3
1.1 PENGENALAN Empayar khalifah Islam Uthmaniyyah wujud selepas tumbangnya empayar Abbasiah dan berkembang kira-kira enam setengah abad di bawah pimpinan 37 orang sultan. Pada abad ke 18M, empayar Uthmaniyyah telahpun mengalami kemunduran dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan militer ekoran daripada keruntuhan nilai-nilai Islam. Peniruan dan pengambilan secara lansung kemajuan dari Barat dianggap sebagai suatu alternatif yang terbaik bagi menjana semula kekuatan kerajaan Uthmaniyyah. Sultan Salim III (1789M-1807M) dianggap pemerintah Uthmaniyyah yang pertama melaksanakan refomasi secara serius dan proses ini diteruskan oleh pemerintah yang seterusnya sehingga tertubuhnya negara sekular Turki 1.2 Biadota Ringkas Nama: Sultan Salim/Selim III bin Sultan Mustafa III (1757M-1774M) Tarikh Lahir: 24 Disember 1761 Tempoh Pemerintahan: 1789M-1807M Tarik akhir pemerintahan: Dipecat/digulingkan pada bulan Mei 1807 Tarikh Kematian: 29 Julai 1808 di Istanbul Turki 2.1 PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN SULTAN SALIM III Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Sultan Salim III bercorak menyeluruh merangkumi aspek politik atau pentadbiran, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Walau bagaimanapun, pemantapan dalam bidang ketenteraan lebih diutamakan. Sultan Salim III telah memulakan usaha-usaha pembaharuan terutama dari aspek ketenteraan dan pemerintahan di peringkat pusat dengan bantuan khususnya daripada Perancis. Aktiviti pembaharuan yang dilakukan banyak adaptasi idea The New-Order yang diaplikasikan daripada Revolusi Perancis. Pembaharuannya yang dilakukan bebas dari aspek atau sentimen keagamaan. 2.1.1 pembaharuan dlm Aspek Sosio-politik Sultan Salim III telah memusatkan pentadbiran di seluruh negara kepada satu. Dalam pentadbiran baginda, seramai 12 orang menteri telah dilantik bagi mengagihkan kuasa Perdana Menteri- untuk mengelakn slh guna kuasa Mewujudkan pelbagai jabatan dengan satu ketua di setiap jabatan. Jabatan Asafi iaitu merupakan sebuah jabatan Perdana Menteri dan jawatan setiausaha PM Rais Al-Khutab diwujudkan Menetapkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh bertukar selepas tempoh lima tahun dan jawatan Gabenor (pasha) di peringkat wilayah dihadkan selama tiga tahun Baginda membuka saluran komunikasi di antara Eropah dan pemerintah Elit Uthmaniyyah. Saluran komunikasi baru yang lebih penting ialah peningkatan peluang untuk mencipta aliran idea-idea Barat ke dalam Empayar Uthmaniyyah. Hubungan diplomatik dengan Barat diperluaskan dengan menghantar duta-duta ke Eropah.

hand out sultan salem III.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1.1PENGENALANEmpayar khalifah Islam Uthmaniyyah wujud selepas tumbangnya empayar Abbasiah dan berkembang kira-kira enam setengah abad di bawah pimpinan 37 orang sultan. Pada abad ke 18M, empayar Uthmaniyyah telahpun mengalami kemunduran dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan militer ekoran daripada keruntuhan nilai-nilai Islam. Peniruan dan pengambilan secara lansung kemajuan dari Barat dianggap sebagai suatu alternatif yang terbaik bagi menjana semula kekuatan kerajaan Uthmaniyyah. Sultan Salim III (1789M-1807M) dianggap pemerintah Uthmaniyyah yang pertama melaksanakan refomasi secara serius dan proses ini diteruskan oleh pemerintah yang seterusnya sehingga tertubuhnya negara sekular Turki

