23
GURU SEBAGAI PEMBIMBING Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya. Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut. Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda? 4.1 Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.

Guru Sebagai Pembimbing

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru Sebagai Pembimbing

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan

kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan

berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani

masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara

menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar,

bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran

dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan

maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam

bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam

hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada

pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut.

Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?

4.1 Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan

Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya

dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina

kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan.

Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan

kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu

faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan

sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk

berubah.

Page 2: Guru Sebagai Pembimbing

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini

tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar.

Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar

supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu

membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar:

Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang,

dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan

kesukaran hidup dengan berkesan.

Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan

tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.

Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang

baik.

Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk

meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya

dalam hidaup, dan

Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya

Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar

haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut:

Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara

sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah”

sahaja.

Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius

dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah

sementara masalah itu masih boleh dikawal;

Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti

guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan

masyarakat;

Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta

membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia

bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam

hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;

Page 3: Guru Sebagai Pembimbing

Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling, seperti (i)

semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit –

iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut

tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii)

guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap

pelajar, dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak

beretika dengan pelajar tersebut; dan

Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar

dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif

terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar.

Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut.

Sebagai guru, apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka?

Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan

atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Guru

perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa

pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan.

Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah:

Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar,

persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain;

Sesi bimbingan kumpulan dan individu;

Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya

yang betul, dan lain-lain; dan

Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani

masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu

bapa.

Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru

bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila

diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk

pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut:

Page 4: Guru Sebagai Pembimbing

Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan

keberkesanan program bimbingan;

Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya,

sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya

diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya.

Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah

supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan

mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah,

dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi

program mentor-menti, dan lain-lain;

Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar

belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;

Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan

positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar;

dan

Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan

diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam

kelas.

4.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan

Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan.

Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan

berkesan, untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita

perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar, tetapi

membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang

baik untuk mengatasi masalahnya. Oleh itu, peranan guru sebagai pembimbing adalah

secara tidak langsung, dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya

supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya, dan mempercayai bahawa gurunya

akan membantunya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah.

4.2.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif

Apakah maksudnya? Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan

sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta

menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini

Page 5: Guru Sebagai Pembimbing

dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak

bersetuju dengannya, serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan

pandangannya.

4.2.2 Kemahiran mendengar secara aktif

“Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang, tindakan prihatin, komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh perasaan, iaitu peka, sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain…dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita”

- daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. Howe

Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita, tetapi

juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda non-

verbalnya, seperti intonasi serta nada suara, isyarat badan dan memek muka, serta juga

mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones, R., 1997].

Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga, mata

dan hati’! Amalan mendengar secara aktif, dapat membina hubungan baik dan kepercayaan

pelajar, yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Ini akan

membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam

mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya.

Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah:

Kemahiran Mendengar Yang Asas

Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien; Mendengar kandungan verbal mesejnya, dan memerhatikan tingkah laku non-verbalnya.

Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien.

Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain

Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci,

Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah:

(i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian

Page 6: Guru Sebagai Pembimbing

Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya

terhadap klien, dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan

perasaannya dengan selesa. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien

menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat

respons dan saranan yang tidak berguna. Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran

mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah:

Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian

Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka, tetapi janganlah merenung klien.

Air muka anda haruslah tenang, menunjukkan minat, dan konsisten dengan angin klien.

Suara anda haruslah tenang, jelas, tidak terlalu kuat atau berdominasi, dan menggunakan intonsi perbualan.

Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien - seperti gugup, tertekan, sedih atau marah melalui pergerakan badan, air muka dan suaranya.

Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka, tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya.

Gunakan respon galakan yang minimum, seperti anggukan kepala, dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap.

Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai

pengalamannya:

“Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?”

“Kamu kelihatan tegang, tak perlu terburu-buru, kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu.”

Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum):

“Uh-hmm” ; “Lepas itu?” ; “Sila teruskan” ; “Dan…?” “Oh?”

“Lepas itu apa yang berlaku..?”

(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah

Page 7: Guru Sebagai Pembimbing

Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh

klien, serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya.

Dalam imbas kembali, anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan

klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat, bukannya kritikan atau

sindiran atau merendah-rendahkan. Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi

segala yang dikatakan oleh klien, seperti burung kakatua.

