12
No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa 01 00 01/10/2016 GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI

GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

01 00 01/10/2016

GARIS PANDUAN

GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI

Page 2: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.

PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN

KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3

2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 8

3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 8

4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 9

5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 10

6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 11

7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 12

Page 3: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 3 of 12

1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)

1.1. Pengenalan

Geran Penyelidikan Universiti Industri/Komuniti merupakan salah satu inisiatif

strategik yang telah dibangunkan oleh portfolio HEJIM mulai 2010 - 2014 di

bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP). Bermula tahun 2016, Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan Instrumentasi di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal-

ehwal Penyelidikan dan Inovasi) telah mengambil alih pengurusan geran ini bagi

membolehkan perancangan dan pemantauan projek dibuat dengan lebih

sistematik. Geran ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan

penyelidikan kolaboratif multidisiplin yang memberikan impak kepada UKM,

wilayah, industri, komuniti dan negara.

1.2. Objektif

Geran Penyelidikan Industri

1.2.1. Meningkatkan kolaborasi penyelidikan dan inovasi dengan industri melalui

perolehan dana sumbangan kewangan atau bukan kewangan dari industri;

1.2.2. Membangunkan ekonomi, pengurusan atau pembangunan R&D bagi sektor

industri yang terlibat;

1.2.3. Mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan

penyelidikan universiti sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan

dengan penglibatan berteraskan industri;

1.2.4. Menyumbang kepada KPI Universiti Penyelidikan melalui peningkatan

sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan

kolaborasi di antara UKM dan industri.

Geran Penyelidikan Komuniti

1.2.5. Menggalakkan penyelidik UKM melakukan penyelidikan gunaan (applied

research) yang melibatkan masyarakat secara langsung;

1.2.6. Mengaplikasikan, mempertingkatkan hasil inovasi penyelidikan untuk

kepentingan masyarakat;

1.2.7. Mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan Universiti

sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan dengan penglibatan

berteraskan masyarakat.

1.2.8. Meningkatkan kesejahteraan komuniti serta institusi-institusi awam seperti

sekolah, pusat-pusat latihan dan institusi tertiari terutama awam. Projek

Page 4: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 4 of 12

juga boleh disasarkan kepada pertubuhan sukarelawan yang berfokus

kepada pembangunan komuniti.

1.3. Syarat dan Kriteria Permohonan

1.3.1. Pemohon mestilah kakitangan akademik tetap/kontrak yang aktif

berkhidmat untuk UKM;

1.3.2. Pemohon masih belum mengetuai sebarang projek penyelidikan yang aktif

atau telah tamat pada tahun semasa penilaian.

1.3.3. Memulakan jaringan kerjasama dengan industri/komuniti (contoh:

menjalankan kajian aset/keperluan, mengenal pasti kepakaran untuk

pelaksanaan projek dsb.

1.3.4. Dokumen sokongan kerjasama dari pihak industri/komuniti perlu

dikemukan sebagai bukti kerjasama.

1.3.5. Menarik sumbangan dana pihak luar (tunai/in-kind)

1.3.6. Membawa impak kepada industri/ komuniti sasaran melalui pembangunan

modul, intervensi, pemerkasaan dsb.

1.3.7. Penulisan bersama dengan Industri perlu dinyatakan.

1.3.8. Menyokong kepada Nic Penyelidikan dan Cabaran Perdana

1.4. Tempoh Penyelidikan

Jangkamasa projek adalah satu hingga dua tahun. Tarikh mula projek akan

ditentukan oleh Urusetia Dana dan tidak boleh diubah.

1.5. Siling Peruntukan adalah sebanyak RM50,000.00

1.6. Tatacara Permohonan

1.6.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem

Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU);

1.6.2. Rujuk UKM-SPKP-CRIM-PK01-MO02: Manual Operasi SMPU - Pengguna

untuk langkah-langkah permohonan secara atas talian.

1.6.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh

tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Page 5: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 5 of 12

1.7. Peraturan Perbelanjaan

1.7.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun)

a) Melantik Pembantu Penyelidik (RA) atau Pembantu Penyelidik Siswazah

(GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM (Lihat Lampiran

A). Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.

b) Mengambil ingatan bahawa potongan KWSP caruman majikan dan

potongan Perkeso akan menggunakan peruntukan projek penyelidikan

untuk lantikan Pembantu Penyelidik (RA).

1.7.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

a) Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam

negara yang berkaitan dengan projek.

b) Perjalanan yang dibenarkan adalah berdasarkan perancangan yang

telah diluluskan dalam Borang Cadangan Penyelidikan, dan ia tertakluk

kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti;

c) Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40%

daripada jumlah keseluruhan geran.

1.7.3. Vot 24000 (Sewaan)

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan

barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

1.7.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang

dibenarkan.

1.7.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil

terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang

berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan

sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek

selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.

1.7.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)

a) Perkhidmatan - Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti,

honorarium, perkhidmatan profesional, konsultasi, penggunaan

Page 6: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 6 of 12

komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan

dengan projek penyelidikan;

b) Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis - Perbelanjaan perkhidmatan

khas merangkumi kos menghadiri kursus jangka pendek untuk

mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek

Penyelidikan.

