19
HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Page 2: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Tahniah kerana anda dah selangkah ke hadapan untuk kembangkan bisnes anda! Semoga ebook ini membantu

anda untuk lebih bersemangat automate dan grow kan bisnes anda.

Ketua Research & DevelopmentZulfadhli Talib ([email protected])

PenulisAbdul Basit

EditorNorshahirah binti Zahimi

Reka Bentuk GrafikAmirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu kongsikan ilmu dimedia sosial, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh:Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)

85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,Jalan Dwitasik 1,

Bandar Sri Permaisuri,56000 Cheras, Kuala Lumpur

Page 3: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

PENGENALAN

Page 4: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Setiap pendiri bisnes pasti ada impian untuk memiliki aset bernilai jutaan ringgit hasil daripada perniagaan yang berjaya. Namun, impian akan terkubur begitu sahaja sekiranya wang syarikat tidak diuruskan dengan betul.

Pengurusan kewangan adalah salah satu daripada perkara penting dalam memastikan sebuah organisasi ataupun syarikat dapat beroperasi dengan baik. Kepincangan dalam pengurusan kewangan akan menyebabkan syarikat tidak dapat berkembang ataupun terus lingkup dalam masa yang begitu singkat.

Setiap transaksi yang berlaku di dalam akaun syarikat perlu dipantau dengan teliti.

Ia adalah bukti transaksi operasi yang berlaku dalam syarikat. Walaupun hanya dengan 0.01 peratus kesilapan dalam setiap transaksi, ia boleh mengakibatkan syarikat menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit.

Para pendiri bisnes bertanggungjawab untuk memastikan kewangan syarikat diuruskan dengan baik oleh staf yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut. Maka, demi memastikan wang syarikat dapat diuruskan dengan baik, pendiri bisnes perlu ada ilmu.

Pendiri bisnes perlu jelas dengan tujuan pengurusan kewangan. Ini kerana dengan pengurusan kewangan yang betul dan bersistem, syarikat akan lebih pantas dapat diautomasikan dan dikembangkan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Di dalam e-book ini, kita akan dibawa meneroka dunia pengurusan kewangan. Kita akan lebih faham apa sebenarnya yang perlu diaplikasikan di dalam syarikat.

Page 5: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

PETA PERJALANAN KEWANGAN

Page 6: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Peta perjalanan kewangan (Finance Roadmap) adalah amat penting dalam memastikan Bahagian Pengurusan Kewangan telah memiliki kerangka aliran kewangan syarikat untuk tempoh masa setahun yang akan datang.

Peta perjalanan kewangan dibangunkan bertujuan untukmembantu Ketua Bahagian Kewangan merancang penggunaan wang syarikat dengan baik. Setiap wang yang dibelanjakan adalahberdasarkan perancangan yang telah dibuat.

Peta perjalanan kewangan memberi impak positif kepadaBahagian Kewangan syarikat. Mereka yang menguruskan kewangan syarikat akan lebih peka dengan setiap transaksi yang berlaku dan pemantauan rapi lebih kerap dilakukan kerana data yang disediakan telah membantu permudahkan proses tersebut.

Kebiasaannya, semua ketua bahagian akan laporkan jumlah bajet yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan dalam syarikat. Iabertujuan untuk memastikan kerja-kerja operasi syarikat dapat berjalan dengan lancar.

Dengan kerjasama daripada semua bahagian, peta perjalanan kewangan akan lebih mudah untuk disiapkan. Sebagai pemilik bisnes,kita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan peta perjalanan kewangan ini.

Page 7: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

UNJURAN KEWANGAN (FINANCIAL PROJECTIONS)

Page 8: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Unjuran Kewangan (Financial Projections) berkait rapat denganpeta perjalanan kewangan. Namun, unjuran kewangan adalah secara terperinci dan menyeluruh. Unjuran kewangan dibuat terhadap pendapatan dan perbelanjaan syarikat untuk bulan-bulan ataupun tahun-tahun yang mendatang.

