29
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada abad ke 21 ini telah menjadi pemangkin utama proses globalisasi dunia. Dunia tanpa sempadan (borderless world) dan lebuhraya maklumat (information superhighway) telah meningkatkan kesediaan kognitif seseorang individu. Masyarakat akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dan sedar akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Sebagai contoh, menerusi globalisasi dalam pendidikan ia dapat meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang- bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan serta mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

  • Upload
    hatta

  • View
    112

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

globalisasi dan pendidikan di Malaysia

Citation preview

Page 1: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada abad ke 21 ini telah menjadi

pemangkin utama proses globalisasi dunia. Dunia tanpa sempadan (borderless world) dan

lebuhraya maklumat (information superhighway) telah meningkatkan kesediaan kognitif

seseorang individu. Masyarakat akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi

setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai

individu yang proaktif dan sedar akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran

terbuka seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak

mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri

akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan

sensitiviti masyarakat.

Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,

namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Sebagai contoh, menerusi globalisasi

dalam pendidikan ia dapat meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru

dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat

menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi

memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan

serta mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.

Seperti yang kita sedia tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru

merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang

diperlukan seiring dengan kehendak kerajaan. Guru perlulah peka dengan perkembangan

semasa kerana selain daripada memikul tanggungjawab untuk menyalurkan ilmu kepada

murid, guru turut menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru juga dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang

mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya,

Page 2: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di

dasar laut menerusi carian laman web bagi video pendidikan di internet.

Proses globalisasi ini dapat meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang

penting. Ini kerana kemajuan sesebuah negara adalah diukur dengan sama ada berjayanya

sesebuah negara itu untuk menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan

negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

Selain itu, globalisasi juga menyebabkan berlakunya perpindahan nilai, terutamanya cara

berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia ke daerah dunia yang lain. Konsep

globalisasi ini telah mewujudkan saingan yang pesat di antara negara-negara maju.

Globalisasi yang terancang dan terkawal akan melahirkan individu modal insan kelas pertama

yang akan memacu negara ke arah pembangunan lestari.

Globalisasi telah membawa perubahan menyeluruh terhadap aspek ekonomi, teknologi,

bahasa, ideologi, politik serta cara hidup. Seiring dengan konsep “ Satu Malaysia: Rakyat

didahulukan, Pencapaian Diutamakan” rakyat Malaysia perlulah bersiap sedia dengan impak

globalisasi dan cabaran-cabaran dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.

Page 3: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

2.0 DEFINISI GLOBALISASI

Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam

pendidikan masa kini. Malaysia sebagai salah satu komuniti global juga tidak terlepas dari

kemelut social yang melanda era maklumat di hujung jari. Dunia tanpa sempadan

menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada hiburan, lambakan bahan-

bahan porno dan kehidupan dominan di dunia internet.

Di dalam kamus dewan edisi keempat, globalisasi adalah didefinisikan sebagai proses

yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan

atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya

kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005)

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), globalisasi membawa maksud satu cara

hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk

kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia

kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010).

Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan

media. Bagi Michael Gibbons (2003) dalam Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong

Persatuan Universiti Komanwel (ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu

proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka,

globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan

pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003).

Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru agar dapat

mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden serta berpandukan kepada

hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan

negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas

daripada keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan

yang baik kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah satu proses menyingkirkan batasan atau

sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara Negara supaya mewujudkan satu ekonomi

dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan

bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana

Menteri Malaysia, beliau telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia supaya tidak

Page 4: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, dan

sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis segala unsur-unsur negatif yang

membawa kesan buruk kepada kita.

Page 5: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

3.0 IMPAK POSITIF GLOBALISASI

Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan

seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi.

Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain

walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu

memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu

mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya.

Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi

yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi

persaingan yang hebat antara negara-negara membangun yang lain. Kemahiran teknologi

yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pendidikan serta

kelas modal insan yang dilahirkan.

