19
e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967- 0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/ 1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015 170 KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS MELALUI KAEDAH RODA PENAAKULAN PAUL CRITICAL THINKING SKILLS THROUGH PAUL’S WHEEL OF REASONING Nadira Binte Mohamed Sedik Sekolah Gan Eng Seng, Singapura [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul (Paul’s Wheel of Reasoning) dalam memupuk kemahiran berfikir secara kritis. Pelajar seringkali gagal menjawab soalan pemahaman berbentuk inferens kerana ketidakupayaan berfikir dengan kritis. Menggunakan empat elemen Roda Penaakulan Paul iaitu inferens (inferential), pandangan (point of view), andaian (assumptions) dan data/bukti (data/evidences) sebagai sandaran, pelajar dilatih untuk berfikir dengan kritis menerusi bahan-bahan bacaan pemahaman yang diketengahkan bagi menjawab soalan-soalan pemahaman berbentuk inferens. Data kajian diperoleh menerusi praujian dan pascaujian yang dijalankan melalui pendekatan Quasi-Experiment. Katakunci: globalisasi, 21CC, pemikiran kritis, pemahaman, kemahiran bahasa 1. Pengenalan Manusia dicipta dengan fitrah berfikir. Apa sahaja yang dilakukan manusia itu pasti diasaskan kepada sesuatu pemikiran. Namun yang menjadi keutamaan ialah bagaimana seseorang itu berfikir? Ini adalah kerana walaupun berfikir adalah fitrah, tidak semua manusia dapat berfikir dengan baik. Socrates pada 400 BC yang lalu menegaskan kepentingan bertanyakan soalan, mencari bukti dan menganalisis konsep adalah perlu sebelum kita menerima pakai sesuatu pandangan itu (Brittanica.com, 1 April 2013). Pada hari ini, apa yang disampaikan Socrates itu dimaksudkan sebagai pemikiran kritis. Sebagaimana yang diakui oleh Richard Paul, sarjana dalam pemikiran kritis, “thinking is driven by questions and that questions define tasks, express problems and delineate issues” (Paul,1990). Aspek pemikiran kritis inilah yang perlu diamalkan oleh setiap individu pada hari ini. Lebih-lebih lagi, kemahiran berfikir secara kritis telah dikenalpasti sebagai salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh setiap individu bagi penakatan hidup abad ke-21. Penekanan kepada pemikiran kritis ini juga telah membawa kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir secara kritis yang eksplisit di sekolah-sekolah. Ini bermakna, pelajar hari ini tidak sahaja didedahkan dengan ilmu tetapi juga dikehendaki berkebolehan untuk menilai sesuatu informasi atau ilmu yang diperoleh. Namun, dalam usaha mendidik dan menyemai sikap berfikir secara kritis dalam diri pelajar mahupun pekerja, adalah wajar untuk diteliti perkara-perkara yang telah membawa kepada kepentingan kemahiran berfikir secara kritis ini.

gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

  • Upload
    docong

  • View
    238

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

170

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS MELALUI KAEDAH RODA PENAAKULAN PAUL

CRITICAL THINKING SKILLS THROUGH PAUL’S WHEEL OF REASONING

Nadira Binte Mohamed Sedik

Sekolah Gan Eng Seng, Singapura [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul (Paul’s Wheel of Reasoning) dalam memupuk kemahiran berfikir secara kritis. Pelajar seringkali gagal menjawab soalan pemahaman berbentuk inferens kerana ketidakupayaan berfikir dengan kritis. Menggunakan empat elemen Roda Penaakulan Paul iaitu inferens (inferential), pandangan (point of view), andaian (assumptions) dan data/bukti (data/evidences) sebagai sandaran, pelajar dilatih untuk berfikir dengan kritis menerusi bahan-bahan bacaan pemahaman yang diketengahkan bagi menjawab soalan-soalan pemahaman berbentuk inferens. Data kajian diperoleh menerusi praujian dan pascaujian yang dijalankan melalui pendekatan Quasi-Experiment.

Katakunci: globalisasi, 21CC, pemikiran kritis, pemahaman, kemahiran bahasa

1. Pengenalan

Manusia dicipta dengan fitrah berfikir. Apa sahaja yang dilakukan manusia itu pasti diasaskan kepada sesuatu pemikiran. Namun yang menjadi keutamaan ialah bagaimana seseorang itu berfikir? Ini adalah kerana walaupun berfikir adalah fitrah, tidak semua manusia dapat berfikir dengan baik. Socrates pada 400 BC yang lalu menegaskan kepentingan bertanyakan soalan, mencari bukti dan menganalisis konsep adalah perlu sebelum kita menerima pakai sesuatu pandangan itu (Brittanica.com, 1 April 2013). Pada hari ini, apa yang disampaikan Socrates itu dimaksudkan sebagai pemikiran kritis. Sebagaimana yang diakui oleh Richard Paul, sarjana dalam pemikiran kritis, “thinking is driven by questions and that questions define tasks, express problems and delineate issues” (Paul,1990). Aspek pemikiran kritis inilah yang perlu diamalkan oleh setiap individu pada hari ini. Lebih-lebih lagi, kemahiran berfikir secara kritis telah dikenalpasti sebagai salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh setiap individu bagi penakatan hidup abad ke-21.

Penekanan kepada pemikiran kritis ini juga telah membawa kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir secara kritis yang eksplisit di sekolah-sekolah. Ini bermakna, pelajar hari ini tidak sahaja didedahkan dengan ilmu tetapi juga dikehendaki berkebolehan untuk menilai sesuatu informasi atau ilmu yang diperoleh. Namun, dalam usaha mendidik dan menyemai sikap berfikir secara kritis dalam diri pelajar mahupun pekerja, adalah wajar untuk diteliti perkara-perkara yang telah membawa kepada kepentingan kemahiran berfikir secara kritis ini.

