22
PENGENALAN Secara hakikatnya, pembahagian China dalam lingkungan daerah-daerah pengaruh telah menjadikannya sebagai sebuah negara jajahan dari cengkaman negara-negara imperialis. Justeru, dalam keadaan tersebut muncul pelbagai gerakan-gerakan yang menginginkan suatu pembaharuan. Pada dasarnya, gerakan-gerakan tersebut terbahagi kepada dua aliran iaitu yang pertama muncul daripada golongan yang digelar sebagai Reformis iaitu golongan yang tetap setia pada dinasti Manchu, tetapi golongan ini ingin memperbaharui dasar kerajaan. Manakala golongan kedua pula merupakan golongan Revolusioner yang inginkan pembaharuan serta menghancurkan Dinasti Manchu dan seterusnya mendirikan negara yang berbentuk republik. Pada tahun 1898, muncul gerakan pembaharuan yang ditubuhkan kesan daripada Perang China dan Jepun pada tahun 1894-1895. 1 Selepas peperangan ini bermula, terdapat beberapa corak pemikiran yang terbuka dalam memaju serta memodenkan China. 2 Secara umumnya sebelum Gerakan 100 hari ataupun yang dikenali dalam masyarakat China sebagai Wuxu Bianfa bermula iaitu pada tahun 1800-an, umumnya Dinasti Ch'ing sering menindas dengan tegas dan kejam segala kegiatan politik yang berlaku di China. Namun selepas tahun 1800-an, tekanan tersebut semakin berkurang kerana bertambahnya ancaman dari luar dan dalam negeri. Beberapa kelompok sarjana seperti Wei Yuan telah mula mempelajari masalah politik dan ekonomi, Ching-Shih Chia. Di samping itu, muncul pula aliran ilmuan Han yang baru iaitu Aliran Teks Baru , dari Chen-Wen Chia. Aliran ini mendasarkan diri pada aliran yang sama pada zaman Dinasti Han I. Ciri khas bagi aliran ini adalah mereka berpendapat bahawa versi teks baru dari kitab klasik membenarkan pelaksanaan pembaharuan. Gagasan ini dikembangkan paling jauh oleh K'ang Yu-Wei, iaitu seorang sarjana dari Kanton yang sungguh yakin untuk mengadakan pembaharuan. 3 K'ang Yu-Wei 1 Yusof Iskandar. 1979. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishig Sdn. Bhd. Hlm 412. 2 Ibid. Hlm 413. 3 Kang Yu-wei (1858-1927), berjuang untuk pembaharuan sosial dan politik sebagai saranan untuk melindungi China dari imperialisme asing. Lahir di wilayah Guangdong, Kang menjadi seorang sarjana daripada ahli falsafah China kuno Konfusius dan menganjurkan reformasi nasional yang didasari daripada ajaran Konfusius. 1

Gerakan Pembaharuan 100 hari

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Gerakan Pembaharuan 100 hari

PENGENALAN

Secara hakikatnya, pembahagian China dalam lingkungan daerah-daerah pengaruh telah

menjadikannya sebagai sebuah negara jajahan dari cengkaman negara-negara imperialis. Justeru,

dalam keadaan tersebut muncul pelbagai gerakan-gerakan yang menginginkan suatu

pembaharuan. Pada dasarnya, gerakan-gerakan tersebut terbahagi kepada dua aliran iaitu yang

pertama muncul daripada golongan yang digelar sebagai “Reformis” iaitu golongan yang tetap

setia pada dinasti Manchu, tetapi golongan ini ingin memperbaharui dasar kerajaan. Manakala

golongan kedua pula merupakan golongan “Revolusioner” yang inginkan pembaharuan serta

menghancurkan Dinasti Manchu dan seterusnya mendirikan negara yang berbentuk republik.

Pada tahun 1898, muncul gerakan pembaharuan yang ditubuhkan kesan daripada Perang

China dan Jepun pada tahun 1894-1895.1 Selepas peperangan ini bermula, terdapat beberapa

corak pemikiran yang terbuka dalam memaju serta memodenkan China.2 Secara umumnya

sebelum Gerakan 100 hari ataupun yang dikenali dalam masyarakat China sebagai “Wuxu

Bianfa” bermula iaitu pada tahun 1800-an, umumnya Dinasti Ch'ing sering menindas dengan

tegas dan kejam segala kegiatan politik yang berlaku di China. Namun selepas tahun 1800-an,

tekanan tersebut semakin berkurang kerana bertambahnya ancaman dari luar dan dalam negeri.

Beberapa kelompok sarjana seperti Wei Yuan telah mula mempelajari masalah politik dan

ekonomi, Ching-Shih Chia. Di samping itu, muncul pula aliran ilmuan Han yang baru iaitu

“Aliran Teks Baru”, dari Chen-Wen Chia. Aliran ini mendasarkan diri pada aliran yang sama

pada zaman Dinasti Han I. Ciri khas bagi aliran ini adalah mereka berpendapat bahawa versi teks

baru dari kitab klasik membenarkan pelaksanaan pembaharuan. Gagasan ini dikembangkan

paling jauh oleh K'ang Yu-Wei, iaitu seorang sarjana dari Kanton yang sungguh yakin untuk

mengadakan pembaharuan.3 K'ang Yu-Wei menganggap bahawa kitab-kitab kuno zaman Han

banyak yang palsu disamping itu juga kitab sejarah dipandangnya sebagai tidak tulen.

1 Yusof Iskandar. 1979. Diskusi Sejarah. Pulau Pinang: Teks Publishig Sdn. Bhd. Hlm 412.

2 Ibid. Hlm 413.

3 Kang Yu-wei (1858-1927), berjuang untuk pembaharuan sosial dan politik sebagai saranan untuk melindungi China dari imperialisme asing. Lahir di wilayah Guangdong, Kang menjadi seorang sarjana daripada ahli falsafah China kuno Konfusius dan menganjurkan reformasi nasional yang didasari daripada ajaran Konfusius.

