Upload
salleh-huddin
View
6
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Hari Pahlawan
Citation preview
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
1
PEJUANG DI JALAN ALLAH KHAS SEMPENA HARI PAHLAWAN
31 Julai 2015M/ 15 Syawal 1436H
ه القائل: مد لل الح
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ پٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ
يك له، وأشهد أن س أشهد أن لآ إله الا الل ه وحده لا شر هم صل لل دا عبده ورسوله. ا ي دنا محم د وعلى آله وأصحابه أجمعين. وسل م على سي دنا محم
تقوى الل ه، فقد فاز المت اي ب قوا الل ه، أوصيكم واي ا بعد، فيا عباد الل ه، ات دوا فإن أم قون. وتزو كم تفلحون قوا الل ه يا أولي الألباب لعل قوى، وات اد الت .خير الز
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Hidup ini penuh dengan pancaroba. Bagaikan pantai yang sentiasa dipukul ombak,
begitulah kita yang sentiasa diuji iman dan akidahnya. Adakah kita terus teguh
memegang panji agama atau hanyut dibuai nafsu dunia. Marilah kita suburkan takwa
dengan bersegera melakukan segala suruhan dan perintahNya serta menolak jauh
sama sekali segala larangan dan tegahanNya. Perlengkapkan diri dengan keimanan,
perhiasi diri dengan keluhuran. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah SWT
daripada azab seksa api neraka yang tidak terperi sakitnya.
Menyingkap tabir sirah kehidupan Rasulullah SAW, bagindalah sebaik-baik bapa
kepada anaknya, suami terhebat buat isteri tercinta, pemimpin agung disegani semua
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
2
dan pejuang ulung di jalan yang Maha Esa. Bertepatan dengan itu, mimbar pada hari
yang mulia ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Pejuang di Jalan Allah”.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Saban hari di media cetak dan elektronik, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah
keganasan dan pemberontakan yang dikaitkan dengan perjuangan Islam. Pembunuhan
secara berleluasa dilakukan dengan alasan memperjuangkan agama sebagaimana
yang dilakukan oleh militan Negara Islam atau IS. Wanita dan kanak-kanak yang tidak
berdosa turut menjadi mangsa. Adakah benar ini ajaran agama Islam yang kita anuti
dan sunnah Nabi Muhammad SAW??? Marilah kita hayati keindahan Islam. Pejuang
dan perjuangan adalah dua entiti kalimah yang cukup mulia dan tinggi darjatnya di sisi
Allah SWT. Pejuang yang memperjuangkan kesucian agamanya pasti akan menerima
balasan Syurga Allah SWT.
Bumi Malaysia yang kita cintai ini juga tidak lekang daripada ancaman keselamatan.
Kita pernah dikejutkan dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Ramai dari kalangan para pejuang Negara telah terkorban dalam perjuangan
mempertahankan kedaulatan pertiwi. Tragedi ini telah membuka mata banyak pihak
tentang peri pentingnya Negara kita mempunyai barisan saf para pejuang yang berjiwa
kental dan sanggup menggadaikan nyawa, demi memastikan keamanan dan
ketenteraman Negara terus terpellihara.
Tanggal 31 Julai pada setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Pahlawan.
Sambutan tarikh keramat ini cukup sarat dengan pengajaran yang mencakupi segenap
aspek kehidupan di dalam perjuangan dan pengorbanan Perajurit dan Pahlawan
Negara yang terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis di Raja Malaysia
dan lain-lain agensi keselamatan serta individu yang bersama-sama mempertahankan
keselamatan dan kedaulatan negara. Seorang pejuang itu tidak hanya seorang
anggota Tentera atau Polis, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran dan
tanggungjawab untuk membela agama, bangsa dan Negara.
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
3
Sesungguhnya dalam kita meniti pembangunan negara yang tercinta ini, jangan pernah
kita melupakan budi dan jasa pejuang silam yang telah meletakkan asas kepada
perjuangan dan keamanan negara hari ini. Tanpa mereka, sudah tentu apa yang kita
kecapi tidak akan dapat dinikmati oleh generasi kini. Justeru, kerana pengorbanan
yang tidak ternilai inilah generasi pewaris wajar mengambil iktibar dan pengajaran serta
teladan di atas semangat waja para pejuang terdahulu dalam melaksanakan amanah
dan tanggungjawab sebagai benteng pertahanan Negara.