Selain itu, antara kesan-kesan positif globalisasi ialah:

I. Kemajuan ekonomi negara

Ekonomi negara bertambah pesat seiring dengan kemajuan ICT yang

dirancakkan oleh keupayaan teknologi yang terbaru. Perdagangan antarabangsa

bertambah dan diperluaskan lagi dengan penggunaan internet, pembelian online

melalui portal-portal E-dagang dan perbankan maya (online banking).

II. Ekonomi

Syarikat-syarikat multinasional dari Malaysia meningkatkan pelaburan ke luar

negara seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Perdagangan bebas,

pengaliran modal secara bebas, serta persaingan akan memperluaskan kualiti

produk dan pasaran. Ini juga akan menghasilkan permintaan aliran tenaga buruh

mahir dan separuh mahir.

III. Persefahaman Sejagat

Sistem komunikasi yang dipermudahkan melalui internet mengakibatkan

pertukaran pengetahuan berlaku secara mudah, mengeratkan hubungan,

penyebaran berita atau sesuatu peristiwa secara pantas, pengedaran bantuan

dengan cepat serta komunikasi merentasa budaya dan bangsa.

Page 6: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

IV. Pemindahan teknologi bertambah pesat

Pelaburan asing ke dalam negara membawa teknologi dan kemudahan baru.

Pelabur menubuhkan pusat penyelidikan (r&d research centre). Ini memberikan

peluang kepada rakyat tempatan untuk mempelajari teknologi canggih serta

menarik tenaga kerja mahir untuk terlibat dalam bidang penyelidikan.

V. Politik

Hubungan erat dengan negara-negara lain membawa impak perkembangan

sosial dan ekonomi. Kerajaan menggubal peraturan sedia ada berdasarkan

peraturan global untuk menangani isu seperti hak asasi, pendidikan dan jenayah

siber.

VI. Pendidikan

Sistem pendidikan berkembang melalui pendidikan jarak jauh (PJJ) dalam dan

luar negara. Perkongsian maklumat dalam bidang pendidikan seperti contohnya

bidang pendidikan perubatan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta

kemahiran bahasa.

Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna seseorang individu

belajar untuk masa hadapannya. Ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran sesebuah negara. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat

dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan

perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa.

Menurut Hallinger (1998), globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang

amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti

pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum

terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan

seperti:

a) Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

b) Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area

Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan

kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudiannya menyalur kepada

Page 7: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat

sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

c) Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar

mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi

sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

d) Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik

darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi

secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di

Malaysia juga telah disemak dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan

dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi

persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif

pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu

Industri” dalam Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa,

“Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan.

Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia

pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi

baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”.

Page 8: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

4.0 IMPAK NEGATIF GLOBALISASI

Dalam keghairahan proses globalisasi,tanpa disedari kita semakin terputus dari budaya

dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas

pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna

melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh

tamadun hidup semasa.

Globalisasi dilihat sebagai suatu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi

diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang

dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka

kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi

dapat diterima.

Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan

teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti

peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini

perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan

pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi

bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi.

Seterusnya ialah penularan kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada

individu yang sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara

yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi

memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber seperti skim

cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari.

Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada

kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin

yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini bahawa tidak

semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap

sebegini akan lebih membuat manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara.

Antara impak-impak negatif lain globalisasi adalah seperti:

I. Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi

Page 9: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui

negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain

demi kepentingannya  Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia

Ketiga untuk kepentingannya. Syarikat multinasional (MNC) dari negara maju

mempengaruhi ekonomi negara dunia ketiga.

II. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya

Budaya liar dari barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit

yang tidak ditapis. Generasi muda terikut-ikut budaya seterusnya menyebabkan

runtuhnya nilai murni budaya tempatan dan menjadikan budaya barat menjadi

dominan. Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis.Anak tempatan hilang

identiti diri dan runtuh akhlaknya seterusnya kehilangan jati diri.

 

III. Politik

Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk

menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq,

Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear

atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas. Pengintipan untuk

mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap musuh

mereka. Penggodaman sistem pertahanan untuk mencari kekuatan dan

kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.