Page 2: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

171

2. Kajian Pustaka

2.1 Globalisasi dan Teknologi Maklumat

Kesan globalisasi dan teknologi maklumat telah menjadikan dunia ‘a leveled playing field’. Ini bermakna setiap negara di dunia ini menerusi penggunaan rangkaian komputer seperti internet dan e-mel dapat bersaing dalam pemerolehan ilmu mahupun pekerjaan. Dalam erti kata yang lain, individu hari ini harus bersaing secara global. Keadaan ini telah membuat wartawan Amerika, Thomas Friedman menyatakan dunia kini ialah dunia yang rata (the world is flat). Dunia yang rata ini telah membawa kepada amalan outsourcing dan offshoring yang rancak. Keadaan ini telah membolehkan syarikat untuk menjimatkan kos operasi mereka dengan banyaknya kerana mereka kini dapat mengambil pekerja dari luar negara yang sama mahir untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan harga yang lebih murah. Sebagaimana yang disuarakan oleh Friedman, “secara tiba-tiba semakin ramai orang dari pelbagai tempat mula menyedari mereka kini boleh bekerjasama dengan lebih ramai orang, dalam pelbagai bidang pekerjaan dan berkongsi pelbagai ilmu maklumat seperti yang belum pernah berlaku sebelum ini.” (Friedman, 2005)

Implikasi dari globalisasi dan teknologi maklumat ini juga bermakna tiada sesebuah negara dalam dunia ini yang akan mendapat kelebihan yang kekal. Malah, negara Amerika Syarikat yang suatu masa dahulu sering mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan juga tidak terkecuali dan turut menghadapi cabaran ekonomi dalam era globalisasi hari ini. Maka itu, satu cara untuk memastikan sesebuah negara itu dapat maju dan dapat terus bersaing terletak pada keupayaan rakyatnya untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Sebagaimana yang disuarakan oleh pemikir Robert Reich, “Each nation’s primary asset will be its citizens, skills and insights…enhancing our capacity to solve problems will also produce more job opportunities, and up the spiral we will march as our workers continue to become better at solving the problems we face and continue to expand our inventories of skills and experience. The effectiveness and quality of our workers thinking will drive us up the spiral, and will provide the basis of wealth for the nation” (Paul, 1995).

Apa yang dinyatakan oleh Reich ini hanya akan dicapai jika rakyat khsusunya para pelajar dipersiapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke 21 yang antaranya ialah kemahiran berfikir secara kritis. Hanya dengan berfikir secara kritis barulah seseorang itu dapat menyelesaikan masalah dan memanfaatkan ilmu dan peluang yang ada bagi menghadapi sebarang cabaran yang kerap berlaku dengan perkembangan teknologi maklumat. Malah, cabaran yang dihadapi akan menjadi lebih hebat dengan perkembangan teknologi maklumat yang dijangkakan lebih pesat pada masa-masa yang mendatang.

2.2 Taksonomi Bloom (Bloom’s Taxonomy) Penekanan pada aspek kemahiran berfikir secara kritis semakin menyerlah dengan perubahan yang berlaku ke atas kaedah Taksonomi Bloom. Awalnya, Taksonomi Bloom meletakkan aspek menilai (evaluate) di aras yang pertama. Kini penekanan diberi kepada aspek menghasilkan sesuatu yang baharu (create). Semakan yang telah dilakukan oleh bekas pelajar Bloom, Lorin Anderson ini sekaligus menggambarkan perubahan pada bentuk pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21. Melahirkan sesuatu yang baharu ini hanya akan dikecapi jika pelajar dapat mempraktikkan kemahiran berfikir secara kritis.

Page 3: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

172

2.3 5 Minda (5 Minds)

Kemahiran berfikir 5 Minda ini telah dipelopori oleh psikologis Howard Gardner. 5 Minda yang dimaksudkan itu ialah The Disciplined Mind (Minda Terlatih), The Synthesizing Mind (Minda Bersintesis), The Creating Mind (Minda Berdaya Cipta), The Respetful Mind (Minda Menghormati) dan The Ethical Mind (Minda Beretika). Gardener menyifatkan lima minda ini sebagai keperluan yang mesti ada dalam diri setiap individu jika mereka mahu maju dan berjaya dalam masa-masa mendatang.

“With these “minds”, as I refer to them, a person will be well equipped to deal with what is expected as well as what cannot be anticipated; without these minds, a person will be at the mercy of forces that he or she can’t understand, let alone control” (Gardner, 2006).

Dalam 5 minda ini, Gardner turut menyentuh aspek synthesis dan creating sebagaimana yang disentuh dalam Taksonomi Bloom. Penekanan ini sekaligus menunjukkan kepentingan kemahiran berfikir di aras tinggi. Malah, dari penerangan Gardner, dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir secara kritis bukan lagi satu pengecualian tetapi satu kemestian dalam dunia abad ke 21.

2.4 Pendidikan Singapura

Pemerintah Singapura amat menitikberatkan pendidikan. Pendidikan disifatkan sebagai nadi bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi Singapura yang baik. Ini adalah kerana sebagai sebuah negara yang tiada sumber alam semula jadi, rakyatlah penggerak ekonominya. Oleh itu, adalah satu kemestian bahawa setiap rakyat Singapura bukan sahaja menerima pendidikan tetapi pendidikan yang terbaik yang melengkapi rakyat dengan pelbagai kemahiran sesuai dengan tuntutan ekonomi sesuatu masa itu. Maka itu, tidak hairanlah sistem pendidikan Singapura sentiasa diubah dan dirombak bagi memastikan kemahiran yang diperoleh akan sentiasa dapat mengekalkan kemampuan rakyat Singapura untuk berdaya saing.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan globalisasi, perubahan ketara yang pertama yang dilakukan ke atas pendidikan Singapura ialah pada tahun 1997. Pemerintah telah mengusahakan wawasan ‘Thinking Schools, Learning Nation.’ Dalam ucapannya sempena pembukaan rasmi 7th International Conference on Thinking, Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Goh Chok Tong dalam membicarakan konsep Thinking School ini telah menegaskan,“Schools must develop future generations of thinking and committed citizens, capable of making good decisions to keep Singapore vibrant and successful in future.” (Kementerian Pendidikan, 1997)

Rajah 1: Taksonomi Bloom

Page 4: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

173

Penekanan kepada aspek berfikir ini turut diberi perhatian oleh Perdana Menteri Singapura Encik Lee Hsien Loong menerusi wawasannya, ‘Teach Less Learn More’, (TLLM) yang diumumkan beliau pada tahun 2004 semasa berucap dalam rapat umum hari kebangsaan. Mengulas wawasan ini, Encik Tharman Shanmugaratnam yang ketika itu merupakan Menteri Pendidikan mengatakan, TLLM bertujuan untuk, “touch the hearts and engage the minds of our learners. It reaches to the core of education-why we teach, what we teach and how we teach” (Pak, 2008).

