26
 SEMINAR PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH MOHD FAUZI BIN MAAROP JABA T AN PENGUA TKUASAAN DAN KESELAMATAN MAJLIS BANDARA Y A PETALING JAYA

get_file

Embed Size (px)

Citation preview

SEMINAR PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH MOHD FAUZI BIN MAAROP JABATAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

TAJUK

PENGALAMAN MBPJ DALAM PERLAKSANAAN OPERASI PENGUATKUASAAN

TUJUANKERTAS KERJA INI DIBENTANGKAN BERTUJUAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

LATARBELAKANG

Pihak Majlis giat melaksanakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan kepada Akta dan Undang-undang yang digunapakai oleh Majlis. Operasi ini di laksanakan secara berterusan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang di kawasan pentadbiran Majlis.

UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI1. Akta Kerajaan Tempatan 1974 ( Akta 171 ). 2. Akta, Jalan, Parit & Bangunan 1974 ( Akta 133 ). 3. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ). 4. Enakmen Hiburan & Tempat Hiburan ( Awam ) 1995. 5. Peraturan-Peraturan Hiburan dan TempatTempat Hiburan (Selangor) 1996. 6. Peraturan-Peraturan dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snooker dan Video) ( Kawalan dan Penyeliaan ) Selangor 1996. 7. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) Jalan Parit dan Bangunan 2005. 8. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2005. 9. Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2005.

10. Undang-Undang Kecil Tanah Awam (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2005. 11. Undang-Undang Kecil Vandalisma (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2005. 12. Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2005. 13. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 14. Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 15. Undang-Undang Kecil Krematorium (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 16. Undang-Undang Kecil Kolam Renang (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007.

17. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 18. Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 19. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 20. Undang-Undang Kecil Hotel (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 21. Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 22. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 23. Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 24. Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 25. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembangunan dan Pelupusan SampahSarap (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007.

26. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 27. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 28. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007. 29. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007.

ANTARA OPERASI YANG DI JALANKAN SEKITAR KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

JENIS-JENIS OPERASIOperasi penjaja tanpa lesen Operasi halangan di tempat awam Operasi taman Operasi roboh Operasi VCD / DVD Operasi hotel budget Operasi rumah urut Operasi pusat siber Operasi pusat hiburan Operasi setinggan Operasi Lalulintas

OPERASI PENJAJA TANPA LESENMenjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen (pasar malam, pasar pagi, penjaja bergerak ) yang di keluarkan oleh pihak Majlis. Mendirikan struktur binaan di tempat awam seperti pondok, khemah dsb. Melanggar syarat syarat lesen yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis (menyewa kepada warga asing, gagal pamer lesen, berniaga bukan ditempat yang diluluskan). Penjaja bergerak yang menjalankan perniagaan di dalam petak letak kereta dan statik dalam tempoh masa yang lama.

OPERASI HALANGAN DI TEMPAT AWAM

Meletakkan barang yang berkaitan dengan perniagaan seperti stall, kerusi dan meja di dalam petak letak kereta. Mendirikan khemah dan pondok di tempat awam. Halangan petak letak kereta yang selalu di lakukan oleh pemilik bengkel membaiki kenderaan.

OPERASI TAMAN

Mencegah dan mengawal kejadian vandalisme dan gejala sosial yang berlaku di taman-taman yang diselenggara oleh pihak Majlis. Mengadakan operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Agama Islam, Imigresen dan Polis. Mengambil tindakan keatas pemancing tanpa permit dan menggunakan jala untuk menangkap ikan.

OPERASI MEROBOH

Tindakan ke atas binaan kekal dan yang baru di dirikan tanpa kebenaran. Operasi bersepadu dengan TNB, SYABAS, Polis dan Imigresen. Contoh : Gerai haram, pondok, kabin haram, pusat cuci kenderaan, rumah setinggan haram dan sambungan haram.

OPERASI VCD / DVD

Menjalankan perniagaan menjual VCD / DVD cetak rompak di premis kedai dan tempat terbuka tanpa lesen yang sah daripada pihak Majlis. Menjual VCD/DVD di tempat awam. Operasi bersepadu bersama pihak KPDN & HEP dan Polis.

