13
 1 TUGASAN INDIVIDU Inovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang atau t idak dir ancang. Hal ini berlaku adalah kerana perubahan sistem kehidupan manusia s ejagat. Suka a tau tidak para pe ndidik da n seluruh sistem pendidikan terpaksa berhadapan dengan perubahan positif ini. Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini menggambarkan yang sistem pendidikan negara adalah dinamik dan apakah persediaan diri guru untuk mengharunginya. Berkata mengenai inovasi pasti kita akan terfikir mengenai perubahan sesuatu benda menjadi sesuatu y ang berlainan daripada asalnya. Sebagai contoh, pengeluar kereta negara iaitu Proton telah melancarkan sebuah kereta pertama buatan Malay sia iaitu Proton Saga pada tah un 1985. Namun adakah Pr oton tetap mengeluarkan kereta p ada model yang sama sejak dahulu lagi? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Proton telah men geluarkan pelba gai model kereta sepe rti Wira, Satria, Waja dan sebagainya. Selari dengan pengeluaran model-model kereta yang terbaru itu adalah menghasilkan suatu perubahan daripada segi kekuatan enjinnya, aksesori pada kereta, kadar keselamatan pada kereta dan lain-lain lagi. Inilah ya ng dinamakan sebagai in ovasi. Begitu juga y ang berlaku pada sya rikat- syarikat pengeluar yang lain meliputi bidang permotoran, komunikasi dan teknologi. Inovasi dan perubahan sangat penting dalam meliputi kehidupan orang ramai selari dengan perkembangan zaman yang begitu pesat sekarang. Jika dahulu orang ramai tidak memakai telefon bimbit hanya sekadar memakai telefon rumah dan awam, namun sejajar dengan perkembangan pesat meliputi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik telah membuatkan orang ramai mampu memiliki telefon bimbit sebagai suatu kep erluan. Kita perlu berasa bersyukur kepada orang-orang tertentu yang telah mengerah keringat dan memerah otak membuat suatu inovasi dan perubahan dalam bidang-bidang yang berkaitan. Boleh dikatakan pada masa sekarang, pelbagai inovasi dan perubahan telah dilakukan sehinggakan ia hanya mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Oleh itu, ia menjadi suatu perlumbaan kepada para pencipta inovasi dan perubahan dalam mengetengahkan idea dan konsep suatu inovasi dan perubahan yang dicadangkan.

Guru Dan Cabaran Semasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GURU DAN CABARAN SEMASA

Citation preview

TUGASAN INDIVIDUInovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang atau tidak dirancang. Hal ini berlaku adalah kerana perubahan sistem kehidupan manusia sejagat. Suka atau tidak para pendidik dan seluruh sistem pendidikan terpaksa berhadapan dengan perubahan positif ini.Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini menggambarkan yang sistem pendidikan negara adalah dinamik dan apakah persediaan diri guru untuk mengharunginya.

