Upload
ibnu-mohamad-ibnu-ngah
View
225
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 hak asasi
1/20
PENDAHULUAN
7/29/2019 hak asasi
2/20
PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA
Istilah hak asasi manusia ( human rights ) atau kebebasan asasi ( fundamental liberties )
umumnya merujuk kepada perkara atau hal yang sama:yakni hak-hak yang dianggap asas dan
penting dalam perkembangan rohani dan jasmani seseorang manusia. Bagaimanapun olehkerana manusia hidup di bawah tradisi dan kepercayaan yangberbeza maka timbul keperlbagaian
dari segi jenis atau ruang lingkup apa yang dikatakan hak asasi itu. Sebab itu apa yang dianggap
asasi di Malaysia mungkin tidak sedemikian di negara-negara lain. Meskipun demikian tidak
mustahil sekiranya wujud titik pertemuan dari segi perspektif,jenis atau ruang lingkup hak-hak
yang dikatakan asasi itu. Ini kerana manusia mempunyai titik persamaan dalam beberapa hal
baik yang bersifat keperluan jasmani mahupun rohani. ( Abdul Aziz Bari,2002 ).
Berhubung hak juga para sarjana memberikan perlbagai maksud dan pengertian,namunrumusannya memberikan pengertian bahawa manusia itu berhak untuk mendapatkan hak dan
kebebasan dalam beberapa hal dan keadaan dalam kehidupannya. Kamus dewan memberikan
pengertian hak sebagai kuasa untuk berbuat sesuatu. Manakala kebebasan sebagai perihal bebas
atau merdeka iaitu tidak terhalang atau lepas dari kewajipan atau tuntutan. Dalam Bahasa Arab
hak diungkapkan dengan perkataan haqq yang bermaksud kebenaran. Perkataan haqqa kerana
dalam konteks menggunakan ayat tertentu ia bererti sesuatu yang tetap atau tuntutan. ( Jaafar
Salleh,2010 )
Hak asasi manusia difahami umum sebagai prinsip-prinsip asas dalam kehidupan politik
sesebuah masyarakat seperti hak bebas mengeluarkan pendapat,menganuti sesuatu
agama,bergerak dan lain-lain. Menurut Norraihan Zakarian ( 2007 ),Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia ( SUHAKAM ) contohnya menghadapi masalah definisi konsep hak asasi manusia.
Bagi menyelesaikan kecelaruan konsep hak asasi manusia,terdapat 2 sumber bagi menentukan
praktik hak asasi manusia iaitu Deklarasi Hak Asasi Manusia ( DUHAM ) atau Universal
Declaration of Human Rights ( UDHR ) dan perlembagaan persekutuan. Namun,SUHAKAM
dipersoalkan pula dipersoalkan pula kredibilitinya dalam memperjuangkan hak asasi manusia
kerana apabila SUHAKAM menjadikan DUHAM sebagai rujukan ia dituduh mementingkan hak
individu dan bersikap kebaratan.
7/29/2019 hak asasi
3/20
Konsep hak asasi boleh dibahagiakn kepada dua iaitu hak semula jadi ( natural rights )
dan hak sivil ( civil rights ). Hak semula jadi merupakan hak manuisa yang ada secara automatik
sejak mereka lahir. Menurut John Locke,hak semula jadi bagi manusia ialah hak kepada
hidup,bebas anggota badan dan harta. Hak sivil pula ialah hak yang diperolehi seseoarng
warganegara bagi sesebuah negara melalui kuatkuasa undang-undang. Contohnya seseoarng
rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun memiliki hak untuk mengundi apabila mencapai tahap
umur tersebut.
HAK-HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Hak asasi di Malaysia diperuntukkan dalam undang-undang yang tertinggi di negara ini
iaitu perlembagaan Persekutuan. Hak-hak tersebut yang dikenali sebagai kebebasan fundamental
(fundamental liberties) dan diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan bermula daripada
Perkara 5 hingga perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan perundangan negara
mengiktiraf ketinggian Perlembagaan4,secara teorinya hak-hak asasi yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan sepatutnya dilindungi dan sekaligus berhak dinikmati oleh rakyat negara ini.
( Mohamed Hanippa Maidin,2007 )
Di Malaysia kebebasan hak asasi sebagai hak individu dijelaskan dalam Bab 2
Perlembagaan Persekutuan meliputi beberapa perkara dan perkara kecil seperti kebebasan
diri,kebebasan bersuara,kebebasan berhimpun,kebebasan beragama dan kebebasan memliki
harta. Dalam perkara 10 pula,Perlembagaan menyatakan hak kebebasan bersuara,mengemukakan
idea dan pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan daripada mana-mana
pihak.( Jaafar Salleh,2010).