1

Page 2: Gerakan Pembaharuan 100 hari

CETUSAN IDEA PEMBAHARUAN 100 HARI

Rajah 1: K'ang Yu-Wei

(Sumber diperoleh: http://www.newworldencylopedia.org/entry/Kang Yu Wei)

K'ang Yu-Wei sebenarnya mulai sedar bahawa China sudah jauh ketinggalan dan

kedudukan ini amat membahayakan China. Oleh yang demikian, pada tahun 1888 beliau mula

menulis memorial pertamanya kepada kerajaan China untuk mengajak ke arah kemajuan dan

memberi amaran terhadap ancaman kuasa asing. Walau bagaimanapun, tulisannya tidak dapat

disampaikan kepada maharaja kerana tulisan tersebut telah ditapis oleh pihak penapis yang

menganggap penulisannya sesuatu yang gila.4 Sementara itu, seorang pemeriksa iaitu Hsu Tung

yang tidak menyenangi tulisan ini telah mengambil tindakan dengan memadamkan nama K'ang

Yu-Wei sebagai calon yang berjaya dalam peperiksaan awam kerajaan.

Justeru, terdorong oleh keinginan untuk mengadakan perubahan politik dan sosial, maka

beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul “Confucius Sebagai Seorang Pengubah’. K'ang

Yu-Wei mempertahankan bahawa semua naskah asli ditulis oleh Confusius sendiri (jadi tidak

diwariskan dan diolah seperti yang dipertahankan oleh aliran teks lama) untuk membenarkan

pembaharuan politik pada zaman Chou. Kandungan buku ini secara terang-terangan membantah

4 Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.36

2

Page 3: Gerakan Pembaharuan 100 hari

keras anggapan-anggapan bahawa pemerintah-pemerintah Yao dan Shun pada zaman lepas

adalah pemerintah-pemerintah yang harus dijadikan teladan. Pada zaman sebelum Perang China-

Jepun, K'ang Yu-Wei berdasarkan interpretasinya mengenai Confusius, membentuk suatu

pembaharuan politik yang bermaksud untuk menjadikan China sebagai sebuah kerajaan monarki

yang konstitusional yang berlaku mengikut model Eropah dan Jepun. Sebenarnya, untuk

pembaharuan ini K'ang Yu-Wei khususnya telah mendapat ilham daripada beberapa tokoh

pembaharuan oleh Peter The Great di Rusia dan pemimpin Meiji di Jepun.5 Malah K’ang Yu-

Wei juga mendapat ilham pembaharuan ini selepas beliau membaca “History Of the Continental

Europe”, dan menggariskan tentang penyatuan yang berlaku di Jerman dan sejarah Perancis

sejak tahun 1879.6 Setelah Perang China-Jepun wujud peluang yang baik bagi K'ang Yu-Wei

melaksanakan cadangannya. Apabila China dikalahkan oleh pihak Jepun dalam Perang Sino-

Jepun pada tahun 1895 beliau berpendapat bahawa reformasi perlu dilakukan di China dan ini

telah menjadi isu utama pada ketika itu.

Beliau telah dibantu oleh T'an Ssu-T'ung dan Liang Ch'i Ch'ao, iaitu seorang ahli

penulisan surat khabar yang menjadi saluran utama dalam mengadakan perubahan-perubahan di

China.7 Pada waktu itu, tampuk pemerintahan berada dalam tangan Maharaja Kuang Hsu, namun

di bawah nasihat Maharani Hsu Hsi. K'ang Yu-Wei telah memperoleh kepercayaan dari

maharaja yang menjadi satu-satunya harapan bagi golongan pengubah untuk membantu

mengelakkan keruntuhan China. Malah, dalam istana sendiri terdapat 2 jenis aliran iaitu aliran

konservatif dan aliran progresif muda. Golongan konservatif tetap berpihak kepada Maharani

sedangkan pihak progresif menyokong Maharaja Kuang Hsu dan menganggapnya sebagai

pemimpin mereka. K’ang Yu Wei pernah menyatakan kepada maharaja “ if your Majesty wishes

to rely on them for refor, It will be like climbing a tree to seek for fish”.8 Situasi ini menunjukkan

bahawa, K’ang Yu wei menyarankan agar maharaja mengorak langkah dengan benar untuk

mencapai matlamat. Perselisihan 2 aliran ini membuatkan hubungan diantara Maharani dan

5 Yusof Iskandar Khalil Yusof. Diskusi Sejarah. Hlm 413.

6 Meribeth E. Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 25.

7 East Asia Tradisional Transformation: The Herday of Imperialism In China. United States : Houghton Miffrin Company. Hlm 629.

8 Ibid. Hlm 627.

3

Page 4: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Maharaja Kuang Hsu menjadi semakin renggang. K'ang Yu-Wei selalu diterima di istana oleh

maharaja untuk berbincang, keadaan inilah yang membuat K'ang Yu-Wei mempunyai pengaruh

yang kuat di istana dan hal inilah juga yang akan membantunya melaksanakan rancangannya.

Rajah 2: Maharani Dowegar Hsu Hsi

(Sumber diperoleh: http://www.pandagator.info/images/SanFran/dowager-empress.jpg)

Namun disebabkan hal ini, telah membuatkan kaum konservatif terkejut dengan tindakan

K'ang Yu-Wei yang selalu memasuki istana. Pada tarikh 11 Jun 1898, Maharaja Kuang Hsu

mengisytiharkan perubahan yang pertama.9 Pengisytiharan pertama ini diikuti oleh pengistiharan

yang kedua, ketiga dengan begitu cepat sekali. Sebenarnya, dalam tempoh masa 100 hari, iaitu

dari 11 Jun hingga 22 September 1898, Maharaja Kang Hsu atas usul K'ang Yu-Wei telah

mengeluarkan tidak kurang dari 27 atau 40 hingga 50 notis pengisytiharan yang semuanya

merupakan saranan untuk mengadakan perubahan-perubahan yang besar.10 Antara isi kandungan

di dalam notis perubahan tersebut adalah seperti sistem ujian yang dijadikan dasar pemilihan

pegawai istana akan diubah dan di seluruh negeri perlu mendirikan sekolah-sekolah dengan

berteraskan pelajaran Barat dan Tionghoa. Selain itu, pembesar dan orang-orang Manchu

disarankan untuk belajar ke luar negeri, di samping jabatan-jabatan yang tidak penting di negeri

akan dihapuskan. Malah, menerusi notis pengisytiharan itu juga, golongan tentera perlu

menggunakan cara dan kelengkapan Barat yang moden dan perdagangan harus dimajukan, 9 Meribeth E Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 30.