Berkata mengenai inovasi pasti kita akan terfikir mengenai perubahan sesuatu benda menjadi sesuatu yang berlainan daripada asalnya. Sebagai contoh, pengeluar kereta negara iaitu Proton telah melancarkan sebuah kereta pertama buatan Malaysia iaitu Proton Saga pada tahun 1985. Namun adakah Proton tetap mengeluarkan kereta pada model yang sama sejak dahulu lagi? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Proton telah mengeluarkan pelbagai model kereta seperti Wira, Satria, Waja dan sebagainya. Selari dengan pengeluaran model-model kereta yang terbaru itu adalah menghasilkan suatu perubahan daripada segi kekuatan enjinnya, aksesori pada kereta, kadar keselamatan pada kereta dan lain-lain lagi. Inilah yang dinamakan sebagai inovasi. Begitu juga yang berlaku pada syarikat-syarikat pengeluar yang lain meliputi bidang permotoran, komunikasi dan teknologi.Inovasi dan perubahan sangat penting dalam meliputi kehidupan orang ramai selari dengan perkembangan zaman yang begitu pesat sekarang. Jika dahulu orang ramai tidak memakai telefon bimbit hanya sekadar memakai telefon rumah dan awam, namun sejajar dengan perkembangan pesat meliputi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik telah membuatkan orang ramai mampu memiliki telefon bimbit sebagai suatu keperluan. Kita perlu berasa bersyukur kepada orang-orang tertentu yang telah mengerah keringat dan memerah otak membuat suatu inovasi dan perubahan dalam bidang-bidang yang berkaitan. Boleh dikatakan pada masa sekarang, pelbagai inovasi dan perubahan telah dilakukan sehinggakan ia hanya mengambil masa selama beberapa minggu sahaja. Oleh itu, ia menjadi suatu perlumbaan kepada para pencipta inovasi dan perubahan dalam mengetengahkan idea dan konsep suatu inovasi dan perubahan yang dicadangkan.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebelum kita pergi ke perkara-perkara yang lebih mendalam, mari kita mendalami apakah makna di sebalik perkataan inovasi atau lebih dikenali sebagai perubahan. Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainyasesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah inovatif yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu yang baru (Zainal bin Haji Bujang, 2008). Menurut Ronger E. Miller (1971) mengatakan bahawa inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Menurut Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Dalam Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai reka, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Menurut Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.Sebagai rumusannya, dapatlah kita mengetahui daripada pengertian istilah inovasi tersebut dapat disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia juga adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Selain itu, idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Secara ringkas, dapatlah diterangkan maksud inovasi melalui rajah di bawah :-

Perubahan dan inovasi juga bukan sahaja berlaku dalam bidang-bidang yang dinyatakan sebelum ini, malah ia juga berlaku dalam bidang pendidikan. Kita boleh melihat sejak zaman-berzaman lagi dunia pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangan daripada segi inovasi dan perubahan yang begitu mendadak. Inovasi dan perubahan yang telah dilakukan dalam bidang pendidikan meliputi banyak perkara bermula daripada segi perlaksanaan kurikulum sehingga kepada proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sejujurnya saya bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini menggambarkan yang sistem pendidikan negara adalah dinamik. Dinamik yang dimaksudkan adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam institusi pendidikan di negara mempunyai kepelbagaian daripada segi perlaksanaan, kepenggunaan dan penghayatan. Ia juga membawa maksud kepelbagaian sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku.

Perubahan dan inovasi dalam pendidikan telah memberikan banyak faedah dan kebaikan kepada pendidik, orang yang dididik iaitu pelajar atau murid dan bidang pendidikan itu sendiri. Di sini saya sertakan rajah yang memberi gambaran awal mengenai faedah dan kebaikan inovasi dan perubahan dalam dunia pendidikan :-