Dengan menyediakan unjuran kewangan untuk setahun, kita akan dapat gambaran awal

secara keseluruhan tentang aliran kewangan dalam akaun syarikat.

Kita akan dapat lihat berapa kos yangditanggung oleh syarikat pada setiap bulan. Selain itu juga, kita dapat lihat berapa jumlah jualan yang dijangka akan dicapai untuk tempoh tersebut.

Apabila kita terlebih dahulu dapat lihat gambaran tahapkewangan syarikat pada masa depan, ia memudahkan tim yangterbabit untuk menyediakan aktiviti tambahan yang dapat menampung lopong-lopong dalam mencukupkan dana kewangan syarikat.

Selain itu juga, kita akan lebih peka dengan setiap tindakan yangperlu dibuat untuk memastikan perniagaan akan terus kekal dan berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Bila mana unjuran kewangan telah lengkap disediakan, kita dapat lihat dengan jelas maklumat aliran wang masuk dan wang keluardaripada akaun syarikat. Kita akan tahu bila kewangan syarikat berada dalam keadaan stabil dan sebaliknya. Ia akan membantu Bahagian Kewangan untuk merancang pelaburan wang syarikat.

Page 9: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Selain itu juga, pengurusan kewangan syarikat akan lebih sistematik dan ia memudahkan pihak pengurusan tertinggi untuk merancang sebarang plan tindakan tambahan berdasarkan data yang telah disediakan. Pengeluaran wang akan lebih terkawal bila semua pihakmerujuk kepada maklumat unjuran kewangan sebelum sebarang kelulusan permohonan pengeluaran wang diluluskan.

Unjuran kewangan umpama perancangan kita untuk menuju ke satu destinasi.

Contohnya, kita mahu ke Taman Tasik Putrajaya.Apabila kita tahu arah mana untuk dituju dan berapa tempoh masa perjalanan ke sana, ia akan memudahkan proses pergerakan nanti.Jika tiada sebarang maklumat, ia akan lebih sukar.

Begitulah gambaran dalam penyediaan unjuran kewangansyarikat. Jika kita dapat sediakan unjuran kewangan secara terperinci,ia akan menampakkan masa depan dalam mencapai visi dan misi syarikat.

Setiap tindakan dalam menjayakan unjuran yang telah dibuatakan kelihatan lebih mudah kerana segala maklumat yang disediakan dapat dijadikan panduan yang sangat membantu dalam proses mencapainya. Setiap tindakan yang dibuat adalah berdasarkan unjuran kewangan yang telah dibuat.

Pasti akan ada persoalan dikalangan para peniaga kecil, perlukah disediakan unjuran kewangan walaupun bisnes hanyalah secara kecil-kecilan di rumah ataupun di jalanan sahaja?

Jawapannya semestilah YA!

Page 10: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Bagaimana bisnes kita mahu berkembang jika tidak dimulakan pengurusannya sekarang?

Pasakkan dalam minda kita bahawa setiap tindakan yang dibuat sekarang adalah persediaan untuk membina empayar perniagaan yang lebih besar pada masa akan datang. Bermula pada saat kita masih belum punya apa-apa, ia adalah persediaan yang bagus untuk kita menguruskannya bila bisnes berkembang satu hari nanti.

Maka, inilah masanya untuk kita belajar bagaimana mahu hasilkan unjuran kewangan dengan baik. Bagaimana kita nak dapatkan keuntungan RM1 dan digandakan sehingga 1000 kali ganda. Unjuran kewangan akan jadi rujukan dalam menyusun segala perbelanjaan dan pendapatan syarikat.

Kita perlu mulakan saat bisnes masih kecil kerana bilamana bisnes semakin berkembang, ia akan jadi satu proses yang mudah untuk diaplikasikan. Kita semakin mahir dalam menentukan unjuran kewangan dan pengurusan kewangan akan menjadi lebih mudah dan sistematik.

Segala strategi untuk meminimumkan kos dan meningkatkan profit syarikat akan lebih mudah diperolehi kerana data perjalanan kewangan syarikat telah disusun sejak bisnes masih baru bermula.