Menurut Abdul Aziz Bari ( 2002 ) menyatakan hak-hak asasi di Malaysia terkandung di
dalam Sembilan peruntukkan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan persekutuan di bawah tajuk
Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan perkara 5 yang mengkanunkan apa yang dipangil
kebebasan diri dan berakhir dengan perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta. Satu aliranyang jelas dalam tiap-tiap peruntukkan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa hak-hak tersebut
tidak bersifat mutlak. Semua peruntukan-peruntukan itu tertakluk kepada sekatan yang
dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Apa yang menjadi masalah
adalah tafisran kepada ungkapan undang-undang itu sendiri. Kesan negatif pendekatan ini
ialah betapa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara pada hakikatnya ianya tidak
7/29/2019 hak asasi
4/20
menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan asasi itu. Sebaliknya
hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak parlimen serta tafsiran mahkamah.
Kearah menghalang salah faham dan menyelaraskan tafsiran hak asasi agar selari dengan
perlembagaan dan akta-akta parlimen yang digubal dari masa ke semasa,pihak kerajaan telah
menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) pada 1999 dan
diwartakan pada 9 September 1999.
HAK-HAK ASASI MANUSIA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
1. Hak untuk bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan di bawah perkara 10
Perlembagaan persekutuan
Kebebasan setiap warganegara untuk bercakap atas tujuan mengembangkan fikiran,berhimpun
secara aman dengan syarat tidak bersenjata dan menubuhkan persatuan. Kebebasan ini juga
tertakluk kepada fasal-fasal seterusnya seperti perkara-perkara yang menjejaskan ketenteraman
awam,perkara-perkara fitnah dan sensitiviti kaum.
2. Kebebasan Beragama
Kebebasan beragama adalah satu daripada hak asasi yang dijamin melalui perkara 11
Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut walaubagaimanapun tidak bersifat mutlak kerana ianya
tertakluk kepada beberapa sekatan-sekatan tertentu. Bagi tujuan perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan,mahkamah-mahkamah di Malaysia akan menganggap sesuatu kepercayaan sebagai
agama dengan merujuk kepada definisi yang telah diputuskan oleh Mahkamah Australia dalam
kes Church of New Faith lwn,Commissioner For Pay Roll Tax. Takrif agama Islam telah diberi
oleh Hakim Mahkamah Agung,Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Bin Che Soh sebagai satu
cara hidup yang syumul meliputi semua aspek kehidupan samaada persendirian atau
awam,undang-undang,politik,ekonomi,sosial,kebudayaan,moral dan kehakiman. Merujuk kepada
peruntukan dalam perkara 11 ,kebebasan beragama meliputi hak untuk menganut,mengamal dan
menyebarkan agama serta menguruskan urusan-urusan agama bukanlah sesuatu hak yang
mutlak. Kesemuanya tertaklum kepad aundang-undang am mengenai ketenteraman
awa,kesihatan awam dan ahklak awam. ( Ziliza Mohd Kusrin )
7/29/2019 hak asasi
5/20
SIKAP DAN PENDIRIAN ISLAM
Rakyat yang bukan beragama Islam diberi kebebasan mengamalkan agam mereka dan tiada
sebarang tekanan yang boleh dibuat untuk memaksa mereka meninggalkan agamanya.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah al Baqarah,ayat 256 yang bermaksud: Tidak ada
paksaan untuk ( memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas jalan benar daripada jalan
yang salah. Islam turut tidak menghalang rakyat bukan beragama Islam mengamalkan ajaran-
ajaran mereka terutama di dalam rumah ibadat mereka selagi ianya tidak mendatangkan
kemudharatan dan bahaya kepada masyarakat. Mereka mempunyai kebebasan membina rumah
ibadat mereka,memuja dan menjalankan upacara ritual dan mengadakan perayaan perayaan
keagamaan dan perarakan.
3. Kebebasan Berhimpun
Setiap orang mempunyai hak untuk menyertai perhimpunan aman sebagaimana dijamin Artikel
10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan berhimpun juga dijamin dibawah Artikel 20
(1) UDHR.
Sikap dan pendirian Islam
Islam memang agama berjamaah dan bermasyarkat. Hukum hukum islam bermula daripada
asas-asas aqidah,syariah ( ibadah ),muamalah dan seterusnya amat menekankan tentang jamaah
dan masyarakat. Berhubung perkara kebebasan berhimpun Islam lebih dahulu
mengistiharkannya melalui firman Alllah dalam Surah al Imran ayat 104 yang bermaksud: Dan
hendaklah ada dinatara kamu segolongan umat yang menyeru kepada maaruf dan mencegah
dari yang munkar;merekalah orang-orang yang beruntung. Begitu juga dalam surah al Isra
ayat 64-65,Surah Hud ayat 28. Islam menitikberatkan jaminan kebebasan berhimpun dengan
cara yang aman dan damai. Ini adalah salah satu dasar-dasar Islam yang wajib dipertahankan
kesuciaanya dan tidak boleh diganggu.
4. Kebebasan Bersuara dan Maklumat
Artikel 10 PerlembagaanPersekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
( UDHR ) perlulah dihormati. Artikel ini menyatakan setiap orang mempunyai hak kepada
kebebasan berpendapat dan bersuara termasuk kebebasan memberi pendapat tanpa sekatan dan
7/29/2019 hak asasi
6/20
untuk memperoleh,menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui media tanpa
sempadan.