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan telah membawa banyak kebaikan kepada dunia pendidikan khususnya. Antara kebaikannya adalah menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Seperti sedia maklum, teknologi dan inovasi merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Masing-masing bergerak selari seiring perkembangan masa dan keperluan manusia sejagat. Dalam dunia pendidikan, pelbagai inovasi telah dilaksanakan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi terutama dalam bidang pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain lagi. Inovasi yang berlaku dalam bidang pentadbiran adalah mengenai pengurusan data murid-murid meliputi bidang kokurikulum, kurikulum dan perkara berkaitan hal-ehwal murid dimasukkan dalam sebuah perisian pengumpulan data seperti Microsoft Excel. Selain itu, kebanyakan pejabat di sekolah sudah menggunakan kad perakam waktu atau punch card bagi memastikan kehadiran guru dan staf ke sekolah. Ada sesetengah sekolah yang menggunakan sejenis perisian yang dapat menanda kehadiran guru seterusnya boleh dilakukan terus analisis kehadiran guru dan staf ke sekolah.Selain itu, kebaikan kedua adalah menginstitusi idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan. Jika disoroti sejarah perkembangan pendidikan di negara ini, kita dapat mengetahui bahawa segala perkembangan ini bermula dengan penjelmaan idea-idea baru bagi memantapkan lagi bidang pendidikan di Malaysia. Bermula tahun 1980-an dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Menengah (KBSR dan KBSM) telah mengalami pelbagai penambahbaikan sehingga perlaksanaannya diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Menengah (KSSR dan KSSM) yang mana kurikulum ini lebih holistik dan bersifat lebih syumul demi kebaikan guru dan murid. Selain kurikulum, perkara berkaitan permantapan idea baru dalam pembangunan pendidikan boleh dilihat melalui sistem penilaian di negara ini. Bagi menilai dan mentaksir keupayaan murid dalam pengetahuan mengenai subjek yang diajar telah dilaksanakan pelbagai bentuk peperiksaan dan ujian seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Mulai pembentukan KSSR dan KSSM telah mempengaruhi sistem penilaian dan pentaksiran iaitu perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk menggantikan peperiksaan PMR.Seterusnya adalah kebaikan ketiga inovasi dan perubahan dalam pendidikan iaitu memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Apa ingin dimaksudkan adalah sesuatu inovasi itu tidak wujud melainkan terdapat isu dan permasalahan yang berlaku dalam sesuatu perkara. Oleh sebab itu, para pendidik digalakkan menjalankan kajian dan penyelidikan bagi merungkai sesuatu isu dan permasalahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kebanyakan penyelidikan yang dijalankan meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran seperti masalah pembelajaran meliputi membaca, mengira dan menulis dan terdapat juga dalam bidang-bidang lain seperti tingkah laku, pengurusan dan lain-lain. Sebagai contoh, seorang guru menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tertentu. Melalui dapatan penyelidikan tersebut dapat dibuat penilaian sama ada kaedah tradisional atau moden yang lebih berkesan dalam pemantapan pengajaran dan pembelajaran. Banyak lagi bidang-bidang dan tajuk-tajuk lain yang boleh dilakukan penyelidikan dan kajian.Akhir sekali adalah kebaikan keempat iaitu melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif. Perkara ini merupakan matlamat jangka masa panjang bagi inovasi dan perubahan dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan pada hari ni telah bersangkut paut dengan pelbagai tekologi moden dan ia berlaku secara seiring. Sebagai seorang pendidik, perlunya pada diri masing-masing menguasai ilmu dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kerana kesemua perkara dan benda yang berkaitan seperti data, maklumat dan sebagainya telah dimasukkan dalam perisian yang direka untuk tujuan sedemikian. Pendidik juga boleh mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi seperti komputer, projektor, dan menggunakan perisian bagi menterjemahkan isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih menarik. Cara pembelajaran murid-murid juga boleh ditukar daripada menggunakan buku dan pensel kepada penggunaan komputer, CD-ROM pembelajaran dan lain-lain. Melalui inovasi sebegini dapat melahirkan masyarakat yang celik teknologi dan ketinggalan zaman.Sebagai kesimpulan, inovasi dan perubahan merupakan suatu proses penghasilan daripada yang lama kepada penghasilan yang baru dan ia merupakan suatu perkara yang penting dalam pembinaan dan kelangsungan kehidupan seseorang manusia. Namun perlu diingatkan setiap perkara yang ada di dunia ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Tetapi apa yang dilihat pada masa sekarang banyak berlakunya kerosakan dan kemusnahan akibat perkembangan inovasi dan perubahan yang berlaku begitu pesat. Sebagai manusia yang mempunyai akal pastinya kita boleh berfikir dan memilih antara kedua-duanya iaitu baik atau buruk. Inovasi dan perubahan yang berlaku terutama dalam dunia pendidikan pada hari ini sedikit sebanyak telah membantu para pendidik dan murid-murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan dinamik. Bersyukurlah atas kurniaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita atas anugerah dan nikmat serta hikmah inovasi dan perubahan. Sebagai rakyat Malaysia amnya dan pendidik khususnya perlulah menyokong dan mendokong sebarang inovasi dan perubahan yang berlaku sama ada dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang yang lain.

TUGASAN KUMPULANARTIKEL(RUJUK LAMPIRAN)

SLAID POWER POINT

RUJUKAN

Kamus Dewan.(edisi keempat).(2005).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon.(2010).Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor: PenerbitanMultimedia Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid. (2010).Guru dan Cabaran Semasa.Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-inovasi-dalam-pendidikan#ixzz3CppVy5kaNoriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor:OxfordFajar Sdn. Bhd.Esah Sulaiman. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan,Johor:Penerbit Universiti Teknologi MalaysiaNoraini Idris, Shuki Osman.(2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

13