Para tetamu Allah yang diberkati,
Mari bersama kita hayati sejenak Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 95:
ٺ ٺ ٺٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ
ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڤٹ ڤ ڤ ڤ ٹٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ
ڄ ڄ ڄ
Bermaksud: “Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada
keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk
membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu
(dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak
turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.”
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan di dalam Islam bukanlah
semata-mata perjuangan mengangkat senjata. Ruang lingkup perjuangan hari ini lebih
besar dan mencabar. Perjuangan hari ini tidak hanya berlaku di medan pertempuran
sebaliknya boleh berlaku di medan ekonomi, penulisan, pendidikan dan sebagainya.
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
4
Dermawan yang menginfaqkan hartanya untuk dibelanjakan pada jalan
mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan negara, juga seorang pejuang.
Penulis yang mengarang rencana mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan
negara, juga seorang pejuang. Begitu juga dengan kita semua sidang jemaah sekalian,
boleh menjadi pejuang dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Imam Hassan al-Banna menyatakan bahawa, “Islam mewajibkan jihad (perjuangan) ke
atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan antara
sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba
kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu
diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan
menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas hati tiap-tiap Muslim.
Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia,
menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”
Ini amat bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 190:
وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی
Bermaksud: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) Agama Allah
akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang menceroboh”.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Mari kita bersama merenungi seketika kehebatan tokoh pejuang Islam yang namanya
terpahat megah dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam iaitu kisah Sultan
Muhammad Al-Fateh. Bagindalah yang berperanan sebagai penakluk dan pembuka
Kota Konstantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul serta merampasnya kembali
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
5
dari jajahan Kerajaan Byzantin. Walaupun pada ketika itu usianya baru mencecah 21
tahun, namun berbekalkan keimanan yang tinggi, semangat juang yang berkobar-
kobar, disiplin dan perancangan rapi serta ilmu yang memenuhi dada baginda dan para
pejuangnya, maka kejayaan muncul jua akhirnya.
Setelah berjaya menakluki kota Konstantinople, tibalah hari dan waktunya untuk tentera
Islam ini menunaikan solat Jumaat buat kali pertama di Bumi Konstantinople tersebut.
Timbul persoalan, siapakah yang akan bertugas sebagai Imam? Lalu Sultan
Muhammad Al-Fateh bertitah kepada para pejuangnya: “Siapakah antara kamu yang
pernah meninggalkan solat fardhu setelah baligh, sila duduk.” Tidak ada seorangpun
daripada ribuan perajurit itu yang duduk. Ini bermakna mereka semua tidak pernah
sama sekali meninggalkan solat fardhu setelah baligh. Inilah sebaik-baik tentera yang
dimaksudkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Seterusnya baginda bertitah lagi:
Siapakah diantara kamu yang pernah meninggalkan solat sunat Rawatib, sila duduk”.
Maka sebahagian daripada tenteranya itu duduk. Baginda terus bertanya soalan ketiga
kepada para pejuang Allah di hadapannya: “Siapakah di antara kamu yang pernah
meninggalkan solat Tahajjud setelah baligh, sila duduk.” Maka semua tenteranya pun
duduk kecuali Sultan Muhammad Al Fateh sendiri. Ini menunjukkan bahawa Baginda
tidak pernah sama sekali meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat
Tahajjud sejak pada umur baligh hingga ke saat itu.
Alangkah hebatnya iman dan amalan seorang pemimipin agung yang bergelar Sultan
Muhammad Al Fateh. Mampukah kita menjadi seperti banginda??? Atau sekurang-
kurangnya mampukah kita menjadi seperti para tentera baginda???
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Hidup dengan berjuang di jalan Allah adalah sebaik-baik kehidupan. Ini bertepatan
sekali dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 154 yang dibacakan di
awal khutbah tadi yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa)
sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati;
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
6
bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa),
tetapi kamu tidak dapat menyedarinya”.
Justeru, bersempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai tahun ini, marilah
bersama kita ambil semangat para pejuang Negara untuk diserapkan dalam jiwa dan
sanubari kita dengan menghayati kesimpulan yang dapat diuntai daripada khutbah
pada hari yang mulia ini:
Pertama : Pejuang dan perjuangan menegakkan agama Allah yang Maha Suci adalah
satu ibadah yang menjanjikan ganjaran yang cukup hebat.
