbagai sumber, seperti bahan bercetak dan internet)•Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan. •Contohnya rujukan melalui buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web, atau cakera padat.

Page 8: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Contoh borang soal selidik

Page 9: GEOGRAFI TINGKATAN 1

MEMBENA DAN MENYUSUN MAKLUMAT DALAM BENTUK JADUAL

• Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data.

• Langkah-langkah menyedia dan menbina jadual: – Mengumpulkan data yang diperlukan dengan

menggunakan kaedah yang sesuai. – Contoh : Mengumpul data tentang cara pelajar

Tingkatan 1 Iltizam SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik datang ke sekolah.

– Data yang dikumpulkan ditunjukkan seperti di berikut:

Page 10: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bil Nama Pelajar Cara Datang Ke Sekolah

1 Abdullah B. Razali Berjalan kaki2 Adnan B. Yahya Kereta

3 Ahmad Tarmizi B.Harun Bas

4 Ali B. Zakaria Bas5 Ibrahim B. Ismail Motosikal

6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani Bas

7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal

8 Norliza Bt. Alias Motosikal

9 Nor Syafirah Bt. Mohd Razali Bas

10 Nor Fazlin Bt. Mohd Faezol Berjalan kaki

11 Noor Mardiana Bt. Che Wan Bas

12 Nur Amrina Bt. Azhari Bas

13 Nur Atikah Bt. Mohd Razman Kereta

14 Nur Aziani Bt. Nafiah Bas

15 Nur Hidayu Bt. Mohd Zaini Kereta

16 Nurul Hakimi Bt. Mat Isa Berjalan kaki

17 Rohaiza Bt. Abd. Rahim Bas

18 Siti Azimah Bt. Zakaria Berjalan kaki

19 Siti Norulhaya Bt. Ishak Bas

20 Yusnor Fariza Bt. Yusof Kereta

21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani Bas

22 Muhamad Zabidi B. Muhamad Motosikal

Contoh data yang dikumpul

Jadual : Senarai nama dan cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah

Susun semula data dalam bentuk jadual dan berikan tajuk yang sesuai seperti berikut

Cara Datang Ke Sekolah

Bilangan Pelajar

Bas 10

Berjalan kaki 4

Kereta 4

Motosikal 3

Basikal 1

Jumlah 22

Bil Nama Pelajar Cara Datang Ke Sekolah

1 Abdullah B. Razali Berjalan kaki

2 Adnan B. Yahya Kereta

3 Ahmad Tarmizi B.Harun Bas

4 Ali B. Zakaria Bas

5 Ibrahim B. Ismail Motosikal

6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani Bas

7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal

8 Norliza Bt. Alias Motosikal

9 Nor Syafirah Bt. Mohd Razali Bas

10 Nor Fazlin Bt. Mohd Faezol Berjalan kaki

11 Noor Mardiana Bt. Che Wan Bas

12 Nur Amrina Bt. Azhari Bas

13 Nur Atikah Bt. Mohd Razman Kereta

14 Nur Aziani Bt. Nafiah Bas

15 Nur Hidayu Bt. Mohd Zaini Kereta

16 Nurul Hakimi Bt. Mat Isa Berjalan kaki

17 Rohaiza Bt. Abd. Rahim Bas

18 Siti Azimah Bt. Zakaria Berjalan kaki

19 Siti Norulhaya Bt. Ishak Bas

20 Yusnor Fariza Bt. Yusof Kereta

21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani Bas

22 Muhamad Zabidi B. Muhamad Motosikal

Jadual : Cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah

Page 11: GEOGRAFI TINGKATAN 1

MEMBINA JADUAL DAN GRAF DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER

Prosedur 1: Membuka Excel 2000 dan memasukkan data• Buka Ms Excel 2000

Taip data seperti dalam jadual di atas iaitu tentang komposisi murid lelaki dan wanita di beberapa buah sekolah

Page 12: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Prosedur 2: Membina graf dari data Excel 2000 "Highlight" kesemua sel yang mengandungi data seperti paparan di bawah

Page 13: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Pilih Insert Chart, dan kekotak "Chart Wizard - Step 1 of 4" akan muncul seperti paparan di bawah

Pilih Column dalam Chart type Pilih Chart sub-type yang pertama kiri atas Klik butang Next

Page 14: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Graf carta yang separuh siap seperti di bawah dipaparkan

Klik Next.

Page 15: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Penuhkan kekotak Chart title, Category (X) axis dan Value (Y) axis seperti dalam kekotak di atas. Klik Next.

Klik Finish (anda akan dapat melihat satu graf yang telah siap seperti paparan di bawah)

Page 16: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Contoh graf yang telah siap

Page 17: GEOGRAFI TINGKATAN 1

MEMBINA GRAF GARIS MUDAH

• Graf garis sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya.

• Langkah-langkah melukis graf garis. – Lukis paksi tegak dan paksi mendatar. – Pilih skala yang sesuai bagi paksi tegak dan paksi mendatar. – Paksi tegak biasanya digunakan bagi mewakili kuantiti manakala

paksi mendatar mewakili jangka masa seperti bulan atau tahun. – Gunakan titik-titik bagi mewakili maklumat yang diberi. – Sambungkan titik-titik tersebut dengan garisan lurus. – Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.