10 Ibid. Hlm. 413.

4

Page 5: Gerakan Pembaharuan 100 hari

tambang-tambang harus dibuka, peraturan pengadilan harus diubah, undang-undang hak asli dan

hak cipta harus segera dilaksanakan.11 Hal-hal di atas adalah beberapa perubahan yang dilakukan

Kuang Hsu melalui usul yang dikeluarkan oleh K'ang Yu-Wei. Pada 11 Jun hingga 22 September

1898, gerakan ini telah dikenali sebagai Gerakan Pembaharuan 100 Hari kerana gerakan ini telah

berlangsung selama 100 hari. Bagi golongan reformasi termasuklah K'ang Yu-Wei berpandangan

bahawa China memerlukan satu bentuk pembaharuan yang lebih berkesan dan menyeluruh

daripada Gerakan Menguatkan Diri. Gerakan yang dimaksudkan ini adalah Gerakan Menguatkan

Diri yang melibatkan gabungan institusi dan perubahan ideologi.

Menerusi pembaharuan ini, dikri telah dikeluarkan oleh istana Maharaja untuk memberi

penjelasan tentang perubahan yang berlaku di China. Hal ini bertujuan untuk menjadikan China

sebagai sebuah negara yang moden dan berpelembagaan. Lebih daripada 110 dikri dikeluarkan

sepanjang pembaharuan ini. Antara dikri yang dikeluarkan merangkumi perkara seperti erikut :

i) Pendidikan

Sebelum ini, sistem peperiksaan awam di China hanya menekankan aspek yang berkaitan

dengan fahaman Confucianisme sahaja. Oleh yang demikian, Kang Yu-wei berpendapat

bahawa sistem ujian yang hasilnya dijadikan dasar pemilihan pejabat-pejabat istana perlu

diubah dengan menggantikan “The Eight-Leeged Essay” dalam peperiksaan awam

kepada esei berkenaan tentang isu-isu semasa. Selain daripada itu, terdapat juga cadangan

untuk menubuhkan Universiti Kemaharajaan di Peking dan Sekolah Moden di Wilayah

yang akan mengajar pengajaran China dan Barat. Dari segi pendidikan perubatan pula,

sebuah sekolah perubatan di bawah Universiti Kemaharajaan telah dicadangkan untuk

dibina.

ii) Pentadbiran Kerajaan

K’ang Yu-Wei berpendapat bahawa sistem pemerintahan yang bercorak monarki

berpelembagaan perlu diwujudkan bagi menggantikan sistem monarki feudal iaitu dalam

erti kata lain, K’ang Yu-Wei menyarankan agar maharaja berkongsi kuasa dengan Dewan

Perwakilan dan mewujudkan monarki berpelembagaan di China. Usaha ini adalah

11 C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 134.

5

Page 6: Gerakan Pembaharuan 100 hari

bertujuan untuk menyesuaikan pentadbiran Barat dengan sistem pentadbiran China kuno.

Selain itu, terdapat juga tindakan agresif untuk menghapuskan badan kerajaan dan

jawatan-jawatan yang tidak mempunyai fungsi atau kurang berfungsi tetapi diberikan gaji

yang dikenali sebagai “Sinecure”. Antara jawatan yang tidak menjalankan tugas sebenar

dan tidak penting termasuklah, Gabenor di Hupeh, Kwantung dan Yunnan serta jawatan

Pengarah Urusan bagi Sungai Kuning, Penjaga (intendants) Circuit untuk pengangkutan

bijiran dan penjaga garam.

Selain itu, menyarankan pembentukan kerajaan progresif, memajukan pentadbiran

dengan lebih cekap, menghapuskan gaya kerja yang lembab dan menyusun prosedur kerja

baru untuk urusan pentadbiran kerajaan. Secara tidak langsung, hal ini telah

menggalakkan cadangan daripada rakyat untuk diserahkan kepada pegawai kerajaan.

Dalam dikri itu juga terkandung perkara yang membenarkan orang Manchu menyertai

perniagaan.

iii) Ekonomi

Dikri ini juga mengandungi usul yang bertujuan untuk menyerapkan prinsip kapitalisme

dalam ekonomi iaitu sistem yang berteraskan modal sebagai elemen utama. Pembaharuan

ekonomi ini juga dapat dilihat apabila usul untuk meningkatkan industri di China

menerusi kepelbagaian aktiviti ekonomi dalam bidang perkilangan, perbankan dan

kapitalisme. Pembaharuan ini juga telah mengeluarkan saranan untuk pembinaan jalan

kereta api dan pembangunan bidang pertanian.

Pada pandangan masyarakat China pula, mereka menganggap bahawa golongan reformis

sebagai penyelamat mereka. Manakala golongan elit konservatif dilabelkan sebagai golongan

yang menyekat satu bentuk pembaharuan di China kerana kepentingan peribadi mereka seperti

Maharani Dawager Cixi.

Pemulihan ini akhirnya telah

menghadapi tentangan daripada

pihak konservatif. Reformasi ini

secara keseluruhannya

6

Page 7: Gerakan Pembaharuan 100 hari

telah mengancam order lama di China. Golongan konservatif ini juga mula merasa kesan

daripada tindakan gerakan pembaharuan apabila banyak jawatan telah dihapuskan dan

digantikan dengan sistem yang baru. Oleh itu, mereka menuduh K’ang Yu-Wei serta rakan-rakan

seperjuangan dengannya sebagai golongan yang melakukan cubaan untuk merampas kuasa.12

Setelah tiga bulan reformasi ini dijalankan yang berakhir pada 21 September 1898, berlakunya

proses rampasan kuasa dan implikasinya pentadbiran konservatif dipulihkan semula. K’ang Yu-

Wei telah melarikan diri ke Hong Kong hasil daripada bantuan pihak British dan seterusnya

memohon perlindungan pihak Jepun. Pihak istana telah menawarkan ganjaran sebanyak sepuluh

ribu tahil wang perak kepada mereka yang berjaya membunuh Kang Yu-wei. Walau

bagaimanapun, agenda untuk membunuh Kang Yu-Wei berjaya digagalkan oleh pihak Jepun.

