Hadith Dhaif

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    1/37

    HADIS DHAIF

    Dibentang oleh :

    Muhammad Iqbal

    Muhammad Faidh Amnan

    29 Julai 2013

    Ulumul Hadis

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    2/37

    DEFINISI HADIS

    Bahasa : Berita dan baru

    Istilah : Segala perkataan, perbuatan ,

    taqrir dan sifat yang disandarkan kepada

    Nabi Muhammad S.A.W.

    Hadith menurut ulama Hadis adalah

    sinonim dengan sunnah, iaitu segala

    perkara yang berasal dari Rasulullah

    S.A.W, baik sebelum masa kenabian dan

    setelah kenabian

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    3/37

    DEFINISI HADIS DHAIF

    Bahasa : Lemah, lawan kepada kuat

    Istilah : Hadis yang tidak memenuhi

    syarat-syarat hadis Sahih dan juga

    hadis Hasan.

    3

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    4/37

    SEBAB HADIS DHAIF LEMAH

    DARI SUDUT HUJAH

    Sebab-sebab yang menyebabkan hadis

    itu lemah ialah:

    a) Tidak cukup syarat-syarat Sahih seperti:

    Perawinya pendusta, fasiq dan bidaah

    b) Terdapat kecacatan atau illat seperti :

    Perawinya mudallis, majhul dan mubham

    c) Periwayatannya kurang dhabit seperti:Perawi selalu melakukan kesilapan,

    kesalahan,seorang yang pelupa dan

    melakukan penyelewengan hadis

    4

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    5/37

    SAMBUNGAN...

    d) Sanadnya tidak bersambung seperti: Gugur

    seorang atau lebih perawinya

    dalamrangkaiannya, gugur perawi dalam

    kalangan Sahabt atau Tabiin, perawinyamajhuldan lain-lain.

    e) Terdapat kejanggalan atau syaz seperti:

    Matan yang menyalahi matan riwayatperawithiqah yang lain atau dalam

    rangkaian sanadnya terdapat perawi yang

    sepatutnyatidak ada dalam rangkaian sanaderawi an thi ah.

    5

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    6/37

    PEMBAHAGIAN HADIS

    Ulama' telah membahagikan HADIS

    DHAIF kepada 2 iaitu :

    1. Dhaif pada Sanad

    2. Dhaif pada Matan

    6

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    7/37

    DHAIF PADA SANAD

    Terputusnya sanad sama ada sedikit @

    banyak, sengaja @ tidak, dari awal sanad,

    pertengahan sanad @ akhir sanad ataupun

    wujudnya 'ilah yg menjejaskan hadis.

    7

    DHAIF PADASANAD

    Terputus dengan

    jelas

    Terputus dengan

    sembunyi

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    8/37

    Sambungan

    Terputus yang jelas :

    1. HADIS AL-MU'ALLAQ - ( )iaitu hadis yang sanadnya terputus pada

    peringkat permulaan disebabkan gugurnya

    seorang perawi @ lebih hingga ke akhir

    sanad.

    2. HADIS AL-MUGDHAL -( )hadis yang gugur pada rangkaian sanadnya

    2 orang perawi @ lebih secara berturut-turut.

    8

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    9/37

    Sambungan

    3. HADIS AL-MURSAL TABIE )- )Hadis yang sanadnya terputus selepas Tabiin

    4. HADIS AL-MUNQATI' -( )Hadis yang terputus sanadnya dalam apa

    keadaan dan bentuk

    9

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    10/37

    Sambungan

    Terputus yang tersembunyi :

    1. HADIS AL-MURSAL AL-KHAFI ( )2. HADIS AL-MUDALLAS ( )

    10

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    11/37

    DHAIF PADA MATAN

    1. HADIS MAQLUB )- )berlaku pertukaran ayat @ perkataan pada

    sanad @ matan

    2. HADIS MUDHTHARIB )- )diriwayat dari banyak riwayat yang sama kuat

    tetapi bercanggah di antara satu sama lain.

