3
RUMUSAN TAJUK : ASAS AKIDAH ISLAM Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali. Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu juga, agama Islam merupakan agama yang tidak memaksa orang bukan Islam untuk menganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam serta mempercayainya tanpa syak atau ragu-ragu bersumberkan Al-quran, Al-hadith dan kitab-kitab agama. Penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius. Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama Islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat Islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Bagi umat Islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah SWT. Kepentingan akidah kepada umat

GPI - Rumusan Asas Akidah Islam

  • Upload
    fatin

  • View
    268

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: GPI - Rumusan Asas Akidah Islam

RUMUSAN

TAJUK : ASAS AKIDAH ISLAM

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Islam merupakan agama yang mudah difahami oleh semua lapisan masyakat. Selain itu juga, agama Islam merupakan agama yang tidak memaksa orang bukan Islam untuk menganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam serta mempercayainya tanpa syak atau ragu-ragu bersumberkan Al-quran, Al-hadith dan kitab-kitab agama. Penyelewengan terhadap ilmu akidah menyebabkan penerangan terhadap ilmu akidah menjadi sedikit rumit kerana segelintir masyarakat telah mengalami pemesongan akidah yang serius.

Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama Islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat Islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri dari dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Bagi umat Islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah SWT. Kepentingan akidah kepada umat Islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang Esa. Umat Islam yang tidak takut terhadap balasan Tuhan akan dimasukkan kedalam neraka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah tidak akan diterima pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka.

Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan serta mempunyai hubungkait dengan 6 teras rukun iman. Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Ta’ala di dalam firman-Nya dalam surah Al-Khafi (ayat110) dan surah Az-Zumar (ayat65).

Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan cabang agama berkembang

Page 2: GPI - Rumusan Asas Akidah Islam

untuk menangani cabaran semasa kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba’ (ikutan) dan diakhiri dengan taqlid.

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang Maha Esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. Di samping dapat mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu’, ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.

Konklusinya , kita haruslah mendalami konsep akidah islam supaya dapat mengelakkan diri kita dari terjerumus kepada perkara-perkara yang menyebabkan kita dilaknat oleh Allah SWT .Akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri dan haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, ” melentur buluh biarlah dari rebungnya. ”