OPERASI BUDGET HOTEL

Menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah daripada pihak Majlis. Tidak mempunyai kelulusan merancang daripada pihak Majlis. Tidak mendapat kelulusan bangunan daripada pihak Bomba. Melakukan perlanggaran syarat-syarat lesen. Operasi bersama pihak Polis, JAIS dan Imigresen.

OPERASI RUMAH URUT

Menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah daripada pihak Majlis. Perlanggaran syarat lesen seperti terdapatnya aktiviti pelacuran, menggunakan pekerja warga asing, sambungan haram , lebih masa dsb. Operasi bersepadu bersama pihak Polis, Imigresen dan JAIS.

OPERASI PUSAT SIBER

Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen. Membenarkan kanak-kanak bawah umur memasuki premis tanpa pengawasan orang dewasa. Menjalankan aktiviti siber berunsurkan perjudian. Operasi bersepadu bersama pihak Polis dan JAIS.

OPERASI PUSAT HIBURAN

Aktiviti hiburan yang dijalankan tanpa lesen yang sah daripada pihak Majlis. Perlanggaran syarat-syarat lesen seperti beroperasi lebih masa, pengedaran pil khayal dan lain-lain Terdapatnya aktiviti-aktiviti pelacuran

OPERASI SETINGGAN

Mencegah dan merobohkan rumah setinggan yang di buat di atas tanah rezab kerajaan. Memantau aktiviti binaan tanpa kelulusan Majlis. Melaksanakan operasi PATI bersama agensi yang terlibat.

OPERASI LALULINTAS / KENDERAAN BERAT

Mengambil tindakan terhadap aduan kenderaan berat di kawasan perumahan. Mengeluarkan kompaun dan surat peringatan kepada pemilik kenderaan yang engkar arahan. Menjalankan operasi bersepadu bersama LPKP, JPJ dan Polis.

HALANGAN & CABARAN1. Gangguan daripada TONTO yang sentiasa mengekori pergerakan anggota penguatkuasa semasa operasi. Ketidakseragaman undang-undang yang digunapakai . Kemudahan logistik seperti kenderaan yang terhad. Kesalahan yang berulang. Kekurangan anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas berbanding jumlah keluasan kawasan pentadbiran yang besar (1:2054 orang) Kekurangan latihan dan kemahiran dikalangan anggota penguatkuasa. Kadar denda yang di kenakan rendah berbanding dengan kesalahan yang dilakukan.

2. 3. 4. 5.

6. 7.

RISIKO YANG DIHADAPI

1.

Anggota penguatkuasa sering diancam dan diugut oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Anggota penguatkuasa dipukul dan dicederakan semasa menjalankan tindakan penguatkuasaan. Kenderaan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anggota penguatkuasa seringkali menerima tohmahan terhadap setiap tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

2.

3. 4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Anggota penguatkuasa perlu ditambah bersesuaian dengan jumlah populasi penduduk di sesebuah kawasan PBT. Menyeragamkan undang-undang kecil dan prosedur kerja. Menambahkan keperluan logistik yang tidak mencukupi. Menambahkan bilangan operasi bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan. Mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kesalahan berulang. Menyenaraihitamkan pemilik premis yang kerap melakukan kesalahan yang sama. Memperketatkan syarat-syarat pengeluaran lesen. Membekalkan senjata api kepada anggota penguatkuasa.

2. 3. 4.

5. 6.

7. 8.

HALATUJU PENGUATKUASAAN1. 2. 3. Mengkaji keberkesanan secara keseluruhan. tindakan Mengkaji Akta & Undang-undang yang digunapakai. Menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kesalahan tidak berulang. Pendedahan dan latihan lanjutan kepada Pegawai Penguatkuasa untuk meningkatkan integriti dan ilmu pengetahuan. Meningkatkan kesedaran orang awam mematuhi undang-undang yang sedia ada melalui kempen, pengedaran flyers dan lain-lain Penyeragaman undang-undang & S.O.P bagi membentuk keseragaman dalam setiap tindakan penguatkuasaan antara PBT. Kempen kesedaran media masa dan media cetak dan penglibatan program bersama penduduk dan Local Agenda 21.

4.

5.

6.

7.

SEKIAN TERIMA KASIH