Contoh kemahiran mengimbas kembali;

Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. Saya perlukan bimbingan”

Guru: “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap situasi)

ATAU

Guru: “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan pelajar)

(iii) Memparafrasa

Dalam memparafrasa, anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan

oleh klien, supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta

mengembangkan maksudnya dengan anda. Contoh memparafrasa ialah;

Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, mere ketawakan saya.”

Guru: “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu?

Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah, dan

membuang masa. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar

secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien, lalu

memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. Ia juga memberitahu

klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya, ia dapat memberi

peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan.

Page 8: Guru Sebagai Pembimbing

(iv) Mendapatkan Penjelasan

Dalam kemahiran ini, anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang

dikatakannya, supaya maksudnya menjadi lebih jelas, dan anda membuat kepastian dengan

klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Kemahiran ini memastikan

bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Contoh respons yang

meminta penjelasan daripada klien:

Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas, kawan-kawan saya ketawakan saya.”

Guru: “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu, apa yang dilakukan oleh mereka?”

ATAU

Guru: “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak, awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja, maksud awak begitu?

Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika.

Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda?

4.2.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman)

Apabila anda berempati dengan seseorang, anda sebenarnya menyelami pandangan

atau perasaan orang itu, untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut

pandangannya. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia

dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada

orang lain. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah

seseorang, dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones, R., 1997].

Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama:1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang; kebolehan

melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain; dan2. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan

Page 9: Guru Sebagai Pembimbing

Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya

bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai

situasinya.

Garis panduan menunjukkan empati:

Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu;

Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai

perasaannya, dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada

fahaman anda adalah tepat;

Gunakan pandangan orang tersebut dan bercakap dari sudut

perspektif/pandangannya;

Selalu semak semula dengannya sama ada anda telah memahami

pandangan/perasaannya dengat tepat, jangan buat andaian;

Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” –

ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan

atau perasaannya. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak

membantu, ia merupakan simpati dan bukan empati!

Contoh respons empati dalam sesi bimbingan”

Contoh 1

Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan, Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu.”

Guru: “Awak rasa jika awak tidak bayar, mereka akan menganggap awak kedekut?”

Contoh 2

Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas, pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab.”

Page 10: Guru Sebagai Pembimbing

Guru: “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak.”

Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal

yang dirasakan oleh pelajarnya, tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan

pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya.

4.2.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative)

Dalam bimbingan, kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu

memfokus dan berfikir, serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan

maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas.

Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga, atau sebagai soal siasat, atau

bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. Jangan menggunakan soalan untuk

memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi.

Ketika memudahcarakan, soalan dikemukakan dengan nada lembut, dan relaks,

sebagai permintaan bukan paksaan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup

(lihat contoh di bawah), kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan

bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung, yang akan membantu untuk

memulakan perbincangan.

Contoh soalan terbuka.

“Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?”

“Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?”

“Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?”

Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak

menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif, dan

mendorongnya mencari alasan, dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada

situasi sebenar. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat

kerja rumah?”

Page 11: Guru Sebagai Pembimbing

Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu, kerana ia menutup perbincangan, tidak

menggalakkan untuk membuka perbincangan).

“Bila awak balik ke rumah?”

“Apa pekerjaan bapa awak?”

“Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?”

“Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?”

Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan,

dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi

respons.

4.2.5 Kemahiran membuat rumusan

Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang

dibincangkan dan dijelaskan semula. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap

matlamat dan keperluannya semula, serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng

daripada isu-isu penting. Semasa sesi bimbingan, anda boleh membuat rumusan ringkas

setelah klien bercakap beberapa minit, atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk

membuat rumusan yang lebih panjang. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada

permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal

yang perlu dibincangkannya. Selepas membuat rumusan, pastikan anda menyemak semula

dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Berikut ialah contoh rumusan

dalam sesi bimbingan.

Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi:

“Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama,

dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Kamu

juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Jadi

kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Begitu?”

Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi:

Page 12: Guru Sebagai Pembimbing

“Liza, ketika kamu bercakap, saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat penting kepada kamu, sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu, walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Meskipun begitu, kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba, namun tiada orang yang berpuas hati. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Dalam perbincangan seterusnya nanti, kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu, dan kita cuba cari jalan, cara lain untuk mendekati mereka. Boleh tak begitu?”

Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan

semasa sesi bimbingan dengan klien anda, ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan

hormat, (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian,

kemahiran komunikasi non-verbal, imbas kembali, memparafrasa dan kemahiran

menerangkan atau menjelaskan; (iii) empati; (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara

(facilitative), dan (v) kemahiran membuat rumusan.

Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya

secara alamiah. Walau bagaimanapun, kemahiran asas inilah yang akan membantu anda

membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses

bimbingan. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan

rakan-rakan.

Latihan untuk dipraktikkan;

1. Dalam pasangan, main peranankan satu sesi bimbingan, seorang memainkan

peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Cuba gunakan setiap

kemahiran secara bergilir-gilir, dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan

mencatat nota untuk memaklumkan balik.

2. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang

dialaminya. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut.

Kemudian, dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda

menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. Apa kekuatan anda? Apa

kelemahan atau kekurangan anda?

4.3 Masalah pelajar

Page 13: Guru Sebagai Pembimbing

Dalam bahagian ini, kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana

mengenalpastinya, dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani

masalah tersebut.

4.3.1 Mengenalpasti masalah pelajar

Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut:

MASALAH PELAJAR

Isu-isu personal Masalah akademik

Rajah 4.1 : Masalah Pelajar

Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah :

Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki,

kawan sedarjah;

Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga,

persekitaran rumah yang tidak selesa, dan lain-lain;

Masalah emosi – konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut

dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood

yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku

menyendiri, dan lain-lain;

Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan

pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badan

Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan

kewangan, dan

Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran

komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang.

Masalah akademik termasuklah:

masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu;

pencapaian akademik yang rendah;

masalah berkomunikasi dengan guru;

motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar;

Penyesuaian sosial

Page 14: Guru Sebagai Pembimbing

tidak menyertai aktiviti kelas; dan

kemahiran belajar yang kurang baik

Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan

oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial

serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:

tidak mematuhi peraturan sekolah;

ponteng, melepak;

salah guna bahan-bahan;

perhubungan sex secara rambang;

perosak;

bergaduh; dan

aktiviti jenayah – mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada

kawan sekolah, dan lain-lain.

Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera,

supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar

atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing

masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada

orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang

diperlukannya.

Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah:

perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia

berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan

perasaannya;

galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka

dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih

awal;

rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan

sejarah masalah tersebut;

bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang

berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten

yang menyebabkan masalahnya;

Page 15: Guru Sebagai Pembimbing

berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai

maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan

sebagainya; dan

ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan

masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya

dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah.

Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil?

Seterusnya, kita akan pertimbangkan, bagaimana melaksanakan proses bimbingan

dalam menangani masalah pelajar.

4.3.2 Melaksanakan proses bimbingan

Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu

proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Jadual berikut

menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan

[Nelson-Jones, R., 1997], dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua

guru dan pelajar.

Jadual 4.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan

Peringkat dalam proses bimbingan

Peranan guru sebagai pembimbing

Peranan pelajar.

I. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah

bina rapo bina saling

mempercayaai & saling hormat

iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama

jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal

Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat

Tingkah laku yang tidak menilai Membentuk persekitaran yang

mesra dan selesa Menggunakan kemahiran

mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar.

Menunjukkan empati Realistik dalam membantu pelajar

menentukan matlamat awal untuk

Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya

Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya

Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan

Jujur serta ikhlas

Page 16: Guru Sebagai Pembimbing

sesi tersebut. Tidak memberi nasihat; tidak cuba

menyelesaikan masalah untuk pelajar.

Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya

Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian

Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya

II. Teroka dan fahami masalah, dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal

Mengenal pasti sumber atau sebab masalah

Meneliti & mengenal pasti komponen-komponen atau bahagian masalah.

Menterjemahkan masalah menggunakan istilah-istilah yang lebih praktikal, supaya mudah untuk kerja membimbing

Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar

Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya

Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya

Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan

Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya

Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri

Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya

Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya

Memahami pertalian antara pemikiran, perasaan dan tindakan, dan akibatnya

Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya

Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya

III. Bina matlamat, terokai alternatif, buat keputusan dan rancang tindakan

Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu.

Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal

Membuat keputusan

Merancang tindakan yang perlu diambil

Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya

Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya

Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan

Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan

Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan

Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik, untuk memotivasi pelajar, dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri

Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri

Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya.

Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya

IV. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup, mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan

Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya

Mengurangkan rasa bimbang pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu, sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui

Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah diputuskan

Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi

Page 17: Guru Sebagai Pembimbing

Belajar kemahiran baru, mengubah sikap dan corak tingkah laku

Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah

Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah, tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta

Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya

Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut

Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru, yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya.

situasi bermasalah Mengambil risiko

untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu

Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya

V. Maklum balas, penilaian mengenai keberkesanan tindakan, memantau kemajuan, serta mengakhiri sesi bimbingan

Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya

Pemerhatian guru atau kaunselor

Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan

Penilaian semula matlamat, jika perlu

Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku

Menamatkan sesi bimbingan

Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya

Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya

Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil, dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat

Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai

Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan, serta kerisauan pelajar mengenainya.

Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai, atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini

Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar.

Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya

Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya

Meminta maklumbalas daripada guru, rakan atau keluarganya

Sentiasa memantau kemajuannya, dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah

Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat

Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan, setelah berbincang dengan gurunya.

Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut…

Page 18: Guru Sebagai Pembimbing

Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan, apakah kelainan yang akan anda lakukan?

Rumusan

Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Isi-isi utamanya ialah:

Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan

kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang, dengan

kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup

dengan berkesan;

Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan

etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan;

Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat,

kemahiran mendengar dengan aktif, berempati, kemahiran menyoal, dan kemahiran

membuat rumusan;

Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi, akademik dan masalah

perkembangan sosial; dan

Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan, dengan tugas-tugas guru

dan murid.

Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan

Teks bacaan asas

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gutek, G.L. (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education. Second Edition. Needham Heights: Allyn and Bacon.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan

Ead, H.A. (1998). Averroes As A Physician. http://www.frcu.eun.eg/www/universities/html/hamed2.htm

Egan, G. (1990), The Skilled Helper, (4th Ed.), Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co.

Page 19: Guru Sebagai Pembimbing

Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage, T.V. (1995). Education: An Introduction. New York: Macmillan Publishing Company.

Barrow,R. (1984). Giving Teaching Back to Teachers. A Critical Introduction to Curriculum Theory. Brighton: Wheatsheaf Books.

Bondi, W. (1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. (3rd ed.).Ohio: Merrill Publishing Co.

Duke, D.L. (1990). Teaching: An Introduction. New York: McGraw-Hill Publishing Co.

Eisner,E.W. (1994). The Educational Imagination. New York: Macmillan College Pub.

Frazee, B. & Rudnitski, R.A. (1995). Integrated Teaching Methods. Albany, New York: Delmar Publishers.

Glatthorn, A.A. (1987). Curriculum Leadership. Glenview: Scott, Foreman.

Jenkins, D. (1976). Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Walton Hall, MiltonKeynes: Open University Press.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992), Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur: DBP

Nelson-Jones, R. (1997), Practical Counselling and Helping Skills, (4th Ed.), London: Cassell Publications

Ozmon, H.A. & Craver, S.M. (1995). Philosophical Foundations of Education. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Stenhouse. (1975). An Introduction to curriculum Research and Development. London: Heinemann.

Taba, H. (1962). Curriculum Development: Theory and Practice. New York: HarcourtBrace and World.

Tyler, R.W. ( 1969). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: The University of the Chicago Press

Teacher Education Division (2002). Education Resource Book for Lecturers. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Teacher Education Division (1982). The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Titus, H. A. (1970). Living Issues in Philosophy. Fifth Edition. New York: VanNostrand Reinhold Company.

Raslan, Y.F. (1997). Ibn Rushd, Philosopher and Theologian. Al-Jadid, 3 (20).http://www.aljadid.com/index.html

http://www.susancanthony.com/Workshops/philosophy_hand.html

http://www.moe.gov.my

http://cw.prenhall.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.html

http://www.siu.edueyctr/cdromsup.html

http://www.soe.purdue.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.html

http://www.morehead-st.edu/people/w.willis/fourtheories.html

http://www.wikipedia.org/wiki/Philosophy

http://www.infed.org/biblio/b-curric.htm.

http://pages.nyu.edu/~asr209/curriculum.doc

http://www.cast.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.cfm

Page 20: Guru Sebagai Pembimbing

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa KiniRamai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.

Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. 

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik

Page 21: Guru Sebagai Pembimbing

sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini

Page 22: Guru Sebagai Pembimbing

seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

BIBLIOGRAFIAminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia.Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan.