Golongan Kata

  • Upload
    joyee

  • View
    68

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rujukan

Citation preview

  • Nama ahli kumpulan :Lee Bee LeeLow Kah YeeNg Kim Yoke

  • KATA NAMA

  • PEMBENTUKAN KATA NAMA TERBITANKata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar.Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

  • Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah: akar , bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan:contoh : i. tapa - pertapaan ii. tawa ketawab. kata tunggal, kaperkataan yang dibentuk oeh satu morfem bebas :contoh : i. laut - lautan ii. pulihara - pemuliharaan

  • c. kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan :contoh : i. berangkat keberangkatan ii. berkesan keberkesanand. kata majmuk, yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih.Contoh : i. ibu bapa - keibubapaan ii. satu padu bersatu padue. rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan :contoh : i. tidak adil ketidakadilan ii. salah guna penyalahgunaan

  • Awalan kata namaAwalan-awalan yang membentuk kata nama dalam Bahasa Melayu ialah :PeNPePeRKeJuru

  • Awalan peN-Bentuk awalan peN :Awalan peN terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pem, pen, dan peng-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung pada dua faktor: Faktor fonolgi, iaitu jenid huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.

    2. Faktor perkembangan dan perancangan Bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonolgi Bahasa Melayu.Dengan berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- dapat dihuraikan seperti yang berikut:

  • -PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng, r, l , w, p, t, k, dan s.

    Contohnya: masak menjadi memasak. Selam menjadi penyelam.

  • -peN menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b,f, dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.

    Contohnya: baca pembaca, Beri pemberi

  • PeN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j,sy, dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s.Contohnya: dapat pendapat jodoh penjodoh

  • PeN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g dan h ( bunyi konsonan), dan a,e,i,o,u ( bunyi vokal ). Seperti pen-, peng- hadir juga dengan perkataan pinjaman serta beberapa bentuk kecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k.

    Contohnya: i. gulung penggulung ii. atur pengatur

  • PeN- bervariasi dengan pel- apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar.Contohnya: ajar - pelajar

  • Aspek makna awalan peN-Awalan peN- penanda makna orang yang melakukan sesuatu. Contohnya: pengguna, pemandu, perancang dll

    b) Awalan peN- penanda makna orang yang menjawat tugas. Contohnya: penghulu, pengurus, penyanyi dll

    c) Awalan peN- penanda makna orang yang suka akan atau gemar atau cenderung akan sesuatu. Contohnya: perokok, peminum, pemadat dll

  • d) Awalan peN- penanda makna orang atau benda yang memiliki sifat dalam kata dasar. Contohnya: pemalu, penghalus dlle) Awalan peN- penanda makna alat untuk melakukan sesuatu. Contohnya: pembajak, penyapu, penuai dllAwalan peN- penanda makna alat untuk melakukan sesuatu. Contohnya: pemeluk, pengayuh dllg) Awalan peN- penanda abstrak. Contohnya: pendapat

  • Awalan pe-Bentuk awalan pe-Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut. Contohnya: guam- peguam, tani-petani dllAspek makna awalan pe-Awalan pe- mempunyai dua penanda makna.Awalan pe- pananda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan. Contoh: pewarna ( bahan untuk mewarnakan) dllAwalan pe- pananda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar.Contoh : pekebun ( orang yang berkebun) dll

  • Awalan peR-Bentuk awalan peR-Awalan peR- tidak terlalu produktif berbanding dengan awalan yang lain. Umumnya, imbuhan ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada awal kata dasar. Terdapat hanya satu bentuk awalan peR- iaitu per. Contoh : per + asap = perasap dllAspek makna awalan peR-Terdapat dua makna awalan peR-Awalan peR- penanda makna alat atau tempat.Contoh : perasap tempat membakar kemenyanAwalan peR- penanda makna orang yang melakukan kerja (dengan awalan ber-) Contoh : perburu - orang yang berburu

  • Awalan ke-Awalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan sebarang perubahan huruf.Contoh : ke + tua = ketuaAspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna sahaja, iaitu penanda orang atau benda yang menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar, iaitu: ke + tua = ketua (orang yang dituai)

  • Awalan juru-Dalam Bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata juru- yang berfungsi sebagai awalan kata nama. Dari aspek makna, juru- mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja dan akar.Contoh: 1. juru + kata nama (juru + wang = juruwang) 2. juru + kata kerja (juru + jual = jurujual) 3. juru + kata akar kata (juru + tera = jurutera)

  • 2. AKHIRAN KATA NAMAa. Bentuk akhiran kata namaTerdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu an yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.Contoh : makan + an = makanan

  • b. Aspek makna akhiran anTerdapat sekurang-kurangnya Sembilan makna yang didukung oleh akhiran an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu :Akhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang yterkandung dalam kata dasar.Contoh : - kata nama + an = bekal + an = bekalan

  • Akhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada golongan kata nama, kata adjektif dan kata tugas (jenis kata arah), membawa maksud kawasan atau bidang yang luas.Contoh : - kata nama + an = lautan ( laut yang luas ) - kata adjektif + an = lapangan (kawasan yang luas ) - kata arah + an = luaran ( kawasan luar yang luas )

  • apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama tertentu, membawa makna banyak.Contoh : duri durianAkhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna alat.Contoh : acu acuan

  • Akhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja.Contoh : buru buruanAkhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna perkara atau benda yang menjadi penderita kerja.Contoh : minum minuman

  • Akhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif, membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar.Contoh : bulat bulatanAkhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja membawa makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar.Contoh : henti hentian

  • Akhiran an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata tugas (jenis kata bilangan), membawa makna ukuran atau kiraan berdasarkan makna yang terkandung dalam kata dasar.Contoh : a. kata nama (minggu minguan) b. kata bilangan ( puluh puluhan)

  • 3. APITAN KATA NAMA Apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam Bahasa Melayu ialah :Apitan peN--anBentuk apitan peN--anTerdiri daripada 4 bentuk, iaitu pe--an, pem--an, pen-..-an dan peng--an. Dua faktor perbezaan: Faktor fonologi dan faktor perkembangan dan perancangan Bahasa.

  • Faktor fonologi, peN--an menjadi pe--an APABILA BERGABUNG DENGAN KATA DASAR YANG BERMULA DENGAN HURUF m, n, ng, r, l, y dan w. contoh : mandi pemandian, nanti- penantian, pulau- pemulauan dll.PeN--an menjadi pem--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan injaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan p. contoh : baca-pembacaan, proses-pemprosesan dll.

  • PeN--an menjadi pen--an apabila digabungkan dengan keta dasar yang bermula dengan hurud d,c,j,sy dan z dan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula denga huruf t dan s. contoh :dapat-pendapatan, cari-pencarian dll.

    PeN--an menjadi peng--an jika bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf kh, g, dan h (bunyi konsonan) dan a,e,i,o,u (bunyi vokal) contoh: gali-penggalian, khianat-pengkhianatan, Peng--an menjadi peng--an jika bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata. Contoh : cat-pengecatan, sah-pengesahan

  • PeN--an bervariasi dengan pel--an apabila bergabung dengan perkataan ajar untuk membentuk kata pelajaran. Bentuk ini bermaksud perkara yang diajarkan dan dibezakan daripada pengajaran. Ajar menjadi pelajaran (sesuatu yang diajarkan)

  • Aspek makna apitan peN--anLazimnya apitan peN--an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata bilangan, frasa sendi nama, frasa kerja, dan frasa nama untuk menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

  • Contoh: PeN--an + kata namabekal pembekalanPeN--an + kata kerjaberi pemberianPeN--an + kata adjektifbesar pembesaranPeN--an + kata bilangansatu penyatuanPeN--an + frasa sendi namaKe muka pengemukaanPeN--an + frasa kerjaTokok tambah penokoktambahanPeN--an + frasa namaanak tiri - penganaktirian

  • Apitan pe--anBentuk apitan pe--anApitan pe--an mempunyai satu bentuk sahaja iaitu pe--an apabila bergabung dengan kata dasar. Contohnya : perang - peperangan dll.Aspek makna apitan pe-..-anApitan pe--an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan yang khusus. Contoh : tempat petempatanApitan pe--an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu membentuk kata nama yang membawa makna hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. Contoh : periksa peperiksaan

  • c. Apitan peR--an i. Bentuk apitan peR--anApitan peR--an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per--an apabila bergabung dengan semua kata dasar kecuali kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huru r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan. Contoh : satu persatuan dll.

  • ii. Aspek makna apitan peR--anApitan peR--an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat. Contoh : PeR--an + kata namaKampung perkampunganPeR--an + kata kerjaHenti perhentian

  • Apitan peR--an membentuk kata nama yang membawa makna akstrak. Perkataan yang terbentuk hasil gabungan peR-an dengan golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas menanadakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya. Contoh : PeR--an + kata nama : guru perguruanPeR--an + kata kerja : gerak pergerakanPeR--an + kata adjektif : sama - persamaanPeR--an + kata bilangan : ratus peratusanPeR--an + kata sendi nama : antara perantaraan

  • d. Apitan ke--an i. Bentuk apitan ke--an Apitan ke--an boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contoh : datang kedatangan dll

  • ii. Aspek makna apitan ke--anApitan ke--an bergabung dengan kata dasar untuk emmbentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ke--an dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif untuk membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar. contoh : Ke--an + kata nama : raja kerajaanKe--an + kata kerja : datang kedatanganKe--an + kata adjektif : malas kemalasan

  • Apitan ke--an boleh juga membentuk kata nama yang membawa makna tempat. Contoh : menteri kementerianApitan ke--an boleh juga bergabung dengan frasa kerja dan frasa adjektif. contoh : a. ke--an + frasa kerja. Contoh : tidak hadir - ketidakhadiranKe--an + frasa adjektif. Contoh : tidak adil ketidakadilan

  • 4. SISIPAN KATA NAMATerdapat tiga bentuk sisipan kata nama, iaitu el-, -er-, dan em- dan erbezaan bentuk-bentuk itu bukan berdasarkan faktor fonologi tetapi faktor morfologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang berlainan. Dalam penggunaan sekarang,bentuk sisipan tidak produktif lagi; dengan itu, bolehlah dianggap perkataan yang bersisipan sudah membeku.

  • Sisipan el-Sisipan el- bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : tapak telapak dllSisipan er-Sisipan er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbiytkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : gigi- gerigi dllSisipan em- Sisipan em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh : kuning kemuning dll

  • Perbezaan pengunaan peN--n dengan peR--anSering timbul kekeliruan dalam kalangan pengguna Bahasa tentang bentuk kata nama terbitan yang mengandungi imbuhan peN-n dan peR--an. Dalam banyak hal, cara yang mudah untuk mengenal bentuk-bentuk demikian adalah dengan melihat bentuk kata kerjanya. Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR--an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakanawalan beR-, manakala kata nama yang menggunakan apitan peN--an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakanimbuhan meN--an / kan. Contoh : perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba.

  • Oleh sebab tiada bentuk *melumba*, maka tidak wujud bentuk perlumbaan, demikian juga bagi perbualan (berbual / membual), pergaduhan (bergaduh / menggaduh) dan perhentian (berhenti / menghenti). Bentuk penarikan pula berasal daripada kata kerja manarik. Bentuk *bertarik* tidak wujud; olehitu tiada bentuk *pertarikan*. Demikian juga, bentuk *pelaksanaan berasal daripada kata kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk * berlaksanaan tidak wujud maka bentuk perlaksanaan tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan sesuatu. Contoh-contoh lain ialah penyampaian (menyampaikan / bersampaikan), pemeriksaan (memeriksaan / berperiksa) dan penantian (menanti / bernanti).

  • Tidak juga bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN--an dan peR--an. Hal ini berlaku kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan makna yang berlainan seperti yang berikut :Perpisahan berasal daripada kata kerja berpisahPemisahan berasal daripada kata kerja memisahkanPersekolahan berasal daripada kata kerja bersekolahPenyekolahan berasal daripada kata kerja menyekolakanPersambungan berasal daripada kata kerja bersambungPenyambungan berasal daripada kata kerja menyambungkanPerkahwinan berasal daripada kata kerja berkahwinPengahwinan berasal daripada kata kerja mengahwinkanPertukaran berasal daripada kata kerja bertukarPenukaran berasal daripada kata kerja menukarkan

  • Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna tertentu. Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbit, dan kata nama majmuk boleh digandakan.

  • Tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar jenis kata nama, iaitu: i. Penggandaan penuh ii. Penggandaan separa iii. Penggandaan berentak

  • Ia melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.

  • Penggandaan penuh kata nama tunggal. Contohnya: ayat ayat-ayat budak budak-budak buku buku-buku kereta kereta-kereta sekolah sekolah-sekolah tadika tadika-tadika cerpen cerpen-cerpen debunga debunga-debunga

  • Penggandaan penuh kata nama berimbuhan. Contohnya: (i) dengan awalan

    pengajarPengajar-pengajarpelatihPelatih-pelatihkekasihKekasih-kekasihtatabahasaTatabahasa-tatabahasajurugambarJurugambar-jurugambar

  • (ii) dengan akhiran

    Cadangan Cadangan-cadangan PakaianPakaian-pakaian MakananMakanan-makananIlmuwan

    ilmuwan-ilmuwansenimanSeniman-seniman

  • (iii) dengan apitan

    Persatuan Persatuan-persatuan pencapaianPencapaian-pencapaianpengakuanPengakuan-pengakuankegemaranKegemaran-kegemaran keramaianKeramaian-keramaian

  • Kata ganti nama diri singkat berfungsi seperti kata ganti nama diri.Bentuk kata ganti nama diri singkat ialah : a. ku daripada kata aku b. kau daripada kata engkau c. mu daripada kata kamu d. nya daripada kata ia/dia

  • Contoh:Baru aku sedari kesilapan diri aku.Baruku sedari kesilapan diriku.ContohItulah basikal dia.Itulah basikalnya.

  • Digunakan untuk menunjuk sesuatu benda atau perkara.iniitu

  • Contoh

    - Ini ialah baju saya. -Itu kucing nenek.

  • Digunakan untuk menggantikan diri orang, haiwan, tumbuhan, benda, atau sesuatu yang tidak ditentukan.apa-apasiapa-siapa/ sesiapamana-manabila-bila

  • Contoh - Kamu boleh makan apa-apa saja asalkan kamu suka. Contoh - Jika sesiapa terjumpa dompet saya sila pulangkan kepada saya.Contoh - Kamu boleh duduk di mana-mana jika kamu letih. Contoh- Kamu boleh datang melawat datuk bila-bila saja.

  • Digunakan untuk bertanya tentang:BendaPerkaraManusiaHaiwanMembentuk ayat tanya

  • Terbahagi kepada beberapa jenis:Kata Ganti Nama Tanyabagaimanaberapaapamanasiapabilamengapa

  • ContohNama kucing awak apa ?Apakah nama tempat itu?ContohDi manakah rumah Encik Abdullah?Kucing kesayanganmu mana?ContohSiapa nama abang kamu?Budak yang terjatuh itu siapa?

  • SEKIANTERIMA KASIH