IV. Pendidikan

Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa

Inggeris lebih diutamakan terutamanya di institiut pendidikan tinggi swasta

(IPTS). Bahasa inggeris digunakan kerana menjadi bahasa global terutamanya di

internet. Ini akan menyebabkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan

pelajar terutamanya pelajar bukan melayu menjadi lebih lemah.

V. Ekonomi 

Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan menyebabkan produk

tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar

negara. Monopoli perniagaan oleh syarikat multinasional mengakibatkan

syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar

kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar

negara. Ini seterusnya akan menimbulkan ancaman terhadap barangan dan

perkhidmatan tempatan serta menimbulkan kesan ke atas industri kecil dan

Page 10: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

sederhana (IKS).  Kesukaran kerajaan untuk mengawal aliran modal asing serta

mengawal kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang oleh spekulator

matawang menyebabkan nilai mata wang negara jatuh dan kemelesetan

ekonomi berlaku. Manipulasi pasaran saham menyebabkan pasaran saham

tempatan tidak stabil seterusnya mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana

pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi

Malaysia.

VI. Teknologi

Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi

nuklear  yang boleh menyebabkan berlakunya peperangan nuklear ataupun

kebocoran tenaga nuklear. Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah

banya memusnahkan kehidupan manusia. Teknologi moden juga membolehkan

pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk

mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.

Selain memberi perhatian kepada isu global, kita juga perlu beri perhatian kepada isu

yang berlaku di Malaysia sebagai kesan daripada globalisasi yang negatif. Sebagai

contoh: 

I. Pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme sebagai kesan negatif daripada

globalisasi pemikiran. 

II. Keengganan untuk solat, maksiat yang berleluasa, moral yang rendah, fesyen lelaki

bersubang dan wanita yang menayangkan pusat sebagai kesan negatif daripada

globalisasi kebudayaan.

III. Sikap rakus untuk memperbanyakkan harta sehingga segala tujuan hidup adalah

kerana imbalan harta di sebaliknya. Ini adalah kesan negatif daripada globalisasi

ekonomi kapitalis. 

IV. Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama

(atheis) sebagai kesan negatif daripada globalisasi agama. 

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan

makna lain, ia bererti seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak

kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup

Page 11: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di

peringkat perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat

dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada

hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih

daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba

dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian

hakikat sebenar

Page 12: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

5.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan

dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk

menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya

saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh

mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan

Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai

kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara

sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah

dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada

tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala,

terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum

yang utama atau reformasi yang menyeluruh.  

Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran

globalisasi pendidikan, Sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat

penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan

dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan

kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan

kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,

meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian

pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Walaubagaimanapun, transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi

polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem

pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan

Page 13: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat

melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan

oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013-2025).

Antara masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan globalisasi pendidikan merangkumi

tetapi tidak terhad kepada:

I. Masalah kewangan untuk membiayai yuran pengajian yang tinggi

terutamanya yang melibat program berkembar dengan institusi pendidikan

dari luar negara.

II. Isu “brain-drain” menyebabkan pengaliran keluar cerdik pandai dan tenaga

kerja pakar akibat daripada tawaran lumayan.

III. Persaingan ketat yang wujud dalam semua profesion khasnya bidang

perguruan akibat dari lambakan tenaga kerja berkelulusan tinggi.

IV. Jurang pendidikan yang semakin melebar antara negara maju dan negara

membangun.

Page 14: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

6.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran

maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno

melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan

berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena

negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia

terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai

perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan

kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh

perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu

bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu

menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk

satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara

autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk

menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan

sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang

menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan

produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang

bertanggungjawab.

Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun kebelakangan

ini termasuklah:

I. isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,

penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan

dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara

objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman

konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.

II. isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan

pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan

Page 15: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan

pengajian tinggi antarabangsa.

III. isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem

pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat

dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur

bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).

