Upload
andy-lile
View
580
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Kuliah 7Gunaan Ilmu
PsikologiDalam
Kehidupan
BIDANG PEMBELAJARAN:1. PRINSIP BEHAVIURISME DALAM
PEMBELAJARAN2. TINGKAH LAKU3. PEMBELAJARAN4. PERLAKUAN5. PELAZIMAN KLASIKAL6. PELAZIMAN OPERAN7. PRINSIP PEMBELAJARAN DAN
PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU
PRINSIP BEHAVIURISME DALAM PEMBELAJARAN
• Aplikasi teori behavioristik dalam kegiatan pembelajaran bergantung kepada beberapa hal seperti:
tujuan pembelajaran karakteristik pelajar fasiliti pembelajaran yang
tersedia
• Pembelajaran yang dirancang dan berpegang kepada teori behavioristik memandang bahawa pengetahuan adalah objektif, pasti, tetap, tidak berubah.
• Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan pengetahuan, sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of knowledge) kepada orang yang belajar atau pelajar.
• Dalam hal pembelajaran, pelajar dianggap sebagai objek pasif yang selalu memerlukan motivasi daripada pendidik.
• Oleh itu, para pendidik mengembangkan kurikulum yang berstruktur dengan menggunakan standard-standard tertentu dalam proses pembelajaran yang harus dicapai oleh para pelajar.
• Tujuan pembelajaran menurut teori behavioristik ditekankan pada penambahan pengetahuan, sedangkan belajar sebagai aktiviti “mimetic”, yang menuntut pelajar untuk mengungkapkan kembali pengetahuan yang sudah dipelajari dalam bentuk laporan, kuiz, atau test.
DEFINISI PEMBELAJARAN
• “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997)
• Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku pengetahuan, kebolehan atau sikap yang secara relatifnya kekal,yang diperolehi melalui pengalaman dan bukan disebabkan oleh penyakit, kecederaan, atau pematangan.
7
Klasifikasi Domain Pembelajaran
1. Domain Kognitif: -pembelajaran yang melibatkan
pemikiran dan minda2. Domain Afektif: -pembelajaran berhubung dengan
perasaan dan emosi3. Domain Psikomotor: -pembelajaran yang melibatkan
penggunaan anggota fizikal badan
Teori Pembelajaran
• Merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukem-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran.
• Terdapat 4 mazhab utama teori pembelajaran.
Teori Pembelajaran
4 Mazhab Utama
Behavioris Kognitif Humanis
Pavlov
Thorndike
Skinner
Bandura.Gagne
Bruner
Ausubel
Sosial
Rogers
Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh Psikologi
Behavioris Tingakahlaku, Pelaziman klasik (emosi) ,(tabiat)Pelaziman Operan, cuba-ralat dan peneguhan
PavlovWatsonGuthrieThorndikeSkinner
Kognitif(Gestalt)
Pemikiran, Celik akal, Penemuan, Kategori pembelajaran, Resepi
Koffka/Kohler,BrunerGagne ,Ausuble
Sosial(neo behavioris)
PrestasiPemodelan
Bandura
Humanis Kemanusiaan ,Sempurna kendiri, Keperluan asas dan meta.
RogersMaslow
BEHAVIORIS
PELAZIMAN KLASIKPembelajaran haiwan dan Manusia
yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu rangsangan yang mula-mula tidak memberikan sebarang kesan.
Behaviorisme adalah perhubungan antara rangsangan (R) dengan gerak balas (G)
Tingkahlaku adalah gerakbalas yang nyata dan dapat diramalkan.