Kita perlu ingat, ada 2 perkara penting ini dalam membuat unjuran kewangan;

Page 11: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

4 LANGKAH PENYEDIAAN UNJURAN KEWANGAN

Dalam proses menyediakan unjuran kewangan, kita perlu pastikan segala data yang diperlukan telah diperolehi. Ini akan memudahkan proses analisa yang akan dibuat. Bahagian Kewangan bertanggungjawab untuk dapatkan semua maklumat kos yang yang diperlukan oleh setiap bahagian untuk memastikan mereka dapat jalankan tugas yang diamanahkan.

Jika syarikat memiliki 6 bahagian, maka Bahagian Kewangan perlu dapatkan maklumat terperinci tentang kos perbelanjaan yang dijangka akan digunakan oleh mereka untuk setahun yang akan datang. Ia akan membantu Bahagian Kewangan untuk menyediakan unjuran kewangan secara keseluruhan.

Page 12: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

#1SEDIAKAN DATA ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)

Data aliran tunai adalah perkara asas yang perlu ada dalam menyediakan unjuran kewangan. Sediakan aliran tunai yangmenunjukkan aliran wang keluar dan masuk secara terperinci setiap bulan.

Daripada data aliran tunai yang diperolehi, kita akan tahu berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat pada setiap bulan. Selain itu juga, kita akan dapat tahu berapa banyak pendapatan yang diperolehi syarikat pada setiap bulan.

Perkara utama adalah tentukan pendapatan yang ingin diperolehi terlebih dahulu. Ini kerana, dengan adanya sasaran pendapatan, barulah kita boleh tentukan berapa jumlah perbelanjaan yang boleh dilaburkan untuk dapatkan nilai pendapatan seperti yang disasarkan.

Aliran tunai yang baik adalah apabila aliran wang masuk (income) adalah lebih banyak berbanding wang

keluar (expenses).

Inilah yang dipanggil sebagai aliran tunai positif (positive cash flow). Sebagai seorang pendiri bisnes, kita perlu memastikan aliran tunai kewangan syarikat sentiasa berada dalam keadaan positif supaya kelangsungan perniagaan lebih terjamin dan berada di paras selamat.

Sekiranya kita menghadapai situasi di mana aliran wang masuk adalah lebih sedikit berbanding wang keluar secara konsisten setiap bulan, ini bermakna bisnes atau perniagaan kita sedang berada di fasa yang membimbangkan.

Page 13: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Sekiranya situasi ini berlaku, apa yang anda boleh lakukan adalah:

1. Naikkan jualan 2. Kurangkan kos operasi

#2GUNAKAN DATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN YANG LEPAS

Kebiasaannya, kita buat aliran tunai dengan isikan semua maklumat sebenar perbelanjaan dan pendapatan setiap bulan. Bila habis sesuatu bulan itu, kita akan tutup akaun dan jumlahkan semua perbelanjaan dan pendapatan selama sebulan, maklumat itulah yang dimasukkan ke dalam aliran tunai.

Berdasarkan maklumat sebenar itu, kita sudah boleh anggarkan jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan pendapatan yang tertentu. Kebiasaannya, untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM 100,000 kita perlu spend lebih kurang 10% yakni RM 10,000 daripada sasaran jualan yang telah kita tetapkan.

Ini bermakna setiap sen yang kita belanjakan haruslah memberi pulangan balik 10 kali ganda kepada syarikat/perniagaan. Ini merupakan kayu ukur yang selamat untuk kita berbelanja terutamanya apabila menggunakan wang syarikat/perniagaan. Namun ia terpulang kepada nature dan strategi bisnes yang anda gunakan.

Tanpa adanya data - data lepas, sukar bagi kita meramal dan meletakkan sasaran jualan. Ia seolah-olah kita pergi bercuti ke luar negara tanpa menggunakan waze, kompas atau peta. Kita boleh sampai ke destinasi yang dituju. Bezanya cepat atau lambat.