Namun demikian, enam orang daripada pengikut beliau telah berjaya ditangkap dan seterusnya

dibicarakan oleh Grand Council. Ekoran daripada perbicaraan itu, Grand Council telah

menjatuhi hukuman bunuh terhadap kesemuanya atas tuduhan menderhaka kepada maharani.

Keenam-enam orang pengikut itu terdiri daripada Tang Sitong, Kang Guanggren, Lin Xu, Yang

Shenxu, Yang Roi dan Liu Guangdi. Yang dikenali sebagai “Six Gentleman”. Akhirnya kejayaan

telah memihak kepada golongan konservatif yang menguasai semula China selepas gerakan

pembaharuan tersebut berjaya ditamatkan.

Rajah 3: “Six Gentleman of The Hundred Days Reform”

(Sumber diperoleh: http://history.cultural-china.com/en/58History5691.html)

12 Lanxian Xiang. 2003. The Origins of the Boxer War. New York:: Routledge. Hlm. 21.

7

Page 8: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Di samping itu, situasi yang meruncing ini berlaku disebabkan beberapa hal seperti K’ang

Yu-Wei hanya berkuasa di bawah kuasa Maharaja sedangkan Maharani masih mempunyai hak

dalam pengurusan ke atas istana, pejabat-pejabat dan gabenor-gabenor Jeneral yang memegang

kekuasaan ketenteraan dan berada di luar kekuasaannya. Oleh sebab itu, pada saat Kang Hsu dan

K'ang Yu-Wei menyuruh Yuan Shih Kai untuk menangkap Maharani yang dianggap sebagai

menganggu rancangannya, dan mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Maharaja telah

mengalami kegagalan malah telah memberikan serangan balik ke arah mereka.13 Kegagalan

untuk menangkap Maharani ini juga adalah disebabkan oleh Yuan Shih Kai merupakan pengintip

Maharani sendiri. Setelah gerakan pembaharuan berjalan tepat selama 100 hari, Maharani

bertindak didukung oleh Yuan Shih Kai bekas residen di Korea yang pada ketika itu dilantik

menjadi panglima pasukan moden di China Utara. Kekuasaan Maharaja ditarik, lantaran itu

Maharani sekali lagi menjadi pewaris takhta dan mengubah semula semua peraturan

pembaharuan. Maharaja telah ditahan di sebuah pulau yang kecil di Peking seterusnya dikurung

dan mangkat sepuluh tahun kemudian.14 Manakala K'ang Yu-Wei dan rakan-rakannya telah

melarikan diri ke Jepun, sedangkan beberapa pemimpin lainnya, antara lain T'an Ssu-T'ung telah

dihukum mati.15

PUNCA-PUNCA KEGAGALAN PEMBAHARUAN 100 HARI

1) Tentangan Daripada Golongan Konservatif

Antara punca kegagalan pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh tentangan daripada

golongan konservatif. Pembaharuan yang dijalankan oleh golongan modernis tidak mendapat

persetujuan daripada golongan konservetif.16 Kenyataan ini jelas apabila ianya disokong oleh

Percy Cradock melalui karyanya Experience of China yang mengatakan “The Chinese goverment

remained too conservative, too arrogant and too corrupt to recognize reality and make the

wholesale adjustment that the situation demanded that their Japanese neighbours

13 Ibid. hlm 134.

14 Harold M. Vinacke. 1980. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 219.

15 C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm.135.

16 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 178.

8

Page 9: Gerakan Pembaharuan 100 hari

accomplished”.17 Dengan itu, melalui pembaharuan yang dicetuskan oleh K’ang Yu Wei ini jelas

sekali telah ditentang oleh golongan konservatif. Golongan ini telah dipelopori oleh Maharani

dan dianggotai oleh beberapa orang bangsawan yang mempunyai pangkat tertinggi dalam

kerajaan China pada tahun 1898.

Pada mulanya tentangan yang dimulakan oleh golongan konservatif ini tidak begitu hebat

dan kuat, namun lama-kelamaan penentangan menjadi semakin sengit dan kuat kerana campur

tangan daripada Maharani.18 Hakikatnya, pembaharuan ini bukan sahaja ditentang oleh golongan

konservatif, malah gerakan Islah 1898 juga mendapat tentangan daripada pegawai sarjana.19

Mereka yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab ideologi.

Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di

kaca mata prinsip politik dan kesusilan China. Mereka juga menentang kerana bimbang

kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami rancangan

pembaharuan serta perlaksanaannya. Hal ini dapat dibuktikan selepas tiga bulan gerakan

pembaharuan dijalankan, Maharani Dowager Cixi telah menentang kerana bimbang

pembaharuan tersebut mampu menggugat kedudukannya dalam Dinasti Manchu.20 Penghapusan

jawatan di jabatan yang tidak penting membimbangkan pegawai terhadap kedudukan mereka.

Selain itu, cadangan-cadangan pembaharuan seperti penyusunan semula pentadbiran, anti

korupsi dan sebagainya dianggap boleh menjejaskan kepentingan pegawai-pegawai.

2) Tentangan Daripada Maharani Dowager

Golongan pembaharuan menyedari keadaan dan kemungkinan buruk yang akan berlaku

sekiranya maharani campur tangan dalam pembaharuan 100 hari. Hal ini disebabkan, Maharani

dan golongan konservatif lain memandang serong terhadap pemodenan, tambahan pula

pemodenan tersebut diadaptasikan melalui musuh negara China iaitu Jepun dan negara barat

yang lain. Golongan konservatif juga menganggap bahawa, apabila pembaharuan ini berjaya,

17 Percy Cradock. 1994. Experince Of China. London: Albermarle Street. Hlm. 99.

18 Ibid. Hlm 219.

19 Gerakan Pembaharuan 100 hari juga dikenali sebagai Gerakan Islah 1898.

20 Patricia Buckley Ebrey. 1996. The Cambridge Illustrated Hostory China. London: Cambridge University Press. Hlm. 254.

9

Page 10: Gerakan Pembaharuan 100 hari

maka keadaan ini akan menggugat kuasa kerajaan yang selama ini telah dipegang oleh kerajaan

Manchu. Hal ini disebabkan, kebanyakan kerajaan di barat pada masa tersebut telah

menggunakan sistem raja berperlembagaan sekaligus mengurangkan kuasa golongan pemerintah.