Page 18: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Contoh Graf Garis•Berdasarkan jadual ‘Min suhu harian di stesen kajian sekolah Zaidi', kita dapat melukis graf garis mengikut langkah-langkah seperti berikut:

• Sediakan paksi tegak dan paksi mendatar • Tandakan titik-titik untuk menggambarkan maklumat yang diberi. • Sambungkan titik-titik itu dengan garisan lurus dan berikan tajuk yang sesuai.

Page 19: GEOGRAFI TINGKATAN 1

MENTAFSIR JADUAL, GRAF BAR MUDAH DAN GRAF GARIS

• Maklumat yang terdapat dalam jadual dan graf biasanya padat dan ringkas. Oleh itu jadual dan graf boleh ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

• Untuk mentafsir maklumat dalam jadual dan graf, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

• Antaranya ialah tajuk jadual dan graf. Selain tajuk, perkara-perkara lain yang perlu dilihat adalah sperti berikut:

Page 20: GEOGRAFI TINGKATAN 1

JADUAL DAN GRAF PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMBUAT PENTAKSIRAN

JADUAL • Jumlah• Nilai maksimum• Nilai minimum• Nilai purata (sekiranya dikehendaki)

GRAF BAR MUDAH • Butir-butir pada paksi mendatar dan menegak• Bar-bar• Nilai maksimum• Nilai minimum

GRAF GARISAN • Butir-butir pada paksi mendatar dan paksi menegak• Titik-titik yang menyambung garisan• Nilai maksimum• Nilai minimum• Nilai purata• Julat

Page 21: GEOGRAFI TINGKATAN 1

Contoh Mentafsir Graf

Hasil Pengeluaran Kelapa Sawit di Felda Nenering, Gerik

Graf ini menunjukkan hasil pengeluaran kelapa sawit di Felda Nenering, Gerik antara tahun 1999 hingga 2003. Hasil keluaran maksimum adalah pada tahun 2002, iaitu 300 juta tan metrik. Hasil keluaran minimum adalah pada tahun 1999, iaitu sebanyak 65 juta tan metrik. Pada tahun 2001 dan 2003, hasil keluaran adalah sama iaitu 265 juta tan metrik. Hasil keluaran kelapa sawit di Felda Nenering meningkat dari tahun 1999 hingga 2002, tetapi menurun pada tahun 2003.

Page 22: GEOGRAFI TINGKATAN 1

RUMUSAN

Page 23: GEOGRAFI TINGKATAN 1

3

2

4

1

5LATIHAN

Page 24: GEOGRAFI TINGKATAN 1

JAWAPAN ANDABETUL...

Kembali ke soalan:

41 2 3 5

Page 25: GEOGRAFI TINGKATAN 1

JAWAPAN ANDA

Salah! Cuba Lagi

Kembali ke soalan: 41 2 3 5

Page 26: GEOGRAFI TINGKATAN 1

ARAHAN: KLIK PADA JAWAPAN YANG BETUL SAMA ADA A, B, C, ATAU D

SOALAN 1

Antara data-data berikut, yang manakah sesuai dinyatakan dalam bentuk graf garis ?

A. Hujan bulanan B. Cara-cara pelajar datang ke sekolah C. Perubahan harga barangan D. Cita-cita pelajar

Page 27: GEOGRAFI TINGKATAN 1

SOALAN 2 Berdasarkan jadual di bawah.

Apakah tajuk yang sesuai bagi jadual di atas ? A. Jenis pekerjaan waris pelajar 1 Cemerlang. B. Kebanyakan waris pelajar 1 Cemerlang adalah petani. C. Bilangan pekerjaan waris 1 Cemerlang D. Empat pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 Cemerlang

Pekerjaan Bilangan

Petani 18

Guru 9

Buruh 7

Polis 2

Jumlah 36

Page 28: GEOGRAFI TINGKATAN 1

SOALAN 3 Berdasarkan jadual di bawah.

Pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 cemerlang ialah ________

A. Guru. B. Petani. C. Buruh. D. Polis.

Pekerjaan Bilangan

Petani 18

Guru 9

Buruh 7

Polis 2

Jumlah 36

Page 29: GEOGRAFI TINGKATAN 1

SOALAN 4Berdasarkan jadual dibawah.

Antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR menerangkan pernyataan di atas ?

A. Bilangan pelajar yang menunggang basikal lebih ramai daripada pelajar yang menaiki kereta .

B. Separuh daripada pelajar 3 Angsana datang ke sekolah dengan menaiki bas .

C. Jumlah pelajar 3 Angsana ialah 37 orang.

D. Hanya 3 orang pelajar 3 Angsana datang ke sekolah secara berjalan kaki .

Page 30: GEOGRAFI TINGKATAN 1

SOALAN 5Berdasarkan jadual dibawah.

Jumlah pelajar yang tidak perlu mengeluarkan tambang untuk datang ke sekolah mungkin sekali _______

A. 4 orang . B. 8 orang. C. 11 orang. D. 19 orang.

Page 31: GEOGRAFI TINGKATAN 1

SEKIANTERIMA KASIH