1.7.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan)

Pembelian peralatan adalah tidak dibenarkan di bawah vot ini.

*Perbelanjaan adalah tertakluk kepada peraturan sedia ada Universiti.

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk GPUI/K adalah seperti

pembelian peralatan komputer, kamera, video kamera, dam external hard

disk serta menghadiri persidangan di dalam dan luar negara.

1.8. Hasil Penyelidikan

1.8.1. Penerbitan

a) Bagi kategori Industri, projek Penyelidikan perlu menulis penerbitan

bersama rakan Industri.

b) Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan mengikut jumlah peruntukan

yang telah diluluskan seperti berikut:

i. RM10,000.00 – RM29,000.00, 1 jurnal terindeks SCOPUS/ERA

ii. RM30,000.00 – RM49,000.00, 1 jurnal terindeks ISI WoS / 4 bab

dalam buku / buku penyelidikan dari penerbit tersohor

iii. Setiap RM50,000.00, 1 jurnal Quartile 1 atau Quartile 2 (Impak

faktor >=2.5) atau kertas Polisi atau Dasar yang diterima pakai di

peringkat kebangsaan.

c) Penghargaan kepada Universiti mestilah dinyatakan dengan jelas dalam

setiap penerbitan.

1.8.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan

Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat

Inovasi Kolaboratif (PIK).

Page 7: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 7 of 12

2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)

2.1. Penilaian

2.1.1. Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian

2.1.2. Perakuan daripada JK Penilaian akan dimajukan ke Jawatankuasa

Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) untuk tujuan kelulusan.

2.1.3. Keputusan adalah muktamad.

2.1.4. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7 (muka surat 11)

3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)

3.1. Pemakluman Keputusan

3.1.1. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selepas

Mesyuarat JKP&P.

3.1.2. Pemakluman akan dibuat melalui emel SMPU. Pemohon diminta

mengemaskini e-mel yang aktif digunakan bagi mengelakkan maklumat

keputusan yang tidak sampai.

3.1.3. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada penyelidik.

Penyelidik perlu mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan

Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM dengan salinan

kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP), Bendahari.

3.1.4. Sekiranya Penyelidik tidak mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan

Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM, penggunaan

kewangan akan tertangguh.

Page 8: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 8 of 12

4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)

4.1. Laporan Kemajuan

Laporan kemajuan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:

Penghantaran Laporan Laporan Kemajuan

Julai Januari / dari tarikh mula projek - Jun

Januari Julai / dari tarikh mula projek - Disember

Laporan kemajuan adalah melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti

(SMPU). Setiap Ketua Projek adalah tertakluk dengan tanggungjawab menghantar

laporan kemajuan seperti yang telah dijadualkan. Kegagalan berbuat demikian

akan menyebabkan peruntukan projek penyelidikan akan dibekukan sehingga

laporan kemajuan diterima.

4.2. Laporan Akhir

Laporan Akhir adalah melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

Setiap Ketua Projek adalah tertakluk dengan tanggungjawab menghantar laporan

akhir dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek yang telah

ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Ketua Projek

disenarai hitam daripada memohon sebarang projek Universiti Penyelidikan.

Page 9: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 9 of 12

5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)

6.

5.1 Ketua Projek Berhenti

Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan

berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P

berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.

5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan

Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif

dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan

Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-

BO01). Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh

tamat projek.

ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja.

iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap

permohonan.

iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian

Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).

5.3. Penukaran V-Siri Peruntukan Projek

Permohonan penukaran V-Siri belanjawan projek penyelidikan boleh

dipertimbangkan sekiranya projek memerlukan pindahan kewangan berdasarkan

keperluan dan justifikasi yang kukuh. Permohonan hanya boleh dibuat SEKALI

sahaja dalam tempoh projek aktif.

5.4. Kes Khas

Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan

berdasarkan keperluan Universiti

Page 10: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 10 of 12

7. BAHAGIAN 6 (PERANAN)

6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /

institut / pusat. (jika ada);

Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi

penilaian;

Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik;

Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.

6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT

Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan

terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM;

Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan;

Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan

projek penyelidikan/penyelidik.

6.4. PENYELIDIK

Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;

Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;

Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai

objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan

dengan jumlah peruntukan yang diberi;

Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan

menghantar laporan akhir selepas projek tamat.

Page 11: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 11 of 12

BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)

Mula

Pemakluman mengenai pembukaan

permohonan dikeluarkan

Terima dan semak permohonan proposal

penyelidikan

Lengkap? Penyelidik lengkapkan

permohonan proposal

penyelidikan

Hantar semula ke CRIM

Rekod permohonan

Daftar projek penyelidikan dalam SMPU

Tamat

Maklum Keputusan

Penilaian kepada Penyelidik dan BKP

Menyediakan kod projek penyelidikan

Maklum kepada

penyelidik

Fail dan rekod

Adakan Bengkel Penilaian Permohonan

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan & Penerbitan

Lulus?

Page 12: GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI...sumbangan dari industri, modal insan, penerbitan, inovasi, dan jaringan kolaborasi di antara UKM dan industri. Geran Penyelidikan Komuniti

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN

INDUSTRI/KOMUNITI

Page 12 of 12

TAMAT-

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM BANGI

SELANGOR

NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4679/4064

NO. FAKS: 03-89254550

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my