    3. HADIS AL-MUSHHAF )- )berlaku pertukaran kalimah kerana kesilapan

    membaca, menulis, mendengar dsb.

    11

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    12/37

    Sambungan

    4. HADIS MUDRAJ -( )pertambahan unsur luar perawi pada sanad

    dan matan. Ia berlaku pada permulaan @

    pertengahan @ penghujung matan.

    5. HADIS MU'ALLAL )- )hadis yg mengandungi 'ilah tetapi tidak zahir.

    * Hadis yang diriwayatkan oleh perwi yangmaqbul (diterima)/siqah (dipercayai) tetapi

    bercanggah dengan riwayat perawi-perawi

    yang lebih siqah daripadanya juga dikira dhaif

    pada matan.

    12

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    13/37

    HUKUM HADIS DHAIF

    Menurut pendapat yang dipelopori oleh Ibn al-

    Arabi yang bermazhab Maliki, al-Bukhari,

    Muslim dan Ibn Hazm yang bermazhab

    Syafie: Tidak harus beramal dengan hadisDaif secara mutlak sama ada hadis itu

    berkaitan dengan perundangan atau hukum

    dan sama ada berkaitan dengan Fadail al-

    Amali.

    13

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    14/37

    Sambungan

    Menurut pendapat Imam Ahmad: Jika hadis

    tersebut berkaitan dengan galakan dan

    ancaman, kami tidak terlalu ketat mengenai

    sanadnya. Ini bermakna Imam Ahmad akanmeriwayat hadis tersebut dengan menyebut

    semua perawinya jika tiada dalam rangkaian

    sanadnya perawi yang thiqah yang boleh

    digunakan sebagai hujah.

    14

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    15/37

    Sambungan

    Imam Ahmad mengatakan lagi bahawa hadis

    Daif boleh digunakan untuk beramal dalam

    perkara berkaitan kelebihan amalan salih

    sahaja seperti: Kelebihan membaca al-Qurandan zikir.

    Menurut Imam Ahmad, jika hadis tersebut

    mengandungi kelebihan-kelebihan yang

    menunjukkan jumlah atau batasan tertentu

    dengan cara tertentu maka ia tidak

    dibolehkan. Ini adalah kerana menentukan

    amalan harus tidak sabit melalui dalil syarak.

    15

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    16/37

    Sambungan

    Meriwayat dan beramal dengan hadis

    berkaitan galakan dan ancaman, bukan dalam

    perkara yang harus hendaklah beriktikad

    bahawa kadar pahala dan hukuman itu melihatkepada dalil syarak yang menjelaskan.

    Menurut pendapat Imam al-Nawawi dan Ibn

    Hajar al-Asqalani: Hadis Daif boleh dijadikan

    hujah dalam perkara yang berhubung dengan

    Fadail al-Amal, kisah-kisah, galakan dan

    ancaman serta seumpamanya.

    23 Desember 2008Ulumul Hadis

    16

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    17/37

    Sambungan

    Hadis Daif tidak boleh dijadikan hujah syarak.

    Hadis ini tidak boleh digunakan sebagai dalil

    dalam perkara: Akidah dan hukum dasar.

    Antara lain juga, sememangnya hadis Daifberdasarkan sebab kedaifannya adalah

    banyak. Dalam kategori hadis Daif, Hadis

    Matruk adalah hadis yang paling rendah sekali

    taraf dan martabatnya.

    23 Desember 2008Ulumul Hadis

    17

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    18/37

    CONTOH HADITH DHAIF

    Maksudnya: Sesiapa yang tidur selepas

    Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah

    dia mencela melainkan dirinya sendiri.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah

    dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunyaSilsilah al Ahadith al Dhaifah. Sebelum

    daripada al Albani, hadis ini juga telah

    didhaifkan oleh al Haithami.

    18

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    19/37

    Sambungan

    Ulasan: Tidur selepas Asar belum dibuktikan

    kemudharatannya dari segi perubatan.

    Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segiperubatan bahawa perbuatan ini memberikan

    kesan kepada akal manusia, maka kita akan

    menyatakan bahawa ia dilarang berhujahkan

    kenyataan dari aspek perubatan tersebut danbukannya berhujahkan hadis yang tidak sahih

    ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh

    dijadikan hujah atau dalil untuk melarang

    sesuatu perkara yang asalnya tidak dilarang.

    19

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    20/37

    Sambungan

    Terdapat satu kisah berkaitan persoalan tidur

    selepas waktu Asar. Seorang imam fiqh dan

    hadis yang masyhur, al Laith bin Saad (175H)

    pernah ditegur oleh salah seorang rakannyakerana beliau mendapati al Laith tidur selepas

    Asar pada bulan Ramadhan. Rakannya itu

    membacakan hadis yang telah disebutkan di

    atas tadi (riwayat Ibnu Adi dalam buku alKamil) sebagai hujah untuk menegur al Laith.

    20

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    21/37

    Sambungan

    Apabila al Laith mendengar sanad hadis itudibaca, maka beliau telah mengesan satu

    kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat

    periwayat bernama Abdullah bin Lahiah yang

    meriwayatkan hadis itu daripada periwayat

    bernama Aqil. Al Laith lalu berkata: Aku tidak

    akan meninggalkan perkara yang bermanfaat

    kepada diriku ini (tidur selepas Asar) hanyakerana hadis yang diambil dari jalan Ibnu

    Lahiah dari Aqil. Maksud al Laith ialah beliau

    tidak akan meninggalkan tidur selepas Asar

    yang bermanfaat baginya hanya kerana satu

    21

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    22/37

    CONTOH HADITH DHAIF

    Maksudnya: Kebersihan itu separuh

    daripada iman.

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai

    hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi

    dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albanidengan lafaz yang hampir sama iaitu

    kebersihan itu menyeru kepada keimanan.

    22

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    23/37

    Sambungan

    Ulasan:

    Telah disepakati oleh semua orang yang

    mempelajari tentang Islam melalui sumber

    utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahihbahawa Islam memang mementingkan

    kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang

    menyatakan bahawaKebersihan itu separuh

    daripada iman. Kita perlu berhati-hati apabila

    menyebutkan sesuatu hadis dan tidak sekadar

    menyebutnya kerana maknanya bertepatan

    dengan ajaran Islam.

    23

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    24/37

    CONTOH HADITH DHAIF

    Maksudnya: Sabar itu separuh daripada iman

    Kedudukan Hadis:

    Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-katasahabat dan bukan hadis Nabi SAw. Di antara

    yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah

    al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumiddin.

    Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis IhyaUlumiddin, hadis tersebut adalah dhaif. Begitu

    juga dengan al Albani yang menyatakannya

    sebagai sangat dhaif. Menurut al Baihaqi dan al

    Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).

    24

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    25/37

    Sambungan

    Ulasan:

    Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah

    kata-kata sahabat dan melihat kepadamaksudnya yang tidak menyalahi mana-mana

    asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan

    disebarkan kepada masyarakat. Apa yangperlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata

    sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak

    menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW.

    25

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    26/37

    Sambungan

    Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al

    Quran yang menceritakan perihal kesabaran

    dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam

    surah Luqman yang menceritakan nasihatLuqman kepada anaknya yang antara lainnya

    mengandungi nasihat supaya bersabar di atas

    segala ujian yang menimpa diri.

    26

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    27/37

    Sambungan

    Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang

    menceritakan soal kesabaran dan pahala

    orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan

    daripada kata-kata hikmah atau kata-katasahabat agar masyarakat sentiasa memahami

    kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis

    sahih dalam kehidupan.

    27

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    28/37

    CONTOH HADITH DHAIF

    Maksudnya: Kita telah pulang dari jihad

    yang kecil ( peperangan) dan kita menuju

    kepada jihad yang lebih besar/paling besar.