Penekanan kepada engaged learners ini bermakna pelajar tidak lagi setakat menerima maklumat tetapi memainkan peranan yang lebih proaktif dalam pembelajaran. Pelajar yang proaktif pastinya akan lebih terdorong untuk berfikir. Bagi pihak guru pula, mereka juga perlu berfikir bagaimana untuk menghasilkan pangajaran yang berkesan agar pelajar akan menjadi lebih terlibat dalam pembelajaran.

Kini, Kementerian Pendidikan telah menuju ke arah kemahiran abad ke 21 atau lebih dikenali sebagai 21 Century Competencies (21CC). Kemahiran-kemahiran abad ke 21 ini sebagaimana yang tertera dalam rajah 2, perlu ada dalam diri setiap pelajar dan pekerja bagi mengharungi cabaran abad ke 21. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Pendidikan Encik Heng Swee Keat semasa memberi ucapannya di The Essec International Forum, “I believe that the key to remaining competitive lies in our ability to develop people who can thrive in a global world. At the school level, this means equipping our students with the requisite 21 century skills, knowledge and values to be adaptable, lifelong learners. These will be critical given the faster rate of change associated with globalisation, technological advances and innovations” (Kementerian Pendidikan, 2013).

Maka, adalah tugas dan tanggungjawab para pendidik untuk memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan itu dapat memupuk kemahiran-kemahiran berikut. Pelaksanaan kemahiran abad ke 21 ini adalah landasan ke arah menuju ke kurikulum 2015 yang memberi penekanan kepada kemahiran abad ke 21.

Rajah 2: Kemahiran-Kemahiran abad 21 (21CC)

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal kertas kerja ini, kemahiran berfikir secara kritis turut merupakan antara kemahiran abad ke 21. Maka tidak hairanlah berlakunya penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis ini dalam pendidikan.

Page 5: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

174

3. Kaedah Roda Penaakulan Paul

3.1 Richard W. Paul

Kaedah Roda Penaakulan Paul ini dinamakan bersempena nama pengusahanya Richard W. Paul. Beliau merupakan seorang sarjana terkemuka dalam bidang pemikiran kritis. Sejak tahun 1980 lagi beliau telah memperjuangkan kepentingan pemikiran kritis dan telah memberi banyak kuliah berkaitan hal ini di pelbagai universiti di merata dunia seperti Harvard, Universiti Chicago, Universiti Puerto Rico, British Columbia, Toronto dan Amsterdam.Beliau juga telah mengajar kemahiran pemikiran kritis di peringkat universiti selama 20 tahun dan telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti The Distinguished Philosopher dari Council For Philosophical Studies, 1987. Selain itu, beliau juga telah menulis sebanyak 200 artikel dan lapan buah buku dalam aspek pemikiran kritis ini. Beliau juga telah menubuhkan The Foundation for Critical Thinking, sebuah badan yang memupuk kemahiran berfikir dalam pembelajaran.

3.2 Elemen-elemen Roda Penaakulan Paul

Dalam mengemukakan elemen-elemen pemikirannya, Richard Paul menjelaskan, seseorang yang berfikir dengan kritis pasti akan menjana tujuan (generating purposes), bertanyakan soalan (raising questions), menggunakan informasi seperti data dan bukti (using information), menggunakan konsep (utilizing concepts), melakukan inferens (making inferences), membuat andaian (making assumptions), menjana kesan (generating implications) dan mendukung pandangan (embodying a point of view).

Dalam erti kata yang lain, apa sahaja pemikiran yang berasakan sebab (reasoning) pasti mengandungi atau terbit dari elemen-elemen ini. Ini juga bermakna pemikiran kritis dapat dipupuk dalam diri pelajar jika mereka dididik untuk dilatih berfikir menerusi elemen-elemen yang disebutkan ini.

Page 6: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

175

4 Pernyataan Masalah

Kajian ini terbit dari permasalahan pelajar yang tidak berkemampuan untuk berfikir secara kritis dalam menjawab soalan-soalan pemahaman subjektif berbentuk inferens. Soalan-soalan pemahaman inferens sebagaimana yang dimaklum sememangnya memerlukan pemikiran aras tinggi (higher order thinking) dan penyelesaian masalah (problem sloving). Ini adalah kerana apabila melakukan inferens kita membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang tersirat dan bukan atas sesuatu yang dinyatakan secara terangan atau langsung. Masalah ini telah dikesan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap latihan-latihan pemahaman yang dirampai pelajar.

Ketidakmampuan menjawab soalan-soalan pemahaman inferens ini turut membawa kepada satu lagi masalah. Memandangkan komponen pemahaman subjektif mengandungi pemberatan markah yang tinggi dalam kertas dua bahasa Melayu bagi sekolah menengah aliran Ekspres, kegagalan untuk berfikir secara kritis telah menjejas pencapaian markah keseluruhan pelajar dalam kertas itu.

Apakah persoalan

utama dalam artikel?

Apakah persoalan

lain yang berkaitan?

Persoalan

Apakah inferens yang boleh dibuat dari artikel ini? Apakah yang dapat disimpulkan

mengenai nada dan sikap penulis?

Apakah

kemungkinan

implikasi/kesan

dari isu yang

diketengahkan

dalam artikel Pandangan

siapakah yang

diutamakan?

Penulis mewakili

pandangan siapa?

Andaian Apakah andaian

penulis mengenai isu?

Apakah andaian

penulis mengenai

pembaca?

Apakah bukti yang digunakan

oleh penulis untuk menyokong

pendapatnya? Adakah penulis

menukil sumbernya?

Apakah jenis teks itu?

Apakah tujuan teks ini ditulis?

Mengapakah penulis menulis begini?

Tujuan

Rajah 3: Roda Penaakulan Paul

Bukti /Data

Apakah

konsep/idea

abstrak yang

terdapat dalam

artikel?

Implikasi/Kesan

Page 7: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

176

5 Tujuan Kajian

Tujuan kajian adalah untuk menilai keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul ke atas para pelajar dalam menjawab soalan-soalan pemahaman berbentuk inferens.