SIKAP DAN PENDIRIAN ISLAM
Islam menjamin kebebasan berfikir,menyiarkan pendapat dan kebebasan mempertahankan
pendapat maisng-masing dengan bersopan. Islam turut menyuruh manusia bertegas dalam
memperjuangkan pendapat-pendapatnya serta menyiarkan kebenaran adalah menjadi kewajiban
bagi umat Islam dan ianya tidak menjadi sebab untuk umat Islam teragak-agak dalam menyeru
manusia kepada perlembagaan Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah az Zumat ayat 18
yang bermakud: Mereka mendengarkan perkataan-perkataan lalu mengikuti apa yang paling
baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Alah petunjuk dan mereka
itulah orang-orang yang mempunyai akal. Begitu juga dapat dilihat dalam surah Ibrahim ayat
14,Surah al Anam ayat 50,surah Yusif ayat 108 dan surah al Maidah ayat 67,Surah Fussilat ayat
52-53 dan surah al Isra ayat 89 yang menghuraikan tentang kebebasan bersuara dan maklumat.
HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM
Menurut Jaafar Sallleh ( 2010 ) menyatakan dalam Islam hak asasi manusia telah lama
diisytiharkan dan terkanun dalam al Quran dan al Hadis. Nabi Muhammad mengumumkan
piagam hak-hak asasi manusia yang pertama kali ketika beliau menyampaikan pidato pada bulan
suci tahun ke 10 Hijrah ( 632 M ) yakni ketika Haji Wada. Manakala Hak Asasi Manusia turut
disentuh dalam Piagam Madinah yang dilaksanakan pada tahun 622 M ( Tahun 1 Hijrah )
dimana dokumen Rasulullah antara Muhajirin,Ansar dan orang-orang yahudi itu mempunyai
beberapa fasal yang memberikan hak-hak tertentu terhadap suku-suka berkenaan yang ada di
dalam pemerintahan Islam di Madinah.
Menurut Prof Dr Yusuf al Qaradhawy ( 2010 ) menyatakan perhatian islam terhadap hak
asasi manusia merupakan satu perkara penting. Islam dengan tegasnya mengatakan bahawaAllah SWT memuliakan manusia. Firman Allah dalam surah al Isra ayat 70 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Islam juga memberikan hak-hak
asasi manusia yang sebahagiannya dijadikannya sebagai kewajipan atau kemestian. Manusia
boleh melepaskan haknya,berbeza dengan kewajipan yang mengikat mesti dilakukan;manusia
tidak dapat melepaskannya begitu sahaja.Islam mengenal pasti perlbagai hak yang mesti
7/29/2019 hak asasi
7/20
dipenuhi,membezakan antara suatu hak dengan hak lainnya. Hak asasi manusia menurut Islam
merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat
peribadi,pemikiran,politik,undang-undang,sosial dan ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam
memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara setara. Hak asasi
manusia dalam Islam merangkumi kemaslahatan lelaki dan perempuan,merangkumi kepentingan
muslim mahupun bukan muslim,warga negara ataupun warganegara asing kerana konsep
kebaikan menurut Islam merangkumi seluruh manusia dan seluruh dunia umumnya. Hak asasi
manusia menurut Islam juga menjamin hak setiap orang samada secara individu,kumpulan
ataupun negara kerana perintah amar makruf dan nahi mungkardiwajibkan bagi semuanya.
Salah satu bukti nyata keunggulan hukum Allah di atas hukum positif dalam hak asasi manusia
dan kebebasan umum adalah bahawasanya hak asasi manusia dalam konsep Islam dilandaskan
ke atas kriteria keimanan. Ini adalah asas yang fundamental dan asas pertama,yakni akidah
tauhid yang berupa kalimah La ilahaillallah.
Penentuan hak-hak asasi manusia apa terdapat di tangan Tuhan yang menciptakan
manusia akan mewajibkan pelaksanaan dan merealisasikan sesatau hak menjadi kewajipan bagi
kedua-kedua belah pihak. Islam turut memberikan legtimmasi bagi perlaksanaan jihad untuk
membela hak asasi manusia, makahak asasi manusia menurut Islam secara umumnya
mempunyaikeistimewaan kerana mempertimbangkan adanya keseimbangan antara hak dan
kewajipan. Memuliakan manusia ini adalah asas kedua kerana dimuliakan lantaran Allah
mengangkatnya menjadi khlaifah,menciptakan manusia dalam rupa yang paling baik,melebihkan
manusia denagn unsur rohani yang dengan unsur ini manusi amenjadi berbeza dengan makhluk
lain. ( Jaafr Salleh,2010 ).
Menurut Abdul Monir Yaacob ( 2000 ) menyatakan dalam al Quran dan as Sunnah
terdapat perkara perkara yang menyentuh hak-hak manusia. Ini lebih jelas apabila meneliti
kandungan Sahifah Madinah. Jaminan ke atas hak-hak rakyat adalah bertujuan supaya keadilan
dan kesaksamaan dapat dicapai dan dinimati oleh rakyat. Jaminan kepada hak-hak rakyat atau
individu adalah menjadi Maqasid Syariah. Ini bagi membolehkan manusia mencapai
kemaslahatan dan menghindari kemudharatan. Prinsip ini dinyatakan sebagai jalbul masalih wa
darul mafasid. Prinsip inilah yang mendasari maqasid iaitu maksdu atau tujuan syariat Islam.