    Para sahabat berkata: Apakah jihad yangpaling besar? Rasulullah berkata: Jihad

    menentang hawa nafsu.

    28

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    29/37

    Sambungan

    Kedudukan Hadis:

    Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh

    Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak

    hadis-hadis di dalam buku Jami al Ulum Waal Hikam tulisan Ibn Rajab al

    Hanbali[35].Beliau telah mengambil

    pandangan Ibnu Hajar al Asqalani yang

    menyatakan bahawa kata-kata ini ialah kata-

    kata seorang ulama tabiin yang bernama

    Ibrahim Bin Ablah.

    29

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    30/37

    Sambungan

    Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al

    Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan

    kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H) dalam

    Majmu al Fatawa: Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak

    diriwayatkan oleh pakar-pakar yang

    mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW dan

    perbuatan baginda. Dan memerangi orang-

    orang kafir (jihad) adalah sebesar-besar

    amalan bahkan merupakan amalan yang

    terbaik yang dilakukan oleh seseorang

    30

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    31/37

    Sambungan

    Ulasan:

    Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian

    umat Islam tersalah anggap lantas

    memperkecilkan kefardhuan jihad dankeagungan pahala mereka yang berjihad

    sebagaimana yang telah disebutkan di dalam

    Al Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis ini

    sering digunakan oleh mereka yang bercakap

    atas nama kesufian untuk menunjukkan

    betapa pentingnya jihad melawan kehendak

    hawa nafsu.

    31

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    32/37

    Sambungan

    Tiada siapa yang menafikan perlunya kita

    melawan nafsu yang ingin mengajak ke arah

    maksiat dan sudah sedia ada di dalam hadis-

    hadis sahih tentang kepentingan mujahadahmenentang kehendak nafsu ini seperti hadis

    Nabi SAW:

    Maksudnya: Orang yang berjihad ialah yang

    berjuang menentang kehendak dirinya

    (yang buruk).

    32

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    33/37

    Sambungan

    Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud

    seperti yang digambarkan oleh hadis palsu tadi

    sehingga ke tahap menjadikan peperangan itu

    kecil dan melawan nafsu lebih besar mengatasisegalanya. Firman ALLAH:

    Maksudnya : Orang-orang yang beriman,

    berhijrah dan berjihad pada jalan ALLAHdengan diri mereka sendiri dan harta mereka

    lebih besar pahalanya (dari orang yang hanya

    memberikan harta dan tidak pergi ke medan

    peperangan) di sisi ALLAH dan itulah orang-

    33

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    34/37

    Sambungan

    Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad

    dan di antaranya ialah jihad peperangan

    mempertahankan Islam daripada musuh, jihad

    dalam menuntut ilmu, jihad membangunkanekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang

    menjurus ke arah maksiat dan lain-lain lagi.

    34

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    35/37

    Sambungan

    Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi

    adalah dhaif atau lebih rendah kedudukannya

    dan kita dilarang menggunakan hadis

    sedemikian dalam menyatakan sesuatuhukum. Marilah kita menggunakan hadis-hadis

    sahih dalam menentukan sesuatu perkara

    atau hukum. Inilah perkara yang telah

    disarankan oleh para ulama sejak dahuluhingga kini.

    35

    AMALAN HADITH DHAIF DI

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    36/37

    AMALAN HADITH DHAIF DI

    MALAYSIA

    1) Membaca Yasin Malam Jumaat

    Barang siapa membaca Surah Yaasin pada

    malam Jumaat, diampunkan baginya (akan

    dosa-dosanya) Periwayat hadis: Al-Ashfahani

    Status hadis: sangat lemah

    Sebab: Dalam sanadnya terdapat dua orangperawi yang bernama Aghlab bin Tamim dan

    Zaid bin Al- Harish.

    36

  • 7/29/2019 Hadith Dhaif

    37/37

    TERIMA KASIH . . .

    SEKIAN,