1.2Biadota Ringkas Nama: Sultan Salim/Selim III bin Sultan Mustafa III (1757M-1774M)Tarikh Lahir: 24 Disember 1761 Tempoh Pemerintahan: 1789M-1807MTarik akhir pemerintahan: Dipecat/digulingkan pada bulan Mei 1807Tarikh Kematian: 29 Julai 1808 di Istanbul Turki 2.1PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN SULTAN SALIM IIIPembaharuan yang dilaksanakan oleh Sultan Salim III bercorak menyeluruh merangkumi aspek politik atau pentadbiran, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Walau bagaimanapun, pemantapan dalam bidang ketenteraan lebih diutamakan. Sultan Salim III telah memulakan usaha-usaha pembaharuan terutama dari aspek ketenteraan dan pemerintahan di peringkat pusat dengan bantuan khususnya daripada Perancis. Aktiviti pembaharuan yang dilakukan banyak adaptasi idea The New-Order yang diaplikasikan daripada Revolusi Perancis. Pembaharuannya yang dilakukan bebas dari aspek atau sentimen keagamaan.2.1.1pembaharuan dlm Aspek Sosio-politik Sultan Salim III telah memusatkan pentadbiran di seluruh negara kepada satu. Dalam pentadbiran baginda, seramai 12 orang menteri telah dilantik bagi mengagihkan kuasa Perdana Menteri- untuk mengelakn slh guna kuasa Mewujudkan pelbagai jabatan dengan satu ketua di setiap jabatan. Jabatan Asafi iaitu merupakan sebuah jabatan Perdana Menteri dan jawatan setiausaha PM Rais Al-Khutab diwujudkan Menetapkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh bertukar selepas tempoh lima tahun dan jawatan Gabenor (pasha) di peringkat wilayah dihadkan selama tiga tahun Baginda membuka saluran komunikasi di antara Eropah dan pemerintah Elit Uthmaniyyah. Saluran komunikasi baru yang lebih penting ialah peningkatan peluang untuk mencipta aliran idea-idea Barat ke dalam Empayar Uthmaniyyah. Hubungan diplomatik dengan Barat diperluaskan dengan menghantar duta-duta ke Eropah. Semasa pemerintahan Sultan Salim III juga untuk pertama kalinya ditubuhkan kedutaan Uthmaniyyah di London (1793), Vienna (1794), Berlin (1795) dan Paris (1796). Dalam aspek pendidikan, sekolah teknikal ditubuhkan bagi melatih para belia dalam bidang sains dan teknik dari Barat. Contohnya Gazi Hasans Naval Engineering School dan Engineering School of the Sultan yang telah dibina bagi mengajar elemen-elemen arithmetik dan geometri selain mempelajari teknik ketenteraan2.1.2Aspek Ekonomi Mengubah sistem kewangan tradisi dan menghantar wakil-wakil ke luar negeri seperti ke negara Austria untuk mengkaji tentang sistem kewangan di negara itu Selain itu, Mengubah sistem pungutan cukai daripada pungutan oleh individu kepada pungutan yang dikawal secara langsung oleh Pusat Pperdagangan eksport dalam sektor pertanian dan perlombongan telah diperluaskan dengan pihak Eropah terutama dalam perdagangan minyak Sistem Timar atau tanah yang diberi kepada tentera Jenessari dipantau oleh pegawai-pegawai pusat Cukai pertanian diwujudkan bagi mengantikan sistem Timar untuk mengurangkan penyelewangan2.1.3 Aspek Militer/Ketenteraan Pembaharuan ketenteraan sangat diberi perhatian oleh Sultan Salim III. Pentadbiran tentera dikemaskini bagi mengelakkan penyelewengan kuasa oleh ketua-ketua tentera. Pengagihan kuasa pegawai tentera dilakukan bagi menghadkan kuasa yang banyak dan sukar dikawal serta mengelakkan pertindihan kuasa berlaku. Dana tentera " Irad-I-Cedid " turut diperkenalkan ("pendapatan baru"), yang datang dari hasil cukai yang dikenakan ke atas sumber sebelum ini untaxed dan dari rampasan beberapa kali yang pemegang telah tidak memenuhi- dana yg lebih efesyena.Pembaharuan Tentera Janissari Tentera yang telah lama wujud iaitu sejak abad ke 14 lagi dan kedudukan mereka sudah lama kukuh dalam kerajaan Uthmaniyyah. Mereka juga telah diberikan insentif timar iaitu pemberian tanah sebagai balasan setelah berkhidmat dalam sesuatu peperangan. Sultan Salim III membuat keputusan bagi memulihkan semula tentera Janissari dan menilai semula intensif timar dan diberi kepada yang benar-benar layak sahaja Yusuf Pasha dilantik menjadi PM dan memegang tanggungjawab dalam hal-hal ketenteraan. Pengasingan dilakukan dari segi pentadbiran dan fungsi ketenteraan bagi setiap pasukan Peperiksaan dijalankan bagi pemilihan pegawai, perlantikan hanya berdasarkan keupayaan dan kenaikan pangkat adalah berdasarkan kebolehan- dsini dpt dlihat pmbhruan drstik dlkukn dlm bdg ktntraan ini

b.Pembentukan Nizam-i-Cedid Pada tahun 1807M, Sultan Salim III telah memperkenalkan program baharu ketenteraan yang digelar Nizam-i-Cedid (Peraturan Baharu) yg mna Program ini merangkumi latihan, pendidikan, tentera, persenjataan, gaji, uniform dan sebagainya. Jurulatih dari Britain, Perancis, Sweden dan negara Eropah yang lain telah dilantik. Penubuhan Nizam-I-cadid oleh Sultan Salim III ini dibentuk sebagai usaha untuk mengubahsuai pasukan tentera lama dan mengantikan dengan tentera baru. Baginda telah memperkenalkan peralatan persenjataan serta latihan ketenteraan yang baru, menyeliakan sistem pembayaran gaji dan susunan sistem ketenteraan baru. Buku-buku Perancis banyak dicetak dan mewajibkan pegawai dan tentera mempelajari bahasa Perancis dan bahasa asing yang laind.Perubahan Armada Laut Armada tentera laut diperbesarkan di bawah kendalian arkitek dari Perancis. Kapal-kapal lama dipermodenkan, sejumlah besar kapal moden dibina mengikut standard baru seni bina armada laut. Sebagai contoh, sekolah tentera laut di Haskoy diperbesarkan dan dimodenkan. Land Engineering School dan Navy Engineering School juga diwujudkan bagi melatih tentera mengenai teori dan asas mengenai persenjataan. Geometri di ajar dengan beberapa subjek berkenaan dengan ketenteraan laut Perubatan bagi tentera laut juga diwujudkan dimana pengasingan dilakukan ke atas mereka dengan melatih doktor dan pakar bedah bagi mengendalikan keadaan anggota di atas kapal tentera laut.