Dengan itu aturan hukum hukum yang Allah tentukan hanyalah demi kesejahteraan dan
7/29/2019 hak asasi
8/20
kemaslahatan manusia itu sendiri. Sehubungan dengan ini, Imam al Shatiby membahagikan
objektif atau maqasid itu sendiri kepada dua iaitu objektif Tuhan ( al Shari ) dan objektif
manusia ( al-mukallaf ).
OBJEKTIF TUHAN DAN OBJEKTIF MANUSIA
Menurut al Shatibyy ada tiga objektif yang ditentukan oleh Tuhan ( al Shari ) supaya dicapai
melalui pensyariatan dan penentuan hukum dalam syariat Islam( takalif al Shariah ). Objektif
objektif tersebuat ialah kepentingan asas ( al daruriyyat ), kepentingan biasa ( al hajat ) dan
kepentingan mewah ( al Tahsinat ).
Kata beliau lagi yang dimaksudkan dengan al daruriyyat ialah hal-hal yang menentukan survival
manusia itu sendiri. Al Hajiyyat pula lebih bersifat kemudahan hidup, sementara al Tahsinat
lebih bersifat hal-hal kemewahan dan tambahan. Beliau selanjutnya menerangkan maqasid
daruriyyat atau objektif kepentingan asas itu ada lima iaitu menjaga agama ( Hifz al Din ),
menjaga nyawa ( Hifz al nafs ), menjaga keturunan ( hifz al nasl ),menjaga harta ( hifz al mal )
dan menjaga akal ( Hifz al aql ). Dalam Syariat Islam, kata beliau ada dua cara kepentingan-
kepentingan ini dijaga iaitu dengan mengadakan unsur-unsur yang boleh menjamin
kewujudannya dan menghapuskan unsur-unsur yang boleh mengganggu kedudukannya,
Lima kepentingan asas ini merupakan tonggak kepada semua kepentingan lain.
Berasaskan kedudukan ini, kepentingan biasa ( al Hajiiyat ) perlu mendokong kepentingan asas
( al daruriyyah ) ini,sementara kepentingan mewah ( al Tahsinat ) pula mendokong kepentingan
biasa ( al Hajiyyat ). Tingkatan dalam kedudukan ini membangkitkan prinsip yang sangat
penting iaitu prinsip keutamaan dalam menjaga kepentingan-kepentingan berkenaan. Berasaskan
prinsip ini,kepentingan bawahan tidak boleh menggangu atau bertentangan dengan kepentingan
atasan. Sebagai contoh sembahyang merupakan daruriyyat,wuduk pula merupakan hajiyyat
sementara menghadap kiblat merupakan prinsip tahsinat. Mengikut prinsip diatas, masalah
kiblat atau pun wuduk jangan sampai menggagalkan sembahyang. Satu contoh lain ialah
masalah gharar dalam urusan jual beli. Walaupun sudah menjadi satu syarat yang jelas bahawa
7/29/2019 hak asasi
9/20
semua urusan jual beli itu mesti bersih daripada gharar tetapi kalau realitinya hal seperti itu benar
benar tidak dapat dielakkan, urusan jual beli ini terpaksa dilaksanakan juga dengan mempastikan
penglibatan gharar itu hanya dalam kadar yang paling maksimum sahaja.
Menurut al Shatibyy lagi walau bagaimanapun pengambilan objektif syarak tidak boleh
berlaku tanpa pengambilkiraan objektif syarak tidak boleh berlaku tanpa pengambilkiraan
objektif mukallaf sendiri dalam melakukan sesuatu. Hal ini kata beliau memerlukan
perbincangan tentang hubungan antara Objektif Tuhan dengan Objektif Manusia. Dalam
membincangkan hal ini,al Syatibiyy menyebut segala perbuatan itu dinilai berasaskan niat, iaitu
sepertimana yang ditegaskan oleh Hadis Rasulullah. Ini bererti bahawa tujuan atau objektif
daripada sesuatu perbuatan itu akan diambil kira sama ada perbuatan itu bersifat ibadat atau
urusan hidup biasa.
Adalah menjadi prinsip yang jelas dalam syariat Islam bahawa objektif daripada
perbuatan seseorang mukallaf itu perlu menepati objektif syariat sendiri. Maka oleh kerana
syariat Islam itu mempunyai tiga kategori objektif, maka objektif perbuatan mukalaaf juga perlu
tertakluk kepada tiga kategori ini, iaitu kepentingan asas ( al daruriyyat ), keperluan biasa ( al
hajiyyat ) dan keperluan mewah ( al tahsinat ). Oleh yang demikian sesiapa sahaja melakukan
sesuatu berasaskan objektif yang berbeza daripada objektif syariat islam dalam perbuatan
berkenaan, maka dia dianggap sebagai menyanggahi syariat Islam dan perbuatannya itu batal.