Kaedah ini telah dipilih kerana strukturnya yang mudah diikuti oleh para pelajar. Maka, amat sesuai dijadikan sebagai sandaran dalam memupuk kemahiran berfikir secara kritis. Pada masa yang sama, kaedah ini juga telah dikenalpasti oleh pihak sekolah saya sebagai salah satu cara untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis. 6 Hipotesis Sebagai seorang yang telah menerima pendedahan dalam kaedah Roda Penaakulan Paul, saya dapat membuat hipotesis bahawa kaedah Roda Penaakulan Paul ini dapat memupuk pemikiran kritis dalam diri pelajar sekaligus membantu pelajar dalam menjawab soalan-soalan pemahaman berbentuk inferens. 7 Pemilihan Empat Elemen Roda Penaakulan Paul Kajian ini hanya akan menggunakan empat daripada lapan elemen kaedah Roda Penaakulan Paul yang sedia ada. Empat elemen tersebut ialah inferens (inferential), pandangan (point of view), andaian (assumptions) dan data/bukti (data/evidences). Empat elemen ini dipilih kerana elemen-elemen ini sering berkaitan dan diperlukan dalam memenuhi jawapan soalan pemahaman inferens. Kaitan ini dapat dilihat seperti mana dalam menjawab soalan inferens, data dan bukti pasti diperlukan bagi menyokong jawapan yang diketengahkan. Jawapan inferens juga sering memerlukan pembaca mendalami pandangan dari sudut yang pelbagai bukan sahaja dari sudut pembaca tetapi juga dari sudut watak mahupun penulis bagi membuat analisis. Kadang-kala dalam menjawab, perlu juga dibuat andaian dan menyokong andaian tersebut dengan sebab-sebab yang tertentu. Pada masa yang sama, agak mustahil untuk mempraktikkan kesemua lapan elemen tersebut dalam jangka waktu kajian dan pelaksanaan yang agak terhad.

8 Metodologi: 8.1 Pensampelan Kajian Para pelajar yang dijadikan sampel dalam kajian ini merupakan para pelajar dari menengah tiga Ekspres. Bilangan pelajar ialah seramai 10 orang yang terdiri dari sembilan pelajar lelaki dan satu pelajar perempuan. Kumpulan pelajar ini telah dipilih kerana mereka merupakan pelajar yang diajar oleh saya dan sememangnya memerlukan bantuan dalam memperbaiki pencapaian dalam pemahaman inferens. Antara aspek etika kajian ialah keperluan merahsiakan identiti para pelajar yang terlibat. Maka, perahsiaan ini dipenuhi dengan setiap pelajar diberikan nombor rujukan iaitu, pelajar 1 hingga pelajar 10. 8.2 Pendekatan Kajian Memandangkan sample yang digunakan berbentuk intact dan tidak random serta praujian dan pascaujian telah dijalankan sebelum dan sesudah intervensi, maka pendekatan kajian dapat dikenalpasti sebagai Quasi Experiment.

Page 8: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

177

8.3 Proses Kajian Sejajar dengan etika kajian, proses pertama yang harus diambil sebelum melaksanakan kajian adalah untuk mendapatkan kebenaran dari pihak-pihak tertentu. Dalam hal ini, kebenaran dari pihak Kementerian Pendidikan (MOE), sekolah, pelajar dan ibu bapa pelajar telah diperoleh. Kertas cadangan beserta beberapa dokumen lain seperti borang tinjauan, praujian dan pascaujian telah dihantar ke pihak MOE untuk dinilai bagi mendapatkan kelulusan. Memandangkan kajian akan dijalankan ke atas para pelajar, pengetua sekolah juga telah dimaklum bagi mendapatkan kebenaran. Surat mohon kebenaran (consent form) telah diedarkan untuk ditandatangani bagi memastikan para pelajar secara umumnya bersetuju untuk terlibat dalam kajian yang akan dijalankan. Surat permohonon turut diberikan kepada ibu bapa pelajar yang terlibat bagi memaklumkan tentang penglibatan anak mereka dan tanda persetujuan mereka untuk membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam kajian. 8.4 Alat Kajian Langkah seterusnya adalah untuk memastikan semua alat-alat kajian yang hendak digunakan telah tersedia. Selain menyiapkan praujian dan pascaujian, lampiran kaedah Roda Penaakulan Paul (untuk setiap pelajar), borang soal selidik, tiga rancangan pengajaran serta slaid PowerPoint telah dihasilkan bersesuaian dengan keperluan pengajaran yang hendak dijalankan. Dalam persiapan ini aspek mencabar adalah untuk mendapatkan teks-teks yang sesuai yang lebih kurang sama rata tahapnya bagi memenuhi aspek soalan pemahaman inferens.

8.5 Senarai Teks Rajah di bawah ini menunjukkan senarai teks yang telah digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan teks naratif bagi tujuan menjalankan latihan pemahaman berbentuk inferens ini. Teks-teks yang digunakan semuanya merupakan cerpen. Cerpen digunakan kerana sebagai salah sebuah bahan sastera, pastinya banyak maksud dan mesej yang mahu disampaikan tersirat antara kata-kata yang diungkapkan dalam teks. Ini bersesuaian dengan konsep soalan pemahaman inferens di mana jawapan itu tidak nyata tetapi lebih berbentuk terselindung. Maka penggunaan cerpen sebagai bahan membina teks naratif ini sememangnya sesuai.

No Pelajaran Teks-Cerpen

(Dipetik & Disesuaikan)

Karya

1 Praujian Sekapur Sirih Segeluk Air Khadijah Hashim

2 Pengenalan dan

Perancah

(Scaffolding)

Sahabat Anuar Ridhwan

3 Latihan 1 Putik Kasih Sudah Berkembang Zaharah Nawawi

4 Latihan 2 Harapan Seorang Pesara Rejab F.I

5 Pascaujian Nenek Zurinah Hassan

Page 9: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

178

Bagi memastikan, kajian yang dijalankan ini adalah sesuatu yang sahih, panjang teks bagi setiap petikan telah dihadkan dalam lingkungan empat puluh baris. Setiap ujian mahupun latihan juga hanya mengandungi empat soalan inferens.

8.6 Pelaksanaan Kajian ini telah dijalankan selama 6 minggu. Sebagaimana yang tertera dalam rajah di bawah ini, praujian telah dijalankan pada minggu pertama sementara pascaujian pada minggu ke lima. Minggu kedua hingga minggu keempat, merupakan minggu-minggu pelajar telah didedahkan pada kaedah Roda Penaakulan Paul dengan penekanan kepada keempat-empat elemen yang telah dipilih. Pada minggu keenam, tinjauan dalam bentuk soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap kaedah Roda Penaakulan Paul. Setiap pelajaran dijalankan dalam dua waktu, iaitu selama satu jam.

Minggu Butir-butir Pelajaran

Minggu 1 Praujian

Praujian berkaitan soalan pemahaman inferens dijalankan.