IV. isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan

Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan

ISO(International Organisation for Standardisation);

V. isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan

guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan

pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan

data dan maklumat pendidikan.

VI. isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan

objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan

masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi

sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak

bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan

susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang

tidak mencukupi.

VII. isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan

asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan

kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan

persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem

pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh

dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi

adalah seperti berikut:

Page 16: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

I. Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan 

II. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

III. Pentadbiran pendidikan

IV. Pembangunan identiti pelajar

V. Peningkatan kualiti dan profesionalisme guru

VI. Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi

VII. Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum

VIII. Peningkatan dalam beban kerja

IX. Kepimpinan pendidikan

X. Pengaruh negatif kepada identiti pelajar 

XI. Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang

mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya

pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan

mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan

pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis

dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat

berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.

Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana

TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan

bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang

berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping

menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah

menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari

kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

Page 17: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

7.0 RUMUSAN

Globalisasi pendidikan telah merubah corak pendidikan dilaksanakan di Malaysia.

Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan

adalah tidak dapat dielakkan. Menjelang penghujung Rancangan Malaysia Ke-8, semua

sekolah di Malaysia dijangka akan mempunyai makmal komputer. Ini bermakna, proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan integrasi komputer. Begitu juga

dengan mempunyai jangkauan internet dan mengakses laman web tertentu, khususnya

pendidikan membolehkan guru mempunyai pelbagai sumber untuk digunakan dalam

pengajaran di bilik darjah. Sumber maklumat pelajar tidak lagi terbatas di sekolah atau

perpustakaan sahaja. Pelajar boleh mendapatkan apa sahaja maklumat sama ada berbentuk

pendidikan atau hiburan dengan begitu mudah sekali.

Penggunaan komputer dalam pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian

teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan

melalaui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kredibiliti kaum

guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu

pengetahuan.

Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor,

perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut

menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai

lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menggunakan internet. Di sini letaknya menjadi

peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran.

Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai

moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan

prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat

dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula

dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan

penggunaan komputer. Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat dilaksanakan semasa

pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan dalaman berlaku secara berterusan

tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam setiap perkara,

kawalan dalaman perlu diutamakan dan penghayatan kepada FPK merupakan suatu

kemestian sama ada kepada guru ataupun pelajar. 

Page 18: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

Perubahan peranan guru memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran

baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan

berkesan di sekolah. Dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk memberi

penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan

mengkaji semula kurikulum latihan guru, mempergiatkan penggunaan komputer bagi

mendapatkan bahan pembelajaran, menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru

oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran

yang diperlukan dengan belajar sendiri. Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah juga

perlu celik komputer. Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk

pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah pengurusan yang dibantu dengan komputer

akan menjadi lebih efisien. 

Di samping kebaikan yang didapati melalui integrasi komputer dalam pendidikan,

keburukan juga tetap datang. Kewujudan laman-laman lucah dalam internet yang semakin

berleluasa pada masa kini merupakan suatu gejala yang sukar dibanteras. Kemungkinan

untuk pelajar-pelajar ini menerima pengaruh negatif internet adalah tinggi. Oleh itu, guru

sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang menggunakan komputer kepada para

pelajarnya. Akta Jenayah Komputer 1997 yang telah wujud ini boleh membantu guru dalam

mengadakan etika penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung

pengaruh negatif internet kepada pelajar. Tugas ini agak sukar dilaksanakan memandangkan

capaian internet pada masa kini tidak terbatas di sekolah sahaja.

Pada masa kini, kafe siber beroperasi di merata tempat tanpa sebarang kawalan undang-

undang yang ketat. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula didapati menjamin

keselamatan komunikasi antara pengguna. Ini kerana menurut akta ini memintas komunikasi

elektronik adalah menjadi satu kesalahan. Justeru itu penggunaan internet dalam bidang

pentadbiran atau perkhidmatan pendidikan akan lebih diyakini. Contohnya penggunaan

internet untuk memudahkan komunikasi dalam Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian

Pendidikan, seterusnya di Negeri, Daerah dan Sekolah. Dengan adanya Akta Hakcipta

(Pindaan) 1997 rekod rangkaian peperiksaan berpusat, inventori sekolah, kemudahan

pendidikan, maklumat peribadi akan dilindungi keselamatannya. 

Akta Tandatangan Digital 1997 pula akan memudahkan pengurusan dalam bidang

pendidikan. Pihak kementerian dapat menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini kepada

Page 19: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

sekolah atau masyarakat setempat serta dapat berurusan secara digital dengan pihak

Kementerian Pendidikan luar negara seperti negara ASEAN dengan lebih efektif dan tidak

memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama. 

Secara keseluruhannya, globalisasi pendidikan mampu melahirkan minda kelas pertama

dan tenaga kerja mahir yang mampu menaikkan lagi nama Malaysia di mata dunia.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ada kebaikan dan keburukan yang diterima oleh

pendidikan Malaysia seiring dengan kerancakan globalisasi. Namun demikian, ia tidaklah

seharusnya menjadi batu penghalang untuk transformasi pendidikan seiring dengan

kemajuan dunia tanpa sempadan. Para pelajar yang lebih berdaya saing serta kukuh jati diri

perlu dilahirkan agar cabaran globalisasi dapat diharungi dan seterusnya mengelakkan

keruntuhan budaya. Gejala-gejala sosial yang sering dikaitkan dengan globalisasi seharusnya

ditangani dengan efektif dan segera oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

selaku pembuat dasar pendidikan harus merangka pelan transformasi pendidikan seiring

dengan kehendak globalisasi. Melahirkan pekerja mahir (K-worker) seharusnya menjadi

tumpuan pendidikan agar negara tidak kekeringan tenaga kerja pakar dan mengelakkan

minda kelas pertama ini berpindah ke negara lain.

Page 20: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

8.0 PENUTUP

Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan

dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih

mencabar. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang

semakin mencabar dan menghadapi persaingan globalisasi ini. Dunia yang dianggap sudah

tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya

setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi

berkenaan.

Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi menghadapi

situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya

pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak langkah dengan

menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi.

Perkembangan pendidikan baharu dalam zaman perkampungan global ini memerlukan

anjakan peranan  pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamat menjadikan

negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai

pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK).

Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di

Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah

relevan dan berupaya menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu seterusnya

melahirkan masyarakat yang mempunya minda kelas pertama serta berupaya menjadi

warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar

dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat. Perubahan sistem perguruan dan

pendidikan adalah tidak dapat dielakkan. Keyakinan dan dedikasi yang tinggi membantu

mempermudahkan proses peningkatan kemahiran seiring dengan kemajuan pesat yang

dialami negara.

Dalam keghairahan perubahan sistem pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya

dan kesan negatif akibat globalisasi. Walau apapun pandangan kita, globalisasi pendidikan

sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku

kanak- kanak. Adalah diharapkan agar perubahan-perubahan ini mampu menghasilkan minda

kelas pertama yang utuh dan mampan menerokai dunia teknologi ini.

Page 21: Globalisasi Dan Pendidikan Malaysia

9.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Baharu (1989), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Noriati A. Rashid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025, diakses dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan- pendidikan malaysia-

2013-2025 , diakses pada 2 Ogos 2015.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas Kepimpinan &

Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan

perubahan kurikulum. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hussein Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan

Publication.

Rahmad Sukor Ab. Samad (2006). Inovasi IT dalam pengurusan pendidikan. Dim. Sufean Hussin

et al. (Peny.), Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaludin. (2008). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan Di

Malaysia. Diakses dari

https://www.academia.edu/4608636/Masalah_Pendidikan_31_1_GLOBALISASI_DAN_CA

BARAN_PENDIDIKAN_DI_MALAYSIA_GLOBALIZATION_AND_EDUCATIONAL_CHALLE

NGES_IN_MALAYSIA_Habib_Mat_Som, diakses pada 2 Ogos 2015.