( Prof.Madya Datin Dr Paizah Haji Ismail, ( 2003 ). Huraian secara terperinci pembahagian
Maqasid ini secara dasarnya adalah:
1. DARURIYYAT
Ulamak membahagikan maqasid kepada tiga bahagian iaitu al daruriyyat,al hajiyyat dan al
tahsiniyyat. Pembahagian ini digunakan oleh ulamak seperti Imam al Haramayn,al Ghazali,al
Izz al Din Abd Salam dan ramai lagi terutamanya Abu Ishaq al Shatibi. Terdapat pengertian
mengenai maqasid Syariah di antaranya
1. Perkara yang diperlukan atau dihajati hingga ke peringkat darurah2. Perkara maslahahnya pada tahap darurah3. Perkara yang tidak boleh tidak dalam menegakkan maslahah agama dan keduniaanandainya apabila luput nescaya tidak menuju maslahat di dunia bahkan berlaku fasal gangguan
7/29/2019 hak asasi
10/20
dan hakisan dalam kehidupan dan begitu juga luput kejayaan dan kenikmatan dan kembali
dengan kerugian yang nyata
Kedudukan darurah adalah lebih khusus dari maslahah umum. Ia ( darurah ) adalah maslahah
yang mana keperluannya sampai kepada peringkat yang sangat genting dan mendesak sehingga
berada dalam keadaan merbahaya dan mengancam termasuk agama,nyawa,hartadan
kehormatannya. Tanpanya nescaya cacatlah hidup di dunia dan hilanglah kenikmatan dan
menggantikan azab yang pedih di akhirat kelak. Maqasid itu berlaku dalam bidang
ibadat,muamalat dan adat. Sebagai contoh,wajib qisas adalah untuk memelihara nyawa atau
darah. Memelihara nyawa dan akad adalah termasuk dalam perkara adat,memelihara agama
dalam perkara ibadat dan memelihara keturunan dan harta dalam perkara muamalat.
Daruriyyat yang termasuk dalam kategori memelihara agama adalah mengucapkan kalimah
syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji dan seumpamanya yang menyentuh usuluddin iaitu jika
tiada nescaya hilang sebahagian dari agama. Menjaga nyawa dan akal adalah dalam perkara adat
iaitu tergolong dalam makanan,minuman,tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asas.
Menjaga keturunan disempurnakan dengan adanya perkahwinan dan menjaga kehormatan.
Menjaga harta terlaksana dengan keharusan tukar ganti dan mengambil manfaat. Perkahwinan
dan jual beli adalah dalam bab muamalat.
Terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulamak tentang memelihara al-Ird atau kemuliaan diri.
Sebahagian dari ulamak usul seperti al Subki meletakan ird ( pangkat ) maksud yang keenam
dalam kategori daruriyyat. Menurut pendapat Ibn Ashur memelihara kemuliaan diri termasuk
dalam kategori hajiyyat sependapat Imam al Ghazali dan Ibn Hajib tidak memasukkannya dalam
kategori daruriyyat. ( Dr Abdul Basit, 2009 ).
Dalam perlaksananaannya apabila al daruriyyat al kamsah bertembung seperti menjaga nyawa
dan harta dalam keadaan demikian perlulah mendahulukan maslahah yang lebih utama.Bagaimanapun ulamak berselisih pendapat dalam memberikan keutamaan kepada memelihat
agama apabila bertembung dengan kepentingan atau maslahat yang lain.
i) Kepentingan agama diutamakan dari kepentingan lain seperti diutamakan maslahah
agama dari nyawa. Ini adalah pendapat jumhur.
7/29/2019 hak asasi
11/20
ii) Kepentingan nyawa,akal,keturunan dan harta diutamakan dari agama. Menurut pendapat
ini maslahah agama dikemudiaankan dan diutamakan maslahah manusia kerana:
a) Hak Allah di asaskan kepada musamahah dan musalahah sedangkan hak manusia
asasnya tidak dipertikaikan dan sempit.
b) Tidak mendatangkan mudarat kepada Allah oleh sebab hilang haknya sedangkan manusia
akan mendapat mudarat apabila haknya hilang. Oleh demikian memelihara hak yang boleh
memudaratkan tuannya diutamakan dari memelihara hak yang tidak memudaratkan tuannya.
( Dato Dr Abdul Monir, 2000 )
Secara umumnya pula dinyatakan Imam al Mahalli dalam Syarhu JamI Jawami pula,
Dharuriyyat ialah sesuatu yang diperlukan sehingga sampai ke tahap terdesak,terpaksa dan tidak
dapat dielakkan. Maksudnya perkara yang tidak dapat dielakkan demi menegakkan kepentingan
agama dan dunia sehingga jika perkara itu tidak ada,maka kemaslahatan dunia akan rosak dan
kerugian di akhirat akan terjadi. Al Imam Asy Syatibi menerangkan maqasid dhururiyyah ialah
maqasid yang asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan diakhirat. Di bawah
Dhururiiyah terdapat lima perkara yang menjadi teras kehidupan manusia iaitu
agama,jiwa,akal,keturunan dan harta. Sekiranya salah satu daripada lima perkara ini tidak
ada,maka rosak dan hancurlah kehidupan di dunia dan di akhirat. Ia dianggap dhururiyyah
kerana kaitannyasecara langsung dengan nizam atau peraturan hidup di mana nizam itu wujud di
alam nyata dan berjalan sebagaimana yang sepatutnya apabila wujudnya dhururiyyah. Apabila
dhururiyyah tidak wujud maka rosaklah nizam hidup dan membawa kehancuran sama peringkat
individu ataupun peringkat ummah,yakni negara dan pentadbiran.