Praujian mengandungi empat soalan pemahaman inferens.

Minggu 2 Pengenalan dan Perancah (Scaffolding)

Pengenalan kepada kaedah Penaakulan Roda Paul dan scaffolding dengan menggunakan hanya empat dari lapan elemen kaedah Penaakulan Roda Paul iaitu inferens, pandangan, andaian dan data/bukti.

Minggu 3 Latihan 1

Mengaplikasikan empat elemen kaedah Penaakulan Roda Paul ke atas teks naratif dalam menjawab soalan pemahaman inferens.

MInggu 4 Latihan 2

Mengaplikasikan empat elemen kaedah Penaakulan Roda Paul ke atas teks naratif dalam menjawab soalan pemahaman inferens.

Minggu 5 Pascaujian

Minggu 6 Tinjauan (Survey)

Berikut merupakan ringkasan dari rancangan pengajaran minggu ke dua hingga minggu ke empat yang telah dijalankan. Penerangan lanjut dan bahan yang telah digunakan terdapat dalam lampiran rancangan pengajaran yang disertakan. 8.6.1 Pelajaran Pengenalan dan Perancah (Scaffolding) (Minggu 2) Pelajaran telah dimulakan dengan guru terlebih dahlu bertanyakan kepada pelajar mengenai takrifan/pemahaman mereka terhadap pemikiran kritis. Kemudian pelajaran dimulakan dengan para pelajar diperkenalkan kepada pelopor kaedah Roda Penaakulan Paul, Dr Richard Paul dan elemen-elemen yang terkandung dalam kaedah Roda Penaakulan Paul itu. Pelajar difahamkan bahawa empat elemen sahaja yang akan diberikan tumpuan dalam pelajaran. Penerangan lanjut bagi keempat-empat elemen tersebut dijalankan. Guru kemudian menayangkan sebuah video pendek berkaitan sikap yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mengamalkan pemikiran kritis. Pelajar

Page 10: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

179

kemudian telah diberi masa untuk membaca teks. Guru kemudian memimpin pelajar menjawab soalan-soalan pemahaman berdasarkan empat elemen kaedah Roda Penaakulan Paul. Setiap pelajar diberikan lampiran kaedah Roda Penaakulan Paul. Jawapan kemudian ditulis dalam lembaran kerja yang telah disediakan. Dalam membuat perancah (scaffolding), guru telah menarik perhatian pelajar bagaimana seringkali dalam membuat inferens, andaian atau pandangan dalam menjawab soalan, seseorang sering dipengaruhi oleh pemikiran atau pengetahuan am sendiri. Namun, kaedah Roda Penaakulan Paul mengajak pembaca untuk melihat daripada perspektif watak/penulis. Maka, apabila memberi sesuatu pandangan, andaian mahupun inferens, haruslah dipastikan adakah andaian, inferens atau pandangan itu bersesuaian sebagaimana yang mahu disampaikan oleh penulis menerusi teksnya. Ini bermakna pelajar harus berfikir secara kritis dalam menentukan hala tuju jawapan yang hendak diberi.

8.6.2 Pelajaran Latihan 1 (Minggu 3) Dalam pelajaran ini, guru telah memulakan dengan mengetengahkan satu soalan kepada para pelajar. Soalan ini, berperanan sebagai ‘brain teaser’. Walaupun sekadar untuk menyeronokkan keadaan pembelajaran, soalan ini juga menggalakkan pelajar untuk berfikir dan meneliti sesuatu keadaan dengan rapi bagi menentukan sesuatu jawapan. Ini bersesuaian dengan pengajaran yang hendak diketengahkan. Pelajar kemudian telah diberi masa untuk membaca teks. Bersandarkan kaedah Roda Penaakulan Paul, setiap soalan dibincangkan bersama dan pelajar perlu memberikan pandangan mereka terhadap jawapan yang dirasakan sesuai dengan sebab-sebab tertentu sebagaimana yang terdapat dalam petikan. Pelajar juga digalakkan untuk menilai jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain dan memberikan data/bukti yang sesuai daripada petikan sekiranya mereka menyokong atau merasakan sebaliknya. Perbincangan yang membawa kepada pertukaran pendapat ini pastinya dapat memupuk kemahiran berfikir secara kritis dalam diri pelajar. Pelajar kemudian merampai keempat-empat soalan yang telah dibincangkan jawapannya. 8.6.3 Pelajaran Latihan 2 (Minggu 4) Dalam pelajaran ini, pelajar telah diketengahkan dengan lima buah gambar. Gambar-gambar ini mengandungi lebih daripada satu imej. Pelajar perlu meneliti gambar-gambar tersebut bagi membolehkan mereka melihat imej-imej yang tersembunyi. Induksi ini bertujuan merangsang pemikiran kritis pelajar bahawa dalam membuat sesuatu tidak harus dilihat daripada segi dasarnya sahaja tetapi juga yang tersembunyi. Begitu juga dalam mencari jawapan pemahaman, harus diteliti kata-kata dalam teks sebelum membuat kesimpulan terhadap sesuatu. Seringkali, terdapat lebih daripada satu sebab mengapa berlakunya sesuatu. Pelajaran diteruskan dengan pelajar diberi masa untuk membaca. Kemudian seperti dalam latihan 1

Page 11: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

180

dengan menggunakan kaedah Roda Penaakulan Paul, pelajar membincangkan jawapan bagi soalan-soalan pemahaman yang dikemukakan dengan guru berperanan sebagai fasilitator. 9 Dapatan Kajian

Dapatan kajian telah diperoleh dengan membandingkan prestasi pencapaian pelajar dalam praujian dan pascaujian. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan dalam kajian ini ialah lima markah, dengan dua markah diberikan bagi setiap isi dan satu markah untuk bahasa. Peruntukan markah adalah mengikut pemarkahan yang ditetapkan dalam peperiksaan peringkat nasional, bagi soalan pemahaman inferens. Memandangkan setiap kertas soalan mengandungi empat soalan, maka markah keseluruhan bagi setiap kertas ialah dua puluh markah. 9.1 Dapatan Praujian Dapatan dari praujian menunjukkan hanya 50% pelajar yang lulus dalam ujian ini. Dari penelitian yang dijalankan, ramai pelajar tidak berjaya mencungkil lebih daripada satu isi untuk dijadikan sebagai jawapan dan ada pula yang gagal menjawab soalan dengan tepat. Berikut merupakan salah satu contoh di mana pelajar hanya memberikan satu isi jawapan sedangkan yang diminta dalam soalan ialah contoh-contoh.