3) Tentangan Daripada Masyarakat Umum

Selain daripada itu, antara punca lain kegagalan pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh

kurangnya sokongan daripada masyarakat umum. Mereka menentang pembaharuan 100 hari

kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing. Beberapa siri peperangan telah berlaku di antara

China dan British termasuklah Perang candu Pertama 1839, diikuti oleh peperangan Candu

kedua 1856.21 Bukan itu sahaja, kekalahan China ditambah lagi melalui peperangan antara China

dan Jepun yang telah dimenangi oleh negara Jepun. Kebencian China terhadap pihak Barat

tercetus apabila peperangan yang berlaku adalah disebabkan oleh candu yang dibekalkan kepada

rakyat serta tentera di China. Keadaan inilah yang menambahkan kemarahan masyarakat umum

terhadap bangsa asing di China. Malah, gerakan pembaharuan 100 hari pada tahun 1898

berteraskan idea Barat, sedangkan majoriti masyarakat China bersikap anti Barat. Mereka

menganggap bahawa idea Barat terlalu asing bagi mereka. Mereka juga mendakwa bahawa

tindakan meniru idea Barat merupakan satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan

maruah China serta menghancurkan Tamadun China. Hal ini demikian kerana majoriti

masyarakat China masih mengagungkan peradaban China yang dikenali sebagai “Middle of

Kingdom”.

4) Tentangan Daripada Orang Manchu

Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap ianya

hanya menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu. Malah terdapat dalam kalangan

orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan untuk menggulingkan

Dinasti Manchu. Mereka merasa curiga kerana majoriti golongan reformis kecuali Maharaja

Kuang Hsu terdiri daripada orang Cina yang memang diketahui bersikap anti Manchu. Mereka

tidak bersetuju dengan tindakan melantik golongan reformis ke dalam perkhidmatan kerajaan.

Sebagai contoh, Liang Chih Chao dilantik sebagai Setiausaha Biro Penterjemahan manakala

Yang Jui, Kuang Ti, Lin Hsun dan Tao Ssu Tung dilantik sebagai Setiausaha di Grand Council.

21 Yusof Iskandar. Diskusi Sejarah. Hlm 172.

10

Page 11: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih

lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Selain itu,

rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan mereka terutamanya yang berkaitan

dengan rasuah dan penyelewengan.

5) Pengkhianatan Terhadap Maharaja

Di samping itu, antara faktor lain yang turut menyumbang kegagalan pembaharuan 100 hari ini

adalah pengkhianatan terhadap Maharaja. Semasa pembaharuan 100 hari, ramai pegawai

kerajaan tidak menyokong Maharaja, kerana mereka beranggapan Maharani lebih berkuasa,

malah, maharaja juga dianggap terlalu muda untuk memerintah kerajaan China. Antara pegawai

yang turut mengkhianati maharaja adalah, Yuan Shih Kai. Beliau adalah bekas residen China di

Seoul Korea dan kemudiannya telah dilantik menjadi presiden republik China.22 Beliau

merupakan antara orang kepercayaan maharaja, diperintahkan untuk menangkap Maharani yang

telah menentang kuasa maharaja pada masa tersebut. Pada mulanya, Yuan Shih Kai, seorang

panglima tentera memihak kepada maharaja Kuang Hsu. Yuan Shih Kai diarahkan untuk

membunuh pembantu kanan Maharani Dowager yang bernama Jung. Namun demikian, plot ini

digagalkan oleh Yuan Shih Kai (1859-1916) yang membocorkan plot tersebut kepada Junglu.23

Situasi ini berlaku kerana sebelum perintah penangkapan dikeluarkan, Maharani telah

menjalankan komplot bersama Yuan Shih Kai untuk menentang maharaja. Maharani dan

golongan konservatif lain bertindak untuk memujuk Yuan Shih Kai terlebih dahulu, kerana

beliau memerintah tentera-tentera moden china.24 Oleh itu, pengkhianatan ini menjadi penyebab

yang sangat besar terhadap kegagalan pembaharuan 100 hari apabila Maharaja Kuang Hsu

ditangkap pada 21 September 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan Maharani Dowager.

Kesannya, Maharaja Kuang Hsu telah dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani. Maharaja

Kuang Hsu juga dipaksa untuk mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda kepada

reformis.

22 Ibid. Hlm 219.

23 J. O. P. Bland & E. Backhouse. China Under The Empress Dowager: Being The History of the Life& Timesof Tzu Hsi. Hlm. 198.

24 C.P Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm. 135.

11

Page 12: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Rajah 4 : Yuan Shih Kai

(Sumber diperoleh: http://www.teamrenzan.com/archives/writer/alacarte/Yuan_Shi-Kai.jpg)

7) Tentangan Daripada Golongan Pendidik

Selain itu, antara lain punca kegagalan Pembaharuan 100 hari adalah disebabkan oleh tindakan

penghapusan pendidikan klasik atau tradisional. Pendidikan di China pada masa tersebut lebih

mengutamakan dan berfokus kepada ajaran Confusianisme sebagai syarat untuk menjawat

jawatan yang tinggi.25 Sistem pendidikan klasik ini menjadi simbol kepada pendidikan China

pada masa tersebut. Namun, pembaharuan 100 hari cuba untuk menggugat sistem pendidikan

klasik yang telah lama diwujudkan telah membangkitkan kemarahan dan bangkangan khususnya

daripada golongan istana yang konservatif. Hal ini jelas faktor ini dilihat dan mengakibatkan

tentangan daripada golongan pendidik akibat pembaharuan yang dilakukan ini yang bertindak

menghapuskan sistem peperiksaan tradisional.26 Penghapusan sistem pendidikan China

tradisional akan digantikan dengan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan pembelajaran

menggunakan cara barat. Hal ini dapat dilihat sistem peperiksaan yang diperkenalkan itu

berasaskan kepada kefahaman teks dan corak pemikiran yang relevan.27 Keadaan ini bersesuaian

dengan idea K’ang Yu Wei iaitu beliau percaya bahawa tamadun China perlu dipulihkan dengan