Para ulama menyatakan bahawa dharuriyyat ada lima perkara iaitu
i. Agama
Bagi memelihara dharuriyyah pertama ini, Islam mengharamkan semua perkara yang boleh
mengancam agama seperti kufur,syirik,nifak riddah ( kemurtadan ) dan sebagainya. Ekoran itu
Islam mengenakan hukuman yang tegas atas jenayah keagamaan. Orang yang murtad dikenakan
hukuman bunuh seperti mana yang disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad
al Bukhari,Abu Dawud,at Tarmizi,an Nasai dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi
7/29/2019 hak asasi
12/20
SAW bersabda yang bermaksud sesiap yang menukarkan agamanya ( iaitu keluar daripada Islam
kepada kufur ),maka hendaklah kamu membunuhnya.
Lantaran hendak menjaga agama,dapat dilihat Sayyidina Abu bakar ash Shiddiq telah memimpin
para sahabat melancarkan Perang Kemurtadan pada zaman pemerintahan beliau bagi memerangi
golongan murtad yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.
Sayyidina Ali turut pernah membakar sekumpulan golongan pelampau Syiah yang bertuhankan
kepada Sayyidina Ali dimana permulaanya beliau menyuruh mereka bertaubat dan kembali ke
pangkal jalan,namun mereka enggan kemudian beliau memancung kepala meraka dan menggali
parit kemudian menyalakan api di dalamnya lalu mereka dicampakkan ke dalamnya. ( Wan
Mohd Nasir,2011 )
Contohnya dalam konteks memelihara agama juga diwajibkan mengucapkan dua kalimah
syahadah,sembahyang,zakat,puasa,haji,menyeru kepada Islam ,menyuruh kepada kebaikan dan
sebagainya. Begitu juga dengan dengan perintah jihad untuk menjaga agama.
ii. Jiwa atau Nyawa
Bagi merealisasikan pemeliharaan dharuriyyah kedua ini, Islam mengharamkan apa jua
perbuatan yang boleh mengancam diri,jiwa atau nyawa seseorang,sama ada diri sendiri atau
orang lain. Lantaran itu,apa jua tindakan yang boleh membahayakan diri,jiwa atau nyawa
seseorang adalah haram dan dikenakan hukuman setimpal. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Ini dilihat
dalam hukuman qisas.
Menurut Statistik PDRM menunjukkan bahawa ada 152 kes bunuh yang berlaku pada
suku pertama 2006. Secara purata pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes pembunuhan.
Jadi tiada hairan setiap hari terdapat kes pembunuhan di media massa. Di dalam Islam, menjaga
nyawa manusia tanpa hak amat dilarang kewujudan hukuman yang keras disediakan bagi
pelakunya.
iii. Akal
Dalam memelihara dan menjaga dharuriyyah ketiga ini, Islam mengharamkan apa jua tindakan
yang boleh mengancam akal seseorang,samaada pada diri sendiri ataupun orang lain seperti
7/29/2019 hak asasi
13/20
meminum dan menjual arak,dadah,gam,pil khayal dan sebagainya. Dalil asas bagi pengharaman
arak dan sebagainya ialah Al Quran dan Sunnah Nabi sehinggalah diijmakkan oleh para ulamak
Islam. Sesiapa yang didapati meminum arak akan dikenakan hukuman hudud iaitu sebatan
sebanyak 40 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ). Bagi Islam kemuliaan akal seseoarng
adalah bertolak daripada unsur keimanan. Apabila akal manusia mampu memilih kefahaman
sendiri,maka ia memilih iman sebagai pegangan, disitulah letaknya kemuliaan akal. Islam
menyediakan peraturan peraturan dalam usaha menjaga akal antaranya:
a: Mengharamkan segala perkara yang merosakkkan akhlak dan melemahkan daya fikiran seperti
arak dan semua benda yang memabukkan.
b: Menjaga akal daripada segi fizikal dan spiritual dimana daripada segi fizikal perhatian diberi
kepada pemkanan yang baik dan sesuai dengan pembinaan akal. Daripada segi spiritual pula
perhatian diberi kepada makanan rohani yang berbentuk keilmuan dah thafaqah terutama Al
Quran dan Hadis. ( Mohd Liki Hamid, 2006 ). Dalam konteks memerangi pengedaran dan
penyalahgunaan dadah,Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah menangkap 43,093 orang
dibawah Akta Dadah merbahaya 1952 kerana mengedar dadah,memilik dan menggunakan
dadadh berbanding 33,187 orang pada tahun 2004 atau penikgkatan sebanyak 29.8%. Seramai
1,894 pengedar telah ditangkap dibawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang
membawa kepada mati mandatori berbanding 1823 orang yang ditangkap pada tahun 2004 iaitu
sebanyak 3.9%. Nilai rampasan dadah tradisional pada tahun 2005 melebihi RM8.8 juta
manakala dadah sintetik melebihi RM43.7 juta. Maka memastikan manusia sentiasa dapat
menjaga akalnya untuk beribadah kepada Allah,maka jelaslah Islam turut mengharamkan
penggunaan bahan yangh bersifat menutupi akal seprti ganja,heroin dan seumpamanya.