Kedua : Islam tidak menyuruh umatnya untuk memulakan sesuatu permusuhan
sebaliknya menggalakkan perdamaian.
Ketiga : Pejuang yang sebenar adalah pejuang yang sentiasa menjaga dan
memelihara hak-hak Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 69:
ڃ ڃ ڃ چ چ
ہ ہ ہ ہ ھ ۀڻ ڻ ڻ ڻ ۀ
Bermaksud: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya”.
الحك من الآيات والذ كر اكم بما فيه لي ول كم بالقرآن العظيم ونفعني وإي ل من ي بارك الل ه يم وتقب ميع العليم. الس إن ه هو ومنكم تلاوته الل ه ال المسلمين أقول قولي هذا وأستغفر لي ول كم ولسائر عظيم
والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات فاستغفروه إن ه هو الغفو حيم .ر ال
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
7
خطبة كدوا
الحين، وال مد لل ه ولي الص الح عاقب ل لاة ة المين، والص عدوان إلا على الظ قين، ولا لمت اس أجمعين، الن على إمام المرسلين، وقدوة لام ومن تبعهم والس وعلى آله وأصحابه
.بإحسان إلى يوم الد ين
ا إ أشهد أن ل يك له، الملك الحق المبين، وأشهد أن سي دنا له إلا الل ه وحده لا شردا عبده ورسوله، صادق الوعد الأمين. محم
ا أم قوا الل ه ادقينبعد، فيا عباد الل ه، ات اعة وحافظ ، وكونوا مع الص وا على الط ين مع المصل معة وتعالى أمركم بأمر بدأ فيه وحضور الج سبحانه الل ه . واعلموا أن
بين. فقال الل ه تعالى مخبرا وآمرا ئكته المقر ى بملا نفسه وثن ب المؤمنين :ب
ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ
ڇ
د وعلى دنا محم هم صل على سي لل دنا إبراهيم وعلى آا يت على سي ا صل د كم دنا محم ل سي دنا محم آ وبارك على سي دنا إبراهيم ا باركت على آد وعلى ل سي د كم دنا محم ل سي
دنا إبراهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آسي م دنا إبراهيم في العال ل سي
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
8
نا أبى بكر و اشدين سادات لفاء ال الخ بعة هم عن الأر وعثمان وعلي ، وارض الل عمرابعين ومن والت حابة الص وسائر وقرابته رات وعن أهل بيته وعن أزواج نبي نا المطه
احمي ا برحمتك يا أرحم ال ن.تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين. وارض عن
ه هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. الل م الل لاطين ال كرام و على الس حمة أنزل ال ولاة وب ه المسلمين العظام ال ذين قضوا بالحق
بالل ه المعتصم يڠ دڤرتوان اڬوڠ بڬيندا ڤدوك سري على وخصوصايعدلون، كانوام شاه ابن المرحوم سلطان بدلي شاه، اين توانكو الحمحب الد ليم معظ ج عبد الح
.حمينهحاجه توانكو اڬوڠ راج ڤرمايسوري بڬيندا ڤدوك سريوعلى
ه يق الل ل غ مقاصدهما لطر والبلاد، وب عية فين وال م أطل عمرهما مصلحين للموظ شاد ة، .الهدى وال ة رخي يا وسائر بلاد المسلمين طي بة آمنة مطمئن هم اجعل ماليز الل
ؤوف بالعباد. يا ر
الد ين، واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم هم انصر من نصر الل الد ين، ودم ر أعداءك أعداء الد ين.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kami
bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan, berilah hidayah
dan petunjuk kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami, kukuhkanlah perpaduan
Teks Khutbah Jumaat Pejuang Di Jalan Allah
9
antara kami, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu, permudahkanlah segala urusan
kami, tambahkanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan
akhlak yang mulia, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai, teguhkanlah iman kami
dalam menempuhi segala mihnah dan ujian-Mu, kekalkanlah keamanan kami dan
kesejahteraan negeri kami Wilayah Persekutuan agar sentiasa aman dan makmur.
ن ب اب. ر ك أنت الوه بنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من ل دنك رحمة إن نا لا تزغ قلو ب ا رار نيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب الن نا في الد .آت
عباد الل ه،
چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ
ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ
يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم فاذكروا الل ه العظيم ولذكر الل ه أكبر، والل ه يعلم ما تصنعون.