Page 14: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

#3BUAT PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan merupakan gerak kerja terperinci bagi mencapai satu-satu sasaran. Gerak kerja ini jika tidak dilakukan dengan betul maka sasaran yang telah kita tetapkan bakal tersasar. Gerak kerjasetiap ahli pasukan haruslah selari. Kerjasama yang jitu amat penting bagi merealisasikan apa jua sasaran yang telah ditetapkan.

Tidak kira apa jua industri yang anda ceburi, ada tiga perkarapenting yang perlu diperhalusi pelan tindakannya. Antaranya ialah:

Page 15: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Bagi merangka pelan tindakan ini dengan mudah, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting:

Takwim tahunanperancangan aktiviti syarikat/perniagaan bagi tahun tertentu.

Kalendar cutiBagi mengatur kempen pemasaran dan promosi.

Data jualan 3 tahun sebelumuntuk mengkaji pattern jualan dan meramal kenaikkan.

#3LAKUKAN REVIEW BULANAN

Setelah unjuran dilakukan dan perancangan tindakan disediakan, kita akan laksanakan pengurusan kewangan berdasarkan perancangan tersebut. Pastikan semuanya dilaksanakan dengan betul.

Dari masa ke semasa, kita perlu adakan review perancangan dan pantau keputusan secara tetap. Ia boleh dilakukan samada secara mingguan ataupun bulanan. Sebarang perubahan dan penambahbaikan boleh dibuat berdasarkan keputusan sesi review tersebut.

Apa yang penting ialah, perancangan pengurusan kewangan ini dapat membantu kita mencapai matlamat dalam menjalankan perniagaan. Tiada guna bisnes kita membuat jualan bernilai jutaanringgit jika kita pun tidak tahu kemana setiap sen wang tersebut dibelanjakan.

Page 16: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

PROSES PENYEDIAAN UNJURAN KEWANGAN

Proses asas dalam penyediaan unjuran kewangan adalah seperti berikut;

Kita perlu dapatkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan untuk menyusun strategi pengurusan kewangan syarikat. Data yang lengkap akan memudahkan proses penstrukturan di dalam unjuran kewangan syarikat.

Page 17: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

KESIMPULAN

Page 18: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)

Pengurusan kewangan adalah tunjang dalam memastikan bisnes dapat mengekalkan posisinya di dalam industri. Maka, setiap daripada staf yang menguruskan kewangan syarikat bertangggungjawab untuk memastikan kewangan syarikat diuruskan dengan baik.

Dalam memastikan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan baik, perkara utama yang perlu dibuat adalah unjuran kewangan untuk setiap tahun dan setiap bulan. Dengan adanya unjuran kewangan yang lengkap, ia umpama satu peta perjalanan yang memandu pengurusan kewangan syarikat untuk satu tempoh masa yang tertentu.

Selain itu juga, aliran tunai syarikat perlu dipantau dengansebaiknya. Buku Tunai membantu para pendiri bisnes untukmenguruskan kewangan syarikat dengan lebih mudah. Pengurusan kewangan bukan sekadar memastikan wang masuk dan wang keluar tetapi ia juga merangkumi aspek bagaimana kita merancang untuk meminimumkan pengeluaran wang dan memaksimumkan kemasukan wang.

Dalam Mastery My Finance, pelbagai strategi di sebalik pengurusan wang syarikat dibongkarkan dengan lebih mendalam. Selama 4 hari program, kita akan terokai dunia pengurusan kewangan yang selamaini ramai gagal untuk uruskannya dengan betul. Teknik dan strategi yang akan dikongsikan bakal membawa pengurusan kewangan syarikat ke satu tahap yang lebih sistematik dan efisien.

Semoga penerangan yang diberikan di dalam e-book ini dapat membantu anda untuk menguruskan kewangan syarikat dengan lebih mudah dan bersistem.

SEMOGA TERUS SUKSES!

Page 19: HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U) filekita perlu pastikan setiap bahagian ataupun jabatan di dalam syarikat dapat berikan komitmen seratus peratus dalam menjayakan misi menyiapkan

HAKCIPTA BYOND SUCCESS SDN BHD (1113174-U)