Penyalahgunaan dan pengedaran dadah akan dikenakan hukuman tazir yang berat dalam Islam.
iv. Keturunan dan maruah
Dharuriyyat keempat ialah keturunan. Ia merangkumi maruah. Namun ada juga ulama mengira
maruah sebagai dharuriyyah yang berasingan sehingalah jumlah dharuriyyah menjadi enam
semuanya, Ini sebenarnya bukan masalah besar kerana semua ulamak tetap mengakui bahawa
maruah adalah salah satu dharuriyyah samada secara bersendirian ataupun tidak.
7/29/2019 hak asasi
14/20
Dalam menjaga keturunan,Islam mengharam apa jua perkara yang boleh memudharatkan
keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti zina,liwat,mendedahkan
aurat dan sebagainya. Cuma antara perkara disebutkan ini sedikit sebanyak perbezaan dari sudut
besar atau kecil dosanya dan jenis hukuman yang ditetapkan syarak atas setiap kesalahan
tersebut.
Sebagai contoh zina diharamkan oleh semua agama di atas muka bumi ini. Bahkan Islam dengan
tegas dan jelas sekali telah mengharamkan zina dan hukumannya adalah yang paling keras iatu
direjam sampai mati bagi muhsan dan disebat 100 kali sebatan dan dibuang daerah selama
setahun ke tempat yang jaraknya jarak musafir atau lebih.
Dalam memelihara maruah pula,Islam telah mengharamkan perbuatan yang mencalar,menjejas
atau menjatuhkan maruah diri sendiri ataupun orang lain. Oleh sebab itu,sikap
mencaci,menuduh orang berzina tanpa bukti dan seumpamanya diharamkan dalam Islam. Secara
khususnya pelaku jenayah qazaf ( menuduh orang berzina tanpa bukti yang sah pada syarak )
dikenakan hukuman hudud iaitu disebat 80 kali sebatan. ( Wan Mohd Nasir,2011 ).
Bagi menjaga kemuliaan dan kesucian keturunan, Islam menyediakan peraturan peraturan yang
menjamin lahirnya keturunan mengikut displin syarak iaitu melalui perkahwinan yang sah.
Demi menjamin kekuatan sesebuah keluarga, Islam mengajar umatnya beberapa kaedah memilih
pasangan seperti mengambil berat unsur agama,keturunan ,harta dan paras rupa. Selain itu Islam
mengadakan peraturan bagi menyekat sebarang pencerobohan keatas kesucian keturunan,maka
diharamkan zina,qazaf,mukadimmah zina iaitu melihat perkara haram dan seumpamanya.( Mohd
Liki Hamid, 2006 ). Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato Azmi Khalid,Jabatan
Pendaftaran Negara mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun dari 1999
hingga 2003. Anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaiatu 30,978 orang. Jika
data ini diproses secara purata tanpa mengira perubahan peratus tahunan, ia menunjukan secara
purata bahawa setiap hari,sejumlah 39 kes pendaftaran anak luar nikah yang dicatatkan ( tanpamengira agama ) dan 17 kes adalah dari kalangan umat islam. Ini bermakna setiap 37 minit akan
berlaku kes penzinaan dan dalam masa 1 jam 25 minit seorang bayi yang tidak berdosa ( tidak
sah nasab ) dilahirkan hasil penzinaan pasangan muslim. Kesan ini menunjukkan betapa
pentingnya penguatkuasaan undang-undang Islam bagi memelihara keturunan dan nasab.
7/29/2019 hak asasi
15/20
v. Harta
Antara lima dharuriyyat yang dipelihara oleh Islam adalah harta. Lantaran itu,Islam telah
mengharamkan apa jua perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan,memusnahkan atau
mensia-siakan harta seperti merompak,mencuri,membazir dan seumpamanya. Berhubung
dengan hukuman jenayah merompak dan mencuri adalah melibatkan pemotongan tangan.
Statistik membuktikan fenomena ini yang mana di dalam tiga bulan tahun 2009, PDRM
mencatatkan 36,960 kes jenayah harta dan ini merupakan kadar tertinggi iaitu 65.9% dari
keseluruhan Indeks Jenayah. Pencerobohan terhadap harta milik orang lain berlaku secara purata
setiap 3 minit 30 saat. Tidak menjadi kehairanan bagaimana kepentingan harta menjadi
keutamaan dalam Islam.