Pelajar 2

Soalan 2 Pertengkaran antara ayah dan anak adalah disebabkan pertentangan dua dunia. Jelaskan

dengan memberikan contoh-contoh yang relevan berdasarkan petikan.

Jawapan Anaknya hendak ayahnya berhenti menjadi seorang pawang oleh kerana dia tidak mahu

dikenali sebagai anak seorang pawang dan dia tidak suka lihat ayahnya menggunakan jampi

dan mantera daripada menggunakan sains dan teknologi untuk mengubati penyakit.

Di sini pelajar hanya memberi jawapan daripada sudut anak tetapi tidak daripada sudut ayah sebagaimana yang dikehendaki soalan. Terdapat juga penemuan yang menarik di mana dalam membuat inferens pelajar telah dipengaruhi oleh pandangan peribadinya sendiri terhadap sesuatu. Berikut ialah contohnya:

Pelajar 3

Soalan 4 Amalan air jampi tidak harus diteruskan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?

Jelaskan dengan bukti-bukti yang relevan berdasarkan petikan.

Jawapan Tidak. Ia harus juga diteruskan kerana kita tidak tahu walaupun zaman ini zaman sains dan

teknologi, ada juga orang-orang yang mempelajari ilmu hitam untuk dendaman. Anaknya

Cikgu itu sudah pun dihantarkan ke doktor tetapi tidak ada perubahan. Jika sudah tiada

perubahan walaupun telah ke doktor dan makan ubat-ubatnya tersebut, ini bolehlah

menjadi dendaman orang yang lain. Di dalam dunia ini ada banyak yang sudah dan akan

terjadi. Dengan ini, amalan air jampi harus ditekankan

Page 12: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

181

Jawapan pelajar yang mengaitkan amalan air jampi dengan ilmu hitam menunjukkan dalam membuat inferens, dia dipengaruhi oleh pandangannya sendiri. Pandangan terhadap peranan air jampi yang sering dikaitkan dengan bomoh dan ilmu hitam. Sedangkan, aspek ilmu hitam langsung tidak disentuh dalam petikan. 9.2 Dapatan Pascaujian & Praujian Dapatan pascaujian menunjukkan semua pelajar telah lulus dalam ujian tersebut. Ini merupakan satu kemajuan jika dibandingkan dengan dapatan praujian. Malah perbandingan antara praujian dan pascaujian juga menunjukkan, pelajar yang lulus dalam praujian juga telah dapat memperbaiki kelakonan mereka dengan mencapai markah yang lebih tinggi dari sebelumnya.

Pelajar Markah Praujian Markah Pascaujian

( /20) % ( /20) %

1 7 35% 16 80%

2 10 50% 15 75%

3 8 40% 14 70%

4 14 70% 18 90%

5 12 60% 17 85%

6 12 60% 17 85%

7 8 40% 15 75%

8 6 30% 13 65%

9 13 65% 15 75%

10 5 25% 15 75%

% Lulus 50% 100%

9.3 Dapatan Tinjauan (Survey) Penilaian terhadap keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul ini tidak sahaja didasarkan pada dapatan praujian dan pascaujian yang telah dijalankan tetapi juga menerusi tinjauan. Tinjauan menerusi borang soal-selidik ini dirasakan perlu bagi mendapatkan pandangan langsung daripada pelajar yang terlibat dalam kaedah ini. Pandangan langsung ini dapat memberi kesahihan yang lebih kukuh sama ada kaedah Roda Penaakulan Paul ini benar-benar berkesan. Berikut merupakan dapatan dari kajian tinjauan yang dijalankan.

Page 13: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

182

0% 0%

83%

17%

Soalan 1: Roda Penaakulan Paul merangsang saya menyoal dan

mengemukakan hujah dengan baik.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

0% 0%

57%

43%

Soalan 2: Roda Penaakulan Paul menggalakkan perbincangan dan

pertukaran idea yang rancak antara saya dan kawan-kawan.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

0% 0%

57%

43%

Soalan 3: Keempat-empat elemen dalam Roda Penaakulan Paul

membantu saya menjawab soalan-soalan inferens.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Page 14: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

183

Maklum balas yang diterima amat positif dengan semua pelajar mengatakan setuju atau sangat setuju bagi soalan-soalan yang dikemukakan. Dapatan dari tinjaun ini sekali lagi mengukuhkan keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul dalam memupuk kemahiran berfikir secara kritis

0% 0%

89%

11%

Soalan 4:

Saya berasa lebih yakin menjawab soalan-soalan inferens.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

0%

18%

55%

27%

Soalan 6: Saya masih memerlukan bimbingan untuk berfikir secara kritis.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

0% 0%

86%

14%

Soalan 5: Kaedah Roda Penaakulan Paul dapat memupuk kemahiran

berfikir secara kritis.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Page 15: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

184

sekaligus membolehkan pelajar menjawab soalan-soalan pemahaman inferens. Dapatan dari soalan 1 dan 2 menunjukkan pelajar mengakui kaedah Roda Penaakulan Paul ini menggalakkan mereka menyoal dan berhujah serta menggalakkan perbincangan dan pertukaran idea. Sebagaimana yang diketengahkan dalam kajian pustaka, salah satu cara kemahiran kritis dapat dipupuk adalah dengan cara menyoal. Hanya dengan menyoal para pelajar akan berbincang dan bertukar pendapat dan dalam penglibatan perbincangan sebeginilah kemahiran pelajar untuk berfikir dapat dipertajamkan. Mereka dapat menilai dan membandingkan jawapan mereka dengan jawapan rakan yang lain serta mencedok data atau bukti bagi mempertahankan sesuatu pandangan atau jawapan yang diketengahkan itu. Sememangnya Roda Penaakulan Paul ini merupakan satu kaedah yang dapat menanam sikap pemikiran kritis. Dapatan bagi soalan 6 pula menunjukkan hanya 18% pelajar yang merasakan mereka tidak lagi memerlukan bimbingan untuk berfikir secara kritis. Sementara sebilangan besar yang lain masih memerlukan bimbingan. Keadaan ini tidak menghairankan kerana penerapan kaedah Roda Penaakulan Paul adalah sesuatu yang baharu buat diri pelajar dan pastinya mereka memerlukan jangka waktu yang lebih panjang untuk mengukuhkan garapan dalam penggunaan kaedah ini.