25 Ajaran Confusianisme telah dibawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu iaitu Kung sebagai nama keluarga dan Chiu nama beliau. Confucius juga dikenali sebagai Tuan Kung. Beliau dilahirkan pada sekitar tahun 551 S.M. di Lu iaitu di wilayah Shantung pada hari ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

26 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 179.27 Ann Paludan. 1998. Chronicle of the Chinese Emperors. London: Thames & Hudson. Hlm. 212.

12

Page 13: Gerakan Pembaharuan 100 hari

mengambil idea-idea dari barat. Idea ini bermula apabila beliau telah pergi ke Shanghai iaitu

kawasan penduduk asing telah memberi ilham pembaharuan kepada beliau.28 Pada masa tersebut,

Nanking adalah terletak dibawah kuasa pihak Inggeris berikutan perjanjian Nanking yang

termetrai antara pihak Inggeris dan China pada tahun 1842.

Perubahan sistem pendidikan mengikut model Barat ini sebenarnya telah lama dijalankan

oleh K’ang Yu Wei iaitu sejak tahun 1891. Beliau telah membuka sekolah di Canton dengan

pembelajaran yang baru dengan menggunakan empat kurikulum yang utama iaitu, Confusius

Tradisional, Sastera Buddha, Sejarah China, dan pembelajaran Barat.29 Malah, ramai sarjana-

sarjana China yang berdaftar di sekolah tersebut termasuklah Liang Chi-Chao, iaitu seorang yang

giat dalam penulisan akhbar dan politik.30 Namun demikian, walaupun idea pembaharuan yang

dibawa oleh golongan pembaharuan ini cuba menyedarkan akan kepentingan ilmu moden kepada

negara China, namun, hakikatnya tentangan tetap akan dihadapi menerusi golongan konservatif

yang tidak inginkan sebarang perubahan khususnya dalam sistem pendidikan Confucianisme

yang diamalkan oleh mereka.

6) Kelemahan Pemimpin China

Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan

kelemahan pemimpin merupakan faktor yang penting membawa kepada kegagalan Islah 1898.

Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik. Tindakan Kang Yu

Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap

sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya berusaha mencari jalan untuk mendapatkan sokongan

Maharani bagi menjayakan Islah 1898 kerana dewasa itu Maharani amat berpengaruh dan

mempunyai kekuatan tentera. K’ang Yu Wei bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau

tidak mengkaji terlebih dahulu sama ada cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau

sebaliknya. Beliau tidak menyedari perubahan yang radikal tidak dapat dilaksanakan dalam

tempoh yang singkat. Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah.

Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi Maharani Dowager Tsu Hsi lebih berpengaruh.

28 Suffian Mansur. Tamadun China. Hlm. 178.

29 Meribeth E Cameron. 1963. The Reform Movement in China 1898-1912. New York: Octagon Books. Hlm. 24.

30 Ibid. Hlm. 24.

13

Page 14: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam perlaksanaan rancangan

pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China”

menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak cekap tetapi juga tidak berpengalaman dan

tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi melaksanakan rancangan pembaharuan. Sterling

Seagrave dalam bukunya “The Dragon Lady” menyatakan kesilapan Maharaja Kuang Hsu juga

dapat dilihat apabila baginda melangkaui Majlis Utama (Grand Council)31 dengan melantik

empat reformis untuk menasihati beliau di samping mendapatkan pandangan daripada Perdana

Menteri Jepun ketika itu iaitu Ito Hirobumi yang menggunakan pengalaman pembaharuan Meiji

sebagai panduan.

Di samping tu, China juga tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan dalam

menjayakan Islah 1898. Majoriti pemimpin China yang berkebolehan dalam pembaharuan serta

perlaksanaannya. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing bagi mereka. Terdapat juga

pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di negeri China.

Golongan reformis dianggap tidak berpengalaman. K’ang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan

Liang Chih Chao yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran. Mereka

juga tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerana tidak pernah menjadi pegawai

sebelumnya. Pengetahuan mereka mengenai idea Barat juga tidak kukuh kerana mereka tidak

pernah mendapat pendidikan Barat secara formal atau melawat negeri Barat. Pengetahuan

mereka mengenai Barat hanya diperolehi melalui buku dan pergaulan mereka dengan orang

Barat di negeri China dari lawatan mereka ke Jepun. Keadaan ini dibuktikan apabila mereka

hanya pergi ke tempat-tempat yang telah diduduki oleh pihak British sahaja seperti Shanghai

untuk meniru pembaharuan.32 Malah golongan reformis juga hanya membaca sejarah reformasi

dan tidak mendalami secara keseluruhan bahan bacaan tersebut. Keadaan ini dapat dibuktikan

apabilakang Yu wei telah membaca buku penulis barat iaitu Timothy Richard’s History of

Ninteenth Century, malah telah menterjemahkannya kepada tulisan China serta menghadapkan

kepada Maharaja.

Seterusnya, kumpulan pembaharuan turut dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran

dalam politik. Tindakan K’ang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang

31 Majlis Utama Grand Council merupakan badan yang bertanggungjawab menyekat dan membawa keluar pengaruh barat daripada China. 32 Suffian Mansur. 2003. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 178.

14

Page 15: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya berusaha

mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan pembaharuan 1898

kerana pada masa itu Maharani amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan tentera. Kang Yu

Wei bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau tidak mengkaji terlebih dahulu sama ada

cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau tidak. Beliau tidak menyedari perubahan yang

radikal tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.

Manakala, Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah.

Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi Maharani Dowager Tsu Hsi lebih berpengaruh.

Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam perlaksanaan rancangan

pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China”

menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak cekap tetapi juga tidak berpengalaman dan

tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi melaksanakan rancangan pembaharuan. China juga

tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan dalam menjayakan pembaharuan 1898.

7) Tentangan Daripada Golongan Agama

Pembaharuan 100 hari juga mendapat tentangan daripada golongan agama. Mereka menganggap

Kang Yu Wei terlalu radikal kerana beliau mendakwa Confucius sebagai reformis. Keadaan ini

dibuktikan lagi apabila K’ang Yu wei sendiri menganggap bahawa ajaran Confucius sendiri

inginkan perubahan kepada masyarakat China. Keadaan ini berdasarkan falsafah dan pemikiran

beliau yang berbeza dengan golongan agama.33 Beliau berpendapat bahawa rakyat China perlu

berubah dari status golongan barbarian kepada lebih bertamadun. Malah, beliau juga mempunyai

matlamat yang terhadap ajaran Confucius agar disesuaikan dengan ajaran barat.34 Golongan

agama juga tidak setuju dengan tindakan menjadikan kuil-kuil sebagai sekolah. Bagi golongan

agama, kuil adalah tempat yang suci dan tidak harus dijadikan sekolah kerana dianggap boleh

menjatuhkan kesucian agama Confucius. Malah, keadaan ini ditambah lagi apabila melalui

seruan pembaharuan 100 hari, pendidikan agama tidak dititkberatkan lagi kerana akan ditukar

33 Meribeth. E Cameron. 1993. The Reform Movement in china 1898-1912. New York: Octagon Books. Inc. Hlm. 24.

34 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm 178.

15

Page 16: Gerakan Pembaharuan 100 hari

dengan pendidikan yang bercorak barat seperti ilmu sejarah, Sastera Buddha, sejarah China, dan

pembelajaran barat.

Rajah 5 : Peta China

(Sumber diperoleh: http://malay.cri.cn/mmsource/images/ 2004/01/14/petachina.jpg.)

8) Kelemahan Ekonomi

Pada akhir abad ke-19, China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan

negara Jepun, bayaran ganti rugi, bencana alam, kemasukan barang Barat dan sebagainya.

pembaharuan 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar. Peruntukan yang terhad sudah tentu

menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut. Pada masa yang sama juga, Negara

China telah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan menentang kuasa-kuasa barat

seperti British dan Perancis. Akibat kekalahan ini telah memberikan impak yang besar dalam

16

Perjalanan K’ang Yu Wei

Page 17: Gerakan Pembaharuan 100 hari

ekonomi negara China. Keadaan ini buktikan apabila masyarakat China yang ketagihan candu

memerlukan bekalan candu yang banyak menyebabkan tiada kawalan dalam pengimportan

candu, dan seterusnya telah menyebabkan ekonomi China merosot. Mengikut anggaran pegawai

china pada tahun 1856, China telah kehilangan sepuluh juta tahil setiap tahun akibat daripada

kegiatan ini.35 Malah, keadaan ini dtambah lagi dengan masalah bencana alam yang berlaku di

negara China yang telah memusnahkan hasil tanaman petani, antara bencana buruk ialah

kemarau panjang di Honan pada 1847, malah turut berlaku banjir besar di sungai Yangtze yang

menyebabkan kemusnahan tanaman di Hupeh, Anhwei, Kiangsu dan Chekiang.36 Situasi ini

bertambah buruk apabila pegawai kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk membantu petani

telah melakukan penyelewengan bantuan kewangan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk dalam

memulihkan bencana alam tersebut.37

Pada abad ke-19, telah berlaku pemberontakan yang telah memberi impak besar ke atas

ekonomi negara China. Antara pemberontakan yang berlaku dan paling menonjol adalah

kebangkitan Taiping yang berlaku antara tahun 1850 sehingga tahun 1864. Kebangkitan ini

merupakan kebangkitan terbesar yang meliputi beberapa wilayah serta telah memusnahkan

beberapa bandar di China.38 Semasa di bawah pentadbiran Dinasti Ching, pelbagai kelemahan

yang wujud antaranya ialah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Dinasti Ching

telah dikatakan kehilangan mandat dari syurga. Oleh itu, beberapa persatuan telah bangun untuk

menundukkan dinasti ini. Pelbagai kemusnahan yang besar telah dialami oleh penduduk China

rumah kediaman, kemudahan asas serta harta benda penduduk kebanyakannya musnah akibat

daripada keadaan ini. Pihak kerajaan pula terpaksa menghadapi kesukaran dalam menampung

perbelanjaan negara. Kesannya, telah membawa kepada pengenalan sistem cukai dagang

dalaman di China. Pada tahun 1857, cukai ini telah diperkenalkan ke seluruh China.39

Kemerosotan ekonomi China pada abad ke-19 didorong lagi oleh masalah ekonomi dalam 35 John King Fairbank,. 1953. Treat and Diplomacy on The China Coast: The Opening Of the Treaty Ports 1842-1854. Cambridge: Harvard University Press. Hlm. 76.

36 Suffian Mansur. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2009. Hlm. 43.

37 Ibid. Hlm 43.

38 Wolfrem Eberhard. 1948. A History Of China. London: Routledge And Kegan Paul LTD. Hlm. 304.

39 S.L. Tikhvinsky. 1983. Modern History of China. Moscow: Progress Publisher. Hlm. 250-255.

17

Page 18: Gerakan Pembaharuan 100 hari

industri kain kapas. Hal ini kerana, kain kapas asing ternyata labih murah berbanding keluaran

kain kapas oleh industri tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa industri di China

terpaksa di tutup dan membawa kepada pembuangan pekerja. Implikasinya, peningkatan

pengangguran mulai meningkat dan hal ini telah menyebabkan berlakunya pertambahhan dalam

masalah sosial di negara China. Selain itu, keadaan ini diburukkan lagi dengan kemasukan

syarikat-syarikat asing dan perkapalan asing ke China.40

9) Tidak Mendapat Sokongan Barat

Sejarah hubungan China dengan dunia luar sudah bermula sejak zaman bermula sebelum masihi

lagi. Walaupun China mengamalkan dasar tutup pintu namun kuasa-kuasa Barat berlumba-

berlumba untuk mengadakan hubungan dengan negara China. Hal ini kerana China merupakan

sebuah negara yang kaya dengan sumber ekonomi. Justeru, salah sebuah kuasa Barat yang

mempunyai keazaman yang tinggi untuk membuka pasaran di China ialah British. Tolakan

daripada Revolusi Industri dan perkembangan kegiatan pelayaran daripada kalangan orang

British telah membawa pedagang British ke luar dari benua Eropah. Justeru. disebabkan

kepentingan perdagangan dengan China, maka pihak British berpendapat amat perlu baginya

menjalankan usaha perdagangan dengan lebih pesat.41 Oleh yang demikian, kesan daripada

hubungan Barat dengan China hal ini telah menyebabkan China banyak terpengaruh dalam

segala bidang misalnya penubuhan Pembaharuan 100 hari.