Islam meletakkan kedudukan harta pada kedudukan kelima kerana dengan adanya harta manusia
dapat melaksanakan kehidupan yang baik dan harta adalah tunggak pada tubuh badan dan
kesihatan manusia. Islam menentukan manusia dapat memiliki harta benda mengikut displin
yang betul dengan mensyariatkan kontrak jual beli,sewaan,hibbah pusaka dan lain-lain. Islam
juga mengharamkan pemilikan yang tidak sah seperti mencuri,menipu,rasuah,riba,merosakkan
harta benda dan pembaziran.
7/29/2019 hak asasi
16/20
PENUTUP
7/29/2019 hak asasi
17/20
BIBLIOGRAFI
1. Jaafar Salleh ( 2010 ). Melindungi Hak Asasi Manusia Sejagat.Kuala Lumpur: Mulia
Terang Sdn Bhd
2. Norraihan Zakaria ( 2007 ). Konsep Hak Asasi Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
3. Yusuf al Qardhawy ( 2010 ). Ad Din wa As Siyasah: Tashiilun wa Raddu Syubuhat.
Terj..Ibnu Sham. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.
4. Dato Dr Abdul Monir bin Yaacob. ( 2000 ). Maqasid Syariah: Konsep dan Hubungannya
dengan Nilai-Nilai Semasa di Malaysia dalam menentukan Hukum. In Paizah Hj Ismail dan
Ridzwan Ahmad (Ed). Fiqh Malaysia Kearah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini. pp 167-
192. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
5. Wan Mohd Nasir Bin Wan Abd Wahab.( 2011 ). Maqasid Syariah: Cabaran dan
Penyelesaian dalam Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
6. Mohd Liki Hamid. ( 2006 ). Pengajian Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
7. Mohamed Hanipa Maiden. ( 2007 ). Hak asasi,Undang-undang dan Pengamalannya di
Malaysia,Kertas Kerja Seminar Nasional: Hak Asasi Manusia dan Hak Wanita Islam.Kuala
Lumpur,26-27 Mei 2007.
7/29/2019 hak asasi
18/20
BIBLIOGRAFI
1. Prof Madya Datin Dr Paizah Haji Ismail.( 2003 ). Keperluan Memahami Maqasid AlSyariah dalam Membina Fiqh Semasa. In Shofian Ahmad,Islamil Mahmood,Mat Noor
Mat Zain,Md Yazid Bin Ahmad,Ismail Omar,Azizah Mohd Rapini,Anwar Fakhri
Omar,Zamzuri Zakaria (Ed ) Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa: Menghadapi
Cabaran Globalisasi. UKM, Jilid 2, pp 11-27. Bangi: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian
Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Dato Dr Abdul Monir bin Yaacob. ( 2000 ). Maqasid Syariah: Konsep dan Hubungannyadengan Nilai-Nilai Semasa di Malaysia dalam menentukan Hukum. In Paizah Hj Ismail
dan Ridzwan Ahmad (Ed). Fiqh Malaysia Kearah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang
Terkini. pp 167-192. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
3. Wan Mohd Nasir Bin Wan Abd Wahab.( 2011 ). Maqasid Syariah: Cabaran danPenyelesaian dalam Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
4. Mohd Liki Hamid. ( 2006 ). Pengajian Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan BahasaDan Pustaka.
7/29/2019 hak asasi
19/20
5. Dr Abdul Basit. ( 2009 ). Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara. InHamidi Bin Abdul Ghani dan Nurul Akma Binti Mohamed ( Ed ). Maqasid Syariah
dalam Pentadbiran Negara. Pp 1-26.Kelantan: KIAS
5. Lukhman Thaib ( 1998 ). Politik Menurut Perspektif Islam. Kajang: Synergymate Sdn
Bhd.
1. Wahbah az Zuhaili (1997 ).al Fiqh al Islami wa Adillatuhu.Terj..Ahmad ShahbariSalamon. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Abdul Samat Musa ( 2004 ). Perlembagaan ( Constitutionalism ): Antara Islam dan Barat.Dlm Zaini Nasohah (pnyt ) Syariah dan undang-undang:suatu perbandingan.Hlm 18-25.Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distiributors Sdn Bhd
Bib
Norraihan Zakaria, 2007. Konsep Hak Asasi Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2000.
Jaafar Salleh,Islam Melindungi Hak Asasi Manusia Sejagat,Mulia Terang Sdn Bhd,Kuala Lumpur 2010.
Isu Syariah dan Undang-undang siri 8 penyunting dr Abdul Basir Mohamad,ukm Jabatan Syariah Fakulti
Pengajian Islam UKM ( Zuliza Mohd Kusrin ) SEKATAN-SEKATAN PERUNDANGAN TERHADAP KEBEBASAN
BERAGAMA DI MALAYSIA.
JURNAL SYARIAH JILID 10 JANUARI 2002 HAK ASASI DALAM PERLEMBAGAN MALAYSIA RUANG LINGKUP
DAN MASALAHNYA OLEH ABDUL AZIZ BARI (53-70)
7/29/2019 hak asasi
20/20