Guan Eng Dan Banglo RM2.8 Juta

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Guan Eng Dan Banglo RM2.8 Juta

    1/3

    Guan Eng dan banglo RM2.8 juta

    ABDUL JALIL ALI

    21 April 2016

    TANPA memilih bulu, apa yang salah kita kena kata salah. Tidak perlu banyak alasan dan

    ‘ding-dong-ding-dong’ yang entah apa-apa itu. Baik anak seluang, bapak haruan, piranha

    ganas, hatta ikan paus berskala ‘Jaws’, sekali masuk jaring jangan dilepaskan.

    Maka sekiranya Lim Guan Eng memang dibuktikan bersalah, beliau patut menerima hukuman

    setimpal, sama seperti bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang dihukum penjara gara-

    gara rasuah.

    Ada dakwaan di Parlimen –  dibangkitkan oleh YB Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya –  

    konon Ketua Menteri Pulau Pinang @ anak Lim Kit Siang itu membeli hartanah di Jalan

    Pinhorn, Georgetown, pada harga di bawah pasaran.

    Banglo dua tingkat atas tapak berkeluasan 10,161 kaki persegi @ 943.98 meter persegi itu

    dibeli pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan nilai pasaran sebenar

    dianggarkan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

    Tambah kontroversi lagi apabila Lim dilaporkan membeli banglo itu daripada Phang Li Koon,

    yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman

    Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.

    Tidak menghairankan untuk beberapa hari setelah dakwaan di Parlimen itu, Guan Eng

    dihentam ‘kaw-kaw punya’ oleh seteru-seteru politiknya. Pagi petang siang malam ada sahaja

    kenyataan daripada pihak tertentu membantai beliau habis-habisan.

    Ada tunjuk perasaan, angkat sepanduk, hantar memorandum, dan macam-macam laporan polis

    dibuat kerana pemimpin DAP itu konon cakap tidak serupa bikin; hendak memerangi rasuah

    tetapi dikatakan membeli rumah cara meragukan.

  • 8/18/2019 Guan Eng Dan Banglo RM2.8 Juta

    2/3

    Malah, sebuah stesen TV tempatan, setiap hari menyerang pemimpin Pulau Mutiara menerusi

    liputan berita pada waktu prima. Isu banglo di Jalan Pinhorn itu diberi liputan hampir setengah

     jam, kalah isu-isu besar lain.

    Anehnya tidak pula stesen berkenaan memberi liputan meluas terhadap songlap RM ratusan

     juta yang dilakukan oleh seorang pegawai di Kementerian Belia & Sukan, walaupun menteri

     berkenaan mengakui penyelewengan wang rakyat dalam kes tersebut.

    Pelbagai pihak mahu KM segera dihukum kerana isu RM2.8 juta. Mereka tidak mahu YAB

    terlepas, sedangkan yang empunya diri telah sejak awal menegaskan beliau bersedia memberi

    segala keterangan dan kerjasama untuk membantu siasatan.

    Ada yang terlalu bersemangat, marah-marah pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    (SPRM), menuduh agensi bebas itu memilih bulu dan sengaja melengah-lengahkan siasatan

    kes berkenaan.

    Padahal SPRM tidak ada sebab untuk menangguhkan siasatan ke atas Guan Eng. Seperti yang

    ditegaskan oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, tuduhan sesetengah pihak itu adalah tidak

     berasas.

    Tegas Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM itu, seperti yang dilaporkan Bernama semalam:

    “Perkara itu (pembelian banglo) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai.

    Memanggil Lim untuk ditemu duga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM.” 

    Serahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat. Orang ramai, lebih-lebih lagi seteru KM,

    tidak perlu memandang serong terhadap agensi berkenaan. Semua orang pun tahu RM2.8 juta

     bukan satu-satunya kes dalam fail SPRM.

    Ada sekian banyak skandal mega negara yang jauh lebih hina daripada apa yang terjadi di

    Pulau Pinang, kini sedang disiasat. Ada kes yang terlalu rumit, berbelit-belit dan melibatkan

     jumlah RM ‘berjuta-juta- juta lemon’ yang terpaksa dihentikan siasatan, diarahkan supaya fail

    ditutup.

  • 8/18/2019 Guan Eng Dan Banglo RM2.8 Juta

    3/3

    Dibandingkan dengan RM beratus juta duit rakyat –  juga sekian banyak kereta mewah, saham,

    simpanan di bank, jam tangan, berlian, beg tangan, pakej pelancongan keluarga, dan lain-lain

     –  yang disonglap secara senyap-senyap oleh pegawai di kementerian berkenaan, banglo RM2.8

     juta itu sebenarnya tidak sebesar mana.

    Malah, kediaman sesetengah menteri, ketua menteri dan menteri besar, hatta sesetengah

     pemimpin biasa di peringkat kampung pun jauh lebih besar dan mewah dari banglo di

    Georgetown, sehingga selalu timbul pertanyaan: dari mana dia orang dapat duit?

    Tetapi itu tidak sama sekali bererti Lim Guan Eng tidak perlu disiasat. SPRM tidak perlu takut

    untuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang. Siasatlah secara adil, telus dan menyeluruh;

     jangan sembunyikan walau sekecil hama.

    Sekiranya pada akhir siasatan nanti terbukti ada penyelewengan dalam isu banglo RM2.8 juta

    itu, pihak yang bersalah mesti dihukum. Penyelewengan tetap penyelewengan  –  tidak kira 28

    sen, RM2.8 juta hatta RM2.8 bilion.

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)