Jadual: Pelaziman klasik PavlovSebelum
pelazimanProses
pelazimanSelepas pelaziman
Makanan(Rangsangan tak
terlazim)
Air liur(Gerak balas tak
terlazim )
TETAPIbunyi loceng(Rangsangan
neutral)
Tiada gerak balas(tiada perembesan
air liur)
Eksperimen1.Bunyi loceng2.Tunggu sementara3.Diberikan makanan4.Proses berulang-ulang
Makanan(Rangsangan tak terlazim)
Perembesan air liur(Gerak balas tak terlazim)
DANbunyi loceng
(Rangsangan Terlazim)
perembesan air liur(Gerak balas terlazim)
RANSANGAN DAN TINDAK BALAS
• Dalam eksperimen pelaziman klasik terdapat terdapat empat pembolehubah:
a.) Ransangan terlazimb.) Ransangan tak terlazimc.) Gerak balas tak terlazimd.) Gerak balas terlazim
14
Generalisasi• Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama
akan menghasilkan tindak balas yang sama• Anjing juga akan mengeluarkan air liur sebagai
respons pada bunyi dan juga bunyi yang hampir sama.
• Cth: Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).
Diskriminasi• Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak
balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain
• Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
• Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.
Penghapusan
• Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.
• Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur.
• Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
Pemulihan Spontan
• Gerak balas terlazim yang terhapus atau hilang boleh muncul kembali tanpa adanya pelaziman tambahan.Ini adalah dinamakan sebagai “pemulihan spontan”
• Dalan ujian makmal,didapati jarak rehat adalah diikuti oleh penghapusan gerakbalas terlazim. 18
• Pelaziman semula merupakan proses pembelajaran yang lebih cepat berbanding dengan pelaziman yang asal.
• Dengan demikian,pelaziman semula adalah diharapkan sekiranya kita ingin mempertingkatkan pola gerakbalas dan untuk mempastikan tingkah laku yang tahan lama. 19
PELAZIMAN KLASIK WATSONAhli psikologi pertama menggunakan
perkataan “behaviorisme”.Sangat dipengaruhi model pelaziman
klasik PavlovPerbezaan antara manusia ialah
pengalamanPengalaman yang baik boleh diubah
menjadi pengalaman yang burukRangsangan yang didedahkan dan jenis
gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid
Watson ‘Little Albert Experiment’
Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)
Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih.
Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi
Kesannya Albert terkejut dan terjatuh
keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).
Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab.
Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.
Kesimpulannya,Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
Peranan Pelaziman Klasik Dalam Hidup Seharian
• Dalam kehidupan seharian kita cuba mengkaitkan ransangan yang neutral dengan perkara-perkara tertentu.
• Tegasnya,ransangan neutral dikaitkan dengan orang,objek,lokasi,situasi,atau perkataan tertentu,dan membentuk kuasa untuk mengeluarkan perasaan yang sama seperti ransangan yang asal.
23
Faktor Mempengaruhi Pelaziman Klasik
Beberapa faktor memudahkan pemerolehan gerakbalas pelaziman klasik.Di antaranya adalah seperti berikut:
Sejauh mana boleh dipercayai bahawa ransangan terlazim boleh meramalkan ransangan tak terlazim
Bilangan penggandingan ransangan terlazim dengan ransangan tak terlazim.
Sekuen masaKekuatan pembolehubah
24
PELAZIMAN OPERAN
• Operan adalah tindakan yang subjek mulakan,atau gerakbalas sukarela.
• Contoh Operan (tindakan) manusia yang umum ialah:
berjalan,menari,senyum,menulis,minum air,menonton televisyen,main dan berborak.
• Walaupun operan nampaknya adalah spontan,dan keseluruhan dikuasai manusia,tetapi ia adalah begitu dipengaruhi oleh konsekuennya (akibatnya).
• Pelaziman operan berlaku apabila konsekuen yang mengikuti sesuatu operan (tindakan) adalah sama ada meninggi atau mengurangkan kemungkinan operan akan dilakukan lagi dalam situasi yang sama di masa akan datang.
26
• Sekiranya sesuatu operan itu diikuti secara berulang-ulang oleh kesudahan (hasil) yang menyeronokkan pembelajaran,maka tindakan itu akan cenderung dilakukan lebih sering dalam kondisi yang sama.