Walaupun pembaharuan 100 hari ini berdasarkan idea Barat namun reformis ini

sebenarnya wujud ekoran kesedaran masyarakat China itu sendiri. Dengan itu kita boleh melihat

faktor kegagalan gerakan 100 hari pimpinan K’ang Yu Wei ini dilihat ekoran tindakan pihak

Barat yang tidak memberikan sokongan. Oleh itu, tidak menghairankan bagi kita bahawa China

tidak mendapat sokongan dan bantuan Barat dalam menjayakan rancangan pembaruan.

Perlaksanaan pembaharuan 100 hari ini bergantung sepenuhnya di atas budi bicara reformis-

reformis. Hal ini kerana Barat sememangnya tidak mahu memberikan sebarang kerjasama dan

bantuan kepada China kerana Barat hanya ingin memonopolikan ekonomi di China sebagai

kepentingan dan memenuhi pasaran di Eropah.

40 Lancelot Giles, 1970. The Siege of The Peking Legation, Nedlands: University of Western Austrian Press. Hlm 5.41 Suffian Mansor, 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm., 9.

18

Page 19: Gerakan Pembaharuan 100 hari

Di samping itu, konflik antara Barat dengan China dalam Perang Candu juga

membuktikan bahawa wujud ketidaksefahaman dari segi idea politik, ekonomi dan sosial yang

menjadi penghalang kepada penglibatan Barat dalam pembaharuan 100 hari ini. Jelaslah bahawa

pembaharuan 100 hari ini telah mengalami kegagalan memandangkan China tidak mendapat

sokongan daripada Barat yang dianggap kuat dari segala aspek. Sehubungan itu, secara

rasionalnya kita boleh merumuskan kesedaran pembaharuan 100 hari oleh tokoh reformis ini

adalah berdasarkan kepada idea Barat dan bukannya oleh pihak Barat.

10) Kekuatan Tentera

Kekuatan tentera merupakan elemen penting bagi menjayakan sesuatu rancangan. Namun,

golongan reformis tidak mempunyai kekuatan ketenteraan. Hal ini kerana tentera China di bawah

Jung Lo dan Yuan Shih Kai telah memihak kepada Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang

rancangan pembaharuan tersebut. Keadaan ini dapat dilihat dalam dua aspek iaitu Maharaja dan

bangsa asli China. Walaupun Maharaja memegang tampuk pemerintahan dalam semua aspek,

namun, dengan usia Maharaja yang terlalu muda dan kurangnya pengalaman. Keadaan ini

dibuktikan apabila Maharaja hanya mempelajari pendidikan klasik tanpa mempelajari

pendidikan moden.42 Pada masa tersebut, kuasa ketenteraan adalah dibawah kuasa Yuan Shih

Kai yang memegang tampuk ketenteran kerana menurut Wolfrem Eberhard, Yuan Shih Kai telah

memegang kuasa ketenteraan sebanyak 7000 tentera bersama dengan peralatan moden.43 Yuan

Shih Kai berada di bawah kuasa Maharani Dowager Tsu Hsi yang jauh lebih berpengalaman dan

mempunyai hubungan rapat dengan golongan pegawai kerajaan.

Akibat daripada tindakan Maharaja yang menyokong gerakan reformasi telah

menyebabkan Maharaja telah digulingkan daripada tampuk pemerintahan China. Situasi ini

dapat dibuktikan melalui petikan berikut “when the empress Tsu Tze saw the emperor was

actually thingking about reform, she went to work with lightning speed. Very soon the reformer

flee; those who failed to make good their escape were arested and executed. The emperor was

made a presoner in a Palace near Paking, and remained a captive until his death.”44 Keadaan ini

menunjukkan bahawa, Maharani mempunyai kuasa terhadap ketenteraan mengatasi Maharaja.

Teraju utama dalam penyingkiran golongan gerakan pembaharuan ini adalah golongan tentera

42 C.P. Fitzgerald. Intisari Sejarah Asia Timor. Hlm. 43 Wolfrem Eberhard. A History of china. London: Routledge And Kegan Paul LTD. 1948. Hlm. 311.44 Ibid. Hlm 311.

19

Page 20: Gerakan Pembaharuan 100 hari

daripada Kangsu dan diketuai oleh Tung Fu-hsiang. Hal ini dirumitkan lagi apabila kuasa

tertinggi bagi pemerintahan di China adalah terdiri dari golongan bangsa Han, namun golongan

pembaharuan adalah berbangsa Cina asli. Oleh itu, mereka tidak mendapat sokongan padu

daripada ketenteraan di China.

KESIMPULAN

Secara konklusinya, kegagalan gerakan seratus hari yang berlaku pada 1898 telah menyebabkan

kekuatan China tidak dapat dipulihkan. Justeru, China terus berada dalam kelemahan. Walaupun

Maharani menentang gerakan pembaharuan 100 hari tetapi beberapa cadangan dalam

pembaharuan tersebut telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh, penubuhan Universiti

Imperial di Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan

China. Gerakan pembaharuan 100 hari ini telah melahirkan dua golongan dalam masyarakat

China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu. Golongan pro Manchu

memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”. Kegiatan mereka telah membawa

kepada berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti Manchu

membawa kepada kelahiran gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen yang sekaligus berjaya

menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober 1911.

 

20