10 Nota Pengkaji Semasa menjalankan kajian ini saya sendiri sempat membuat sedikit catatan terhadap apa yang diperhatikan. Semasa sesi latihan dijalankan, pelajar kelihatan lebih ghairah dan lebih bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan-soalan pemahaman inferens. Keadaan ini amat berbeza daripada apa yang saya alami bersama mereka sebelum kaedah ini dijalankan. Pelajar seringkali malas dan cepat berputus asa apabila berhadapan dengan sesuatu soalan yang mereka anggap sukar hanya kerana jawapan tidak dapat diperoleh secara nyata. Bila ditanya mengenai perubahan ini mereka menyatakan bahawa kaedah Roda Penaakulan Paul memberi mereka suatu struktur untuk mereka berfikir dan menjana idea. Malah ada juga yang bertanya jika boleh membawa masuk lampiran kaedah Roda Penaakulan Paul ini ke dalam dewan peperiksaan untuk dijadikan sandaran dalam menjawab. Selain itu, saya juga telah merakamkan sebahagian dari perbincangan di dalam kelas yang berlaku dalam sesi latihan dua. Sememangnya, pelajar rancak bertukar idea dalam usaha menjawab soalan pemahaman inferens yang dikemukakan itu.

Peserta SOALAN: Tindakan Baharuddin untuk menceraikan isterinya itu adalah satu tindakan yang wajar. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan

Pel 9 Tidak, kerana sudah lama bersama dan isterinya amat mencintainya.

Cikgu Macam mana terbukti isterinya mencintainya? Sebabnya… Isterinya tidak mahu diceraikan sebab di akhirnya itu dikatakan isterinya terpekik bila hendak diceraikan.

Pel 3 Cikgu boleh cakap tak sebabnya suaminya tidak mahu mencederakan Isterinya.

Pel 4 (mencelah) sebab dia kata dia tidak mahu meletakkan tangan ke muka isterinya

Pel 5 bukan kerana dia tidak mahu mencederakan tetapi lebih kepada, dia dah explain isterinya masih syak-wasangka

Page 16: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

185

Pel 4 Tapi Cikgu fikirkan dah sampai ada anak cucu dia nak ceraikan isterinya like all your effort goes to waste

Cikgu Tapi awak juga mesti faham keadaannya awak bayangkan dari anak satu sampai anak dia dah dewasa, sampai anaknya dah berumahtangga dan sampai cucu cicit isterinya masih cemburukan dia. Dia dah tak boleh tahan. Sebab sangkaannya ialah kalau dia dah bersara dia akan mendapat ketenangan. Awak bayangkan kalau mak awak cakap awak tidak pandai dari awak kecil sampai awak masuk universiti apa perasaan awak? Pastinya sedih. Jadi ini awak harus faham. Kalau kita lihat analisis Paul’s Wheel, mengikut pandangan penulis apa yang ingin penulis nyatakan.

Pel 4 Tapi kalau dia hendak menceraikan isterinya, dia boleh ceraikan dari dulu lagi kenapa baru sekarang?

Cikgu Sebab dia tidak mahu menceraikan isterinya. Sebab mahu beri peluang kepada isterinya, masih menghargai lagi.

Cikgu Siapa pula merasakan tidak wajar?

Pel 7 Saya cikgu. Mereka harus bercakap tentang masalah mereka.

Cikgu Tapi adakah bukti ini daripada petikan?

11 Rumusan Berdasarkan kajian yang dijalankan ini dapat dirumuskan bahawa kaedah Roda Penaakulan Paul sememangnya bekesan dalam membantu pelajar menjawab soalan-soalan inferens. Kaedah ini dijadikan sandaran oleh para pelajar dalam meneliti teks pemahaman dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Maka, pelajar menjadi lebih terarah dalam menjawab kerana mereka kini tahu apa yang harus mereka cari dan menilai ketepatan jawapan mereka daripada sudut elemen-elemen yang diketengahkan. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar bertukar pandangan sekaligus menampakkan amalan kemahiran berfikir secara kritis yang rancak. Keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul ini juga menjadikan kaedah ini sebagai salah satu pendekatan yang boleh dicuba oleh para guru dalam membantu pelajar meningkatkan kelakonan dalam bahagian pemahaman sekaligus pencapaian markah keseluruhan bagi kertas dua bahasa Melayu.

12 Saranan Pada masa mendatang, penggunaan kaedah Roda Penaakulan Paul dalam menjawab soalan pemahaman boleh diluaskan kepada elemen-elemen yang lain, justeru meliputi kesemua lapan elemen yang ada. Ini akan membolehkan pelajar untuk melihat daripada pelbagai perspektif bagi memperoleh jawapan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Selain itu, percubaan untuk menilai keberkesanan Roda Penaakulan Paul dalam mengajar karangan, khususnya karangan ekspositori boleh dijalankan. Ini adalah kerana, karangan ekspositori memerlukan pelajar mencerna idea dari pelbagai pandangan dan setiap hujah yang diketengahkan dalam karangan tersebut perlu disokong dengan isi-isi yang konkrit agar dapat mendukung kehendak soalan sesuatu karangan itu. Maka, kaedah Roda Penaakulan Paul yang mendukung struktur sebegini mungkin dapat dinilai keberkesanannya dalam mengajar karangan ekspositori.