• Sekiranya tingkah laku adalah diikuti oleh konsekuen atau kesudahan yang tidak menyeronokkan,maka ianya akan kurang cenderung diulang dalam keadaan demikian. 27
• Perbezaan antara pelaziman klasik dengan pelaziman operan adalah dimana pelaziman melibatkan gerakbalas yang dikawal oleh subjek.
• Sementara dalam pelaziman klasik,subjek adalah pasif dimana ransangan bertindak kepada subjek untuk mengeluarkan satu gerakbalas dan subjek bergerakbalas secara automatik.
28
• Dalam pelaziman operan subjek adalah aktif,dimana subjek memberi kesan ke atas ransangan,yang seterusnya ransangan tersebut memberi kesan balik kepada subjek.
• Pelaziman operan kadangkala juga dikenali sebagai pelaziman instrumental. Ini kerana operan itu dilakukan sebagai alat untuk mencapai matlamat.
29
KAJIAN AWAL PELAZIMAN OPERAN
Di peringkat awal,pelaziman operan banyak dikaitkan dengan dua orang tokoh utama iaitu Edward Thorndike dan B.F Skinner.
30
Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia.
Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran.
Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)
Teori Edward Lee Thorndike
Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
Hukum Kesediaan (HK), Hukum Latihan (HL)dan Hukum Kesan.(HK)
Eksperimen Thorndike
Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan monyet
Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.
Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”.
Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.
Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan.
Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.
Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan.
PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER
• Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike,namun B.F Skinner adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan.
• Pada akhir 1920an,Skinner mula menjalankan penyiasatan ke atas tingkah laku operan.
• Secara kerap beliau melatih sekumpulan kecil burung merpati dan tikus yang dinafikan makanan untuk menekan kunci atau menekan satu palang.
35
• Setiap kali haiwan yang lapar ini melakukan tindakan yang tepat,satu pilet makanan akan keluar dan masuk ke dalam mangkuk makanan yang boleh haiwan tersebut makan,yang merupakan ganjaran kepada tindakan berjaya haiwan tersebut.
• Persekitaran yang digunakan oleh Skinner ialah persekitaran yang bebas daripada gangguan,satu kotak yang dikenali sbg kotak Skinner
36
PRINSIP PENEGUHAN• Dalam pelaziman operan,peneguhan
adalah memperkukuhkan tingkah laku.
• Dalam pelaziman juga,subjek adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokkan.
• Dua jenis peneguhan operan adalah dikenalpasti iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
37
PENEGUHAN POSITIF
• Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi
• Tingkah laku yang tepat dikalangan burung merpati menyebabkan ia menerima peneguhan positif iaitu makanan.
• Dalam bahasa umum ia dirujuk sebagai ganjaran positif.
38
• Apabila melakukan tingkah laku yang betul kita biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material.
• Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerak balas operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif.
•
39
Jenis Peneguh Positif• Peneguh asas • Peneguh sekunder• Peneguh sosial
Keberkesanan Aplikasi Peneguhan Positif
• Kesegeraan• Konsistensi dalam pemberian peneguhan• Peneguh positif yang digunakan mestilah
yang dapat memberikan peneguhan.
40
PENEGUHAN NEGATIF• Peneguhan negatif adalah
memperkuatkan tingkah laku yang cuba mengetepikan atau membuang perkara – perkara yang tidak menyenangkan untuk menghasilkan kesudahan yang menyenangkan.
• Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan
41
• Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya.
• Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).
Dendaan
• Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
• Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut
Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran
ini”.
Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
Keadaan ini dapat di atasi jika:• Peneguhan untuk sesuatu perlakuan
itu dapat dikenal pasti.• Peneguhan itu tidak lagi digunakan
Homework
• Sila beri contoh yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan berkaitan dengan:
i. Pelaziman klasik ivan pavlovii. Pelaziman klasik watsoniii. Pelaziman operan thorndikeiv. Pelaziman operan b.f skinner
Teman manusia yang sebenar ialah akal
dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
( Saidina Ali Abi Talib).