Page 17: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

186

13 Batasan Kajian Umumnya, walaupun objektif kajian tercapai, terdapat beberapa batasan yang tidak dapat dielakkan. Pertama, jumlah pelajar yang amat kecil menghambat pelaksanaan pendekatan true experiment. Jika jumlah pelajar besar, dapatlah dilibatkan lebih daripada satu kelas dengan salah satu kelas itu dijadikan sebagai the control group iaitu kumpulan yang tidak menerima intervensi. Cara ini akan membawa kepada dapatan kajian yang lebih sahih. Kedua, masa yang terhad tidak mengizinkan guru untuk melaksanakan penggunaan kesemua elemen dalam kaedah Roda Penaakulan Paul. Oleh itu, dapatan yang lebih sahih mengenai keberkesanan kaedah ini tidak dapat diperoleh. Ketiga, keberkesanan kaedah Roda Penaakulan Paul ini mungkin tidak dapat dirasakan sepenuhnya jika guru yang melaksanakan itu tidak berjaya untuk membatinkan (internalize) kaedah ini dalam diri mereka. Dari pemerhatian saya dan maklum balas yang diterima, guru yang mahu mula menggunakan kaedah ini seringkali tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Mereka sering mendapati sukar untuk menngaplikasikannya. Ini bermakna, guru harus mahir dalam kaedah ini agar potensi maksimum kaedah ini dapat dimanfaatkan bagi kebaikan pelajar. Walaupun aspek ini tidak menjejas kajian yang dijalankan ini, namun ia perlu diketengahkan bagi tujuan kajian di masa mendatang. 14 Kesimpulan Menerusi kajian ini terbukti sudah bahawa berfikir secara kritis merupakan satu keperluan dan bukan lagi sesuatu yang boleh diambil mudah. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pemikiran kritis ini harus dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan harian. Setiap individu harus berusaha untuk menuju ke arah ini agar dapat mengharungi segala cabaran dan ketidakpastian dalam kehidupan abad ke 21. Keadaan ini lebih meruncing bagi Singapura yang penakatannya bergantung pada tenaga rakyat. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan para pelajar dilatih dengan sebaik-baiknya dalam kemahiran berfikir ini. Guru harus sentiasa berusaha untuk mendalami pelbagai pedagogi pendidikan yang dapat menyumbang ke arah kemahiran kritis serta kemahiran-kemahiran abad ke 21 yang lain. Kajian ini turut membawa kesedaran bahawa pelajar memerlukan semacam struktur untuk dilatih berfikir secara kritis. Maka sebagai seorang pendidik, guru haruslah berusaha untuk memikirkan dan mengkaji pendekatan-pendekatan lain bagi membantu pelajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis. Tanpa pemikiran yang kritis sememangnya agak mustahil untuk seseorang itu menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi dalam abad ke 21 ini.

“Everyone thinks. It is our nature to do so. But much of our thinking, left to itself, is biased, distorted, partial, uninformed, or downright prejudiced. Yet, the quality of our life and that of what we produce, make, or build depends precisely on the quality of our thought. Shoddy thinking is costly, both in money and in quality of life. Excellence in thought, however, must be systematically cultivated” (The foundation for critical thinking, http://www.criticalthinking.org/pages/our-concept-of-critical-thinking/411).

Page 18: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

187

Acknowledgement

This paper was in Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree of Master of Education, National Institute of Education – Nanyang Technological University.

Rujukan: Anderson, L.W., Krathwohl, D.R, Airasian, D.W., et al., (2001). A Taxonomy for

Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Longman, New York.

Creswell, J.W., (2008). Pearson International Edition. Third Edition. Educational Research, Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research, Pearson Merrill Prentice Hall, New Jersey.

Friedman, T.L., (2005). The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-first Century.

Farrar, Straus and Giroux, New York.

Gardner H., (2006). 5 Minds for the future. Harvard Business School Press. Pak T. Ng., (2008) Educational reform in Singapore: from quatity to quality. National Institute of

Education, Nanyang Technological University. Paul, R., (1990). Critical Thinking: What every person needs to survive in a rapidly changing world,

Ronhert Park: Center for Critical Thinking and Moral Critique, Sonoma State University. Paul, R., (1995). Critical Thinking: How to prepare students for a rapidly changing world. Foundation

for Critical Thinking, Santa Rosa. Teo, C.Y.,(2009), Understanding The Use of Socractic Questioning To Enhance The Learning of

Biology For High-Ability Learners In Raffles Institution, Raffles Institution, Singapore

Lelaman: Britannica: Socrates, (2001). Dilungsuri 23 Mac 2013.

http://www.britannia.com/bios/saints/socrates.html

Critical Thinking in Education. Eric Rusten & Susan Schuman – USAID/PAEM & MoE. Dilungsuri 18 Mac 2013 http://www.slideshare.net/erusten/critical-thinking-in-education

Elder, L., (2010). Paul, R.W.: A Biographical Sketch. Linda Elder. Dilungsuri 10 Mac

2013 http://www.criticalthinking.org/data/pages/37/ff640b6d016307b54cad91e5a9d 4edfd4f18adb74215a.pdf Explicit Instruction for Implicit Meaning: Strategies for Teaching Inferential Reading Comprehension,

Dilungsuri 2 April 2013 http://education.wm.edu/centers/ttac/documents/packets/inferential.pdf

Page 19: gl 18 kemahiran berfikir secara kritis melalui kaedah roda

e-Proceeding of the Global Conference on Technology in Language Learning 2015 (e-ISBN 978-967-

0792-03-3). Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://worldconferences.net/

1ST GLOBAL CONFERENCE ON TECHNOLOGY IN LANGUAGE LEARNING 2015 (GLIT2015) JUNE 2015

188

FY 2013 Committee of Supply Debate: 1st Reply by Mr Heng Swee Keat, Minister for Education: Hope – Opportunities For All. Dilungsuri 4 April 2013 http://www.moe.gov.sg/media/speeches/2013/03/13/fy-2013-cos-4th-reply-sps-sim-ann.php

Kreitzberg, A., & Kreitzberg. C., Critical Thinking for The Twenty-First Century:

What it is and Why It Matters to You. Dilungsuri 19 Mac 2010 http://www.agilecriticalthinking.com/Portals/0/WhitePapers/Critical%20Thinking%20for%20the%2021st%20Century%20for%20Website.pdf

Ministry of Education: (20 Mac 2010) 21CC Framework, Dilungsuri 10 Mac 2013.

http://www.moe.gov.sg/media/press/2010/03/moe-to-enhance-learning-of-21s.php Preparing Every Child for the 21st Century. Daripada

http://www.cpb.org/stations/reports/PreparingChildren21stCentury.pdf Speech By Prime Minister Goh Chok Tong At The Opening Of The 7th International

Conference On Thinking, 2 June 1997, At 9.00 Am , The Suntec City Convention Centre Ballroom Shaping Our Future: Thinking Schools, Learning Nation. Dilungsuri 16 Mac 2013.

http://www.moe.gov.sg/media/speeches/1997/020697.htm Speech By Mr Heng Swee Keat, Minister For Education, At The Essec International Forum “Can

Management Education Cope With Globalisation Crisis And Sustainability”, On Tuesday, 26 February 2013, At At The Pod, National Library Building. Dilungsuri 15 Mac 2013

http://www.moe.gov.sg/media/speeches/2013/02/26/speech-by-mr-heng-swee-keat-at-the-essec-international-forum.php

The Center For Research: How globalization is changing the world (21st century skills). Dilungsuri

http://www.centerforpubliceducation.org/Learn-About/21st-Century/How-globalization-is-changing-the-world.html